Monday, April 29, 2013

BINLADIN MASUK KE JERLUN

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Di bawah ini diturunkan satu penulisan yang terbit dalam Berita Harian Edisi Khas PRU 13 pada 22 April, 2013. Tajuk karangan ini, walau pun mengejutkan pemilik blog, tetapi tetap diturunkan kerana memenuhi tuntutan 'kebebasan bersuara' sebagaimana yang dibenarkan dengan tidak dipadamkan komen-komen kesat yang menghiburkan yang didapati selepas setiap masukan yang mendedahkan siapa sebenarnya 'hero' cyber-trooper.
Semangat penulis blog, untuk menjelaskan yang agak pudar, semakin meningkat kerana keyakinan bahawa di satu masa nanti hati cyber-trooper akan terbuka akibat selalu membaca blog ini.
Perkara ini tidak boleh menghairankan kerana 57 orang bekas sahabat karib 'hero' cyber-trooper telah memakan masa berpuluh tahun sebelum mengenal siapa 'hero' mereka itu yang sebenarnya. Masa yang begitu lama diambil kerana tidak ada penjelasan dari pihak yang mengetahui. Semoga hati cyber-trooper yang mendewakan 'hero' mereka itu akan cepat menemui kesedaran dan keinsafan dengan terus membaca blog ini dan tidak perlu mengambil masa puluhan tahun untuk mengenalnya.
Kadang-kadang pengarang blog ini kelihatan gundah kerana tidak ada tindakbalas yang negatif ke atas penulisan beliau sehingga beliau terfikir cyber-trooper tidak berminat mengekori blognya lagi. Alhamdulillah sebenarnya mereka terus tertarik, samada kerana diupah atau mendapat keuntungan yang pernah diterima, sedang dinikmati atau diharapkan habuan di masa akan datang. Jika penulisan dalam blog ini menyakitkan hati para 'cyber-trooper' atau apa yang digelar sebagai 'anwarinas' mereka hendaklah menganggap sakitnya itu sebagaimana ubat quinine untuk pesakit 'typhoid' yang dirasakan teramat pahit apabila diminum sebelum penyakitnya sembuh.
Bagi orang yang suka membuat fitnah maka setiap kebenaran mengenai yang didewa-dewakan oleh mereka akan digambarkan kepada masyarakat dan penyokong-penyokongnya sebagai fitnah. Dan jika ada gambar yang nyata mengenai kegiatan hero-nya maka cyber-trooper diajar untuk menganggapnya sebagai 'a double' sebagaimana suara seorang yang sedang menodai isteri kawannya digambarkan sebagai suara tiruan seniman pelawak Yusof Chong dan atau rakan sekamar dalam video China doll diadakan pendua yang diketengahkan, untuk mengelak dari keperluan bersumpah kerana hero cyber-trooper takut jika beliau bersumpah maka beliau akan menerima padahnya di dunia ini jua.

Selain dari komen-komen hiburan oleh 'anwarinas' keghairahan penulis blog ini untuk terus membuat pendedahan telah timbul kerana pertemuan, penjelasan dan pengakuan empat orang bekas sahabat karib dan penyokong kuat penasihat PR  atas sebab-sebab mereka meninggalkannya berlandaskan kesedaran sejati.

Pertemuan pertama ialah dengan Senator Ezzam iaitu bekas Setiausaha Politik Anwar; pertemuan kedua ialah dengan Prof. Dr. Sidek Baba bekas sahabat Anwar di dalam ABIM; ketiga dengan mantan peguambela dalam kes sodomi peguam Zulkifli Nordin dan keempat Ustaz Ismail Mina seorang sahabat Anwar di dalam Yayasan Anda dan ABIM sejak ianya ditubuhkan.

Mereka memaklumkan betapa Sanusi telah difitnahkan oleh Anwar pada setiap kesempatan sepanjang puluhan tahun mereka bersahabat dengannya.

