Sebaik saja saya membaca komentar Tun Dr. Mahathir mengenai peralihan kuasa dari Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib pada tahun 2010 saya dihubungi oleh seorang wartawan menyatakan 'Oposition leader Wan Azizah Wan Ismail is expected to file no confidence vote against Prime Minister under an emergency motion at 3 pm.'
Lepas itu saya terima maklumat dari pihak yang boleh dipercayai menyatakan pada waktu yang sama 'Zahid Hamidi, Shabery Cik n Ismail Sabri now with Tingkat 4'. Ketiga-tiganya menteri belaka.
Bertubi-tubi lagi datang maklumat yang menyatakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan menyuarat Majlis Tertinggi pada pukul 3 petang untuk mendapat restu rancangannya untuk menyerah kuasa kepada Dato' Seri Najib pada tahun 2010.
Maklumat seterusnya ialah Dato' Seri Abdullah akan mengemukakan kepada perjumpaan G6 untuk mendapat persetujuan mereka atas apa yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Perjumpaan G6 ini akan bermula pada pukul 5 petang selepas mesyuarat Majlis Tertinggi.
Apabila saya bertanya kepada seorang bekas tokoh parti Semangat 46, yang kini menyokong Dato' Seri Abdullah Ahmad Bahawi, apakah perlu mengadakan tindakan-tindakan yang terburu-buru seperti itu, beliau menyatakan bahawa di zaman Tun Mahathir pun ada keputusan untuk jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.
Perlu diingat bahawa Tun Dr. Mahathir menyetujui usul sedemikian dibenarkan ialah untuk melindungi timbalannya dari dijatuhkan, dan bukan kerana timbalannya akan menjatuhkan beliau; sebaliknya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menghendaki keputusan sedemikian kerana dia takut dikalahkan oleh timbalannya.
Di waktu UMNO kuat dengan pimpinan yang mantap bolehlah pertandingan itu dielak sebagai usaha memecahbelahkan atau melemahkan UMNO, tetapi dalam keadaan UMNO seperti sekarang tidak menghendaki pimpinan yang ada dikekalkan. Malahan pemimpin yang tidak mampu perlu turun sebelum dijatuhkan.
UMNO dan BN di zaman Tun Dr. Mahathir tidaklah pernah parah seperti sekarang.
Perlu diingat lagi bahawa UMNO dan BN senantiasa mendapat 2/3 majoriti sejak Merdeka, sehinggalah tahun 2008.
UMNO dan BN juga tidak pernah kalah di Kedah, Perak dan Selangor sepanjang 50 tahun Merdeka. Kini 3 negeri terkaya, 2 negeri miskin, dan di Wilayah Persekutuan, BN sudah kalah.
Di Perlis dan Trengganu Raja dan Sultan pun tidak yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memilih Menteri Besarnya.
Di Sabah dan Sarawak ahli-ahli politik BN mengetahui bahawa mereka menang atas kemampuan mereka sendiri dan kerana mereka jauh dari kesan pengaruh 'Tingkat 4'
Protes SAPP adalah bukti kebosanan rakyat Sabah terhadap Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. 'It is just the tip of an ice-berg'.
Di Johor lebih 300,000 undi penyokong-penyokong UMNO dan BN, di masa lalu, telah merosakkan undi mereka.
Semua fakta di atas perlu diulang-ulangkan supaya kita tidak lupa kepada keparahan yang lebih hebat yang menunggu UMNO dan BN dalam pilihanraya 2013.
Satu perbincangan dua hari, yang diadakan di Pearl Hotel di Jalan Klang Lama, beberapa minggu yang lalu, yang dihadiri oleh penyokong-penyokong Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengatur strategi menghadapi pilihanraya ke 13. Penyokong Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Najib, Tan Sri Mahyuddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah tidak dijemput bersama
Setakat mengadakan pilihanraya yang ke 13, dengan jangka-masa berkempen selama 13 hari, dan pilihanraya diadakan pada 13 Januari, 2013, kerana Januari itu bulan yang ke-13 selepas bulan ke 12 ( Disember ) tidak cukup untuk menjamin nasib masa depan bangsa Melayu dan Malaysia.
Begitu juga kuota yang diperkenalkan di dalam pemilihan UMNO adalah bertujuan untuk menghalang amalan politik wang sebagaimana yang telah diamal dalam pertandingan- pertandingan besar, di dalam UMNO, di masa-masa yang lalu.
