Friday, April 30, 2010

FORUM MODEL EKONOMI BARU

MENITI SEJARAH POLITIK DAN EKONOMI NEGARA

DARI WASIAT RAJA-RAJA MELAYU HINGGA MODEL EKONOMI BARU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

i. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );

ii. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

iii. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

iv. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

v. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

vi. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

vii. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak )
NEGERA MERDEKA BERPANDUKAN PERLEMBAGAAN

2. Berikutannya, pada 31hb Ogos, 1957 Malaya telah merdeka dengan perlembagaannya yang mengandungi Wasiat Raja-Raja Melayu.

3. Perlembagaan ini digubal berasaskan persetujuan Raja-Raja Melayu yang mengambilkira kepentingan berbagai kaum dan ianya juga dinamakan 'kontrak sosial'.

4. Di bawah 'kontrak sosial' inilah didapati persetujuan mengenai:

i. Raja berperlembagaan,

ii. Bahasa Melayu sebagai Bahasa  Kebangsaan,

iii. Islam sebagai agama rasmi negara,

iv. Hak istimewa orang-orang Melayu

v. Demokrasi berparlimen,

vi. Dasar Ekonomi Bebas dan

vii. Kerakyatan untuk yang bukan Melayu.

KONVENSYEN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 1965
 5. Dalam Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, pada tahun 1965, di bawah pimpinan Dato' Senu bin Abdul Rahman, yang saya hadir menjadi wakil Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban Timur, para perwakilan telah diterangkan dengan jelasnya erti peruntukan-peruntukan yang ada di dalam perlembagaan.

IDE-IDE YANG TELAH DISEPAKATI
 6. Ide-ide yang diketengahkan yang menjadi sebahagian dari perlembagaan adalah hasil pakatan dari berbagai kelompok di kalangan bangsa Melayu pada waktu itu. Umpamanya:

i. Kerabat di Raja telah menekan aspek kedaulatan raja-raja Melayu,

ii. Guru-guru lulusan dan yang sedang mengajar di Sultan Idris Training College telah menekankan pentingnya Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan,

iii. Alim ulama telah menyumbangkan agama Islam untuk dijadikan agama rasmi negara di dalam perlembagaan,

iv. Pegawai-pegawai kerajaan dan para profesional telah menyumbangkan bab 'hak istimewa orang-orang Melayu',

v. Semua pihak bersetuju diperkenal sistem demokrasi berparlimen sebagai sistem politik negara,

vi. Pihak peniaga, yang kebanyakannya dari kalangan bukan Melayu, menekankan pentingnya Dasar Ekonomi Bebas,

vii. Bukan Melayu dijanjikan kerakyatan.
RAJA BERPERLEMBAGAAN

7. Untuk memberi pengertian dan makna kepada erti Raja Berperlembagaan maka institusi pentadbiran negara berikutnya diberi taraf dan pengiktirafan di raja:

i. Askar dan Askar Melayu Di Raja untuk mempertahankan negara dari serangan luar negari,

ii. Polis di Raja Malaysia untuk menjaga keselamatan dalam negara,

iii. Kastam di Raja untuk memungut cukai sebagai belanja menguruskan negara,

iv. Pegawai Pentadbiran negara dilantik oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong ( PTD ) dan Pegawai Pentadbiran Negeri Kedah, Kelantan dan Johor dilantik oleh Sultan masing-masing negeri,

v.Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen tidak menjadi undang-undang sehingga disahkan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tidak menjadi undang-undang sehingga disahkan oleh Raja, Sultan dan Gabenor masing-masing negeri,

vi. Untuk mentafsirkan Perlembagaan dan undang-undang negara dan negeri maka para hakim dilantik oleh DYMM YDP Agong bagi pihak Raja-Raja Melayu,

vii. Gabenor bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dilantik oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan DYMM Yang Di Pertuan Agong pula dipilih dari kalangan Raja-Raja, dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan bersemayam di atas takhta secara bergilir, mengikut senioriti, untuk jangka-masa maksima lima tahun. 
DEMOKRASI

8. Mengenai demokrasi beberapa orang wakil pemuda UMNO yang dipilih, termasuk saya, di dalam sebuah pertemuan tertutup, telah mendengar pendapat Tun Abdul Razak, mengenai demokrasi (4 v di atas). Katanya demokrasi itu hanya relevan dalam keadaan pemerintahan itu dikuasai oleh orang-orang Melayu. Apabila itu terancam maka kita tidak perlukan demokrasi. Itulah sebabnya perlu dikekalkan institusi raja.
Kita tidaklah 'naive' ( kata Tun ), untuk menerima bukan Melayu menjadi rakyat hanya untuk menyerah negara ini kepada mereka.

