PERHIMPUNAN PEMISAH ZAMAN - ANALISA SELEPAS PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2011
(Winnable Prime Minister + Winnable Cabinet + Winnable Candidates + Winnable Manifesto = BN's Victory)
(Winnable Prime Minister + Winnable Cabinet + Winnable Candidates + Winnable Manifesto = BN's Victory)
1. Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini dan ucapan YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, selaku Presiden UMNO, adalah perhimpunan dan ucapan yang 'futuristic' dan terpenting untuk masa depan UMNO, walaupun banyak rujukan kepada sejarah masa silam.
2. Ianya bukan sahaja menjadi perhimpunan dan ucapan yang memisahkan zaman gelap UMNO dan Barisan Nasional, dengan prestasi tsunami politik yang buruk dan mengecewakan dalam PRU ke 12 pada tahun 2008, tetapi juga menjadi petunjuk kepada masa depan UMNO.
3. Untuk bangsa Melayu dan masa depan negara yang berbilang kaum UMNO dan BN bukan sahaja perlu menang dalam PRU ke 13 tetapi juga dalam PRU ke 14 kira-kira pada tahun 2016 atau 2017, untuk mengembalikan, dan menyambung semula, kegemilangan kepimpinan BN di dalam negara..
4. Melihat kepada prestasi BN dalam PRU ke 11 pada tahun 2004 dan prestasi dalam PRU ke 12 pada tahun 2008 sudah pasti kita dapat memahami kenyataan ini.
5. Apabila Tun Dr. Mahathir berundur diri dari kepimpinan negara kita telah mendengar berbagai slogan yang memberi harapan baru kepada pengundi dan rakyat Malaysia. Walau pun ada kenyataan yang tidak tepat yang memburuk-burukkan Tun Dr. Mahathir oleh tokoh-tokoh muda di sekeliling Perdana Menteri baru di waktu itu, tetapi Tun Dr. Mahathir tetap berdiri teguh di belakang pimpinan UMNO sehingga PRU ke 11 pada tahun 2004 yang telah mendapat keputusan kemenangan yang cemerlang.
6. Setelah menang, apa yang sepatutnya dibuat oleh pemimpin semua negara ialah meneruskan projek yang baik yang telah dimulakan oleh semua pemimpin-pemimpin dahulu, memperbaiki projek yang baik tetapi bermasalah dan memerlukan cara atau orientasi baru, sementara merancang projek dan program baru hasil dari penelitian sendiri ke atas kehendak, keperluan dan harapan rakyat.
7. Pemimpin baru juga hendaklah, kerana dari parti yang sama, memupuk hubungan yang baik dan bertanya pada pemimpin lama jika ada sesuatu yang tidak jelas, disalahertikan atau mengelirukan. Yang penting ialah pemimpin baru tidak hanya mendengar nasihat dari musuh-musuh politik pemimpin lama yang sudah tentu tidak ada yang baik pada pemimpin saingan di zamannya itu.
7. Pemimpin baru juga hendaklah, kerana dari parti yang sama, memupuk hubungan yang baik dan bertanya pada pemimpin lama jika ada sesuatu yang tidak jelas, disalahertikan atau mengelirukan. Yang penting ialah pemimpin baru tidak hanya mendengar nasihat dari musuh-musuh politik pemimpin lama yang sudah tentu tidak ada yang baik pada pemimpin saingan di zamannya itu.
NASIB PERDANA MENTERI
8. Dato' Seri Najib adalah tokoh yang terbaik di zamannya, seperti di zaman bapanya, tidak ada tokoh yang dianggap oleh sesiapa pun yang lebih layak darinya untuk memimpin UMNO dan negara.
9. Di masa pemerintahan Tunku Abd. Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah kesemuanya ada saingan untuk jawatan ketua parti. Ada saja yang menentang mereka termasuk dari dalam UMNO yang terdapat pengkritik yang begitu banyak. Berertilah mereka ini terpaksa mempertahankan diri dari musuh dari dalam dan dari luar parti.
9. Di masa pemerintahan Tunku Abd. Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah kesemuanya ada saingan untuk jawatan ketua parti. Ada saja yang menentang mereka termasuk dari dalam UMNO yang terdapat pengkritik yang begitu banyak. Berertilah mereka ini terpaksa mempertahankan diri dari musuh dari dalam dan dari luar parti.
10. Seterusnya, selain dari menjadi anak Allahyarham Tun Abdul Razak, yang sangat dikasehi oleh orang-orang Melayu, kebanyakan Ketua Bahagian dan barisan pimpinan UMNO Bahagiaan masakini adalah terdiri dari kalangan kenalan dan sahabatnya yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan cawangan atau duduk dalam barisan pimpinan Pergerakan Pemuda di waktu Dato' Seri Najib menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
PRESIDEN UMNO MEWARISI BEBAN PENINGGALAN PEMIMPIN DAHULU
11. Tetapi pepatah Melayu mengatakan 'sekali air bah sekali pantai berubah'. Kadangkala pepatah ini ada membawa maksud yang negatif. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu sangat suka mengubah perkara yang terbukti tidak perlu diubah. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu dikelilingi oleh mereka yang suka memuji tetapi tidak berkebolehan atau pengalaman.
12. Dalam sejarah Melayu lama, semua kaum kerabat dan orang kepercayaan raja yang lama dijatuhi hukuman mati atau dipecat. Jika contoh ini diikuti maka dalam masyarakat Melayu sekarang pun apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin lama tidak perlu diteruskan kerana bimbang pemimpin yang ada kelihatan lemah.
13. Inilah yang berlaku apabila Tun Abdullah menggantikan Tun Dr. Mahathir. Beliau telah merosakkan yang baik hingga kini menyusahkan Dato' Seri Najib. Dato' Seri Najib kini terpaksa membetulkan apa yang dirosakkan oleh Tun Abdullah.
14. Tetapi Dato' Seri Najib kurang bernasib baik kerana mewarisi UMNO dan Barisan Nasional yang begitu lemah disebabkan dasar, cara, sikap dan penyelewengan yang berlaku setelah UMNO dan BN mencapai kemenangan besar dalam PRU ke 11 pada tahun 2004. Dalam PRU berikutnya banyak kerusi yang kalah di peringkat Parlimen dan Negeri sehingga beberapa kerajaan negeri berpindah tangan.
15. Selain dari dasar, cara, sikap dan penyelewengan yang membosankan orang-orang Melayu dan ahli-ahli UMNO, terlalu banyak pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang merasa terhina kerana mereka tidak dipilih, dirundingi atau dimaklumkan apabila mereka ingin digugurkan dari senarai calon. Di sinilah puncanya sabotaj dalam PRU ke 12.
16. Memang menjadi kebiasaan di dalam UMNO untuk menggugurkan sejumlah wakil rakyat samada kerana umur, kesihatan, kemampuan atau keadaan politik semasa tetapi ianya dilakukan tidak secara mendadak dan dengan cara yang tidak membuat mereka merasa terhina, walau pun kecil hati tetapi tidak jatuh air muka.
17. Entah kerana terlalu yakin akan menang dalam PRU ke 12, atau kerana kecuaian pentadbiran parti maka dalam PRU ke 12 tidak ada manifesto parti yang disebarkan.
18. Setelah banyak kekalahan dalam PRU ke 12 dan didapati tidak banyak dari yang menang berkelayakan menjadi Menteri maka ramailah yang dilantik menjadi senator untuk membolehkan mereka menjadi Menteri. Mereka terdiri dari tokoh yang tidak berpengalaman di dalam parti, tidak pernah berdepan dengan pembangkang di dalam pilihanraya dan seterusnya ada yang telah kalah dalam PRU ke 12.
PRESIDEN YANG BERADAT SOPAN
19. Keadaan beginilah yang diwarisi oleh Dato' Seri Najib. Tanpa mengetahui apakah janji atau pesan oleh pemimpin kerajaan sebelumnya Dato' Seri Najib, sebagai seorang yang beradat sopan, sudah pasti terikat dengan suasana yang tidak membolehkan beliau membuat banyak perubahan untuk jawatan-jawatan atau pun dasar.
20. Tanpa membuat banyak perubahan dalam jawatan Dato' Seri Presiden telah membuat banyak perubahan dan rancangan untuk mempersiapkan negara bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar di dalam negara dan di seluruh dunia.
SERANGAN PARTI PEMBANGKANG
21. Walau pun kedudukan Dato' Seri Najib agak cukup kukuh di dalam UMNO tetapi tentangan dari pemimpin-pemimpin pembangkang begitu hebat.
22. Sementara serangan pembangkang begitu hebat, banyak pemimpin-pemimpin UMNO yang telah kecewa dengan prestasi pemimpin UMNO sebelum dan selepas PRU ke 12 juga merasa tawar hati untuk bergerak menangkis kritikan, kecaman dan juga fitnah yang ditaburkan. Lebih-lebih lagi kerana Dato' Seri Najib adalah Timbalan Perdana Menteri di waktu itu.
23. Selain dari Dato' Seri Najib tidak mempunyai cukup tenaga yang berkebolehan dan berpengalaman, di kalangan wakil-wakil rakyat, untuk menjelaskan dasar-dasar dan projek-projek baru yang baik yang diketengahkannya, secara meyakinkan (convincing) kepada rakyat, tidak ada juga susunan tenaga yang rapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjawab dan menyerang balik hujjah-hujjah pembangkang, walau pun di sesetengah negeri kita yang menjadi pembangkang.
