Monday, January 25, 2010

KDYMM TENGKU ISKANDAR DALAM KENANGAN

KDYMM SULTAN MAHMUD ISKANDAR IBNI ISMAIL AL-KHALIDI
 
SEBAGAI RAJA, SULTAN, KAWAN DAN MANUSIA BIASA

1. Saya turut menziarahi jenazah KDYMM Tengku Iskandar yang saya kenal sebagai ' a king, a sultan and a friend.'

2. Sebagai seorang 'king' atau Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dari 26 April, 1984 ke 25 April, 1989 saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan mempunyai kesempatan menghadap KDYMM Tuanku untuk melaporkan atau meminta nasihat mengenai sesuatu acara sambutan. Persiapan untuk sambutan bermula lebih kurang 5 bulan sebelum 31hb Ogos setiap tahun.

3. Sayalah orang yang paling merasa gerun apabila KDYMM Tuanku ditabal menjadi Yang Di Pertuan Agung ke 8, kerana saya adalah yang paling kuat berkempen di waktu krisis perlembagaan berlaku.

4. Oleh kerana imej KDYMM Tuanku agak menakutkan maka apabila Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir memberitahu saya Yang Di Pertuan Agung menitahkan saya menghadap maka saya telah melambat-lambatkan temujanji kerana membuat persiapan mental untuk menghadapi kemarahan KDYMM Tuanku.

PERASAAN BIMBANG BERUBAH MENJADI HORMAT

5. Bila saya berdepan dengannya sebagai Raja, KDYMM Tuanku, dengan kedua tangannya di belakang, telah berjalan ke kiri dan ke kanan di depan saya, yang sedang berdiri tegak, dan secara mengejut bertanya ' engkau kata kat aku ya? ' Saya menjawab ' Ku Tuanku.' KDYMM bertanya lagi 'kenapa engkau mengata kat aku?' Saya menjawab 'kerana kita sedang berlawan Tuanku, patik dalam pasukan UMNO pimpinan Dr. Mahathir dan Tuanku di pihak raja-raja Melayu. Itu pasukan yang sedang bertentangan Tuanku. Patik mohon ampun jika itu melukakan hati Tuanku.' Tuanku berdehem dan berdiri terdiam.

Sunday, January 24, 2010

MANUSIA KALAHKAN MONYET PANJAT POKOK KELAPA

KEMPEN MINUM AIR KELAPA MUDA

PENJELASAN KEMENTERIAN KEPADA SAHABAT ALAM MALAYSIA

1. Saya baru terima potongan akhbar The Star bertarikh 17 Disember, 2009. Pada muka N57 ada gambar monyet dan 4 biji buah kelapa di pohon. Beritanya, dalam bahasa Inggeris, mengandungi penjelasan kepada S. M. Idris dari Sahabat Alam Malaysia ( SAM ) ke atas suratnya bertarikh 16 Disember atas tajuk 'Monkeys are not pets.'

2. Dalam penjelasan itu Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Encik Yamuna Perimalu telah menyatakan bahawa haiwan yang dilindungi perlu mendapat lesen untuk membolehkannya di pelihara sebagai pet atau untuk kerja-kerja tertentu, seperti monyet memanjat pokok kelapa.

Friday, January 15, 2010

MENYEMARAKKAN BUDAYA IQRA'

PERLUNYA MEMUPUK TABIAT MEMBACA

ISLAM - UGAMA YANG DIREDHAI ALLAH

1. Kita bangga kerana menganut ugama Islam sebagai satu-satunya ugama yang diredzai Allah s.w.t.. Kita bernasib baik kerana ibu dan bapa kita berugama Islam. Kalau tidak kita mungkin berada di luar Islam sampai ke akhir hayat.  Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menjadi Ummat di akhir zaman dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulallah terakhir dan penghulu bagi sekalian Rasul.

QURAN - KITABULLAH

2. Quran ialah Kitabullah. Ianya diturunkan oleh Allah kepada kita melalui malaikat yang menyampaikannya kepada Nabi Besar kita Muhammad s.a.w.. Kita bangga memiliki Al Quran walau pun kita jarang membacanya. Kita beli Quran yang cantik dan mahal untuk kita simpan di rumah dan di pejabat sehingga ternampaklah kepada tetamu bahawa kita minat kepada Al Quran.

Sunday, January 10, 2010

KETUANAN MELAYU

MAMPUKAH MELAYU MENJADI TUAN

1. Orang Melayu marah bila ada pihak yang mempersoalkan ketuanannya.

2. Dia akan sebut Tenggara Asia atau Nusantara adalah alam Melayu. Selain dari Melayu bangsa lain adalah pendatang belaka. Dia akan katakan Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan tunjangan dari inti-pati Perlembagaan Malaysia, tidak boleh diusik kerana ianya adalah bukti 'Ketuanan Melayu'. Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga adalah bukti 'Ketuanan Melayu'. Tidak ada Raja yang berbangsa lain di bumi Melayu.

Thursday, January 7, 2010

KUASA BAHASA

KENAPA ADA KOMEN DALAM BAHASA ACEH, TAMIL DAN JERMAN DALAM BLOG INI

1. Ada pertanyaan yang saya terima melalui sms mengenai bahasa yang digunakan dalam beberapa komen ke atas artikel dalam blog saya.

KOMEN DALAM BAHASA ACEH

2. Di bawah tajuk YAHUDI MENGUASAI DUNIA MELALUI NGO umpamanya ada komen oleh THE RAHMAT FADHIL CENTER di dalam bahasa Aceh. Ini berlaku kerana ibu dan bapa saya berasal dari Aceh. Yang membuat komen ini tentunya mengenali saya sebagai rakyat Malaysia yang berketurunan Aceh.

Wednesday, January 6, 2010

USAHA GEREJA KATHOLIK UNTUK MENGELIRUKAN UMMAT ISLAM

KATHOLIK MENYAMAKAN ALLAH DENGAN TUHAN MEREKA

1. Blog Tun Dr. Mahathir kelmarin, 5 Januari, 2010 menjelaskan sebab Gereja Katholik tidak boleh menggunakan Allah sebagai nama bagi Tuhan mereka. Bagi Umat Islam, Allah itu maha esa dan tidak ada sekutu bagiNYA.

Monday, January 4, 2010

KEMBALINYA SEORANG PRESIDEN

GUS DUR DALAM KENANGAN

1. Qoluu Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un

2. Saya telah mengenali Gus Dur sejak beliau belum kehilangan penglihatan. Pertemuan pertama ialah sekitar tahun 1971 apabila beliau hadir dalam satu seminar di Dewan Kolej Islam Petaling Jaya. Seminar itu ialah anjuran PKPIM ( Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ) yang saya menjadi penasihat kewangannya. Turut hadir dalam majlis yang sama ialah seorang pejuang Islam dari Pakistan yang bernama Inamullah Khan.