PERISTIWA 13 MEI, 1969

9. Kenyataan Tun Abdul Razak ini telah dibuktikan dengan pergantungan parlimen apabila berlaku peristiwa 13 Mei, 1969 apabila kuasa pemerintahan Melayu terancam. Hanya apabila tindakan-tindakan yang diperlukan telah diambil atau siap dirancang barulah kuasa parlimen dikembalikan. Ini telah dilakukan oleh Tun sendiri dengan mengadakan semula pilihanraya pada tahun 1974.

10. Malahan, lebih awal dari peristiwa 13 Mei, 1969 YTM Tunku Abdul Abdul Rahman telah mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos, 1965. Sebab Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia telah dinyatakan sendiri oleh Lee Kuan Yew kepada Perdana Menteri Britain di waktu itu Sir Harold Wilson sebagaiman dilaporkan oleh setiausaha Harold Wilson di dalam bukunya 'Inside Number 10'. Dalam buku ini Marcia William ' .... revealed that Lee, in sorrow, complimented Tunku Abdul Rahman for his foresight in releasing Singapore before Lee Kuan Yew could replace the Tunku from the office of the Prime Minister of Malaysia.' Pendek kata kita akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasa Melayu. 

KONGRES EKONOMI BUMIPUTRA PERTAMA 1965

11. Dalam Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama diadakan pada tahun 1965 juga, iaitu tahun yang sama dengan tahun diadakan Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya telah hadir mewakili Negeri Sembilan sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Dato' Jaafar Talib, pemilik Sungei Ujung Store di Seremban.

12. Kegelisahan orang-orang Melayu jelas tertumpu kepada jurang perbezaan ekonomi antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu di waktu itu. Sekitar masa yang sama Tan Sri Hanafiah Hussain, selaku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia sekaligus menjadi Pengurus Besar pertama Felda dan Bendahari Agung UMNO telah berucap di dalam Parlimen, dan menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, apabila beliau bandingkan projek Felda untuk orang-orang Melayu sebagai memberi hanya sebuah tandas untuk orang-orang Melayu sementara rumah diduduki oleh orang lain.

13. Saya masih teringat peristiwa Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor YM Raja Nasron telah menghambat keluar Tun Dr. Ismail, selaku Gabenor Bank Negara, kerana beliau telah menentang cadangan persidangan untuk menubuhkan Bank Bumiputra sebagai sumber modal untuk orang-orang Melayu.

DASAR EKONOMI BEBAS DIKECAM

14. Dasar Ekonomi Bebas juga telah dikecam hebat dalam Kongres ini kerana katanya, antara lain, susunan rangkaian agensi perdagangan dan perusahaan di negara ini, yang telah tersusun dengan rapi sejak zaman penjajah, tidak memberi kebebasan kepada kaum Bumiputera untuk bergerak dalam bidang yang sudah dimonopolikan. Contohnya, pihak Bumiputera tidak boleh menjadi ejen pengedaran rokok Rothmans kerana syarikat ini telah pun dengan bebas, dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan, memilih bukan Bumiputeraa sahaja untuk menjadi ejennya di Negeri Sembilan. Mereka tidak boleh disuruh melantik ejen yang kedua  bagi Negeri Sembilan dari kalangan Bumiputera, yang kuat merokok pada waktu itu, kerana kerajaan mengamalkan Dasar Ekonomi Bebas yang bererti pihak swasta bebas dari gangguan atau petunjuk dan arahan kerajaan.

BUKU DILEMA MELAYU

15. Memandang kepada kegelisahan orang-orang Melayu yang bertambah membara dibakar pula dengan terbitan buku Dilema Melayu ( Malay Dilema ) yang dikarang oleh Tun Dr. Mahathir, Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada waktu itu, maka, sebab berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969, telah dianalisakan sebagai berpunca dari masalah perbezaan ekonomi.

DASAR EKONOMI BARU ( 1971 - 1990 )

16. Penyelesaiannya ialah dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sebagai ganti kepada Dasar Ekonomi Bebas. Dasar Ekonomi Baru dikatakan boleh menjamin kewujudan Dasar Ekonomi Bebas jika negara aman apabila kalangan Bumiputera juga bebas untuk terlibat dalam segala bidang kegiatan ekonomi.

