JANGAN HARAP HUJAN DI LANGIT AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN
RAJA YANG BERPENDIRIAN TEGAS
Pada tahun lepas saya teringat adanya berita di TV mengenai titah KDYMM Tuanku Sultan Selangor yang begitu tegas menolak keputusan politik parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya nama Allah boleh diguna dalam bibel bahasa Melayu di Semenanjung. Jelas sekali KDYMM Tuanku Sultan tersangat peka bahawa ugama tidak boleh dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak. Malahan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu sendiri turut bergantung kepada peranan Raja ke atas urusan ugama dan adat istiadat Melayu di dalam sesebuah negeri dan bagaimana mereka mempertahankan kesucian ugama itu.
Saya tidak begitu mengenali KDYMM Tuanku Sultan Selangor sekarang, dan pernah bertemu dengannya sekali sahaja bersama Dato' Syed Hussein Al Habshee, di kediamannya, di waktu beliau masih menjadi Raja Muda. tetapi saya agak dekat dengan ayahandanya Almarhum Tuanku Sultan Sallehuddin.
Kepekaan yang ada pada KDYMM Tuanku Sultan Selangor kini ke atas tanggungjawabnya terhadap bangsa dan ugama adalah bersifat genetik dan merupakan warisan daripada ayahandanya sendiri.
KEWUJUDAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Umum mengetahui, khususnya orang-orang lama di dalam UMNO dan Parti Perikatan, dan pegawai kanan yang lama dalam kerajaan atas sebab diwujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai identiti wilayah baru yang terpisah daripada Negeri Selangor Darul Ehsan.
Keputusan memisahkan Wilayah Persekutuan dari negeri Selangor adalah satu tindakan yang berpandangan jauh dan sangat bererti kepada keamanan dan keselamatan negara.
Ia berlaku setelah peristiwa 13 Mei, 1969.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diwujudkan pada 1hb Februari, 1974 sebelum pilihanraya berikutnya pada akhir tahun 1974.
Tujuan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini ialah untuk menumpulkan kuasa politik anti Melayu yang dipupuk oleh DAP yang ahlinya banyak terdapat di kota-kota dan untuk mengelak Selangor menjadi sebuah negeri yang dikuasai oleh parti yang anti Melayu yang kebanyakannya berkembang di bandar-bandar besar di mana penduduk bukan Melayu didapati ramai. Ramalan ini terbukti nyata pada hari ini apabila didapati kini parti yang anti ketuanan Melayu menguasai hampir semua kerusi Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan.
(Bukan Melayu tidak perlu marah mendengar perkataan ketuanan Melayu kerana ketuanan China adalah dalam bidang ekonomi negara)
(Bukan Melayu tidak perlu marah mendengar perkataan ketuanan Melayu kerana ketuanan China adalah dalam bidang ekonomi negara)
Dalam keadaan demikian, di masa lalu, pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor tetap dikuasai oleh parti yang tidak ekstrimis sehingga mengancam keamanan negara.
KEKALAHAN BARISAN NASIONAL DI SELANGOR
Malangnya, pada hari ini, kerana sikap nepotisma dan rasuah pemimpin Barisan Nasional Negeri dan Pusat sebelum PRU 12, maka negeri Selangor juga telah diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti-parti yang diperalatkan oleh mereka yang anti ketuanan Melayu.
Kekalahan Barisan Nasional di negeri Selangor adalah disebabkan oleh kekecewaan pengundi-pengundi Melayu, termasuk pemimpin dan ahli UMNO, terhadap pemimpin pemerintahan UMNO di waktu itu. Jika orang-orang Melayu bersatu maka sudah tentu parti yang sekongkong dengan DAP tidak akan menang di Selangor.

PENGARUH SOSIALIS DI DALAM PKR
Di dalam salah satu blog seorang pendukung PKR, di waktu berlakunya 'Bersih 3' , terdapat sepotong ayat yang menyatakan bahawa mereka tunjuk perasaan atau berdemonstrasi untuk memperjuangkan 'kemerdekaan yang sebenarnya'. Walau pun kalimah ini, secara disedari atau tidak disedari oleh pengarangnya tetapi ianya, membawa pengertian yang serius di dalam perjuangan politik bangsa Melayu.
