Wednesday, March 28, 2012

ADIC KE 3

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Saya mohon ma'af kerana masukan saya dalam blog pada kali ini dituju khusus kepada anggota masyarakat Aceh yang berada di luar Aceh dan di luar Indonesia, iaitu mereka, atau wakil, yang telah tidak dapat bersama hadir dalam rapat ADIC ke 3 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Untuk mencari ilmu dan rezeki pelajar dan dewasa Aceh berada di 48 negara asing selain negara kita. Salam hormat saya untuk semua.

Mesej ini adalah untuk suku kaum Melayu yang bertambah pupus kerana bencana manusia dan bencana alam.

­­NOTA UCAPAN DI ACEH DEVELOPMENT INTERNATIONAL CONFERENCE (ADIC) KE 3
DI DEWAN SENAT UIAM
PADA 27hb MAC, 2012 PADA 4.30 PETANG
PERMULAAN
Dalam conference in saya tidak berhasrat untuk mengemukakan banyak perkara baru. Jika saya mengemukakan ide-ide baru dalam setiap conference saya akan dianggap bijak oleh pendengar tetapi apa yang saya perkatakan tidak akan menjadi amalan.

Kerana yang saya perkatakan selalu diulang-ulangkan maka saya mungkin dianggap miskin ilmu tetapi harapan supaya apa yang saya perkatakan itu tinggal lebih lama dalam ingatan untuk diamalkan adalah lebih berpotensi.

Oleh kerana apa yang saya perkatakan itu adalah perkara yang saya anggap sebagai satu prinsip maka saya tetap tidak akan mengubah isi ucapan saya selagi Aceh tidak berubah ke arah yang lebih positif.

KESILAPAN DI MALAYSIA

Saya mengetahui bahawa masyarakat Aceh sekarang ini sedang sibuk mencari ilmu ilmu di seluruh dunia. Ini adalah satu perkembangan yang baik.
Malaysia juga banyak berbuat demikian sejak Merdeka.
Malangnya ramai juga dari yang terdidik itu sudah hilang semangat ke-Melayuan dan ke-Islamannya.
Yang anehnya ada juga yang berpendidikan lokal (tempatan) tetapi terperangkap, kerana kemewahan dan pendedahan di Barat, begitu rupa sehingga ada pemimpin yang dulunya berorientasikan Islam kini memperjuangkan :
1.      Keselamatan Israel dan

2.      Berusaha menghalalkan amalan seks antara kaum sejenis (gays dan lesbians) asalkan ada persetujuan bersama.

PUSAKA BANGSA
Dari segi ‘ilmu kita boleh belajar dari luar Negara tetapi dari segi nilai Aceh memiliki modelnya sendiri di zaman kegemilangannya.
Aceh tidak perlu mencontohi kesilapan yang berlaku di Negara ini kerana Aceh mempunyai terlalu banyak masaalah ciptaannya sendiri.
Pendek kata muda-mudi Aceh hendaklah mencari apa yang hilang di tempat ianya kehilangan. Satu dialog yang diberitahu kepada saya di waktu mula sampai ke Jerman Barat ialah begini:

DIALOG

Haben Sie etwas verloren?
( Na peu peu nyan gadoh? – Apakah kamu kehilangan sesuatu? )
Ja.
( Na – Ya )
Was haben Sie verloren?
( Peu nyan gadoh? – Apakah yang hilang? )
Ein Kugelschreiber.
( Pen – pena )
Haben Sie hier verloren?
( Peu keuh gadoh di sino? – Apakah hilangnya di sini? )
Nein.
( Kon - Tidak )
Warum haben Sie hier suchen dann?
( Pakon cit ta mita di sino? – Kenapakah kamu cari di sini? )
Es gibt licht hier.
( Pasai di sino na panyot – kerana di sini ada lampu )

Bek keuh biek Aceh geutanyo jeut meunan.