17. Memang benar kata Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak disebut di dalam perlembagaan. Soi Lek lupa, mungkin kerana kelalaiannya, bahawa Dasar Ekonomi Baru adalah tunjangan dari Hak Istimewa Orang-Orang Melayu sebagai satu peruntukan dalam perlembagaan yang terkandung di dalam Wasiat Raja-Raja Melayu. 

BAHASA MANDARIN TIADA DI DALAM PERLEMBAGAAN

18. Mengenai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan pemuda, dalam konvensyen tahun 1965, telah dijelaskan bahasa bahasa ibunda kaum-kaum lain juga dijamin oleh perlembagaan. Kita mengambil maklum bahawa bahasa Mandarin bukanlah bahasa ibunda kaum China yang datang dari selatan China, samada digelar imigran atau tidak. Oleh itu Dr. Choi Soi Lek hendaklah beringat jika DEB tidak disebut didalam perlembagaan begitu juga bahasa Mandarin tidak disebut dalam perlembagaan. Sementara DEB merupakan manifestasi Hak Istimewa Orang-orang Melayu bahasa Mandarin bukanlah manifestasi bahasa ibunda imigran dari selatan negara China. Sementara bahasa ibunda itu adalah bahasa keturunan, dan satu hak yang patut dipertahankan, bahasa Mandarin pula hanya memperkuatkan identiti imigran yang orang-orang China Malaysia tidak mahu diingatkan. Bagi saya bahasa Mandarin, seperti juga bahasa Arab, Jepun, Jerman dan lain-lain perlu digalakkan untuk rakyat Malaysia. Bagi orang Melayu yang beragama Islam bahasa Arab patut diwajibkan. 

19. Oleh kerana bahasa Mandarin tidak ada dalam perlembagaan maka kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu telah membuat akta untuk memberi tempat kepada bahasa Mandarin dalam negara ini. Tidak ada negara lain yang dipimpin oleh bangsa lain di dunia yang berbuat demikian. Malahan Biro Tatanegara yang dikritik oleh bukan Melayu baru-baru ini telah ditubuhkan, pada waktu, akta ini hendak dibuat supaya orang Melayu menerima usaha meletak bahasa Mandarin pada tempatnya sekarang.

RUKUN NEGARA

20. Sebelum DEB diperkenalkan usaha kearah perpaduan negara diberi keutamaan dengan memperkukuhkan ingatan kepada Wasiat Raja-Raja Melayu dan memperkenalkan Rukun Negara pada 31 Ogos, 1970 yang kandungannya seperti berikut:

i. Kepercayaan kepada Tuhan,

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

iii. Keluhuran Perlembagaan,

iv. Kedaulatan Undang-Undang,

v. Kesopanan dan Kesusilaan. 

MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

21. Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua matlamat iaitu:

a. Mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

b. Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

22. Kedua fungsi DEB ini sebenarnya menguntungkan semua kaum, tetapi kerana kemiskinan itu dianggap sebagai monopoli orang Melayu dan kalangan Bumiputera ramai terlupa bahawa orang China dan India juga ada yang miskin. Membasmi kemiskinan adalah satu fungsi 1Malaysia samada rancangan ekonomi itu digelar 'dasar' atau 'model'.

23. Dalam usaha untuk menyusun semula masyarakat kerajaan di bawah DEB telah menentukan matlamat 30% dari ekuiti sektor swasta perlu dimiliki oleh Bumiputra. Pada mulanya ekuiti ini cuba dibahagikan kepada sebanyak Bumiputera yang mampu membelinya, tetapi, kerana daya tahan Bumiputera untuk menyimpan ekuiti ini terlalu lemah, maka perbadanan-perbadananlah yang telah memegangnya.

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA ( DPN )

24. Apabila tamat tempoh Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1990 Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara ( DPN ) yang bermula pada tahun 1991 dan merupakan tunjangan dasar yang bersemangat dan berjiwakan DEB. Fokus DPN tetap -

i. Membasmi golongan miskin, dan

ii. Menyusun semula masyarakat..
25. Objektif DPN pula ialah:

i. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandar.

ii. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.