Potongan ayat 'kemerdekaan yang sebenar' sering terdapat di sana-sini, tanpa huraian, di dalam buku-buku karangan bekas pemimpin PKMM dan juga bekas anggota Parti Komunis Malaya yang sudah meninggalkan perjuangan bersenjata mereka.

Oleh kerana parti Sosialis Rakyat kini sudah diserapkan ke dalam PKR ada besar kemungkinan bahawa potongan ayat 'kemerdekaan yang sebenarnya' itu adalah slogan warisan dari pengasas parti asalnya yang bernama Parti Buruh di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.
Ahmad Boestamam dengan sahabatnya Dr. Burhanuddin Al Helmi, yang mengasaskan parti PAS, dan sasterawan terkenal Pak Sako yang namanya ialah Ishak Hj. Mohamad dan Ibrahim Yaacob yang digelar dengan nama Iskandar Kamel Agastya di Indonesia, kesemuanya memperjuangkan 'kemerdekaan yang sebenarnya'.

APAKAH ERTINYA 'KEMERDEKAAN YANG SEBENARNYA'
Apakah yang diertikan dengan slogan ke arah perjuangan 'kemerdekaan yang sebenarnya'.
Di sinilah terletaknya perbezaan antara perjuangan UMNO untuk Merdeka dan perjuangan PKMM (Pertubuhan Kebangsan Melayu Malaya) untuk 'kemerdekaan yang sebenarnya.'
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN MELAYU BERGABUNG MENUBUHKAN UMNO UNTUK MENENTANG GAGASAN MALAYAN UNION
Setelah pihak bersekutu menang dalam Perang Dunia Kedua yang berakhir pada tahun 1945, pihak British telah mencadangkan untuk menjajah Malaya secara total dengan mewujudkan gagasan Malayan Union.
Apabila bangsa Melayu rata-rata menyedari bahawa rancangan ini akan menghina bangsa Melayu dengan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu maka Dato' Onn Jaafar telah menjalankan gerakan untuk menentang rancangan ini.
Dalam Kongres tergempar yang dihadiri oleh wakil dari 41 buah pertubuhan Melayu dari 1 hingga 4 Mac, di Kelab Sulaiman, dari 1 hingga 4 Mac, 1946 keputusan telah diambil untuk menubuhkan sebuah pertubuhan untuk menyatupadukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union sebagai satu rancangan British yang ingin menjajah Malaya buat selama-lamanya.
Kongres kedua telah diadakan dari 30 hingga 31 Mac di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur, pada hari pertama, dan di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur pada hari kedua.
Kongres ketiga, yang kedua terbesar setelah kongres di Kelab Sultan Sulaiman telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru dari 11 hingga 12 Mei, 1946. Dalam Kongres inilah keputusan sebulat suara telah dibuat untuk menubuhkan UMNO.
MALAYAN UNION BERJAYA DIGAGALKAN DENGAN DIGANTI OLEH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Perjuangan menentang Malayan Union telah berjaya sehingga pada 1 Februari, 1948 gagasan Malayan Union telah diganti dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
MATLAMAT UNTUK MENCAPAI KEMERDEKAAN
Berikutnya dalam Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur dari 24 hingga 25 Mac, 1951 sebuah usul, yang dikemukakan oleh Wakil Perikatan Pemuda, telah diluluskan untuk digantikan slogan 'Hidup Melayu' kepada MERDEKA.
Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Di Pertua UMNO semasa berucap sebelum meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan ' Dalam lima tahun dahulu kita sama-sama meruntuhkan 'Malayan Union', maka sekarang ini kita akan robohkan pula 'Persekutuan Tanah Melayu' ini yang tidak berguna langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita.'