Untuk mengetahui sebabnya maka, selain dari hasutan syaitan kerana didorong oleh cita-cita besar, kita dapat memahaminya dari kacamata seorang novelis terkenal yang menulis di dalam bukunya 'The 4th K' seperti berikut:

"Be careful,' the Oracle said. "When a man rises to absolute power, he usually gets rid of those closest to him, those who know his secrets." ( Last paragraph, chapter 21, The 4th K, Mario Puzo 1990).

Staf penyelidik.   
Perpustakaan Toeti Juairiah


Oleh: Rashiqah Ilmi Abd Rahim
Berita Harian Edisi Khas PRU-13, Isnin 22 April 2013, muka surat 12.

SANUSI L .. NDEH PERANGAI ANWAR
 
Ayat keluar dari calon Parlimen Permatang Pauh hanya untuk perdaya rakyat untuk menang PRU-13

“Berwaspadalah. Apabila seseorang berada di kemuncak kekuasaan, dia akan menghapuskan orang terdekat dengannya dan sesiapa saja yang mengetahui rahsianya”. Itu adalah antara petikan dari novel The Fourth K karya Mario Puzo yang diterbitkan pada 1990.

Membaca petikan ini, ia menyamai fenomena politik tanah air apabila manusia sanggup melakukan apa saja demi jawatan dan kuasa kerana masing-masing mahu terus menjadi pemimpin.

Namun, bukan itu yang hendak ditekankan dalam tulisan ini, sebaliknya mahu mengaitkan pengalaman veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid sepanjang berkhidmat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Menteri Kedah itu mengenali Anwar ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum kedua-duanya berkhidmat dalam pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas mengenai pengalamannya bersama bekas Menteri Kewangan itu, Sanusi menyifatkan Anwar sebagai individu yang sanggup menjatuhkan orang lain demi meraih kekuasaan.

Bagai kacang lupakan kulit, setelah Anwar dilantik sebagai Menteri Kewangan, penasihat PKR itu mula membelakangkan orang kanan yang menyokong karier politiknya ketika itu.

“Saya menyokong Anwar dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), berkongsi perjuangan dengan Anwar dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), malah saya juga menyokong kuat dia menjadi wakil rakyat.

“Setelah berjaya mendapat kuasa dalam Kabinet dan UMNO, Anwar mula mengangggap saya sebagai masalah. Ini mungkin kerana dia bimbang tidak boleh berdiri sebagai pemimpin dengan bergaya kerana saya kenal siapa dia sebenarnya,” katanya kepada BH ketika ditemui baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Anwar tidak layak dijadikan kawan, Sanusi kesal dengan tindakan Anwar membelakangkan beliau dengan merahsiakan punca projek penternakan udang harimau di Kerpan dalam kawasan pilihanraya Sanusi di Jerlun-Langkawi. 

Anwar elak soalan

Setiap kali ditanya mengenai projek pemeliharaan udang milik kumpulan syarikat BinLadin, keluarga Osama BinLadin,  dari Arab Saudi yang membabitkan 2,500 hektar tanah itu, Anwar akan cuba mengelak menjawab.

“Selepas menjadi Menteri Besar Kedah, saya membaca semua fail mengenai projek itu dan mendapati bahawa Anwarlah dibelakang projek itu dan saya tidak dibenarkan campur tangan langsung dalam projek berkenaan,” Sedangkan Sanusi adalah Ahli Parlimen dan Ketua UMNO bahagian di kawasan berkenaan ketika itu selain dari menjadi Menteri Pertaanian.