24. Jika ada pun ianya jauh dari mencukupi atau memuaskan. Tun Dr. Mahathir yang pernah menjadi Presiden UMNO yang lama dan memenangi banyak pilihanraya telah membandingkan kegiatan masakini dengan kegiatan di zamannya.
24. Jika ada pun ianya jauh dari mencukupi atau memuaskan. Tun Dr. Mahathir yang pernah menjadi Presiden UMNO yang lama dan memenangi banyak pilihanraya telah membandingkan kegiatan masakini dengan kegiatan di zamannya.
PERSEMBAHAN 'MODEL EKONOMI BARU'
25. Sebagai contoh Dato' Seri Najib telah memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menggantikan Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang merupakan kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dicipta dan dipopularkan sejak zaman pemerintahan Tun Abdul Razak.
26. Peranan menjelaskan Model Ekonomi Baru ini telah tidak melibatkan wakil-wakil rakyat, yang berjawatan atau yang tidak berjawatan, tetapi, mungkin kerana tiada kemampuan atau kepercayaan, terpaksa diserahkan kepada para profesyenal, konsultan dan pegawai untuk menjelaskannya.
27. Dengan penuh ego pihak yang non-politik ini, yang tidak memahami sentimen orang-orang UMNO dan juga orang-orang Melayu, secara keseluruhan, dalam berbagai forum, telah menekankan bahawa Model Ekonomi Baru adalah satu 'ciptaan baru, atas cadangan mereka, kerana kekecewaan rakyat dan kemelesetan prestasi Dasar Ekonomi Baru'.
28. Ada juga yang memberitahu majlis-majlis forum yang diadakan bahawa untuk memahami Model Ekonomi Baru ini Perdana Menteri terpaksa menyampaikan ucapan mengenai Model Ekonomi Baru dalam bahasa Inggeris kerana, kata mereka, ada dua orang ahli panel rakyat Malaysia yang turut menggubalkan MEB yang tidak fasih dalam bahasa Melayu. Perkara begitu sebenarnya tidak perlu diberitahu kerana pendengar akan tertanya-tanya bagaimana dasar boleh turut menguntungkan Melayu sedangkan bahasa Melayu pun tidak difahami oleh sebahagian anggota penggubalnya. Wallahua'lam.
29. Kini ternyata dalam ucapan perasmian Presiden Model Ekonomi Baru disebut hanya sekali sementara DEB di kenang dan disebut sebanyak lima kali. Dato' Seri Najib sudah mendapat maklum-balas mengenai cara penyampaian MEB yang tidak menguntungkan sedangkan MEB itu banyak mengandungi kebaikan padanya.
30. Ternyatalah ilmu sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di dalam politik negara seperti kita.
31. Di waktu Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara (DPN) ianya telah dipersembahkan kepada masyarakat sebagai kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sedangkan dari segi pelaksanaan DPN adalah jauh berbeza dengan DEB. Dengan menyebut DPN adalah kesinambungan kepada DEB kita tidak melupakan jasa DEB yang telah memberi pengalaman untuk Bumiputra dalam sektor swasta dan kejayaan yang begitu ketara dalam bidang pendidikan sehingga wujud banyak profesyenal dan cerdik-pandai Melayu di masa ini.
32. Penyampai ceramah atau pembentang kertas kerja mengenai MEB tidak perlu menyindir atau menghina sesuatu yang dicipta dan didukung oleh parti dan kerajaan kita selama lebih 20 tahun kerana dasar itu sudah sebati dengan hati nurani rakyat dan orang Melayu dan Bumiputera menyedari betapa hebat sumbangan DEB kepada negara dan Bumiputera.
33. Walau pun DEB itu dirancang dengan tujuan mengimbangi kedudukan masyarakat berbilang kaum dari segi ekonomi tetapi pada akhir perhitungan masih terlalu sedikit saham yang dipegang oleh Melayu dan Bumiputera, dan jika dihitung, disemak dan dibanding kumpulan wang yang ada dalam kira-kira bank dan tabungan masing-masing individu bukan Bumiputera, di dalam dan di luar negara, jelas sekali baki dalam akaun Melayu dan Bumiputera jauh ketinggalan dan tidak seimbang.
34. Wang dan harta yang adalah yang sebenarnya menjadi ukuran hasil pelaksanaan sesuatu dasar dan bukan gah dasar itu sendiri. DEB tidak mengenepikan bukan Bumiputera dan tidak lojik dipertikaikan.
35. Walau bagaimana pun kejayaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan.
36. Hanya yang tidak tahu atau yang memang kerjanya membangkang sahaja yang tidak menghargai sumbangan DEB kepada Melayu dan negara.
26. Peranan menjelaskan Model Ekonomi Baru ini telah tidak melibatkan wakil-wakil rakyat, yang berjawatan atau yang tidak berjawatan, tetapi, mungkin kerana tiada kemampuan atau kepercayaan, terpaksa diserahkan kepada para profesyenal, konsultan dan pegawai untuk menjelaskannya.
27. Dengan penuh ego pihak yang non-politik ini, yang tidak memahami sentimen orang-orang UMNO dan juga orang-orang Melayu, secara keseluruhan, dalam berbagai forum, telah menekankan bahawa Model Ekonomi Baru adalah satu 'ciptaan baru, atas cadangan mereka, kerana kekecewaan rakyat dan kemelesetan prestasi Dasar Ekonomi Baru'.
28. Ada juga yang memberitahu majlis-majlis forum yang diadakan bahawa untuk memahami Model Ekonomi Baru ini Perdana Menteri terpaksa menyampaikan ucapan mengenai Model Ekonomi Baru dalam bahasa Inggeris kerana, kata mereka, ada dua orang ahli panel rakyat Malaysia yang turut menggubalkan MEB yang tidak fasih dalam bahasa Melayu. Perkara begitu sebenarnya tidak perlu diberitahu kerana pendengar akan tertanya-tanya bagaimana dasar boleh turut menguntungkan Melayu sedangkan bahasa Melayu pun tidak difahami oleh sebahagian anggota penggubalnya. Wallahua'lam.
29. Kini ternyata dalam ucapan perasmian Presiden Model Ekonomi Baru disebut hanya sekali sementara DEB di kenang dan disebut sebanyak lima kali. Dato' Seri Najib sudah mendapat maklum-balas mengenai cara penyampaian MEB yang tidak menguntungkan sedangkan MEB itu banyak mengandungi kebaikan padanya.
30. Ternyatalah ilmu sahaja tidak mencukupi untuk berjaya di dalam politik negara seperti kita.
CONTOH PESEMBAHAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
31. Di waktu Tun Dr. Mahathir memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara (DPN) ianya telah dipersembahkan kepada masyarakat sebagai kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sedangkan dari segi pelaksanaan DPN adalah jauh berbeza dengan DEB. Dengan menyebut DPN adalah kesinambungan kepada DEB kita tidak melupakan jasa DEB yang telah memberi pengalaman untuk Bumiputra dalam sektor swasta dan kejayaan yang begitu ketara dalam bidang pendidikan sehingga wujud banyak profesyenal dan cerdik-pandai Melayu di masa ini.
32. Penyampai ceramah atau pembentang kertas kerja mengenai MEB tidak perlu menyindir atau menghina sesuatu yang dicipta dan didukung oleh parti dan kerajaan kita selama lebih 20 tahun kerana dasar itu sudah sebati dengan hati nurani rakyat dan orang Melayu dan Bumiputera menyedari betapa hebat sumbangan DEB kepada negara dan Bumiputera.
33. Walau pun DEB itu dirancang dengan tujuan mengimbangi kedudukan masyarakat berbilang kaum dari segi ekonomi tetapi pada akhir perhitungan masih terlalu sedikit saham yang dipegang oleh Melayu dan Bumiputera, dan jika dihitung, disemak dan dibanding kumpulan wang yang ada dalam kira-kira bank dan tabungan masing-masing individu bukan Bumiputera, di dalam dan di luar negara, jelas sekali baki dalam akaun Melayu dan Bumiputera jauh ketinggalan dan tidak seimbang.
34. Wang dan harta yang adalah yang sebenarnya menjadi ukuran hasil pelaksanaan sesuatu dasar dan bukan gah dasar itu sendiri. DEB tidak mengenepikan bukan Bumiputera dan tidak lojik dipertikaikan.
35. Walau bagaimana pun kejayaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan.
36. Hanya yang tidak tahu atau yang memang kerjanya membangkang sahaja yang tidak menghargai sumbangan DEB kepada Melayu dan negara.
37. Sebenarnya, pihak-pihak yang menguar-uarkan kemelesetan DEB dan menentang DEB terdiri daripada kalangan mereka yang telah berjaya melalui DEB itu sendiri.
38. Ternyata DEB tidak gagal daripada matlamat asal untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.. Yang gagal dilaksanakan oleh DEB ialah mengajar mereka yang berjaya ini supaya berterima kasih kepada BN dan bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan apa yang telah mereka capai melalui usaha murni kerajaan.
PEMIMPIN UMNO SEBAGAI PENYEBAR DASAR
39. Untuk menjelaskan sesuatu dasar orang-orang politiklah yang perlu dibekalkan dengan hujjah yang boleh mereka memberi keterangan mengenainya. Mereka berpengalaman dengan lenggang-lenggok cara dan bahasa yang boleh menjelaskan sesuatu yang baik untuk tidak disalahertikan.