Antara pertubuhan yang turut serta dalam Kongres di Kelab Sultan Sulaiman dan Kongres di Istana Besar Johor Bahru ialah PKMM atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya.
PKMM MENENTANG KEMERDEKAAN TAJAAN UMNO KERANA MAHUKAN MALAYA MERDEKA DI DALAM REPUBLIK INDONESIA RAYA.
Dalam pertemuan di Kelab Sulaiman ini soal perjuangan untuk mencapai kemerdekaan tidak diketengahkan sama sekali.
Ada satu kejadian penting, yang tidak dihuraikan dalam buku-buku sejarah, yang berlaku sebelum pertemuan pertama semua pertubuhan Melayu, di Kelab Sulaiman di Kuala Lumpur, pada tahun 1946.
Pada 8 Ogos 1945 Soekarno, Muhammad Hatta dan Radjinan Wediodiningrat telah terbang ke Saigon Vietnam untuk berbincang dengan Pemerintah Tentera Jepun Marshall Terauchi. Mereka kembali ke Jakarta pada 13 Ogos, 1945.
Dalam surat khabar Asia Raya pada 16 Ogos, 1945 Soekarno-Hatta telah menyatakan bahawa mereka telah menemui Leftenan Kolonel Ibrahim Yaacob dan beberapa pegawai Giyugun lain. Ketika pertemuan itu Ibrahim Yaakob telah mengatakan bahawa rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam negara Indonesia Raya.

SOEKARNO-HATTA SINGGAH DI TAIPING SEBELUM KE ACEH
Dalam kenyataan akhbar itu Soekarno dan Hatta tidak menyebut di mana pertemuan antara mereka dengan Ibrahim Yaakob dan siapakah tokoh lain yang turut serta dalam pertemuan itu.
Calon Presiden Republik Indonesia Achmad Soekarno dan calon Wakil Presiden Muhamad Hatta, yang kemudiannya menjadi Presiden dan Wakil Presiden Republik Indonesia, telah bertemu dengan empat tokoh PKMM , Ibrahim Yaacob (lahir di Temerloh Pahang dan bapanya berasal dari Bugis), Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi (lahir di Taiping berasal dari Batusangkar, Tanah Datar Sumatera Barat), Ahmad Boestamam (lahir di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim Perak dan nama sebenarnya ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil) dan Ishak Haji Muhammad (lahir di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang dan popular dengan panggilan Pak Sako).
Keempat mereka ini, kemudiannya, telah menyokong penubuhan UMNO untuk menentang gagasan Malayan Union.
Keempat mereka ini, kemudiannya, telah menyokong penubuhan UMNO untuk menentang gagasan Malayan Union.
Mengikut buku biografi Dr. Soeharto (bukan Presiden Soeharto) iaitu Dr. peribadi Soekarno, dalam pertemuan yang singkat di Taiping, dalam penerbangan antara Vietnam dan Aceh, Soekarno dan Hatta telah memesan kepada 4 tokoh politik Melayu dari PKMM ini untuk menentang sebarang tuntutan untuk memerdekakan Malaya secara terpisah dari Indonesia Raya.
Itulah sebabnya PKMM hanya turut menentang Malayan Union tetapi menentang kemerdekaan Malaya, yang ditajakan oleh UMNO, secara terpisah dari Indonesia Raya atau Melayu Raya.
Itulah sebabnya PKMM hanya turut menentang Malayan Union tetapi menentang kemerdekaan Malaya, yang ditajakan oleh UMNO, secara terpisah dari Indonesia Raya atau Melayu Raya.
SOEKARNO-HATTA TERBANG DARI TAIPING KE ACEH
Selesai pertemuan di Taiping maka pesawat Soekarno-Hatta berangkat ke Aceh.