LIMA NILAI PENGGERAK UMMAT
Dalam ADIC yang terdahulu saya pernah mengenengahkan 5 nilai yang didapati dalam semangat Bushido di Jepun, Hwarang di Korea, Jin-Sheng di Taiwan, Muru’ah pada orang-orang Arab Quraish dan kesimpulan 21 kewajipan untuk rakyat Aceh di bawah Sultan Ali Mughayat Shah pada 1507 masehi bertepatan dengan 913 Hijriah iaitu:
1.    BERANI,

2.      Amanah,

3.      Disiplin,

4.      Rajin, dan

5.      Setia.
KEBERANIAN
Dengan adanya sifat dan sikap yang bernilai sedemikian pada seseorang manusia yang beriman maka barulah ‘ilmu, harta dan kesihatan dapat dimunafa’atkan bagi seseorang yang menjadi pemimpin.
Kenapa keberanian itu diutamakan?
Kejahilan (tidak ber’ilmu) ada sekolah rendah dan tinggi untuk menghapuskannya,
Kemiskinan (tiada harta atau pekerjaan) boleh diselesaikan dengan program-program ekonomi, dan
Pesakit (tidak sihat) ada doktor untuk mengobatinya.
Orang buta, bisu atau ada cacat ada pertubuhan yang membelanya.
Semua bidang perofesyenal ada pertubuhan yang menyelesaikan masalah kumpulannya.
Tetapi tidak ada sekolah untuk membasmi sifat penakut dan pengecut untuk melahirkan pemimpin yang berani.
Sebaliknya garis pemisah antara terlalu berani dan tidak siuman (atau gila) adalah tersangat nipis.
Masalah masyarakat Aceh secara umumnya ialah: pertelingkahan antara yang tingkat keberaniannya yang tidak terkawal.
RUKUN ORGANISASI

Dalam ‘Rukun Berorganisasi’ yang pernah saya ketengahkan dalam ADIC yang terdahulu ialah:
1.      Authority atau Kuasa,

2.      Communication atau Komunikasi dan perhubungan,

3.      Productivity atau hasil dan pengeluaran,

4.      Morale atau Semangat dan maruah, dan

5.    CHANGE atau PERUBAHAN

CHANGE – PERUBAHAN
Jika faktor perubahan yang kita tujui maka apakah yang perlu dirubah:
1.      MENTALITY (MENTALITI) atau sikap

2.      Faith atau taqwa,

3.      Knowledge atau ILMU, pengetahuan dan pengalaman

4.      Methodology atau TATACARA, dan

5.    Priority atau susunan KEUTAMAAN

PERANAN ADIC
Apa yang di luar kemampuan ADIC?
ADIC tidak berhasrat dan tidak mampu berperanan untuk merobah mentalitI atau meningkatkan tahap ketaqwaan pemimpin di berbagai peringkat. ADIC hanya boleh mencuba  sekadar boleh memperingati sahaja.
Usaha ini boleh diuruskan oleh badan atau forum lain.
ILMU
Tetapi ADIC boleh menjadi penyebar ilmu melalui meetings, conventions, conferences, workshops, visits dan lain-lain.
Tidak lama lagi, dalam masa yang singkat, kita boleh kumpulkan semua kertas kerja tentang Aceh dan kita akan dapati banyak sekali ide yang sudah terkumpul yang boleh digunakan untuk membangun Aceh, walau pun ide-ide itu belum dapat dilaksanakan dalam konteks pembangunan Aceh itu sendiri.
Pendek kata jika Aceh tidak membangun bukanlah kerana kurang atau ketandusan ilmu pengetahuan. If we do not develop, progress and prosper it is not because we are short of knowledge.

TATACARA
Methodology (tatacara) adalah aspek penting dalam kepimpinan di semua peringkat. Kita perlu bertanya
1.       Apakah yang membuat pelajar-pelajar mencapai prestasi yang baik dalam persekolahannya?

