Pada 27-04-2011 yang lalu satu majlis ramah mesra telah diadakan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 200 orang tokoh Aceh pilihan dari Banda Aceh, Bandung, Jakarta, Medan dan Malaysia yang terdiri dari ahli akademik, pemimpin politik, peniaga dan pengusaha serta pemimpin pelajar di Memorial Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur.
Majlis ucapan dan dialog berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.
Majlis ini dianjurkan oleh International Association of Aceh Scholars (IAAS) dengan kerjasama Aceh Club Kuala Lumpur dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia.(IMAM).
Majlis ucapan dan dialog berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.
Majlis ini dianjurkan oleh International Association of Aceh Scholars (IAAS) dengan kerjasama Aceh Club Kuala Lumpur dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia.(IMAM).
Ucapan Tun Dr. Mahathir dan sesi dialog akan dimuatkan dalam blog ini tidak lama lagi.
Di bawah ini ialah ucapan alu-aluan saya dalam majlis tersebut untuk pembaca yang berminat dan anggota masyarakat Aceh di seluruh dunia.
UCAPAN TAN SRI DATO' SERI SANUSI BIN JUNID
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Yang Berbahagia Saudara Pengerusi Majlis
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
YBhg. Presiden Penawar, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat UMNO, Mantan Menteri Tan Sri Dato' Aziz Shamsuddin,
YBhg. Presiden Mubarak, Persatuan Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional, Wilayah Persekutuan, Dato' Aziz Yasin,
Rakan Sependeritan YBhg. Tan Sri Dato' Sabaruddin Chik, Mantan Menteri dan Setiausaha Agong UMNO,
Dif-dif Yang Dihormati, Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato', Ahli Yang Berhormat Wakil-Wakil Rakyat dari Indonesia, Teungku-Teungku, Profesor-Profesor, Doktor-doktor, Bapa-bapa dan Syedara sekalian.
Bagi pihak Kelab Aceh Kuala Lumpur ( The Aceh Club Kuala Lumpur ) dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM) saya mengalu-ngalukan kehadiran tuan puan ke majlis pada hari ini.
Majlis pada hari ini adalah satu peluang dan kesempatan terbaik bagi wakil masyarakat Aceh se Nusantara mengenal Tun Dr. Mahathir dari dekat dan mengikat serta memperkukuhkan lagi tali silaturrahim dengannya.
Hadir bersama kita pada hari ini ialah Tan Sri Dato' Hanafiah Hussain seorang tokoh Aceh yang ternama di negara ini yang umurnya setanding dengan umur Tun Dr. Mahathir.
Turut serta dari Jakarta ialah Bapak Asyik Ali selaku wakil dari Indonesia yang tertua yang datang dengan tongkat kerana semangatnya untuk menyertai majlis pada hari ini.
Ketiga mereka ialah Octogenarian atau tokoh yang berumur lebih 80 tahun.
Sejak tahun 800 Masehi bersamaan dengan 173 Hijrah sehingga tahun 2011 Masehi, sepanjang sekitar 1,200 tahun dalam sejarah Aceh yang tercatat, banyaklah yang dapat kita pelajari, kita teladani atau yang patut kita elakkan berulang.
Tetapi, dalam buku terakhirnya berjudul 'How To Run The World' terbitan tahun 2011 Parag Khanna telah menurunkan di permulaan Bab Pertama yang bertajuk Mega-diplomacy, petikan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bertulis:
'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'
Terjemahannya: Dua ribee teuhon peungalaman ngon ieleumee nan meunggunung, mantong geutanyo hana leubeh upaya bak ta ato nanggroe lagee ureung bak zameun batee.
Oleh itu tidak hairanlah jika orang Melayu Aceh masih mencari ilham untuk memperbaiki masa depan mereka.
Sepanjang sejarah lebih 1,200 tahun yang lalu Aceh telah banyak berperang, perang besar dan perang kecil, atas berbagai sebab. Kerana peranglah maka Aceh berpecah belah. Itulah sebabnya terdapat kerajaan kecil-kecilan wujud sebelum Aceh disatukan.