PELAKSANAAN DEB DAN DPN YANG PRAGMATIK

26. Banyak hasil telah dinikmati dengan pelaksanaan DEB dan DPN walaupun seluruh matlamatnya belum tercapai.

27. Dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang pragmatik kita telah berjaya menempuh Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1997. Malahan cara Malaysia mengendali ekonominya yang bertentangan dengan kehendak Bank Dunia dan IMF kita sudah menjadi contoh di dunia dan menjadi mata pelajaran di Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Kita perlu kembali ke Universiti Harvard untuk mempelajari dari mereka sebab-sebab mereka mempelajari cara kita.

28. Tetapi, kegagalan mencapai matlamat DEB, dengan sepenuhnya, telah memberi berbagai kesempatan kepada berbagai pihak untuk membuat berbagai andaian keatas sebab kegagalannya berlaku.

KECERMELANGAN PRESTASI DALAM PILIHANRAYA TAHUN 2004

29. Kejayaan cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 adalah penyebab bermulanya semua masalah yang sedang dihadapi sekarang ini. Masalah ini berlaku kerana 'kerakusan kuasa' yang ada pada pemimpin negara di waktu itu.

30. Banyak pihak telah memberi ingatan kepada Tun Dr. Mahathir di waktu beliau sedang berfikir untuk memilih penggantinya. Dengan semua kelemahan dari segi ilmu, keberanian dan pengalaman yang terbatas, keputusan Tun Dr. Mahathir adalah berasaskan kepada keyakinannya bahawa penggantinya, sebagai tokoh yang berbudi, dapat dibantunya, kerana Sri Perdana dan Yayasan Kepimpinan Perdana letaknya berdekatan di Putrajaya.

31. Tun Dr. Mahathir sedar mengenai pandangan Sigmund Freud mengenai nafsu, pandangan Karl Marx mengenai harta dan kekayaan dan pandangan Bertrand Russsel mengenai kuasa yang boleh membawa perubahan kepada watak manusia. Sementara itu Tun Dr. Mahathir juga sedar dengan adanya agama seseorang pasti dapat mengendalikan nafsu, harta dan kuasa secara halal, tertib dan bersopan.

32. Tun Dr. Mahathir tidak boleh selalu disalahkan kerana silap memilih pengganti, kerana UMNO-lah yang menentukan pengganti itu kerana meletakkannya di barisan pemimpin parti. Rakyat juga telah memberi kepercayaan dengan kemenangan besar BN dalam Pilihanraya Umum 2004.

AKIBAT PRESTASI BURUK DALAM PILIHANRAYA TAHUN 2008

33. Akibat dari prestasi yang paling buruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 berbagai program dan institusi telah dijadikan sasaran, antaranya:

i. Institusi Raja-raja Melayu

ii. Institusi Kehakiman

iii. Konsep ketuanan Melayu, dan

iv. Dasar Ekonomi Baru
34. Pemimpin yang gagal mengendalikan negara dengan baik, sehingga dilanda kekalahan dalam pilihanraya tahun 2008, telah menyalahkan institusi dan dasar yang berjasa dan yang selama ini telah membawa kepada kesetabilan politik, kemajuan dan keamanan negara.

35. Untuk menawan hati pembangkang maka segala usaha telah dijalankan untuk mengorbankan kepentingan dan maruah Melayu sedangkan pihak pembangkang tidak akan puas selagi mereka tidak menduduki PUTRAJAYA. 

HARAPAN UNTUK MASA DEPAN

36. Tujuan ucapan saya pada hari ini hanya untuk untuk meminta pihak kerajaan supaya mengikat Model Ekonomi Baru kepada roh, semangat dan jiwa Dasar Ekonomi Baru sebagaimana Tun Dr. Mahathir telah menambatkan Dasar Pembangunan Negaranya kepada roh, semangat dan jiwa Dasar Ekonomi Baru.

37. Segala pembaharuan hendaklah untuk memperbaiki dan bukan untuk mencemoh dan menghina dasar pusaka ini. Pusaka dari ibu bapa kita sendiri. Yang penting ialah pelaksanaannya hendaklah oleh pemimpin, pengurus dan pentadbir yang amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. Kita tidak perlu menunjukan kejahilan kita sehingga kita minta pembohong bangsanya sendiri, seperti Tony Blair, yang bertanggungjawab atas pembunuhan ke atas jutaan umat di Iraq dan Afghanistan, yang tidak pernah berjaya memimpin ekonomi negaranya sendiri, untuk menasihati kita atas cara untuk berekonomi. Kita juga tidak perlu terus menyanjung pengkhianat negara yang sanggup mengorbankan 2 kolam minyak yang sangat berharga.