Kini tafsiran politik wang tidaklah termasuk memberi wang RM100-00, kain pelikat, majlis makan bersama, dan sembahyang hajat untuk pemimpin-pemimpin UMNO peringkat cawangan yang diangkut dan ditaja dengan wang kerajaan.
Semua yang dikatakan bukan 'politik wang' ini hanyalah untuk menghalang Dato' Seri Najib dan Tan Sri Mahyuddin mendapat jumlah pencalonan yang secukupnya untuk bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Di manakah letaknya etika pertandingan yang menghendaki supaya calon tidak berkempen 6 bulan sebelum Perhimpunan Agong Pemilihan pada 15 Disember, 2008 dan selepas 6 bulan dari 15 Disember, iaitu sampai 15 Jun, 2009.
Bukankah permulaan etika pada 15 Jun, 2008?
Bukankah kini sudah 25 hari UMNO masuk kedalam bulan pantang larang etika berkempen?
Bukankah menghalang pertandingan juga sejenis kempen untuk kepentingan diri?
Berertilah calon untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu berkempen kerana tidak ada pertandingan, oleh itu tidak timbul politik wang.
Kalau ini lojiknya tidakkah lebih baik jika semua jawatan tidak dipertandingkan supaya tidak perlu berkempen dan tidak perlu wang?
Semua pemimpin bahagian boleh dilantik oleh Presiden asalkan Presiden boleh menjadi Perdana Menteri sampai puas.
Usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dibawa oleh Datin Seri Wan Azizah ke dalam Parlimen sepatutnya menjadi contoh dan dibawa oleh seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, ke dalam UMNO, terhadap Presiden UMNO.
Kelompok Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, samaada yang bermukim di 'Tingkat 4' atau yang dikuasai oleh 'Tingkat 4' di Putrajaya, mengetahui bahawa jika Dato' Seri Najib dan Tan Sri Mahyuddin Yasin bergabung tenaga maka Dato' Seri Abdullah dapat ditumbangkan dengan mudah.
Berbagai usaha telah dibuat untuk merosakkan nama Dato' Seri Najib dengan mengaitkan nama beliau dengan pembunuhan Altantuya, melalui tuduhan ke atas Datin Seri Rosmah.
Dato' Seri Najib juga cuba dihubungkan dengan Saiful melalui gambar Saiful di luar pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Saya bersetuju dengan sindiran satu sms yang saya terima yang menyatakan semua adegan memburukkan Dato' Seri Najib adalah laksana satu filem Tamil yang pelakonnya ialah orang India Islam, Kalimullah dan Reezal Merican dan dua orang pelakon India Hindu, Linggam dan Bala.'
Aduan Raja Petra, yang mengaitkan nama Khairy, hanya memberi kesempatan kepada Khairy untuk menyatakan ianya tidak terlibat, sebagaimana Khairy telah melibatkan dirinya dengan
campur tangan dalam kes Saiful dengan menyatakan Dato' Seri Anwar berhasrat mencari publisiti dengan menimbulkan isu tersebut.
Dalam satu perjumpaan di Istana seorang Sultan, yang turut hadir, beberapa waktu yang lalu, untuk membincangkan nasib bangsa Melayu dan masa depan negara Malaysia, saorang Jenderal Angkatan Bersenjata, yang telah bersara, menyatakan bahawa untuk memenangkan kembali BN dan UMNO dalam pilihanraya pada tahun 2013 dapatlah dibandingkan dengan perancangan untuk berperang.
Masa yang diperlukan untuk mendapat kemenangan ialah sekurang-kurangnya 5 tahun.
Semakin kurang jangkamasanya semakin sukar untuk berjaya.
Berasaskan pengalaman 30 tahun sebagai wakil rakyat dari tahun 1974 hingga tahun 2004 saya bersetuju dengan pendapat Jenderal tersebut. Oleh itu menunggu hingga tahun 2010 terlalu lama dan memendekkan masa untuk persiapan bagi mencapai kemenangan pada tahun 2013.
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu sedar atas kemampuannya. Beliau telah mendapat kemenangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun 2004.
Dari tahun 2004 hingga tahun 2008 beliau telah berjaya merosakkan imejnya dari seorang Perdana Menteri yang paling popular dalam sejarah Malaysia kepada Perdana Menteri yang paling dibenci oleh rakyat.
