Asssalamu'alaikum Warahtullaahi Wabarakaatuh.
Diturunkan di sini sebuah ucapan yang berumur hampir 37 tahun.
Bandingkanlah dengan keadaan masakini.
184. Walau bagaimana pun perlu diingat selalu bahawa garis pemisah antara keberanian dengan kebodohan adalah terlalu nipis. Pendeknya jangan berani bodoh.
Diturunkan di sini sebuah ucapan yang berumur hampir 37 tahun.
Bandingkanlah dengan keadaan masakini.
KEPIMPINAN MELAYU BARU – CABARAN DAN HARAPAN
Oleh
SANUSI JUNID
di
Simposium Anjuran Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya
dan
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
Saudara Pengerusi majlis, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Professor Ismail Hussein, Pengarah simposium, saudara Yazid Osman, Pensyarah-pensyarah, Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Def-def yang terhormat, saudara-saudara yang saya muliakan.
Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
1. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur simposium pengajian Melayu ini kerana penghormatan yang diberi kepada saya untuk menjalankan acara peresmian.
2. Ucapan peresmian saya kepada simposium ini adalah satu tugas yang berat, kerana ianya mungkin dijadikan sukatan ke atas kemampuan fikiran saya yang terbatas mengenai tajuk simposium ini iaitu ‘ Kepimpinan Melayu – Cabaran dan Harapan’.
3. Walau bagaimanapun, oleh kerana Jabatan Pengajian Melayu adalah satu Jabatan yang kegiatannya di Universiti ini saya kagumi, dan oleh kerana saya sendiri pernah terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pelajar, seperti turut serta dalam tunjuk-tunjuk perasaan, dan disebabkan pandangan tinggi saya terhadap pemimpin GAPENA yang turut memimpin Jabatan Pengajian Melayu, dan oleh kerana saya sendiri turut terlibat di dalam soal-soal memimpin, maka saya menerima baik penghormatan yang diberi ini dan sanggup dijadikan sasaran kritik oleh para intelektual sekalian.
4. Saya bersyukur kepada Allah kerana untuk beberapa kali simposium yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Melayu masih tertumpu kepada tajuk ‘Kepimpinan’ walaupun dengan pendekatan-pendekatan yang berlainan, kerana jarang sekali perhatian orang-orang Melayu dapat ditumpukan kepada sesuatu masalah secara berterusan sehingga bertemu dengan penyelesaian.
MINAT BERMUSIM
5. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menjadi nelayan di Pantai Timur yang ada musim tengkujuh dan tidak begitu gemar menjadi nelayan di Pantai Barat dengan cuaca yang hampir sama sepanjang masa;
6. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menanam padi pada dua musim setahun yang tidak suka menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu;
7. Sebagai satu bangsa yang tahu ‘mengamuk’ apabila buntu menyelesaikan satu-satu sengketa dan tidak berpengalaman di dalam perang yang berlarutan;
8. Sebagai satu bangsa yang lebih minat kepada politik dengan pilihanraya yang datang bermusim-musim, 5 tahun sekali dan tidak suka kepada perniagaan yang harus diawasi pada setiap masa;
9. Maka bangsa yang ‘temperamental’ ini juga sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu masalah mengikut musimnya. Saya bersyukur dan gembira kerana Jabatan Pengajian Melayu telah tidak menghadapi masalah kepimpinan bangsa dengan cara bermusim-musim jua.
10. Walaupun pengkritik boleh mengatakan bahawa simposium ini juga datangnya bermusim-musim kerana diadakan sekali setahun, tetapi ini tidak mengapa, kerana tidak ada ‘alternative’ atau pilihan bagi kita kerana tidak mungkin simposium diadakan pada setiap hari. Yang penting ialah simposium ini dapat menghidupkan pemikiran masyarakat kepada persoalan kepimpinan secara berterusan kerana ianya menjadi syarat utama untuk dapat menjamin kejayaan di dalam usaha untuk
10.i. Memupuk suasana politik yang harmonis,
10.ii. Menegakkan keadilan di bidang ekonomi, dan
10.iii. Melahirkan masyarakat yang bahagia.
11. Saya ingin menyebut beberapa contoh tajuk-tajuk yang dibincang secara bermusim untuk menyelesaikan masalah-masalah yang pernah ditimbulkan di masa dahulu:
11.i. Masalah penglibatan Melayu di dalam bidang perniagaan;
11.ii. Masalah penekanan inflasi ke atas ekonomi rakyat dan negara;
11.iii. Masalah ancaman komunis ke atas keselamatan negara;
11.iv. Masalah rasuah yang boleh meruntuhkan pemerintahan;
11.v. Masalah persaudaraan ‘Freemason’ yang bertentangan dengan Islam;
11.vi. Masalah menghadapi pilihan raya;
11.vii. Masalah penubuhan Universiti Merdeka;
11.iix. Masalah pendatang haram;
11.ix. Masalah subversif ekonomi;
11.x. Masalah persatuan sekerja yang bertindak tanpa memperhitungkan kepentingan negara;
11.xi. Masalah MAS; dan
11.xi. Masalah MAS; dan
11.xii. Masalah tanah tergadai.
12. Apabila satu-satu masalah ini dibincangkan pada musim-musim yang tertentu maka mass-media memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan masalah yang sedang hangat dibincangkan. Radio, televisyen, surat-surat khabar dan mesjid-mesjid menjadi tempat di mana perkara-perkara yang sama dibincangkan. Perbincangan diteruskan di dalam kedai-kedai kopi dan juga di kampus-kampus Universiti.
13. Tetapi malangnya sementara masalah-masalah ini masih belum selesai minat atau perbincangan mengenainya sudah tinggal sebagai tanggungjawab segelintir manusia. Kadangkala mereka ini pun mempunyai kemampuan yang terbatas untuk menyelesaikan masalah itu secara sendirian tanpa sokongan orang ramai.
14. Umpamanya kita tidak lagi mendengar masalah Melayu berniaga sebagaimana yang kita pernah dengar pada tahun 1971. Apakah masalah ini sudah selesai? Kalau kita sudah berjaya menekan inflasi di bawah 5%, apakah kita sudah mempunyai cara yang boleh memberi jaminan bahawa inflasi tidak akan berulang sebagai satu masalah lagi?
15. Sewaktu kita hangat dengan perbincangan masalah komunis, kita telah menghantar 2 orang Timbalan Menteri ke penjara. Selain dari usaha menentang komunis yang sedang dijalankan oleh pihak angkatan polis dan tentera apakah pandangan dan tindakan masyarakat mengenai ini? Apakah tidak ada trend-trend yang akan mengembalikan ‘ism’ komunis kepada masyarakat.
16. Sewaktu kita hangat dengan persoalan rasuah kita telah menghantar seorang Menteri Besar ke penjara. Apakah rasuah tidak ada lagi, ataupun apakah rasuah berlaku dalam bentuk lain ataupun adakah rasuah tidak dapat dikesan kerana yang rasuah kelihatan segak kerana solek atau make-upnya?
17. Dalam ‘pilihanraya’ kita mendengar kecaman antara berbilang parti. Apakah issue-issue yang ditimbulkan di dalam pilihanraya itu harus dibenamkan sahaja untuk ditimbulkan kembali dalam pilihanraya yang akan datang. Apakah fitnah dan tohmah yang dilemparkan dalam pilihanraya betul-betul merupakan fitnah ataupun fakta yang sebenarnya? Jika fakta, atau tohmah sekalipun, apakah kita tidak perlu meneliti supaya perpaduan antara bangsa Melayu menjadi lebih kuat selepas pilihan raya?
18. Issue ‘Universiti Merdeka’ merupakan issue yang lama dan diperbaharui waktu menghadapi pilihanraya. Apakah penyelesaian yang muktamad kepada masalah ini? Ataupun bagaimanakah cara kita menentang issue ini supaya satu kesedaran baru akan timbul sehingga kita ingin menyelak kembali muka-muka Perlembagaan supaya setiap bangsa menyedari sumber-sumber haknya dan keadaan sebelumnya.
19. Sekarang kita sebok dengan pendatang haram. Masalah pendatang haram ini sudah pasti tidak boleh dilupakan selagi pendatang haram masih ada di dalam negara.
20. Tetapi pernah di suatu waktu untuk 2 hingga 3 minggu masalah ini kelihatan kecil apabila issue subversif ekonomi ditimbulkan semula oleh salah seorang pemimpin muda.
