1. Pada 5 Januari tahun 2010 saya telah mengupas mengenai 'Usaha Gereja Katholik Untuk Mengelirukan Ummat Islam' dalam usahanya untuk menyamakan Allah dengan Tuhan mereka.
2. Debat dan diskusi mengenai perkara ini nampaknya belum selesai. Oleh kerana pihak Gereja Katholik nampaknya ingin membuat perubahan, sekurang-kurangnya pada nama Tuhan yang difahaminya, maka saya cadang mereka lebih menumpukan perhatian kepada masalah-masalah pokok yang dihadapi oleh gereja mereka yang memerlukan reformasi.
3. Tulisan saya ini mungkin tidak perlu bagi orang-orang Kristian Katholik yang boleh berbahasa Inggeris kerana isu yang akan saya ketengahkan banyak tertulis di dalam media berbahasa Inggeris tetapi bagi orang-orang Kristian Katholik dari bangsa Indonesia pendedahan saya ini mungkin menjadi relevan. Saya katakan begitu kerana matlamat di sebalik penukaran penggunaan perkataan Tuhan kepada Allah juga sebenarnya untuk menarik perhatian rakyat Indonesia dan Malaysia yang berbahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
4. Isu yang saya fikir penting ialah sekitar 'cakap tak serupa bikin' di kalangan padri Kristian yang terdedah kini walau pun kononnya tidak dibolehkan beristeri tetapi mengadakan hubungan seks dengan budak-budak lelaki yang berada di bawah penjagaan atau pengaruh mereka.
5. Apa yang lebih dikesalkan ialah Ratzinger sendiri yang kini sudah menjadi Pope Benedict XV1 yang dikatakan mengetahui mengenai skandal ini, di waktu beliau masih bergelar Cardinal Joseph Ratzinger, bertanggungjawab ke atas disiplin padri-padri telah membiarkan jenayah ini berlaku.
6. Skandal seks ini telah pun bermula di Amerika Syarikat di waktu Pope John Paul 11 masih hidup lagi. Apabila skandal ini berlaku maka Ratzinger sebagai Cardinal yang ditugaskan untuk menyelidik kecurangan para padri beliau telah memutuskan supaya padri yang bersalah tidak diketengahkan kepada pihak berkuasa sekular di luar gereja. Ratzinger telah menulis kepada semua bishop Katholik di seluruh dunia pada tahun 2001 supaya kecurangan itu hendaklah diselidik secara rahsia di kalangan gereja untuk mengelak dari keriuhan orang ramai dan ramalan-ramalan oleh pihak media.
7. Kini rahsia tidak lagi menjadi monopoli pihak geraja apatahlagi kerana baru-baru ini terdedah lagi skandal seks para padri di Eropah. Dengan berlakunya skandal seks, lelaki sesama lelaki, di kalangan padri di Eropah maka berertilah kecurangan begini tidak menjadi monopoli sifat padri di Amerika Syarikat sahaja. Ratusan tuduhan yang bermula dari Ireland dan menular ke tengah-tengah Eropah sudah pun menjadi satu krisis yang besar sejak krisis sebegini berlaku di Amerika Syarikat. Surat khabar New Straits Times pada hari Jumaat 2 April, 2010 melaporkan peguam William McMurry telah mengemukakan saman di mahkamah Kentucky di Amerika Syarikat pada hari Selasa lalu memohon testimoni dari Pope Benedict XVl mengenai apa yang di ketahui oleh pihak Vatican mengenai skandal salahlaku seks oleh padri-padri.
8. Memandang kepada keadaan yang sungguh serious, kerana jatuhnya imej gereja di kalangan pengikutnya di Eropah dan kegelisahan masyarakat keseluruhannya maka ada cadangan di kalangan padri untuk membuat perubahan peraturan untuk padri dan gereja termasuk menghapuskan halangan untuk berumahrangga bagi padri lelaki dan perempuan.
9. Kesan ke atas peribadi Pope Benedict XVl sangatlah mendalam kerana peritiwa terakhir berlaku di Jerman iaitu negerinya sendiri dan turut melibatkan adeknya Georg Ratzinger yang memimpin Choir of Regensburg, selama 30 tahun, di mana budak-budak lelaki yang menjadi anggota choir didapati disalahlaku seks ke atas mereka. Lebih-lebih lagi kerana Pope Benedict XVl telah tidak melakukan keadilan apabila beliau hanya meluluskan pemberian therapy ke atas padri yang salahlaku seks di diocese Essen, di waktu Pope Benedict XVl menjadi Archbishop di Munich dan Freising pada awal tahun lapan pulohan. Walau pun skandal ini tidak akan menjatuhkan Pope dari takhtanya tetapi ia akan mencemar warisan kepimpinannya sebagai Pope.