( Contoh 100 pelajar terbaik Melayu dalam tempoh 10 tahun dari 1982-1992 – menela’ah selama 2 jam setiap hari atau malam ) 

2.       Apakah yang diperlukan oleh seluruh mesyarakat Aceh di Aceh?

Untuk mengetahui keperluan masyarakat di luar Bandar satu sensus oleh sekitar 400 orang pegawai, penyelia dan pemaju masyarakat dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dari  tahun 1982-1990 telah dijalankan. Dengan cara itu kita mengetahui dari pemimpin dan rakyat setempat atas harapan rakyat untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Pemimpin Kerajaan boleh membuat apa sahaja rancangan yang dipikirkan perlu untuk Aceh tetapi kita perlu terlebih dahulu melaksanakan apa yang dikehendaki oleh orang Aceh atau apa yang rakyat fikirkan perlu.

3.       Apakah peranan Masjid dalam sebuah nanggroe yang berpandukan Syari’ah Islam?

i. Pendidikan – menela’ah selamat dua jam dari jam 8 hingga jam 10 pada setiap malam kecuali malam Jum’at dan malam Sabtu, mewujudkan perpustakaan dan kamar komputer di masjid-masjid;

ii. Ugama - solat untuk pemuda – pertandingan bola sepak antara masjid selepas solat ‘Asar dan sebelum solat Maghrib (Remaja Masjid); Mesjid – pertandingan ‘Melukis Masjid’ di kalangan pelajar-pelajar;

iii. Ekonomi – mewujudkan waqaf masjid dan mentertibkan urusan wang zakat; mewujudkan kedai-kedai runcit di setiap masjid dan mengadakan pusat kegiatan menyulam, menjahit dan membuat kerajinan tangan; Kesihatan – mengadakan acara senaman di pekarangan masjid dan mewujudkan gelanggang sepak-takraw dan badminton di dalam kawasan masjid;

iv. Perkampungan – menanam sayur, pokok bunga dan buah-buahan di kawasan terluang di masjid dan lain-lain).

KEUTAMAAN  

Oleh kerana terlalu banyak yang perlu kita lakukan maka perlulah kita bahagi-bahagikan tugas dan kita susun prioritas pelaksanaan.
Itulah yang kami lakukan di zaman Tun Mahathir membangunkan Negara Malaysia.

PENUTUP
Sapeu hai nyan peurele ulontuan peugah bak majlis nyo nyan keuh dua boh peurbincangan ulontuan deungon Abutjhik Teungku Daoed Bereu-Eh watei Aceh ka phon neu meupeurang.
Ek meuhasei Abutjhik peurang di Aceh nyo?
Han keumah, pat eik keumah.
Lage toh akhei jih bak pandangan Abutjhik?
Akan ji bi otonom lei pemerintah.
Meunyo hana silap ulontuan ro jeih di yup Abutjhik pih tom meunteume otonom, tapi pakon Aceh hana maju cit?
Ureung ugama jeut ta ato perang; tapi na had (batas) jeut ta ato nanggroe. Abutjhik jeut ato urusan ugama ngon urusan peurang tapi bak ato nanggroe peurle ta mita ureung carong. Bak phon Abutjhik pikei kadang nyan malim nyan na bak university jeut geu ato nanggroe. Nyata hana geu tu’oh cit. Ngoh lheuh nyan Abutjhik pileh nyan carong meukat bak jeut gubernor tapi gopnya pih hana keumah cit. Ta gisa lom u university ta mita nyan carong tapi kon ulama, tapi gopnyan hana meuhasei cit. Nyan hana meumphom pih han jeut jih peuruno.
Menyo meunan Abutjhik peu ramalan Abutjhik watei Aceh ka meuteume otonomi sigo teuk?
Meunan cit.
Nyan kayem, awak meupeurang lage Abutjhik cit hana ileume bak ta ato nanggroe.
Wate ulontuan tanyong peu nyan ta meunaksu sebago ureung Aceh dialog jih meuno:
So menaksu na Aceh tapi nyan kon Islam?
Nyan ji meunaksu lei awak kafe’
Lage toh menyo na Islam tapi hana lei Aceh?
Meuhat mandum I jak u syureuga.
Lage toh menyo Aceh pih kon Islam pih kon?
Nyan keuh PANCASILA.
Sekian. Wallaa hu a’lam. Wabillaa hi taufik wassalaamu a’laikum.

Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid.

8 comments:

  1. Tan Sri,
    Yang merosak dan memupuskan bangsa Melayu adalah pemimpin Melayu sediri- terutama semenjak UMNO Baru diasaskan oleh saorang mamak kerala.
    Pemmpin Melayu banyak berpura2 dan menipu bangsa sendiri dalam bermacam macam perkara.UMNo Baru lah penyokong kuat negara Israel.
    Contohnya:
    1.0 Menyokong serangan terhadap Iraq oleh Bush Snr.
    2.0 Menyumbang kapada ekonomi Israel.Memulakan perdaganan dengan Isarel- dengan membenarkan sahabatnya Tg. Abdullah berkunjung ka Israel.
    3.0 Melantik pensihat berbagai pensihat dari Israel- termasuk untuk lingkupkan Maminco.
    4.0 Menhantar surat. Menjemput kunjungan pemain tenis Israel.Kononnya menbuat dasar untuk berbaik2 dengan Israel agar dapat menpengaruhi Israel.
    5.0 Menyubang US1.5 mil kapada pelobby Rumah Puitih Isreal untuk bertemu dengan Prsedent Bush Jnr.
    6.0 Terkini bersekongkol dengan Isarel & USA untuk melumpuh sabuah negara Islam dengan menyekat perdagang Iran.
    6.0 dan..dikatakan menyimpan berjuta dollar wang di Bank Israel siapa agaknya pemimpin2 ini.
    Di petik dari blog Tan Sri “
    Anonymous said...
    Inilah yang patut didedah kapada orang Malaysia.Siapakah pemimpin kerajaaan yang menyimpan yang dikatakan oleh orang Israel kapada Diplomat dari Malaysia ini:

    ''I recall in 2006 while serving with the UN in New York I was invited to deliver a talk at a conference in Jerusalem. Despite attempts to deny that I was a Malaysian official, they saw me as such, and not as a special UN adviser who I really was.
    They were delighted that for the first time in history that they had a ranking “Malaysian official” addressing a public meeting in Israel. They were not particularly interested in what I had to say about good governance, and the vital importance of fighting corruption.
    They wanted to know why Malaysia did not recognise Israel and, yet at the same time our government leaders saw nothing wrong in depositing huge sums of money in Israeli banks. I had to tell them I could not answer their questions as I was not a member of the government of Malaysia."
    March 14, 2012 11:38 AM …….”

    ReplyDelete
  2. Benar. Yang memupuskan Melayu di Malaysia adalah angkara kemungkaran peimpin2 UMNO Baru yang berpura2. 3 juta ekar tanah risab Melayu Pupus.Bank Bumiputra pupus.Turut pupus huruf jawi( huruf al quaran).Turut tergugat sekarang FELDA,Tabung Haji, KWSP, PETRONAS,Kampung Baru dsb.Budaya Melayu akan pupus.
    Melayu senang di tipu pemimpin yang berpura2 memperjuangkan Bangsa dan Agama.Melayu telah berpuluh tahun dilayukan oleh UMNO Baru. Turut dihiburkan dan dterus dilenakan, dipukau dengan berbagai hiburan dan penglipur agar senang terus disamun dan dirompak.

    Becakap tentang Israel ini,kemunafikan pemimpin UMNO Baru memang jelas.UMNO Baru lah yang telah turut bersekongkol dengan dan "bermuslihat" dengan Israel/USA melumpuhkan Iraq.Satu kuasa yang berpotensi menetang Israel dibawah Saddam.Bukankah kerajaan UMNO Baru menyokong USA/Israel memula serangan pada tahun 1990 dan turut berdiam apabila G.Bush mengulangi dengan serangan besar-besaran yang turut memusnahkan segala peninggalan tammaddun Islan di Iraq.Kini Kerajaan UMNO Baru turut serta rancanagan Israel/US untuk melumpuhkan Iran- satu negara Islam yang menetang dan berpotensi mengatasi Isarel.