Sebelum ada agama Islam orang Aceh berperang mungkin kerana tiada agama. Setelah datangnya agama Islam kita berperang lagi kerana perbezaan antara fahaman Sunni dan Syiah. Kita berperang kerana kepentingan puak dan berperang lagi kerana diperalatkan oleh penjajah.
Aceh bernasib baik jika ada orang luar yang menjadi sebab untuk Aceh berperang; tetapi Aceh tetap berperang sesama sendiri jika tiada orang luar sekalipun.
Kerajaan Osmaniah pada awalnya tidak pernah kalah, dan difikirkan tidak mungkin dikalahkan. Kekalahan pertama berlaku dengan The Battle of Lepanto. Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak didapati tersimpan di sana, yang dikumpulkan dan dibawa oleh raja ke mana-mana dia belayar kerana takut hilang.
"'Before that battle the Turkish Warriors of the Ottoman Empire were thought to be invincible, strong and powerful, and they could not be defeated. The morale of the Christians were very low then until their victory at the Battle of Lepanto."
"The Christians have never forgotten this date 7th October, 1571, as the date when their fate was reversed when they saw 240 ships of the Ottoman Empire sunk and 30,000 Muslims were dead or wounded as against only 12 ships of The Christian Holy League being sunk and only 9,000 dead or wounded."
That is why, in Christian churches, the bells toll on the 7th of October every year.
Dari kekalahan pertama inilah maka bermulanya makin banyak kekalahan sehingga jatuh pemerintahan kerajaan Osmaniah 624 tahun kemudian pada 29 Oktober, 1923.
Setelah kalah maka cerdik pandai Islam pun telah membahaskan sebab kerajaan Islam kalah.
Tidak ada yang menyalahkan raja yang tidak menggunakan kekayaannya untuk memperbaiki nasib ummat.
Maka berlumba-lumbalah ummat Islam mencari Islam yang betul yang perlu dipelajari dan diamalkan. Sekali lagi ummat Islam, termasuk di Aceh, mencari-cari Islam yang betul.
Berbagai-bagai jenis Islam yang betul telah diperkenalkan sehingga Ummat Islam mendapat peluang baru untuk berkelahi, bergaduh dan berperang dengan tujuan untuk menegakkan yang betul tetapi berbeza-beza betulnya.
PROFESSOR ISMAIL FARUQI BERTEMU POPE JOHN PAUL II
Allahyarham Professor Ismail Faruqi, yang syahid dibunuh Mason, di satu masa dulu telah menziarahi Pope John Paul Kedua di Vatican. Dalam perbualannya mengenai nasib Ummat Islam dan Kristian di dunia Professor Ismail telah tertarik dengan analisa Pope John Paul ke II mengenai kemunduran Ummat Islam.
Pope John Paul ke II telah membawa Professor Ismail Faruqi untuk melihat sebuah Universiti Kristian di dalam kawasan Vatican kerana mengikut analisa Pope kemajuan Dunia Islam setelah turunnya perintah Iqra' dari Allah adalah kerana Ummat Islam telah menumpukan perhatian mempelajari berbagai bahasa, khususnya Greek dan Latin, dan mereka menumpukan perhatian kepada Ilmu Sains dalam berbagai bidang.
Di situlah bermulanya kegemilangan Ummat Islam di dunia.
Pope John Paul II berasa bimbang dan takut Ummat Kristian juga akan mundur apabila kekayaan di Barat yang berpunca dari kemajuan Sains, akan luput tatkala Barat lupa kepada Sains kerana sudah pandai mencari kekayaan dengan memanipulasikan bank sehingga Barat telah lupa kepada Ilmu sebagaimana lupanya raja Islam yang kalah di Battle of Lepanto.
PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
Hubungan Professor Ismail Faruqi dengan Tun Dr. Mahathir telah mencetuskan ilham untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 23 Mei, 1983 di waktu Allahyarham Dr. Sulaiman Daud menjadi Menteri Pendidikan.