(Tambahan: Nama syarikat milik BinLadin ini ialah 'Samak'. Perkara menghalang Sanusi dari campurtangan dalam projek udang, yang termasuk dalam bidang kegiatan Kementerian Pertanian telah disahkan oleh Sheikh Omar BinLadin, adek Osma, dan Sheikh Bakar BinLadin, abang Osma, dalam pertemuan Sanusi dengan mereka di waktu mengerjakan ibadah haji. Malahan Ce' Gu Rosli yang telah dikalahkan dengan teruknya oleh Sanusi dalam pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun-Langkawi, telah dibenarkan oleh Menteri Pendidikan untuk bertanding walau pun beliau dalam divisyen satu; dan Ce' Gu Rosli, setalah kalah di dalam UMNO, telah berjaya dilantik menjadi pegawai perhubungan syarikat 'Samak' dengan gaji yang cukup tinggi, iaitu lebih 5 kali ganda gaji guru berijazah pada waktu itu, jika maklumat angka yang diberi oleh pihak pengurusan syarikat 'Samak' itu benar)

Lebih menghairankan, Anwar sering menjadikan Sanusi sebagai bahan kutukan dan makian ketua pembangkang itu setiap kali mengadakan mesyuarat atau pertemuan dengan kawan-kawannya.

“Saya pernah terjumpa dengan Ezam Moh Nor dan Zulkifli Nordin setelah mereka berpisah dengan Anwar. Kedua-duanya memaklumkan bahawa setiap kali Anwar bermesyuarat, dia akan mengutuk saya'.

“Ramai yang menganggap dia hebat, tetapi pada pandangan saya rakyat perlu menolaknya kerana dia hanya hebat dalam menjatuhkan orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu bukan asing baginya kerana Dr Mahathir dan pemimpin UMNO lain yang pernah berjasa kepada Anwar turut menjadi mangsa fitnah pemimpin pembangkang itu.

Anwar bukan saja pandai menjatuhkan orang, malah petah berpidato kerana setiap baris ayat yang keluar dari mulutnya ternyata mampu memperdaya masyarakat di negara ini.

Meskipun Anwar pernah melakukan pembohongan besar dengan mencanangkan penubuhan kerajaan baru pada 16 September 2008 tetapi sentimen rakyat masih terus percaya pada janji pembangkang itu.

Malah ada yang termakan dengan suara pembangkang yang dilihat gemar mengadakan ceramah di merata tempat bertujuan mengutuk kerajaan walaupun tahu ia tidak berasas.

Fitnah rambang

Senario ini membimbangkan apabila masyarakat terutama orang Melayu mudah dimainkan dengan masalah yang datang bermusim seperti fitnah rambang sehingga mereka lebih memilih untuk mempercayai tuduhan daripada mempercayai proses kebenaran.

Sanusi yang juga bekas pemimpin kanan UMNO berkata, orang Melayu hanya memilih untuk bersatu pada musim tertentu saja terutama dan apabila mereka berasa terancam ketika ada pihak yang mengutuk keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan.

Sejarah negara membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi apabila hak mereka tergugat seperti yang berlaku ketika British memperkenalkan Malayan Union dan menurunkan taraf Raja-Raja Melayu atau ketika tragedi Mei 1969 yang menyatukan UMNO bersama PAS dalam Barisan Nasional setelah DAP menghina meminta, dengan gaya dan nada yang kurang sopan, supaya pemimpin Melayu turun daripada pemerintahan Selangor ketika itu.

Tidak bersatu

“Tetapi pemimpin kita tidak berasa hina apabila kita (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berbanding 1969 kerana kita sudah menjadi bangsa penakut dan sanggup terima kekalahan tanpa berasa malu dan terhina.

“Pada generasi muda Melayu, mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran tetapi memilih untuk bersatu apabila ada orang mengaku ingin mansuhkan hutang mereka,” katanya.

Beliau turut membuat analogi perpecahan orang Melayu dengan alam perkahwinan yang berkesudahan dengan perceraian.

Setelah hidup berbelas atau berpuluh tahun bersama, tentulah begitu banyak kebaikan dilakukan oleh suami atau isteri ke atas pasangan masing-masing. Jika menjalin hubungan sebelum ke jenjang pelamin, tentunya mereka sudah terlebih dulu mengenali hati budi antara satu sama lain.