38. Segala dasar dan model yang bukan Dasar Ekonomi Bebas, yang sebebas-bebasnya, sebagai warisan penjajah, adalah dasar dan model baru namanya.  


Tan Sri Sanusi bin Junid,
Ahli Dewan Tertinggi Pakku,
Memorial Tun Hussein Onn,
Kuala Lumpur.

1hb Mei, 2010

20 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tan Sri,

    Rencana yang amat fokus tetapi menyeluruh.

    Saya yakin DS Najib menghadapi cabaran dan halangan yang sangat berat akibat daripada keterlanjuran yang sangat memusnahkan dari pemimpin negara yang lalu.

    Oleh kerana masa untuk PRU 13 sedah semakin hampir, saya rasa tindakan yang tepat dan berkesan mesti diambil untuk pastikan kuasa politik tidak terlepas dan perlembagaan negara masih boleh dipertahankan.

    p/s: saya ingin mendapatkan alamat hubungan untuk menjemput Tan Sri menyampaikan ceramah bagi kawasan Perak Tengah utara kepada golongan muda dan belia. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ayahanda TanSri.. sememangnya informasi yang anakanda inginkan.. Jelas dan berfokus. Rupanya amat sukar menjadi pemimpin kerana di pundaknya amanah yang akan dipersoalkan oleh yang dipimpin dan Tuhan..

    ReplyDelete
  4. asalamulaikum tan sri.ramai rakyat malaysia berbilang kaum khasnya melayu tidak tahu yang tanahair kita ada wasiat keramat.khasnya melayu dan umno perlu hayati warisan ini.disinilah saya rasa hala tuju perjuangan tidak tersasar.sebarkan warisan pasa anak bangsa kita untuk dihayati.terima kerana tan sri ada simpan dokumen warisan ini.

    ReplyDelete
  5. Our current malay generation is racist now because they desperately want to hang on to privileges which I frankly believe it slowly causing the malay race to rot away and become a pathetic race on crutches dependent.

    I think that malays are the most stupid idiots on earth – they might have big sized bodies bud in their heads, but they have puny brains.

    Thus coming to the conclusion that they are the most stupid black blocks on earth – they are coloured black and stink like a garbage dump.

    Does malays ever think twice about their religious? What if yours believe is not what you think!

    You malays will rape anybody just for sexual pleasure. You didn't read about the malay who raped his own sister?

    Not only that! They yell 5 times per day and expect to go to heaven! After committing so many sins like steal, rape, killing!

    Malays are so stupid that deserve to be robbed by their own government. They in fact deserve to be raped as well. Maybe we were better off as British rule Malaysia after all.

    Malays are jealous of Chinese, that is why they hate them. Americans are not jealous of Chinese, because they don't need tongkat. They buy a lot of Chinese goods. If they hate, they would have boycott the products. Bodoh!

    Oh! Bodoh! Only blind man needs tongkat.

    If Americans don't hate the malays, why is there so much bad press against Mahathir when he scolded the Americans? You malays are brainless and never read the newspaper. Everyday special rights here and there……….still like your tongkat so much!

    You go to American embassy and see which country now is blacklisted? Did they blacklist Taiwan, Singapore, Hong Kong?

    Even the Japanese look down upon the malays because they are just a bunch of fool, corrupt, lazy person who feed on the Chinese income tax for their existence.

    The malays want to produce as many pig babies as they want, but doesn’t teach them what is honesty, hardworking, civilisation!

    ReplyDelete
  6. It seem that you are an UMNO pigsty moron agent and being paid by them to think negatively as what they want of you, right?

    It is the UMNO morons that you are praising on, is the culprit.

    APCO will recommend to create PERKASA and subcontract all the UMNO dirty work to them, cheat the Kelantan of their petroleum royalty money, lie to the rakyat that 1Malaysia was not the copycat, lock the judiciary, create sodomy 2 and send Anwar to jail for dissenting views.

    Why don't we create an atmosphere of hatred and scorn in the nation, whenever we see UMNO symbol, that will denotes death, hatred, racist, robbery, treachery and a devil can do to human being on this planet Earth.

    Thereby, voter get voters and get rid of these UMNO morons in the next GE13, by all means.

    ReplyDelete
  7. What do you expect for kampung idiots from UMNO, the likes of penyu.
    Hahaha……….
    I feel sorry for your mom & dad you moron.
    Did they accidentally switch babies and brought home the son of a village idiot instead?