Setelah berundur diri dari aktif dalam bidang politik saya sempat dilantik oleh Tun Dr. Mahathir menjadi Presiden UIA dari Februari 2000 sehingga 2 Jun, 2008.
Dalam mengetuai UIA saya tidak pernah terlupa hasrat Tun Dr. Mahathir dan Allahyarham Professor Ismail Faruqi untuk menjadikan UIA sebuah universiti sains untuk Dunia Islam.
Kerana arahan saya untuk diterbitkan sebuah buku "Directory of Experts" yang mencatitkan nama semua ahli akademik yang menjadi tenaga pengajar di UIA saya diberitahu buku ini dijadikan sumber untuk mendapatkan tenaga pengajar bagi Universiti-universiti baru, yang didirikan oleh raja-raja di Asia Barat.
Ini menjadi masalah bagi UIA.
Hasil dari lawatan rombongan UIA ke Arab Saudi, dan dengan pertemuan serta diskusi yang diadakan, amalan mengambil tenaga kerja dari UIA telah terhenti. Mungkin atas pandangan rombongan UIA, Universiti di Mekah dan Madinah mula mendirikan kampus mereka di perbatasan, di luar kawasan haram untuk membolehkan tenaga pengajar yang bukan Islam mengajar diluar kawasan haram.
WAQAF ACEH
Dalam memikirkan soal Mekkah dan Aceh di rumah Waqaf Aceh di Mekkah bersama dengan Teuku Sulaiman, Teungku Asyik Ali dan Teuku Safly Didoh Ketua Taman Iskandar Muda, di Jakarta, satu idea telah timbul atas kemungkinan harta waqaf Aceh yang bernilai lebih RM2 billion atau US$650 juta dijadikan sumber biaya untuk pelajar-pelajar Aceh belajar mata pelajaran Sains dan Teknologi di Universiti di Mekkah.
Oleh kerana waqaf Aceh telah menentukan dana dari waqaf itu tidak boleh diguna di luar Mekkah alangkah baiknya jika kerajaan Saudi Arabia, khususnya Raja Abdullah, melalui intervensi atau campurtangan tokoh-tokoh internasional yang boleh dipercayai dan dihormati dapat memberi visa untuk 500 pelajar dari Aceh, pada setiap masa, secara silih berganti, untuk belajar di Mekah sehingga tamat, dan tidak dibenarkan bekerja di sana setelah lulus.
BANTUAN TUN DR. MAHATHIR
Saya telah bercakap dengan Putera Masud, menantu Raja Abdullah, dan katanya, jika Tun Dr. Mahathir yang bercakap beliau yakin mertuanya akan lebih mudah bersetuju.
Sudah tentu keputusan ini tidak boleh dibuat tanpa persetujuan kerajaan dan rakyat Aceh.
Orang keturunan Aceh yang menjadi rakyat Malaysia tidak mempunyai hak untuk berperanan bagi merealisasikan impian ini.
Mungkin dengan kehadiran anda sekalian di sini, pada hari ini, pintu hati kita akan lebih terbuka untuk menjayakan satu usaha ke arah tercapainya matlamat bidang pendidikan ini.
WASIAT PADUKA SERI SULTAN ALAUDDIN JOHAN ALI IBRAHIM MUGHAYAT SYAH JOHAN BERDAULAT
Dari sejarah Aceh, selain waqaf ini yang tidak ada pada suku kaum lain, ada satu lagi pusaka peninggalan Sultan Aceh pada 12 Rabiulawal, 913 Hijrah bersamaan 23 Julai, 1507 apabila Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah Johan Berdaulat memberi beberapa kewajiban yang harus dikerjakan oleh rakyat Aceh.
Dua puluh satu (21) kewajiban yang diketengahkan ini, jika dianalisa dapat dirangkumi dalam sifat yang perlu diasah dalam diri orang Aceh, iaitu amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.
