KEDAH MENUJU KEMAJUAN
BAHAN RENUNGAN
SEMPENA HARI PERTABALAN
KDYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG KE 14.
PEJUANG KEMERDEKAAN - DUA PERDANA MENTERI
1. Kedah ialah sebuah negeri yang istimewa dalam Malaysia. Selain Pahang hanya Kedah, setakat ini, yang sudah menyumbangkan dua Perdana Menteri untuk Malaysia.
2. Tokoh Kedah yang turut memperjuangkan kemerdekaan ialah Tan Sri Mohd Khir bin Johari, Tan Sri Dato' Senu Abdul Rahman, Tan Sri Azahari Taib, Tan Sri Abd. Khalid Abdullah dan lain-lain.
MONARKI TERTUA DI DUNIA
3. Kesultanan Kedah pula adalah 'monarchy' yang tertua, masih wujud, dan dari keturunan yang sama di dunia. Lebih lama dari mana jua keluarga monarchy di Britain, Jepun dan Thailand.
JADI YANG DI PERTUAN AGONG DUA KALI
4. DYMM Sultan Kedah pula telah memecah rekod dan sedang menjadi DYMM Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua. KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah Sultan Kedah yang ke 27, dan telah menaiki takhta sejak tahun 1958
5. Mengikut urutan kelamaan seseorang Sultan Kedah menduduki takhta, setakat ini, DYMM Tuanku Sultan Kedah menduduki takhta negeri Kedah selama 54 tahun dan adalah yang keempat paling lama di atas takhta negeri Kedah. Yang lebih lama ialah
i. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
( memerintah 68 tahun dari 1710 - 1778 )
ii. Sultan Abdul Hamid Halim Shah
( memerintah 62 tahun dari 1881 - 1943 )
iii. Sultan Mudzaffar Shah III
( memerintah 56 tahun dari 1546 - 1602 )
6. Jika dibandingkan dengan raja di Inggris, Scotland, Wales dan Ireland kita dapati pemerintahan yang tidak dari satu keturunan keluarga juga tidak dapat menandingi Kedah dari segi lamanya seseorang raja berada di atas takhta. Rekodnya untuk perbandingan ialah seperti berikut:
i. Queen Victoria of Great Britain and Ireland
from the House of Hanover
( Memerintah 64 tahun dari 1837 - 1901)
ii. King James VI of Scotland from the House
of Stuart
( Memerintah 58 tahun dari 1567 - 1625 )
( James I of England 1603 - 1625 )
iii. King Henry III of England from the House
of Plantagenet
( Memerintah 56 tahun dari 1216 - 1272 )
iv. Ruler of Wales Gruffydd ap Cynan
Lord of Gwynedd
( Memerintah 56 tahun dari 1081 - 1137 )
7. Walaupun Queen Elizabeth II yang berada di atas takhta United Kingdom sekarang ini sudah memerintah selama 60 tahun tetapi raja-raja yang ada di England, Wales, Scotland dan Ireland, yang sistem berajanya selama 1,255 tahun mereka tidaklah dari keluarga yang sama. Keluarga yang memerintah silih berganti ialah keluarga:
i. House of Wessex,
ii. House of Denmark,
iii. House of Normandy,
iv. House of Blois,
v. House of Argevin,
vi. House of Plantagenet,
vii. Lord of Gwynedd,
iix. Lord of Ceredigon,
ix. Lord of Dehuebarth,
x. House of Alpin,
xi. House of Dunkeld,
xii. House of Canmore,
xiii. House of Balliol,
xiv. House of Bruce,
xv. House of Stewart,
xvi. House of Stuart,
xvii. House of York,
xiix. House of Tudor,
xix. House of Orange,
xx. House of Hanover,
xxi. House of Saxe-Coburg-Gotha, dan
xxii. House of Windsor iaitu keturunan
Queen Elizabeth II sekarang ini.
8. Di Jepun pula, walaupun kerajaan mereka dikatakan wujud sejak tahun 660 BC tetapi selama 929 tahun sehingga tahun 269 Masehi terdapat 14 orang raja bersifat 'legendary' dan tidak jelas dari segi keturunan keluarga dan lamanya seseorang itu memerintah.
9. Raja di Jepun digelar 'Emperor' atau 'Maharaja' dan atas nama keluarga yang menaiki takhta dalam jangkamasa berkenaan digelar sebagai 'period'. Di sini diganti dengan 'keluarga'.
10. 9 Keluarga di raja, maharaja atau dinasti, yang berlainan, yang memerintah Jepun adalah seperti berikut:
10. i. Dari 270 Masehi hingga 539 Masehi selama 269 tahun Jepun diperintah oleh: 14 orang raja dari Keluarga Kofun. Catatan menyatakan tarikhnya kesemuanya tidak tepat belaka.
10. ii. Yang memerintah selepas keluarga Kofun ialah 15 orang raja dari keluarga Asuka dari 592 Masehi hingga 710 Masehi.
10. iii. Dari tahun 710 Masehi hingga 794 Masehi 8 orang raja dari Keluarga Nara telah memerintah Jepun
10. iv. Dari tahun 794 Masehi hingga 1185 Masehi untuk selama 391 tahun 32 orang raja dari keluarga di raja Heian telah mengambil alih tampuk pemerintahan.
10. v. 15 orang raja dari keluarga Kamakura memerintah Jepun dari tahun 1185 Masehi hingga 1333 selama 148 tahun.
10. vi. Dari 1333 Masehi hingga 1392 Masehi buat selama 59 tahun 6 orang raja dari kelompok yang bergelar Northern Court telah memerintah.
10. vii - iix. Keluarga Muromachi telah memerintah Jepun selama 240 tahun, dari 1333 Masehi hingga 1573 Masehi, di bawah 11 orang raja, walaupun untuk 59 dari 240 tahun kuasa raja bertindih dengan kuara pentadbir. Kemudiannya untuk selama 30 tahun dari 1573 Masehi hingga 1603 Masehi 2 orang raja dari keluarga Azuchi-Momoyama telah mendaki takhta Jepun.
10. ix. Dari tahun 1603 Masehi hingga sekarang 20 orang raja menaiki takhta Jepun, baik sebelum atau selepas zaman peralihan Maharaja Meiji (1868), dan sebelum sehingga selepas Peperangan Dunia Kedua, untuk selama 409 tahun, dari keluarga Edo.
11. Di Thailand pula keluarga yang memerintah digelar 'Dynasty'. Dinasti-dinasti berikut diturunkan dengan jumlah raja dan zaman pemerintahannya:
i. Kingdom of Sukhothai
Dinasti Phra Ruang (1238-1368, 1368-1438)
200 tahun dengan 6 orang raja.
Dalam tahun 1368 ada percubaan merampas
kuasa oleh Ayutthaya
ii. Kingdom of Ayutthaya
a) Dinasti 1st Uthong (1350-1370)
20 tahun dengan 2 orang raja.
b) Dinasi 1st Suphannaphum (1370-1388)
18 tahun dengan 2 orang raja.
c) Dinasti 2nd Uthong (1388-1409)
21 tahun dengan 2 orang raja.
d) Dinasti 2nd Suphannaphum (1409-1569)
160 tahun dengan 12 orang raja.
e) Dinasti Sukhothai (1569-1629)
60 tahun dengan 7 orang raja
f) Dinasti Prasat Thong (1630-1688)
58 tahun dengan 4 orang raja.
g) Dinasti Ban Phlu Luang (1688-1767)
79 tahun dengan 6 orang raja.
iii. Kingdom of Thonburi
a) Dinasti Thonburi (1768-1782)
14 tahun dengan 1 raja
iv. Kingdom of Rattanakosin, Siam (Thailand)
a) Dinasti Chakri (1782 hingga sekarang )
230 tahun dengan 10 orang raja.
12. Raja Thai kini sudah berada di atas takhta selama 66 tahun sejak 9 Jun, 1946.
13. Adalah jelas bahawa tiada dinasti atau keluarga di raja di dunia ini, selain Kedah Darul Aman, yang diperintah oleh keluarga yang sama, tanpa terputus dan dengan aman, selama 876 tahun sejak 1136 Masehi hingga 2012 Masehi.
14. Sama-samalah kita panjatkan do'a semoga KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. dan terus berada dalam keadaan sihat wal'afiat, sempena pertabalan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14, buat kali kedua, pada hari ini 11hb April, 2012. Amin.
15. Fakta-fakta ini diketengahkan untuk mereka yang masih mencurigai ketuanan Melayu. Sebagaimana tidak adanya raja keturunan China di Malaysia begitu jugalah tidak adanya raja Melayu di negara China.
SULTAN YANG PERTAMA MEMELUK UGAMA ISLAM DI MALAYSIA
JADI YANG DI PERTUAN AGONG DUA KALI
4. DYMM Sultan Kedah pula telah memecah rekod dan sedang menjadi DYMM Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua. KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah Sultan Kedah yang ke 27, dan telah menaiki takhta sejak tahun 1958
5. Mengikut urutan kelamaan seseorang Sultan Kedah menduduki takhta, setakat ini, DYMM Tuanku Sultan Kedah menduduki takhta negeri Kedah selama 54 tahun dan adalah yang keempat paling lama di atas takhta negeri Kedah. Yang lebih lama ialah
i. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
( memerintah 68 tahun dari 1710 - 1778 )
ii. Sultan Abdul Hamid Halim Shah
( memerintah 62 tahun dari 1881 - 1943 )
iii. Sultan Mudzaffar Shah III
( memerintah 56 tahun dari 1546 - 1602 )
MONARKI DI UNITED KINGDOM
6. Jika dibandingkan dengan raja di Inggris, Scotland, Wales dan Ireland kita dapati pemerintahan yang tidak dari satu keturunan keluarga juga tidak dapat menandingi Kedah dari segi lamanya seseorang raja berada di atas takhta. Rekodnya untuk perbandingan ialah seperti berikut:
i. Queen Victoria of Great Britain and Ireland
from the House of Hanover
( Memerintah 64 tahun dari 1837 - 1901)
ii. King James VI of Scotland from the House
of Stuart
( Memerintah 58 tahun dari 1567 - 1625 )
( James I of England 1603 - 1625 )
iii. King Henry III of England from the House
of Plantagenet
( Memerintah 56 tahun dari 1216 - 1272 )
iv. Ruler of Wales Gruffydd ap Cynan
Lord of Gwynedd
( Memerintah 56 tahun dari 1081 - 1137 )
7. Walaupun Queen Elizabeth II yang berada di atas takhta United Kingdom sekarang ini sudah memerintah selama 60 tahun tetapi raja-raja yang ada di England, Wales, Scotland dan Ireland, yang sistem berajanya selama 1,255 tahun mereka tidaklah dari keluarga yang sama. Keluarga yang memerintah silih berganti ialah keluarga:
i. House of Wessex,
ii. House of Denmark,
iii. House of Normandy,
iv. House of Blois,
v. House of Argevin,
vi. House of Plantagenet,
vii. Lord of Gwynedd,
iix. Lord of Ceredigon,
ix. Lord of Dehuebarth,
x. House of Alpin,
xi. House of Dunkeld,
xii. House of Canmore,
xiii. House of Balliol,
xiv. House of Bruce,
xv. House of Stewart,
xvi. House of Stuart,
xvii. House of York,
xiix. House of Tudor,
xix. House of Orange,
xx. House of Hanover,
xxi. House of Saxe-Coburg-Gotha, dan
xxii. House of Windsor iaitu keturunan
Queen Elizabeth II sekarang ini.
MONARKI DI JEPUN
8. Di Jepun pula, walaupun kerajaan mereka dikatakan wujud sejak tahun 660 BC tetapi selama 929 tahun sehingga tahun 269 Masehi terdapat 14 orang raja bersifat 'legendary' dan tidak jelas dari segi keturunan keluarga dan lamanya seseorang itu memerintah.
9. Raja di Jepun digelar 'Emperor' atau 'Maharaja' dan atas nama keluarga yang menaiki takhta dalam jangkamasa berkenaan digelar sebagai 'period'. Di sini diganti dengan 'keluarga'.
10. 9 Keluarga di raja, maharaja atau dinasti, yang berlainan, yang memerintah Jepun adalah seperti berikut:
10. i. Dari 270 Masehi hingga 539 Masehi selama 269 tahun Jepun diperintah oleh: 14 orang raja dari Keluarga Kofun. Catatan menyatakan tarikhnya kesemuanya tidak tepat belaka.
10. ii. Yang memerintah selepas keluarga Kofun ialah 15 orang raja dari keluarga Asuka dari 592 Masehi hingga 710 Masehi.
10. iii. Dari tahun 710 Masehi hingga 794 Masehi 8 orang raja dari Keluarga Nara telah memerintah Jepun
10. iv. Dari tahun 794 Masehi hingga 1185 Masehi untuk selama 391 tahun 32 orang raja dari keluarga di raja Heian telah mengambil alih tampuk pemerintahan.
10. v. 15 orang raja dari keluarga Kamakura memerintah Jepun dari tahun 1185 Masehi hingga 1333 selama 148 tahun.