21. Pendatang haram dan ekonomi juga menjadi issue-issue yang kecil apabila mogok MAS berlaku. Apabila issue ini sudah senyap apakah sudah ada jaminan bahawa eksploitasi, oleh pihak-pihak yang berkepentingan ke atas Kesatuan Pekerja sudah dapat dikawal?
22. Masalah tanah tergadai juga telah tidak ketinggalan. Tetapi masalah tanah tergadai ini hanya mula dibincangkan secara hangat mulai 12hb Januari 1979, sedangkan masalah ini telah pernah dibangkitkan pada awal tahun tujuh puluhan. Soalnya ialah kenapakah antara awal tahun tujuh puluhan hingga 12hb Januari 1979 perkara ini tidak digembar-gemborkan sedangkan masalah ini adalah masalah yang belum selesai.
23. Pemimpin-pemimpin muda Melayu bernasib baik kerana kesempatan untuk menyelesaikan masalah begitu banyak kerana masalah-masalah yang sedang kita hadapi juga masih terlalu banyak untuk diselesaikan.
MASALAH KEPIMPINAN – DEFINASI
24. Masalah kepimpinan Melayu merupakan masalah yang mendapat perhatian yang berterusan dan minat kepada masalah ini tidak boleh diketepikan kerana di sinilah letaknya penyelesaian kepada semua masalah yang sedang dan akan dialami. Oleh itu, untuk simposium ini saya cadangkan pemimpin itu dianggap sebagai ‘penyelesai masalah’ yang mempunyai vision atau pandangan jauh ke depan. Pemimpin yang tidak mempunyai vision mungkin dapat menyelesaikan masalah tetapi kerana kabur pandangannya maka penyelesaian yang tercapai kesemuanya jangka pendek belaka.
25. Pemimpin-pemimpin baru ataupun mereka yang mendapat pendidikan menengah dan tinggi selepas Merdeka mempunyai tanggung jawab yang berat kerana masalah-masalah yang perlu diselesaikan adalah begitu banyak.
26. Jika kita menerima definasi pemimpin sebagai penyelesai masalah dan bukan pencipta masalah maka barulah kita mempunyai garis panduan untuk bertindak dan mengenal diri kita sama ada ‘pemimpin’ atau pun kita sebenarnya ‘pengacau’.
27. Jika kita mengepalai satu organisasi untuk menyelesaikan masalah pendidikan bahasa Melayu maka kita sebagai penyelesai masalah pendidikan bahasa Melayu adalah pemimpin.
28. Tetapi jika kita memimpin satu gerombolan perompak yang ingin merompak masyarakat, samaada dengan cara rasuah atau dengan cara lain dan jika perompak-perompak itu menghadapi masalah maka kita mungkin boleh menyelesai masalah perompak dengan menjadi pemimpin kepada perompak; tetapi kerana perompak-perompak ini sendiri adalah sumber kepada masalah, maka mereka boleh dipanggil ketua pengacau dan bukan pemimpin. Ada orang yang merasa diri sebagai pemimpin tetapi sebenarnya pengacau.
PEMIMPIN DAN ORGANISASI
29. Adakalanya pemimpin itu memimpin masyarakat secara tidak terikat kepada organisasi. Sebahagian pemimpin memimpin organisasi yang mempunyai tujuan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. Adakalanya pemimpin itu memimpin organisasi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota organisasi itu sendiri sebagai sebahagian dari masyarakat.
30. Tetapi, jika organisasi itu sudah menjadi begitu besar maka sering berlaku seseorang yang sepatutnya menjadi pemimpinnya, yang bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat yang dipimpin, lantaran asyik memperkuatkan atau mempertingkatkan kedudukan dirinya di dalam organisasi, dia tidak menghiraukan kedudukan atau kekuatan organisasi itu sendiri di dalam masyarakat. Orang beginilah yang saya pernah namakan orang-orang yang menjadi ‘jaguh di pondok roboh’.
31. Seseorang pemimpin yang menyelesaikan masalah tanpa saluran organisasi tidaklah perlu memikirkan masalah organisasi. Beliau bolehlah memimpin terus dengan cara merobah fikiran masyarakat dengan kesucian ajaran atau pendapatnya. Penerima pendapatnyalah yang akan bertindak sendirian atau melalui organisasi untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
32. Biasa berlaku seseorang yang memimpin sebuah organisasi, kerana masalah yang banyak dalam organisasi itu sendiri maka pemimpin itu sibuk memperkuatkan organisasi tetapi organisasi tidak berhasil menyelesaikan masalah masyarakat. Mungkin beliau boleh menjadi pemimpin organisasi tetapi tidak sampai menjadi pemimpin masyarakat melalui organisasi.
33. Inilah sebabnya ada pemimpin kerajaan yang turun dari jawatannya lantas jatuh dari parti dan seterusnya masyarakat tidak mempedulikannya. Kepimpinannya, jika ada, hanya di peringkat jawatan dalam kerajaan.
34. Ada yang jatuh dari Kerajaan tetapi masih diterima oleh parti kerana parti mengiktirafkan kepimpinannya. Apabila jatuh, ada yang diterima dan ada yang tidak diterima oleh masyarakat. Semuanya tergantung atas kejayaan sebagai pemimpin organisasi sahaja.
ORGANISASI DAN IDEOLOGY
35. Pernah berlaku sebuah organisasi yang berideology tercacat kesucian ideologynya kerana kehendak organisasi.
36. Seseorang ahli politik yang berorganisasi atau berparti terpaksa menjaga nama baik organisasi parti dengan melupakan kelemahan anggota-anggota partinya dan mendedahkan keburukan parti lawan untuk mengurangkan pengaruh parti lawan dalam masyarakat. Semua ini dilakukan dengan keyakinan bahawa apabila pengaruh partinya meningkat maka partinya akan mengendali pemerintahan dan setelah itu dia mengharapkan akan dapat menyelesaikan masalah masyarakat sebagai pemimpin.
37. Sikap begini di kalangan ahli politik berparti jarang ada kecuali di dunia ini.
38. Untuk menjaga nama baik parti dan menyatupadukan organisasi maka mereka menyeleweng waktu sedang berada di pelbagai peringkat pencapaian dalam satu-satu ideology parti terpaksa dilupakan sehingga ideology itu sendiri tercabul lebih-lebih di dalam negara yang mengamal sistem demokrasi.
39. Oleh kerana sokongan orang ramai juga menjadi faktor menentukan, maka ragam orang ramai juga menjadi faktor menentukan.
40. Mahu tidak mahu kepentingan orang ramai menjadi lebih penting dari kesucian ideology di dalam satu-satu demokrasi kecualilah tahap kesedaran orang ramai sudah meningkat begitu suci. Untuk menegakkan satu-satu ideology dalam masyarakat yang tahap kesedaran orang ramai mengenai ideology itu belum menyeluruh, memerlukan paksaan secara revolusi berdarah.
41. Parti yang berideology sedangkan tahap pemikiran rakyat dalam ideology belum menyeluruh tidaklah mengharapkan penerimaan ideologynya oleh masyarakat untuk mencapai kemenangan dalam sistem demokrasi. Oleh itu tidaklah hairan jika parti begini tidak menghiraukan kesucian ahli-ahlinya asalkan ahlinya boleh memberi kemenangan kepada partinya. Di manakah letaknya kesucian ideology tadi?
42. Itulah sebabnya kebanyakan alim ulama tidak aktif dalam mana-mana jua parti-parti politik.
43. Setakat ini saya sudah menyebut masalah-masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu yang memerlukan pemimpin. Saya juga mengakui adanya pemimpin yang bertindak tanpa organisasi dan ada yang melalui organisasi.
44. Saya telah menyentuh dilema organisasi dan ideology dalam demokrasi.
MENCARI PERSAMAAN RUMPUN MELAYU
45. Apa yang menjadi masalah yang lebih berat pada masa ini ialah dengan adanya dua pendekatan yang berlainan di kalangan pemimpin-pemimpin di dalam masyarakat.
46. Di satu pihak, pemimpin-pemimpin kita sentiasa mengambil garis-garis yang lebih luas supaya anggota bangsa Melayu yang jumlahnya tidak begitu ramai di Malaysia ini dihubungkan dengan orang-orang Melayu di Indonesia sebagai berada di dalam satu Rumpun Melayu. Seringkali kita mendengar pemimpin-pemimpin yang mempunyai pendekatan demikian memasukkan Filipina sebagi satu bangsa di dalam Rumpun Melayu yang lebih besar.