Betapa banyak pun cerdik pandai Aceh jika tidak mempunyai sifat amanah, berani, disiplin, rajin dan setiau maka cerdik pandai ini semuanya tidak berguna dan sekadar menjadi hampas sahaja untuk Aceh.
Sifat-sifat ini ada dalam semangat Bushido di Jepun, semangat Hwarang di Korea dan semangat Jinsheng di Taiwan.
Semangat ini saya camkan di waktu Tun Dr. Mahathir melancarkan Dasar Pandang Ke Timur di zaman pemerintahannya dahulu.
Apakah tidak mungkin Aceh akan membangun dengan pesatnya jika semua badan akademik dan jabatan melatih kadernya atau tenaga kerjanya, khususnya pemimpin besar dan kecil, menjadi tokoh-tokoh yang amanah, berani, disiplin, rajin dan setia.
Pada hari ini kita bernasib baik kerana berkesempatan mendengar, berdialog dan bermesra dengan tokoh internasional, tokoh antarabangsa, yang menjadi sumber inspirasi kepada dunia Islam dan dunia ketiga sehingga hari ini.
Banyak contoh mengenai kenyataan ini.
PERSIDANGAN UNESCO DI JAKARTA – INDIA
Dalam satu persidangan UNESCO di Senayan, Jakarta beberapa tahun yang lalu saya terdengar seorang peserta seminar bertanya kepada Pengarah Economic Planning Unit India mengenai sumber model ekonomi yang dicontohi oleh India. Pengarah itu tidak menjawab mengenai model ekonomi sebaliknya menyatakan sumber inspirasinya ialah Tun Dr. Mahathir.
Sebaliknya di waktu Perdana Menteri India datang ke negara ini baru-baru ini pemimpin Malaysia telah menyatakan harapan untuk mencontohi cara pembangunan ekonomi India. Mungkin kerana mereka tidak mengetahui apa pendapat Pengarah Economic Planning Unit India seperti yang saya dengar.
PERDANA MENTERI CHINA ZHU RONGJI DI LANGKAWI
Dalam lawatan Perdana Menteri China Zhu Rongji ke Langkawi semasa saya menjadi Menteri Besar Kedah saya telah berkesempatan berbicara dengannya selama 6 jam sementara beliau menunggu masa untuk pulang ke Beijing pada petang Rabu setelah Tun Dr. Mahathir terbang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan mesyuarat kabinetnya pada hari itu.
Saya gembira dan bangga sekejap bila Zhu Rongji menawarkan saya menjadi penasihatnya mengenai Malaysia dan Islam jika saya sudah berhenti memegang jawatan Menteri di Malaysia. Saya kemudiannya meleset apabila beliau menyatakan bahawa tugas saya nanti ialah sebagai penghubung antaranya dengan Tun Dr. Mahathir kerana beliau ingin mendapat pandangan Tun Dr. Mahathir melalui saya.
Begitu tinggi tanggapan Zhu Rongji ke atas Tun Dr. Mahathir.
EMPAT WANITA JEPUN YANG BERUMUR DI LERENG GUNUNG FUJI
Di waktu saya dan keluarga bermotor menaiki gunung Fuji di Jepun kami menghadapi masalah tayar, atau ban, pecah. Sedang kami berhenti tiba-tiba datang sebuah kenderaan van yang dipenuhi wanita yang sudah berumur. Mereka berhenti dan bertanya apa masalah kami dan dari negara mana. Sebaik sahaja kami menyebut Malaysia serentak wanita-wanita itu menyebut 'Mahathir San' dan terus membantu kami menggantikan tayar kereta yang sudah pecah.
Itulah tanda penghormatan wanita-wanita tua Jepun terhadap 'Mahathir San'. Mereka mewakili pandangan hormat masyarakat Jepun terhadap Tun Dr. Mahathir.
DALAM BAZAR DI DAMASCUS SYRIA
Selesai menziarahi makam Nabi Yahya dalam Mesjid Besar di Damascus kami telah menziarahi makam Khalid Ibn Walid yang berada di luar masjid. Selepas itu kami terus ke pasar, bazaar atau souk yang berdekatan.
