Wednesday, January 6, 2010

USAHA GEREJA KATHOLIK UNTUK MENGELIRUKAN UMMAT ISLAM

KATHOLIK MENYAMAKAN ALLAH DENGAN TUHAN MEREKA

1. Blog Tun Dr. Mahathir kelmarin, 5 Januari, 2010 menjelaskan sebab Gereja Katholik tidak boleh menggunakan Allah sebagai nama bagi Tuhan mereka. Bagi Umat Islam, Allah itu maha esa dan tidak ada sekutu bagiNYA.

2. Umat Islam sepanjang zaman telah menumpahkan darah untuk menegakkan keesaan Allah s.w.t..

TUHAN KATHOLIK BERANAK-PINAK

3. Bagi Gereja Katholik pula Tuhan itu beranak pinak dan bertiga pula dengan 'the holy ghost' atau 'hantu keramat'. Inilah apa yang dikatakan konsep 'The Trinity'.


KONSEP SYIRIK KATHOLIK - THE TRINITY

4. Konsep 'The Trinity' ini telah diketengahkan melalui 'Nicene Crede' dalam satu persidangan gereja Nicene Council di Nicea pada tahun 325 m.s. di zaman Rom di bawah Emperor Constantine. Nicene Crede ini telah mendapat pengesahan lanjut dalam The Council of Constantinople pada tahun 381 m.s.. Konsep ini telah ditentang oleh Padri-Padri yang berfahaman Arianism. Arianism adalah ajaran Padri yang bernama Arius ( 250 m.s. - 336 m.s. ) yang dianggap tidak siuman pada waktu  'The Trinity' diperkenalkan pada tahun 325 m.s., kemudian diampun dalam perjumpaan, sepuluh tahun kemudian, dalam persidangan The First Synod of Tyre pada tahun 335 m.s., dan diisytihar gila semula, setelah dia meninggal dunia, dalam persidangan The First Council of Constantinople pada tahun 381 m.s. di waktu The Nicene Creed itu disahkan. Gereja Katholik diketuai oleh Pope di Rom. Mereka mendakwa mereka mempunyai sekitar seribu juta penganut di seluruh dunia.

GEREJA ORTHODOX

5. Dengan adanya konsep The Trinity ini maka Gereja Katholik menjadi terpisah dari The Orthodox Church atau Gereja Orthodox yang mendakwa mereka sebagai penganut ugama Kristian yang asli, dan tidak berubah sepanjang 2,000 tahun, yang tidak percaya kepada konsep The Trinity dan tidak berqiblat ke Rom. Ketua mereka, The Patriarch of Constantinople, berpusat di Constantinople ( Istanbul ) dengan taraf yang sama dengan Bishop-Bishop yang merupakan Padri untuk wilayah-wilayah yang ditentukan. The Patriarch of Constantinople, walaupun, apabila disenaraikan dalam penulisan, diletakkan namanya di bawah Pope, tetapi tarafnya dianggap sama. Ahli Gereja Orthodox, selain tidak menerima The Trinity, juga tidak menyembah salib, walaupun mereka mempunyai 'icon' sendiri yang tidak disembah, tetapi diguna bila sembahyang. Gereja Orthodox mendakwa mereka mempunyai penganut Kristian yang nombor dua terbesar di dunia.

GEREJA PROTESTAN

6. Pada tahun 1517 Padri Martin Luther dari Jerman telah memimpin sekumpulan Padri-Padri yang memberontak dan menolak kepimpinan Pope di Rom dan memutuskan untuk merujuk terus kepada kitab mereka dalam hal-hal ugama tanpa rujukan kepada Padri-Padri Gereja yang dilantik oleh Pope. Penganut Protestan tidak mahu menerima ajaran dan amalan penganut Gereja Katholik secara membuta tuli kerana mereka mengutamakan logic dan rasional yang munasabah. Gereja Protestan mendakwa mempunyai 350 juta penganut di dunia.

GEREJA ANGLICAN

7. Pada tahun 1534 m. s., Gereja Inggeris pula telah bertindak untuk berpisah dari naungan Pope di Rom. Reformasi Gereja Inggeris berhasil apabila King Henry VIII ingin bercerai dengan isterinya Catherine of Aragon untuk berkahwin dengan Anne Boleyn.  Oleh kerana di desak oleh sepupu Catherine yang menjadi Emperor Rom pada waktu itu maka Pope Clement VII telah menghalang perceraian itu. King Henry VIII telah merampas kuasa dan mengesahkan perceraiannya sendiri sebagai kepala Gereja Inggeris. Maka King Henry VIII dan Gereja Inggeris yang dipimpinnya pun dipisahkan oleh Pope Paul III dari Gereja Katholik. Gereja Inggeris telah dikembalikan di bawah kuasa Pope di Rome apabila Queen Mary I menjadi raja Inggeris menggantikan Henry VIII. Oleh kerana Queen Mary I tidak mempunyai anak maka sepeninggalannya beliau telah diganti oleh adek tirinya Queen Elizabeth I.

8. Queen Elizabeth I telah berkelahi dengan Pope Pius V dan beliau telah di isytihar oleh Pope Pius V sebagai raja yang tidak sah. Maka terpisahlah Gereja Inggeris dari Rom sehingga sekarang. Ianya terletak di bawah Archbishop of Canterbury di bawah naungan Raja-Raja Inggeris.

KONFLIK GEREJA KATHOLIK DAN ANGLICAN

9. Permusuhan antara Gereja Inggeris dengan Gereja Katholik begitu parah sehingga pada 5 November, 1605 sekumpulan penganut Katholik telah meletak bahan letupan di bawah bangunan Parlimen untuk meletupkan anggota Parlimen dan Raja apabila Parlimen bersidang.