47. Kita juga telah menubuhkan ASEAN sebagai pendekatan dari segi ilmu alam. Tetapi pendekatan begini terpaksa mengadakan garis yang luas kerana perbezaan dari segi politik, ugama, bahasa dan kebudayaan yang terdapat di kalangan berbilang bangsa.48. Kerjasama dalam bidang bahasa dan kebudayaan kita tunjulkan bersama dengan rakan-rakan se-Malindo.
48. Apabila kita mencari perkataan yang sama dalam bahasa Tagalog dan bahasa Malaysia dan Indonesia kita sebenarnya sedang menempah semangat Maphilindo.
49. Jika kita menghadapi ancaman pendatang haram maka kita bertindak bersama rakan se-ASEAN.
50. Apabila kita bekerjasama dalam bidang pembangunan dan pelajaran di antara rakan-rakan yang pernah dijajah oleh British kita mendekati melalui persahabatan Commonwealth.
51. Apabila kita ingin meningkatkan pencapaian kita di bidang kerohaniah dan bekerjasama di bidang agama dan kebudayaan kita hidupkan semangat Dunia Islam.
52. Apabila kita berbincang mengenai masalah keamanan dan keselamatan dunia dan masalah-masalah bersama dengan negara-negara lain mengemai kemiskinan dan pendidikan, maka kita lakukan dalam keluarga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
53. Apabila kita berada di dalam Malindo kita lupakan perbezaan politik, agama, bahasa dan kebudayaan.
54. Kita perlu mencari persamaan sekurang-kurangnya persamaan dari segi masalah yang perlu diselesaikan.
55. Kekuatan kita ialah dari persamaan antara kita dan bukan dari perbezaan.
MENCARI PERBEZAAN
56. Di pihak lain pula, kita mendengar pemimpin-pemimpin yang menekan dan membesarkan perbezaan di kalangan bangsa. Sudah tentu pemimpin yang demikian akan menolak golongan dari satu pihak bangsa Melayu dari rumpun yang tidak berugama Islam sebagai tidak menjadi sebahagian dari keluarganya. Apa yang menyulitkan lagi ialah di kalangan bangsa Melayu di Malaysia ini sendiri pemimpin-pemimpin yang bersikap demikian lebih suka mencari perbezaan di kalangan anggota masyarakat bangsa Melayu itu sendiri.
57. Saya bersetuju setakat menjadi Melayu itu saja tidak cukup tetapi seseorang yang mengaku dirinya Melayu di Malaysia mestilah berugama Islam.
58. Tetapi sudah tentu kita tidak boleh menghalang campur tangan Melayu-Melayu di ASEAN yang tidak berugama Islam apabila kita sedang dalam usaha menyelaraskan ejaan bahasa Melayu di Asia Tenggara dan kita memerlukan sokongan ramai.
59. Saya bersetuju dan tidak boleh tidak setuju bahawa semangat persaudaraan umat Islam di dunia perlu dipupuk sebagaimana kehendak ugama kita.
60. Tetapi kita masih belum menjumpai cara bagaimana semangat persaudaraan Islam di dunia ini boleh menyelesai masalah keutuhan politik bangsa Melayu di Malaysia di kalangan jumlah bukan Melayu dan bukan Islam yang hampir sama banyak jumlahnya.
61. Malahan masalah keutuhan politik rakyat Palestine sendiri masih belum dapat diselesaikan dengan persaudaraan Islam di kalangan bangsa Arab.
62. Ada orang yang tidak menghiraukan perpaduan Melayu sehingga membiarkan atau mempelupuri supaya keadaan Melayu berpecah belah dengan membesar-besarkan perbezaan yang kecil-kecil antara sebangsa yang seagama. Dengan nada lain orang ini juga dengan bantuan rakan-rakan se-Islam yang bukan Melayu ingin menyatupadukan umat Islam, dengan menutup perbezaan atau mengecil-ngecilkan perbezaan atau mencari persamaan antara Islam Kulit Hitam di Amerika Syarikat dan golongan Islam Syiah di Iran dengan Islam yang kita anuti.
63. Saya tidak menyoal baik buruk sikap begini kerana semuanya bergantung pada niat, tetapi saya ingin mendedahkan ketidak-adilan atau “double standard” dalam mendekati dua perkara ini iaitu Perpaduan Melayu dan Perpaduan Umat Islam.
64. Kita tidak boleh mengabaikan usaha memupuk persaudaraan Islam di dunia tetapi kita tidak boleh menunggu masalah ini selesai sebelum kita menyelesaikan masalah kita sendiri yang paling mendesak.
65. Kita boleh mewarnakan tempayan yang menjadi simbol bangsa kita dengan apa warna sekalipun. Tetapi untuk boleh diwarnakan tempayan itu hendaknya jangan pecah.
REVOLUSI
66. Saya memerhati dan mengagumi semua revolusi-revolusi yang berlaku di dunia; tetapi saya berharap semoga pelajaran dari semua revolusi-revolusi ini tidaklah terhad hanya sekadar satu golongan dari satu-satu bangsa itu mengguling dan membunuh sesama bangsanya.
67. Saya percaya jika usaha mengurangkan umat Arab menguntungkan pihak Yahudi maka revolusi yang hanya akan mengurangkan jumlah bangsa Melayu akan turut dibantu oleh orang yang anti Melayu kerana menguntungkannya.
KAWAN DAN MUSUH
68. Saya berasa aneh dan sedih akhir-akhir ini kerana sudah timbul gejala-gejala yang menunjukkan adanya pemimpin-pemimpin yang lebih suka berkawan dengan rakyat asing yang bersembahyang seminggu sekali daripada orang sebangsa yang dianggap hina kerana bersembahyang hanya 3 kali dan tidak sampai lima kali sehari.
69. Kita harus insaf.
70. Hendaknya janganlah terlalu cepat berkawan dengan musuh dan jangan cepat bermusuh dengan kawan.
71. Ada juga di kalangan kita orang yang pernah menjadi homo, penzina, peminum, perasuah tetapi apabila sudah jadi baik dan maju secara tidak toleransi mengutuk orang-orang dari kalangan keadaan asalnya tanpa menyedari bahawa dia terkeluar dari keadaan asalnya kerana dipimpin keluar oleh kawannya.
72. Dia mungkin tidak akan keluar dari keadaan asalnya jika kawannya mengecam atau membiarkan tanpa memimpin ia keluar. Kenapa dia tidak mengikut cara kawan yang telah menyelamatkannya.
73. Ada pula yang menjadi pengkritik hebat keluarga orang lain yang kurang taqwa sementara keluarganya sendiri pun belum berhasil atau baru berhasil menjadi lebih baik. Kenapa dia tidak memberi peluang kepada keluarga orang lain seperti dia memberi peluang kepada keluarganya sendiri?
74. Kerja begini adalah kerja meludah ke langit yang akhirnya jatuh ke atas hidung sendiri.
75. Apakah sikap begini sebenarnya untuk menutup kelemahan sendiri?
76. Ada juga di kalangan kita orang-orang Melayu yang menjadi terkenal kerana kerja memburukkan usaha bangsa sendiri.
76.i. Ada yang berlagak pandai dan merasakan tak patut Melayu diberi keistimewaaan dalam bidang
pelajaran.
pelajaran.
76.ii. Ada yang merasakan tidak patut saham syarikat-syarikat amanah kerajaan dihadkan untuk Melayu sahaja.
76,iii. Ada yang mengkritik tanah simpanan Melayu sebagai cara perlindungan yang memanjakan.
77. Kadang kala yang mengkritik itu sendiri mendapat tempat kerana keistimewaan yang ada.
78. Ada yang mengecam kerana pemimpin yang ada kekurangan dalam berbagai-bagai bidang.
CARA PERHUBUNGAN YANG SOPAN
79. Pada malam ini saya ingin menegaskan bahawa tidak ada seorangpun dari pemimpin-pemimpin negara Malaysia ini yang boleh merasakan dirinya maksum ataupun sunyi daripada dosa.
80. Oleh itu, semua pemimpin yang ada boleh ditegur dan boleh didekati untuk diberi pendapat. Yang menjadi penting ialah cara perhubungan itu. Saya percaya dengan adanya hubungan baik antara pemimpin yang ada dan bakal-bakal pemimpin, dan dengan adanya hubungan yang baik antara cerdik pandai dengan pemimpin dan bakal pemimpin, dan dengan adanya orang-orang yang sanggup tampil ke depan menegur kesilapan-kesilapan yang ada, dengan baik dan sopan, maka keadaan kita akan menjadi lebih baik dan lebih bersatu.