Di sana calon Presiden Achmad Soekarno dan calon Wakil Presiden Muhammad Hatta telah bertemu dengan empat orang ulama besar Aceh yang terdiri dari Mufti Aceh, Teungku Hasballah Indrapuri, Gabenor Aceh Teungku Muhammad Dawud Beureueh, Teungku Hasan Krueng Kale dan Teungku Haji Jakfar Siddiq Lamjabat
Dalam pertemuan itu Soekartno-Hatta telah menjelaskan rancangannya untuk menyatupadukan umat Islam dan alam Melayu di Nusantara yang terdiri dari Indonesia, Malaya, Kalimantan, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thailand sementara Singapura pula tergabung sekali di dalam kalimah Malaya.
Inilah dunia Melayu dan dunia Islam yang diidam-idamkan.
Dalam melaksanakan cita-cita ini Melayu Raya atau Indonesia Raya akan bersifat republik dan bukan sebuah gabungan negeri-negeri bersultan yang berpecah belah. Mengikut Soekarno-Hatta jika Aceh menerima kemerdekaan yang akan ditawarkan oleh Belanda untuk Aceh maka gagallah rancangan Indonesia Raya yang ditaja itu.
Oleh kerana ulama-ulama Aceh tidak ingin untuk menjadi penyebab kepada perpecahan umat Islam dan rumpun Melayu di Nusantara maka Aceh (PUSA - Persatuan Ulama Seluruh Aceh) bersetuju menolak tawaran Belanda untuk memberi kemerdekaan. Keputusan ini dibuat oleh PUSA demi perpaduan umat Islam dan Melayu. Kisah ini boleh dibaca dalam buku bertajuk 'Indonesia Since Soekarno' karangan Polomka dari Universiti Nasional Australia.
Teungku Muhammad Dawud Beureueh, dato' mertua penulis blog ini, memberitahu bahawa Soekarno-Hatta telah memberitahu kepada 4 ulama Aceh yang ditemui bahawa, bukan sahaja Aceh perlu kekal dalam Indonesia jika Indonesia Raya ingin dijayakan, bahkan beliau baru saja mendapat persetujuan di Taiping supaya tokoh-tokoh politik di Malaysia juga akan menentang sebarang usaha untuk memerdekakan Malaya secara terpisah dari Indonesia Raya.

Itulah sebabnya sementara perjuangan UMNO untuk merdeka berjalan lancar, apatahlagi dengan sokongan MCA dan MIC, kegiatan PKMM juga bertambah kencang untuk menghalang tercapainya kemerdekaan secara terpisah dari Indonesia.
Kemerdekaan yang dikehendaki oleh PKMM ialah kemerdekaan sebenar iaitu merdeka dalam Indonesia Raya sebagai sebuah republik. Ini bererti Republik Indonesia Raya mempunyai Presiden sebagai pemimpin tertinggi dan tidak mempunyai raja atau sultan.

PKMM DIHARAMKAN KERANA BERHALUAN KIRI
Apabila PKMM diharamkan oleh pemerintah British kerana berhaluan kiri maka tiga buah parti telah muncul, dua darinya dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi, iaitu parti PAS, dan oleh Ahmad Boestamam iaitu parti Buruh yang kemudiannya menjadi Parti Rakyat Malaysia yang akhirnya dibubarkan untuk menyertai PKR. Kini PAS dan PKR bersama-sama dengan DAP iaitu sebuah parti tunjangan dari peninggalan parti PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura setelah dipecat dari menjadi sebahagian dari Malaysia. Parti Melayu Semenanjung yang dipimpin oleh Bung Kahar telah diharamkan di waktu berlakunya konfrantasi oleh Indonesia ke atas Malaysia.
DAVID MARSHALL TERHIBUR
Perlu diingat bahawa Singapura telah dikeluarkan atau dipecat dari menjadi sebuah negeri gabungan di dalam Malaysia dan bukan keluar dari Malaysia atas kehendak sendiri.
Saya turunkan kisah dari buku bertajuk ' Inside No. 10 ' karangan Shirley Williams iaitu Setiausaha kepada Perdana Menteri Britain di waktu Singapura dipecat dari Malaysia. Shirley Williams telah hadir apabila Lee Kuan Yew datang ke London untuk bertemu dengan sahabatnya Harold Wilson. Shirley menulis menyatakan Harry (nama panggilan Lee Kuan Yew) dengan sedih menyatakan Tunku Abdul Rahman adalah seorang yang bijak kerana memecat Singapura sebelum Harry sempat mengganti Tunku sebagai Perdana Menteri Malaysia.