10. Oliver Cromwell telah menyerang penganut Katholik di Ireland, dan sekutunya dari Sepanyol, yang telah membunuh 20,000 penganut Protestan di Ireland antara tahun 1649 hingga 1652 ( petikan dari buku 'God and Gold' karangan Walter Russell Mead seorang neo-conservative - cetakan 2007 ). Tentera Protestant juga sama kejam dengan penganut Katholik dari Ireland dan Sepanyol.

11. Perpecahan antara penganut Kristian, yang bermula pada tahun 325 m.s. apabila Nicene Creed diperkenalkan telah berlarutan sehingga dalam ucapannya dalam Parlimen di England pada 17 September, 1656 Perdana Menteri Oliver Cromwell, sebagai pelindung The Church of England, atau Anglican Church, telah mengisytiharkan antara lain ' ... Truly, your great enemy is the Spaniard ( yang rajanya penganut ajaran Katholik ) .... through that enmity that is in him against all that is of God that is in you.' ( petikan dari buku 'God and Gold' oleh Walter Russell Mead - 2007 ).

12. Dari peritiwa-peristiwa di atas jelas sekali bahawa agama Kristian itu boleh berpecah belah berpunca dan bermula atas: (a) desakan Emperor Constantine di waktu dia berubah dari fahaman pagan, yang menyembah banyak berhala, sehingga wujudnya The Trinity yang mempelbagaikan jenis Tuhan, tetapi mengurangkannya kepada tiga, untuk disembah; (b) dengan keputusan Padri-Padri di bawah pimpinan Martin Luther yang menolak Padri sebagai perantara antara makhluk dan Tuhannya; dan (c) dengan keputusan Raja Inggeris King Henry VIII yang hendak menceraikan Catherine untuk berkahwin dengan Anne Boleyn. Jelas sekali peranan manusia dalam memanupulasi atau memutarbelitkan ugamanya.

CAMPURTANGAN MANUSIA DALAM MEMBINA UGAMA

13. Semua ini berlaku kerana mereka mengetahui bahawa Bible pegangan mereka itu juga adalah hasil dari ciptaan Padri-Padri yang penuh dengan percanggahan. Pembaca yang berminat bolehlah merujuk kepada buku kecil karangan Dr. Abu Ameenah Bilal Philips yang bertajuk The True Message of Jesus Christ terbitan International Islamic Publishing House, Riyadh, Saudi Arabia. Dr. Bilal Philips telah mendapat hidayat dan memeluk ugama Islam pada tahun 1972 dan kini berkhidmat sebagai pensyarah di Qatar Guest Center, Doha, Qatar. Kegiatan beliau dapat diikuti dengan melayari web http://www.bilalphilips.com/..

PERCANGGAHAN KRISTIAN DENGAN SAINS

14. Di zaman The Dark Ages banyak ahli-ahli sains telah dibunuh oleh gereja kerana pendapat mereka bercanggah dengan isi Bible. Percanggahan antara sains, sebagai ciptaan Allah s.w.t. dengan ajaran Kristian adalah bukti yang nyata bahawa Bible itu bukan asli dan hanya gubahan manusia. Ahli-ahli sains di Italy yang menjadi anggota 'The Illuminati' terpaksa mencari tempat perlindungan di tempat lain.

CEMBURU RAJA TERHADAP PANGLIMA SALIB

15. Di Perancis pula, Rajanya menjadi cemburu dengan kuasa dan kekayaan yang terkumpul pada kumpulan The Knights Templar, pahlawan Kristian yang menjadi kaya-raya kerana upah, hadiah, derma dan sumbangan, tanpa dikenakan apa-apa cukai, kerana budi dan jasa The Knights Templar menjaga keselamatan hartawan, jutawan dan raja-raja Kristian, dari ancaman orang-orang Islam, dalam perjalanan mereka dari negara masing-masing di Eropah ke Jerusalem.

16. Apabila permohonan pinjaman wang oleh King Phillip IV ( yang terkenal sebagai Phillip the Fair ) dari The Knights Templar, untuk membiayai peperangan dengan English, ditolak, maka Phillip memutuskan untuk mencukaikan Padri-Padri. Pope Boniface VIII tidak setuju sebaliknya memperkuatkan kedudukan gereja dengan pengisytiharan the Papal Bull dalam tahun 1302, yang meletak Pope di atas raja, dan sekaligus King Phillip di singkirkan.  Usaha menangkap Pope telah digagalkan dengan sokongan rakyat. Pope, sebulan kemudian, didapati meninggal dunia kerana didera. Pope baru Bertrand de Goth ( Clement V ) adalah seorang yang berbangsa Perancis, dan bukan Italy. Beliau adalah sahabat karib King Phillip IV.

17. Apabila The Knights Templar telah berjaya menggulingkan King Henry II raja Cyprus, untuk diganti oleh adeknya, maka, kerana takut, King Phillip IV dengan kerjasama sahabatnya Pope Clement V telah menangkap 138 orang The Knights Templar pada subuh 13 Oktober, 1307. Mereka telah didera dan dipaksa mengaku salah atas 100 tuduhan rekaan dan akhirnya mereka dibakar hidup-hidup di luar kota Paris. Sebelum mati dibakar pada 18 Mac, 1314, ketua The Knights Templar, Jacques de Molay, telah bersumpah dan mengutuk King Phillip IV dan Pope Clemen V. Mereka berdua telah meninggal dunia tidak sampai setahun kemudian. Kutukan inilah yang dianggap sebagai simbol menentang raja dan ugama..