Malangnya, semua kebaikan yang mereka tempuh bersama tidak diambil kira apabila berlaku hanya satu atau dua peristiwa yang menyebabkan mereka bercerai. Hanya ‘kejadian buruk’ itu saja yang mereka ungkit saban hari sedangkan kebaikan yang berpuluh tahun tidak pernah dikenang.

“Inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan orang Melayu,” katanya.

Di atas ialah penulisan Ce' Rashiqah.

Kini, pemimpin utama UMNO dan BN sudah berubah. Mereka malu dengan kekalahan dan kehilangan beberapa buah negeri kepada PR. Mereka sedar betapa janji PR kepada rakyat di dalam PRU 12 telah tidak ditepati. Oleh itu BN menekankan betapa pentingnya untuk menepati segala janji. Tidak hairanlah apabila rakyat memilih BN dalam PRU 13.
 

11 comments:

  1. Astaghfirullah. Betul kata Mario Puzo. Dr. M tahu semua rahsia Pak Sheikh. Patutlah Pak Sheikh mahu Tun M mati. Tahniah Tan Sri dah tolong buka pekung Pak Sheikh.

    Lepas baca entry blog Tan Sri barulah saya paham apa yang ditulis oleh pemberita NST berikut ini:

    Anwar turns ugly with jibe at Dr M

    DATUK Seri Anwar Ibrahim on Wednesday called on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad to "just die" instead of campaigning for Barisan Nasional.

    "Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah (It's almost time for him to die, at 83 years old. How long more? If you are going to die, just die)," he said at a ceramah in Kampung Abdullah here.

    (Dr Mahathir is actually 87 years old.)

    Anwar was Dr Mahathir's deputy when the latter was prime minister but was sacked following allegations of abuse of power and sexual misconduct.

    Anwar added in a sarcastic tone that he had forgiven Dr Mahathir, as he knew the latter would not survive a prison term and that there were no prisons wanting to accept him as he was too old.

    He also called for the premature death of BN, and its component parties, the MCA and MIC.

    Earlier, he had accused BN of trying to prevent DAP from using the party's "Rocket" symbol for the election.

    "When Pakatan said fine, we will use the moon (Pas's logo) nationwide, BN panicked and pushed to say DAP can use their rocket logo," claimed Anwar.

    He also took a swipe at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his wife Datin Seri Rosmah Mansor and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Present were other opposition coalition candidates, including Johor PKR chief Datuk Chua Jui Meng, who is contesting the Segamat parliamentary seat and Pas vice-president Salahuddin Ayub who is contesting the Pulai parliamentary and Nusajaya state seats.

    Salahuddin had also taken up the "premature death" theme, saying BN was irrelevant and its leaders were "almost dying".

    He said the Gelang Patah BN candidate, outgoing Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, was a reluctant candidate and DAP supremo Lim Kit Siang would bury him there.

    Dr Mahathir, when asked to comment on Anwar's remarks, said he was merely exercising his rights of freedom of speech.

    "The opposition leaders have yet to form the government, but they have asked the people to shut up.

    "People had used vulgar words against me when I was the prime minister.

    "Some of them had even labelled me as firaun (pharaoh), a racist and an ultra-Malay but I never asked the authorities to arrest them.

    "So now, why are they trying to deny my right to speak up?"

    ReplyDelete
  2. 6 hari saja lagi kita akan sambut kemerdekaan dari belenggu penjajahan UMNO ....

