Tuesday, May 11, 2010

PELAKSANAAN PROGRAM EKONOMI INOVATIF DAN PRAGMATIK


CADANGAN PENUBUHAN BMEB (BANK MODEL EKONOMI BARU) ATAU BANK 1MALAYSIA

PENDAHULUAN

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Sejak merdeka bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana ianya juga tidak dapat dipisahkan dari Bumiputera, telah menumpukan fikiran kepada aspek ekonominya dalam beberapa kongres seperti berikut:


i. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965 - 400 perwakilan dan 69 resolusi;

ii. Kongres Ekonomi Islam Pertama;

** Perjumpaan 500 ulama pada tahun 1968 yang dikehendaki oleh Kongres Bumiputera Pertama.

iii. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua pada tahun 1968 - 600 perwakilan dan 45 resolusi;

**Peristiwa 13 Mei, 1969 dan Penggubalan Dasar Ekonomi Baru (1970).

** Rukun Negara diperkenalkan - Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan.

** Buku Revolusi Mental diterbitkan.

iv. Kongres Ekonomi Islam Kedua pada tahun 1972;

v. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama 1980 juga dinamakan Kongres Ekonomi UMNO dihadiri oleh 1,000 perwakilan;

** Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat tempohnya dalam tahun 1990 dan diganti dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN).

vi. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua 1992 - 533 perwakilan dan 63 resolusi (37 mengenai peranan kerajaan dan 5 khusus menyentuh Islam);

vii. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat pada tahun 1999 - 113 resolusi (60 menyentuh soal dasar dan struktur yang perlukan perhatian kerajaan dan 11 menyentuh Islam secara khusus);

viii. Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada tahun 2009.


Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama (1965) resolusi berikut telah diutamakan:

a. Meningkatkan taraf Sekolah Kebangsaan terutamanya di luar Bandar;
b. Penyusunan semula RIDA menjadi MARA dengan peranan dan tugas baru;
c. Peranan lebih berkesan untuk Pertubuhan Peladang seperti Nogyo Kyodo Kumiai di Jepun;
d. Peruntukan kuota untuk orang Melayu dalam pembangunan kawasan baru terutama di Bandar;
e. Penubuhan Bank Bumiputera;
f. Menganjurkan mesyuarat ulama-ulama Malaysia untuk membincangkan isu pembangunan dan ekonomi.

Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua (1968) maklumbalas berikut telah diberi:

a. 500 ulama telah mengadakan perjumpaan dalam bulan Februari 1968;
b. Bank Bumiputera telah ditubuhkan pada 1 Februari, 1966;
c. Pertubuhan Peladang telah disuntik dengan dinamisme baru;
d. Maktab Mara ditingkatkan menjadi Institut Teknologi Mara dengan bilangan pelajar dan kursus yang bertambah;
e. RIDA sudah dijadikan MARA dan dipertanggungjawabkan dengan amanah yang begitu penting untuk memajukan ekonomi Bumiputera.

Kongres Ekonomi Islam Kedua (1972) bersetuju dengan penubuhan lima badan berikut:

a. Tabung Pembangunan Ekonomi Islam;
b. Tabung Kewangan Orang-Orang Islam;
c. Kompleks Kewangan dan Permodalan;
d. Persatuan Ulama Malaysia;
e. Yayasan Sebaran Am (Islamic Missionary Trust) untuk menjalankan tugas-tugas dakwah Islamiah dan usaha-usaha kebajikan. Wang sejumlah RM117,020-00 berjaya dikumpulkan di akhir kongres untuk kegiatan dakwah Islamiah.

Dalam ucapannya di Majlis Penutupan Kongres Tun Dr. Ismail telah memberi peringatan agar mereka yang mendapat nikmat dari hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera hendaklah mengamalkannya menurut susila dan peraturan yang memelihara maruah masyarakat Melayu dan Islam. Kata-kata Tun Dr. Ismail menjadi wasiat kerana beliau meninggal pada tahun 1973 berikutnya. Wasiat ini bagaikan turut terkubur bersamanya di Masjid Negara.

Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama (1980) antara resolusi yang diambil ialah:

a. Meningkatkan taraf Pemborong Bumiputera.

Kongres ketiga ini, walaupun dicadangkan oleh UMNO, untuk mengkaji pelaksanaan DEB, telah disokong oleh parti-parti pembangkang melalui Ustaz Haji Hasan Syukri, Setiausaha Agung PAS (keluar dari BN pada tahun 1977) dan Dato' Ahmad Boestamam dari PEKEMAS.

Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua (1992) perkara berikut telah mendapat perhatian:

a. Perniagaan adalah ibadat dan perhatian perlu kepada etika perniagaan mengikut Islam;
b. Perhatian bahawa kerajaan telah memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk menyertai dalam semua bidang kegiatan ekonomi;
c. Jumlah Bumiputera yang mendapat pendidikan telah berkembang dengan pesatnya;
d. Mengambil perhatian ke atas Bumiputera yang membenarkan diri dipergunakan oleh bukan Bumiputera;
e. Mengambil perhatian ke atas adanya Bumiputera menjual ekuiti di bawah dasar penswastaan kepada bukan Bumiputera;
f. Mengambil perhatian ke atas berlakunya pembocoran dalam pemberian kontrak;
g. Pentingnya Bumiputera mengikis sikap dari sekadar mengharapkan 'hand-out' atau pemberian dengan menggunakan pengaruh politik untuk cepat kaya;
h. Pentingnya Bumiputera menghapuskan sifat boros, enggan membayar hutang, tidak tekun dan tidak berdaya tahan;
i. Menegur penyelewengan dari segi pengagihan kontrak;
j. Menegur penyelewengan dari segi perolehan dan pemberian lessen;
k. Pentingnya setiap lapisan kepimpinan negara dan birokrasi benar-benar cekap serta mengamalkan sikap bersih dan beretika murni dalam melaksanakan tugas;
l. Teguran supaya segala keputusan yang melibatkan pemilihan, tawaran dan pengeluaran tender, permit dan lesen hendaklah dilakukan secara jelas dan terbuka;
m. Mengingatkan wasiat Tun Dr. Ismail dalam Kongres Ekonomi Islam Kedua pada tahun 1972 (iaitu 20 tahun yang lampau).

Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat (September, 1999) 6 dari 11 resolusi mengenai Islam diberikan perhatian utama seperti berikut:

i. Bahawa agama Islam dan budaya Melayu harus menjadi tunggak bangsa dan perlu dijadikan landasan serta pedoman dalam segala dasar dan perancangan;

ii. Perjuangan memartabatkan bangsa Melayu berlandaskan kebudayaan dan keagamaan yang berteraskan ilmu pengetahuan sains dan teknologi bagi menentukan kecemerlangan Melayu dan kelangsungan bangsa;

iii. Sistem pendidikan Islam di semua peringkat pengajian perlu disemak supaya bersesuaian dengan tujuan memahami pandangan global;

iv. Kementerian Pendidikan mengambil alih sekolah-sekolah agama yang daif dan distrukturkan semula pengurusan dan kurikulum;

v. Struktur organisasi pentadbiran dan pimpinan semua institusi Islam hendaklah disusun semula supaya dapat berfungsi secara berkesan dan masjid dijadikan pusat pembangunan ekonomi dan sosiobudaya ummah;

vi. Kepakaran dan pengalaman Bumiputera mengendalikan instisusi kewangan Islam dalam bidang perbankan dan insurans harus dijadikan kesempatan utama (niche opportunity) dan kaedah pembiayaan melalui kaedah Islam perlu dipertingkatkan.

Dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga (Januari, 2009) DYTM Raja Muda Perak telah mengulangi dalam titah beginda:

i. Supaya peranan masjid diperluaskan sebagai pusat pembangunan ilmu, pembangunan budaya dan pembangunan ekonomi;

ii. Walau pun bilangan professional dan teknokrat Islam telah bertambah tetapi secara relatif dengan kaum lain ialah masih kecil;

iii. Jika ketirisan ekonomi dan pegangan ekuiti secara proksi menjadi norma maka ianya merugikan ummah, ibarat memagar kelapa condong; pohonnya tumbuh di kebun kita, buahnya jatuh ke kebun orang;

iv. Jurang pencapaian antara ummat Islam yang berada dan yang tiada semakin bertambah;

v. Institusi yang ditadbirkan oleh ummat Islam yang didapati berjaya ialah:

a. Lembaga Urusan dan Tabung Haji – 1962.
b. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - 1961 (Di bawah Akta Tanah 1956) 112,000 keluarga dalam 853,000 hektar.
c. Permodalan Nasional Berhad.
d. Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

vi. Penduduk Kampung Baru ( China ) yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs mempunyai kemudahan-kemudahan prasarana dan sosial yang jauh lebih baik dari apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu. Raja-Raja Melayu pernah menzahirkan kebimbangan terhadap perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Perusuhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948, kerana apa yang dilakukan oleh Sir Henry ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab;

vii. DEB dipertikaikan walau pun dasar yang pada asasnya baik dan murni telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat perlaksanaan;

viii. Era 1957 hingga 1982 merupakan ‘golden era’ bagi Malaysia;

ix. Dalam Era 1982 hingga 2007 kejayaan telah bertambah dan di atas kejayaan inilah bermulanya trend ke arah pelbagai kepincangan. Kalimah-kalimah pengorbanan, kesetiaan kepada perjuangan, ketulusan dan keikhlasan bagaikan tidak berharga lagi. Ummat mula berpecah, terpisah dan semakin tergugat;

x. Dalam Kongres Ekonomi Islam Kedua (37 tahun dahulu pada tahun 1972) telah dirumuskan ‘Islam itu hanya dapat berlangsung dalam keadaan masyarakaat Islam yang bersatu, padu dan kuat, menguasaai urusan pentadbiran, menguasai sumber-sumber dan memiliki kekuatan ekonomi’;

xi. Diingatkan semoga ‘Ummat Islam di Negara ini jangan sampai mengalami nasib menang sorak kampung tergadai, berdagang di bumi sendiri kerana dagang lalu ditanah, akhirnya itik kehausan di air dan ayam kebuluran di kepuk’.

CADANGAN

Berasaskan kepada fakta-fakta di atas, yang disusuli semula, yang telah saya ikuti sebagai ahli UMNO sejak tahun 1963, dan sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan di waktu diadakan Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965 dan ahli Institute of Bankers London sejak tahun 1963; ditambah dengan pengalaman selama 15 tahun dalam bank swasta asing The Chartered Bank ( kini bergabung dengan The Standard Bank menjadi The Chartered Standard Bank ) dan pendedahan kepada operasi Bank Kerjasama Rakyat di waktu menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, dan pendedahan kepada operasi Bank Pertanian Malaysia di waktu menjadi Menteri Pertanian, selain kegiatan di dalam bidang swasta semasa menggerakkan Koperasi Shamelin Bhd., maka saya ketengahkan cadangan penubuhan Bank Model Ekonomi Baru yang berorientasikan 1Malaysia dan merupakan kesinambungan dari usaha memenuhi hasrat untuk menyelesaikan masalah yang timbul di bawah sistem ekonomi bebas, sekaligus menjadi penggerak dalam 'market driven economy' dengan 'level playing fields' yang tidak sama.

TINJAUAN

Sebelum asas cadangan di atas diketengahkan terlebih dahulu saya dedahkan di sini hasil dari tinjauan rambang mengenai pendapat orang ramai mengenai Model Ekonomi Baru.

SIAPAKAH YANG MENYOKONG, MENENTANG DAN MENCURIGAI MODEL EKONOMI BARU


A. MENGIKUT TINJAUAN RAMBANG, SETAKAT HARI INI, KALANGAN YANG MENYOKONG MODEL EKONOMI BARU ADALAH TERDIRI DARI:

1. Yang menyokong apa saja dasar atau model yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

2. Yang mendapat munafaat dari kerajaan Barisan Nasional walau apa jua dasar atau model yang diperkenalkan.

3. Yang memang tidak pernah setuju dengan Dasar-Dasar ekonomi terdahulu baik yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak (DEB) atau Tun Dr. Mahathir (DPN).

4. Yang yakin Model Ekonomi Baru tidak baik dan mahu yang tidak baik dilaksanakan untuk Malaysia.

5. Yang tidak mahu Melayu maju.

6. Yang turut terlibat atau dilibatkan secara bergaji atau diupah dalam merancang Model Ekonomi Baru.

7. Yang betul-betul yakin Model Ekonomi Baru itu baik kerana percaya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri.

8. Yang betul-betul percaya kepada kepakaran ahli ekonomi yang pernah bertugas dengan Bank Dunia atau IMF, atau keduanya, walau pun ternyata kedua organisasi itu gagal dalam tugas yang ditentukan untuknya.

B. SIAPAKAH PULA YANG MENENTANG MODEL EKONOMI BARU?

1. Ahli-ahli parti pembangkang, kerana tugasnya sebagai pembangkang, yang memerlukan sifat membangkang apa saja yang dirancang atau dilaksanakan oleh parti pemerintah.