GABUNGAN MUSUH-MUSUH GEREJA KATHOLIK DI SCOTLAND

18. Ahli-ahli sains yang menjadi anggota 'The Illuminati' dari Italy dan sekitarnya, dan kerabat pahlawan-pahlawan The Knights Templar, sekitar 3,000 orang, yang keduanya dimusuhi oleh Gereja Katholik, telah mencari tempat baru untuk perlindungan sejak penangkapan mereka bermula pada tahun 1307.

19. Secara kebetulan pada tahun 1306 Robert the Bruce telah membunuh rakannya Padri John Comyn dan dia disingkirkan oleh Pope dari lindungan Gereja Katholik. Selepas itu Robert the Bruce mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Scotland. Dengan bantuan bersama The Knights Templar, yang juga telah disingkirkan oleh Pope, setahun kemudian, pada tahun 1307, Robert the Bruce telah menang dalam peperangan yang dinamakan "The Battle of Bannockburn" pada tahun 1314. Raja Scotland Robert the Bruce telah mengalahkan England. Dengan itu Scotland menjadi tempat yang sesuai untuk pengikut-pengikut The Illuminati dan The Knights Templar, berpindah beramai-ramai, dan berlindung di bawah payung pertubuhan Freemason di Scotland. Scotland, The Illuminati dan The Knights Templar adalah musuh Gereja Katholik.

IKRAR MENGHAPUS RAJA DAN PENGARUH UGAMA

20. Sebelum ketua The Knights Templar Jacques de Molay mati dibakar di luar kota Paris dia telah memberi pesan kepada pengikutnya supaya menentang habis-habisan sistem pemerintahan secara beraja dan juga Gereja Katholik. Akibatnya, yang dapat kita lihat dari sejarah, ialah kejayaan gerakan Freemason memainkan peranan kearah berubahnya sistem pemerintahan beraja di Perancis kepada sistem Republik; terpisahnya Amerika Syarikat menjadi sebuah Republik dan merdeka dari Britain yang mempunyai sistem pemerintahan yang memberi kedudukan kerpada raja; dan leburnya pemerintahan Othmaniah ( Ottoman Empire ) yang beraja.

GEREJA TERKAYA YANG MENDUKUNG SISTEM KEWANGAN BERLANDASKAN RIBA

21. Gereja Katholik adalah sebuah organisasi yang kaya dan sangat berpengaruh keatas bank-bank kerana saham dan simpanannya. Ada bank di Amerika Syarikat muflis setelah tidak disokong of Vatican, kota pusat Gereja Katholik. Gereja Katholik sangat mendukung sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan riba. Jika dahulu ugama Kristian turut mengharamkan riba maka dengan perlantikan Pope dari keluarga Medici yang menguasai bank di Italy maka riba telah dihalalkan.

22. Di dalam blog saya pada 26 Oktober, 2009, atas tajuk 'War Criminal Conference,' saya telah menyebut bagaimana pihak bank begitu mengawasi kuasa mereka sehingga sesiapa saja termasuk Presiden, Raja dan Pope telah terbunuh kerana mengganggu sistem bank.

POPE JOHN PAUL 1 DI BUNUH

23. Pope yang di maksudkan ialah Pope John Paul I yang nama sebenarnya Albino Luciani yang menjadi Pope hanya untuk satu bulan pada tahun 1978. Untuk mengetahui bagaimana kejamnya Gereja Katholik terhadap sesiapa saja yang mengganggu kepentingannya bacalah sedutan ini:

'While Albino Luciani proved to be an irritant to the Curia in many ways, he made himself its absolute nemesis when he delved into the Vatican Bank's dealings, which dated back to the reign of his predecessor. In 1968, his predecessor Pope Paual VI had taken into his confidence a Sicilian financier name Michele Sindona.

Sindona's spectacular rise from veritable rags to control of a vast international banking empire was partially due to the support of his spatrons in the Mafia and in P2, a secret Masonic society controlled by Lucio Gelli. Gelli had assembled a network of right-wing military and political figures. Relying on bribery, extortion, and, when necessary, assassination and terrorism to expand his web of power, Gelli financed his empire through the systematic plunder of a growing  string of banks acquired by his associate Roberto Calvi. With the help of Gelli and Calvi, Sindona gained control of a group of some of the oldest and most prestigious financial institutions in Italy and Switzerland, inclusind several in which the Vatican held an interest.

With his bright intelligence and naive fearlessness, John Paul I penetrated to the heart of this maze of corruption within weeks of his coronation. On the the evening of September 28, 1978, he called Cardinal Villot, the leader of the powerful Curia, to his private study to discuss certain changes that the Pope proposed to make public the next day. ( It has been reported that John Paul was also considering the release of the famous "Third Secret of Fatima," which was supposed to have been given to the public in 1960. ) Among those whose 'resignations' would be accepted by the Pontiff the following day were the head of the Vatican Bank, and several members of the Curia who were implicated in the activities of Sindona and P2, and Villot himself. Moreover, Villot was told that John Paul I would also announce plancs for a meeting on October 24 with an American delegation to discuss a reconsideration of the Church's position on birth control.

When Pope John Paul I retired to his bedroom on the evening of September 28, clutching the paperswork that would expose the Vatican's financial dealings with the Mafia and purge the Curia of those responsible, a number of very ruthless individuals had a great interest in seeing to it that he would never awaken to issue these directives.