40. Kini terdapat begitu banyak buku yang diterbitkan yang mengecam pemimpin dan kerajaan. Saya rasa, walau pun ada usaha membataskan penerbitannya, lebih banyak akan diedarkan sebelum PRU ke 13. Ini bukanlah perkara baru. Dulu pun demikian. Dengan adanya media elektronik maklumat yang merugikan politik UMNO dan BN tersebar luas hingga ke seluruh dunia.
41. Setakat ini saya mendapati ada hanya sebuah buku yang bertajuk 'Pilihanraya Umum ke 13 (nak pilih siapa) Nasihat Daripada Guru-Guru Melayu' yang menjawab 23 isu dalam 64 muka ditambah dengan 20 muka gambar dengan komentarnya. Buku ini boleh digunakan oleh penceramah UMNO sebagai bahan tambahan untuk menjawab tuduhan dan fitnah dari pihak lawan. Lebih banyak buku seperti ini perlu segera diterbitkan.
41. Setakat ini saya mendapati ada hanya sebuah buku yang bertajuk 'Pilihanraya Umum ke 13 (nak pilih siapa) Nasihat Daripada Guru-Guru Melayu' yang menjawab 23 isu dalam 64 muka ditambah dengan 20 muka gambar dengan komentarnya. Buku ini boleh digunakan oleh penceramah UMNO sebagai bahan tambahan untuk menjawab tuduhan dan fitnah dari pihak lawan. Lebih banyak buku seperti ini perlu segera diterbitkan.
42. Cerdik pandai muda di dalam UMNO hendaklah tidak menunggu giliran untuk menjadi wakil rakyat atau, kalau sudah menjadi Wakil Rakyat, menjadi Menteri sebelum bergerak di IPTA dan IPTS dan juga di kalangan belia di seluruh negara untuk menangkis fitnah dan memberi penjelasan mengenai perjuangan UMNO.
43. Pelajar-pelajar di kampus penting diberi perhatian dan kefahaman kerana, sebagai anak yang pandai dan dikasihi oleh ibu bapa, mereka sangat mempengaruhi cara ibu, bapa, kawan dan keluarga mereka mengundi.
44. Walau pun pelajar itu berada di luar negeri mereka tetap menghubungi dan mempengaruhi keluarga mereka.
PERANAN BEKAS TOKOH PEMBANGKANG
45. Oleh kerana tokoh-tokoh yang berkemampuan dan berjawatan dari dalam UMNO telah tidak memainkan peranan yang berkesan maka peranan ini terpaksa diberi dan bergantung kepada bekas-bekas tokoh pemidato atau penceramah dari parti PAS dan PKR. Ini juga menjadi bahan kritik dari mereka yang gagal dan enggan memainkan peranan.
46. Banyak juga ahli UMNO yang marah kepada tokoh-tokoh parti pembangkang yang sekarang menyokong atau terus menjadi ahli UMNO telah mendapat tempat dan jawatan. Kemarahan ini disebabkan tokoh-tokoh berkenaan pernah mereka lihat dan dengar mencerca UMNO dan BN di waktu mereka di pihak pembangkang.
47. Keadaan begini berlaku kerana salah pengertian di pihak yang marah. Sebenarnya yang kita marah itu ialah perangai dan sikap mereka di waktu menjadi tokoh pembangkang. Kita tidak boleh memarahi rupa dan jasad mereka kerana itu adalah pemberian Allah s.w.t.. Sementara jasad tidak boleh di ubah kita patut berbaik sangka terhadap mereka apabila perangai mereka sudah berubah menjadi baik dan memihak kepada kita, kerana perangai buruk dahulu itu bukan dari Allah s.w.t..
PERANAN AGENSI KERAJAAN
48. Memanglah ada TV, KEMAS, JASA dan BTN yang memainkan peranan untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat. Tetapi, sebagai kakitangan kerajaan mereka mempunyai batasan kegiatan.
49. Jumlah pemimpin dan ahli UMNO cukup besar dan jika mereka digerakkan, dan dibekalkan bahan sebagai pemidato, sudah pasti kesannya akan menguntungkan UMNO.
JAWAB SEMUA KRITIKAN
50. Setiap tuduhan, cemohan, salah tafsiran dan kritikan terhadap UMNO, BN dan kerajaan hendaklah dijawab, diulas dan dijelaskan sehingga semua pihak memahami yang sebenarnya. Kita tidak boleh bergantung kepada slogan dan nyanyian untuk memenangi pilihanraya.
51. UMNO, Wanita, Puteri dan Pemuda hendaklah memberi penerangan yang lebih meluas, di semua peringkat, ke kampus universiti dan ke kampung-kampung dan jangan berdakwah sesama sendiri sahaja. Mereka hendaklah faham dan yakin terhadap semua program kerajaan.
52. Banyak pengundi yang tidak lagi membaca akhbar-akhbar perdana dan menonton televisyen. Bahan-bahan kecaman terhadap kerajaan yang banyak melalui media elektronik, selain dijawab dalam media elektronik hendaklah tidak terhenti di situ saja. Pemidato UMNO hendaklah menggunakan bahan dalam media elektronik dalam pidato mereka.
53. Bukan semua pengundi membaca atau mendengar sendiri segala kritikan dan kecaman dalam akhbar, buku dan media elektronik tetapi semua pemidato mereka membaca dan menggunakan bahan di dalamnya untuk disampaikan kepada pengundi dengan seni berpidato yang keras dan tajam.
54. Mengikut kata Menteri Penerangan Nazi bernama Joseph Goebel bahawa sesuatu pembohongan itu jika diulang-ulang penyampaiannya akan dianggap oleh massa sebagai kebenaran. Hanya dengan mengulangi hujjah-hujjah yang benar sahaja UMNO dapat menangkis segala fitnah yang bertaburan.
PERPADUAN
55. Dalam ucapan perasmian Dato' Seri Presiden terdapat dua perkara pokok yang akan memenangkan UMNO dan BN di dalam PRU ke 13. Pertama ialah perpaduan ahli-ahli UMNO yang mendapat taraf orang UMNO dan bukan sekadar menjadi ahli UMNO sahaja; kedua ialah meletak 'winnable candidate'. Iaitu calon yang boleh menang.
56. Untuk bersatu-padu ahli-ahli UMNO hendaklah memaafkan apa-apa kesilapan, jika tidak begitu berat, antara sesama ahli di masa yang lalu. Tidak susah untuk kita memaafkan sesama sendiri. Ianya hanya satu keputusan. Kalau kita sudah buat keputusan hendak berdamai atau berkawan dengan seseorang, yang benci kepada kita kerana sesuatu kejadian dalam sejarah kita berpolitik, maka kita perlu berdamai semula. Ada kalanya yang mencari perdamaian itu hanya sebelah pihak sahaja sedangkan di sebelah pihak lain tidak hendak berdamai. Itu tidak mengapa asal sudah diusahakan. Terlalu ramai pengundi yang memilih parti lain kerana yang menjadi calon partinya ialah tokoh yang dibencinya.
57. Adalah penting diingat bahawa antara sebab pokok kita berselisih faham ialah kerana perbezaan pendapatan dan pendapat. Perbezaan pendapatan dan pendapat ini akan kekal selama-lamanya dan bagi yang hendak berdamai hendaklah menerima hakikat ini dan mempercayai bahawa rezeki itu ialah di tangan Allah dan permusuhan kerana perbezaan pendapat hendaklah jangan sampai bertentangan dengan ajaran ugama kita.
58. Mengikut seorang ahli fikir Perancis bernama La Bayonne kumpulan manusia perlu tiga syarat untuk bersatu.
58a. Pertama ialah kemahuan untuk bersatu. Kemahuan ini telah disuarakan oleh setiap ahli perwakilan UMNO yang hadir dalam persidangan baru-baru ini.
58b. Kedua ialah pengalaman bersama. Pengalaman bersama telah kita nikmati dengan adanya pembangunan di seluruh negara sejak merdeka.
58c. Ketiga ialah penderitaan bersama. Penderitaan ini sudah kita alami sejak prestasi buruk dalam PRU ke 12.
59. Walau pun PAS telah menolak rancangannya untuk mewujudkan negara Islam dengan hukum hudud dan sebagainya, untuk diganti dengan negara kebajikan yang sememangnya telah diwujudkan sejak merdeka, tetapi sebagai Ummat Islam kita perlu menghayati ayat-ayat Allah yang membawa maksud (a) orang-orang mukmin itu bersaudara dan (b) berpeganglah dengan tali Allah dan jangan berpecah belah. UMNO tetap dengan pendirian ini. Itulah sebabnya UMNO memilih untuk bekerjasama dengan kafir zimmi dan bukan dengan kafir yang sejarah membuktikan bersifat harbi.
60. Jika ada yang mengatakan bahawa itu cerita lama maka mereka perlu bertanya apakah kandungan Al Quran yang menjadi pedoman masakini dan sepanjang zaman tidak menceritakan kisah-kisah lama. Bukankah masalah Yahudi itu juga adalah masalah yang lama.
CALON YANG BOLEH MENANG
(WINNABLE CANDIDATE)
61. Di sini saya turunkan sedikit pengalaman saya sepanjang menjadi ahli UMNO sejak 13 Oktober, 1963 dan menjadi wakil rakyat selama 30 tahun.