    Tak perlulah pemimpin atau bekas pemimpin UMNO Baru menipu atau berpura-pura menjadi pembela Plastein. Cukuplah dengan kerajaan keluarga Saud sahaja.

    Kerajaan UMNO Baru jugalah turut memakmurkan dan menyubang kapada kekuatan ekonomi Israel untuk terus mengganas. Berapa banyak barangan hasil syarikat Yahudi yang dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia. Berapa banayak syarikat Malaysia yang berdagang dengan Israel.Berapa juta wang di simpan di Bank Israel.Berapa ramai sudah penasihat Yahudi yang telah berkhidmat dengan kerajaan UMNO Baru.Rangkain TV milek UMNO dan dikuasai keranjaan UMNO Baru turut memakmur dan menyumbang wang kapada industri hiburan Yahudi- yang turut merosak dam memupuskan Bangsa Melayu.Tan Sri pernah sendiri punpernah menelan rezeki dengan berkhidmat dengan sabuat Bank dari Barat rangkaian Yahudi dan turut memakmurkan sistem keuwangan tajaan Yahudi. Dan kini kerap berkunjung kekota maka turut memakurkan kota London -salah sebuah kota dikuasai oleh pedagang Yahudi dan ibu negara yang mengasaskan dan penyokong kuat negara Israel.

    Kepuraan pemimpin beginilah yang telah memupuskan Melayu.

    ReplyDelete
  3. kepada anon2 di atas...tahap pemikiran apakah ini...menjelikkan...

    MENGKRITIK SAJA, CUBA AMALKAN APA YANG DIKRITIK DAN BUKTIKAN !


    selagi beginilah mentalitinya..patutlah sering diperkudakan....

    aku nak jadi jokilah....

    ReplyDelete
  4. Tan sri.
    Orang Aceh merupakan bangsa yang mempunyai kekuatan dan tamaddun sendiri.Saya terkejut apabila melawat mesuim di Acheh dan melihat bagaimana gagahnya bangsa Acheh.Waktu dizaman keagongan Empire Turky dibawah Ottoman Empire,Acheh mempunyai hubongan yang rapat dengan kerajaan Islam Turkey.Sewaktu Belanda menyerang Acheh,mereka ada menulis surat meminta bantuan empire Turkey tapi oleh kerana pada waktu itu Empire Turkey telah mula menghadapi masaalah mereka tidak dapat membantu.
    Erdogan Tayib PM turkey sekarang amat terkejut dengan hubongan intim Acheh dengan Ottoman Empire.Waktu tsunami melanda Acheh,ia sendiri datang ka acheh dan Turkey merupakan penyumbang terbesar kapada Acheh dalam menghadapi Tsunami.

    Acheh juga mempunyai tanah yang besar di Mekah dan hasil dari pendapatan dari tanah ini di gunakan untok membantu orang orang Acheh pergi ka Mekkah.

    Sayang sekali,orang Acheh sekarang telah banyak menyimpang dan mula meninggalkan ajaran Islam.Ramai anak muda mula melakukan perkara khurafat dan meninggalkan ibadat.Bala Tsunami didatangi Allah untok menyedarkan orang Acheh.

    Di Jakarta ramai orang Acheh memegang jawatan yang penting dalam Kerajaan.Bagitu juga di Malaysia.Tapi sayang nya mereka ini macam ayam sabong ,pandai berkukok dan berlagak garang tapi punggongnya berlumoran dengan tahi.

    Kembalilah orang Acheh kajalan yang benar sabelum mereka kembali ka rahmatullah.Amin

    ReplyDelete
  5. 'Di Jakarta ramai orang Acheh memegang jawatan yang penting dalam Kerajaan.Bagitu juga di Malaysia.Tapi sayang nya mereka ini macam ayam sabong ,pandai berkukok dan berlagak garang tapi punggongnya berlumoran dengan tahi'

    Saya rasa ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini. Jiwa orang Aceh diresapi dengan minda budaya Zionis Yahudi secara sedar atau pun tidak. Dipinjam dari ungkapan saorang yang mendabik dirinya sebagai pejuang berketurunan Aceh " orang Melayu/atau disini orang Aceh yang berparas Melayu/Aceh, berbahasa Melayu/Aceh .. tetapi berperut Yahudi" maknanya pemikiran mereka saperti koloGyner diatas telah dijajah oleh Yahudi.