10. vi. Dari 1333 Masehi hingga 1392 Masehi buat selama 59 tahun 6 orang raja dari kelompok yang bergelar Northern Court telah memerintah.
10. vii - iix. Keluarga Muromachi telah memerintah Jepun selama 240 tahun, dari 1333 Masehi hingga 1573 Masehi, di bawah 11 orang raja, walaupun untuk 59 dari 240 tahun kuasa raja bertindih dengan kuara pentadbir. Kemudiannya untuk selama 30 tahun dari 1573 Masehi hingga 1603 Masehi 2 orang raja dari keluarga Azuchi-Momoyama telah mendaki takhta Jepun.
10. ix. Dari tahun 1603 Masehi hingga sekarang 20 orang raja menaiki takhta Jepun, baik sebelum atau selepas zaman peralihan Maharaja Meiji (1868), dan sebelum sehingga selepas Peperangan Dunia Kedua, untuk selama 409 tahun, dari keluarga Edo.
MONARKI DI THAILAND
11. Di Thailand pula keluarga yang memerintah digelar 'Dynasty'. Dinasti-dinasti berikut diturunkan dengan jumlah raja dan zaman pemerintahannya:
i. Kingdom of Sukhothai
Dinasti Phra Ruang (1238-1368, 1368-1438)
200 tahun dengan 6 orang raja.
Dalam tahun 1368 ada percubaan merampas
kuasa oleh Ayutthaya
ii. Kingdom of Ayutthaya
a) Dinasti 1st Uthong (1350-1370)
20 tahun dengan 2 orang raja.
b) Dinasi 1st Suphannaphum (1370-1388)
18 tahun dengan 2 orang raja.
c) Dinasti 2nd Uthong (1388-1409)
21 tahun dengan 2 orang raja.
d) Dinasti 2nd Suphannaphum (1409-1569)
160 tahun dengan 12 orang raja.
e) Dinasti Sukhothai (1569-1629)
60 tahun dengan 7 orang raja
f) Dinasti Prasat Thong (1630-1688)
58 tahun dengan 4 orang raja.
g) Dinasti Ban Phlu Luang (1688-1767)
79 tahun dengan 6 orang raja.
iii. Kingdom of Thonburi
a) Dinasti Thonburi (1768-1782)
14 tahun dengan 1 raja
iv. Kingdom of Rattanakosin, Siam (Thailand)
a) Dinasti Chakri (1782 hingga sekarang )
230 tahun dengan 10 orang raja.
12. Raja Thai kini sudah berada di atas takhta selama 66 tahun sejak 9 Jun, 1946.
DO'A SEMPENA PERTABALAN
13. Adalah jelas bahawa tiada dinasti atau keluarga di raja di dunia ini, selain Kedah Darul Aman, yang diperintah oleh keluarga yang sama, tanpa terputus dan dengan aman, selama 876 tahun sejak 1136 Masehi hingga 2012 Masehi.
14. Sama-samalah kita panjatkan do'a semoga KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. dan terus berada dalam keadaan sihat wal'afiat, sempena pertabalan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 14, buat kali kedua, pada hari ini 11hb April, 2012. Amin.
15. Fakta-fakta ini diketengahkan untuk mereka yang masih mencurigai ketuanan Melayu. Sebagaimana tidak adanya raja keturunan China di Malaysia begitu jugalah tidak adanya raja Melayu di negara China.
SULTAN YANG PERTAMA MEMELUK UGAMA ISLAM DI MALAYSIA
16. Sultan Kedah yang pertama ialah Merong Maha Wangsa. Beliau beragama Hindu dan mendirikan kerajaan Hindu Buddha di Kedah. Sultan yang bernama Maharaja Derba Kedua adalah Sultan yang pertama memeluk ugama Islam di Malaysia. Beliau diislamkan oleh ulama Arab yang datang dari Aceh pada tahun 1136 Masehi. Nama Hindunya Maharaja Derba Kedua telah ditukar ke nama Islam iaitu Sultan Mudzaffar Shah. Baginda mangkat pada tahun 1179 setelah memerintah selama 43 tahun. Makamnya boleh diziarahi di tempat yang berada di antara pekan Bidong dan Merbok, di Kedah.
17. 1136 adalah tarikh bermulanya kesultanan Islam di Kedah. Pada tahun itu nama Sultan Kedah pertama yang berugama Islam diisytiharkan sebagai Sultan Mudzaffar Shah. Itulah sebabnya masjid di Sungai Petani telah diberi nama Masjid Sultan Mudzaffar Shah.
CANDI PERTAMA DI TENGGARA ASIA
17. 1136 adalah tarikh bermulanya kesultanan Islam di Kedah. Pada tahun itu nama Sultan Kedah pertama yang berugama Islam diisytiharkan sebagai Sultan Mudzaffar Shah. Itulah sebabnya masjid di Sungai Petani telah diberi nama Masjid Sultan Mudzaffar Shah.
CANDI PERTAMA DI TENGGARA ASIA
18. Merbok adalah tempat adanya Candi Hindu pertama di Malaysia; diikuti dengan pembinaan candi Borobudur yang kedua di Jogjakarta, Indonesia dan candi ketiga Angkor Watt di Cambodia. Candi-candi ini bertindih wajah antara Hindu dan Budha. Candi Hindu di Merbok kini tidak berfungsi lagi sebagai tempat ugama.
(Sebaliknya dikisahkan bahawa sekitar tahun 800 Masehi terdapat sebuah candi Hindu di Indrapuri di Aceh. Candi ini tidaklah sebesar kawasan candi di Merbok. Di tapak inilah terdiri Masjid pertama di atas tempat sedemikian di Tenggara Asia.
Candi di Indrapuri dulunya merupakan bagian dari tiga benteng yang berbentuk segitiga sebagai titik tiga kerajaan Hindu terbesar di Aceh masa itu. Benteng lainnya adalah Indrapatra di Ladong dan Indrapurwa di Lambadeuk. Seiring dengan berkembangnya Islam di Aceh bangunan candi yang dibangun kerajaan Indrapuri itulah yang diruntuhkan untuk dibina masjid yang bernama Masjid Indrapuri itu. Pembinaan ini telah dilakukan di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607 - 1636 )
SATU-SATUNYA NEGERI YANG BERTENTANGAN SAMUDERA
19. Kedah adalah satu-satunya negeri di Malaysia, khususnya Pulau Langkawi, yang menghadapi samudera atau ocean (bukan lautan atau sea), iaitu Indian Ocean, sedangkan negeri-negeri lain kesemuanya menghadapi lautan sahaja seperti Selat Melaka dan Lautan China Selatan. Negeri-negeri lain tidak berpengalaman menghadapi ombak besar seperti Tsunami yang telah dihalang oleh Aceh dari melanda Kedah walaupun sampai juga sekadarnya ke Pulau Langkawi.
DUTA IRAN MENGKAJI SAMUDERA BENGAL
20. Di waktu saya menjadi Menteri Pertanian saya telah ditemui oleh Duta Iran ke Malaysia, di waktu itu, untuk mendapat izin dari kerajaan Malaysia bagi membolehkan beliau mengkaji 'The Bay of Bengal', iaitu sebahagian dari Samudera India yang letaknya bertentangan dengan Kedah.
21. Saya masih di Kementerian Pertanian apabila Duta Iran selesai dengan kajiannya untuk beliau mendapat kelulusan ijazah PhD.
22. Beliau telah memberitahu kepada saya, sebelum beliau berangkat pulang atau bertukar ke negara lain sebagai Duta, bahawa antara hasil kajiannya itu beliau mendapati bahawa seseorang nelayan di pantai Karamandal, di timur India, akan hanyut ke Malaysia, dibawa ombak, jika layarnya patah atau dayungnya tercampak sekalipun.
AKIBAT OMBAK SAMUDERA INDIA
23. Saya diberitahu oleh Pengarah Perikanan Datuk Shahrom Majid bahawa Pantai Sala di Kedah, yang berada dalam kawasan Pilihanraya MB Kedah sekarang, Dato' Azizan, adalah pantai di mana terdapat himpunan batu karang yang terbesar di dunia.
24. Batu karang ini terkumpul dengan banyaknya di pantai Sala kerana dibawa oleh arus ombak dari Samudera India.
25. Kerana ombak dari Samudera India jugalah maka kawasan pesisiran pantai di Kedah, di Sala, Kuala Kedah dan Jerlun masalah hakisan pantai agak berat. Yan dan Jerlun adalah dalam kawasan Parlimen Jerai dan Jerlun-Langkawi di mana saya pernah menjadi wakilnya di Parlimen.
26. Akibat kedua dari pukulan ombak ini ialah keadaan unik pesisiran pantai Kedah yang didapati begitu dalam lautan yang terapit antara pantai Kedah dengan kawasan cetek, yang didapati sejauh sekitar satu kilometer sepanjang pantai Kedah.
27. Kerana keadaan unik beginilah maka kerajaan negeri Kedah telah mencoba memunafa'atkan dengan membuat satu perancangan mega di pesisir pantai Kedah. Rancangan begini mungkin boleh difikirkan semula di satu masa nanti.
GUNUNG YANG BERJASA
26. Akibat kedua dari pukulan ombak ini ialah keadaan unik pesisiran pantai Kedah yang didapati begitu dalam lautan yang terapit antara pantai Kedah dengan kawasan cetek, yang didapati sejauh sekitar satu kilometer sepanjang pantai Kedah.
27. Kerana keadaan unik beginilah maka kerajaan negeri Kedah telah mencoba memunafa'atkan dengan membuat satu perancangan mega di pesisir pantai Kedah. Rancangan begini mungkin boleh difikirkan semula di satu masa nanti.
GUNUNG YANG BERJASA
28. Kedah juga adalah negeri istimewa yang kerana Gunung Jerainya ia memberi nama kepada negara Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia. Kira-kira hypothesis ceritanya begini. Apabila kapal dari pantai timur India, seperti Tamil Nadu, menghampiri pantai Kedah, di sebelah petang, mereka ternampak Gunung Jerai yang terletak berdekatan pantai dan istimewa tegak di tengah-tengah kawasan sawah padi yang luas terbentang.
29. Perkataan gunung dalam bahasa Tamil ialah 'MALAI" dan perkataan petang dalam bahasa Tamil juga 'MALAI'. Bunyinya sama tetapi ejaannya berbeza. 'L' dalam dalam dua perkataan ini berbeza kerekot bentuknya. Dalam bahasa Tamil juga 'LAI' ditulis sebagai 'LAY' dengan adanya titik di atas 'Y' dan berbunyi 'AI'. Jika titik ini terhapus maka 'AI' menjadi 'YA', batangannya ialah 'MALAYA'.
30. Bagi gunung HIMALAYA di utara India pula 'HI', berbunyi 'HAI' bererti 'SALJI' batangnya 'GUNUNG SALJI' kerana di puncak gunung HIMALAYA ada salji. Perkataan 'malai' ini berakarkan bahasa Sanskrit.
31. Oleh kerana kapal dari India, di masa lampau, tidak berlayar di waktu malam dan kegemaran orang Hindu kepada gunung selain untuk memperolehi tambahan keperluan bekalan air dan makanan di atas kapal maka kapal ini berlabuh di pantai Yan. Itulah sebabnya ada sebuah to'kong Hindu tertua, di Malaysia, di atas Gunung Jerai dan di kaki gunung, di sebelah Merbuk, dalam daerah Yan, terbina candi Hindu yang tertua di Tenggara Asia.
RAJA PERIHATIN TERHADAP UGAMA, PENDIDIKAN DAN EKONOMI
RAJA PERIHATIN TERHADAP UGAMA, PENDIDIKAN DAN EKONOMI
32. Kesultanan Kedah, mulai dari zaman Sultan Abdul Hamid berterusan hingga sekarang sangat perihatin terhadap ugama, pendidikan dan ekonomi.
UGAMA
MAKTAB MAHMUD
33. Itulah sebabnya Maktab Mahmud telah didirikan sebagai pusat pengajian Islam yang terkemuka di Malaysia dan banyak mengeluarkan ulama yang terkenal.
34. Dalam usaha untuk terus mengembangkan ugama secara tertib atau teratur kerajaan negeri telah memutuskan untuk mendirikan cawangan Maktab Mahmud di semua daerah di Kedah. Cawangan Maktab Mahmud kedua telah didirikan di Kampung Ulu Melaka di Langkawi.
35. Saya berharap walaupun Kerajaan Kedah silih berganti kepimpinannya, dan kini bertukar dari UMNO ke PAS usaha menambah cawangan Maktab Mahmud eloklah diteruskan. Saya percaya banyak hartawan di luar Kedah yang mampu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membiayai rancangan ini.
SABENA
36. Di Kampung Aceh Yan pula telah didirikan pada tahun 1900 sebuah koperasi yang mendukung Sekolah Attarbiah Al-Auladiah Addiniah yang terkenal dengan nama Sekolah Arab Kampung Aceh. Di sekolah ini jugalah banyak terdapat pelajar yang akhirnya menjadi Ulama di Kedah dan di Aceh. Ulama-ulama Aceh selalunya singgah di Yan dalam perjalanan berulang-alik ke Mekkah.