Waktu membeli kami rata-rata mendapat hadiah-hadiah sampingan dan diskaun 50% apabila kami menyatakan datang dari Malaysia.
Dengan gembira, mereka yang sedikit mengetahui bahasa Inggeris bertanya 'How is Mahaateer?'
Saya pun mengambil kesempatan menyatakan saya 'sekretari parti politik UMNO yang dipimpin oleh Mahathir, sebelum saya diberi diskaun yang begitu banyak.
Begitulah contoh popularnya Tun Dr. Mahathir di seluruh dunia Arab dan bukan hanya di Syria.
PENUTUP
Bagi pihak Kelab Aceh Kuala Lumpur dan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia (IMAM) saya ucapkan terima kasih atas kesudian Tun Dr. Mahathir untuk berada bersama kita pada hari ini.
Terima Kasih.
Sanusi bin Junid
Nota Tambahan:
Pertemuan saya yang terakhir dengan Professor Ismail Faruqi telah memakan masa sekitar dua jam di rumah saya di No. 26, Lorong Kemaris Lima, Bukit Bandaraya, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu itu saya sedang membaca buku mengenai Freemason.
Setelah berbincang secara umum mengenai nasib Ummat Islam, UIA dan politik dunia secara umum saya telah bertanya pada Professor Ismail Faruqi apa yang beliau tahu mengenai Freemason. Beliau memberitahu bahawa kebanyakan universiti di Barat telah ditubuhkan oleh tokoh-tokoh Freemason termasuk Universiti Temple di mana beliau mengajar.
Beliau malah menyatakan bahawa beliau sendiri adalah seorang ahli Freemason walau pun beliau tidak yakin pada fahamannya dan giat dalam kegiatannya.
Beliau menjelaskan, sebagaimana Benjamin Franklin menjadi Ahli Freemason, untuk memudahkan urusannya dengan pihak atas, beliau juga mendapati, sebagai tokoh pejuang Palestin, agak mudah beliau mengendalikan perjuangannya untuk pembebasan Palestin.
Beliau kemudian menyatakan bahawa tidak lama lagi beliau akan keluar dari keanggotaan Freemason kerana ianya tidak perlu lagi.
Apabila saya bertanya mengenai keselamatan dirinya jika beliau keluar sebagai ahli Freemason, beliau menjawab ianya tidak menjadi masalah kerana mereka tidak akan berani membunuhnya kerana kedudukannya yang dihormati ramai. Saya mengingatkan padanya supaya berhati-hati kerana gerakan Freemason memandang sirius dan menganggap ahlinya yang berhenti sebagai menghina gerakan mereka.
Beliau tersenyum dan menyatakan tidak mengapa.
Saya terkejut apabila mendengar beliau dan isterinya dibunuh dengan kejam enam bulan kemudian. Dari apa yang saya baca cara pembunuhannya adalah mirip kepada yang biasa dilakukan oleh gerakan Freemason.
Sama-sama kita doakan semoga roh beliau dan isterinya diterima sebagai syuhada di sisi Allah s.w.t..
Wallahu a'lam
Assalamu'alaikum... Tan Sri!
ReplyDeleteSaya lebih setuju jika Wakaf Habib Bugak Asyi di Mekah itu dibiarkan tetap bagi kepentingan jamaah haji Aceh!. T.A Sakti
Engkau ini asyik dengan Acheh engkau saja. Masa jadi MB Kedah, haram tak membangunkan kedahpun. Akal pendek sama dengan tuannya.
ReplyDeleteMr. Baniadam.
ReplyDeletetak baik mencaci sesama ummat,mari sama2 menyokong, andai kata ade yg salah boleh lah memperingatkan, lagi bagus dan bisa menyambung silaturrahim.
Salam Tan Sri,
ReplyDeletesaya anak kelahiran Teroi. Ramai kawan-kawan saya ureung Acheh. Teruskan menulis