2. Rakyat dan tokoh-tokoh yang memang minat membangkang sebagai tabiat.

3. Yang fanatik dengan Dasar Ekonomi Baru kerana menghayati sepenuhnya matlamat DEB ini dan percaya atau merasakan dasar atau model lain, yang terpisah total dari DEB, sebagai satu kesalahan, penyelewengan malah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu.

4. Orang yang telah menerima munafaat dari DEB dan yakin ianya masih diperlukan oleh orang-orang Melayu, tetapi merasakan perlu pembaikan di mana didapati kekurangan.

5. Mereka yang telah menyalahgunakan DEB dan merasakan ingin terus mendapat keuntungan, walau pun tidak secara adil, dari DEB.

C. PENDAPAT KETIGA MENGENAI DASAR ATAU MODEL EKONOMI ATAU PEMBANGUNAN NEGARA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Mereka yang yakin, walau ditentang sekali pun, Model Ekonomi Baru tetap akan diteruskan kerana kerajaan tidak mungkin berundur dari satu keputusan yang telah diumumkan, walau pun bentuk, skop dan cara pelaksanaannya mungkin dipinda.

2. Mereka yang yakin samaada DEB atau MEB ianya tidak akan berjaya jika sifat, sikap atau perangai dan tabiat pemimpin, pentadbir dan pengurus Melayu tidak berlandaskan nilai-nilai murni.

ASAS DAN PENGALAMAN

D. APAKAH YANG PENTING DIFIKIRKAN APABILA MENENTANG, MENYOKONG ATAU BERKECUALI TERHADAP MODEL ATAU DASAR EKONOMI BARU

SEBAB DASAR EKONOMI BEBAS PERLU DIGANTI

1. Yang perlu difikirkan ialah sebabnya Dasar Ekonomi Bebas, sebagai kesinambungan dari dasar ekonomi penjajah, yang diketengahkan waktu diisytiharkan kemerdekaan itu perlu diubah.

2. Adalah jelas dengan sistem ekonomi bebas, yang berasaskan kapitalisma, yang merupakan peninggalan penjajah kerajaan telah mencuba untuk mendirikan negara yang bersatu dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini telah dikritik samaada kerana ketidaksempurnaan pelaksanaannya atau kerana kegagalan mencapai matlamat sepenuhnya. Ternyata dasar yang diapungkan dalam lautan kapitalisma yang bergolak, tidak dapat mencapai matlamat yang bertentangan dengan arus ombak lautan itu. Adalah mustahil untuk mencapai matlamat 1Malaysia di bawah sistem bank yang ada. Ianya ternyata dari pergolakan ekonomi dunia yang berlaku berulang-ulang dan hampir tidak terkawal walau pun ada Bank Dunia dan IMF yang hanya mampu menangguhkan kehancuran. Sistem kapitalisma yang ada hanya mampu hidup sekarang ini dengan dukungan kuat dari pihak China yang berfahaman komunis. Ironinya ialah komunislah yang menyelamatkan kapitalisma masakini.

3. Dari sejarah perkembangan bank jelaslah bahawa sistem bank konvensional yang wujud tidak bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan atau mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dari segi ekonomi. Kelompok yang menyumbangkan ide ke arah kewujudan sistem bank yang terdiri dari golongan Anglo-Saxon dan Yahudi tidak pernah terfikir untuk membantu orang-orang miskin.

4. Sistem bank yang ada sekarang ini, kecuali Bank Islam atau Bank Syariah, bersandarkan kepada riba yang dikutuk oleh agama Islam, Yahudi dan Kristian. Sementara Yahudi dan Kristian telah menerima riba sebagaimana juga mereka menerima perkahwinan antara sesama jantina, Islam tetap kekal dengan pengharaman ke atas riba sebagaimana yang jelas di dalam Quran yang tidak berubah.

5. Secara dasar, bank itu bolehlah didefinasikan sebagai institusi yang meminjam wang dari penyimpan dan kemudian meminjamkannya, dengan mengenakan riba, dengan berbagai nama. Jumlah wang yang boleh dipinjamkan ialah, sekurang-kurangnya, sepuluh kali ganda dari jumlah wang simpanan sebenar. Keadaan ini boleh dilakukan kerana wang yang disimpan, di mana jua bank, tidak pun dikeluarkan secara tunai apabila dibelanjakan kerana penyimpan menggunakan cek. Cek yang dimasukkan ke dalam bank hanya memindahkan kira-kira antara bank dan tidak melibatkan pemindahan wang tunai. Berasaskan pengalaman, maka, dalam keadaan biasa pemindahan wang tunai hanyalah pada kadar 10 peratus sahaja dari jumlah simpanan.

E. PEMIKIRAN KE ARAH MENGADAKAN SISTEM BANTUAN UNTUK BUMIPUTERA

1. Kecuali Tun Dr. Mahathir keenam-enam Perdana Menteri Malaysia sehingga kini, dan kesemua Timbalan Perdana Menteri, kecuali Dato' Seri Anwar Ibrahim, adalah pemain golf belaka. Sebagai pemain golf mereka pasti menyedari bahawa baik di dalam permainan golf, percaturan politik atau dalam persaingan ekonomi itu 'handicap' adalah sesuatu yang wajib.

2. Semua kaum telah menikmati 'handicap' untuk membolehkan mereka melibatkan diri secara berkesan di dalam bidang politik dan ekonomi.

CHINA

3. Walau pun kaum China kelihatan sepertinya mereka tidak memerlukan handicap dalam bidang ekonomi tetapi sebenarnya mereka telah menerima handicap sejak dari zaman penjajah yang melantik mereka sebagai ejen pengedar barang-barang dari pengimpot British. Apabila seorang pelombong bijih timah Melayu yang terkenal terpaksa melarikan diri kerana diburu oleh British kerana anggota keluarganya Dato' Maharaja Lela telah membunuh Penasihat British James Birch, maka lombong bijih Long Jaafar telah diserahkan kepada pekerjanya dari keturunan China. Pemberian kerakyatan kepada kaum China di peringkat awal merdeka juga merupakan handicap atau subsidi politik untuk orang-orang China.

4. Orang-orang China juga untung dari toleransi Melayu yang berugama Islam, tetapi membenarkan mereka mendapat lesen untuk mengendalikan kasino dan judi nombor ekor yang walau pun haram, bagi ummat Islam, tetapi tidak haram bagi mereka. Operasi judi inilah yang memberi aliran tunai (cash-flow) bagi mereka untuk mengumpul modal untuk mengembangkan perniagaan, menambahkan modal dan harta. Apakah ini subsidi agama namanya?