When the Pope's housekeeper knocked at his door at 4.30 a.m., she heard no response. Leaving a cup of coffee, she returned fifteen minutes later to find the Pope still not stirring. She entered the bed chamber and gasped when she saw the Pope propped up in bed, still holding papers from the night before, his face contorted in a grimace. On the night table beside him lay an opened bottle of Effortil, a medication for his low blood pressure. The housekeeper immediately notified Cardinal Villot, whose first response to the news was to summon the papal morticians even before verigying the death hisself or calling the Vatican phasician to examaine the body. Villot arrive in the Pope's room at 5.00 a.m. and gathered the crucial papers, the Effortil bottle, and several personal items which were soiled with vomit. None of these articles were ever seen again.'

24. Jelaslah Pope John Paul I dibunuh oleh kawan-kawannya sendiri. Bacalah dua buku ini: (1) In God's Name: An Investigation into the Murder of Pope John Paul I by David A. Yallop dan (2) A Thief in the Night: The Death of Pope John Paul l by John Cornwell.

TOKOH KRISTIAN MENINGGALKAN UGAMA MEREKA
25. Oleh kerana gereja tidak membenarkan soal jawab dan kaji selidik secara mendalam dan saintifik mengenai ugama mereka, dan apa-apa saja berkaitan dengan misteri gereja mereka, maka banyak sekali tokoh-tokoh dan cerdik pandai Kristian telah memeluk ugama Islam. Antaranya ialah: 1) Col. Donald S. Rockwell dari USA, (2) Sir Jalaluddin Lauder Brunton dari England, (3) John Fisher dari New Castle, (4) Khalid D'Lornger Remraf, (5) A. W. L. Van Kuylenburg, (6) Walker H. Williams, (7) Miss Joan Fatima, (8) Khadija F. R. Fezoui dari England, (9) Count Eduardo Gioja dari Italy, (10) Hasan V. Mathews, (11) Mumin Abdur-Razzaque Selliah dari Ceylon, (12) Dr. Abdul Karim Herbert, (13) Ali Selman Benoist, Doctor of Medicine dari Perancis, (14) Prof. Arthur Alison, (15) Ameena Annie Spieget dari England, (16) Harry E. Heinkel, (17) T. H. Mc C. Barklie, (18) H. G. Newitt, (19) Saifuddin Dirk Walter Mosig dari USA, (20) J. L. Ch. Van Beetem ( Mohammad Ali ), (21) Walker H. Williams, (22) Mrs. Amina Mosler dari Jerman, (23) Ayesha Bridget Honey dari England, (24) Aesya Kim dari Korea, (25) Mrs. Cecilia Mahmuda Cannolly dari Australia, (26) Miss Joan Fatima Dansken, (27) Mrs. C. Sa'eeda Namier, (28) Fatima Heeren dari Jerman, (29) Madame Fatima Mik Davidson dari Republic of Trinidad and Tobago. Layarilah internet dan carilah nama mereka dan mereka akan memberi sebab-sebab mereka menolak The Trinity dan menerima Al Quran sebagai Kitab Allah. Bacalah mengenai mereka dari buku 'Yes! I Converted to Islam and Here is Why' terbitan Darussalam Publishers & Distributors, Riyadh, Saudi Arabia.

26. Oleh itu janganlah sekali-kali memandang ringan kepada penggunaan perkataan Allah di dalam terbitan Gereja Katholik. Sudah pasti seluruh dunia Katholik, termasuk Pope di Vatican sedang memerhati perkembangan di Malaysia masa kini.

KETUANAN MELAYU TERCABAR

27. Keruntuhan pegangan Melayu dan Umat Islam, yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan berlaku: (a) Penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah berjasa, (2) Kecurigaan keatas institusi pencegah rasuah dan kehakiman, (3) Penghinaan keatas institusi Raja dan (4) Cabaran ke atas ketuanan Melayu. Media kita juga terus mendedahkan: (5) Keruntuhan institusi keluarga Melayu dan Islam dengan perceraian dan poligami berlandaskan keghairahan nafsu, (6) Kecuaian pentadbiran Melayu dengan rasuah yang di luar kawalan, (7) Ketidakmampuan kita untuk mengawal keselamatan dengan rompakan, pencurian, pencolekan yang berleluasa dan (8) Pengekalan pemimpin yang terbukti rasuah di dalam jawatan dan keghairan pemimpin yang belum terbukti rasuahnya, untuk merebut jawatan dan institusi, untuk menyusahkan tindakan diambil keatasnya.

DUNIA ISLAM MENUJU KEHANCURAN

28. Kita lihat bagaimana negara-negara Islam Iraq dan Afghanistan sudah dimusnahkan. Pakistan dalam proses pemusnahan. Iran sedang diancam. Yemen sudah dimasuki. Di Indonesia gambar Presidennya yang baru menang landslide dalam Pilihanraya Umum sudah dibakar gambarnya. Turki dan Mesir dalam tawanan. Sementara kita sedang berpesta dalam persaingan: dulu - (a) Siapa lebih berjasa untuk memerdekakan negara antara UMNO dan PKMM, lepas itu - (b) Siapa lebih memperjuangkan Islam antara UMNO dan PAS dan kini - (c) Siapa lebih sanggup mengorbankan hak bangsa dan ugamanya untuk menjaga hati yang bukan Melayu dan bukan Islam.