Tun Dr. Mahathir telah menegur Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum pilihanraya, atas kesalahan-kesalahannya, untuk mengelak dari kekalahan di dalam pilihananraya 2008.
Tetapi Dato' Seri Abdullah lebih bergantung kepada anak, menantu dan rakan-rakan menantunya. Ternyata teori-teori dari Oxford, Cambridge dan lain-lain universiti, gagal dalam menghadapi realiti politik di Malaysia.
Ramalan Tun Dr. Mahathir terbukti betul.
Kini Tun Dr. Mahathir menegur terus. Selain usaha Dato' Seri Abdullah, atas nasihat dan bantuan kuncu-kuncunya, untuk merosakkan nama Tun tetapi Tun Dr. Mahathir tidak bosan dan terus menegur.
Dato' Seri Abdullah leka dengan propaganda medianya dan orang-orangnya sendiri. Rakyat terus susah, UMNO dan BN semakin parah. Cukuplah Dollah, sudah sampai masanya saudara memecat diri saudara sendiri.
Yang majority dari rakyat terjunam ni tidak semuanya salah Pak Lah..sebahagian besarnya jugak disebabkan selepas berpuluh-puluh tahun bawah kepimpinan TDM dan cara kuku besinya, rakyat dah biasa hidup dalam keadaan sosial dan ekonomi yg tidak benar. Pak Lah yg mengamalkan dasar demokrasi yang lebih terbuka telah membenarkan rakyat sedar apa yang selama ini memang kekurangan. Tapi TDM sudah undur diri..Pak Lah pun jadi target yang senang lah.
ReplyDeleteDS Azizah... Mengapa usul idak percaya? Jadi nak percaya kat siapa? "bakal PM baru anda tu?" Itu bukan krnonyism namanya, bantu keluarga sendiri dalam politik?
ReplyDeleteSebenarnya zarif ada point. Mengapa semua cacat cela ahu dituding ke Pak Lah? He is a transitional leader selepas 20 tahun Tun M memerintah. Adakah sebegitu senang mahu memperbetulkan atau membuat reform2 peninggalan "bos" dulu? Kita lihat apa yang Pak Lah mahu lakukan perubahan kepd dasar2 Tun M semuanya dikenakan kritikan terus2an dari Tun M. Sudahlah, rasanya Tun M perlu terima hakikat beliau bukan lagi PM, bagi peluang kpd siapa yang patut utk buat kerja molek2
Dear Tan Sri,
ReplyDeleteKOMEN PERTAMA NI MEMANG SELALU KITA DENGAR DARI PENYOKONG2 PAKLAH YG DOK JAGA BLOG-BLOG NI. Kalau Paklah benar-benar mengamalkan dasar demokrasi, kenapa dia takut nak pertandingkan jawatan presiden UMNO? Kenapa dia tak benarkan calon-calon berkempen, sedangkan dia boleh panggil semua ketua bahagian dan cawangan berjumpa dengan dia dan paksa mereka menyokongnya?(itupun tak sampai separuh yg datang). Kenapa semua yg mengkritik Paklah dikecam, dipecat, diugut dan disisih?
Keadaan sosial dan ekonomi skrg jauh lebih teruk, lain dari zaman TDM. Sekarang penjenayah berleluasa dan media lebih ketat dikawal sehingga tokoh-tokoh macam Tan Sri pun terpaksa blog kerana tak dapat menyuarakan pendapat dalam media massa. Yg dapat coverage cuma Anwar sorang, kenapa?
Janganlah masih nak salahkan TDM, dah 4 tahun dah Paklah dan pembantu-pembantunya masih tak reti nak tadbir negara. Jadi tolonglah bersara.
Sekian Wassalam.
Terimalah hakikat yang PakLah susah nak diterima oleh rakyat bawahan. Kalau benar keadaan hari ini legacy TDM, mengapa awal2 lagi tak dihukum? Sebaliknya menang besar pada PRU2004. Kenapa nak salahkan TDM yang berada di luar kerajaan untuk apa berlaku pada hari ini? Oklah, saya anggap betul teori zarif dan johan, jangan marah kalau saya pentadbiran hari ini umpama tikus membaiki labu!
ReplyDeleteDear Tan Sri,
ReplyDeleteBetul ke akan ade peralaihan kuasa? Apakah kata-kata Pak Lah masih ade kebenarannya? Sudah berapa kali Rakyat ditipu hidup-hidup...