INDIA

5. Kaum India pula masih menerima subsidi politik sehingga hari ini. Tidak ada kawasan pilihanraya yang majoriti pengundinya terdiri dari orang-orang India. Tetapi, selama Barisan Nasional memerintah wakil-wakil India tetap banyak di dalam Parlimen. Kalau mereka tidak menang dalam pilihanraya pun ada dari kalangan mereka dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menteri. Di Hulu Selangor umpamanya kita lihat calon MIC telah menang bukan kerana undi orang India sahaja tetapi kerana orang-orang Melayu telah menyokongnya dan menolak calon PKR dari keturunan Melayu yang datangnya dari kawasan lain. Presiden MIC umpamanya telah kalah, buat kali pertamanya, dalam kawasannya di Sungai Siput apabila pengundi-pengundi Melayu telah tidak lagi menyokong mereka. Antara orang yang terkaya di Malaysia ialah seorang India kerana diterima oleh Petronas sebagai rakan kongsi, dan diberi tanah oleh DBKL di bawah pimpinan Melayu, untuk mendirikan dua bangunan tertinggi di dunia sehingga akhir alaf kedua.

6. Apabila pihak British membenarkan bank mereka The Chartered Bank of Australia, India and China membuka cabang-cabangnya di seluruh Malaysia mereka telah membawa Chettiar, yang mereka berhubungan sejak di India untuk datang ke Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam urusan meminjamkan wang kepada orang-orang Melayu. Ini juga tindakan subsidi untuk kaum India.

MELAYU

7. Saya sendiri, sebagai seorang 'caddie' sejak di Sekolah Menengah Ibrahim School Sungai Petani, dan menjadi penolong caddie kepada Abang Fakir bin Miskin, satu nama yang menggambarkan kedudukan kalangan saya di waktu itu, di English Club Sungai Petani, selalu mendengar cemohan makna golf sebagai 'Golongan Orang Lemah Fikiran'. Tatapi pemain golf ini bukan terdiri dari golongan yang lemah fikiran kerana mereka ialah pegawai-pegawai tentera Gurkha yang bertugas dalam kem tentera di Sungai Petani. Permainan golf ini adalah permainan elit. Kita tidak boleh memandang rendah dan hina kepada orang yang memerlukan handicap sebagaimana orang-orang Melayu memerlukan handicap di dalam bidang yang baru mereka ceburi.

PINJAMAN KEPADA MASYARAKAT PENANAM PADI


8. Pinjaman wang kepada 25,000 kepada penanam padi di Kedah, Perlis dan Seberang Prai, pada awal tujuh puluhan. Pinjaman ini diberi kepada penanam padi yang sebelum itu meminjam dari pemborong dan pengilang padi yang mengenakan faedah sekitar 80% setahun. Dalam masa skim pinjaman yang mengenakan faedah 10% setahun para petani telah menjimatkan 70% setahun yang boleh membebaskan mereka dari cengkaman 'peminjam wang' dari kalangan pengilang dan pemborong padi.

PINJAMAN KEPADA PENARIK BECA

9. Pinjaman wang kepada 3,000 penggatih teksi (penarek beca) di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Putih di Kelantan juga telah membantu untuk memerdekakan penggatih teksi di Kelantan dan beban membayar sewa RM2-00 sehari iaitu RM730-00 (2 x 365 = 730) sedangkan harga beca hanya RM600-00 setiap sebuah beca. Di bawah program pinjaman di bawah The Chartered Bank satu jumlah sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan pada kadar pinjaman 10% faedah setahun. Tiap penggatih teksi meminjam RM1,000-00 yang digunakan untuk membeli beca baru (RM600-00), bunga dekorasi untuk beca (RM50-00), keretek untuk penggatih (RM50-00) dan barang emas (RM300-00) untuk isteri penggatih yang menjadi penjamin ke atas pinjaman dan wakil yang membayar ansuran pinjaman kepada bank. Dengan membayar RM30-00 sebulan (RM1-00 sehari) pinjaman selesai dalam masa 36 bulan dan beca menjadi milik penggatih. Setelah skim ini berjalan selama 3 tahun semua peminjam telah terkeluar dari belenggu hutang dan tiap seorang isteri mempunyai barang emas bernilai RM300-00. Di bawah system lama penggatih teksi terpaksa membayar sewa untuk selamanya.

PERANAN WANITA DALAM SKIM PINJAMAN TANPA CAGARAN

10. Di bawah skim ini peranan wanita sebagai penjamin tersangat penting. Skim ini bukan tiruan dari Grameen Bank di Bangladesh kerana skim ini bermula pada tahun 1972 dan berakhir pada tahun 1975 sedangkan kegiatan pinjaman ala Grameen Bank hanya bermula pada tahun 1976 di Kampung Jobra di Bangladesh dan hanya pada tahun 1983 Grameen Bank telah ditubuhkan secara formal. Di permulaan perjalanan skim pinjaman di Jobra ini pihak penganjur rancangan telah dikutuk oleh bank konvensional kerana mengena kadar faedah yang tinggi, melebihi 25%, sedangkan kadar ini perlu untuk membiayai kos operasi memberi pinjaman yang tinggi. Peminjam di Jobra berasa gembira kerana bagi mereka yang penting ialah 'the availability of working capital and not the rate of interest'.

PINJAMAN KEPADA PERUNCIT DAN PEKEBUN KECIL KELAPA

11. Pinjaman wang kepada 500 pekebun dan peniaga kecil kelapa di Jenjarom dan Sijangkang di Selangor yang akhirnya menuju kepada kempen minum air kelapa muda. Hubungan saya dengan pemilik dan pengusaha ladang kelapa inilah yang memberi kesedaran kepada saya mengenai masalah harga kelapa yang menjadi masalah ekonomi mereka, apatahlagi apabila Bank Dunia telah menganggap kelapa sebagai 'sunset crop'.

CARA KOMPRADOR MENJAMIN PINJAMAN PENIAGA DAN USAHAWAN CHINA


12. Pengalaman sebuah bank swasta meminjamkan wang kepada usahawan China yang berpotensi. Sebelum pinjaman diberi pihak komprador bank tersebut telah menyediakan senarai peniaga dan pengusaha yang paling banyak menggunakan buku cek dan ceknya itu dipakai tanpa pernah dikembalikan bersebabkan ketiadaan wang. Debit dan kredit bagi setiap kira-kira telah diteliti untuk mengetahui perkembangan dan kemajuan peniagaan dan menentukan keperluan modal untuk diberi pinjaman. Berasaskan kajian ini pemegang akaun telah dipanggil ke bank dan akhirnya diberi pinjaman tanpa cagaran mengikut keperluan perniagaan yang diusahakan. Lebih 50 orang dari mereka sekarang ini sudah menjadi jutawan besar.