    ReplyDelete
  8. You malays don't like it? You leave! We are going to stay! We like it here! Who gives you the right to tell us what to do?

    They just jealous because they are lose in economical race. I can understand that. If immigrants more rich than malays, then malays will be jealous like hell. It happens everywhere. If Chinese poor - I am sure malays never become racists but Chinese never made to be poor. We are made to be winners and sorry to the losers who become racists after that.

    Malays never beat Chinese in economy even until end of the world - their destiny is to become slaves.

    Why we live in your country because it is easier to earn money there - because your peoples have no brains that is why there are no competitive.

    We are not scare at you my friend, lots of Chinese already move to other country such as Australia, Singapore or US. We have the money, we can go everywhere we like even going back to China!

    God damn, you are really a fool. Why Chinese are everywhere? Here, let me tell you why. In China, it is hard to earn money because the competitive is extremely high. Where in country like Malaysia, there are no competitive at all - the reason is simple, you malays doesn't know how to do business and earn cash, so all the opportunity goes to the Chinese.

    You have brain and you malays are well educated? And want to make Malaysia better? Why Malaysia still likes that? Corrupted, useless, weak junk country! The currency is useless, economy like shit! Think fools!

    Thanks to Malaysia? Hahaha! And you said become rich because of Malaysia? No, Chinese become rich because we are hardworking and smart! Fools you! Chinese go everywhere also can live, in Australia, US, and all over the world. Go traveling around and see if you can find any malay! Hahaha!

    Become smart because education in Malaysia? Dream! Think smart! Your education system is lousy, suck, useless! The standard is low! Find prove stupid!

    Heart? Where is our heart? You malays don't like Chinese, why do Chinese have to pay our heart to Malaysia?

    Point the finger to yourself. What a big stupid malay fool dumbass.

    Also, visit your brother Indonesia, and you can see all the companies and shops are operated by Chinese. We also conquer your brother economy, fools! Hahaha……….what a joke! Indonesia!

    Let us face it. You don't want Chinese to get out of Malaysia. Because if they did, Malaysia would never develop. They would also bring a great deal of financial wealth and investments with them too.

    Note Malaysia is doing well. It certainly isn't because of the malays.

    And Thailand which is another prosperous South-East Asia nation. It also has a large Chinese population and a national culture that is welcoming towards Chinese. At least they have a leader on the South-East Asia knows of how to treat Chinese. It is no wonder that Thailand is on the verge of being a developed nation.

    ReplyDelete
  9. WRONG. It was not UMNO but money, goody, threat and racial sentiments that made the malays support you BN. The moment you remove them, you are as good as DEAD.

    ReplyDelete
  10. Maaf Tan Sri lari topik skit but very topical

    Is police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statemetns

    read all about it at
    http://marahku.blogspot.com/2010/05/is-police-investigation-in-aminur.html

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. The people who has just commented harshly, has also admitted that they are here in Malaysia because they are the stupid Chinese who cannot survive in China because of the competition there. So, don't la say you have the same brains as the Chinese in China and Taiwan. Even they don't think much of you. I know, because I have Chinese friends who work for them.

    You honestly think there's no discrimination against the immigrants in the US and Australia? You are obviously a child to think so. So naive. Try working there, and you will find yourself working twice as hard just to get the same recognition as the white people. Ask the African-American, they will tell you. At least here in Malaysia, we let you monopolize our economy without you having to swear in as a citizen.

    I can understand why you are not thankful to the Malays. Because, if you are not a Peranakan, your ancestors were BROUGHT here as LABOUR by the British. So you are obviously thankful to the British. And it was the British who had asked to let the Chinese and Indian stay, in hope there will be racial tension ( which there is now ) so they can revoke our independence. Duh!Divide and Conquer kan? Just like in India. So don't la say you came here because less competition, you are clever nonsense.

    There are clever Malays, Chinese and Indians. There are also the not so clever ones. No one man is superior than the other. Only women are superior than men. Hahaha!

    ReplyDelete
  13. .

    to all the cINA2 BUKIT KURANG AJAR -- sebabtu panggil BUKIT sebab KOMUNIS duduk dalam HUTAN diHALAU dari negeri China & LARI Tunggang-anggang dengan TONGKANG -- iaitu si APEK2 reek, coolop, miyang & Bole!