Saya sememangnya amatlah hairan dengan cara politik UMNO masa kini, yang saya rasa penuh hasad dengki, tidak demokratik, tiada integriti dan keikhlasan dan hanya mementingkan wang ringgit...
Mungkin 20-30 tahun lalu kita nampak ramai orang-orang Melayu menyertai UMNO dengan wawasan dan matlamat yang sama iaitu untuk memartabatkan Melayu dan memacu anak-anak Melayu kearah kemajuan, tetapi hari ini wawasan dan matlamat perjuangan UMNO ialah duit..duit..duit..duit...duit... Itulah nawaitu sebenar...
Ahli perniagaan masuk UMNO sebab duit, orang kampung masuk UMNO sebab duit... semua duit..duit..duit...
Kalau tak de duit tak payah beranganla nak bertanding atau nak duduk sebagai AJK... semua kena umpan duit...
Sekarang UMNO sudah semakin lemah pun, pemimpin-pemimpin masih haloba mementingkan duit... Semua berebut-rebut...
Perkataan retorik.. tidak mahukan perpecahan, tidak mengkhianati parti, mahukan perpaduan orang melayu dan sebagainya hanyalah mainan politik UMNO masa kini...
Saya memang amat sedih dan bimbang sebab tiada lagi hero Melayu yang benar-benar mahu memperjuangkan anak bangsa sendiri.. Apakah nasib anak-anak saya kelak? Bukan semua orang melayu sudah kaya... masih ramai lagi yang perlukan bantuan pelajaran, kuota kemasukan ke IPTA dan sebagainya...
Syabas Tan Sri yang sudah bukan lagi menjadi ahli UMNO....
Alasan kata semua salah tun sudah hilang justifikasi kerana dah 5 tahun apa pasal satu kes rasuah tidak di bawa ke mahkamah. APa jadi fail nazri dan annuar musa. Dapat jadi menteri dan tan sri pula?
ReplyDeleteLebih terbuka? Hingga hak kedaulatan melayu dipersoalkan? Perlembagaan diketepikan? Hindraf? Mahkamah dipolitikkan tanpa mengikut peraturan? Dulu media boleh melaporkan apa2 berita tapi perkara yg menyentuh perdana menteri dan keluarga akan ditalipon dari tingkat 4 oleh kamal khalid?
Adakah perlu keterbukaan yang hanya melonggar dan melemahkan orang melayu hingga memomok dan memalukan ornag melayu?
Jawab pula berkenaan tindak tanduk Pak Lah yg lebih kepada SIngapura dan melemahkan keselamatan dan kemasukan orang, pemikiran asing dan agenda asing didalam kerajaan, instutusi kerajaan dan GLC!!!
Lihat kecekapan dan kehandalan pengurusan polisi ekonomi Pak Lah. Hancur! Ex forex dealer jadi Menteri? Ex banker jadi economic planner? Standard cikgu ngajar ngaji jadi MOF I?
Kenapa Zeti berhenti Khazanah? Ada kena mengena Maybank beli BII?
Sektor pembuatan tak ada hala tuju dgn perancangan IMP jadi 15 tahun bukan 5 tahun. Pengkhususan pertanian tapi kita masih krisis makanan?
Harga minyak naik tapi tak ada polisi yg mantap utk pertumbuhan ekonomi dan membendung inflasi?
Reform GLC sampai pulohan ribu rakyat tak ada kerja dan lari kelaur negara! Kenapa sepanjang Pak Lah pertumbuhan hanya ditahap 5%?
Teruskan sokong Pak Lah dan lihat kita menuju kehancuran! Bukan Melayu saja, semua kaum dan bangsa dan negara2 sekali merana! UMNO hanya akan berkecai berai. Siapa yang akan perjuang Melayu? PKR?
Masa tu Pak Lah lari ke Perth!
Nak UMNO hidup boleh. Biar Ku Li terajui parti. Senang cam tu je. Tapi apakah daya ... kata cinta bangsa ... cinta parti tapi semuanya at the end mengharapkan habuan. Sudah takdir UMNO akan musnah kerana ahlinya sendiri. Orang PR sekadar "hammering the final nail into the coffin".
ReplyDeleteAssalamualaikum Tan Sri dan salam perjuangan...