37. Sejarah mencatitkan bahawa sekitar tahun 1870 'Hikayat Perang Sabil' telah ditulis oleh Teungku Chik Haji Muhammad Pante Kulu seorang ulamak yang berulang alik antara Yan dan Aceh dalam perjalanan ke Mekkah. Pertemuannya dengan ulama di Sekolah Arab Kampung Aceh inilah yang membuat beliau lebih bersemangat untuk menulis hikayat tersebut. Hikayat Perang Sabil ialah sumber inspirasi bagi Mujahidin Aceh dalam semua peperangannya.
38. Koperasi Sekolah Arab ini masih wujud sehingga sekarang dengan nama Koperasi SABENA Berhad. Nama SABENA yang bererti 'selalu ada' sangat sesuai kerana walaupin sudah lama ia masih ada sehingga sekarang dan terus berjaya mengendalikan harta Waqaf peninggalan masyarakat Aceh dahulu. Sekolah Arab Kampung Aceh mungkin satu-satunya sekolah ugama yang didukung oleh sebuah koperasi di Malaysia.
39. Oleh kerana ulama-ulama Aceh tidak lagi singgah di Malaysia sekarang ini maka untuk mengekalkan fungsinya sebagai sekolah Ugama maka anggota SABENA telah bersetuju menyerahkannya kepada Maktab Mahmud untuk menjadi sebuah cawangan Maktab Mahmud yang pertama di luar Alor Setar.
40. Selain Thailand, sebagai sebuah negara luar, yang rakyatnya paling dekat dengan rakyat Kedah ialah rakyat dari Aceh. Bagi orang ramai di Aceh pula selain dari Mekkah dan Madinah kota yang paling dekat di hati mereka, di luar Indonesia, ialah pekan Yan.
41. Banyak orang tidak mengetahui wujudnya sebuah masjid di Kampung Telok Amboi dalam daerah Kota Kuala Muda yang dihadiahkan oleh Sultan Kedah kepada tiga pahlawan Aceh (Teungku Bintang, Teungku Sandang dan Teungku Dalam) kerana, atas jemputan Sultan Kedah telah berjaya menghapuskan enam orang lanun di Pantai Kedah di satu masa dahulu. Kubur lanun tersebut masih ada, terbiar, di belakang rumah Nyak Mahmud di Telok Amboi.
RUMAH ANAK YATIM
42. Setelah ayah saya meninggal dunia saya pernah tinggal dari masa ke masa di rumah emak saudara saya Nyak Mu di Kampung Melayu Air Itam, Pulau Pinang. Bagi orang Penang lama tentu teringat adanya sebuah rumah hitam di tepi Padang Bola Sepak yang di belakangnya ada sungai yang memisahkan padang bola dengan kilang daun 'keti'. Susunan keadaan begini hanya dalam ingatan saya kerana saya terakhir ke sana 58 tahun yang lalu.
43. Jika kita datang dari pekan George Town kita akan bertemu simpang ke kampung Melayu sebelum Pekan Air Hitam di mana terdiri sebuah To' Kong yang didirikan oleh tauke-tauke di masa lalu, yang dikatakan oleh orang-rang tua dahulu, untuk memperingati kubur 4 orang wanita Islam yang dikebumikan di sekitar kawasan itu. Sebelum simpang ke Kampung Melayu ada simpang ke perkuburan China yang di tepi simpang jalan masuk ke arahnya ada sebuah 'Rumah Anak Yatim'. Saya, sebagai seorang anak yatim sering pergi ke rumah anak yatim ini di waktu berumur sekitar 12 tahun tanpa diketahui oleh keluarga saya. Banyaklah anak-anak yatim yang menjadi sahabat saya di waktu itu.
44. Kerana 'obsession' saya dengan anak-anak yatim maka saya telah berusaha mendirikan rumah anak yatim di setiap daerah di Kedah. Pihak Pejabat Daerah, dengan pegawainya yang gigih, telah membantu saya dalam usaha ini. Selepas beberapa buah rumah anak yatim didirikan maka saya menghadapi masalah kewangan untuk memperuntukkan belanja pengurusan.
45. Saya perlu berusaha mencari dana sendiri dari sumber dalam negeri Kedah.
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
46. Walau pun Perdana Menteri Malaysia berasal dari Kedah tetapi di dalam pembahagian peruntukan kewangan Menteri Kewangan bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan tidak bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri tidak bersetuju dengan Menteri Kewangan maka cara mendisiplinkan kementerian kewangan ialah dengan mengganti Menteri Kewangan.
47. Konflik tidak boleh berlaku lagi sejak jawatan Menteri Kewangan disandang sendiri oleh Perdana Menteri.
47. Konflik tidak boleh berlaku lagi sejak jawatan Menteri Kewangan disandang sendiri oleh Perdana Menteri.
PASUKAN BOLA-SEPAK KENARI HIJAU-KUNING
TANGGA KENARI SERIBU TAHUN
48. Untuk membiayai belanja Rumah Anak-anak Yatimlah maka saya terpaksa tidak menyambung kontrak 3 orang pemain bola sepak impot dari Nigeria dan Brazil. Sejak itu prestasi bola sepak negeri Kedah merudum turun dari atas ke bawah.
49. Tindakan ini tidak popular tetapi terpaksa saya lakukan demi menjayakan program rumah anak yatim.
50. Saya sendiri sebenarnya tidak merasa bangga jika pasukan Kedah menang kerana kudrat pemain asing. Memperhatikan latihan oleh pasukan bola-sepak Arsenal di stadiumnya di Highbury Islington, berdekatan dengan tempat tinggal saya waktu belajar di London, saya dapati, selain latihan yang diberi oleh jurulatih yang cekap, stamina adalah antara faktor yang sangat penting untuk mencapai kemenangan dalam sukan dan olahraga.
51. Menggabungkan kepentingan sukan, olah-raga dan pelancungan kerajaan negeri telah menjayakan rancangan pembinaan 'Tangga Kenari Seribu Tahun' dari kaki Gunung Jerai di Air Terjun, Kampung Aceh, Yan Kedah hingga ke puncak gunung. Saya rasa tidak mustahil jika inilah tangga simen yang tertinggi di dunia.
52. Nama 'kenari' telah dipilih sebagai menghormati pasukan bola sepak 'hijau kuning' Kedah dan 'seribu tahun' menggambarkan stamina pasukan sukan dan olah-raga negeri Kedah, yang kuat, untuk masa-masa akan datang, dan tidak bergantung semata-mata kepada pemain impot. Ini hanya impian saya.
53. Tangga kedua telah dibina dari kaki Gunung Raya di Lubuk Sembilang di Langkawi ke puncak gunung. Tangga ini dinamakan 'Tangga Seribu Kenangan' kerana ia adalah tempat yang menjadi kenangan kepada pelawat dan pelancung yang pergi ke Langkawi.
54. Rakyat Malaysia dipelawa mendaki dua tangga ini apabila melancong di Kedah. Saya juga mengharapkan satu-satunya kampung buku di luar Eropah Barat dan Amerika Utara yang ada di Lubuk Sembilang, Langkawi akan dihidupkan kembali selepas pilihanraya nanti.
PENDIDIKAN
POLITIK DAN PENTADBIRAN
55. Banyak bekas pelajar Sultan Abdul Hamid College dan Sekolah Sultanah Asma selain dari yang jadi Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir ) telah menjadi Chartered Accountant pertama di Malaysia (Tan Sri Hanafiah Hussain), doktor wanita Melayu pertama (Datin Dr. Salmah). dan wanita pertama menjadi Ketua Arkib Negara (Dato' Zakiah),
56. Saya teringat satu-satunya Ketua Setiausaha Kementerian yang berasal dari Kedah, di waktu saya masih di dalam Kabinet ialah Tan Sri Dato' Harun Din, diikuti kemudiannya oleh Tan Sri Azizan Husin, rakan sepekan di Yan dan sedarjah dengan saya di Ibrahim School Sungei Petani. Setelah itu Kedah juga telah menyumbangkan Tan Sri Abdullah Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara.
57. Kedah boleh berbangga kerana telah melahirkan dua orang graduan pertama dan kedua dari bangsa Melayu yang lulus di Taiwan Universiti, iaitu Dato' Kasim Maon dan Ali Nyak Saad.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
58. Kedah melahirkan banyak ahli Bahasa dan sastera Melayu. Yang terkemuka di antaranya ialah:
i. Tan Sri Pendita Prof. Dr. Ismail bin Husin
- Ketua Satu GaPeNa
ii. Prof. Dr. Asma bte Hj. Omar - Ahli Bahasa
iii. Dato' Abdullah Husin - Sasterawan Negara
iv. Dato' Shahnon Ahmad - Sasterawan
Negara
v. Pak Ya Jihati Abady - Sasterawan
vi. Dan lain-lain lagi.
KEHAKIMAN
59. Kedah juga begitu menonjol di bidang kehakiman. Dari 14 orang Ketua Hakim Negara dari kalangan rakyat Malaysia, selepas Ketua Hakim berkulit putih terakhir Tun Sir James Beveridge Thomson (1963 - 1966) didapati 4 darinya dari Kedah iaitu:
i. Tun Syed Sheh Hassan Barakbah
(1966-1968)
ii. Tun Mohamed Azmi Mohamed
( (1968-1974)
iii. Tun Ahmad Fairuz bin Abdul Halim
(2003-2007)
iv. Tun Zaki bin Tun Azmi (2008-2011)
60. Keempat orang mereka ini telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar. Dua Ketua Hakim Negara lagi yang berasal dari Perlis juga bekas pelajar di sekolah menengah yang sama iaitu:
v. Tun Abdul Hamid bin Omar (1988-1994)
vi. Tun Mohamed Dzaiddin bin Abdullah
(2000-2003)
,
KESELAMATAN
61. Kedah juga tidak ketinggalan memainkan peranan dalam mengekal dan mempertahankan keselamatan negara dengan menyumbangkan anak negerinya untuk berperanan dalam Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dan Angkatan Polis Di Raja Malaysia. Ketua Terus Angkatan Tentera yang pertama dari kalangan rakyat Malaysia ialah Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jiwa (1964-1969). Jeneral Ghani Tan Sri Aziz Zain ialah bekas Ketua Angkatan Udara Malaysia. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Arifin, yang baru bersara sebagai Ketua Terus Angkatan Tentera, berasal dari Yan.
62. Antara pemimpin terkenal dari Angkatan Polis Di Raja Malaysia pula ialah:
i. Tan Sri A. Rahman Hashim (1/2/1973
ke 7/6/1974) berasal dari Sungai Limau,
Yan
ii. Dato' A. Rahman Ismail (terkenal dengan
gelaran P. Ramlee)
iii. Tan Sri Amin Osman dari Sungai Limau,
Yan
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
63. Antara ahli perniagaan, jutawan dan usahawan dari Kedah ialah:
i. Haji Ahmad Dobi
ii. Tun Daim bin Zainuddin
iii. Tan Sri Dato' Paduka Syed Mokhtar
Al Bukhari
iv. Tan Sri Tajuddin Ramli
v. Dan lain-lain
EKONOMI PERTANIAN
64. Kedah juga boleh berbangga kerana graduan pertama di Malaysia dalam bidang pertanian ialah anggota kerabat di Raja Kedah Tengku Yaakob,
65. Dalam bidang ekonomi pula peneraju kerajaan Kedah telah memunafa'atkan tanah yang rata untuk dijadikan sawah padi sehingga Kedah digelar 'The Rice Bowl of Malaya'. Untuk menjayakan sektor pertanian pemimpin Kedah telah membina saluran air Wan Mat Saman dari Alor Setar ke Guar Chempedak sepanjang 20 batu tanpa menggunakan jentera. Saluran air itu juga telah diguna sebagai jalanraya untuk sampan dan perahu kerana di waktu itu belum ada lebuhraya. Taliair ini diberi nama pencipta ide ini.
66. Banyak lagi tokoh-tokoh Kedah yang terkemuka yang tertinggal dari senarai di atas samada kerana saya tidak tahu, tidak kenal, saya terlupa atau terlalu ramai untuk disenaraikan. Jika ada nama yang perlu ditambah atau fakta yang perlu dibetulkan sila nyatakan di dalam komen di bawah.
67. Memandang kepada sejarah inilah maka sebagai Menteri Besar saya telah memberi perhatian kepada bidang ugama dan pendidikan.
MADA - PROJEK CONTOH BIAYA BANK DUNIA
68. Kini ada MADA sebagai agensi yang mempermodenkan urusan penanaman padi. Projek MADA di bawah pimpinan Dato' Kama Jaya Syed Nahar Shahbudin telah diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai projek pertanian yang paling berjaya di dunia pada waktu itu.
69. Kita tidak dapat melupakan jasa Pengurus Besar MADA Dato' Tamin dan pakar ekonominya Dato' Dr. Afifuddin Hj. Omar. Saya pertama kali mendengar nama Dr. Afifuddin sebagai seorang pelajar yang bijak di waktu saya bertemu dengan Professor Barnard dan Professor Essman di Cornell University, USA dalam lawatan saya ke sana untuk bertemu dengan Professor Siegel yang mengarang buku bertajuk 'The Rope of God' mengenai keluarga saya di Aceh.