29. Pemimpin dan parti politik, lebih-lebih lagi yang bertopengkan agama akan melihat apakah lebih untung atau rugi dari segi mendapat undi dalam Pilihanraya Umum ke-13 sebelum menyokong, menentang, berkecuali atau berlagak sebagai orang tengah dan pendamai dalam isu merampaskan hak mengguna nama Allah. Sebenarnya seseorang ulama itu gugur gelaran ulamanya apabila berpolitik secara berparti kerana tidak mampu lagi menyatakan yang benar walau pahit sekalipun.

MELAYU ISLAM PERLU BERANI MEMPERTAHANKAN MARUAH

30. Dalam mempertahankan ugama, bangsa dan tanah-air Melayu Islam hendaklah berani. Jangan terkena penyakit wahnu atau hibbud dunya. Seseorang pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta hendaklah peka terhadap nasib bangsa dan ugamanya. Pak tani, nelayan, penternak dan buruh hendaklah tidak leka melupakan bangsa dan ugamanya. Arkitek, doktor, peguam, akauntan dan profesyional yang lain janganlah leka dengan bangunan, penyakit, dokumen, akaun dan tugasnya sahaja. Raja dan Menteri hendaklah peduli kepada lain dari jawatan dan kedudukannya.

31. Penari dan penyanyi di pentas, sebagaimana juga hakim dan peguam di mahkamah, janganlah leka dengan bentuk badan, pakaian, gaya, ragam, bahasa dan suara untuk menghibur penonton di dewan kerana penonton yang bernafsu ganas tidak akan puas selagi penari tidak tanggal semua pakaiannya sehingga tidak bermaruah lagi.

32. Pope Benedict XVl di Rome, seorang bekas tentera Nazi, sedang melihat apakah institusi Raja-Raja Melayu berani, mampu dan sanggup mengguna kuasanya sebagai pelindung ugama Islam apabila, secara sedar atau tidak sedar, nama Allah cuba dicemarkan kerana keputusan Hakim yang juga dilantik atas nama Raja-Raja Melayu. Pope mengharapkan dengan isu ini Gereja Katholik akan bertambah popular di dunia ketiga walau pun ugamanya terus berkurangan penganut di Barat dan di kalangan orang-orang yang terpelajar. Apatah lagi dengan adanya pengarang novel seperti Dan Brown dengan bukunya Da Vinci Code and Lost Symbol yang mengenengahkan pandangan Freemason mengenai Gereja Katholik.

13 comments:

  1. Terima kasih Tan Seri, bagaimana lagi kita kita hendak mengingat tenaga politik, kerabat istana, korporat malah seniman, yang asyik mengaut untung. Tan Seri masih dapat bersuara, ayoh himpun manusia yang masih sedar dan insaf. Kami menyokong demi bangsa Melayu dan Agama. InsyaAlllah.

    Bagaimana usaha mengumpul teman-teman penulis untuk membentuk kelompok Malay Art Review Journal???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt Tan Sri,

    Kita telah berjumpa beberapa kali.
    InsyaAllah Tan Sri sekeluarga mendapat Haji yang Mabrur baru baru ini, InsyaAllah.
    Isu ini adalah amat penting.
    Agama Allah wujud sejak Nabi pertama lagi Nabi Adam. Allah swt turunkan pelbagai Kitab sepanjang hayat Nabi Nabi lain termasuklah antaranya Taurat, Zabur & Injil. Kesemua kitab ini terbatal selepas datangnya Nabi Muhammad saw sebagai Rasulullah saw dengan Kitab Al Quran.
    Apa yang berlaku dengan kitab kitab lama pada hari ini telah dibuat kajian terperinci oleh Allahyarham Sheikh Mohd Deedat yang pernah datang ke PJ Hilton Petaling Jaya untuk satu program di awal tahun 90an. Sheikh Mohd Deedat mengesan ribuan pindaan oleh paderi paderi terkemudian daripada kitab asal Injil yang membuatkan Injil ditertawakan oleh banyak pihak termasuk bukan Islam sendiri. Sila lah rujuk buku buku Sheikh Ahmad Deedat serta video videonya yang boleh terdapat di UIA serta juga kedai kedai buku sekitar Kuala Lumpur terutamanya di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan dengan Coliseum.
    Selain itu kita patut juga merujuk kepada para ulama yang bebas tanpa apa apa kepentingan melainkan kebenaran.Sekian buat kali ini. Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar yang boleh dihubungi di drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau isikcorpadv@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam, Tan Sri.

    Sekali lagi saya menulis sebab tadi Solat Maghrib sat.Pembetulan nama Sheikh Ahmad Deedat bukannya Mohd , saya tak perasan tadi Tan Sri.

    InsyaAllah ada rezeki, ramai yang ingin melihat Tan Sri kembali ke UIA.

    Juga Tan Sri sedang kita semua sibuk memperkatakan isu penting Allah swt ni, kita terlepas pandang banyak isu isu berkaitan dengan moral dan Aqidah.

    mengapa tiada demonstrasi menentang mat dan minah rempit yang merompak,menyamun dan mengamalkan pergaulan bebas yang rata ratanya ibu bapa mereka beragama Islam.

    mengapa kita berterusan membiarkan umat Islam melakukan dosa besar seperti berjudi dan minum arak.

    mengapa tempat tempat hiburan melekakan semakin bertambah. mengapa begitu ramai anak muda melayu bertudung atau tidak memakai tanda salib di dalam Kuala Lumpur--ini dapat di lihat disekitar klcc serta lrt ke klcc.

    mengapa kita biarkan sahaja NGO NGO tertentu begitu bebas mempersoalkan status ayat ayat Al Quran dan mempersendakan agama.