    6 hari saja lagi ramai pemimpin UMNO akan masuk hospital kerana diserang sakit jantung dan mengalami penyakit AMNESIA, lup tentang-tentang dosa dulu;

    6 hari saja lagi Pengerusi SPR, Ketua Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara akan terkencing-kencing dalam seluar;

    6 hari saja lagi Ketua Pengarang UTUSAN, BERITA HARIAN, TV3, BENAMA akan terjun dari tingkat atas kerana tidak sanggup mengahadapi kebohongan dan fitanh yang sudah sekeian lama mereka tabur,

    6 hari saja lagi ROSMAH MANSOR kan diserang penyakit meroyan dan berlari TELANJANG BOGEL kerana tak sanggup menghadapi kenyataan akan DILOKAP bersama NAJOB di Penjara ORANG-ORANG BESAR UMNO di Kamunting,

    6 hari lagi SELURUH RAKYAT MALAYSIA yang sudah sekian lama menderita dibawah pemerintahan KUKU BESI UMNO akan menyambut hari kegumbiraan dan hari kemenangan, benar-benar MERDEKA dari penindasan UMNO,

    Ramai Ketua BAHAGIAN UMNO akan menjadi BANGKRAP apabila dituntut HUTANG dari BANK-BANK perdagangan yang selama ini dijadikan LUBOK MAS UMNO;

    6 hari saja lagi kita akan dapat lihat bertapa KECEWA nya barisan pemimpin UMNO yang kalah dan baru sedar akan menghadapi PENJARA sebagai hukuman RASUAH yang menjadi GAYA hidup 7 keturunan mereka,

    6 hari lagi RAIS YATIM, ISA SAMAD, RAHIM THAMBY CHIk, MUSA AMAN, TAIB MAHMUD, NAZRI AZIZ, ZAHID HAMIDI, MAHATHIR MOHAMAD, IBRAHIM ALI NAJIB, MUHYIDDIN, SHAHRIZAT, TENGKU ADNAN dan ramai lagi menangis terisak-isak kerana akan menjadi TETAMU di KAMUNTING buat selama-lamanya ....

    Hanya 6 hari lagi .... angkara mereka akan berakhir,


    MALAYSIA MERDEKA !!!!!! MALAYSIA MERDEKA !!!!!

    ReplyDelete
  3. tan sri,

    saya tidak mempercayai nuar sejak 1993 lagi apabila dia memalukan ghafar baba. pada masa itu saya amat bersetuju dengan rafidah aziz.

    usabukata

    ReplyDelete
  4. Bila baca bab Anwar dengan biadabnya mengata "Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa la lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah", sudah tentu ramai yang tepuk, gembira dan sokong apa yang Anwar kata. Cuma di sini Anwar bukan nak Tun mati, Tun dah 87 dah. Ada seorang yang dalam Pakatan yang tak sepakat tu yang umur dia dah mencecah 82 tahun. Jap lagi 83 tahun dah. Sapa dia tuan-tuan? Nik Azis la, sapa lagi. Isy isy isy lagu tu pulak Anwar dengan Nik Azis hehehe

    ReplyDelete
  5. APAKATA AI YANG TAK PUTUS2 DIFITNAH OLEH SANUSI JUNID INI:

    I said, Mahathir is already 87 years old and he wants to think about burying other people — think about your own grave! That’s all I said. Is that wrong? I didn’t ask him to die.
    Anwar Ibrahim, denying that he told former Dr Mahathir Mohamad to “just die”

    SANUSI YANG SENIOR AI DI MCKK BERANGGAPAN LEBEH HEBAT DARI ANUAR. KERANA CEMBURU DAN HASAD MULA MEMUSUHI AI APABILA MAHATHIR BERJAYA MEMBAWA AI MENYERTAI UMNO.



    SAYA SUDAH LAMA MENGENALI KEDUA2 AI DAN SANUSI INI.

    SABELUM MENYERTAI UMNO SAYA PERNAH MENEMAN SANUSI MENGINTIP NOMBOR BENDAFTRAN KERETA YANG KELUAR MASUK RUMAH FREEMASON. TUJUANYA UNTUK MENGESAN MANA MANA PEMIMPIN WAKTU ITU YANG MENJADI AHLI FREEMASON.