ReplyDeleteTak payahlah Tan Sri menjawab komen dari "budak" zarif dan "budak" johan itu...sebab para pengomen lain telah menjawab komen2 dangkal dan tidak matang depa! Komen yang kebudak-budakkan itu menunjukkan justifikasi depa tentang politik Tun dan Pak Lah adalah salah terang-terangan! Mungkin disebabkan ketidakmatangan komen mereka maka saya meletakkan mereka sebagai "budak"...tidak berniat untuk menghina mereka...
Saya dan rakan2 saya sudah lama hilang kepercayaan pada Pak Lah. Setelah menerima legacy Tun pada 2003, Pak Lah "menumpang" legacy itu sehingga mencatat kejayaan yang membanggakan! Tapi, oleh kerana bongkak dan sombong, Pak Lah mengatakan kemenangan itu disebabkan faktor dirinya sebagai faktor terbesar! Sedangkan kita tahu bahawa kemenangan itu merupakan tempias "aura" dari Tun yang sememangnya hebat dengan legacynya!
Alangkah bodohnya pemimpin itu! Pemimpin yang suka tidur, bodoh dan sombong. Bongkak sehingga merosakkan UMNO. Sayangnya...dia masih ada penyokong majoriti...katanya laaahhhh..!!!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTidak perlu satu kenyataan yang penjang yang bertujuan untuk menegakkan benang yang basah, Kenyataan yang diberi oleh Tan Sri amat tepat serta akurat. Memang telah banyak dibuktikan oleh Pak Lah atas ketidakcekapan dan korupsi berleluasa.
Memang sudah sampai masanya untuk memecat Paklah.. Turun lah Paklah.. Turunlah sekrang
sedarlah wahai umat malaysia melayu, cina, india, kadazan, bajau, dayak, dll, bahawa keadaan politik negara kita dalam keaadan amat gawat.pentadbiran kerajaan di bawah pak lah sekarang amatlah lemah dan tenat. contohnya paling ketara apabila pak lah terpaksa menaikkan harga minyak atau erti kata lain cuba menjerut leher rakyat sendiri. ini adalah pendekatan paling mudah diambil oleh pemimpin yang lemah, sedangkan ada lagi cara lain yang boleh di ambil tanpa membebankan rakyat kerana kita adalah pengeluar dan pengeksport minyak dan komoditi lain. kalau diurus pendapatan negara dgn baik maka rakyat akan menikmati faedah secara seimbang. zaman pemerintahan mahathir, pendekatan tdm adalah walaupun kukubesi tapi rakyat masih mendapat faedah. ada juga kebaikan kukubesi ini tapi adalah paling baik jika pentadbiran demokrasi secara effisien dgn menekankan kepentingan rakyat. masalahnya pemerintahan tdm adalah ketiadaan perancangan jagka panjang, tetapi dasar luar tdm adalah paling sempurna. tun mahathir apabila menipu rakyat, masih menganggap rakyat adalah pintar tetapi pak lah menipu rakyat dan menganggap rakyat adalah bodoh wal hal pak lah jauh lebih bodoh drpd rakyat. dan terimalah akibat kebodohon pak lah PRU yg lepas. contoh pak lah menipu spt minyak takkan naik maka naiklah harga minyak. besok bukan tarikh pilihanraya maka besoknya juga diumumkan tarikh pilihanraya. okay penjawat awam naik gaji seposen tp dihapuskan bonus sepuluh ringgit. dan banyak lagi penipuan pak lah ini yang dibuat tanpa berubah muka. najib bila dia menipu mukanya pandai berubah seperti semasa menafikan pembabitan kes altantuya dan saiful hadhari. percayakah anda pak lah akan serah kuasa. saya tidak percaya langsung dgn paklah kerana saya idakl nampak langsung kebaikan paklah ini.
ReplyDeleteSalam TS.
ReplyDeletePerlembagaan UMNO
Fasal 20.
20.12 Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara lain:-
- melarang PENYALAHGUNAAN KUASA dan WANG dengan tujuan MENDAPAT undi atau sokongan
- atau untuk MEMPENGARUHI mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain
- atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.
http://novandri.blogspot.com
Salam Tan Sri..