81. Kesopanan adalah menjadi perkara yang penting kerana sebagai satu bangsa yang halus budi pekerti kita agak sensitif jika kita bertemu dengan cara-cara yang kurang sopan.
82. Pemimpin-pemimpin yang menjadi popular kerana memburukkan usaha dan kemampuan bangsa sendiri di luar negeri, dan di kalangan bangsa lain, sedangkan ianya sendiri tidak berkemampuan dan belum pasti lebih berkemampuan, adalah mereka-mereka yang patut dikenang sebagai orang-orang yang mencemar nama bangsa.
83. Ada pemimpin politik yang saya kenal yang suka menerima pendapat teguran dan nasihat asalkan si penasihat mengekalkan sikapnya sebagai penasihat dan bukan mahaguru dan si penasihat terus berada dalam keadaaan anonymous dan tidak menonjol.
84. Walau apa jua yang patut ditegur dan dikritik terhadap bangsa sendiri ianya hendaklah dilakukan di dalam negeri dan sesama kita sendiri tetapi jangan kepada orang lain atau di luar negeri kecuali sesama bangsa kita yang berada di luar negeri. Biarlah orang lain memburukkan kita asalkan jangan kita yang memburukkan dan merendahkan diri kita pada orang lain. Orang-orang beginilah yang pernah saya sebutkan sebagai tokoh-tokoh yang membangunkan mahligai di atas pusara bangsa sendiri.
85. Setelah bangsa dipijak-pijak ia menjadi penjungjung takhta.
86. Kita patut mencontohi bangsa-bangsa Jerman dan Jepun yang sangat sensitif terhadap perkara-perkara begini. Sebagai contoh Ichiro Kawasaki seorang diplomat Jepun telah dipecat dari tugasnya kerana bersikap demikian.
86. Kadangkala keadaan menjadi lebih berat apabila bukan sahaja perbezaan pendapat dan fahaman yang menjadi faktor membeza dan pemisah yang ketara tetapi perbezaan dari segi tahap pencapaian dalam satu-satu bidang seperti agama juga menjadi faktor pemisah. Malah di kalangan masyarakat yang sama taqwa sekalipun kadang kala cara pakaian boleh menjadi faktor pemisah yang terpenting.
87. Dengan lahirnya “Syedina Abu Bakar Bappu” tiruan di Johor dan orang yang mendakwa dirinya Imam Mahdi di Selangor maka keadaan menjadi bertambah berat.
88. Kita mengetahui bahawa tidak ada faedah daripada usaha mencari keburukan untuk dibesar-besarkan kerana cara begini boleh memperkecilkan pandangan orang lain kepada bangsa kita, sedangkan kita perlu bersatu untuk menghadapi cabaran yang lebih besar.
89. Sebagaimana yang telah saya katakan tadi ini semua adalah gejala-gejala pemecah kerana tiap-tiap pemimpin yang bersikap sebagai di atas mempunyai pengikut masing-masing.
PAKAR
90. Akhir-akhir ini saya sering mendengar orang-orang yang berlagak sebagai pakar di dalam bidang-bidang yang mereka tidak terlatih untuknya, dan sering terdengar orang yang tidak ahli dalam satu-satu bidang membuat teguran dalam bidang-bidang yang beliau tidak ahli. Saya juga sering mendengar orang dalam bidang ilmu undang-undang menjadi pengkritik di dalam urusan pentadbiran. Ahli ilmu sains menjadi pengkritik dalam hal politik. Doktor tidak puas hati dalam urusan ekonomi, ahli ekonomi tidak puas hati dengan keadaan masyarakat, ahli sains masyarakat tidak puas hati dengan layanan doktor. Guru tidak puas hati dengan sistem perundangan.
91. Pendek kata ada orang menganggap dirinya pakar di dalam bidang yang ia tidak terlatih untuknya. Keadaan begini tidak boleh dikatakan sekaligus sebagai tidak baik.
92. Malahan ianya perlu kerana dengan adanya kritik dan teguran dari masyarakat, para profesyenal boleh membaiki dirinya. Khidmat seseorang profesyenal adalah untuk kebaikan masyarakat dan bukan sebaliknya.
93. Apa yang perlu ialah sebelum kita mengkritik kita perlu menyelidik terlebih dahulu. Ada baiknya jika kita juga cuba mencari kesalahan dalam bidang yang kita menjadi pakar untuk membolehkan kita membetulkannya.
94. Kita perlu bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau membawa ke tengah persoalan yang sedang dihadapi untuk diselesaikan. Simposium ini adalah satu contoh yang baik.
EKSPERIMEN
95. Saya mencadangkan satu eksperimen yang saya harap tuan-tuan dan puan-puan yang sudah berumah tangga tidak melaksanakannya. Cubalah duduk dengan isteri pada satu petang dan cuba minta si isteri atau si suami menulis karangan yang panjang lebar mengenai keburukan kita.
96. Si isteri menulis mengenai keburukan si suami dan si suami pun menulis keburukan si isteri. Saya percaya setelah selesai kita berdua mengarang dan apabila kita tukar karangan kita dan kita masing-masing membaca karangan yang lain maka besar kemungkinan kita akan bercerai.
97. Tetapi jika si suami mengarang yang baik mengenai si isteri dan si isteri mengarang yang baik-baik mengenai si suami, setelah karangan kita ditukar lantas kita membacanya, maka setelah selesai membaca kita akan merasakan seolah-olah kita baru mendirikan rumah tangga.
98. Jika bangsa Melayu sahaja yang ada dalam negara Malayia dan jumlah bangsa Melayu dalam negara ini meningkat jumlah 50 juta orang, mungkin kita dapat menikmati sikap tidak ‘tolerant’ terhadap keahlian dan pendapat-pendapat orang lain. Tetapi sementara kita berada sebagai golongan yang hampir ‘minority’ di dalam negara kita sendiri, saya berasa bimbang gejala-gejala pemisah di atas akan menyebabkan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
MERDEKA
99. Semenjak kita Merdeka sehingga sekarang banyak sekali para cerdik pandai yang telah keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi untuk memainkan peranan sebagai pemimpin di semua peringkat di dalam masyarakat. Jika mereka-mereka ini tidak terdidik dengan pengetahuan sejarah bangsa sendiri saya bimbang banyak masalah yang telah dihadapi oleh pemimpin-pemimpin di masa silam dan telah diselesaikan, cara penyelesaiannya tidak difahami oleh mereka. Golongan ini tidak akan berterima kasih kepada jasa-jasa orang tua.
100. Pada hari ini anak-anak muda dari semua bangsa di negara ini akan berasa tidak puas hati dengan apa yang mereka lihat sekarang. Ini adalah normal. Anak-anak muda Melayu akan kecewa dengan prestasi bangsanya di dalam bidang ekonomi. Anak-anak muda bukan Melayu akan kecewa dengan prestasi bangsanya dalam bidang politik.
PERPADUAN RAKYAT
101. Perasaan tidak puas hati ini boleh membawa kepada perasaan marah dan takut sesama sendiri yang akan menjadi faktor penghalang kepada usaha melahirkan kerjasama yang erat sehingga tercapainya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
102. Usaha mengurangkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat hendaklah dilakukan dengan memahamkan kepada mereka sejarah Negara secara berperingkat-peringkat dengan merangkumi:
102.i. Zaman penjajahan Portugis dan Belanda;
102.ii. Zaman kedatangan Inggeris hingga tahun 1946;
102.iii. Zaman perjuangan menuju kemerdekaan sehingga tercapai kemerdekaan pada tahun 1957;
102.iv. Zaman merdeka hingga peristiwa 13 Mei 1969 dan
102.v. Dari 13 Mei 1969 hingga sekarang – Zaman Dasar Ekonomi Baru.
103. Dengan adanya kesedaran, pengetahuan dan pengertian sejarah, dan dengan adanya pemahaman yang mendalam mengenai perjanjian yang termaktub dalam Perlembagaan, barulah rancangan masa depan untuk menyatupadukan rakyat dapat disusun bersama-sama, dengan teratur, dan dilancarkan dengan licin tanpa percanggahan.
POLITIK
104. Perasaan takut bangsa Melayu atas kemampuan pemimpin-pemimpinnya untuk mempertahankan kekuasaan politik menjadi bertambah berat apabila mereka lihat jumlah pengundi-pengundi bukan Melayu untuk masa-masa akan datang akan menjadi bertambah banyak.