LIMA
Dalam satu jamuan makan malam di rumah duta Malaysia, di waktu saya bercuti di Paris semasa Dato' Ismail Ambia menjadi duta Malaysia di sana, David Marshall, sebagai duta Singapura telah hadir bersama. Beliau telah gelihati dan gembira mendengar kandungan buku Shirley Williams dan meminta saya kira senaskhah untuknya sebagai satu bukti sejarah. Pada waktu yang sama kami membincangkan pertistiwa jatuhnya kapal-terbang perang Russia di dalam Paris Air-show yang sedang berlalu. Paris Air-show inilah yang menjadi sumber inspirasi bagi Tun Dr. Mahathir menganjurkan LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) yang diadakan di Langkawi setiap dua tahun. Pada waktu LIMA pertama dianjurkan Menteri Pertahanan ialah Dato' Seri Naji Tun Abdul Razak dan Panglima Angkatan Udara Malaysia ialah kawan setingkat dengan saya di MCKK iaitu Tan Sri Dato' Jen. Abdul Aziz Zain.
PERLEMBAGAAN SEBAGAI KONTRAK SOSIAL
Untuk menjayakan perjuangan kemerdekaan Malaya sebuah Perlembagaan telah digubal yang merupakan satu hasil kesepakatan berbilang kaum di negara ini. Inilah yang dikatakan 'social contract' atau kontrak sosial.
Dalam kontrak sosial antara kaum terdapat peruntukan berikut:
1. Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan,
(Malaysia ialah satu-satunya negara di dunia, selain negara China dan India, yang
membenarkan sekolah berbahasa China dan Tamil bebas tumbuh dengan jayanya)
2. Islam agama Persekutuan
(Malaysia membebaskan penganut ugama lain untuk meneruskan kegiatan ugama mereka)
3. Hak Istimewa Orang-orang Melayu
(Di bawah seksyen 153 jugalah hak bukan Melayu dan Bumiputra dijamin)
4. Raja Berperlembagaan
(Sebagai bukti ketuanan Melayu dan simbol perpaduan yang berkuasa ke atas ugama Islam
dan istiadat orang-orang Melayu)
5. Demokrasi Berparlimen.
(Satu sistem yang membolehkan mereka yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya
menentukan cara pemerintahan untuk mengelak dari negara jadi huru-hara dengan amalan
seperti protes jalanan yang tidak bertanggungjawab)
Inilah wadah yang menjadi landasan untuk mengisikan kemerdekaan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di Malaysia
PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR BUKANLAH PEJUANG KEMERDEKAAN
Bagi kalangan yang setiap hari menimbulkan bahasa Melayu sebagai satu masalah; yang cuba menghina Islam untuk menyamakan ugama Islam dengan ugama lain, atau menggunakan nama Allah untuk tuhan bagi semua ugama; yang mengecam kewujudan hak istimewa orang-orang Melayu dalam seksyen 153 dan melupakan jamianan hak bukan Melayu di dalamnya; mempertikaikan; yang mempertikaikan ke upayaan Angkatan Tentera Di Raja, Angkatan Polis Di Raja dan Kastam Di Raja untuk memelihara ke amanan negara, mengumpul dana negara dan menimbulkan tohmahan terhadap pegawai kehakiman dan semua pegawai negera dan persekutuan yang dilantik oleh Raja-Raja dan Gabenor yang juga dilantik oleh raja-raja; dan yang tidak memahami bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negerilah tempat mengemukakan kritik dan cadang, selain laporan dalam media, tetapi sangat gemar, dari waktu di bangku sekolah mengajak rakyat untuk berdemonstrasi dan mengamalkan politik jalanan yang mengganggu keamanan negara. Mereka inilah yang merasakan kemerdekaan yang kita capai tidak sebenar sehingga perlu dicemar dan diatur semua semua institusi yang ada.