(Professor Barnard adalah Professsor yang menjadi antara penasihat kepada Tun Abdul Razak dalam rancangan pembangunan luar bandar; sementara Professor Essman pula adalah antara yang menasihati Tun Abdul Razak dalam bidang pentadbiran negara. Professor Barnard jugalah yang memuji usaha penubuhan SHAMELIN kepada Tun Abdul Razak sehingga Tun Abdul Razak tergerak membantu Shamelin selepas kembalinya dari Sweden setelah melihat antara lain Koperativa Forbundet. Professor Barnard menganggap Tun Abdul Razak sebagai model pejuang baginya kerana Barnard ialah seorang Bumiputera di Amerika Syarikat yang memperjuangkan hak kaumnya Red Indian yang dulunya memiliki tanah di mana kini berdiri kampus Universiti Cornell)
PENGORBANAN KEDAH UNTUK NEGARA
70. Kegiatan menanam padi pada waktu itu, di masa lalu, sangatlah menguntungkan dari segi ekonomi. Meneruskan kerja menanam padi di zaman industri masakini adalah satu pengorbanan yang besar dari rakyat Kedah kepada negara.
71. Waktu saya menjadi Menteri Pertanian saya pernah terfikir untuk menukarkan sebahagian dari sawah padi untuk ditanam dengan kelapa sawit untuk meningkatkan lagi pendapatan pemilik dan pengusaha tanah sawah di Kedah. Projek begini sudah terlaksana di Perak, kalau tak salah di sekitar waktu saya menjadi Timbalan Menteri Tanah dan Wilayah, dan didapati sangat berjaya. Ide ini tidak pun saya bawa ke dalam perbincangan setelah melihat kecaman yang begitu hebat kepada ide baru yang saya ketengahkan untuk menanam padi atas bumbung.
PADI DAN TAQWA
72. Rakyat Kedah yang menanam padi sangat patuh kepada ajaran ugama, khususnya dalam urusan membayar zakat. Pada waktu zakat belum menjadi buah mulut pegawai, usahawan dan hartawan Islam di Malaysia penanam padi di Kedah sudah pun membayar zakat. Malahan semua penanam padi, walaupun pendapatan mereka rendah, setelah membayar hutang dan bunga, tetapi mereka tetap sedar adanya kuasa Allah yang mentadbir seluruh alam dengan cuaca seperti hujan dan ribut taufan yang memberi kesan kepada penanam padi.
3P = PADI - PONDOK - PAS
73. Kerana zakat yang dibayar oleh penanam padi inilah maka wujud sekolah ugama rakyat di merata kawasan tanaman padi. Di tempat-tempat yang banyak sawah padi sahaja terdapat pondok-pondok yang didukung oleh tabung zakat. Perlis, Kedah, Kelantan, Seberang Perai, kawasan pantai di Perak dan Selangor dan di utara Trengganu terdapat sekolah ugama rakyat kerana di situ banyak penanam padi yang membayar zakat. Hanya di Kemaman saja tidak ada kawasan padi tetapi ada Hadi yang mengetuai pondok di sana.
74. Di kawasan-kawasan yang banyak pondok inilah didapati parti PAS hidup dengan suburnya, dengan dukungan wang zakat dan sedekah, kerana di satu masa dulu mereka yang cintakan ugama memikirkan PAS memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam dan bukan negara kebajikan seperti sekarang. Itulah mulanya saya mengenengahkan ide hubungan antara PADI, PONDOK dan PAS (3P).
75. Haji Ibrahim bin Haji Johari ialah bapa tiri saya yang sangat saya kasihi. Kerana beliau belajar di Pondok Pokok Sena dan kemudian di Pondok Semanggol semangat beliau untuk mewujudkan negara Islam sangatlah tebal. Beliau kekal sebagai ahli PAS sedangkan ibu saya pernah menjadi tenaga penerangan UMNO di waktu Khadijah Sidik menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO.
76. Bapa Ibrahim berasal dari Banjarmasin dan keluarga beliau bermula dengan Kiai Salleh di Batu Pahat Johor, telah merantau ke Sungai Manik di Perak, ke Bagan Serai di Perak dan ke Teroi di Daerah Yan, Kedah selepas perang dunia kedua. Beliau kekal dalam PAS, sebagai ahli yang tidak aktif, sehingga ke akhir hayatnya.
77. Melalui talian beliaulah saya berkenalan dengan ramai tokoh-tokoh PAS yang berketurunan Banjar dan juga ahli-ahli PAS yang tidak mahu menjadi ahli Persatuan Peladang di Kedah kerana ianya dikatakan projek Kerajaan UMNO. Oleh itu mereka tidak mendapat kemudahan kredit dari Bank Pertanian dan sumber-sumber kerajaan yang lain dan menjadi mangsa tekanan riba 80% setahun yang dikenakan oleh pengilang dan pemborong padi. Untuk menebus sekitar 25,000 orang mereka dari belenggu ribalah maka bermula rancangan pinjaman luar bandar The Chartered Bank.
TAMAN TEKNOLOGI TINGGI KULIM DAN LANGKAWI
78. Sementara di zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Kedah menonjol dengan projek MADAnya di zaman Tun Dr. Mahathir pula pembangunan pesat berlaku di Taman Teknologi Tinggi Kulim atau Kulim Hi-Tech Park, kawasan industri berat dan sederhana sekitar Gurun dan Sungai Petani dan di Langkawi yang dijadikan pusat pelancongan bebas cukai antarabangsa. Alhamdulillah dua buah rumah sakit besar telah dibina, selain kemudahan prasarana lain di samping lebuh-raya sebagai kesinambungan Lebuh-Raya Utara-Selatan.
79. Kalau di zaman dulu kerja menanam padi ialah bidang kerja yang boleh dikatakan mewah pendapatannya, tetapi di zaman industri sains dan teknologi menanam padi bererti menyemai kemiskinan. MADA telah berjaya melipat-gandakan hasil pertanian. Biasiswa Kerajaan telah membantu pelajar-pelajar Kedah untuk menuntut ilmu di seluruh dunia.
TANAH UNTUK ZOO, KEBUN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
80. Oleh kerana Kedah masih mempunyai tanah hutan yang terbiar setelah diambil kayu balaknya maka pihak kerajaan negeri telah mengesan beberapa tapak tanah di daerah-daerah untuk dijadikan Zoo dan Taman Pertanian seperti yang ada di Shah Alam. Di Pendang umpamanya telah diusahakan sekeping tanah lebih dari 50 ekar untuk tanaman sayur dan buah-buahan.
GORPIS
81. Satu lawatan telah dibuat ke Fukuoka, Jepun untuk mempelajari sistem 'One Village One Product' atau 'Satu Kampung Satu Produk' yang telah dijayakan oleh Gabenor Fukuoka yang bernama Hiramatsu. Hasil dari lawatan ini kerajaan negeri telah menggalakkan penanaman sayur dan buah-buahan asalkan ada pasaran baginya.
82. Untuk memasar pisang di bandar-bandar pihak Perbandaran Alor Setar telah memperkenalkan gerai-gerai GOReng PISang yang singkatnya dipanggil 'GORPIS'
83. Walaupun tanah-tanah yang disediakan tidak terpakai seperti yang dirancangkan, dan kebun sayur dan buah-buahan juga sudah tidak diusahakan lagi, program begini boleh dijadikan bahan berfikir untuk pemimpin Kedah di masa akan datang.
MENELA'AH DI MASJID
84. Tetapi prestasi Kedah dari segi pendidikan pada waktu itu jatuh nombor 2 dari bawah senarai 13 buah negeri di Malaysia.
85. Dengan kerjasama kakitangan Jabatan Pendidikan di bawah pimpinan Dato' Hasan, Pengarah, Penyelia dan Pemaju Masyarakat KEMAS dan imam serta pegawai semua masjid di Kedah kerajaan Kedah telah memulakan rancangan menela'ah pelajaran di masjid-masjid untuk pelajar-pelajar. Beribu orang pelajar telah datang ke masjid untuk menela'ah dari pukul 8 hingga 10 malam pada setiap malam kecuali malam Juma'at dan malam Sabtu. (Jika ada pengecualian hari dan perbezaan masa maka ianya adalah di luar pengetahuan saya) .
86. Masjid dan kampung juga digalakkan mengadakan perpustakaan kecil. Sebuah rumah telah dibina di Paya Pahlawan di mana sebelah bawahnya ada perpustakaan sementara atas bumbungnya ditanam padi.
87. Yahudi yang ada sebelum adanya fahaman Zionis tidaklah sekejam Yahudi Zionis masakini yang mengganas ke atas rakyat Palestin. Banyak juga amalan dan ilmu yang boleh kita pelajari dari mereka. Sekitar 200 tahun sebelum kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Musa a.s. orang-orang Yahudi telah pun mengadakan perpustakaan keluarga di setiap rumah mereka. Ini adalah satu amalan yang boleh dicontohi.
88. Budaya membaca atau budaya 'Iqra'' sajalah yang boleh membantu ummat di dunia ini.
89. Alhamdulillah berkat do'a dan sumbangan ide dan tenaga semua pihak dalam masa dua tahun usaha mendekati berbagai program yang melibatkan pendidikan prestasi Kedah telah meningkat ke nombor 2 dari atas.
90. Projek ini tidak memerlukan banyak perbelanjaan tambahan.
MENDEKATKAN BELIA DAN PELAJAR DENGAN MASJID
91. Lanjutan kepada usaha di atas masjid juga digalakkan mengadakan pasukan bola sepak remaja. Ratusan pasukan bola sepak masjid telah wujud dan pemain-nya hendaklah menyelesaikan sembahyang Asar sebelum bermain dan balik ke rumah setelah sembahyang Maghrib di Masjid. Dengan cara ini golongan remaja didekatkan dengan masjid walau pun di peringkat permulaan mereka sembahyang hanya dua kali dalam sehari.
92. Bagi para pelajar pula telah diadakan pertandingan melukis masjid mengikut khayalan, kehendak dan pandangan pihak remaja. Ribuan lukisan telah diterima oleh Jabatan Pendidikan. Dari lukisan inilah kita dapat melihat betapa tinggi harapan remaja supaya mesjid dijadikan pusat kegiatan yang lebih dari hanya bersembahyang Juma'at dan beberapa saf saja yang terisi di waktu-waktu lain.
93. Setelah itulah 20 buah masjid telah dibekalkan dengan komputer. Banyak masjid yang ada keluasan kawasan yang sesuai telah mengadakan gelanggang badminton dan sepak takraw, pusat kegiatan kerajinan tangan masjid untuk wanita. Banyak juga masjid yang telah membuka kedai runcit. Ada sebuah masjid mempunyai cawangan klinik selain kedai gunting rambut. Di kawasan pilihanraya saya di Langkawi semua imam telah diberi kursus mengguna komputer walaupun sebelum masjid dilengkapi dengan komputer.
94. Masjid Tikam Batu, atas inisiatif Jawatankuasa mereka sendiri telah melengkapi masjidnya dengan berbagai bidang kegiatan dengan jumlah komputer yang begitu banyak. Seorang tokoh kerajaan dari Kelantan, yang namanya beliau minta dirahsiakan, telah menginap di Grand Continental Hotel di Alor Setar setelah melawat masjid Tikam Batu yang beliau ingin jadikan contoh untuk diadakan di Kelantan.
95. Projek-projek begini juga tidak banyak memerlukan perbelanjaan.
LIUT
96. Jika ada satu keterkilanan yang sangat menyedihkan bagi saya ialah gagalnya penubuhan Langkawi International University for Tomorrow (LIUT). Idea ini timbul dari perbincangan saya dengan beberapa orang tokoh yang saya kenal dari Korea Selatan dan Taiwan. Saya diberitahu oleh tokoh Taiwan bahawa negara mereka menghadapi masalah kerana pekerja tempatan telah memprotes usaha kerajaan membawa kembali rakyat Taiwan yang ada di luar negeri dan membayar gaji yang lebih semata-mata kerana mereka dibawa balik dari luar negara untuk meningkatkan pembangunan teknologi di Taiwan.
97. Korea Selatan yang juga berhasrat untuk memasuki perlumbaan dalam bidang teknologi telah mengambil tindakan yang dapat mengelak apa yang terjadi di Taiwan. Mereka mendirikan syarikat-syarikat di Silicon Valley dan Massachusette Route 128 dan mengambil pakar Korea di Amerika dan di mana jua untuk bekerja dengan gaji yang sepadan tetapi tidak menimbulkan masalah dengan persatuan sekerja di Korea Selatan yang gajinya jauh lebih murah.
98. Apabila saya mendapat tahu bahawa Bond University di Gold Coast, Australia hendak dilelong oleh Exim Bank kerana pengasasnya Alan Bond telah dipenjarakan oleh mahkamah Australia maka saya telah meminta izin dan sokongan Perdana Menteri untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah membeli universiti ini. Tun Dr. Mahathir telah bersetuju dan Tun Daim menyatakan kesanggupan untuk membantu mencari sumber kewangannya.