FAKTOR POLITIK YANG MENGHALANG KEMAJUAN PEMINJAM


13. Usaha mendapatkan pinjaman untuk Shamelin Oil Processing di Semenyih dari Inter-Alpha di Singapura dengan jaminan Bank Pertanian Malaysia. Walau pun saya seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional di waktu saya berusaha untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai perusahaan minyak kelapa sawit secara usahasama antara Koperasi Shamelin Berhad, National Land Finance Corporation Berhad dan Pacific Gamble Robinson dari Seattle, saya dapati sukar mendapat pinjaman kerana saya memihak kepada satu pihak di dalam pertandingan antara dua tokoh untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Saya telah mendapatkan pinjaman dari sebuah bank perdagangan di Singapura dengan jaminan dari Bank Pertanian Malaysia di bawah pimpinan Dr. Agus Salim.

FAKTOR KADAR FAEDAH YANG MENGHALANG SKIM PINJAMAN


14. Masalah kos pengendalian kredit pada kadar 10% setahun.Bank umumnyalebih suka memberi pinjaman yang besar jumlahnya dari pinjaman-pinjaman kecil. Lebih ramai peminjam lebih tinggi kos pentadbiran pinjaman. Oleh itu bank lebih suka meminjamkan RM5 juta kepada seorang peminjam daripada RM1,000-00 tiap seorang dari 5,000 peminjam yang jumlah pinjamannya RM5 juta juga. Untuk memungut bayaran dari 5,000 peminjam ianya memerlukan tenaga kerja yang ramai dan juga masa bekerja yang panjang. Lebih-lebih lagi pihak bank perlu mengirim pemungut bayaran untuk melawat peminjam dalam kawasan yang cukup luas; sedangkan jika pinjaman itu besar dan diberi pula kepada hanya satu atau dua orang pihak Bank hanya perlu tunggu di pejabat untuk si peminjam mendatanginya. Bank akan kerugian jika kos pentadbiran pinjaman itu tinggi dan faedah atas pinjaman hanya 10 %. Untuk mendapat keuntungan dari ‘massive retail banking’ faedahnya mesti lebih dari 10 %. Ini tidak dibenarkan oleh Bank Negara pada waktu itu.

FAKTOR WANG PENDAHULUAN YANG MENGHALANG PINJAMAN PERUMAHAN

15. Masalah membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah bagi eksekutif yang mampu membayar sewa. Waktu saya hendak membeli rumah di Damansara Heights pada tahun 1972 saya diminta untuk membayar 30% wang pendahuluan. (Kini peratus wang pendahuluan semakin rendah) Atas pinjaman RM42,000-00 untuk sebuah bungalow saya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM12,600-00. Dengan gaji bulanan pada waktu itu hanya RM1.000-00 saya tidak mampu membayar wang pendahuluan yang merupakan jumlah setahun gaji. Jika dari jumlah gaji RM1,000-00 saya simpan RM200-00 sebulan saya terpaksa tunggu 5 tahun 3 bulan (63 bulan) sebelum saya dapat simpan RM12,600.00. Pada waktu itu harga rumah yang tadinya RM42,000-00 sudah pun meningkat ke RM80,000-00. Saya dan kawan-kawan bernasib baik kerana kami diberi kesempatan untuk mendapat pinjaman 100% iaitu tanpa sebarang wang pendahuluan untuk membeli rumah-rumah di Damansara Heights. Kini harta yang sama bernilai RM4.5 juta. Sementara seseorang eksekutif itu mampu membayar ansuran membeli rumah tetapi tanpa wang pendahuluan eksekutif berkenaan hanya mampu menyewa rumah. Jika tanpa wang pendahuluan apa yang sepatutnya menjadi kos sewa rumah sudah menjadi ansuran membeli rumah.

BANK DUNIA SEBAGAI PENGHALANG KEPADA SKIM PINJAMAN KEPADA GOLONGAN MISKIN

16. Sikap Bank Dunia yang menganggap pinjaman dengan kadar 5% atau lebih setahun kepada si miskin sebagai penderaan ke atas peminjam yang membayar faedah kepada Ah Long sehingga 80 - 100% setahun. Adalah jelas di sini bahawa masalah peminjam bukan faedah tetapi sumber pinjaman. Bagi mereka yang biasa membayar faedah 10% sebulan atau RM1-00 sehari atas setiap RM100-00 membayar faedah 3 atau 4 kali 5% setahun adalah satu keringanan yang sukar diperolehi. Faktor lebih satu atau dua peratus atas pinjaman adalah satu masalah dan bebas kepada peminjam-peminjam yang kaya dan bukan ke atas peminjam-peminjam yang miskin.

GLCs SEBAGAI SAINGAN KEPADA PENGUSAHA BUMIPUTERA

17. Masalah saingan dengan GLCs. Koperasi Shamelin Berhad adalah unit perniagaan rangkaian kedai runcit dan mini-market yang pertama di Semenanjung Malaysia. Di kemuncak kejayaannya Shamelin memiliki lebih 70 buah kedai di seluruh Negara. Pada waktu itu tidak ada Jusco, Tesco, Carrefour dan Giants. Yang menjadi saingan kepada Shamelin ialah Pernas Edar yang pada mulanya ditubuhkan sebagai wholesaler atau pemborong untuk peniaga-peniaga runcit Melayu akhirnya menjadi penyaing apabila dari hanya berniaga borong ia merobah menjadi peruncit untuk menutup kerugian. Akhirnya Shamelin tutup dengan kerugian sekitar RM3 juta dan Pernas Edar ditutup dengan kerugian sekitar RM100 juta. Shamelin akhirnya terpaksa tutup semua kedai dan menumpukan kepada perniagaan hartanah dengan tegaknya Taman Shamelin Perkasa.

F. PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANGUN EKONOMI NEGARA-NEGARA DI TIMUR


1. Bagi peneliti sejarah pembangunan ekonomi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan adalah jelas bagaimana kerajaan mereka melindungi perniagaan dan perusahaan mereka. Dalam tesis saya bertajuk 'Japan Economic Growth and The Future of South Korea and Taiwan' yang saya siapkan pada tahun 1969 di Jerman Barat, saya telah mendapati bahawa asas pembangunan ekonomi ketiga-tiga buah negara ini telah dipercepatkan oleh pembangunan ekonomi pertahanan, dengan membuat kelengkapan-kelengkapan pertahanan untuk negara mereka. Di situlah timbulnya kata-kata 'military-industrial complexes'.