62. Saya adalah calon payung terjun yang diletakkan oleh Tun Abdul Razak untuk bertanding di kawasan Jerai pada tahun 1974. Oleh kerana saya begitu aktif sebelumnya di dalam ABIM maka Pergerakan Pemuda UMNO Kedah dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang telah menentang pencalonan saya. Pada waktu itu PAS bersama UMNO di dalam Barisan Nasional.
63. Oleh kerana begitu susah untuk membuat ahli UMNO menerima saya sebagai calon maka Presiden PAS Tan Sri Dato' Asri Hj. Muda telah menawarkan saya untuk bertanding atas tiket PAS di kawasan Padang Terap pada waktu anggota Parlimennya, Hj. Ahmad Shukri, sudah berumur dan sanggup berundur diri untuk saya bertanding menggantinya.
DORONGAN BEKAS AHLI PARLIMEN JERAI
64. Apabila Tan Sri Hanafiah Hussain, Chartered Accountant yang pertama di Malaysia, yang pernah menjadi Bendahari Agong UMNO dan pada waktu itu menjadi Ahli Parlimen kawasan Jerai memutuskan untuk tidak bertanding lagi maka atas permintaannya saya bersetuju bertanding di Jerai walau pun tidak disetujui oleh Pergerakan Pemuda UMNO negeri.
65. Saya dianggap sebagai 'Winnable Candidate' kerana sebagai Pengurus Bank saya telah meminjamkan wang kepada sekitar 25,000 penanam padi di utara Malaysia khususnya di Kedah. Selain itu saya juga cergas di dalam SHAMELIN, yang banyak kedai runcit di sana, dan berdakwah melalui ABIM yang terpaksa saya tinggal kerana bergiat dalam politik.
PILIHANRAYA TAHUN 1974
66. Saya menang dalam PRU tahun 1974 tanpa ditandingi oleh sesiapa. Bekas Setiausaha Agong Parti Melayu Semenanjung, Bung Isa, telah mengisi borang untuk bertanding tetapi borangnya telah ditolak. Jika dia lawan sekali pun dengan izin Allah s.w.t. saya yakin akan menang.
67. Selama sekitar 4 tahun dari 1974 hingga tahun 1978 saya menjadi Ahli Parlimen Jerai dan sekaligus memegang jawatan di dalam bank kerana urusan mengeluarkan 25,000 pesawah padi dari belenggu hutang, dengan riba membebankan, yang belum selesai.
68. Kerana kesibukan dengan tugas melayan 25,000 pesawah dan 5,000 peminjam wang dari kalangan penarik beca (penggatih teksi) di Kelantan, peniaga dan pekebun kecil kelapa di sekitar pantai negeri Selangor seperti Jenjarom dan Sijangkang, dan pengusaha belacan di Sementa, maka saya telah melantik seorang Wakil Peribadi dari kalangan ahli jawatankuasa bahagian yang saya hormati.
KALAH DALAM PERTANDINGAN UMNO BAHAGIAN
69. Saya telah menerima banyak surat permohonan, untuk projek, dari ahli dan cawangan UMNO. Hampir semua projek itu saya luluskan sepanjang 4 tahun dan surat kelulusan untuk Pejabat Daerah saya serahkan kepada Wakil Peribadi saya dan salinan surat saya serahkan kepada Wakil Peribadi untuk disampaikan kepada yang meminta. Malangnya Wakil Peribadi dan Penyelia Kemas Daerah telah berpakat dan saya telah ditentang dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang saya pegang dalam pemilihan UMNO pada tahun 1978.
'WINNABLE' BOLEH JADI 'TIDAK WINNABLE'
70. Saya kalah dalam pertandingan dengan mendapat tidak sampai 10 undi yang datangnya dari wakil yang tinggal di sekitar kampung saya. Bila saya tanya pada orang kampung saya yang menjadi ahli perwakilan mereka menyatakan bahawa saya tidak pernah melayan surat permohonan untuk projek-projek selama menjadi Ahli Parlimen, tidak pernah menjawab pun surat permintaan projek dari mereka.
71. Selepas itu saya diminta oleh Tun Hussein Onn supaya berpindah kawasan kerana saya kalah dalam pemilihan di Jerai. Saya tidak setuju kerana Tun Hussein dan saya tahu bahawa saya boleh menang 'Winnable Candidate' walau pun tanpa memegang jawatan dalam bahagian, jika saya jelaskan mengenai Wakil Peribadi saya.
DESAKAN MCA
72. Tiba-tiba saya diberitahu pula bahawa MCA Jerai menolak saya sebagai calon kerana saya menentang rancangan mereka untuk mendirikan rumah To'kong baru di Jalan Jenun di Guar Chempedak. Saya sebenarnya tidak tahu menahu mengenai rancangan membina rumah To'kong ini. Bila saya tahu kemudiannya pun saya berasa aneh kerana tanah yang ditunjuk untuk rumah To'kong itu ialah Tanah Simpanan Melayu yang tidak boleh dimiliki oleh bukan Melayu.
73. Berertilah saya bukan lagi 'Winnable Candidate' di Jerai. Saya menghadapi bukan saja tentangan dari dalam UMNO tetapi juga dari MCA dan pada tahun 1978, dan PAS pula sudah pun terkeluar dari Barisan Nasional.
74. Saya memberitahu kepada Tun Hussein Onn bahawa saya ingin menarik diri dari politik dan menumpukan perhatian kepada jawatan Eksekutif Kanan yang saya masih pegang dalam bank.
75. Tun Hussein memberitahu saya bahawa Tun Mahathir mahu saya terus bertanding. Saya pun setuju untuk bertukar kawasan tetapi saya telah meminta supaya yang menggantikan saya di Parlimen ialah Penyelia Kemas dan Wakil Peribadi saya pun patut diperuntukkan satu kawasan negeri. Mereka ini 'Winnable Candidate' di sana. Saya telah meminta semua penyokong saya dari luar perwakilan, yang mengalahkan saya, supaya menyokong kedua orang mereka.
76. Ramalan saya betul dan kedua mereka telah menang dan menjadi sahabat baik saya sehingga ke akhir hayat mereka. Al Fatihah.
77. Saya berpendapat bahawa hanya orang yang tidak pernah menjadi Wakil Rakyat sahaja yang ingin sekali menjadinya dan kedua orang mereka menyetujui dengan pendapat ini setelah beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat. Mereka bukan ahli perniagaan.
UNTUK MENANG PERLU PENGORBANAN
78. Dalam kesibukan membicarakan soal 'winnable candidate', berasaskan perkembangan politik semasa, kita tidak perlu takut dengan bayang-bayang lama. Memanglah ada perjanjian antara parti di dalam Barisan Nasional mengenai pengagihan kerusi. Pada hakikatnya kita perlu mengakui mengakui kemungkinan besar sesetengah kerusi akan hilang daripada BN jika kita terlalu terikat dengan perjanjian ini.
79. Parti-parti komponen dalam BN hendaklah memahami bahawa UMNO mungkin menyesal jika terlalu melayan kehendak mereka. Ada terpampang di dalam Utusan Malaysia terbitan 19 Disember gambar seorang Menteri bermesra dengan wanita dari kaum yang menimbulkan isu 'Interlok'. Kedua-dua sudah menjadi punca masalah.
80. Semua pihak, parti dan individu, hendaklah sanggup berkorban untuk kemenangan parti BN dan tidak mengorbankan parti BN untuk kepentingan puak dan peribadi.
BERTANDING DI JERLUN
82. Tun Hussein memberitahu lagi bahawa kelebihan undi dalam kemenangan di kawasan DUN Langkawi tidak cukup untuk menampung kekalahan di Jerlun. Keadaan saya pada waktu itu adalah sama dengan keadaan Dato' Mukhriz yang dipertandingkan di kawasan Parlimen Jerlun dengan kemungkinan kalah, tetapi telah menang.
83. Saya bernasib baik kerana pada PRU 1978 banyak penanam padi yang meminjam wang dari skim yang saya pimpin di Chartered Bank, walau pun dulunya mereka sokong PAS tetapi untuk Parlimen ada yang mencukupi, mengundi saya untuk Parlimen.
84. Setelah menang dalam PRU 1978 saya telah dilantik menjadi Timbalan Menteri.
85. Pada PRU 1982 saya bertanding lagi di Jerlun-Langkawi dan pada kali ini PAS meletak sahabat saya Sdr. Haji Halim Arshad sebagai calon. Halim kemudiannya menjadi Setiausaha Agong PAS. Oleh kerana Halim adalah pembantu saya dalam mengurus operasi rancangan pinjaman wang skim keredit Chartered Bank di bahagian utara maka PAS mengharapkan semua penanam padi yang pinjam dari bank tidak akan mengundi saya lagi. Ramalan PAS meleset dan Halim kalah untuk kerusi Parlimen Jerlun Langkawi.
86. Selepas PRU 1982 saya dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Banyak agensi termasuk KEMAS diletak di bawah pentadbiran kementerian ini.
NAIB PRESIDEN UMNO
87. Dengan sokongan kawan-kawan dari kalangan belia dan kakitangan agensi di bawah pentadbiran saya maka saya telah bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Setelah menang saya berdepan dengan satu masalah baru di mana saya terpaksa untuk menjadi Menteri yang popular atau Menteri yang berkesan.