99. Jika kita berjaya membeli Bond University nescaya kita boleh menggunakan seperti Korea Selatan menggunakan syarikat-syarikatnya di U.S.A untuk mengumpul pakar-pakar untuk membantu penyelidikan dan membantu pembangunan dengan berbagai jenis teknologi tetapi kita dapat mengelak dari masalah yang dihadapi oleh Taiwan.
100. Malangnya, pada waktu perundingan dibuat, seorang usahawan Bumiputera telah menghubungi saya menyatakan saya telah menghalang rancangannya untuk membeli universiti yang sama dan beliau telah pun mengadakan perundingan persatuan pekerja universiti yang menerimanya sebagai pemilik baru. Kedah telah menarik diri kerana kita tidak berhasrat untuk bertanding dengan seorang usahawan yang mempunyai padangan yang jauh.
101. Malangnya, apabila tender dibuka didapati usahawan Bumiputera tadi telah tidak pun memasuki tender sebaliknya Bond University telah dibeli oleh Melbourne University dengan harga yang lebih rendah daripada yang kita sanggup membelinya.
102. Kerana kekecewaan inilah maka saya telah mendapat persetujuan Tun Dr. Mahathir supaya Kedah menubuhkan sebuah universiti yang futuristik di Pulau Tuba yang diberi nama Universiti Antarabangsa Langkawi untuk Masa Depan atau Langkawi International University of Tomorrow (LIUT).
103. Saya difahamkan bahawa tanah 500 ekar yang disediakan untuk LIUT di Pulau Tuba telah dijual selepas saya melepaskan jawatan MB.
LANGKAWI ACCOMODATION FOR VISITING ACADEMICS
'LAVA'
104. Di Universiti Hong Kong pula saya dapati ada satu program di mana pakar-pakar yang singgah di Hong Kong telah diberi kemudahan makan dan penginapan oleh pihak universiti sementara pakar tersebut diminta menyampaikan ucapan dalam bidangnya untuk mereka yang berminat mengetahui mengenainya. Program sebegini telah dimulakan di bawah seliaan Sdr. Hamdan Sulaiman yang dilantik sebagai Pengarah LIUT.
105. Oleh kerana program sedemikian telah dihentikan di Langkawi maka idea ini telah dipinjam oleh Kumpulan Polowijo Gosari di Surabaya, Indonesia yang sedang mendirikan Universiti Innovatif Indonesia (UII) di Gresik, Jawa Timur. Nama program sedemikian di sana ialah JAVA atau Java Accomodation for Visiting Academics.
SEJARAH UNTUK EKONOMI
106. Dalam satu perbincangan mengenai sejarah Kedah saya telah mendengar berbagai kisah kejadian yang berlaku di zaman silam yang boleh dimunafa'atkan untuk dipopularkan sehingga menjadi objek pelancongan yang boleh menguntungkan rakyat Kedah dari segi ekonomi. Yang sudah dikenali ialah Candi Hindu di Merbok.
107. Oleh kerana Kedah adalah negeri kedua, setelah Perlis, dimasuki oleh tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua maka terdapatlah banyak kubu Jepun berselerak merata Kedah sekitar Alor Setar dan Sungai Petani. Buat permulaan kerajaan telah berusaha membersihkan kubu-kubu yang bersejarah peninggalan Jepun ini sekurang-kurangnya untuk jadi bahan bercerita.
TEMPAT LATIH BERPERANG
108. Setelah kita mengetahui bahawa Raja Bersiong telah menjadikan satu tasik yang besar, pada ketika itu, sebagai tempat latihan bertarung atau berperang maka berikutnya Dato' Syed Azizan, Pengurus Besar MADA, setelah mengesan tapak tersebut di Paya Pahlawan (iaitu Pahlawan Raja Bersiong) didapati ada takungan air yang cetek yang boleh diperdalamkan. Kerajaan telah membuat keputusan menggali semula tasik yang terkambus ini untuk diwujudkan sebuah taman rekreasi yang indah.
PUSAT PENYEMBELIHAN PAYA PAHLAWAN
109. Untuk mempopularkan Paya Pahlawan maka sebuah perpustakaan kampung telah didirikan dengan struktur yang membolehkan padi ditanam di atas bumbung. Di kawasan ini juga telah didirikan Pusat Penyembelihan Bersepadu termoden yang pertama di Malaysia.
110. Ide untuk mendirikan Pusat Penyembelihan Paya Pahlawan ini telah tercetus setelah melihat bagaimana daging korban di Mekah telah diedarkan ke seluruh dunia untuk diedarkan di kalangan yang berhak menerimanya.
111. Untuk tidak membazir maka rakyat Kedah yang ingin berkorban digalakkan melakukannya di Paya Pahlawan dan daging korban telah disimpan dalam peti sejuk untuk diedarkan secara ansoran pada setiap hari Juma'at selepas sembahyang subuh kepada mereka yang berhak menerimanya.
112. Untuk membolehkan pusat penyembelihan ini didirikan maka wakil Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah melawat Bilbao di Sepanyol kerana syarikat di sanalah yang membina pusat penyembelihan di Mina, Mekah.
113. Selain dari membelanjakan wang kerajaan negeri yang terbatas kegiatan ini telah dijayakan dengan perbelanjaan yang terbatas dan kejayaannya bergantung kepada penglibatan umat Islam yang sudi menjalankan ibadat Qurban di Paya Pahlawan.
114. Saya difahamkan bahawa pusat penyembelihan ini kini dimunafa'atkan melalui pengswastaan dan tidak lagi berfungsi seperti matlamat asalnya.
115. Sebelum saya berhenti dari menjadi Menteri Besar satu persetujuan telah dibuat dengan pihak kerajaan Saudi Arabia yang akan menghantar daging Qurban di Mina untuk diedarkan di Tenggara Asia melalui Pusat Penyembelihan Paya Pahlawan. Rancangan ini telah tidak sempat dilaksanakan tetapi ide ini perlu dihidupkan kembali oleh pemimpin muda akan datang.
PERKAMPUNGAN ULAMA
116. Saya bersyukur ke hadirat Allah s.w.t. kerana sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah saya berkesempatan sebagai Pengerusi Insaniah, sebagai sebuah cawangan University Al Azhar di Mesir, untuk berkenalan rapat dengan Sheikhul University Azhar Sheikh Tantawi dan juga ulama besar sunni yang terkenal di Mekah Maulana Allawi Maliki. Mereka telah ke Alor Setar dan Maulana Allawi Maliki telah menghadiahkan kepada saya tasbih yang dipakainya sendiri untuk kegunaan saya sehingga ke hari ini.
117. Dari merekalah saya mendapati bahawa perpecahan antara ummat Islam adalah disebabkan setiap ulama terkenal membina kesetiaan di kalangan muridnya sehingga apabila ada pendapat yang berlainan tidak ada kumpulan pelajar yang mahu mendengar hujjah yang berbeza dengan gurunya. Malahan ulama sendiri telah memutuskan hubungan silaturrahim antara sesama sendiri seandainya pandangan berbeza.
118. Untuk itulah maka kerajaan negeri Kedah telah merancangkan untuk mengadakan Perkampungan Ulama di Paya Pahlawan. Beberapa buah rumah telah dirancangkan untuk dibina dan diberi nama Rumah Tantawi, Rumah Allawi Maliki, Rumah Yusof Qardawi. Hanya dua buah rumah sederhana telah dibina tetapi rancangan ini tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Sheikh Tantawa dan Maulana Allawi Maliki telah bersetuju dengan ide ini tetapi saya tidak sempat bertemu dengan Sheikh Yusof Qardawi. Kini kedua-dua, Tantawi dan Maliki telah kembali ke rahmatullah.
119. Ide mewujudkan Perkampungan Ulama ini perlu difikirkan semula kerana selain ulama dari luar negara kita juga mempunyai ramai ulama dari negara kita sendiri dan di seluruh Nusantara.
MENJARO - POLEMAS
120. Berasaskan pengalaman saya dalam pergerakan belia dan sebagai Timbalan Menteri di berbagai Kementerian saya telah mengenengah konsep MENJARO - POLEMAS sebagai garis panduan untuk diri saya mendekati pembangunan. Oleh kerana negeri Kedah tidak sekaya negeri-negeri Selangor, Perak, Johor, Pahang maka dalam batasan kemampuan kewangan negeri saya secara peribadi menggunakan garis panduan ini dalam rancangan pembangunan.
121. Pembangunan MENJARO ialah pembangunan MENtal, JAsad dan ROh. Memperjuangkan POLEMAS menuntut kita berjuang di bidang POlitik, Ekonomi dan MASyarakat.
122. Pembangunan mental bererti usaha menambah 'ilmu, pembangunan jasad ialah untuk menyehatkan badan dan pembangunan rohani ialah pembentukan nilai-nilai murni di dalam masyarakat.
123. Dengan adanya kekuatan mental, jasad dan rohani inilah maka masyarakat bertambah mampu berusaha menjayakan perjuangan dalam bidang politik, ekonomi dan dalam masyarakat.
124. Usaha telah dibuat untuk memberi pengertian baru mengenai kemiskinan. Ada orang yang kaya wang ringgit tetapi miskin MENJARO, iaitu miskin ilmu, miskin kesihatan dan miskin ibadat. Dengan menambah ilmu pada masyarakat, dalam segala bidang yang bermunafa'at, dengan memelihara kesihatan rakyat dan meningkatkan tahap pencapaian akhlak maka seseorang sedang menuju kepada pembasmian kemiskinan.
125. Jika kita tidak berpengetahuan, selalu sakit dan rendah nilai pegangan moral maka tidak berertilah perjuangan di dalam bidang politik ekonomi dan masyarakat.
126. Walau pun Kedah kaya dengan sejarah, pernah kaya material di waktu padi dan beras menjadi ukuran kemewahan di masa lampau, dan kaya juga dengan keadaan alam tetapi Kedah miskin dari segi hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri yang sangat terbatas.
PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI
127. Antara hasil untuk kerajaan negeri ialah dari sumber:
i. Cukai tanah dan cukai pintu,
ii. Jualan air dan pasir,
iii. Cukai pembangunan tanah,
iv. Premium kayu balak dan
v. Sedikit dari sumber-sumber
lain.
PERANAN KERAJAAN PUSAT
128. Dengan kawasan balak yang sangat terbatas, dan tanpa sumber galian maka Kedah sangat bergantung kepada agensi-agensi kerajaan pusat seperti KEDA, MADA, RISDA, FELCRA, PERTUBUHAN PELADANG, dan lain-lain, yang memberi pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk Kedah. Agensi-agensi kerajaan pusat jugalah yang membiayai projek-projek perumahan, pembinaan jalan dan subsidi yang membantu rakyat.
129. Peranan swasta di bidang pelancongan di Langkawi, di Taman Teknologi Tinggi Kulim, kawasan industri berat di Gurun dan industri sederhana di sekitar Sungei Petani sangatlah membantu.
130. Tetapi semua kegiatan jabatan kerajaan pusat, agensi kerajaan pusat dan swasta hanyalah sekadar memberi pekerjaan kepada rakyat. Ianya tidak memperkayakan kerajaan negeri seperti kegiatan dari sumber bumi yang ada di Johor, Pahang, Perak, Selangor, Trengganu, Sabah dan Sarawak.
PEGAWAI TABIR DAN DIPLOMATIK (PTD)
131. Kedah pula, bukan seperti Kelantan, tidak ramai pegawai tinggi PTD yang berkhidmat dalam kerajaan pusat. Kelantan, walau pun kerajaan negerinya dipegang oleh PAS, dan Kelantan, seperti Kedah, mempunyai Pegawai Tadbir Negeri sendiri, tetapi pegawai-pegawai PTD yang berasal dari Kelantan begitu ramai bersedia membantu Menteri-Menterinya untuk terus membangun Kelantan dengan harapan PAS akan kembali ke tangan Barisan Nasional. Keadaan begini sudah berlarutan tahun lamanya.
132. Kenapakah ramai pegawai dari Kelantan dalam kerajaan pusat? Waktu saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dahulu saya dapati dari 115 orang pelajar dalam tingkatan darjah yang sama dengan saya sekitar 20 orang pelajar dari Kelantan, yang kelihatan berbeza umur, tetapi harijadinya sama pada 1hb Januari, 1943 belaka. Keadaan ini adalah kerana inisiatif kerajaan negeri untuk memudakan tarikh lahir pelajar Kelantan untuk menduduki peperiksaan masuk ke Tingkatan Satu Kolej Melayu, beberapa kali sehingga kelulusannya didapati layak. Tindakan begini adalah sama dengan inisiatif ayah Tun Dr. Mahathir merobah tarikh lahir Tun Mahathir dari 10hb. Julai menjadi 20hb. Disember, untuk membolehkan Tun lebih awal ke sekolah. Bezanya ialah di Kelantan dipermudakan yang sudah tua sementara di Kedah dipertuakan yang muda.
PERNIAGAAN
PERNIAGAAN
133. Semangat perniagaan orang Kelantan juga lebih gigih dari orang Kedah. Malahan di Kelantan banyak sekali orang perempuan yang turut berniaga, jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Malahan ramai orang perempuan, bukan sahaja lelaki, dari Kelantan yang berniaga di luar Kelantan.