2. Di waktu kemajuan mula dirancangkan di ketiga-tiga negara ini didapati pengawalan ke atas pertukaran wang asing adalah ketat dan hanya menggalakkan perbelanjaan mata wang asing untuk mengimpot 'capital goods'.

3. Korea Selatan telah membangun dengan pesatnya di zaman Presiden Park Chung Hee kerana ekonomi negara itu telah didorong dengan kuatnya oleh kerajaan. Malahan kerajaanlah yang membantu dengan cergas untuk menggerakkan syarikat-syarikat swasta sehingga menjadi swasta gergasi. Kegiatan Hyundai, Samsung, Sunkyong dan Daewoo tidak dapat dipisahkan daripada dorongan kerajaan.

G. SIKAP YANG MEMBANTU DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA

1. Di ketiga buah negara, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan terdapat satu faktor yang menjamin pembangunan negara di sebalik bantuan fisikal dan fiskal, iaitu pembentukan sikap dengan nilai-nilai murni yang ditanamkan ke dalam masyarakat di semua peringkat.

BUSHIDO DI JEPUN

2. Di Jepun didapati bahawa pengasas perubahan pada zaibatsu Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai Ichi Kangyo (C. Itoh) adalah terdiri dari tokoh Ronin, iaitu Samurai yang tidak ber Shogun. Mereka ini, yang memimpin kelima-lima syarikat ini mulai tahun 1873, iaitu 5 tahun setelah zaman peralihan Maharaja Meiji (Meiji Restoration) pada tahun 1868, bukanlah ahli dengan ilmu perniagaan, sains, pengurusan atau keusahawanan, sebaliknya ialah Samurai yang hanya bermodalkan semangat Bushido yang menekankan kepada sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.

HWARANG DI KOREA

3. Begitu juga di Korea Selatan di mana Presiden Park Chung Hee telah menyemarakkan semangat Hwarang, sebagai semangat yang telah berjaya menyatupadukan rakyat Korea di zaman Maharaja Silla dan memberi kemenangan kepada Armada Penyu Admiral Yi Sun Shin yang mengalahkan Toyotomi Hideyoshi seorang Shogun dari Kyushu. Semangat Hwarang ini membangun sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia kepada pengamalnya.

JIN SHING DI TAIWAN

4. Di Taiwan, Perdana Menteri Vincent Siow telah memberitahu saya mereka yang di tanah besar China bukanlah China kerana mereka itu Komunis, tetapi yang di Taiwan itu China yang menjadi sebab Taiwan maju. China yang memimpin institusi ekonomi di Taiwan mempunyai semangat Jin Shing yang juga menekankan sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.

JIN SHING UNTUK USAHAWAN NEGARA KOMUNIS CHINA

5. Hanya apabila tanah besar China menolak amalan komunis dalam bidang kegiatan ekonominya barulah China mula membangun. China yang memimpin ekonomi China kembali menjadi China sebagaimana definasi Vincent Siow. China telah mengekalkan sistem komunisnya untuk mengekalkan disiplin dalam masyarakat China. Apabila saya bertanya Perdana Menteri China Zhao Zhi Yang di waktu beliau melawat Langkawi untuk berjumpa Tun Mahathir semasa saya menjadi Menteri Besar Kedah ‘bilakah China akan menjadi negara yang demokratik?' beliau menjawab ‘Bila China sudah betul-betul maju dengan memuaskan. Tidak mudah mendisiplinkan China di dalam sistem demokrasi. Dengan sistem demokrasi China tidak akan maju sebegini cepat. Lihat saja kepada Rusia.'

DISIPLIN CHINA MELALUI CARA KOMUNIS

6. Bila saya tanya Perdana Menteri Zao 'bagaimana kalau USA menutup pasaran mereka jika China tidak mahu menjadi negara yang demokrasi?' Zao menjawab 'bukan kerja USA untuk mengatur China, jika mereka tutup pasaran, dan pekerja China berontak kita akan selesai dengan cara komunis.'

MURU'AH MEMBANGUN UMAT ISLAM ISLAM DI AWAL ZAMAN DAN WASIAT SULTAN ACEH (THE ACEH CODE) MENJADIKAN DUNIA MELAYU SEBAGAI PUSAT TAMADUN ISLAM

7. Bagi orang-orang Melayu yang berugama Islam kita tentu ingat bagaimana Islam di satu masa dulu mendahului Barat dari segi ketamaddunan apabila Umat Islam maju di bidang sains sementara Barat berada di zaman gelap ( The Dark Ages ). Kebangkitan Islam adalah kerana semangat Muru'ah yang ada pada tokoh-tokoh Quraish yang memimpin Umat Islam di zaman itu. Muru'ah menuntut Umat Islam supaya amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. Sifat-sifat ini jugalah yang diketengahkan oleh Sultan Aceh pada tahun 1507 apabila beliau menyampaikan wasiatnya yang saya namakan The Aceh Code.

8. Sambil menghayati sifat amanah, berani, disiplin, rajin dan setia, atau sekurang-kurangnya menyedari pentingnya sifat dan sikap ini, barulah dapat Melayu menjayakan cadangan berikut untuk mencapai wujudnya lMalaysia.

MASALAH

MASALAH YANG DIHADAPI MALAYSIA SEJAK DASAR EKONOMI BARU SAMPAI DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

KEGAGALAN MASA LALU

Dalam melaksanakan DEB beberapa orang tokoh profesional dan usahawan Melayu telah dipilih untuk menjadi penerima peluang dari penswastaan berbagai badan dan agensi yang menguntungkan untuk diterajui oleh mereka. Bumiputera terpilih juga mendapat lesen dan kontrak besar dari kerajaan. Ternyata terlalu banyak dari mereka telah gagal menjayakan amanah ini, dan di waktu mereka sedang melalui kejayaan pun mereka sebenarnya untung sendiri dan tidak menguntungkan Melayu atau Bumiputera yang lain.

Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga pada tahun 1992, 18 tahun yang lalu, perbincangan yang mendalam telah dibuat yang menunjuk trend masalah yang dihadapi dari pelaksanaan DEB ini. Masalah terbesar ialah kerana terhakisnya nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia. Dalam konteks inilah penekanan telah dibuat untuk menerapkan lagi nilai-nilai Islam ke dalam jiwa rakyat, orang-orang Melayu khususnya.