    1. Melayu adalah pribumi, ie. SAMA macam cina2 kat China or India kat India sana!

    2. Saya sebagai Melayu MEMANG BERHAK Dapat Special Priviledges bukannya sebab saya "rakus" macam si cina2 BUKIT HATI BUSUK & OTAK JAHAT kat Malaysia ini, TETAPI, sebab itu HAK SAYA &, sebab MASIH WUJUDNYA PARIAH2 macam si cina2 BUKIT yang BIAdap macam pap 1963-5!!

    3. Selain TOTOK2 BUKIT tu ANGKOH & BONGKAK, cina2 BUKIT itu juga Sememangnya BODOH macam PAK PANDIR sebab BODOH-sejarah seperti yang Tun Tan Siew Sin sendiri MALU dengang sifat GANGSTER cina2 BUKIT PENDATANG2 HARAM dia yang naik TONGKANG yang diHALAU dari China tu; & BODOH-Sejarah seperti yang Tun Sambanthan Sendiri cakap yang tak ada NEGARA PUN (apa lagi negara "Asal" si PENDATANG2 tu!!!!) yang TAK MAHU terima mereka balik!!!!!

    4. Sebab BODOH dalam BANYAK Segi, FYA re: orang2 asli, mereka adalah masyarakat yang MENEMPAT di Kawasan2 Pedalaman (hutan/bukit-bukau) Seperti yang JUGA TERDAPAT di China, Taiwan, Japan, Thailand, ETC.!!

    Bezanya orang2 asli Asia & di US/Australia adalah, mereka2 di Asia ini hidup BERSAMA (walau 1 di luar & 1 di pedalaman); walhal mereka2 di US/Australia telah diHALAU oleh pendatang2 'matsalleh'!!!

    5. Saya sarankan sekolah2 untuk orang2 PARIAH TOTOK cina2 BURUH KASAR tu TIDAK DILAYAN LAGI sebab,

    Dah Sudah LEBIH 52 TAHUN MERDEKA! &,

    selagi ada sekolah2 JENIS RACIST tu,

    - akan ada lagi cina2 TOTOK OTAK ULU seperti yang si Lee Kuan Yew SENDIRI GELI NAK SALAM! -- can refer to MANY old posts by s'porean themselves on their BANANA DICTATOR!;

    - & selagi itu, MELAYU AKAN TETAP TEGUH DENGAN HAK KAMI sebagai pribumi di BUMI KAMI ORANG2 MELAYU ISLAM yang BERDAULAT ini.

    Salam MUHIBBAH Hanya Pada pada Cina2 SOPAN dan India2 Baik macam Tun Tan SIew Sin & Tun Sambanthan.

    .

    ReplyDelete
  14. Tan Sri,

    Satu catatan hard facts yang amat perlu direnungi dan diingati oleh semua pihak yang mahu berteduh dan menumpang dibumi bertuah ini.

    Tahniah Tan Sri, a very good reminder to all.

    ReplyDelete
  15. Dear friends,

    It will not end anywhere if you keep on harping the same arguments. Look around you, the Chinese, the Malays and the Indians. And look around the globe too. Get your facts right.

    Talking and writing with emotion and anger will not solve the whole issue. Talk and write with senses.

    I am a Malay but what has been written by some of the comments are really alien to me and my life.

    My apology Tan Sri for using your blog as a forum to say my piece.

    ReplyDelete
  16. .

    Salam Ramli Mohd Yunus,

    It's just tit for tat. Why? Just look/read around you esp. in chinese forums, & you'd understand why we have to change our 'style' - kalau tak, makin di'henjak'nya Melayu.

    TDM said to be in the "Offence" which to me, "Yes, it is high time!"... &, This insyaAllah, is 1 Sure Way to penetrate thru' their THICK Arrogant tak sedar-sedar skulls.

    Btw, you can even look at 'young' chinese facebook comments (ESPECIALLY those 'majority' from sekolah jenis2 racist Nowadays!) -- How do you think the Future's gonna Be like???

    ALWAYS be 2 steps ahead. &, SOMEBODY's Just Got To Do It.
    & frankly, Alhamdulillah ada semakin ramai sekarang. Kalau semua sama aje dari dulu sampai sekarang, mungkin tak sampai 2020 dah SEPI dah UMMAT Melayu.

    Na'udzubillah. WALLAHU'ALAM. Goodnight.

    .