PAS - DULU DAN SEKARANG
KERAJAAN CAMPURAN
134. Walau pun Kelantan lebih lama diperintah oleh PAS tetapi mengikut ramai pendapat menyatakan ahli-ahli PAS Kedah lebih fanatik dari PAS Kelantan. Malahan di waktu Dato' Asri Muda menyatakan hasrat supaya PAS masuk ke dalam Barisan Nasional dan terlebih dahulu menubuhkan kerajaan campuran di Kelantan, PAS Kedah di bawah pimpinan Dato' Abu Bakar Omar telah enggan mengikut serta. Hanya lama setelah itu baru beliau bersetuju dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan.
PONDOK DI JERLUN
135. Di Jerlun pula saya pernah melalui satu pengalaman dengan Tok Guru Haji Bakar dari pondok Jerlun. Beliau telah bertanya samaada saya dapat membantu untuk membesarkan pondoknya. Saya telah mendapat satu cek bernilai RM1juta daripada Menteri Pendidikan di waktu itu iaitu Dato' Sulaiman Daud. Haji Bakar enggan menerima cek itu walaupun saya berjanji tidak akan memberitahu kepada pengundi. Beliau merasa bersalah menerima cek dari kerajaan Barisan Nasional. Beliau mahukan sumbangan peribadi dari saya, sebagai kawan, walaupun sedikit.
136. Bila saya beritahu Pok Leh seorang penyokong kuat PAS di Wakaf Ce' Yeh Kota Bharu Kelantan. Pok Leh beritahu 'dia patut ambil pitih tu tapi jangan undi Barisan Nasional. Kalau ambo, ambo ambil. Pitih tu pitih kerajaan, pitih rakyat, dan bukan pitih Barisan Nasional.'
BERDOSA BERSALAMAN
137. Tetapi PAS kini sudah berubah. Dulu, waktu saya di Jerlun, bila saya pergi bersalam dengan ahli-ahli PAS yang pinjam duit dari saya di markas-markas mereka di Jerlun pun mereka dihalang menyentuh orang-orang 'kafir'. Lantas ahli-ahli Insan Diranto pun minta saya balingkan bungkusan rokok ke dalam markas supaya mereka boleh menghisapnya tanpa menyentuh tangan saya. Saya pun baling dua tiga bungkus di markas-markas PAS yang ada kawan saya.
PECAT KERANA PAKAI SELUAR PENDEK
138. Saya teringat di satu masa dulu Allahyarham Said Yasin bekas Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili PAS telah dipecat dari parti kerana bermain bola dan mendayong perahu dengan memakai seluar pendek. Di luar Kedah pula Hashim Gera telah dipecat dari PAS kerana berjoget dan bercakap 'loyar buruk' (mungkin asal dari 'lawyer buruk') dalam mesyuarat jawatankuasa disiplin PAS. Hasyim Gera menyatakan bahawa tidak ada seorang pun dari ahli jawatankuasa disiplin PAS yang dapat memberi definasi 'apakah itu joget?' Akhirnya ayahanda Hashim Gera sendiri telah memaklumkan bahawa joget itu ialah satu gerak-gerik berirama 'dia datang saya lari dan bila saya datang dia lari. Tak sentuh pun.' Itulah yang dikatakan 'loyar buruk'.
PAS MENGKAFIRKAN UMNO
139. Pada tahun 1962 PAS telah mengkafirkan UMNO. Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan pengkafiran ini. Mengikut Tok Guru Haji Mohd Nor Teliar, Tok Guru Haji Mohd Nor Selising dan Tok Guru Haji Omar Daud pengkafiran itu dilakukan kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC bukan kerana untuk keamanan dan kerjasama ini merugikan Melayu. Ketiga Tok Guru di atas, yang dulunya turut berada dalam majlis yang mengkafirkan UMNO kemudiannya telah menjadi ahli UMNO. Begitu juga Presiden PAS Dato' Asri yang meninggal dunia sebagai ahli UMNO.
140. Jika ukuran PAS lama dipakai maka PAS kini akan dihukum oleh PAS dulu sebagai berkali ganda kekufurannya.
SEMBAH RAJA SEMBAH HORMAT
141. Di waktu saya mendapat persetujuan Tun Dr. Mahathir untuk mengemukakan nama Ustaz Fadzil Nor kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah untuk penganugerahan gelaran Dato' Kedah saya telah terlebih dahulu berjumpa dengan Ustaz Fadzil untuk mendapat pandangannya. Saya katakan tujuan saya hanya sekadar tanda persahabatan yang lama dengannya. Ustaz Fadzil akhirnya setuju tetapi dengan syarat dia tidak perlu menyembah Tuanku Sultan cuma setakat tunduk sahaja. Katanya yang disembah hanya Allah s.w.t..
142. Seterusnya saya telah bertanya pada Mufti Kedah Sheikh Majid atas hukuman jika umat Islam menyembah raja kerana saya melihat Dato' Sheikh menyembah Sultan Kedah walaupun beliau seorang ulama dan guru kepada Ustaz Fadzil Nor. Tuan Sheikh Majid memberitahu saya bahawa ada beza antara sembah Allah dengan sembah Sultan. Katanya Allah telah memerintah malaikat untuk menyembah Nabi Adam a.s. setelah nafas dihembus ke dalam jasadnya. Sembah ini adalah sembah hormat dan berbeza dengan menyembah Allah. Sembah Sultan juga sembah hormat.
143. Dalam pertemuan saya dengan Ustaz Fadzil saya menyebut mengenai jawapan guru ugamanya. Ustaz Fazil menyatakan dia tidak boleh melanggar garis panduan yang ditentukan oleh partinya.
144. Beberapa minggu kemudian saya, sebagai Menteri Besar, telah mengiringi KDYMM Tuan Sultan Kedah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja. Mengikut protokol saya duduk di kiri Sultan Kedah dan di kanan KDYMM Sultan Kelantan. Pada waktu itu Menteri Besar Kelantan belum masuk. Bila saya tanya Sultan Kelantan di mana MBnya dia menjawab 'dia selalu lambat.' Saya kata 'barangkali MB sembahyang terlalu lama'. Sultan tertawa. Kemudian saya bertanya Tuanku Sultan Kelantan samaada MBnya menyembah apabila mengadap baginda. Pada waktu itu juga MB Kelantan masuk dan Tuanku Sultan tunjuk ke arah beliau 'tengok tu, dia sembah. Tapi orang lain tak nampak. Begitulah selalu.' Memanglah susah nampak kerana MB sembah dari penjuru dewan mesyuarat.
145. Bila saya balik ke Kedah dan memberitahu kejadian itu kepada Ustaz Fadzil dia pun berjanji akan bertanya mengenai perkara itu. Sekembalinya dari mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ustaz Fadzil Nor pun menyatakan persetujuannya untuk menyembah Tuanku Sultan Kedah waktu menerima gelaran Dato'.
146. Sementara dulu PAS di Kedah memecat Said Yasin dan Hashim Gera tetapi PAS sekarang toleran terhadap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat kerana kini kebajikan lebih penting dari Islam.
MASA DEPAN BANGSA
147. Pada pendapat saya, walau apa pun kekurangan atau kecacatan yang ada pada pemimpin UMNO dan PAS, yang tidak maksum, tetapi adalah lebih mudah bagi Melayu Islam UMNO bekerjasama dengan Melayu Islam PAS. Asalkan tidak ada penghalang.
148. Kini PAS di Kedah sedang menghadapi krisis. Saya juga menghadapi krisis waktu akan pulang ke Kedah untuk menjadi MB. Oleh itu saya telah menukar peraturan melantik Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dari satu penggal sekali kepada setiap tahun. Dengan itu ahli-ahli Exco yang ingin meneruskan khidmat terpaksa bekerjasama dengan MB untuk kepentingan rakyat. Saya bernasib baik kerana UMNO Pusat menyokong saya. Dato Azizan Razak mempunyai kesempatan yang sama untuk mendisiplinkan EXCOnya; malangnya PAS pusat tidak menyokong beliau.
149. Berertilah Dato' Azizan Razak tidak akan menjadi MB lagi selepas PRU ke 13. Bermaknalah PAS telah berpecah kerana bisnes. Sebenarnya bisnes yang menyebabkan perpecahan PAS ini terlalu kecil, tetapi ianya menjadi besar kerana negeri Kedah yang miskin sumber alam. UMNO mungkin kalah di Kedah kerana salah pembahagian kemewahan di masa lalu; Dato' Azizan Razak pula akan jatuh kerana kemewahan di Kedah agak terbatas untuk memuaskan semua pihak.
150. Di manakah letaknya Islam dalam singketa ini?
151. Perpecahan di dalam UMNO dan PAS, sebagaimana perpecahan antara UMNO dan PAS, hanya merugikan rakyat. Kedah perlu dimakmurkan untuk keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.
151. Perpecahan di dalam UMNO dan PAS, sebagaimana perpecahan antara UMNO dan PAS, hanya merugikan rakyat. Kedah perlu dimakmurkan untuk keamanan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.
152. Saya fikir masanya sudah tiba untuk semua pengundi melupakan kesilapan UMNO di Kedah di masa lepas kerana Perdana Menteri pun sudah meminta ma'af dari rakyat sekaligus meminta rakyat untuk mengembalikan Kedah kepada Barisan Nasional.
153. Ataupun, jika dulu kerajaan campuran bermula di Kelantan dan diikuti oleh Kedah kini ia bermula dari Kedah dan diikuti oleh Kelantan.
154. Sudah tentu semua pihak akan menentang dan mengherdik cadangan ini. Bersabarlah. Yang penting ialah kita berfikir semula apabila kita sudah rebah kerana dilanda orang lain yang memperalatkan kita.
155. Saya telah meminta pada Tun Dr. Mahathir untuk berhenti dari menjadi Menteri Besar Kedah walaupun di dalam pilihanraya sebelumnya BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih dari 2/3 majoriti. Sebelum menyampaikan hasrat saya kepada Perdana Menteri saya telah pun membuat kenyataan akhbar kepada pemberita WATAN, satu suratkhabar yang masih ada di waktu itu. Mengikut Tun Dr. Mahathir, dalam ucapannya di satu majlis ceramah umum di Port Dickson, 'minta sendiri, tanpa disuruh, untuk berhenti dari menjadi MB' sahajalah yang pernah saya minta untuk diri saya sepanjang berkhidmat untuknya. Saya percaya dengan saya mengundur diri UMNO Kedah akan menjadi lebih kuat. Itulah sebabnya saya menyeru supaya seseorang yang cintakan perpaduan atau kemurnian matlamat perjuangan di dalam apa jua parti supaya dengan sendirinya menarik diri jika ia lebih menguntungkan parti dan perjuangannya, walau apa sebab sekali pun.
156. Saya telah bercita-cita untuk belajar semula di universiti dan mengkaji masalah perpaduan ummat Islam di Malaysia, Nusantara dan di seluruh dunia. Belum sempat saya berbuat demikian saya telah diminta untuk mengetuai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya menerima pelawaan ini kerana saya berpendapat UIA adalah sebuah universiti yang boleh menjadi tapak semaian untuk perpaduan ummat Islam yang saya maksudkan.
157. Tun Dr. Mahathir telah bersetuju dengan cadangan saya untuk mewujudkan IIMU (International Institute for Muslim Unity) atau Institut Antarabangsa Untuk Perpaduan Ummat Islam.
158. Sahabat saya Dato' Ustaz Fadhil Nor, Presiden PAS Malaysia, telah membuat panggilan telefon meminta saya menarik balik perletakan jawatan sebagai MB. Saya turut merasa sedih dengan kepulangan Dato' Fadzil Nor sebagai sahabat sejak se ABIM dengan saya. Saya yakin jika Dato' Fadzil Nor masih memimpin PAS arus perjuangannya akan berbeza dari sekarang.
159. Apabila wartawan M. G. G. Pillai bertanya pada saya siapakah kawan yang betul-betul bersefahaman dengan saya dalam DUN Kedah. Saya jawab, 'Ketua Pembangkang'.
160. Bila M. G. G. Pillai bertanya saya apakah yang saya anggap sebagai satu kehilangan apabila berhenti dari menjadi MB, saya menjawab, "I miss the chance to continue serving and working for and with my Sultan' (Saya kehilangan peluang untuk terus berkhidmat dan bekerja untuk dan bersama Sultan).
161. Semoga pemimpin dan ahli UMNO dan PAS, di semua peringkat, akan mula berfikir secara positif supaya dapat kita bersama mempertahankan kedaulatan Melayu dan Malaysia sempena kita mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan dan merasmikan perlantikan KDYMM Sultan Kedah sebagai SPB YDP Agong ke 14 pada hari Rabu ini 11hb April, 2012.
Kenapa Kedah Bergolak.
ReplyDeleteSebabnya mudah,Kerana jika hendak menjadi Menteri besar Kedah,yang di perlukan hanya lah sijil LCE.
Osman Arof yang menjadi menteri besar bagutu lama hanya lulus LCE sahaja.