    Sebagai pengamal undang undang dan pensyarah sambilan di beberapa institusi pengajian & jabatan kerajaan/swasta saya memandang semua ini dengan pandangan yang amat neutral sekali tanpa apa apa kepentingan politik langsung.

    Tulisan tulisan saya telah disiarkan di dalam dan di luar negeri atas pelbagai isu perundangan dan semasa jadi selaras dengan sibuknya segala jenis wajah yang nampak bersungguh sungguh menyerah memorandum itu dan ini, apa depa ni semua buat tak selari dengan masalah di depan mata depa sendiri.

    Saya nampak depa ni macam nak glamour dan pakat bergaya untuk para pemberita. Kalau kita tanya perkara asas mengenai agama belum tentu depa ni boleh jawap Tan Sri. Cuba bertanya bacaan dalam Solat pun boleh jadi ramai yang sangkut.

    Banyak dari golongan muda melayu Islam bukan sahaja perlu di BTN kan malah perlu melalui berkali kali Ibadah Camp . Ibadah Camp patut diwajibkan pada semua peringkat umur rakyat Malaysia yang beragama Islam.

    Negara kita akan lebih dihormati sekiranya anak anak muda Islam kita berubah dari meniru budaya barat dalam segala segi hingga menyebabkan jati diri langsung hilang.

    Kita patut kembali ke zaman simplenya umat Melayu Islam sekurang kurangnya seperti zaman yang digambarkan dalam filem filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sederhana tanpa apa apa elemen fanatik.

    Sebab itu la saya rasa, ramai yang terbabit melaung laung pelbagai slogan untuk isu Allah swt kurang faham agama mereka sendiri, sekiranya tidak mengapa perangai perangai kurang sopan di pamirkan.

    Tan Sri sebagai bekas MenteriPusat dan Negeri perlu meneruskan usaha
    menyedarkan umat Islam yang makin hari hanya tinggal pada kad pengenalan seperti yang digambarkan dalam filem Indonesia,
    Kiamat Sudah Dekat (DVD nya boleh didapati di mana mana outlet speedy)

    InsyaAllah, kita akan saling berhubung bila bila sesuai dan saya di fahamkan yang ramai masih mengharapkan kepulangan Tan Sri ke UIA Allah Maha Mengetahui Segalanya.Wassalam.

    drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau e mail isikcorpadv@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Allah S.W.T. adalah Tuhan sekelian alam; Rabbul 'alamin. Allah S.W.T. bukan hanya Tuhan kepada Muslim, tetapi kepada semua makhluk termasuk manusia yang bukan Islam.

    Islam merupakan agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim A.S. sebagai Hanifah sehinggalah khatimun Nabi Muhammad S.A.W. melalui Nabi Musa A.S. dan Nabi Isa A.S. Pengikut yang menyeleweng menjelmakan Agama Yahudi dan Nasrani. Pada asalnyua, semua menyembah Allah S.W.T.


    Apabila gereja katholik mahu mengguna Allah S.W.T. sebagai nama Tuhan, maka, ummat Islam tidak seharusnya membantah. Ummat Islam seharusnya menggunakan kebijaksanaannya untuk menghuraikan sifat Tauhid kepada seluruh dunia. Ini bererti, gereja katholik telah mensyirikkan Allah S.W.T. dengan dogma "Trinity"nya.

    Sekiranya gereja katholik menyampaikan fahaman "Trinity" ini kepada sesiapa pun, maka pendakwah Islam seharusnya menerangkan sifat Tauhid.

    Islam adalah Agama yang dianuti oleh mereka yang faham dengan Tauhid dan bukan ikutan babi buta. Manusia yang siuman boleh membezakan antara Tauhid dan "Trinity" dan akan memilih Tauhid walaupun gereja katholik mengguna nama Allah S.W.T.

    Membantah penggunaan kalimat Allah S.W.T. oleh orang bukan Islam menunjukkan orang Islam adalah lemah dan tidak berani menentang dogma "Trinity" secara logik.

    Orang Islam adalah orang yang rasional dan bukan emosional

    ReplyDelete
  5. Apa yang Tan Sri kupaskan berkenaan isu ini amatlah dihargai..sesungguhnya rakyat di Malaysia perlukan ilmu pengetahuan yang terperinci sebegini dalam memahami serta mendalami isu2 yang berkaitan dengan agama.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt Tan Sri, jam sekarang kira kira pukul 2 pagi, izinkan saya menyambung lagi sedikit apa yang saya terpanggil untuk sampaikan yang terhenti sejak lepas Maghrib tadi.

    Kita masih memperkatakan isu Allah swt tetapi sedarkah kita kenapa kita sambut tahun baru 2010?

    Inila rahsianya--tahun menyambut tuhan tuhan orang orang Roman.
    Malah setiap bulan diberi nama sempena tuhan orang orang Roman.

    contohnya Januari berasal namanya dari tuhan janus yang bermaksud sky god maka sebab itulah seluruh dunia gegak gempita dengan mercun dan bunga api dilepaskan berwarna warni ke langit (sky) bagi menyambut kedatangan tuhan langit (janus) dan kita pun jadi pak turut tak tahu kita menyambut kedatangan tuhan agama lain.
    Bolehkah kita berbuat demikian? Dzahirnya dah ada elemen syirik namun biarlah ulama yang bebas dari segala kepentingan menentukan.

    Februari berasal dari februa yang mebawa maksud means of purification.

    Mac bermaksud Martius (Tuhan Peperangan)

    April berasal dari nama tuahan Aper atau Aprus atau hero.