Dalam membincangkan kegagalan kita tidak seharusnya melupakan banyak kejayaan yang telah tercapai dengan penswastaan seperti Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Ternyata pegawai-pegawai Melayu yang sudah lama dalam pentadbiran Negara mempunyai kemampuan untuk menjayakan tanggungjawab jika diberi; contohnya Tan Sri Basir Ismail, Tan Sri Ani Arope dan Tan Sri Rashdan Baba, walau pun ketiga mereka pakar dalam bidang pertanian tetapi mereka mampu berjaya di bidang swasta.
Walau bagaimana pun, pegawai-pegawai kerajaan, sebagaimana juga kakitangan akademik, tidak boleh diharapkan untuk mencari projek, apatahlagi yang berisiko, untuk menjayakannya. Mereka terbukti mampu menambahkan kejayaan peluang-peluang yang menguntungkan tetapi tidak dapat diharap untuk mencari peluang dan menjayakannya. Di sinilah puncanya kegagalan perbadanan-perbadanan negeri yang diurus oleh kakitangan kerajaan.

Saya juga mendapati kakitangan kerajaan yang susah diawasi biasanya berjaya di bidang swasta apabila mereka menceburinya.

KEGAGALAN MASA DEPAN

Jika kegagalan mencapai matlamat itu disebabkan kemerosotan dan hakisan nilai pada pemimpin, pentadbir, pengurus dan pengusaha yang diberi peluang dan bantuan kewangan sehingga menderakan bank yang membantu maka punca kegagalan masa depan, jika tidak diberi peluang dengan subsidi atau 'handicap' baru sekali pun, akan dan sedang muncul dengan pemberian peluang mengendalikan GLCs yang sudah kaya, dan bertambah kaya dengan keuntungan yang 'cumulative' yang mulai nampak ditadbirkan secara curang sebagaimana 'tip of the iceberg' dalam kes Pos Malaysia yang diketengahkan oleh Presiden PAKKU baru-baru ini. Penyerahan pengurusan GLCs kepada profesional adalah satu subsidi yang diberi kepada Bumiputera terpilih yang tidak sedar bahawa GLC itu adalah hadiah seterusnya, selain dari belanja pendidikan, yang didapati kerana adanya kemudahan daripada Perlembagaan, di dalam DEB, oleh mereka yang menghina DEB itu sendiri.

KEPUTUSAN

Bank atau sumber dana yang dicadangkan ini adalah sintesis yang difikirkan boleh menjembatani antara harapan dan kekecewaan.

CADANGAN PENUBUHAN BANK MODEL EKONOMI BARU (BMEB) ATAU NEW ECONOMIC MODEL BANK (NEMB) ATAU BANK 1MALAYSIA

Sumber modal:

1. Petroliam Nasional Berhad
2. Tenaga Nasional Berhad
3. Telekom Malaysia Berhad
4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
5. Tabung Haji
6. Zakat
7. Pelabur
8. Kerajaan Pusat dan Negeri

Jumlah modal yang diperlukan: RM10 Billion

Bentuk Institusi:

Ada tiga pilihan -

A. Sebagai Bank Konvensional.

B. Sebagai Bank Yang Menggabungkan Operasi Konvensional dan Islam.

C. Sebagai Institusi Kewangan Islam Sepenuhnya.

Tujuan & Matlamat:

KEMISKINAN

Pertama : Membasmi Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum

PERPADUAN

Kedua : Menyusun Semula Masyarakat Tanpa Mengira Kaum

Bidang kegiatan bank:

MEMBIAYAI PENDIDIKAN

Pertama : Memberi Pinjaman Pendidikan Kepada Semua Yang Mendapat Tempat di IPTA & IPTS Dalam Bidang Yang Ditetapkan

Memberi Pinjaman Untuk Biaya Pusat-Pusat Tuisyen

PERUMAHAN

Kedua: Membiayai Pinjaman Membeli Rumah Untuk Tinggal Tanpa Wang Pendahuluan kepada semua rakyat yang mampu membayar secara ansuran

Memberi Pinjaman Membeli Rumah Untuk Membalas Budi Ibu-Bapa

PENIAGA KECIL

Ketiga: Modal untuk mendirikan perniagaan dan modal pusingan

Perniagaan sebagai pemborong

PELANCONGAN

Keempat: Mendiri dan menjalankan kemudahan pelancongan

KESIHATAN

Kelima : Memberi Kredit Untuk Membangun Klinik; Pusat Kesihatan

Memberi Kredit Untuk Biaya Perubatan Pra-Bayaran Insuran

PENANAM PADI, PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN

Keenam : Memberi Pinjaman Untuk Kegiatan Pertanian, Penternakan dan Perikanan

KRAFTANGAN

Ketujuh: Membiayai Usaha Kerajinan Tangan di Desa dan Kota (Hasil Dengan Kepakaran Tangan dan Bernilai Seni)

INDUSTRI KAMPUNG

Kelapan: Meminjamkan Modal Untuk Menjayakan Industri Kampung (Hasil Untuk Kegunaan dan Pengeluaran Menggunakan Mesin)

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

Kesembilan: Meminjamkan Modal Untuk Industri Kecil dan Sederhana

PERBEZAAN ANTARA BANK MODEL EKONOMI BARU DENGAN BANK-BANK YANG ADA:
i. Terletak di bawah Bank Negara dan sebuah Lembaga Khusus.

ii. Tidak terikat kepada kadar faedah bank konvensional.

iii. Pinjamannya tidak tergantung kepada cagaran konvensional.

iv. Pendekatannya inovatif dan pragmatik.

v. Menggalakkan projek usahasama antara kaum yang benar dan jujur untuk menjayakan konsep 1Malaysia.

vi. Pengurusannya dari wakil lantikan kerajaan dan gabungan tokoh-tokoh politik dan profesional yang mempunyai rekod yang tidak tercemar.

SYARAT BAGI PEMINJAM:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Bersumpah menghormati Perlembagaan Malaysia.

iii. Berikrar patuh kepada Rukun Negara.

iv. Berjanji mengamal nilai-nilai murni seperti 'amanah, berani, disiplin, rajin dan setia'.

v. Berjanji untuk 'mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian’ sebagai isi tuntutan 1Malaysia.

vi. Berniat untuk membayar hutang.

PENUTUP

Cadangan penubuhan Bank Model Ekonomi Baru ( BMEB ) ini ialah satu usaha untuk menggabungkan hasrat dan perjuangan yang belum selesai dengan aspirasi generasi masakini yang mencabar dan membawa Malaysia yang bersatu ke arah kejayaan dalam menghadapi cabaran global yang sering bergolak.