Sikap begini tidaklah membawa apa-apa hasil dan merugikan negara.
Tidak salahlah jika penulis sejarah tidak menurunkan nama tokoh-tokoh PKMM sebagai pejuang kemerdekaan kerana perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO dan Perikatan bukanlah 'kemerdekaan yang sebenarnya' bagi bekas pemimpin PKMM jika 'yang sebenarnya' itu dimaksudkan sebuah republik, yang tidak beraja atau bersultan, walaupun di luar Indonesia Raya.
Sudah tentu bagi pejuang PKMM kemerdekaan yang diperolehi oleh Singapura dari Malaysia boleh dianggap sebagai kemerdekaan sebenarnya kerana Singapura wujud sebagai sebuah republik dan tidak beraja atau bersultan.

Pejuang PKMM, walau pun tidak boleh disenaraikan sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mereka bolehlah disenaraikan sebagai hero penentang penjajahan British seperti Rosli Doby, Awang Ramli, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Nayan, Dato' Maharaja Lela dan lain-lain. Bagi pewaris perjuangan PKMM Malaysia belum mencapai 'kemerdekaan yang sebenarnya.'
Kenapakah penghakisan kedudukan, kuasa dan martabat raja-raja Melayu dijadikan syarat untuk mencapai kemerdekaan sebenarnya.
Kenapakah penghakisan kedudukan, kuasa dan martabat raja-raja Melayu dijadikan syarat untuk mencapai kemerdekaan sebenarnya.
KEMERDEKAAN SEBENARNYA
Jika kita lihat kepada Indonesia, dan jika itulah model perjuangan PKMM berertilah perkara pokok yang tidak ada di sana ialah sistem monarki. Indonesia, dengan dasar Pancasilanya, juga tidak meletakkan Islam sebagai ugama negara; dan tidak ada konsep hak istimewa bagi bangsa atau kaum yang rendah tahap ekonominya di sana.
Parti DAP, yang merupakan tunjangan atau bayangan peninggalan parti PAP Singapura, ternyata sebagai penyebab kepada tercabarnya ketuanan Melayu sehingga berlaku peristiwa 13 Mei. Kini mereka telah berjaya memperalatkan tokoh Melayu yang berselera besar untuk menjadi Perdana Menteri untuk menjadi patung mereka dalam kepimpinan negara sebagaimana yang sedang berlaku di Pulau Pinang.
Di Singapura pun perkara begini pernah berlaku apabila Presiden pertama di sana ialah seorang Melayu.
TERHAKISNYA PENGARUH PAS
Akibat dari pengaruh DAPlah maka partai PAS yang dulunya memperjuangkan kewujudan negara Islam kini mengubah dasar perjuangannya untuk menegakkan negara kebajikan yang sememangnya sudah dijayakan selama ini sebagai salah satu program kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional sejak merdeka.
Walau bagaimana pun, populariti PAS telah menurun kerana menolak perjuangan menegakkan negara Islam.
Sekaligus pemimpin politik PAS menyokong penggunaan nama Allah untuk ugama yang Tuhannya terbahagi tiga kepada 'The Mother, The Son and The Holy Spirit' seperti yang ditentukan oleh Maharaja Roman Constantine di dalam Nicene Creed yang disahkan dalam pertemuan kepala gereja di Nicaea pada tahun 325 masehi. Nicene Creed inilah yang mewujudkan Gereja Katholik yang berkonflik dengan kelompok gereja yang digelarkan sebagai golongan Arianism. Hanya dengan mempertigakan konsep ketuhanan sebagaimana yang dipercayai oleh pihak pagan Roman maka barulah Constantine setuju untuk menganut ugama Kristian.
Bagi pemimpin PAS, seperti Nasruddin, Dr. Zulkifli dan lain-lain yang menentang penggunaan nama Allah di dalam bibel mereka semuanya telah dipecat untuk memberi keselesaan kapada yang anti Islam seperti pemimpin-pemimpin DAP.