105. Ada yang merasa gelisah dengan adanya ‘Rancangan Keluarga’ kerana merasa takut hanya Melayu sahaja yang akan merancang sedangkan yang bukan Melayu tidak merancang dan jumlah pengundi mereka akan bertambah.
106. Ada pula di kalangan kita yang menjadi lebih takut apabila mengetahui bahawa sejumlah besar dari pendatang haram Vietnam, terdiri dari keturunan China, yang mungkin setelah lama mendatang secara haram, nanti menjadi halal sehingga dapat mengundi untuk turut bersama melemahkan kedudukan politik bangsa Melayu.
107. Ketakutan ini bertambah berat sehinggalah pihak Kerajaan menyarankan tindakan tegas yang akan diambil ke atas pendatang-pendatang haram seandainya negara-negara ketiga tidak hirau untuk mengambil mereka ke sana.
108. Kita sering mendengar kecaman negara-negara ketiga yang asas kelahiran negaranya ialah dengan pendatangan haram bangsa-bangsa Eropah yang menjadi halal kerana kekuasaan dan jumlah penduduk yang banyak dari kalangan mereka.
109. Tidak hairanlah jika negara yang asas kelahirannya sendiri ialah dengan pendatang haram terus, seperti Amerika Syarikat dan Australia, bersimpati terhadap pendatang-pendatang haram yang datang ke Malaysia dan mengiktirafkan pendatang-pendatang haram ini senagai ‘refugees’ atau pelarian perang, sedangkan pendatang-pendatang haram ini lari dari negara mereka sendiri setelah lama perang selesai dan mungkin mereka telah bersubahat dengan pihak komunis di Vietnam berada di bawah perlindungan atau patronage negara China.
110. Apakah kerana perhubungan antara negara China dengan negara Vietnam sudah menjadi tidak baik maka rakyat Vietnam dari keturunan China merasa tidak selamat lagi di dalam negara mereka.
111. Sama-sama kita mendoakan semoga usaha Kerajaan di Geneva akan berhasil.
KESILAPAN ORANG TUA
112. Tetapi ada juga di kalangan pemimpin-pemimpin kita yang muda yang sebagai ‘witch hunter’ mencari kesilapan orang tua-tua yang telah mengizinkan orang-orang China menjadi rakyat di dalam negara. Mereka tidak mengetahui implikasi dari peranan begini.
113. Mereka lupa bahawa peperangan akhir yang pernah dilakukan oleh bangsa Melayu ialah di zaman Melaka.
114. Mereka lupa bahawa keagongan Inggeris pada tahun 1946 di dalam bidang ketenteraan apabila baru sahaja menewaskan Jepun dan Jerman dalam perang Dunia Kedua tidak mungkin dapat diatasi oleh kekuatan Melayu pada waktu itu.
115. Mereka juga lupa apabila Inggeris menawarkan kemerdekaan kepada orang-orang Palestin dengan syarat Yahudi diterima sebagai rakyat, pihak Palestine telah menolak. Akhirnya Yahudi datang begitu ramai sehingga negara Israel telah tertubuh dan orang-orang Palestin terpaksa meminta kepada orang Israel untuk menjadi rakyat dalam negara asalnya sendiri. Apakah yang akan jadi pada negara kita jika kita tidak menerima syarat-syarat kemerdekaan dan jumlah pendatang yang dihalalkan oleh Britain mengikut laju kedatangan antara 1946-1956.
116. Memandang dari segi halangan yang ada pada waktu itu maka kemerdekaan kita telah difikirkan wajib dan perlu dicapai secara perundingan dengan mewujudkan Perlembagaan yang merupakan satu perjanjian.
117. Mungkin ada orang yang masih ingin menunjukkan kebijaksanaanya untuk memperkecilkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita yang merundingkan kemerdekaan pada tahun 1957; tetapi kita harus mengerti bahawa kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan tahun 1979 untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita pada tahun 1957 sebagaimana juga cucu kita di tahun 1999 tidak boleh menggunakan kebijaksanaan pada masa itu untuk menyelesaikan masalah kita sekarang.
118. Pemimpin-pemimpin, di satu-satu waktu dan ketika, hanya dapat menggunakan kebijaksanaan yang optimum yang terdapat pada waktu itu untuk menyelesaikan masalah semasa.
119. Tidak ada gunanya kita menyesali datuk nenek moyang kita kerana logiknya daripada pemikiran demikian akhirnya akan membawa kita kepada kesesatan sehingga mengutuk Nabi Adam kerana memakan buah khalkum hingga dikeluarkan dari syurga dan dhantar ke dunia. Mereka lupa kepada Qadha dan Qadar.
EKONOMI
120. Dalam bidang ekonomi, kita pada mulanya, telah terperangkap dengan ‘sistem ekonomi bebas’ dan ‘capitalism’. Kita menghadapi dilemma ‘Malay capitalism without Malay capital’.
121. Sistem ekonomi bebas bererti pihak swasta dibebaskan daripada kongkongan kerajaan tetapi ini tidak bererti bahawa pihak swasta tidak ingin mengongkong ekonomi negara.
122. Sistem ekonomi bebas yang memberi kebebasan untuk bersaing dalam bidang ekonomi, tanpa bantuan khas kepada bangsa yang telah dianaktirikan oleh penjajah, turut menjejas perpaduan bangsa lebih-lebih lagi kerana tiap-tiap bangsa itu mempunyai fungsi ekonominya yang tersendiri.
123. Usaha menghapuskan perbezaan pencapaian di bidang ekonomi di kalangan berbilang bangsa dengan penekanan yang diberi kepada yang kurang memerlukan penglibatan kerajaan melalui agensi-agensinya. Usaha ini telah disalahertikan, dan mungkin disalahgunakan, oleh pihak yang berkepentingan dan kaya raya sehingga usaha untuk menghapuskan satu faktor yang menyebabkan perpecahan telah dianggap sebagai faktor yang memecahbelahkan perpaduan itu sendiri.
124. Apabila Inggris menyerahkan kekuasaan politik kepada bangsa Melayu mereka sebenarnya masih menguasai keadaan ekonomi dengan saluran-saluran pengedaran yang tetap di tangan kuncu-kuncunya. Sekarang ini dengan penuh kesedaran dan kesederhanaan kita telah menetapkan matlamat yang harus dituju dengan beraninya.
125. Malangnya ada pihak yang menakut-nakutkan atas kemungkinan sasaran 30% ini tidak tercapai tanpa terus berfikir untuk memberi sumbangan masing-masing supaya ianya tercapai.
126. Mungkin kita perlu simposium atas tajuk ini pada tiap-tiap tahun.
127. Sekarang ini kita sedang kena ‘demam 30’. Kita sudah menjadi takut kalau-kalau kita tidak mencapai matlamat ini. Ketakutan ini sudah menular ke semua peringkat sehingga saya pernah berjumpa seorang penjual kacang putih di Pulau Pinang – apabila saya bertanya masalah yang dia sedang hadapi, dia menyatakan dia tidak mempunyai masalah, tetapi dia takut kerana di Pulau Pinang ini daripada 30 lebih peniaga-peniaga kacang putih yang dia kenal, hanya 2 orang sahaja terdiri dari orang Melayu. Katanya tidak sampai 30%.
128. Sekadar takut sahaja 30% tidak tercapai belum merupakan penyelesaian. Yang penting ialah seluruh tenaga cerdik pandai dan profesyenal, malah seluruh tenaga bangsa, perlu terus digerakkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
129. Saya ingin memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya jangan bertindak untuk menghalang tercapainya matlamat ini sehingga hilang kesabaran bangsa Melayu. Apabila Melayu sudah hilang kesabaran maka mungkin mereka akan mengambil sikap lain iaitu untuk bersatu, jika kita tidak boleh sama-sama senang ada baiknya kita sama-sama susah.
130. Kerana garis pemisah antara hidup menderita dan mati adalah terlalu halus.
PUAS, BIMBANG DAN TAKUT
131. Sementara anak-anak muda Melayu berasa ketakutan dengan ancaman terhadap kekuatan politik bangsanya, anak-anak muda bukan Melayu pula merasa terancam keagungan ekonomi bangsanya. Sementara orang-orang Melayu ingin memegang terus kuasa politik, mereka juga ingin mendapat hak yang lebih dan adil dalam bidang ekonomi. Orang-orang bukan Melayu juga mahukan apa yang mereka katakan hak yang lebih adil dalam bidang politik, sementara mereka ingin mengekalkan kuasa mereka di dalam bidang ekonomi.