88. Saya diberitahu oleh pihak MARA bahawa terlalu banyak peminjam wang MARA yang sudah berjaya dan mampu membayar tetapi tidak mahu membayarnya. MARA memerlukan wang untuk memberi kepada pemohon pinjaman baru yang begitu ramai.
89. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa banyak koperasi agak lembab dan tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang kecil koperasi. Setelah diteliti saya dapati sebab mesyuarat agong tidak diadakan ialah kerana pihak jawatankuasa tidak dapat menyiapkan penyata kewangan.
90. Satu kempen telah dijalankan untuk memungut hutang MARA yang tidak dibayar oleh yang mampu dan nama mereka yang terus engkar dimasukkan dalam senarai hitam MARA. Jabatan koperasi pula telah mengadakan kempen supaya mesyuarat agong diadakan walau pun penyata kewangan tidak siap kerana tugas menyiapkan akaun sekadarnya boleh dibuat oleh jawatankuasa koperasi yang baru dipilih.
91. Mendengar dua kempen ini Tun Ghafar Baba telah memanggil saya untuk minum teh di rumahnya. Beliau memberitahu saya bahawa kedua kempen itu adalah bahaya untuk masa depan politik saya, kerana yang memimpin koperasi dan meminjam wang MARA boleh menentukan nasib politik saya.
92. Allahyarham Tun Ghafar Baba tersenyum bila saya jawab bahawa saya memilih untuk bekerja daripada untuk popular, dan saya rela kalah dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden. Saya pun kalah dalam pertandingan berikutnya.
93. Saya teringat kepada satu wawancara dengan bekas Perdana Menteri Thailand Kukrit Pramoj. Beliau telah dikalahkan oleh adiknya dalam pilihanraya umum berikutnya. Lepas itu dia menang sekali lagi. Apabila pemberita bertanya program atau rancangan baru yang hendak dilaksanakannya Kukrit Pramoj menjawab, 'Kali ini saya tidak akan buat apa-apa rancangan pun kerana saya kalah dalam pilihanraya yang lepas kerana banyak program baru yang saya ketengahkan dan saya tidak ada masa untuk berpolitik.' Bila ditanya lagi 'Bagaimana kamu mahu kekalkan jawatan jika tidak buat apa-apa?' Perdana Menteri Thailan itu menjawab sambil menunjuk ke arah Gunung Himalaya 'Kau lihat gunung itu, dia tidak buat apa-apa tetapi dia kekal di sana'. Mereka pun tertawa lucu.
PROJEK KELUARGA OSAMA BIN LADEN
94. Dengan kegiatan di dalam parti, di luar parti dan sebagai Menteri saya sudah pun mendapat sokongan yang kuat dari UMNO dan MCA dalam kawasan Jerlun-Langkawi sehinggalah Menteri Pendidikan, di waktu itu membenarkan seorang guru divisyen satu untuk bertanding dengan saya untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Guru ini telah kalah teruk kerana saya tidak lalai lagi seperti di Jerai.
96. Pada waktu itu saya sedar bahawa saya tidak lagi menjadi 'Winnable Candidate' di Jerlun. Apabila bahagian Jerlun-Langkawi dipecahkan menjadi dua bahagian Parlimen, Jerlun dan Langkawi, saya masih boleh menang di Parlimen Langkawi.
97. Bila saya menjadi Menteri Besar Kedah barulah saya mendapat tahu dari wakil syarikat keluarga Osama Bin Laden bahawa di waktu saya menjadi Menteri Pertanian ada pihak yang menghalang mereka dari berhubungan dengan saya walau pun projek udang, syarikat Samak, di dalam bidang pertanian dan projek itu, berada dalam kawasan pilihanraya saya, dan Exco Pertanian Kedah juga dari kawasan Parlimen saya.
98. Saya menjadi bertambah dekat dengan keluarga Bin Laden dan selalu berjumpa dengan Omar Bin Laden bila dia ke Kedah. Waktu saya ke Mekkah saya sempat singgah di ibu pejabat syarikat Bin Laden di Jeddah dan bertemu dengan abang Omar yang bernama Bakar Bin Laden. Dalam hubungan dengan merekalah saya mengetahui bahawa Osama Bin Laden, yang pada permulaan perang antara Afghanistan dengan Russia, adalah rakan baik Amerika Syarikat di mana terdapat ibu-pejabat International Institute of Islamic Thought (IIIT). Waktu mesyuarat di Sudah seorang ulama, Hasan Thorabi, yang menjadi pembangkang di Sudan meminta Osama membantu kawan-kawan dengan berbagai projek khususnya yang melibatkan makanan.
99. Ulama Hasan Thorabi juga bertanggungjawab mendapatkan persetujuan Osama Bin Laden untuk mengadakan projek ladang yang besar, Al-Damazin, kira-kira 300 batu di selatan Khartoum. Di ladang ini Osama menternak lembu, kuda dan menanam jagung, sesame, kacang soya, sorghum dan kacang. Mohamed Zeki Mahjoub menjadi pengurus ladang ini dengan sejumlah sekitar 4,000 pekerja. Tidak ada usaha ternakan udang di sini.
100. Begitu rapat hubungan saya dengan keluarga Ben Ladin sehingga waktu saya diserang penyakit jantung dan dimasukkan ke hospital di Madinah syarikat Bin Laden telah menghantar kapal-terbang jet peribadi syarikat mereka ke Africa Selatan untuk menerbangkan adik ipar saya dari sana ke Madinah kerana isteri saya keseorangan mendampingi saya di hospital.
101. Walau pun saya tidak lagi menjadi 'Winnable Candidate' di Parlimen Jerlun kerana kewujudan projek udang di Kerpan, saya telah memilih untuk bertanding di Langkawi di mana saya adalah 'Winnable Candidate'.
102. Saya telah kalah dalam pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian di Langkawi setelah banyak sekali wang dari Kuala Lumpur ditaburkan di sana. Yang menentang saya ialah seorang yang saya tidak kenal tetapi, berasaskan laporan, saya cadangkan namanya, kepada Tun Dr. Mahathir, untuk menjadi calon. Beliau bekas pegawai agensi di kementerian yang saya pimpin, dan ahli exco pertanian di waktu saya menjadi Menteri Pertanian, iaitu di masa projek udang di Kerpan, Jerlun dimulakan.
PENGIRA UNDI BOLEH MENENTUKAN KEMENANGAN DI DALAM DEMOKRASI
104. Walau pun penipuan undi tidak dapat dibuat dalam pilihanraya umum, tetapi di peringkat parti saya sendiri pernah mengalami kesan darinya. Itulah sebabnya di peringkat ibu-pejabat UMNO diadakan pemerhati yang mewakili semua pihak yang bertanding.
105. Jelaslah, seseorang yang menjadi 'Winnable Candidate' dalam pilihanraya mungkin tidak 'Winnable' di dalam pemilihan partinya sendiri.
106. Seorang sahabat saya menyatakan 'winnable candidate' masyarakat setempat tidak semestinya diterima oleh UMNO. Ahli-ahli UMNO diketahui pernah mengalahkan 'winnable candidate'nya sendiri. Di dalam UMNO seorang 'winnable candidate' boleh menjadi tidak 'unwinnable' dalam sekelip mata sahaja. Tun Dr. Mahathir pun pernah nyaris kalah dalam pertandingan dalam parti semata-mata kerana wang.
107. Ta'arif 'winnable candidate' jauh berbeza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain. Ada tempat yang inginkan muka baru kerana sudah bosan dengan kerenah yang lama. Namun ada juga tempat yang mahu muka lama kerana beliau seorang yang boleh dipercayai dan diharapkan.
108. Setiap ahli UMNO sebenarnya adalah 'winnable candidate' jika semua ahli UMNO adalah orang UMNO yang berpegang kuat kepada kepentingan parti. Mereka hendaklah insaf bahawa hanya seorang sahaja dari antara mereka yang 'winnable' yang dapat dicalonkan.
PENGUNDI DAN AHLI UMNO SEKARANG SUDAH BERUBAH
109. Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat mengetahui bahawa pengundi sekarang bukan seperti pengundi dahulu. Di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, oleh kerana kepercayaan ramai pengundi terhadap UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional begitu kuat maka, bak kata orang lama, letak 'tongkol kayu' sebagai calon pun kita boleh menang.
110. Kini ahli UMNO sekalipun ada yang tidak harap kepada pemimpinnya. Itulah sebabnya Dato' Seri Presiden terpaksa membezakan antara ahli UMNO dan orang UMNO.
111. Ahli UMNO sekarang juga tidak seperti dahulu. Saya teringat Allahyarham Tuan Haji Nyak Gam, nenek kepada Dato' Badaruddin Amiruddin, Pengerusi Tetap UMNO masakini, beberapa kali, sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai, telah menolak cadangan Tengku Abdul Rahman supaya beliau menjadi calon untuk Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Kedah. Akhirnya beliau menerimanya. Setelah menjadi calon beliau memberitahu saya bahawa lebih baik berniaga daripada bercakap.
112. Keadaan sekarang sudah berubah kerana ada yang merasakan lebih mudah berniaga jika ada jawatan kerajaan melalui politik.
113. Ada satu kisah di Langkawi dalam satu pilihanraya apabila seorang yang sudah berumur telah keluar dan kawasan mengundi dengan marah sekali kerana katanya 'partinya tidak bertanding'. Sebagai ahli UMNO dia telah menerima pesan dari Tunku Abdul Rahman supaya menyokong Parti Pertikatan dan simbol kapal layar sehingga ke akhir hayat. Dia berpegang kepada pesanan Tunku dan dia tidak mahu memangkah Barisan Nasional yang bersimbolkan dacing.