ReplyDeleteSaya setuju dengan ulasan dan komen yang telah dibuat oleh TS. Isunya di sini adalah mampukah current leadership membuat perubahan untuk UMNO. Sehingga sekarang, saya nampak untuk jadi satu pasokan di peringkat kabinet pun masih caca merba, inikan pula di dalam UMNO. Jauh sekali. Saya sependapat dengan Y Bhg Tun, jika tiada leadership changes, maka haluan sekarang akan sama dan UMNO akan mati. Mereka masih tidak sedarkah?
Abdullah takut dengan suara rakyat yang bergema di seluruh negara! Hanya bergayut pada ketua bahagian dan para pemujanya!
ReplyDeleteSemoga kebenaran akan kembali! Semoga syiar yang dibawakan oleh Tun Mahathir dan rakan-rakan akan berjaya menyatupadukan seluruh orang UMNO di luar dan dalam!!
Btw, teruskan perjuangan Tan Sri!
-www.gunungraya.blogspot.com
Dalam sejarah ada era kegemilangan dan ada juga era malap dan keruntuhan sesebuah negara, dinasti atau kerajaan.
ReplyDeleteTidak salah Abdullah terus longlai ke depan. Mungkin ini adalah era kejatuhan yang akan menjadi tajuk kajian sejarah berpuluh tahun kedepan.
Bukan saja UKM dan UM yang berminat, Oxford dan Cambridge juga mahu menaja kajian kejatuhan ini. Akan ada orang yang dapat doctorate dalam hal ini.
Salam sejahtera Tan Sri,
ReplyDeleteIzinkan saya mengulas kepada yang masih keliru dengan penjelasan Tan Sri,
Kita semua seharusnya menerima hakikat bahawa kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah telah gagal, justeru itu menyebabkan BN mengalami kekalahan yang teruk di PRU2008.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Sanusi, negeri Kedah, Perak dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pihak pembangkang.
Dengan kejatuhan negeri negeri tersebut kepihak pembangkang, maka semakin huru haralah negara kita kerana sepertimana yang kita ketahui kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak sealiran, bersependapat dan berkerjasama.
Akhirnya siapa yang menjadi MANGSA?
RAKYAT JUGA YANG MENDERITA!!!
Sekiranya kerajaan pimpinnan Pak Lah amat mengamalkan sikap demokrasi maka kerajaan pusat akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada kerajaan negeri pimpinan pembangkang kerana prihatin dan sayangkan rakyat.
Ini barulah kerajaan yang disokong dan disayangi oleh semua rakyat.
Sedih saya membace berita, Menteri Besar mengertak ingin menebang pokok pokok untuk dijual sekiranya kerajaan pusat tidak menghulurkan bantuan dan dana.
Tak kan semua ini pun nak salahkan Tun Dr Mahathir.
Apakah jutaan rakyat yang dahulunya setia kepada BN tetapi kini membuang undi atau mengundi pihak pembangkang diPRU2008 semuanya bahlul dan sudah nyanyok?
FIKIRKAN LAH..................
Dan apakah semua ini tidak mencukupi untuk menyedarkan Pak Lah dan penyokong penyokong beliau bahawa rakyat amat kecewa dengan cara pemerintahan beliau dan inginkan suatu perubahan yang drastik dan ianya harus dilaksanakan dengan SEGERA!!!
Bravo Tan Sri. Excelent posting! Orang2 mcm saya ni, dah kehilangan kata2 canggih. Dah tau nak kata apa lagi dah. Pendekkan sajalah cerita - Pak Lah, Blah lah! <-- lebih mudah straight to the point saja.
ReplyDeleteTan Sri,
ReplyDeleteArtikel yang menarik. Tetapi saya kurang setuju dengan pernyataan Tan Sri mengkategorikan negeri2 yang dimenangi PR kepada kaya dan miskin walhal status kaya dan miskin mereka adalah kesan daripada pemerintahan BN selama 50 tahun termasuk di era Tan Sri dan Tun.
Saya tak rasa sebarang perbezaan era Pak Lah dan era Tun M. Maaf jika saya katakan Tun M hanya bernasib baik kerana pada era tersebut penggunaan internet masih di peringkat rendah. Media pula dikuasai 100% oleh BN. Oleh itu Tan Sri tidak mempunyai hak mengatakan Tun M adalah lebih baik dari Pak Lah hanya kerana pihak Tan Sri sekarang mempunyai media bentuk baru untuk menyuarakan pendapat.