Melalui BMEB seluruh tenaga rakyat dapat digerakkan dalam perpaduan.

Insya Allah. Hanya Allah yang menentukan.

Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid

Konvensyen Usahawan Melayu 2010

14 – 15hb Mei, 2010

5 comments:

  1. Salam TS...
    Satu analisa sejarah perjuangan umat melayu islam di negara ini dalam usaha mempertingkatkan ekonomi dan survival bangsa di bumi sendiri tanpa menindas golongan lain. Satu artikel yang membawa gagasan penubuhan Bank 1Malaysia yang patut di halusi dan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang diterajui oleh DS Najib.
    TS telah mencadangkan perlunya sebuah institusi kewangan yang akan memberi keutamaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Satu gagasan untuk menyatupadukan dan memajukan rakyat Malaysia melalui sebuah bank yang di panggil Bank 1Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Rukun 1 Malaysia kini telah menghalalkan judi. Sedikit masa lagi pelacuran dan arak juga mungkin dihalalkan!

    ReplyDelete

  3. Hello
    I am Mr. Muhammad a private loan lender that gives loan at the interest rate of 2
    % , I offer loans to individuals and companies or groups of people who
    are financially down . It is a financial opportunity at your door step
    today and get a quick view of credit there.
    There are many funding opportunities and assist in all aspects and
    still counting . But it's a financial opportunity on the doorstep ,
    and the dry season is coming to an end, and can not miss this unique
    opportunity . Do you need financial assistance ? Do you need a loan to
    expand your business? Do you need a loan to start a business on a large
    scale? You need a loan that can change your life and your current
    financial status ? Do You need a loan urgently to put things
    in right place ? Then look no further , because your loan is your dream
    door step today.The service is provided to individuals , businesses
    and business men . The amount of credit available in the range of $
    1,000.00 to U.S. $ 500,000,000.00 or your choice I give out loans for
    project , business , taxes , bills, and many other reasons , our loan
    are easy and * censored * for more information contact us by email
    :ahmadcare11@gmail.com
    REQUEST FOR LOAN
    ================================
    Name : ...................
    Second name : ..................
    Contact Address : .................
    Country : ...................
    Age : ..........................
    Sex : ....................
    Phone Number : ..............
    Status: .................
    Occupation : ...............
    position : .................
    monthly income : ..............
    Loan Amount : .................
    Purpose for Loan: ...............
    duration : ....................
    Have you applied for loan before : ............
    you understand English : .................
    SOME QUESTIONS ANSWERED (Frequently Asked Questions) We have a simple
    form for you to fill to apply for a loan . fill it out and send it
    to me. The application covers the following topics . * Authorization *
    Credit Borrower information1 .
    What is the interest rate ? The interest rate depends on the project .
    The rate is 2 % monthly interest only annual interest rate payable.
    2 . Will my credit matter ? not
    3 . Where do you loan? We loan World
    4 . How long does it take to fund ? After submitting the loan
    application , you can expect a preliminary answer less than 24 hours
    and funding within 72-96 hours after receiving the information we need
    from you .
    5 . What will my payments be ? Which will be calculated for you and
    sent to you on a repayment schedule alongwith the loan terms .
    We are looking forward to a strong business relationship with you.
    Sincerely ,
    cash firm

    ReplyDelete
  4. Pada ATOSMAX PINJAMAN PERUSAHAAN, kita memahami ada dua bisnis atau pemilik usaha yang sama dan itu sebabnya kita melihat setiap skenario individual untuk memastikan bahwa klien kami mendapatkan pembiayaan yang sesuai dengan bisnis tujuan dan kebutuhan mereka. Dengan melihat setiap bisnis secara individual, kita dapat menyetujui pembiayaan untuk banyak pemilik usaha lebih dari pesaing kita. Sebagai pemberi pinjaman langsung, kami dapat menyediakan program pembiayaan untuk pemilik bisnis dengan sejarah kredit yang buruk, bisnis baru dan orang-orang bisnis yang bekerja dengan baik tetapi tidak dapat menunjukkan dengan laporan keuangan. Dengan proses evaluasi akal sehat kita, kita menyetujui persentase besar dari aplikasi dan mampu mengamankan signifikan lebih banyak modal untuk klien kami. Hanya membutuhkan waktu beberapa detik untuk menerapkan dan kurang dari satu hari untuk menerima persetujuan. Terapkan Sekarang!
    2% BUNGA RENDAH PINJAMAN PELANGGAN KONSOLIDASI.
    Pinjaman konsolidasi pelanggan bunga rendah adalah ide yang baik untuk sebagian besar peminjam. Pinjaman konsolidasi pelanggan bunga rendah sering berarti pembayaran lebih rendah untuk peminjam. Banyak kali, pembayaran yang lebih rendah dapat memungkinkan mantan siswa beberapa ruang bernapas dalam anggaran mereka. Wajah peminjam pertanyaan adalah bagaimana untuk mendapatkan pinjaman ini. Suku bunga terendah untuk pinjaman konsolidasi ditemukan dengan program pinjaman federal. Ini harus menjadi pilihan pertama Anda. Namun, jika Anda tidak dapat memenuhi syarat untuk pinjaman federal, Anda juga dapat menerapkan dengan pemberi pinjaman swasta dan pls berlaku sekarang untuk menerima persetujuan. Terapkan Sekarang!. Pls pemohon harus menghubungi kami melalui Atosmaxlendingfirm@consultant.com.
    6% BUNGA RENDAH FEDERAL PELANGGAN KONSOLIDASI PINJAMAN.
    Pinjaman ini memiliki kombinasi yang tidak biasa dari suku bunga rendah dan standar kualifikasi mudah. Misalnya, Anda tidak perlu bekerja untuk mengkonsolidasikan pinjaman Anda. Pinjaman ini tidak disetujui pada evaluasi dari penghasilan Anda. Pinjaman ini juga tidak memerlukan agunan. Pemerintah punggung pinjaman. Anda juga akan tidak perlu cosigner. Namun, jika Anda default, pemerintah akan membayar pemberi pinjaman dan kemudian mengejar Anda untuk pembayaran kembali pinjaman dan juga menerima persetujuan. Terapkan Sekarang. Pls pemohon harus menghubungi kami melalui Atosmaxlendingfirm@consultant.com.

    ReplyDelete
  5. BERITA BAIK SEMUA ORANG
    Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
    +12027538718

    ReplyDelete