114. Zaman itu sudah berlalu dan pengundi sebegitu sudah tiada lagi.
PROJEK KECIL DAN PROJEK BESAR
115. Memanglah sesebuah kerajaan itu mempunyai projek besar-besar dalam proses pembangunan negara. Ahli ekonomi yang berpegang kepada teori Maynard Keynes sudah tentu berpegang kepada pentingnya ada projek besar-besar untuk menggerakkan ekonomi negara. Malahan bagi Amerika Syarikat, yang maju dalam industri peperangan, sudah ketinggalan kepada Jerman di Eropah, Jepun, Korea Selatan dan China di Asia dalam pembangunan industri civil ada di antara pakar-pakar mereka yang memikirkan bahawa peperanganlah yang merupakan projek, maka ada berfikir bahawa projek yang paling besar ialah perang. Malahan pembangunan Amerika Syarikat yang paling pesat ialah di waktu Perang Dunia Kedua.
116. Sebelum dan di waktu Tun Dr. Mahathir melancarkan program atau projek besar-besaran seperti pembangunan KLIA, KLCC, Kereta Proton, Menara Telekom, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya, Pelabuhan, LRT, Stadium Bukit Jalil, LADA ( untuk pembangunan Langkawi sebagai pusat pelancungan bebas cukai antarabangsa ), Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Universiti-universiti, yang menjadi mercu tanda negara masakini, beliau telah meminta semua Menteri memberi perhatian kepada keperluan dan kepentingan rakyat di kampung dan di pedalaman.
117. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, nama di waktu itu, yang bertanggungjawab ke atas KEMAS telah menggerakkan KEMAS untuk mendapatkan laporan dari semua cawangan dan bahagian UMNO dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) keperluan projek-projek kecil untuk kampung dan daerah masing-masing. Dalam masa yang singkat maklumbalas telah diperolehi dan disusun mengikut keutamaan. Jumlah RM3 billion itu tidak digunakan sekaligus sebaliknya dibelanjakan secara ansuran mengikut keutamaan.
118. Dengan adanya projek-projek tersebut dan adanya LIMA ( Langkawi Maritime and Air Show ) yang melibatkan industri kapal-terbang dan kapal laut seluruh dunia, tempat perlumbaan Formula One yang melibatkan kereta lumba yang terkenal dari seluruh dunia.
119. Melalui program Le Tour de Langkawi, yang melibatkan pelumba basikal bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir telah berjaya mempopularkan nama Malaysia untuk setiap masa.
120. Untuk menanam perasaan yakin kepada keupayaan diri sendiri Tun telah mendorong Azhar untuk mengelilingi dunia bersendirian dengan kapal layarnya, bekas Timbalan Menteri Khalid pula membawa rumbongan mendaki Gunung Averest sementera Maidin digalakkan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Semuanya dengan semangat Malaysia Boleh.
121. Sudah tentu amalan begini pasti berlaku mungkin dengan cara yang berbeza.
SIKAP WINNABLE CANDIDATE
122. 'Winnable Candidate' juga hendaklah tidak sombong orangnya.
123. Akhlak 'Winnable Candidate' hendaklah baik.
123. Akhlak 'Winnable Candidate' hendaklah baik.
124. 'Winnable Candidate' juga tidak semestinya menjadi seperti bintang filem yang boleh berlakun dengan berbagai wajah. Rakan saya Allahyarham Tan Sri Teuku Ramli Nyak Puteh, atau lebih terkenal dengan panggilan P. Ramli, boleh berlakun sebagai anak raja, usahawan, pegawai tinggi kerajaan, pemeras, si miskin, orang kaya, orang jahat, anggota tentera, imam, makmum, penarik beca, bomoh, doktor, polis, suami yang banyak isteri, menantu yang istimewa dan sebagainya. Pendek kata dia serba-boleh, tetapi bila dia bertanding untuk jawatan Ketua Cawangan UMNO di Bukit Bintang dia telah kalah kerana perwakilan yang berpendidikan ingin dia kekal sebagai pelakon.
125. 'Winnable Candidate' juga hendaklah tidak menunjuk-nunjuk kedudukan, kemewahan dan kekayaannya. Tidak perlu berkereta terlalu besar, seterusnya bercermin mata hitam, kerana takut orang nampak apatahlagi penjahat yang ingin membunuhnya. ( Sila lihat blog Dato' A. Kadir Yasin )
126. Untuk masa depan UMNO, BN, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seseorang yang kelihatan sebagai 'Winnable Candidate' hendaklah menarik diri dari bertanding, dan ceburkan diri dalam perniagaan jika ada ciri-ciri 'rasuah genetic' padanya. Penyakit rasuah ini boleh bermula dari kecil.
127. 'Winnable Candidate' hendaklah berani memberitahu atau mengesahkan cara beliau mengumpul kekayaan atau cara bapanya berbuat demikian. Jika dia tidak berani menceritakan beliau akan tumbuh dalam dunia politik sebagai 'Winnable Candidate' yang merugikan bangsa. Sejarah kekayaan bapanya, yang bapanya malu bercerita padanya juga mungkin turun kepadanya.
PARTI POLITIK KE UNIVERSITI
128. Di semua universiti di seluruh dunia para pelajar didedahkan kepada ilmu politik dan kegiatan politik di kalangan pelajar. Ia adalah sebahagian dari ilmu pengetahuan. Dengan adanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) maka pelajar-pelajar dihalang dari bergiat di dalam parti politik. Ini tidak bererti mereka tidak dibenar belajar ilmu politik atau didedahkan kepada ucapan tokoh-tokoh politik.
129. Agak mustahil bagi mana-mana pihak untuk menghalang para pelajar dari mempelajari ilmu politik, berpolitik, mendengar ucapan tokoh parti-parti politik yang datang ke kampus atau yang menjemput pelajar untuk makan bersama di dalam atau di luar negeri, untuk mendengar ucapan mereka.
130. Walau bagaimana pun Akta Universiti ini telah disalahertikan sebagai menyekat pelajar berpolitik. Yang disekat ialah berpolitik cara berparti.
131. Selama akta in dilaksanakan ianya menjadi alasan ketiadaan hak asasi dan kebebasan berpolitik di kalangan pelajar. Ini tidak benar. Ada akta sekalipun parti-parti politik tetap berkempen di kampus.
132. Bezanya antara berpolitik dan berparti politik ialah dengan berparti maka para pelajar tidak lagi terbuka untuk mendengar pendapat dari semua pihak dan hanya bergerak untuk partinya dan tidak mahu tahu politik yang di luar partinya. Inilah yang sebenarnya menyekat kebebasan berpolitik.
133. Kini pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk membenarkan pelajar yang sudah boleh mengundi untuk menjadi ahli parti politik.
KEADILAN DALAM MAHKAMAH
134. Dalam satu kes di mahkamah baru-baru ini beberapa orang pelajar telah didakwa kerana terlibat dalam satu kempen parti politik di Hulu Selangor di mana Kalamanathan telah bertanding, dan menang, mewakili Barisan Nasional. Mereka ini didakwa kerana pelajar tidak boleh berpolitik secara berparti.
135. Keputusan 3 orang hakim itu membuktikan bahawa hakim itu adalah manusia biasa dan undang-undang itu bukan sains yang pasti. Dari 3 orang hakim 2 darinya menolak dakwaan atas dasar hak asasi manusia sementara 1 hakim pula mendapati pelajar bersalah kerana mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Yang mementingkan hak dan kebebasan ialah hakim Melayu dan Bumiputera sementara yang mementingkan pendidikan ialah hakim berbangsa China.
137. Berasas keputusan kes-kes ini berertilah tidak ada lagi erti kewujudan AUKU. Ada AUKU pun pelajar universiti boleh berpolitik secara berparti. Oleh itu lojiklah jika kerajaan menghapuskan AUKU dan membenarkan pelajar yang sudah boleh mengundi menjadi anggota parti politik kerana dengan adanya AUKU pun mereka turut berpolitik secara berparti..
138. Berertilah, selepas ini, universiti akan menjadi gelanggang yang lebih rancak dan luas untuk kegiatan politik berparti, dan yang paling giat ialah pelajar Melayu dan Bumiputera yang banyak masa untuk berpolitik. Pelajar bukan Melayu akan menumpukan perhatian kepada pelajaran.
139. 'Winnable Candidate' hendaklah mampu berdepan dengan pelajar dari berbagai aliran politik, di semua kampus, di dalam dan di luar negara, yang akan tumbuh seperti cendawan di satu masa nanti.
LEBIH SUSAH JADI AHLI PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN YANG BERJAYA DARI MENJADI SEORANG WAKIL RAKYAT
140. Bangsa Melayu dan Bumiputera sebenarnya terlalu kurang yang boleh menjayakan diri dalam dunia perniagaan. Terlalu banyak yang berminat dalam bidang politik kerana tidak jelas dan akan subjektif sukatan atas kejayaan atau kegagalan seseorang tokoh tokoh.
141. Seorang anak bangsa yang bijak memimpin dan mengurus perniagaan sebagai seorang usahawan yang berjaya adalah lebih penting dan diperlukan oleh bangsa Melayu dan Bumiputera
142. Mereka terdiri dari golongan yang meletakkan kejayaan diri dalam dunia perniagaan di atas segala-galanya. Mereka pandai mencari dan mengaut keuntungan.