    DIA PERNAH MELONTAR SATU IDEA KAPADA TEMAN2NYA YANG PERNAH MENUMPANG SABAGAI PENYEWA DIRUMAH DI BATAI DALAM DAMANSARA HEIGHT.UNTUK MENCETUSKAN PERGAGADUHAN PASANGAN CINA YANG BERTUGAS DISABUAH BANK. YANG BARU BERPINDAH MENJADI JIRAN DIHADAPAN RUMAHNYA DI JALAN BATAI. APA CADANGAN NYA? UNTUK MENANAM SYAK DAN MENCETUSKAN DANPERGADUHAN SUAMI ISTERI TERSEBUT KATANYA DIA AKAN MENGHANTAR SEJAMBAK BUNGA " DARI LELAKI PEMINAT" UNTUK ISTERI APABILA SUAMI BERSAORANGAN DIRUMAH UNTUK MENERIMANYA. APABILA ISTERI PULA BERSAORANGAN DIA AKAN MENGHANTAR HADIAH UNTUK SUAMINYA DARI DARI SAORANG WANITA PULA.INI PASTI ATAS MENCETUSKAN SYAK DIANTARA PASANGAN INI, DAN AKAN MEMPORAK PERANDAKAN RUMAH TANGGA MEREKA.INI ANATARA BERPULOH2 CONTOH HASIL PEMIKIRAN YANG AGAK ROSAK.

    JADI TIDAK MENGEJUTKAN KAPADA SAYA APABILA BUDAYA MENANAM SYAK WASANGKA, MEMBURUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN DIDALAM KALANGAN PEMIMPIN UMNO, FITNAH MENFITNAH,JATUH MENJATUH SESAMA SENDIRI,HASUT MEGHASUT MENULAR DENGAN HEBAT APABILA SANUSI MENYERTAI UMNO. DIA MENYERTAI UMNO PUN DENGAN MENJUAL SHAMELIN KAPADA TUN RAZAK, GHAFAR BABA DAN MUSA HITAM UNTUK DIJADIKAN PROJEK UMNO KATANYA.DENGAN ADANYA RANGKAIN KEDAI RUNCIT SHAMELIM MAKA SENANGLAH ORANG MELAY MENDAPAT BEKALAN RUNCIT SAKIRANNYA TERCETUS MEI 13 LAGI.

    APABILA DIDALAM UMNO DIA MULA MENGUMPUL BERBAGAI MAKLUMAT HASIL SIASATAN ATAU INTIPAN SALAH LAKU TERMASUK SALAH LAKU SEX, DSB.INI DIBANTU OLEH SAORANG AHLI KELUARGANYA TSA.UNTUK MENJATUHKAN KAWAN DAN LAWAN.MAHATHIR SENDIRI TIDAK DIKECUALI MENJADI MANGSANYA.INILAH KEMAHIRAN SANUSI.KATANYA HASIL DIDIKAN SAORANG YAHUDI YANG DITUMPANGINYA DI JERMAN.

    DIA PERNAH MENAWAR KAPADA SAYA UNTUK MENJADI CALUN MP ATAU ADUN.INI ANATRA USAHNYA UNTUK MEMBAH PENYOKONGNYA DIDALAM UMNO. KATANYA UNTU MEMASTIKAN KEMENANGAN SAYA DIA KAN MULA MENEMPATKAN"DYANAMO" KATANYA DIKAWASAN TERSEBUT. MAKSUDNYA "DYNAMO" INI ADALAH TERDIRI DARIPADA BELIA2 UPAHAN YANG AKAN DIJADIKAN ANAK ANGKAT KAPADA PENDUDUK2 TEMPATAN ATAU SEBAGAINYA. MEREKA2 INILAH YANG AKAN MENYEBAR MAKLUMAT KEBURUKAN (FITNAH) TERHADAP LAWAN ATAU MP/ADUN PENYANDANG UNTUK MENJATUHKAN.