132. Peratus yang boleh diterima oleh semua pihak sebagai ‘adil’ pun masih belum ada ketentuan.
133. Pendek kata bagi orang-orang Melayu ada bidang yang mereka merasa puas, ada bidang yang mereka tidak puas dan ada bidang yang mereka merasa takut.
134. Sementara orang-orang Melayu puas hati dengan kedudukan politiknya tetapi kita tidak puas hati dengan pencapaian di bidang ekonomi dan merasa takut kalau-kalau kedudukan politik kita terancam.
135. Bukan Melayu yang dikatakan menguasai 84% pengurusan swasta dengan 40% saham dimilikinya merasa puas tapi tidak begitu puas dengan peranan yang mereka perolehi dalam bidang politik dan mereka takut kalau-kalau Dasar Ekonomi Baru menyebabkan usaha Melayu untuk mencapai 30% akan terlajak sehingga mengancam bahagian mereka.
136. Oleh kerana semua bangsa dalam negara mempunyai bidang-bidang yang mereka tidak puas hati dan ada bidang-bidang yang mereka tidak puas hati, bimbang atau takut, dan ada bidang-bidang yang mereka merasa terancam; maka lahirlah politik takut-menakutkan di satu pihak sebagai cara berpolitik yang berbeza dengan politik pemerintahan yang sedia ada iatu politik yakin meyakinkan. Atas ketakutan rakyat inilah suburnya politik pembangkang sebagaimana jelas dengan desakan-desakan dalam hal Universiti Merdeka.
PEMIMPIN BARU
137. Oleh itu, bagi pepimpin-pemimpin muda atau pemimpin-pemimpin baru cabaran masa depan adalah hebat, dan harapan bangsa kepada kemampuan pemimpin baru untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang sebahagian darinya telah saya sebutkan tadi adalah begitu besar sekali.
138. Sehingga ini saya berharap jelaslah kepada saudara-saudara yang bijaksana sekalian bahawa setelah kita mendalami sedikit sebanyak mengenai masalah-masalah yang ada kita perlu membuka pintu ke arah mencari penyelesaian.
139. Setakat ini semua masalah-masalah yang ada telah melahirkan perasaan takut dan bimbang.
140. Soalnya, apakah perasaan takut ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk menyelesaikan masalah, ataupun apakah perasaan takut ini dapat membantu kita untuk maju. Apakah perasaan takut ini boleh menjadikan semangat kita lemah dan kita menyerah, ataupun adakah perasaan takut ini dapat diubah oleh pemimpin-pemimpin baru supaya menjadi perasaan berani.
141. Sejarah tidak diukir oleh fahaman dan ideology tetapi sebaliknya fahaman dan ideology dijadikan sebab dan alasan oleh pemimpin yang berani yang menjadi pengukir sejarah.
142. Setakat adanya beberapa orang pemimpin negara sahaja yang mempunyai ketegasan dan keberanian adalah tidak mencukupi. Keberanian untuk menempuh masa depan perlu menjadi senjata bagi semua pemimpin di semua peringkat.
143. Saya yakin jika keberanian kita masih tidak dapat menyelesaikan masalah maka masalah itu tidak akan boleh diselesaikan dengan lebih baik lagi dengan ketakutan.
144. Saya ingin membawa saudara-saudara sekalian kepada pengalaman-pengalaman yang telah dilalui oleh bangsa-bangsa lain di beberapa negara di dunia.
INGGERIS
145. Jika kita ambil Inggeris sebagai contoh adalah tidak susah bagi kita untuk melihat perkembangan ekonomi Inggeris di waktu mereka cergas di dalam kerja-kerja menjajah. Perkembangan ekonomi Inggeris tidak boleh dilihat secara terpisah dari semangat bangsa Inggeris di waktu itu dan kemampuan dan keberanian mereka untuk menguasai negara-negara asing dan menjajah bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.
146. Kita tidak membincangkan di sini samaada penjajahan itu baik atau tidak kepada yang dijajah. Kita lebih memandangkan semangat dan keberanian bangsa Inggeris di waktu itu, dan kita tidak boleh memandang kepada keberanian ini secara terpisah dari perkembangan ekonomi Inggeris.
147. Saya tidak memandang perkara ini sebagai seorang orang politik tetapi sebagai seorang yang sedang mencari di mana letaknya kejayaan bangsa Inggeris di zaman lanun Francis Light dan Francis Drake.
AMERIKA
148. Jika kita perhatikan kepada negara Amerika Syarikat kita menyangka bahawa kemampuan mereka di bidang teknologi dan keahlian mereka di bidang pengurusan adalah menjadi sebab mereka berjaya di dalam perniagaan; tetapi kemajuan di bidang teknologi dan keahlian di bidang pengurusan adalah kebolehan-kebolehan baru yang tidak ada pada pendatang-pendatang asal ke Amerika Syarikat.
149. Saya sungguh berminat untuk menarik perhatian saudara-saudara bahawa yang menjadi rakyat Amerika Syarikat adalah orang-orang yang berketurunan Sepanyol, Poland, Italy, Perancis, Inggeris, German, Scandinavia dan lain-lain bangsa Eropah.
150. Mereka yang berangkat ke Amerika Syarikat telah menjadikan Amerika Syarikat lebih hebat dari negara asal mereka sendiri. Ini disebabkan bahawa orang-orang Sepanyol, Perancis, Inggeris, Italy dan lain-lain yang merantau menyeberangi lautan Atlantic dan membawa hamba-hamba abdi dari Afrika ke sana serta membunuh Red-Red Indian dan berkelahi sesama sendiri, sebagaimana yang kita lihat di dalam filem-filem “Western”, dan akhir-akhirnya berperang untuk menuntut kemerdekaan, ini jelas menunjukkan bangsa Amerika mempunyai semangat dan keberanian yang tinggi.
151. Semangat dan keberanian yang ada pada orang-orang Eropah yang berani menyeberang lautan Atlantic inilah yang patut dijadikan contoh untuk kita membangun.
JEPUN
152. Jika kita lihat ke negara Jepun kita tidak dapat melupakan nama-nama seperti Mitsubishi, Mitsui, \Marubeni, Sumitomo dan Dai-Ichi Kangyo sebagai nama-nama institutsi perdagangan dan perusahaan pimpinan Samurai yang telah disusun semula sebagai gergasi ekonomi setelah zaman peralihan Maharaja Meiji pada tahun 1868. Mereka diambil alih oleh Samurai pada tahun 1873.
153. Apabila pahlawan-pahlawan Samurai mendapati bahawa peranan mereka sebagai pahlawan perang sudah tidak bererti lagi, dengan adanya pemodenan angkatan perang Jepun, maka mereka telah meninggalkan dunia peperangan dan memasuki dunia perniagaan untuk berperang dalam bidang ekonomi pula.
154. Mereka tidak mempunyai keahlian di bidang sains dan teknology dan mereka juga tidak mempunyai keahlian di bidang pengurusan tetapi sebagai Samurai mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, semangat yang tinggi dan keberanian yang begitu hebat dan mereka berani mengambil resiko-resiko untuk menuju matlamat.
155. Mereka menganggap dunia perniagaan sebagai peperangan dan mereka merasakan penjajahan ke atas negara asing tidak semestinya di bidang politik tetapi boleh di bidang ekonomi. Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin perniagaan Jepun menjadikan buku “War Memorial of the Japanese Imperial Army” sebagai buku yang diisikan ke dalam ‘tape’ untuk didengar dalam motokar semasa dalam perjalanan mereka dari rumah ke pejabat.
156. Saya ingin mengulangi bahawa saya tidak membicarakan Jepun hari ini. Saya sedang menyelami sejarah perkembangan ekonomi, perdagangan dan perindustrian Jepun.
JERMAN
157. Jika diambil bangsa Jerman, kita tidak dapat melupakan pemimpin-pemimpin yang berani seperti Bismarck dan Hitler. Samaada bangsa Jerman itu dari Timur atau dari Barat – di Timur di kalangan negara-negara blok komunis mereka menjadi negara komunis yang paling maju dan di Barat mereka menjadi negara yang paling maju di kalangan negara-negara blok kapitalis \Barat.
158. Oleh itu bukanlah komunisma atau kapitalisma yang bertanggung jawab ke atas kemajuan bangsa Jerman tetapi keberanian bangsa itu sendiri; semangat patriotik, semangat berjuang yang menyebabkan mereka habis mengorbankan segala-segalanya untuk matlamat yang dicita-citakan.