PETIKAN DARI BLOG http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/04/pru-13-rise-of-abim-mohd-nur-manuty.html
On March 13, 2013 I have blogged this "Updated: People Who Have Abandoned Anwar Ibrahim'. This is part of a list of 57 people who have left Anwar Ibrahim:
Members of Parliament: YB Zul Noordin Kulim-Bandar Baru, YB N Gobalakrishnan Padang Serai, YB Zahrain Hashim Bayan Lepas, YB Tan Tee Beng Nibong Tebal, YB Wee Choo Keong Wangsa Maju, YB Mohsin Fazil Samsuri Bagan Serai.
Former PKR members: Salehuddin Hashim (former Sec-Gen of PKR), Prof. Chandra Muzaffar (former Deputy Presiden of PKR), Ezzam Mohd Noor (former PKR Youth Head), Mohd Zahid Arip (Naib Ketua Pemuda PKR), Dr. Halil Rahmat (Treasurer PKR Hulu Selangor and Anwar's doctor), Fairus Khairuddin (ADUN Penanti - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang), Neil Onn (Ketua Wanita Parti Ke Adilan Nasional), Jeffry Kitingan (Naib Presiden PKR), Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak), Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak), Bekas Naib Presiden Marina Yusuff, bekas Setiausaha Agung, Mohd Nor Tahir, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam, bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha bekas Bendahari Agung Abdul Rahman Osman.
ABIM Members: YB Nasharudin Mat Isa (former ABIM and former Deputy President of PAS), Prof. Dr. Sidek Baba, Ismail Mina, Roslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR),
Setiausaha Sulit: Rahimi Osman, Annuar Shaari, Hj. H. Awang
Lawyers: Zainur Zakaria, Sulaiman Abdullah, Yuktes Vijay
Others: Raja Petra Kamarudin, Dato' Zaid Ibrahim, Dato' Nallakaruppan.
That is a lot of people to have abandoned one same person. However there are always other chameleons present and other opportunities.
Itulah kenyataan sebenarnya.
Apakah 'kemerdekaan sebenarnya' bererti sebuah negara republik yang tidak beraja? Apakah untuk merdeka harus ada pluralisme yang menyamakan semua ugama, yang jelas ditentang oleh raja-raja Melayu? Apakah merdeka yang sebenarnya ialah sekularisma dan liberalisma yang memberi kebebasan, termasuk amalan seks antara kaum sejenis atau pun antara lelaki dan perempuan di luar nikah yang dibolehkan jika suka sama suka? Apakah 'kemerdekaan sebenar' bererti yang miskin tidak perlu dibantu lebih? Apakah dengan bersikap liberal sepenuhnya barulah Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sebenarnya.
APAKAH KITA SANGGUP CURAHKAN AIR DI TEMPAYAN KERANA GURUH DI LANGIT MEMBAWA HARAPAN HUJAN BATU MEMBARA AKAN TURUN
DARI LANGIT?
DARI LANGIT?
Ismail Mina Ahmad also among who go against Anwar and PAS.
ReplyDeleteSalam DSSJ
ReplyDeleteAdakah Kontrak Sosial yang dimaksudkan itu memang tertulis di dalam Perlembagaan seperti yang DSSJ tulis.
Sekadar untuk mendapatkan kepastian.
Terima kasih.
PEMIMPIM2 UMNO BARU YANG DITUBUHKAN OLEH KETERUNAN INDIA SATELAH MEMUSNAHKAN UMNO TULIN MEMPERJUANGKAN NAMA ALLAH TETAPI MENOLAK HUKUM2 ALLAH- CONTOH... MENGHALALKAN RASUAH DAN MEROMPAK HARTA RAKYAAT.
ReplyDeleteporim jalan belangkas.
Salam TSDS,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya DS, adakah DS mengenali A/Yarhyam HJ. FAKEH DAUD BIN HJ. ABD MALEK, yang berasal dari Sg. Petani Kedah.?