    ReplyDelete
  6. salam anon 2 april....

    semoga saudara/i diberikan petunjuk dan hidayah ke arah jalan yg lurus dan benar.....

    sebelum salahkan org lain...lihat ke dalam diri dahulu...

    mitos penjajahan minda yahudi hehehe sampai bila nak salahkan yahudi?.... kenapa tidak salahkan diri sendiri...yahudi kuat bukan kerana mereka memang kuat dan bijak tp umat Mosleem sendiri yg berfikiran macam anda asyik suka menyalahkan org lain tanpa mahu memperkasakan diri menangkis muslihat yahudi.....

    baiki diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan org lain.... ambil pengajaran yg baik2 dr org lain jadikan amalan, serta dengar kelemahan/keburukan org lain ambil jadikan pengajaran...

    Apa sumbangan anda untuk negara tercinta malaysia?

    ReplyDelete
  7. ayahanda Tan Sri yang tercinta
    sifat2 inilah yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemimpin:
    1.BERANI,

    2.Amanah,

    3.Disiplin,

    4.Rajin, dan

    5.Setia.
    jika 5 sifat utama ini ada pada setiap calon pemimpin aceh, insyaAllah Aceh akan mengukir sejarah kegemilangan kali kedua setelah zaman kegemilangan aceh pada zaman iskandar muda.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri, Selepas membaca tulisan Tan Sri tentang lima ciri kejayaan yang perlu diamalkan, ternyata ia dimiliki oleh pihak pembangkang (Pakatan Rakyat).

    BERANI - ternyata pemimpin mereka sangat berani mengamalkan seks sesama jenis dan songsang. Kemudian melakukan hubungan seks dengan wanita cina di bilik hotel. Ini telah diikuti oleh isu seks oleh Exconya di Selangor. Sebelum itu pun pemimpin nombor dua parti komponennya ditangkap khalwat dengan isteri orang di bilik hotel. ISTERI ORANG! Berani betul si MAT SABUng tu. Nuarpun BERANI!

    AMANAH - setiap apa yang pemimpin Pembangkang lakukan, mereka lakukan dengan amanah. Mesti berlaku adil kepada semua. baik lelaki baik perempuan, baik Melayu baik Cina. Jadi bila lakukan seks mesti dengan Melayu, mesti lakukan juga dengan cina. Jika lakukan dengan perempuan, mesti juga liwat lelaki. Bila lakukan dengan pelacur, mesti juga lakukan dengan isteri kawan terutamanya yang memegang jawatan yang paling kanan dengannya. ADIL .... amanah betul.

    DISIPLIN - Mesti mempunyai disiplin yang tinggi untuk membahagikan kekayaan negeri secepat yang boleh sebelum PRU akan datang. Tentukan berapa batang gaharu yang ditumbangkan di Pulau Pinang, balak di Kelantan dan jumlah lori yang mengangkut pasir di Selangor.

    RAJIN - Mesti rajin buat fitnah terhadap pemimpin UMNO dan isteri mereka. Dulu Najib dan Rosmah bunuh Altantuya. Lepas tu Rosmah belanja sakan di luar negara. Kini UMNO dengan Israel. Sebelum tu DR Mahathir tak solat subuh dan lain-lain.

    SETIA - mesti setia dengan pemimpin Pakatan. Bila ketua main dengan isteri member, diamkan saja. Bila pemimpin mengadakan seks dengan wanita cina, tengok saja dan enjoy. Bila pemimpin kata keselamatan Israel perlu dijaga, sokong saja. Kan setia namanya tu?

    Yang mana satu anonymous serahkan pada pemimpin nombor satu tu?

    ReplyDelete