Terlalu banyak dosa Tun M kepada rakyat semasa zaman pemerintahannya walaupun tetap diakui sumbangannya kepada pembangunan negara. Saya berani katakan jikalau pada zaman Tun M internet telah digunakan secara meluas nescaya BN pada zaman tersebut akan mengalami kekalahan yang lebih memalukan. Mungkin terus bungkus dan telah menjadi pembangkang sekarang.
Namun era Tan Sri dan Tun telah berlalu. Golongan muda pada zaman sekarang hanya memandang jasa2 baik anda semua sahaja kerana tidak ada rekod di dalam memori mereka mengenai keburukan yang rejim Tun bawa kepada negara. Kerana pada zaman Tun memerintah mereka masih budak hingusan dan tidak tahu berfikir secara rasional. Hanya terpengaruh dengan propaganda.
HE WHO HOLDS THE MEDIA AND THE YOUTH WILL HOLD THE NATION
Tan Sri et.al.
ReplyDeleteMaaf cakap, saya berpendapat 1st and 2nd commentator Zarif dan Johan ada asasnya. Memang itulah yang saya percaya bahawa Tun DM dalam kegopohan beliau utk kemajuan yg ekspress, telah melanggar atau mengolahkan semula byk peraturan2 demi agenda beliau. Nah! 'the aftermath'nya sekaranglah. Pak Lah kini orang yang perlu membetulkan kembali.. mungkin betullah dia tak begitu berjaya sehinggakan dikata umpama tikus membaiki labu. It's time for him to go, yes! Dua2 pun byk dah buat salah.. jangan dinafikan hakikat ini.
Maaf lagi sekali atas pendapat saya bahawa usaha2 memperkasa kembali UMNO sekarang umpama angkat bakul naik sendiri, ataupun orang yang masih bermimpi di siang hari. Saya masih ahli UMNO, tetapi sekarang sedih melihat Parti yang masih tak faham-faham apa yang dihasratkan oleh Rakyat. Salah laku, salah guna kuasa, maksiat, rasuah, menampakkan harta dunia bertimbun, rumah bagai istana, itu semua elemen-elemen penting yang perlu dihapuskan dari imej pemimpin UMNO atasan. Saya terfikir, bagaimanalah pemimpin UMNO boleh menandingi imej TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang hanya dari satu sahaja, rumah yang mereka diami. Islam bukan menyuruh kita menyukai kemiskinan, tapi kesederhanaan.. aspek kesederhanaan itulah yang jarang2 diamalkan oleh elit2 UMNO. Kita tidak boleh menafikan gelombang kebangkitan kesedaran Islam sekarang adalah global, tak boleh dihalang kendati oleh Negara Uncle Sam sekalipun. Lihat di Turki, Algeria.. rakyatnya telah memilih parti Islam. Oleh itu usaha memperkasa UMNO, tidak boleh lari dari usaha memantapkan amalan Islam sepenuhnya dalam parti.. and definitely not through Islam Hadhari. Kalau satu hari nanti UMNO perlu bergabung dengan PAS, so be it!
Maaf atas sebarang kata yang menyinggung rasa Tan Sri et.al.
Pakya Stopa PJ
1. Apa pun hujah anda semua, Pak Lah memang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia lagi.
ReplyDelete2. Pak Lah telah ditolak oleh orang-orang Melayu.
3. Pak Lah dan kroninya harus meninggalkan UMNO & BN untuk survival jangkamasa panjang parti tersebut.
Bawah ini adalah quotation oleh Alexander Fraser Tytler yang Tan Sri sebut di Telok Kemang semalam:
ReplyDeleteA democracy is always temporary in nature; it simply cannot exist as a permanent form of government. A democracy will continue to exist up until the time that voters discover that they can vote themselves generous gifts from the public treasury.
From that moment on, the majority always votes for the candidates who promise the most benefits from the public treasury, with the result that every democracy will finally collapse due to loose fiscal policy, which is always followed by a dictatorship.
The average age of the world's greatest civilizations from the beginning of history has been about 200 years. During those 200 years, these nations always progressed through the following sequence:
- From bondage to spiritual faith;
- From spiritual faith to great courage;
- From courage to liberty;
- From liberty to abundance;
- From abundance to complacency;
- From complacency to apathy;
- From apathy to dependence;
- From dependence back into bondage.