143. Mereka yang berjiwa politik pula hendaklah mempunyai semangat memberi, dan membelanjakan yang ada, untuk kepentingan rakyat dari mengutamakan himpunan kekayaan untuk diri sendiri.
144. Bangsa Melayu dan Bumiputera hendaklah mengelak dari berniaga seperti orang berpolitik dan berpolitik seperti orang berniaga.
SYARAT YANG MUSTAHIL DIKESAN SECARA PASTI
145. Syarat-syarat di atas adalah satu kesempurnaan yang mustahil ada keseluruhannya atau dapat dikesan oleh pemimpin tertinggi UMNO dalam masa yang singkat dan terdekat. Kadang-kadang 'Winnable Candidate' pada satu masa menjadi tidak 'Winnable' di satu masa nanti.
UNDUR DIRI SETELAH MENANG
146. Saya sendiri telah menarik diri dari terus menjadi Menteri Besar Kedah setelah BN menang dengan mendapat lebih dari 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Pada pilihanraya ini saya diberitahu bahawa kawan saya tokoh media, Tan Sri Zainuddin Maidin, atau ZAM meramalkan Kedah akan terlepas ke tangan PAS sementara BN akan menang di Trengganu. Ternyata sebaliknya.
147. Saya menarik diri bukan kerana majoriti kerusi Parlimen dimenangi oleh PAS tetapi kerana saya berpendapat, dalam keadaan pada masa itu, zaman saya sebagai 'Winnable Candidate' sudah berlalu.
148. Kadang-kadang 'Winnable Candidate' boleh dikalahkan oleh saingan politiknya dalam parti sendiri.
149. 'Winnable Candidate' juga tidak boleh terlalu bangga kerana dia dekat atau kenal dengan pembesar-pembesar negara.
NASIHAT KEPADA 'WINNABLE CANDIDATE'
150. Adalah penting bagi seseorang calon yang dianggap boleh menang, walau pun tidak berjawatan tinggi di dalam parti, untuk tidak mencoba menggantikan atau menggulingkan pemimpin-pemimpin bahagian di semua peringkat. Lebih-lebih lagi jika Naib, Timbalan dan Ketua UMNO Bahagian tidak bertanding. Jangan sampai tempat mereka terancam sehingga mereka tawar hati untuk membantu calon yang bertanding.
151. Agak terlambat untuk saya mencadangkan supaya seseorang yang hendak bertanding di dalam pilihanraya hendaklah terlebih dahulu meletak jawatannya di dalam UMNO Bahagian. Ketua UMNO Bahagian tidak semestinya menjadi wakil rakyat jika parti diletakkan sebagai penasihat kepada dan berada di atas kerajaan; dan tidak sekadar menjadi pak turut kerajaan sahaja. Dengan mengekalkan Ketua UMNO Bahagian di tempatnya beliau masih boleh memainkan peranan yang cergas dalam dunia perniagaan, dalam GLC-GLC, dalam NGO-NGO dan kegiatan-kegiatan sukarela dan kebajikan. Sekurang-kurangnya bergerak menjayakan MUBARAK dan menghidupkan PENAWAR. Dengan cara ini imej UMNO akan menjadi bertambah baik.
152. Jika parti disusun semula selepas PRU ke 13 dengan memisahkan pemegang jawatan dalam parti dan wakil rakyat maka dengan sendirinya UMNO di semua peringkat boleh memainkan peranan yang mengenengahkan idenya secara pro-aktif dan tidak hanya membuat sesuatu secara re-aktif setelah ditegur atau dikecam oleh parti lawan.
153. Setelah menang seseorang calon itu hendaklah menumpukan perhatian kepada peranannya sebagai wakil rakyat dan tidak melupakan orang yang menolong dan memilih mereka.
154. Mereka juga tidak perlu terburu-buru merebut apa jua jawatan di dalam parti.
153. Setelah menang seseorang calon itu hendaklah menumpukan perhatian kepada peranannya sebagai wakil rakyat dan tidak melupakan orang yang menolong dan memilih mereka.
154. Mereka juga tidak perlu terburu-buru merebut apa jua jawatan di dalam parti.
WINNABLE CANDIDATE DARI PIHAK PEMBANGKANG
155. UMNO juga tentu tahu bukan kita sahaja yang sedang mencari 'Winnable Candidate'. Pembangkang juga mencari calon yang dijangkakan boleh menang. Walau pun ukuran atau nilaian mereka berbeza.
156. Pakatan Rakyat telah terkejut apabila mereka menang begitu banyak kerusi dan 4 negeri mulanya, dan Wilayah Persekutuan. Oleh kerana mereka tidak sangka akan menang maka calon yang diletakkan banyak yang tidak senonoh. Itulah sebabnya mereka menghadapi masalah mengisi jawatan apabila menang.
157. Walau apa jua kajian yang mereka buat sudah pasti mereka sedar bahawa kemenangan mereka bukan kerana 'reformasi' dan lain-lain sebab ilmiah yang ingin dipercayai, tetapi kerana kesilapan pemimpin UMNO di waktu itu.
158. Kini pemimpin UMNO sudah berubah dan pihak Pakatan Rakyat terpaksa merancang dengan lebih teliti lagi jika tidak mahu kalah teruk.
156. Pakatan Rakyat telah terkejut apabila mereka menang begitu banyak kerusi dan 4 negeri mulanya, dan Wilayah Persekutuan. Oleh kerana mereka tidak sangka akan menang maka calon yang diletakkan banyak yang tidak senonoh. Itulah sebabnya mereka menghadapi masalah mengisi jawatan apabila menang.
157. Walau apa jua kajian yang mereka buat sudah pasti mereka sedar bahawa kemenangan mereka bukan kerana 'reformasi' dan lain-lain sebab ilmiah yang ingin dipercayai, tetapi kerana kesilapan pemimpin UMNO di waktu itu.
158. Kini pemimpin UMNO sudah berubah dan pihak Pakatan Rakyat terpaksa merancang dengan lebih teliti lagi jika tidak mahu kalah teruk.
159. Ada calon UMNO yang telah kalah di masa lalu yang sedang didekati oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi calon mereka. Pembangkang mengharapkan, dengan sokongan mereka, dan sedikit undi dari kalangan kawan-kawan calon UMNO yang dulu kalah itu maka tokoh itu boleh menang. Kita perlu ingat bahawa sebahagian yang lumayan jumlahnya dari kalangan orang-orang Melayu yang lebih mementingkan kawan dari prinsip.
160. Ada juga bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara tetapi cukup terkenal yang sedang didekati oleh pembangkang tanpa mengira dianya muda atau tua.
161. Ada pula seorang tokoh profesyenal yang baik akhlak dan budi bahasa, dan boleh menjadi 'Winnable Candidate' bagi pembangkang, walau pun prosyenal ini tidak diketahui menjadi ahli parti apa.
162. Sudah jelas, dari maklumat ini, definasi 'Winnable Candidate' tidak digantung kepada tua atau mudanya calon. Sebahagian yang cukup besar dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat ialah orang-orang muda yang dulunya menjadi masalah kepada UMNO.
163. Di zaman Tun Abdul Razak Tan Sri Rafidah Aziz dan saya adalah antara calon yang paling muda menjadi ahli Parlimen. Di zaman Tun Dr. Mahathir kita lihat kenaikan Dato' Seri Najib, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato' Shahril Samad, Allahyarham Dato' Ajib dan juga Dato' Seri Anwar Ibrahim.
ORANG MUDA DAN ORANG TUA JUGA BOLEH JADI WINNABLE CANDIDATE
163. Di zaman Tun Abdul Razak Tan Sri Rafidah Aziz dan saya adalah antara calon yang paling muda menjadi ahli Parlimen. Di zaman Tun Dr. Mahathir kita lihat kenaikan Dato' Seri Najib, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato' Shahril Samad, Allahyarham Dato' Ajib dan juga Dato' Seri Anwar Ibrahim.
164. Mereka hendaklah tidak berdendam dengan mereka yang tidak membantu mereka. Mereka hendaklah tahu hidup di dalam dunia baru yang penuh dengan peluang untuk berkhidmat tetapi dikelilingi dengan fitnah dan tohmah.
'WINNABLE PRIME MINISTER'
165. Jika diteliti secara keseluruhan adalah nyata bahawa Dato' Seri Najib ialah seorang 'Winnable Prime Minister'. Beliau dan Tan Sri Mahyuddin jauh lebih berkemampuan dari pasukan dua orang pemimpin untuk jawatan Perdana Menteri dan Timbalan dari parti pembangkang.
166. Rakyat perlu memilih antara regu Dato' Seri Najib dan Tan Sri Mahyuddin, Karpal Singh dan Hadi, Hadi dan Wan Azizah atau Dato' Nik Aziz dengan Lim Kit Siang..
'WINNABLE CABINET'
167. Dalam politik, walau bagaimana baik sekalipun seseorang calon atau bakal calon yang penting ialah anggapan masyarakat. Seorang Menteri yang rajin sekali pun, walau pun di masa lampau Perdana Menteri masih mampu mempertahankannya untuk dikekalkan di dalam kabinet, tetapi, pada kali ini, risiko sedemikian tidak boleh diambil oleh pemimpin parti. Rakyat akan menilai siapa yang diambil dan siapa yang diketepikan. Ada kalanya seseorang yang disanjung oleh satu-satu kumpulan tetapi mempunyai imej yang buruk di dalam masyarakat.