    ReplyDelete
  17. Saya bersetuju dengan pendapat Tan Seri, tetapi saya hairan kenapa Wasiat Rajaraja dikeluarkan oleh Raja Muda Perak sekarang ini. Ianya baru terjumpa oleh Baginda ke atau baru dicipta oleh Raja-Raja. Saya juga hairan yang Tan Seri menulis jam 4 pagi. I hope to be able to read more of your writings. Keep it up.

    ReplyDelete
  18. Thank you for the history lesson Tan Sri. Hard facts of Malaysian history well-worth knowing.
    As a good, humble and appreciative citizen, we should really learn from the past to develop the future.

    Its funny how some people uses these facts as an excuse to 'amok' around. Not like you can change the history.

    Reek: you call Malays racist after writing a number of paragraphs condemning the Malays .. doesn't it make YOU racist?

    Coolooc: 'pigsty moron agent'? Calling others names? Its obvious you didnt get a chance to learn the good moral values of the Malaysian way of life.

    Miya: I'm sure your mom and dad would be ashamed reading your comment.

    Boleh: Read again fellow citizen. Malays have the rights because the Malay ancestors were kind enough to grant you non-Malays Malaysian citizenship in the first place. So BOLEH la be appreciative sikitkan.

    ReplyDelete
  19. thank you very much for taking the time to share all the historical facts with us and also giving us your point of view on them.

    to those emotional readers...please stay calm...he was just telling us what he knows from his experience...please bear in mind, like it or not, you know it that malaysia is where it is now, because of its leaders!!! malays or non-malays...they all deserve our respect

    ReplyDelete
  20. Tan Sri kenapa demikian sikap rakyat Malaysia? Makin kasar dan saling menjeling iri? Kenapa Melayu saja di tuduh cemburu dengan kekayaan rakyat berketurunan luar itu. Orang Bukit? haaa...Terikasih Edin, cool, sejarah? Ya pendidikan sejarah yang dangkal, tidak dipedulikan dalam sistem pendidikan, menjadikan manusia kerap lupakan kulit...rakyat umum yang masih papa termasuk India cina dikampung kenapa mereka tidak peduli? Betul semua pendatang itu kaya kenapa cucu cicitnya harus keluar dan menjadi rakyat asing meninggalkan ibu bapa kedana di kampung asal...jiran saya, si apek tua mengutuk anaknya yang tidak pulang-pulang kerana mencari kekayaaan lagi di negara asing...maaf Tan Seri, di Singkawan saja meletus demo kerana PATUNG NAGA ....singapura saja melarang mercun dan gendang naga di sana. Tanah air kita tetap saja berlembut, MENJAGA HATI tapi masih saja tidak puas hati dengan kedamaian negara Melayu ini. Cina di Aceh bercakap Aceh dengan sempurna. Cina di Jawa tidak tahupun bercakap cina kecuali baca Jawa Totok dan Indonesia. Di sini. bahasa Kebangsaaan Melayu masih di hina....politik juga memberi dana hebat untuk sekolah berbahasa Mandarin , sekolah bahasa Tamil ..masih tak puas dan meluat dengan kami rakyat asal di tanah keramat ini. Masyaallah saya pun turut melalut Tan Sri....rasa ingin tinggal di China jadi tukang sapun tak mengapa..lihatlah tanah nenek moyang masing-masing itu....1 Malaysia membuat rakyat makin mengada-ngada...pesta pelangongan juga menghina persembahan adat Melayu.....mengangkat Didik Barat sebagai (folk song) persembahan kesatuan, tapi penari berbaju adat warisan, masih terlonjak-lonjak, tergeleng destar, sedang persembahan China Malaysia lengkap di adatkan dengan tarian Naga, orang India juga dihargai dengan menyatakan dengan jelas, Tarian India Malaysia - burung merak dengan kelengkapan busana di bawa dari India...sudah menjadi tarian India dan tarian China di Malaysia..tarian budaya tinggi Melayu di pinggirkan oleh Menteri Pelancongan , rakyat dari bukit ke? Begitiu juga kenapa benci dengan istilah Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan? kenapa bahasa Mandarin tidak di sebut bahas China, kenapa bahasa Tamil tidak disebut bahasa India? Cina dan India adalah negara (asal)....jadi bahasa MELAYU ialah BAHASA,dan negara nya Malaysia....aduh. Tam Seri, Lon tak pandai berkasar, terkasar juga kali ini,maafkan memakai ruang ini. Saluem, Lon sayang Aceh!Cut Nyak Fakinah

    ReplyDelete