Kemudian Syed razak menjadi Menteri besar juga lulus LCE sahaja.Saya maseh ingat samasa Syed razak menjadi Menteri besar,ia telah "membeli" Ijazah Master degree dari Australia.Samasa ia pergi ka University Utara dalam ucapan kapada Pensyarah University Utara is ada mengumumkan kapada mereka yang ia sudah pun lulus Master Degree dari Australia.Salepas ini ia akan berusaha untok mendapakkan Ijazah B.A degree pula.Ramai pensyarah yang hadzir hanya senyum kambing?
Sekarang Basha pula menjadi ketua Perhubongan UMNO negeri.Jika ia menang pilehan raya ia akan menjadi Menteri besar Kedah.Apakah kelulusan Basha.LCE pun tak lulus.
Saya maseh ingat dalam satu mensuarat dengan Ketua 2 bahagia UMNO Kedah yang di pengerusi oleh Othman Abdul,ia memberitahu Ketua2 bahagian UMNO,tujuan mesyuarat ini ialah untok mendesak Dr mahathir melantek ramai lagi Menteri dari Kedah.Othman Abdul berkata sabelum kita memutuskan nama siapa yang akan di hantar kapada Mahathir ia hendak tahu kelulusan Akedamik masing2.Othman bertanya kapada Basha,Hang lulus dari University mana.Jawab Basha,Saya ada dehree LCE sahaja.Ha ha HA.
Oleh kerana Kedah tidak mempunyai pemimpin yang berkelebar sebab itu ia maseh Bergolak sampai hari Kiamat.
Kenapa Kedah Bergolak.
ReplyDeleteSebabnya mudah,Kerana jika hendak menjadi Menteri besar Kedah,yang di perlukan hanya lah sijil LCE.
Osman Arof yang menjadi menteri besar bagutu lama hanya lulus LCE sahaja.
Kemudian Syed razak menjadi Menteri besar juga lulus LCE sahaja.Saya maseh ingat samasa Syed razak menjadi Menteri besar,ia telah "membeli" Ijazah Master degree dari Australia.Samasa ia pergi ka University Utara dalam ucapan kapada Pensyarah University Utara is ada mengumumkan kapada mereka yang ia sudah pun lulus Master Degree dari Australia.Salepas ini ia akan berusaha untok mendapakkan Ijazah B.A degree pula.Ramai pensyarah yang hadzir hanya senyum kambing?
Sekarang Basha pula menjadi ketua Perhubongan UMNO negeri.Jika ia menang pilehan raya ia akan menjadi Menteri besar Kedah.Apakah kelulusan Basha.LCE pun tak lulus.
Saya maseh ingat dalam satu mensuarat dengan Ketua 2 bahagia UMNO Kedah yang di pengerusi oleh Othman Abdul,ia memberitahu Ketua2 bahagian UMNO,tujuan mesyuarat ini ialah untok mendesak Dr mahathir melantek ramai lagi Menteri dari Kedah.Othman Abdul berkata sabelum kita memutuskan nama siapa yang akan di hantar kapada Mahathir ia hendak tahu kelulusan Akedamik masing2.Othman bertanya kapada Basha,Hang lulus dari University mana.Jawab Basha,Saya ada dehree LCE sahaja.Ha ha HA.
Oleh kerana Kedah tidak mempunyai pemimpin yang berkelebar sebab itu ia maseh Bergolak sampai hari Kiamat.
Salam Tan Sri,
ReplyDeleteJika Kedah satu-satunya negeri yg menghadap dua lautan, Sabah pula satu-satunya negeri yg menghadap tiga iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.
Jangan lupa, Seorang lagi namanya Sanusi Junid! Mana dia pergi sekarang ntah, suruh dia buat buku. Rugi!!
ReplyDeleteazienmat
Tan sri.
ReplyDeleteHashim Gera menjadi MP Pas di Perak bukan Kedah.Ia di Pecat oleh Pas Pusat kerana menari joget.
Masaalah hubongan Pas UMNO bukan perkara baru.PAS di tubohkan oleh ulama UMNO di ketuai oleh Hj Fuad.Pada tahun 1970 apaila UMNO kalah teruk dalam pilehan raya,TUN Razak menganjurkan ditubohkan kerajaan campuran.Dato Asri setuju demi untok menjaga kekuatan Melayu Islam.
apa yang terjadi salepas itu,bila UMNO berasa ia sudak kuat,ia mengusir PAS dai Kerajaan camporan.Ia menyokong Dao Naseh dai Parti Berjasa untok menawan Kelantan.Daripada tahun 1976 sampai lah tahun 1990 PAS gagal memerentah Kelantan.Berkat Oa orang Kelantan UMNO menghadapi krisis sekali lagi dan PAS daat menawan samula Kelantan.
Dari segi lojik fikiran,boleh Kah PAS menerima tawaran UMNO untok bersatu samula.Jawab nya iak.
UMNO sekarang ini telak nazak,usaha telah di buat oleh UMNO termasok mengunakan Sultan Tengganu sabagai Agong untok meyakinkan ustaz Hadi menyertai kerajaan camporan.Tapi NIk Aziz maseh hidp,Husam maseh hidup,mereka tahu yang UMNO tidak mempunyai pemimpin yang ikhlas dan takutkan Allah.mereka tahu jika mereka menyertai kerajaan camporan PAS akan hancur.Hanya orang saperti Hj Hasan Ali,Nasauddin yang lebeh memintingkan pangkat dan jawatan gila untok menyatukan UMNO PAS.
Tan Sti sudah menjadi ali UMNO sejak tahun 70 han dan telah melalui berbagai perkembangan dalam UMNO.UMNO yang di tubohkan untok membela nasib orang melayu telah menjadi Parti untok menkayakan pemimpin nya.baik di perenkat bahgian,Negeri dan Pusat.Tan Sri sendiri telah kalah dan pertandingan party an telah menjadi mangsa politik wang.
Saya nampak UMNO telah jadi maam party nasionalis Taiwan yang di tubohkan oleh Cheng Kia shik.Ia menjadi bagitu kaya sahingga lupa untok menjaga nasib orang cina Taiwan yang mengorbankan wang ringhit dan tenaga untok memajukan Party Nasionalis.Akhirnya ia kalah dalam pilehan raya Taiwan.
Tan sri merupakan saorang Melayu yang pandai dan geliga dam banyak mempunyai idea.Jika di German fikiran an semangat Tan Sri macam Hitler.Tapi jika di tanya dengan orang UMNO terutamanya UMNO Kedah mereka kata Tan Sri itu GILA.
Sanusi junid,Anwar Ibrahim,Ustaz Fadzil Noor merupakan Kawan baik sewaktu mereka menubohkan ABIM,SHAMELIN.Mereka mula tidak mesra biila mereka masing masing aktive dalam Politik.
ReplyDeleteTuju halanya sama untok memajukan bangsa melayu Islam tapi kenapa perlu bergadoh ,saya tidak faham.
Saya nampak Sanusi baru baru ini di Bangsar.Nampak dia kurang sehat.berjalan pun perlahan,macam baru kena strok.
Anwar maseh active,berceramah kesana sini,siang dan malam.
Ustaz Fazil dah meninggal.
Anwar dan Sanusi dah berkelahi sampai tidak bersapa.Sanusi kata Anwar Kehilangan Moral untok menjadi Pemimpin.Anwar kata Sanusi ketandusan Idea.
Saya tidak tahu apa yang mereka hendak menjawab bila masok alam kubor nanti.
SAYA TERSENYUM BILA MEMBACA POSTING TAN SRI YANG AMAT MENARIK . SAYA TERTAWA SENDIRIAN KETIKA MEMBACA CERITA HASHIM GERA YANG LOYAR BURUK SERTA KISAH USTAZ FADZIL NOOR YANG ENGGAN MENYEMBAH SULTAN. SAYA JUGA GELI HATI DENGAN CERITA 3 ULAMA PAS YANG MEMAINKAN PERANAN MENGKAFIRKAN UMNO DAN AKHIRNYA MASUK UMNO. TETAPI, APA YANG PALING MENYENTUH PERASAAN SAYA IALAH TINDAKAN TAN SRI TIDAK MAHU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MB KEDAH WALAUPUN MENANG 2/3 KERUSI DUN DALAM PILIHANRAYA UMUM 1999. ALASAN TAN SRI IALAH DEMI MENGELAKKAN PERPECAHAN DALAM UMNO KEDAH. PADA TAN SRI, PERJUANGAN MENGUATKAN PARTI LEBIH PENTING DARI PERJUANGAN MENEGAKKAN EGO PERIBADI. DEWASA INI , SEMANGAT YANG SEDEMIKIAN TAK MUNGKIN MENJELMA LAGI.......SYABAS TAN SRI.
ReplyDeleteSaya bersetuju dan sokong pandangan Man Langkawi bahawa TS Sanusi itu mengikut UMNO Kedah GILA orangnya. Mula dia GILA bila dia cadangkan beri gelaran Dato’ kepada Fadzil Nor. Kata orang UMNO banyak lagi ahli UMNO belum dapat Dato’. TS kata habis emas di lombong takkan habis orang UMNO dapat Dato’. Takkah GILA bende tu? Dia juga cadang tanam padi atas bumbung. GILA sungguh. Sekarang Amerika, Eropah dan China pun ikut GILA macam dia kerana tanam macam-macam tanaman atas bumbung. Depa kata‘vertical farming’, GILA sungguh depa ini. TS Sanusi GILA bila dia sokong Tun Musa Hitam waktu lawan dengan Tengku Razaleigh, dia sokong Ghafar bila berlawan dengan Tun Musa Hitam dan dia pertahan Tun Ghafar bila dicabar oleh Anwar Ibrahim. Kerana dia GILAlah maka Sultan Kedah, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Gabenor Melaka anugerah dia dengan gelaran Dato’ Seri. Tun Mahathir mesti GILA macam Sanusi gila untuk minta Agong beri pingat Tan Sri pada TS Sanusi. Sanusi juga GILA hingga University Nanjing berikan pada dia pangkat Professor untuk mengajar anak China jadi GILA macam dia. Baru-baru ini Universiti Utara Malaysia juga GILA kerana mengiktiraf GILAnya TS Sanusi sehingga dapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ke GILAan. GILA sungguh dia mengharapkan PAS dan UMNO bekerjasama. Yang TAK GILA ialah orang yang jampi air dalam botol untuk diminum supaya yang bodoh jadi pandai, yang sakit jadi semboh dan yang mandul boleh melahirkan anak. Yang TAK GILA ialah yang korbankan Islam untuk kebajikan, dan yang dulu bela Palestin dan kini bela Israel. Tapi, bila PAS dan UMNO bersatu mereka semua akan GILA kempunan jawatan Perdana Menteri.
ReplyDeleteSalam Tan Sri,
ReplyDeleteSeronok membaca perkongsian ilmu garapan Tan Sri.
Kedah memang hebat sepertimaa yg dinyatakan. Dari bidang kehakiman,kesusasteraan,usahawan dan politik. Saya kira Tan Sri juga antara lagenda bagi negeri Kedah, Tan Sri adalah MB yang banyak ide dan kental semangat mcm Tun Dr. Mahathir.
Merujuk perkara (73), rasanya Dato' Seri Hj Hadi di Marang bukan di Kemaman. Manakala perkara (87), Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud as bukannya Nabi Musa (Nabi Musa Kitab Taurat).
Apa-apa pun artikel ni amat menarik kerana disulami dengan fakta & pengalaman.
Pak Lang Baling kenyataan saperti ini perlu di sanggah."Sebabnya mudah,Kerana jika hendak menjadi Menteri besar Kedah,yang di perlukan hanya lah sijil LCE".Terbukti semua rasul dan nabi2 yang mencetus tamaddun , pemimpin koprat, politik, negara, empire didunia ini tidak memegang sijil dan ijazah kelulusan akademic. Itu bukan ukuran buat saorang pemimpin agong.
ReplyDeleteAda kah Basha,Ketua Perhubongan UMNO Kedah sataraf dengan Nabi.Ha Ha Ha.
ReplyDeleteBoleh pecah kepala saya tertawa.
Saya sokong saranan TS supaya semua umat Islam di Malaysia bersatu. Yang saya tidak faham kenapa orang yang solat tungging terbalik sanggup bermusuhan sampai memudaratkan masa depan bangsa? Solat mereka tak diterima ka?
ReplyDeleteTan Sri,
ReplyDeleteSetiap kali membaca rencana tulisan Tan Sri, saya sentiasa beranggapan bahawa ianya merupakan yang terbaik pernah ditulis. Ilmu bagi saya merupakan seperti rencah kehidupan. Rasullullah saw pernah mengatakan bahawa mencari ilmu itu merupakan satu tanggungjawab ke atas setiap Muslim. Baginda pernah bersabda bahawa Baginda tidak meninggalkan dinar ataupun dirham (wang) kepada umat baginda. Sebaliknya ilmu pengetahuan yang boleh dijadikan panduan.
Saya tersentuh membaca tentang pengorbanan rakyat Kedah terhadap negara dengan mengharungi kepayahan hidup untuk menanam padi supaya orang lain dapat makan dan meneruskan hidup. Saya masih ingat lagi bagaimana kerajaan membantu pesawah-pesawah padi setiap kali sawah mereka dimusnahkan oleh kemarau dan banjir.