    Mei berasal dari Maius menjadi Maia (tuhan wanita)

    Julai dari Julius Ceasar yg kemudiannya dianggap tuhan oleh orang orang roman.

    Maka untuk menyambut tahun baru diadakan Holy Day (Hari Suci) maka mcm kata P Ramlee lantak kau la Labu kita pun mengikut sahaja tanpa usul periksa.

    Calendar berasal dari hari kalends iaitu permulaan tahun baru bagi tuhan roman Juno tuhan wanita utama.

    Apa salahnya kita mula menggunakan Taqween menggantikan perkataan kalendar serta hanya merujuk kepada nombor tanpa menyebut bulan contohnya 1/1/2010.

    Atau lebih Afdal kita baru sahaja menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah.
    Kita ada bulan bulan seperti bulan Muharram (sekarang), Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jummada Awwal,Jummada Akhir,Rajab, Shaaban,Ramadhan,Syawal,Dzul Qaedah & Dzul Hijjah.

    Apakah kita sedar bila kita berdoa dan dalam doa kita kita sebut 7hb Janruari 2010 bersamaan dengan 21 Muharram 1431 Hijrah maknanya kita secara tak sedar samakan tuhan janus dengan Muharram dan yang ajaibnya tukang baca doa tu punya serban atau kopiah punyala nampak alim namun apa yang dibaca mungkin
    terlepas pandang kot depa tu Tan Sri.

    Sikit lagi Tan Sri,

    Dalam Al Quran ada dua jenis kategori ayat :-

    Pertamanya, ayat yang bermula dengan Ya Ayyuhal Nass maksudnya Wahai Manusia ini merujuk kepada semua manusia semua sekali manusia tak kira agama ( semaklah dengan ulama sebenar untuk kepastian)

    Keduanya, ayat yang bermula dengan Ya Ayyuhal Lazi Na A Manu maksudanya Wahai mereka yang beriman/Wahai orang orang yang beriman ini merujuk kepada mereka yang menerima ajaran Islam sebagai agama mereka.


    Akhir kalam Tan Sri, saya pun dah ngantuk tapi kalau tengok cerita Seniman Bujang Lapuk terus hilang mengantuk la kot.....akhir kata Tan Sri, banyak umat umat Melayu Islam yang masih perlu dipersedarkan secara segera sebelum mereka ini terus hanyut dengan kepesatan dan kecanggihan dunia modern tanpa berasa kadang kadang apa yang mereka lakukan boleh menjejaskan Aqidah mereka yakni kepada Tuhan yang mereka kenal sebagai Allah swt.

    Kalau kita sudah mula risau pada pendakwah kristien bagusla tetapi apa pula pendakwah kita buat maksud saya pendakwah yang bukan kerjanya hanya azan dan imamkan Solat dan yang lain lain tak berani buat sebab takut kena buang kerja ataupun takut atas pelbagai sebab lain.

    Pendakwah kristien diketahui bekerja keras di Indonesia dan negara negara Afrika berkorban menjadi salesman untuk agama mereka namun pendakwah kita sibuk menyibukkan diri kepada perkara perkara yang bukan teras atau asas perlantikan mereka.

    renung-renungkan,selamat beramal meminjam kata kata Prof Izi Hot FM, Selamat Malam Tan Sri.

    Wallahualam.


    Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
    drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau isikcorpadv@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri,

    Satu sharing yang meningkat pengrtahuan saya. Terima Kasih. Apa yang dilihatnya hujah hujah sebelum ini berkisar kepada bantahan yang menyatakan bahawa kalaimah Allah adalah esklusif untuk Islam dan tidak pada agama lain dan sebagai orang Islam saya akui saya mempunyai sentimen yang sama.

    Masaalah sekarang tidak ada dalam peruntukan Perlembagaan Negara untuk menghalang kegunaannya dan jika umat Islam menentang kehendak undang undang dunia, maka imej agama Islam yang kebelakangan ini dianggap ganas akan bertambah buruk.

    Oleh yang demikian apakah yang harus dilakukan agar agama Islam dan penganutnya tetap dianggap "Ummatan Wasata" dan dalam masa yang sama kalimah Allah tidak dinodai oleh penganut penganut yang syirik?

    Apa yang saya lihat kaum kaum syirik ini pegang pada separuh dan tidak pada separuk lagi. Contoh mungkin hujah mereka bahawa Allah itu juga tuhan mereka berdasar kepada banyak atay dalam Al-Quran tetapi saya ingin memetik satu untuk renungan iaitu ayat 213 Surah Al-Baqarah, ini dipegang mereka.

    Tetapi sebahagian lagi mereka sembunyikan saperti ayat ayat 17, 72 dan 73 dari Surah Al-Maa'iadah.

    Beban kita umat Islam sekarang mengenal pasti yang tersirat mereka dengan hujah dan bukti yang kukuh bagi menyanggah liberalis diluar sana.

    Saya yakin Tan Sri mempunyai kekuatan ini. Berjihadlah, tak boleh dengan tenaga dan harta benda dengan minda lebih bisa.

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri,

    Terima kasih atas huraian di atas. Pelbagai pandangan dan pendapat telah kita dengar.

    Namun pelik juga bila PKR menyokong penggunaan Kalimah tersebut hanya kerana orang Kristian ingin mengagung dan mengakui kebesaran Allah..Betul ke?

    Kalau dah mengakui kebesaran dan ke esaan Allah, masuk Islam je lah.

    Muslihat halus mereka ingin meracuni pemikiran generasi umat Islam akan datang. Mereka secara tidak langsung menghina Allah.