159. Sememangnya semangat begini boleh menjadi berbahaya di dalam perang tetapi jika digunakan dalam usaha menjayakan diri di bidang ekonomi, kita pasti akan berjaya.
160. Bangsa Jerman mungkin berbangga dengan berbagai macam ciptaan sains dan sistem pemasaran barang-barang yang kuat dan baik seperti Volkswagen dan Mercedes Benz.
161. Tetapi kita bukan mencari carta organisasi atau definasi tugas ataupun pembahagian tugas bagi pegawai-pegawai Jerman di dalam satu-satu organisasi. Kita sedang melihat kepada isi di dalam tubuh badan bangsa Jerman itu sendiri yang menjadi syarat utama mencapai kejayaan.
SCANDINAVIA
162. Saya tidak hairan jika bangsa Scandinavia menjadi satu bangsa yang maju kerana bangsa ini adalah keturunan ‘Viking’.
ASIA BARAT
163. Saya yakin dan percaya bangsa Palestin di Asia Barat, yang sedang berjuang begitu lama, akan nanti mempunyai kekuatan di dalam diri dan apabila mereka berhenti dari perang nanti, semangat yang sama akan menyebabkan negara mereka membangun begitu pesat, Insya Allah.
KOREA
164. Bangsa Korea dahulunya telah tidak dikenal sebagai bangsa yang membangun. Mereka telah dijajah oleh Jepun untuk sekian lama tetapi apabila mereka menjadi negara merdeka mereka telah dapat menghidupkan semangat berjuang seperti yang ada pada diri Admiral Yi Shun-Shin yang telah mengalahkan Jepun dengan pasukan “Armada Penyu” pada tahun 1952-158. Sekarang mereka sudah menjadi pencabar kepada Jepun di bidang ekonomi sedangkan Korea Selatan hanya setengah daripada seluruh Korea.
CHINA
165. Jika kita melihat kepada bangsa China jelaslah bahawa orang-orang China yang berada di luar negeri China adalah lebih mewah daripada orang-orang China yang tinggal di China sendiri. Banyak orang-orang keturunan China yang kaya di London, New York, San Francisco dan di tiap-tiap kota negara ASEAN seperti Bangkok, Manila, Singapore, Indonesia dan supaya tidak ketinggalan – Kuala Lumpur.
166. Apakah bezanya antara orang-orang China yang berada di luar negeri dan orang-orang China yang berada di tanah besar China.
167. Adalah jelas bahawa China-China yang merantaau dan berada di luar negeranya, sebagai pendatang, telah menyeberangi Laut China Selatan dan laut-laut besar yang lain selalunya tanpa kekayaan material tetapi dengan semangat keberanian yang tinggi untuk mengendalikan hidup baru dengan jayanya.
168. Orang-orang China yang tinggal di tanah besar China adalah tidak semaju orang-orang China yang berada di luar negeri dan oleh kerana mereka mendapati susah untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing, mereka telah memutuskan untuk menyamakan kekayaan di peringkat ketinggian paling rendah semoga yang paling miskin juga menjadi yang paling kaya.
169. Bukan China sebagai satu bangsa yang mempunyai semangat tetapi hanya China yang telah menjelajah dan merasai pahit maung untuk sampai ke tempat mereka sekarang yang mempunyai keberanian mengambil resiko untuk menhadapi cabaran.
170. Tidak ada bezanya antara orang-orang China yang berada di tanah besar China dengan orang-orang Melayu yang tinggal di Malaysia. Malah, kita adalah lebih hebat.
171. Tidak ada bezanya antara kehebatan Melayu dengan kehebatan yang disangka ada pada generasi muda China di Malaysia yang sama-sama tidak berpengalaman.
INDIA
172. Jika kita perhatikan orang keturunan India kita hanya perlu pergi ke London untuk melihat bukti bahawa orang-orang India, umumnya yang berada di luar negeri, adalah lebih berhasil dari mereka yang tinggal di India.
173. Itulah sebabnya pedagang India di Uganda telah menyakitkan hati Idi Amin.
174. Saya mendapat tahu seorang keluarga India di Jakarta mengirim kad jemputan untuk perkawinan anaknya hingga ke seluruh dunia, menjemput kawan-kawan dan pembesar-pembesar walaupun tidak dikenali untuk menghadiri resepsi perkahwinan anaknya di Hotel Borobudur.
175. Saya menolak anggapan bahawa bangsa India dan China sebagai bangsa telah mencapai kejayaan kerana bangsanya – kerana saya lihat bangsa yang sama tidak begitu berhasil di negara asal. Tetapi mereka yang di luar negara ibunda mereka berhasil kerana semangat mereka, kerana mereka telah menghadapi risiko dan gelombang hidup yang begitu sukar. Anak-anak mereka bernasib baik kerana dapat bertolak dari pentas ekonomi yang lebih tinggi sedangkan anak-anak Melayu tidak berbapakan jutawan..
MELAYU
176. Bangsa Melayu di Malaysia telah tidak terdedah kepada cabaran yang hebat di masa-masa yang telah sudah.
177. Tetapi kita melihat bangsa Melayu yang berada di Ceylon dianggap oleh orang-orang Ceylon sebagai bangsa yang paling rajin dan amanah. Kita mengetahui ada orang Melayu yang senang dan lebih senang di Madagaskar dan ada orang-orang Melayu yang berniaga dengan jayanya di London yang sewaktu berada di Malaysia mereka gagal.
178. Tetapi ini tidak bererti orang-orang Melayu perlu berusaha untuk mencetuskan peperangan ataupun orang-orang Melayu perlu merantau ke negara-negara lain sehingga yang tinggal di negara ini tidak dapat mempertahankan kuasa politiknya.
KEBERANIAN
179. Adalah penting bagi kita memahami bahawa keberanian itu merupakan salah satu daripada syarat terpenting untuk maju. Di dalam bukunya yang bernama Lima dza ta akhkhara’l Muslimuuna wa Limaa dza Taqaddama Ghairuhum – Mengapa kaum Muslimin mundur dan mengapa kaum selain mereka maju, Al Amier Syakib Arsalan telah menggambarkan hanya mereka yang berani mati sahaja yang layak hidup.
180. Apa yang dimaksudkan ialah kita perlu menanamkan semangat keberanian, semangat berjuang kepada pemimpin-pemimpin masa depan dan mereka hendaklah berkemampuan untuk mencungkil kembali semangat ini semoga kita tidak melahirkan bangsa-bangsa yang hanya mempunyai “accumulative instinct”, naluri mencari kekayaan, dan tidak langsung ada jiwa pengorbanan.
JANGAN TAKUT
181. Jika semangat dan keberanian merupakan syarat untuk maju apakah patut bangsa Melayu ini ditakut-takutkan? Apakah usaha menakutkan bangsa boleh memberi manfaat jangka panjang.
182. Saya tidak yakin bangsa yang ditakut-takutkan boleh mencapai kemajuan. Walau bagaimanapun kita tidak dapat mengikis ketakutan hanya dengan begitu sahaja. Seseorang bayi yang merasa ketakutan akan membangunkan ibu di waktu malam, seseorang isteri akan menggerak, mengejut atau membangunkan suaminya jika merasa ketakutan tetapi apabila bangsa menjadi takut mereka akan mencari inspirasi dari pemikir, pujangga, ulama, ahli falsafah dan pemimpin-pemimpinnya.
183. Oleh kerana kebanyakan anggota bangsa tidak mengetahui sejarah bangsa sendiri maka adalah menjadi tanggung jawab bagi semua pemimpin baru memperkenalkan tokoh-tokoh Melayu dan tokoh Islam, pujangga-pujangga Melayu dan Islam dan ahli-ahli falsafah Melayu dan Islam, supaya orang-orang Melayu menjadi berani dan dapat membangun; membangun bukan untuk menjahanamkan sesama sendiri, tetapi membangun untuk mengawasi perpaduan dan kekuatan politik, keadilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
184. Walau bagaimana pun perlu diingat selalu bahawa garis pemisah antara keberanian dengan kebodohan adalah terlalu nipis. Pendeknya jangan berani bodoh.
PEMIMPIN SEBAGAI PEJUANG
185. Saya telah sebutkan tadi bahawa kita perlu pemimpin-pemimpin yang berkorban. Pemimpin yang tidak berkorban tidaklah merupakan seorang ahli perjuangan. Kita di sini semuanya ingin menjadi pemimpin dan kita juga ingin menjadi pejuang; tetapi tidak jelas bagi kita pemimpin yang bagaimanakah yang dikatakan sedang berjuang kerana seseorang yang memimpin itu mungkin bukan seorang ahli perjuangan kerana untuk menjadi ahli perjuangan ia mestilah berani berkorban di dalam tugasnya.