Apabila melihat begitu ramai senarai tokoh-tokoh yang telah berjaya datangnya dari Kedah, saya yang berasal dari Negeri Sembilan turut berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah ini merupakan rahmat Allah swt kepada anda yang telah menyuapkan nasi ke mulut kami di negeri lain yang telah berjaya menjadi guru, doktor, jurutera, tokoh korporat dan ramai lagi.
Saya percaya kejayaan anak-anak Kedah ini adalah hasil daripada keikhlasan ibubapa yang membesarkan mereka dengan keringat dan wang ringgit yang halal dan disiplin yang tinggi. Seperti juga guru, di mana anak mereka kerap cemerlang walaupun banyak masa dihabiskan untuk mengajar anak-anak murid daripada anak sendiri. Saya sentiasa beranggapan bahawa pesawah padi mempunyai disiplin yang tinggi. Ini kerana mereka perlu mematuhi masa seperti membersihkan sawah, menyemai, memindah, memotong dan membanting. Mereka terpaksa mengikut peredaran dan disiplin cuaca.
Bila bercakap tentang ilmu dan padi, saya teringatkan pepatah minangkabau yang menyebut :
Anjalai tumbuh dimunggu,
Sugi-sugi di rumpun padi,
Supaya rajin berguru,
Supaya tinggi naikan budi
(Ini bermaksud bahawa pengetahuan hanya didapati daripada berguru, kemuliaan hanya didapati dengan budi yang tinggi).
Jika tidak silap saya, sebuah daerah di Kedah (mungkin Yan, sila betulkan saya jika tersilap) merupakan daerah yang paling banyak menghasilkan tokoh-tokoh yang berjaya di negara ini. Ini diikuti oleh Rembau, di Negeri Sembilan. Jika kita lihat kedua-dua kawasan ini, ia mempunyai beberapa persamaan. Kedua-duanya merupakan pada satu masa dahulu kawasan sawah padi. Kedua-duanya mempunyai pengaruh penghijrahan (Acheh di Kedah dan Minangkabau di Rembau). Acheh dan minangkabau begitu menonjol di bidang perniagaan, professional dan intelektual. Jika kaji dari sudut sejarah pula, semangat perantauan mencari penghidupan lebih baik, menjadikan kaum itu lebih jitu semangat survivalnya. Mungkin itu jugalah yang tersirat di dalam konsep penghijrahan Rasullullah saw dari Mekah ke Madinah.
Saya juga tersenyum membaca sikap ahli yang terlalu taksub dengan parti politiknya. Saya selalu berkata apabila seorang bayi lahir di dalam keluarga UMNO, belum tentu anak itu membesar menjadi ahli UMNO kerana ibubapanya tidak taksub ke arah itu. Namun jika seorang bayi itu lahir dari keluarga PAS, tak perlulah kita tanya ia membesar menyokong parti mana. Justeru saya ingin mengucap tahniah kepada Tan Sri yang dengan senang hati memberitahu bahawa bapa tirinya seorang ahli PAS. Ia sedikitpun tidak mengurangkan rasa hormat atau kasih dan sayang Tan Sri terhadapnya.
Adat biaso kito pakai, limbago nan samo dituang, nan elok samo dipakai.
Tahniah kepada Kedah kerana telah berjaya menghasilkan dua orang Perdana Menteri. Tahniah juga kepada DYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah kerana ditabalkan untuk kali kedua menjadi DYMM Yang DiPertuan Agung. Kedah dilimpahi dengan kenikmatan oleh Allah swt. Jangan pula dirosakkan dengan memilih seorang yang buruk akhlaknya (dari negeri jiran yang dirampas oleh British daripada Kedah) menjadi Perdana Menteri. Takut nanti nikmat menjadi laknat.
Saya ternanti-nanti tulisan Tan Sri seterusnya.
cikgu pakar
Saya suka tulisan Zainuddin Maidin atau lebih dikenali ramai Zam. terutama karangan bukunya mengenai Tun Mahathir. Saya ternanti-nanti juga jika ada buku tulisan TS Sanusi mengenai Tun setanding Zam. Ini kerana saya beranggapan TS Sanusi lebih layak dan lebih berpengalaman bersama Tun dalam beberapa perkara. Dan gaya penulisan TS Sanusi yang unik dan menarik mampu merungkai beberapa lagi sisi sejarah Malaysia.
ReplyDeleteTS sanusi hedak tulis buku mengenai Mahathir.
ReplyDeleteIni cerita orang gila.boleh tanya sanusi tak yang dia pernah tudoh mahathir makan duit burit kerana mengunakan bangunan MAYC di jalan loone sabagai sarang pelacur.Tanya abang Pi.dia pun pernah dengar sanusi buat tudohan itu dalam meshuarat MAYC.
DrMahathir yang menjawab tulisan hukum hudud berkata dia tidak percaya kapada hadith Bukhary yang sahih.Dia kata hukum hudud ciptaan ahli fekah.Kenapa tiada Ulama dan Mufti berani buat komen tulisannya.
Saya hairan kenapa orang melayu Kedah maseh mengaongkan Mahathir.Ini cerita orang GILA.
Apa nak heran Yoko, orang kedah memang suka percaya benda gempak dan sensasi. Malas nak kaji apa yang dicakap kebenaran atau salah. (bukan kedah je noh)
ReplyDeletePastu baru tarik balik.
Yang tukang duk dengaq macam si Yoko Ono duk pukul rata benda yang sama. Pastu hat duk percaya si yoko ono pun sama meroyan walaupun yoko ono dh padam.
Tak percaya, buat lah buku. Depa duk percaya hat lama dari dalam buku yang masih fresh. Tapi bukan jangka masa panjang lah lambat laun orang percaya jugak, tak macam akal pendek yoko ono..GILA
Dia tanya apasal orang duk AGONGkan mahader apasai..
Mahathir mamak Kutty pelingkop Melayu Kedah dan Malaysia masa dia jadi PM.Orang Kedah maseh agongkan dia.
ReplyDeleteDulu masa Kerja dengan Bank dan bau tuboh Shamelim,dia memang godam Mahathir.Lepas tu dia jadi pengikut Mahathir yang setia.Dia hentam MB masa itu Tuan Syed Nahar dengan Cerita Mantoya.Syed Nahar malu,dia berhenti.
Tuhan maha adil,masa dia jadi MB Kedah dia pula kena godam.Jika dia tak berhenti dia akan jadi gila.
Sanusi pelingkop semua apa yang dia pegang.Shamelin yang mulanya mendapat sokongan orang Melayu akhirnya lingkop.Habis duit orang Melayu kampong rugi.Sanusi rasa ini perkara biasa.
Dia jadi MB Kedah pun habis lingkup.Semua projeknya jahanam.Library dalam kampong,tanam padimatas bumbong,Jual pisang goreng tepi jalan,dll.
Dia jadi Reakor UIA pun dia linglop kan university Islam.Banyak penuntut yang keluar UIA tak tahu buat kerja,Peguam tak tahu bahasa inggeris dan tak tahu unang.Doctor tak tahu belah orang.UIA jahanam.
Orang Indonesia Solehuddin tulis buku berkata Pak Sanusi pengasas revolusi Aceh.Dia pula napi sakerasnya yang dia terlibat dengan revolusi Acheh.Dia janji nak bekalkan senjata Libya kapada pejuang acheh,bila mereka kapadanya dia kata "macam mana Ghadafi hendak beri senjata,perang belum bermula"
Ha ha ha Pak Sanusi.Akhirnya orang Acheh terpaksa cari senjata sendiri dari Thailand.Mereka datang Ka Malysia jual ganja.Banyak juga yang masok penjara dan kena gantong.
Hang said..
ReplyDeleteDilemma melayu hehehe...
Gambaran jelas cara fikir orang melayu melalui komen2 diatas.
Kongsi satu cerita waktu kecik bersama teman sekelas;
Onn: Mlm tadi aku intai ustad Nik (Singa dia ni) yg baru kawin dengan isteri dia kat bilik..
Johan: Apasai hang hndap.
Onn: Kesian bini dia.
Johan: Awat?
Onn: Dia suruh bini dia buka baju sampai bogel.
Melopong John..
Johan: Lagi?
Onn: Pastu dia suruh bla..bla.. Pastu minum air kencing dia.
Johan: Teruk betul ustad ni bukan dengan kita saja garang, bini dia pun sama dia tibai.
Onn: Itu ok lagi, yg lagi teruk habaq hang, dia masukkan bla..bla.. kat.. sampai 'menangis' ustazah tu.
John: Teruk betul ustad tu..
Onn: Hang baru tau, aku dh lama tau dia buat aku lagi teruk...
Cerita 'panas' tersebut jadi buah mulut dari pelajar laki, kendian perempuan, dan seterusnya kalangan guru-guru dan sekolah dibawa mulut si John dengan konfidennya.
Cerita itu tiada sebarang reaksi hebat spt diharapkan oleh John. Senior2 pun wat tak tau je, maklum la sekolah orang alim.
15 tahun kemudian.
John berjumpa Onn dan cerita 'panas' 15 tahun dulu diungkit.
John: Onn hang dah tau kah waktu tu?
Sambil tersenyum Onn berkata;
"Aku dah tau lama dah, Aku tau hang dan ramai sahabat tak tau benda 'teruk' ni.. Tu pasai aku jaja cerita kat hang yg selalu kena beduk dgn ustad. Sebenaqnya aku meluat (cemburu ka.. wallah'lam) kat ustad tu. Haru satu sekolah pasai hang Onn."
Onn: Cuma satu je aku tak tau waktu tu?
John: Pa dia?
Onn: Aku tak tau pulak ada lobang lain.
Mereka tergelak sama, mengingatkan peristiwa 15 tahun dulu waktu belum mumaiyis lagi. hehe
Jangan marah Tan Sri nohh..
Yoko Ono, dinda betul. Bukan Sanusi saja yang gila tetapi Mahathir juga gila lantik Sanusi jadi Menteri. Sultan pun setuju Sanusi jadi Menteri Besar. Itu sebab PR atur demonstrasi tak hormat pertabalan Agong.
ReplyDeleteLebih gila lagi bila Mahathir lantik Brother Anwar bin Ibrahim jadi Menteri Kewangan sedangkan dia tiada ijazah dalam bidang ekonomi dan kewangan. Brother Anwar bin Ibrahim gila dia kata krisis kewangan dia selesaikan. Gila betul budak ni. Yang Daim tolong dia, dia tak habaq pun. Brother Anwar bin Ibrahim, kerana tak berapa cerdik, gagal tahun pertama di Universiti Malaya, jadi dia belajar sosiologi. Brother Anwar bin Ibrahim ni bukan pandai otak cuma pandai bercakap dan kelentong jer.
Brother Anwar bin Ibrahim ni gila ada bini cantik molek pun masih hambat Azizan, Saiful dan lain-lain. Baiman, Yoko Ono dan John Lennon pun dia pakai. Tak cukup dengan itu lagi, Brother Anwar bin Ibrahim cari nyonya komunis pulak. Gila sungguh. Gila LGBT, tanya lah kat Ummi Hafilda, Nallakaruppan dan Datuk T.
La ni Brother Anwar bin Ibrahim lagi gila meroyan. Minta Israel bagi duit sokong dia lawan nak jadi PM. Kononnya bila dia jadi PM kedutaan Israel buka di KLCC. LGBT pun gila sokong dia. Brother Anwar bin Ibrahim bertambah gila nak bawa undang-undang India untuk halal seks sesama jantan, sesama betina dan dengan bini orang serta laki orang. Asal semua gila setuju sama sendiri.
Hakim pun gila. Orang tanya Brother Anwar bin Ibrahim sodomi Azizan ke tidak? Hakim gila jawab dia sodomi tapi tak boleh hukum pasai 'time not proven'. Lain kali Brother Anwar bin Ibrahim sembunyi lagi jam bila nak buat. Tu yang buat jam Omega dia hilang. Orang tanya Hakim gila Brother Anwar bin Ibrahim sodomi Saiful ke? Hakim jawab Pak Sheikh Anwar sodomi Saiful tapi DNA air mani Brother Anwar bin Ibrahim tersimpan lama sangat. Lain kali kalau ada lagi yang terkena jangan report lambat sangat. Elok juga ramai yang baca blog ini supaya aku boleh cerita lagi macam-macam kes Brother Anwar bin Ibrahim. Dalam blog ini banyak komen yang tak ada sangkut dengan isi blog tapi aku syok baca komen spinner 'cyber trooper' Pak Sheikh supaya aku boleh lagi dedahkan temberang Brother Anwar bin Ibrahim.
PS: John Lennon dan Yoko Ono, ingat lagi kat aku kan? Kalau tak ingat aku bagi tahu hang tengok apa yang berlaku pada 8hb Disember 1980 kat New York.
Yoko Ono, John Lennon dan yang sewaktu dengannya. Meh tengok gambaq hero hang yang konon masih active. Jangan tak layan yer http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/04/blog-post.html
ReplyDelete