    SEBAGAI SAORANG YANG PERNAH BERSAHABAT DENGAN BELIU DAN MENGENALI KELUARGANYA SAYA HARAP SANUSI AKAN SEDAR,INSAF AKAN KELEMAHAN SENDIRI.BERTAUBATLAH SABELUM TERLAMBAT.

    MAAF SAYA TERPAKSA MENDEDAH SEDIKIT MALALUI BLOGNYA INI UNTUK MENYEDARKAN SANUSI INI AGAR MENJADI PEMAAF DAN BERTAUBAT SABELUM TERLAMBAT.


    Ahli Unit Shamelin cb.




    ReplyDelete
  6. Anon 5:39, Kau smart dan tera brother. Kau faham hasrat kita semua. Bila kita menang kita tangkap mereka semua dan penuhkan pusat tahanan Kemunting. Kita perkenalkan balik ISA. Dalam mesyuarat kabinet pertama kita akan laksana perkara macam ni (a) iktiraf Israel dan perjuangkan keselamatannya, (b) samakan semua ugama (pluralisma), (c) izinkan semua ugama menamakan Tuhan mereka sebagai Allah, (d) iktiraf kebebasan seks antara sesama lelaki atau sesama perempuan, atau pun lelaki dan perempuan di luar nikah, asalkan tanpa paksaan dan suka sama suka (liberalism), (e) memutuskan supaya perlembagaan dipinda untuk mendirikan Negara republik tanpa monarki, seperti di China, Taiwan dan Hongkong, (f) buangkan hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera supaya mereka dihukum kerana malas belajar dan berkerja, (g) bersetuju supaya PM bergilir-gilir antara parti dalam PR, (h) menghapuskan status tanah simpanan Melayu supaya orang-orang Melayu dapat lebih banyak wang apabila tanah mereka dijual kepada bukan Melayu dan tidak terhad kepada pasaran Melayu sahaja, (i) membuka peluang bekerja untuk rakyat dari negara China supaya pelaburan dari China melimpah ruah ke Negara Malaysia dan (j) melantik Temasik untuk menjadi konsultan bagi semua syarikat-syarikat milik kerajaan yang kini menjadi tempat berkubang bagi eksekutif Bumiputera yang tidak effective dan efficient. Mudah-mudahan Negara Malaysia akan menjadi Negara Kebajikan yang sempurna adanya. Ini Kalilah brader

    ReplyDelete
  7. Ahli Unit Shamelin CB. Banyak-banyak terima kasih la dah bagi tahu pada kami apa fitnah yang korang taburkan selama ini untuk TS Sanusi.

    Nasib baik kau komen kat sini, jadi bolehlah kami reti apa yang korang canang sana sini untuk memburukkan TS Sanusi. Kau tak payah minta maaf dengan fitnah yang kau kata pendedahan. Tolong dedahkan lagi lah, biar kami tahu rancangan lain AI yang kau sayangi tu baik pada TS Sanusi atau orang lain.

    Nampak sangat dah terdesak puak-puak AI ni sampai-sampai dalam beria-ia nak memburukkan orang lain terlondeh pula rahsia dan modal dia dalam memfitnah orang. Inilah masalah kalau akai tak berapa cerdik kekeke.

    Ahli Shamelin cb, londeh jangan tak londeh. Tup-tup kau pun dah kena londeh ngan AI yang kau sayang tu heheheh.

    Aku ingat selepas PRU ini AI, Ahli Shalemin cb dan yang sewaktu dengannya kena hantar hospital kat Tanjung Rambutan.

    ReplyDelete
  8. Jangan khuatir. Allah memakbulkan doa arwah ust Fadzil Nor agar Mahatir dipanjangkan umur. Beliu perlu dahulu dipertanggung jawab keatas berbagai jenayah dan pengkhianatanya kepada Bangsa Melayu.

    Beliu perlu dihadapkan kapengadilan sebagai PM keatas pembunuhan beramai2 Melayu Muslim Memali dan turut terlibat mencetus rusuhan Mei 13, 1969 yang telah mengorbankan ramai rakyat Melayu Muslim kerana mahu menyingkir Tunku yang membuangnya dari UMNO.