186. Seseorang pemimpin yang bekerja mengikut masa yang ditentukan dan berfikir di dalam batasan waktu yang ditetapkan dengan bayaran gaji lumayan sebagai kompensasi tidak boleh dipanggil seorang pejuang, kerana tidak ada elimen pengorbanan di dalamnya dan tidak ada masa digunakan tanpa ganjaran gaji yang memuaskan.
187. Dia dikatakan sedang ‘makan gaji’.
188. Pendek kata seorang yang ingin dipanggil pejuang hendaklah berkorban bukan sahaja tenaga berfikir tetapi juga tenaga badan. Seseorang yang ingin dipanggil pejuang hendaklah mengorbankan harta benda, tenaga dan masa; sanggup menerima risiko sindiran dan kata-kata nista dari mereka yang tidak ingin melihat pemimpin atau pejuang itu berjaya. Seseorang yang mengundurkan diri kerana ianya telah dikecam tidak boleh dipanggil seorang pejuang. Kecaman dan sindiran dari orang, bekerja lebih masa tanpa bayaran kadangkala tanpa kasih, menggunakan tenaga yang berlebihan, memeras otak fikiran di waktu-waktu terluang, adalah asam garam hidup seorang pejuang.
TAKUT, PASIF DAN LEMAH
189. Saya menarik perhatian saudara-saudara kepada nasib 6 juta Yahudi di Eropah sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu oleh kerana semangat Yahudi takut, pasif dan lemah maka mereka telah berjalan dengan perlahan-lahan untuk memasuki ‘gas-gas chamber’ dan dengan baik menaiki trak dan kereta api yang membawa mereka ke ‘concentration camp’ di seluruh Eropah.
190. Mereka berjalan menuju mati dan mereka berjalan perlahan-lahan. Jika sekiranya semangat mereka tidak begitu sudah tentu daripada mati dengan secara terhina mereka akan memilih jalan lain iaitu untuk mati berjuang mempertahankan hak mereka.
BERANI BERJUANG
191. Itu ialah Yahudi di zaman Hitler. Jika kita melihat Yahudi sekarang yang berada di Israel. Walaupun 20 kali lebih banyak Arab daripada mereka di Israel, tetapi Israel terus tegak sebagai bangsa yang berani berjuang.
BERANI DAN BERKEMAHUAN
192. Saya teringat kisah seorang putera Greek Iskandar Zulkarnaen yang pada tahun 331 sebelum Nabi Isa telah menawan dengan jayanya kota Persepolis, ibu kota Empayar Parsi. Pada ketika ia berumur hanya 24 tahun ia telah memimpin angkatan perang di Arbela di mana dengan jumlah yang tidak sampai 30,000 Greek, ia telah memusnahkan tentera raja Darius Ketiga yang berjumlah 150,000 orang Parsi.
193. Begitu hebat keberanian dan kemahuan Iskandar hingga pada waktu meninggalnya pada umur 33 tahun ia telah menguasai sebahagian besar daripada benua Asia yang bertamadun. Ia meninggalkan kebudayaan Greek untuk kekal di negara-negara sekitar Mediterranean.
194. Sebagai penutup saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin baru termasuk saya sendiri supaya meningkatkan taraf pencapaian mental, jasad dan roh, MENJARO, semoga kita kuat berfikir dan berpelajaran, kuat tenaga untuk bertindak dengan cita-cita yang paling suci dan diredhai oleh Allah SWT.
195. Semoga kita dapat tinggalkan saja perasaan takut di dalam kamus tetapi kita buangkannya dari hati.
196. Semoga dengan adanya pemimpin-pemimpin baru yang berani dan gigih maka bangsa Melayu akan bersatu, kemudiannya bangsa Melayu yang bersatu akan memimpin berbilang kaum di Malaysia. Dengan kemahuan yang tinggi dan keberanian bertindak kita akan berjaya mengekalkan keutuhan politik dan kita akan dapat merasa nikmat kejayaan di bidang ekonomi, kita juga akan berjaya meningkatkan terus tahap pencapaian kita di bidang kerohanian semoga kita berbahagia di dunia dan selamat di akhirat.
196. Sekian, dengan nama Allah saya merasmikan ‘Simposium Kepimpinan Melayu Baru- Cabaran dan Harapan’.
Dewan Tunku Canselor
Tarikh: 20hb Julai 1979
Ucapan di atas telah diturunkan pertama sekali dalam blog ini pada 24 Mac 2012.
Ucapan di atas telah diturunkan pertama sekali dalam blog ini pada 24 Mac 2012.
Datuk,
ReplyDeleteUMNO Baru yang diasaskan oleh keturunan pendatang dari India, satelah memusnahkan UMNO Tulin telah merosakan Bangsa Melayu. Hanya dua pemimpin politik tertinggi Melayu yang benar benar berjasa kapada Bangsa Melayu - Tun Razak & Hussin Onn.Pemimpin UMNO Baru terkini menjadikan Bangsa Melayu penunggu habuan yang ditaburkan sabelum pilihan raya.
Datuk,
ReplyDeletePemimpin UMNO Baru bermewah dengan salah guna kuasa diatas keperitan rakyat yang bodoh dan diperbodohkan.
Inilah senarai antara jasa pemimpin UMNO Baru yang dipetik dari Warong Pak Yeh:
.."Takde menanggis pun.??? Takde insaf pun.??? Takde taubat pun.??? Takde bayar balek hutang dan rompakan pun.???
Kerana apa.???
1) Kerana nak bankerapkan negara dengan hutang RM500 billion.???
2) Kerana kalah judi RM30 billion duit Bank Negara oleh Dr M/Anwar Ibrahim/Nor Mohammad Yaakob.???
3) Kerana korupsen beli kapal selam Altantuya yang tak boleh selam dan menakibatkan Alatantuya terbunoh.???
4) Kerana berbelanja boros buat KLCC,Putra Jaya,Bakun Dam,KLIA, hingga negara bankerap dan nilai ringgit merudum.???
5) Kerana bankerapkan Bank Bumiputra.???
6) Kerana pembunohan Memali,Teo Beng Hock,Sarbini,Kugan dan lain2.???
7) Kerana Lingamkan Mahkamah.??? (Tanya keling, apa maana lingam.)
8) Kerana skandal BMF.???
9) Kerana skandal Lembu Kondo.???
10) Kerana korupsen Pewaja Steel.???
11) kerana korupsen MAS.???
12) Kerana korupsen PKFTZ.???
13) Kerana pinjam/rompak duit KWSP tanpa izin dari pencarum.???
14) Kerana salah urus/mismanage ekonomi negara.???
15) Kerana miskinkan rakyat bila nilai sebenar ringgit RM300 sudah jadi RM100 sahaja.???
16) Kerana bunoh petani padi dan tebu, bila impot beras dan gula oleh kroni(Syed AlBukhari dan Robert Kock).???
17) Kerana hisap darah rakyat lebeh RM30 ribu bagi setiap AP kereta. ???
18) Kerana hisap darah rakyat bila Toll di beri kapada kroni ???
19) Kerana naikan harga minyak walaupun telaga minyak adalah harta rakyat.???
20) Kerana naikan harga letrik kerana monopoly letrik.
21) Kerana naikkan harga ayer kerana bayar gaji kroni Director syarikat ayer, 1 juta setahun.???
Senarai pekong berulat UMNO/BN ini lah yang Muhyidin mahu sorok.!!!
Kerana hutang semua tak terbayar.!!!
Kerana perampok duit negara semua tidak di tangkap!!!
Sampai mampoihpun rakyat tak nak maafkan.!!!
Allah pun tak mahu maafkan.!!!
Campakkan sahaja UMNO/BN ka dalam api neraka.!!!.
Ayoh kita Revolusi.!!!
Kapada GAPIMA dan University Malaya,kenapa membuang masa dengan Pak Sanusi.Dia ini macam gendang raya kampong Acheh.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pendapat n pengalaman. Berguna utk dijadikan panduan Tarmizi Abdullah Maamuom. Ada d bangi sekarang
ReplyDelete923,1215 dan 634 adalah orang yang boleh membaca tetapi tidak faham apa-apa.Ini adalah kerana mereka tidak sedar yang mereka adalah spesis penakut.Jika ada keberanian pun,ianya adalah berani bodoh.
ReplyDelete