Kata-kata itu dan peringatan Tan Sri bahawa orang Melayu berada di macam-macam tahap dalam kitaran nasib memberi kesedaran yang memeranjatkan.
Terima kasih. Akan saya abadikan i blog saya.
Benar tan Sri..
ReplyDeleteSalam sejahtera,
ReplyDeletePEMBERITAHUAN
Untuk mendapatkan sebarang berita-berita rujukan Buletin Utama TV3 bagi anda yang sering ketinggalan waktu siarannya, sila layari Rujukan Berita TV3. Blog ini sedang dikemaskini dengan berita-berita semasa yang terkini dan segala berita-berita lampau.
Semoga bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan bersama sebelum sebarang spekulasi atau lontaran pandangan dikemukakan. Juga diharapkan agar kita semua tidak perlulah "bias" meskipun ianya merupakan berita arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan pemerintah. Usaha ini diwujudkan atas dasar kebertanggungjawaban terhadap agama, bangsa dan negara yang tercinta.
Sekian dimaklumkan.
PEMUDA PELAPIS
www.pemuda-pelapis.blogspot.com
Hamid Albar tak mampu bayar hutang MAYC sebanyak RM35,166,492.52 tapi mampu bercita cita nak bertanding Naib Presiden UMNO.. Kalau hutang juta juta mana layak dicalonkan atau bertanding jawatan tinggi UMNO. Diharap pihak Tan Sri jengok jengokkan sedikit MAYC kerana Presiden MAYC ini bercakap berkenaan Melayu, Islam serta Budi Pekerti tetapi menganiaya Anak Melayu Islam yang berjaya menghalang bangunan tersebut daripada dilelong malah surat telah pun dihantar kepada YAB Presiden tetapi Wallaahu Allam. Harapan besar agar Tan Sri dapat memberi pandangan kerana Presiden MAYC ini dilantik oleh Tan Sri sendiri pada masa itu.
ReplyDeleteTan Sri Sanusi.
ReplyDeleteHow is your relation with MAYC? Strong rumours said that Hamid Albar will be received another legal letter soon regards MAYC, will you be part of it or aren't you and the previous trustee before bare trustee aware of that? RM35,166,492.52 npl debts? wow! I wonder how would it be could it be enough amount to put Hamid Albar Political Down for the up coming UMNO Division and UMNO Election.
I didnt really understand why PM still put Hamid Albar on his Cabinet. It's should be the person who solve MAYC problem not him.
MAYC, Mahathir, Sanusi, Hamid Albar, Danaharta, Prokhas and after this what?. It is unfair for citizens who involved with danaharta many of their land and properties are auctioned sold by now or not left over under Noticed Auction Remarks by Danaharta, perhaps for MAYC they close both eyes.
WHY? Is that true "Hamid Albar tak mampu bayar hutang MAYC sebanyak RM35,166,492.52" "click paste"
Why Finance Minister "PM" save him neglect Radzi push him up at no 3, for what?
Please be aware cos people are watching closely against Law and Order defaultism behaviour.
Sin Chew Jit Poh reporter Tan Hoon Cheng and Seputeh MP teresa kok were arrested under the ISA act earlier tonight; They follow Raja Petra of Malaysia-Today yesterday.
ReplyDeleteI wonder what Ku Li, Tan Sri Muhyiddin and Dr.M are planning to do about this.
Tick tock, tick tock the clock is ticking.
TAn Sri Muhyiddin has made a move by calling Pak Lah to step down sooner but it is too little, too slow and too restrained. Reality demands more.
The current BN leadership is taking everybody on their carriage closer and closer to the edge of a ledge with every move they make. If they don't hit the brakes soon, someone else might aim for the accelerator shaft instead.
Kan dah diawalkan :-)
ReplyDeleteSelamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)
Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
Tak usahlah nak buat komen mengampu Pak Lah lagi, jika betul komen Zarif dan Johan dan yg sewaktu dgnnya, sudah tentu Pilihanraya 2004 BN telah kalah teruk kerana konon rakyat dendam dgn TDM tapi sebaliknya rakyat mmberi kemenangan besar kpd BN supaya Pak Lah yg tidur ni dapat bekerja dgn baik.
ReplyDeleteCeliklah mata anda dan akuilah Pak Lah tak buat apa2 sepanjang 4 tahun premiership dia tapi dok tidur saja, celik mata fikir nak memalukan TDM dan akhirnya terima padah.