    Ahli UMNO Tulin

    ReplyDelete
  9. Ahli UMNO tulin,
    Tentunya jasa anda lebih banyak dari orang lain. Boleh kongsikan?

    ReplyDelete
  10. Saya seorang doktor yang kenal Sanusi dan Anwar Ibrahim. Saya berada di sebelah belakang waktu Anwar berceramah di Kampung Abdullah, Segamat pada 24 April dan mendengar komentar Yuktes Vijay, seorang bekas anggota panel peguambela Anwar dalam kes sodominya, berhujjah dalam Ceramah Pentas Orang Muda (CPOM) di BNYV pada 30 April, 2013. Saya telah mendengar dan membaca segala hujjah yang saya dapati mengenai Anwar dan cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri.

    Apa yang Anwar perbetulkan mengenai caciannya terhadap Tun Dr. Mahathir, sebagaimana dalam komen Anon Ahli Unit Shamelin cb adalah tidak benar. Apa yang dilaporkan dalam NST adalah benar kerana saya sendiri mendengarnya.

    Kerja-kerja pembohongan oleh ramai cyber-trooper Anwar, yang mengikut Yuktes Vijay, berada di sebelahan biliknya, telah giat sepanjang masa untuk memburuk-burukkan tokoh seperti Tun Dr. Mahathir dan Sanusi. Antara contohnya dapat dilihat dalam komen-komen oleh cyber-trooper2 ini yang menambah, mengada2kan yang tidak ada dan memutarbelit ide untuk mencapai matlamat Anwar.

    Benarlah apa yang dikatakan oleh 57 orang kawan-kawan yang telah meninggalkan Anwar setelah mengenalinya.

    Sebenarnya kita tidak boleh marah Anwar. Kita perlu memahami kenapa beliau begitu. Cyber-trooper juga kita tidak boleh marah, kerana di situlah sumber rezeki mereka, walau pun dengan cara haram. Kita do’akan saja supaya Allah s.w.t. membuka hati mereka dan pintu taubat sementara ada masanya.

    Saya berpendapat Anwar sedang sakit dan perlu berjumpa dengan seorang psychiatrist untuk bersikap jujur bagi mengenal dirinya sendiri. Apakah beliau mengidap penyakit MPD atau Multi-Personality Disorder?
    Seorang ahli politik yang terkena penyakit MPD boleh memainkan berbagai adegan seperti (a) merasa dirinya seperti Nelson Mandela walau pun Mandela berada dalam penjara berpuluh tahun berjuang menentang apartheid bukan kerana kes sodomi atau rasuah – tidak sama dengan sebab-sebab Anwar dipenjarakan, (b) merasa dirinya sebagai pelakun Hollywood bernama Rock Hudson yang di waktu di dalam tentera beliau disodomikan dan waktu dalam industri perfileman beliau sodomi budak-budak lelaki yang lain – hampir sama dengan Br. Anwar di MCKK dan setelah menjadi Menteri dan sebelumnya dan (c) merasa dirinya sebagai Ayatullah Ruhullah Khomeini seorang pejuang Islam walau pun berfahaman Syiah – tidak sama dengan Anwar yang menjadi alat Amerika dan rakan Yahudi yang mengenal beliau dan mengeksploitasi kelemahannya.

    Kita perlu memaafkan Anwar kerana penyakitnya ini tetapi menolaknya dari memusnah ugama, bangsa dan Negara dengan memenangkan parti caca-murba gubahannya sebagaimana yang dikatakan dalam media sebagai Pakatan Rakyat yang tidak sepakat.

    Cuma kita do’akan semoga Anwar dan cyber-troopernya dapat menerima kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 pada 5 Mei, 2013 yang hampir tiba.

    ReplyDelete
  11. tak mampus lagi pantat oi?

    ReplyDelete