Saturday, December 26, 2009

YAHUDI KUASAI DUNIA MELALUI NGO

SATU FORMULA UNTUK SURVIVAL BANGSA


1. Pada pagi 19hb Disember, 2009 saya dan isteri telah pergi dengan kereta ke UiTM Tronoh untuk merasmikan mesyuarat penubuhan PERKASA. Mengikut Presiden PERKASA YB Dato' Ibrahim Ali ilham untuk menubuhkan PERKASA telah dicetuskan setelah beliau berjumpa dengan Tun Ibrahim Ismail bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tun Ibrahim Ismail ialah pemimpin ATM di waktu berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969 dan beliau telah menyatakan kepada Dato' Ibrahim Ali betapa bimbangnya beliau melihat kelemahan kedudukan politik orang-orang Melayu dewasa ini kerana keadaan ini boleh mengancam keselamatan negara.

Wednesday, December 23, 2009

BINGKISAN MERDEKA 52 TAHUN

PEMANGKIN ASPIRASI

1. Dengan suratnya bertarikh 26 November, 2009 Dato' Haji Sidek bin Haji Jamil, Ketua Arkib Negara Malaysia telah menyampaikan kepada saya BUKU BINGKISAN MERDEKA 52 TAHUN yang, katanya 'memaparkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh yang menjadi peneraju dalam melaksanakan sambutan perayaan hari kebangsaan dari tahun 1957 hingga 2008' dengan harapan 'segala usaha yang telah dicurahkan dan pengalaman yang dirakamkan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang cintakan tanah airnya'. Buku ini boleh didapati dari Arkib Negara Malaysia.

Monday, December 21, 2009

MELAYU BAHASA NUSANTARA

SN A. SAMAD SAID MELANCARKAN 5 BUKU SITI ZAINON ISMAIL

1. Pada hari Ahad 20 Disember, 2009 yang baru lalu Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said telah melancarkan 5 buah buku karangan Cut Nyak Fakinah Siti Zainon Ismail sempena genapnya 60 tahun umur Siti Zainon pada 18 Disember, 2009. Nama-nama bukunya ialah: i) Pakaian Cara Melayu, ii) Bait Senandung Malam, iii) Memasuki Taman Puisi, iv) Delima Ranting Senja dan v) Aceh - Suara Dari Hujung Tambak. Majlis ini diadakan di Rumah Tamu Jeumpa D'Ramo di Bangsar, Kuala Lumpur.

Saturday, December 12, 2009

MENJAYAKAN SESEBUAH ORGANISASI

PENGALAMAN DALAM MEMIMPIN MAYC


1. Oleh kerana MAYC sudah 5 tahun tidak mengadakan mesyuarat agungnya maka sekembalinya kerahmatullah Setiausaha Agung MAYC yang paling lama, di bawah pimpinan saya, banyaklah pertanyaan yang saya terima, dari ahli-ahli veteran MAYC dan juga pemimpin-pemimpin muda, yang masih berminat dan bergiat di dalam MAYC, mengenai pengalaman saya memimpin MAYC, sebagai Presidennya, selama 30 tahun.

Thursday, December 10, 2009

FELDA YANG NOSTALGIA

INSTITUSI KEBANGGAAN NEGARA

1. Pada 12hb Ogos, 2009 yang lalu GEM ( Group of Ex-Ministers - Kumpulan Mantan Menteri-Menteri )telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat FELDA untuk mendengar taklimat mengenai kedudukannya yang terkini. Tun Dr. Mahathir telah turut hadir. Taklimat telah diadakan mulai pukul 12 tengahari disusuli dengan jamuan makan tengahari.

2. Saya jarang hadir dalam pertemuan anjuran GEM ini tetapi oleh kerana organisasi yang hendak ditaklimatkan ialah FELDA maka saya telah melapangkan masa untuk hadir. Felda adalah sebuah institusi yang nostalgia bagi saya.

3. Di waktu Felda ditubuhkan dengan terlaksananya Akta Pembangunan Tanah pada 1hb Julai, 1956 Pengurus Besar pertamanya ialah Tan Sri Dato' Hanafiah Hussain iaitu seorang profesyional yang terkemuka di waktu itu. Beliau ialah seorang yang berkelulusan cemerlang dalam bidang perdagangan ( commerce ) di Manchester Universiti. Beliau juga adalah rakyat Malaysia yang pertama mendapat kelulusan Chartered Accountant dari Institute of Chartered Accountant of England and Wales.