    Setuju dengan pandangan TDM, isu ini tidak boleh dilihat dari sudut perundangan semata-mata. JOKIDEN

    ReplyDelete
  9. Tan Sri,

    Nampaknya dalam isu ini para pemimpin Melayu Islam dalam PKR dan PAS telah hilang kuku mereka. Mereka sudah jadi pondan lantaran ingin menjaga hati kawan-kawan mereka dalam Pakatan Pemusnah mereka.

    Sikap terlalu "berhati-hati" dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan isu penggunaan nama Allah oleh para pembelot di atas amatlah memalukan kita. Ketika Umat Melayu Islam di"serang" bertubi tubi tapi kita masih bersopan-santun Ini jelas membuktikan Umat Islam di Malaysia tidak ubah seperti buih di lautan, ramai tetapi tidak membawa makna!

    Para pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti TS perlu menggerakkan NGO - NGO Melayu kita supaya kita semua seiring dan senada melangkah ke hadapan dan berani memperjuangkan nasib Ummmah ini yang semakin hari semakin lemah dan longlai.

    Allah selamatkan kami dari laknatmu lantaran perpecahan sesama kami yang berlaku dek kerana kerakusan dan ketamakan para pemimpin kami yang belot terhadap negara, ugama dan bangsa.Engkau berikan kekuatan kepada para pemimpin kami yang jujur, amanah dan ikhlas. Berikan jua kekuatan kepada PM kita sekarang dalam menghadapi kemelut perpecahan Ummah yang semakin parah...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt Tan Sri, dalam kita membincangkan isu isu Allah swt, ketuhanan, agama sebagai seorang bekas Menteri Kabinet zaman Tun Dr M, tentunya Tan Sri amat sekali berpengalaman untuk menilai isi isi diskusi yang di komenkan tahap keihklasan seseorang yang mengaku berbangsa melayu itu sendiri.

    Bangsa Melayu tak boleh lari dengan pelbagai pepatah,peribahasa,bidalan,perumpaan , simpulan bahasa, ungkapan dan lain lain lagi.

    Jadi kayu pengukur keihklasan dalam mengulas isu Allah swt dapat
    di ringkaskan menerusi senarai berikut:-

    1) Mengampu

    2) Menyelam sambil minum air

    3) ada udang sebalik batu

    4) sokong membawa rebah

    5) pak turut

    6) burung kakak tua

    7) Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh di tumpang

    8) taksub

    9) bercakap tanpa usul periksa

    10) dimana mana ada gula di situ banyak semut


    Selanjutnya konsep ilmu ikhlas ini telah di persembahkan secara simple and menghiburkan sekiranya kita dapat menonton filem Indonesia Kiamat Sudah Dekat dari mula hingga akhirnya. (DVD filem ini boleh didapati dimana mana outlet speedy)

    Allah swt Maha Mengetahui bila kita mula berbincang isu hangat nama Allah ini samada kita ikhlas atau cuba meneguk di air keruh.

    Kita semua telah merasa asam garam kehidupan jadi sekilas pandang kita dah tahu yang mana jantan yang mana betina ...yang mana ikhlas, yang mana ada udang di sebalik mee.

    Akhir kalam Tan Sri, saya bertanggungjawap sepenuhnya tentang apa yang saya tulis maka dengan itulah saya meletakkan nama saya dan macamana untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan apa apa penjelasan lanjut kerana yang baik itu semua datang daripada Allah swt dan segala kekurangan hanya dari saya sendiri jua, Wallahualam.

    drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau isikcorpadv@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt, Tan Sri.

    Walaupun isu ini dah sepanas lagi melainkan dengan isu-isu pembakaran tempat-tempat ibadat oleh golongan yang tertentu, adalah mustahak bagi orang-orang Islam di Malaysia mula melihat isu ini dengan lebih serius sebab isu untuk menggunakan perkataan "ALLAH" oleh pihak gereja ini bukanlah satu perkara yang baru tapi telah diperjuangkan oleh mereka dengan tekun dan gigih buat beberapa ketika.

    Umat Islam di Malaysia kena ingat pada sejarah Islam di mana keruntuhan empayar Ottomaniah dan Kesultanan Melayu dahulu adalah berpunca dari siasah yang sebegini dimulakan oleh pihak-pihak tertentu yang bertopengkan agama tidak kira apa agama pun. Niatnya satu "ISLAM TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERKEMBANG DI MUKA BUMI INI."

    Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan kita melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Pendidikan Tinggi menunjukkan minat dalam menganjurkan forum-forum penyedaran tentang siasah ini dengan menggunakan dewan-dewan di universiti-univeristi serta membenarkan penyertaan orang-orang dari luar seperti yang pernah dianjurkan sekitar tahun 70an dulu. Ini cuma cadangan saja mungkin ada yang lebih baik.

    Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih Tan Sri, Tan Sri Seorang Pemimpin, pemikir, pengkaji dan penafsir yang hebat, kupasan Tan Sri yang terperinci mengenai isu ini dan disokong oleh hujah rakan-rakan dalam komen amat bermakna dalam perkongsian ilmu dan pengetahuan.
    Harun>Kbg.Pasu

    ReplyDelete
  13. Sebelum kita memasuki politik, apakah kata2 allah di dalam Al- Quran. kita selidik, kita kaji dan kita membuat kesimpulan.

    Jangan huru hara menyalahkan parti itu dan ini. Dalam perkara melibatkan agama kita harus bersatu. Al- Quran ada jawapannya. adakah di dalam al-quran allah berkata orang bukan islam tidak boleh menyebut nama allah? kita selidik

    ReplyDelete