10. Skandal seks ini bermula di Ireland apabila pada tahun 2008 kerajaan mengeluarkan dua laporan salahlaku seks 4 dari 24 orang padri ke atas kanak-kanak sekolah dan anak-anak yatim. Pada bulan Januari tahun ini skandal begini bermula di Jerman apabila Rektor di Kolej Canisius mengaku sekurang-kurangnya 50 kes salahlaku seks di Sekolah Tinggi Elite Jesuit pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Kisah yang bermula di Kolej Canisius telah kemudiannya mendedahkan sekurang-kurangnya 300 kes salahlaku seks melibatkan dua pertiga dari 27 wilayah (diocese) Roman Katholik di Jerman.
11. Dalam masa beberapa minggu yang lalu lebih banyak lagi pendedahan lagi di ketahui berlaku di Netherlands, Switzerland, Austria dan Poland kampung halaman Pope John Paul 11.
12. Cardinal Christoph Shonborn dari Vienna telah menyeru supaya kajian dibuat ke atas seluruh peraturan gereja termasih halangan kepada padri untuk berkahrin. Walau bagaimana pun pihak geraja terus menafikan bahawa kejadian skandal seks padri-padri disebabkan halangan untuk berkahwin bagi padri kerana Pope Benedict XVl tetap dengan pendiriannya bahawa 'tidak menikah' itu ialah 'manifestasi cara menghadiahkan diri kepada Tuhan.' Mungkin itulah kehendak Tuhan dalam persepsi penganut agama Kristian.
13. Tentulah Allah s.w.t. tidak memerlukan pengorbanan begini.
Biar lah mereka dgn cerita mereka. Kau sebagai bekas menteri tak payah nak menyebuk pulak nanti jd cerita pulak kita dgn mereka.
ReplyDeleteAgama Islam terus dimomok dan diburuk2kan dengan meluas secara nyata dan tersirat oleh media2 barat terutama di Eropah dan Amerika.
ReplyDeleteDi Amerika misalnya, kanak2 peringkat sekolah rendah di brainwash untuk menganggap Islam sebagai Agama terrorisma.
Apa salahnya kita mempertahankan Islam dengan mencheritakan kepada umum terutama golongan muda remaja Islam sekarang mengenai kepincangan sistem kepadrian Kristian, agar anak2 kita sentiasa celik dan sedar bahawa tiada agama yang sempurna melainkan Islam.
Kita bukan hendak memfitnah agama Kristian kerana apa yang berlaku selama ini adalah fakta2 yang dibongkar oleh pengikut Kristian sendiri.
Kita perlu menghebohkan perkara ini agar menjadi peringatan kepada agama lain bahawa Islam adalah agama ad-din yang tidak boleh digoncang keimanan umatnya dengan fitnah. Juga kita boleh mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam agama Keristian untuk menguatkan lagi iman kita.
Mengapa kita khuatir untuk "jadi cerita pulak dengan mereka" semata2 memberitahu kepincangan mereka kepada bangsa Melayu yang beragama Islam.
masaalahnya kita sesama islam pun tuduh menuduh/ fitnah mengfitnah rakan islam kita , yg terkenal seluruh dunia kerana kecerdikkan beliau nah kenapa kita sanggup ? semua nya kerana rakus akan dunia,
ReplyDeleteApa yang saya nampak, seluruh dunia ketika ini baik dari dunia Kristian, Islam mahu pun dari Yahudi dibaluti penuh dengan hipokrit.
ReplyDeleteYang salah itu bukan perbuatannya tetapi siapa yang melakukannya. 1001 alasan boleh diberi kalau nak menahalalkan segala perbuatan yang salah.
Dunia zaman sekarang penuh dengan hipokrit.
agama ini bergantung kepada persepsi masing2... mangapa harus membongkar kesalahan agama lain sedangkan diri pun ada kekurangan... semestinya Tuhan tidak mahu tgk org yg hipokrit dan tahu kelemahan sendiri utk mengatakan bahawa agama lain itu salah ataupun mpyi byk kelemahan.... oleh itu, tlg tgk dahulu kelemahan sendiri serta agama sendiri sebelum mengkritik agama lain.. 1Malaysia kan sudah diimplementasikan... bila pula giliran kamu?
ReplyDeleteLakum Dinukum Waliyadin, baek lagi. Tak payah tengok kekurangan orang, sedang kita banyak pula kurangnya. Sesama sodara muslim saja masih ada stigma , islam dia salah , islam saya paling benar, selama kita masih ada kekurangan janganlah pandang kekurangan orang " Kutu kat seberang lautan tampak kelihatan,kerbo kat depan mata tak tampak kelihatan " itulah peribahasanya ..
ReplyDelete