168. Sementara yang tidak dipilih atau yang diberhentikan tidak semestinya yang buruk, yang dipilih juga tidak ada jaminan menjadi seorang yang kekal baik. Ada kalanya seseorang itu baik sebelum berkuasa. Yang penting di dalam hidup yang singkat ini ialah kita cuba mengakhiri hayat kita lebih baik daripada permulaan kita. Insya Allah.
169. Saya tuliskan 168 perenggan di atas dengan penuh keinsafan bahawa ia tidak semuanya betul dan boleh diterima belaka. Tetapi saya merasa terkilan jika saya tidak tulis dan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada bangsa dan negara kita.
170. Dalam mengakhiri penulisan ini saya teringat kepada penutup ucapan Sdr. Surin Pitsuwan, Setiausaha Agung ASEAN dalam syarahannya dalam majlis 'Lectures by Eminent Persons'. Surin berasal dari Selatan Thailand dan saya mengenalinya sejak beliau menjadi Menteri. Katanya, 'pada setiap malam neneknya bercerita kepadanya kisah-kisah nabi dan sahabat dan juga berbagai ilmu mengenai ugama Islam. Setelah habis dia bercerita, dan sebelum saya pergi tidur, dia katakan Wallaahu a'lam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.' Nenek Surin ialah pengasas sebuah pesantren atau pondok di Pattani.
171. Wallaahu a'lam.
SALAM YBH TS...Saya berminat meneliti tulisan TS....saya pendekkan tajuk tulisan ts menjadi WPM+WC+WC+WM=BN'VICTORY.
ReplyDeleteANTARA PERKARA-PERKARA YG PATUT DIBERIPERHATIAN :-
-MENGUJUDKAN HARAPAN BARU
-MENGETAHUI KEHENDAK,KEPERLUAN DAN
HARAPAN RAKYAT
-PEMIMPIN BARU DAN LAMA BERHATI
HATI DGN HASUTAN MUSUH POLITIK
SESAMA SENDIRI.
-ORG MELAYU SUKA MENGUBAH PERKARA
YG TIDAK PATUT DIUBAH
-ADA RAMAI PIMPINAN DI PERINGKAT
BHG YG RASA TERHINA KERANA
DI LUPAKAN.
-PENERANGAN MENGENAI MEB MESTI
MENGAMBIL KIRA SENTIMEN ORG
MELAYU DAN ORG UMNO.
-MEDIA ELEKTRONIK BANYAK SEBAR
MAKLUMAT YG MERUGIKAN UMNO.
-PENGUNDI TIDAK AKAN PILIH CALUN
YG MEREKA BENCI.
-PEMBANKANG PUN CARI WINNABLE
CANDIDATE.BEKAS ADUN BN,BEKAS
PEGAWAI TINGGI KERAJAAN,PROF DAN
PENSYARAH AKAN JADI CALUN PR.
SAYA BERPENDAPAT ADA BANYAK PERKARA YG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN OLEH ORG-ORG UMNO DIDALAM TULISAN TS.CIRI-CIRI WINNABLE CANDIDATE TS TELAH HURAIKAN DGN JELAS.INTIPATI UTAMA PENULISAN IALAH MEMENUHI KEHENDAK DAN KEMAHUAN PENGUNDI.
TERIMA KASIH TS.
UMNO bukan perkasa seperti dahulu, setuju tak Dato
ReplyDeleteTan Sri Sanusi.
ReplyDeleteHa Ha Ha saya memang tergelak besar bila membaca tulisan Tan Sri.Memang orang Kedah cakap Tan Sri ini tukang kelentong besar.
Tan Sri terpaksa lari dari bertanding dari Jerai ka Jerlun bukan lah kerana pembantu Tan Sri yang sabatog,Orang2 Jerai memang kenal benar dengan tan Sri.Tan Sri ini bila bersharah macam orang jual ubat di tepi jalan.Bulan pertama orang percaya.Bulan kedua orang was was, masok bulan ketiga orang mula lari kerana mereka tahu yang dijual itu bukan ubat sabenar tapi ayer gula merah di campor dengan methol dijadikan ubat batok.Tembelang kita terbuka.
Bagitu juga bila Tan Sri kalah dalam Pertandingan UMNO Vice President.Kekalahan tan Sri tidak ada kena mengena dengan orang2 yang meminjam dengan MARA marah atau orang2 kooperasi marah.Kebanyaka perwakilan UMNO terdiri dari Che Gu dan ahli kooperat.Jika orang bahagian pun dia berkerja sabagai pegawai rendah pejabat kerajaan atau petani.Tan Sri kalah kerana tan sri tidak termasok dalam team wawasan dan juga waktu itu tan Sri maseh lagi menjadi Setiausaha Agong UMNO.Orang UMNO bukan bodoh.Kenapa Tan Sri tidak meletak jawatan sabagai Setiausaha Agong dan bertanding Vice President.Kenapa hendak dua dua jawatan.
Tan Sri tidak dapat menapikan bahawa samasa tan Sri menjadi timbalan menteri Dalam negeri,semua orang Kedah tahu bahawa Tan Sri bertanggong jawab menjatohkan dan memalukan Menteri Besar Kedah,Syed Nahar dengan filem mentoyanya.Tanya lah Osman Arof yang maseh hidup.atau Affifuddin.
Samasa tan Sri menjadi MB Kedah,Tan Sri sengaja mencari salah rakan dalam party UMNO saperti Rahman Ibrahim.Tan Sri hairan bagaimana ia boleh membuat rumah yang bagitu besar di tepi sungai.
Semua ORANG YANG DEKAT DENGAN tAN sRIU TAHU BAGAIMANA BUSOKNYA hati Tan Sri.Suka memburokkan orang dan memalukan orang termasok lah Dr Mahathir yang Tan Sri tudoh memakan duit burit sawaktu menjadi President MAYC.
Kita dah Tua,Nak mati bila2 bila masa.Lebh baik dudok di mesjid baca Quran daripada menulis benda yang merapu macam orang nyanok.
Sorry Bro.
Tan Sri..
ReplyDeletebagaimana dengan projek tanam padi atas bumbung..ok ke lagi....
Bagaimana hasilnya.....bolehkah anya bantu pengeluaran padi Negara...
tak teringinkah nak tanam sayur di
atas bumbung untuk elak banjir....
TS...nak habak lah sikit pasai umno kedah ni.Nampak gaya gelap masa depan UMNO.Depa tak buat kerja dgn seriuos.Dok selesa siang malam.Dok buat cerita lawak tak habis lagi.
ReplyDeleteKami dibawah ini pun pening dgn umno kedah dan bahagian-bahagian.Relek memanjang.
Yang bijak pandai habis kena pamcung atau pun undur diri.Yang tinggal ubi batat iaitu sisa ubi yg ada.
TS hari ini nak jadi ketua dikedah kena ada duit banyak.Kalau harap ketokohan saja tak jadi.
Gerhana dan sunyi umno di Kedah.
TS,
ReplyDeleteBelum lagi terlambat. Kalau nak kekalkan kuasa, DS Najib dan UMNO harus ambil analisis yang TS paparkan ini sebagai garis panduan di dalam memilih dan meletak calon-calon yang berpotensi untuk berdepan dengan barisan lawan pada PRU-13 nanti.
TS,
ReplyDeleteBelum lagi terlambat. Kalau nak kekalkan kuasa, DS Najib dan UMNO harus ambil analisis yang TS paparkan ini sebagai garis panduan di dalam memilih dan meletak calon-calon yang berpotensi untuk berdepan dengan barisan lawan pada PRU-13 nanti.
Salam TS.
ReplyDeleteTerimakasih dengan huraian2 bernas yang mampu membuka minda para pemimpin yang terlena....semoga tulisan TS mampu menjadi pedoman buat "mereka"...
TS.
ReplyDeleteSelepas PAU 2o11 sepatutnya UMNO kena bergerak laju dan pantas.Sebaliknya dan rupanya mereka berebut nak jadi calon.
Seronok ke TS jadi YB ini.
Kalau calon pun ada SPM sahaja alamatlah tu.
PAS/PKR/DAP/Bebas akan tampilkan calon hebat berkali ganda dari UMNO/BN.
tan sri,
ReplyDeletemungkin tan sri tertinggal nama jabatan penerangan yang selama ini ke hulu ke hilir menerangkan pelbagai dasar kerajaan kepada orang ramai.
salam tan sri,
ReplyDeletesaya rasa terpanggil untuk memberi komen kurang sopan yang dibuat oleh dato puteh. saya rasa puteh ni tak tahu latar belakang sejarah politik kedah mengenai kes montoya dato' syed nahar. untuk makluman puteh ke hitam ke, awak tanyalah tan sri osman arof pasal kes ini. lagipun. ts sanusi bukan timbalan menteri dalam negeri ketika itu. sukalah saya nasihatkan kamu puteh, semak fakta dulu sekiranya nak mengata atau nak menuduh orang.
Salam Tan Sri,
ReplyDeleteSudahlah tu Tan Sri. UMNO Baru ini bukanlah berjuang untuk Agama & Bangsa lagi.Rata2 pemimpin tidak beraklah mulia lagi- asek menngumpul harta dunia.
Porium