Thursday, December 5, 2013

SEMOGA MELAYU TIDAK LUPA

MASUKAN 5hb DISEMBER, 2013

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

PILIHANRAYA UMUM ke 13 pada 5hb Mei, 2013 (DALAM KENANGAN)

Allah s.w.t. Yang Menentukan.

Alhamdulillah, setelah 7 bulan selesainya PRU ke 13 maka kita sekali lagi perlu muhasabah diri dan kembali kepada hakikat bahawa manusia hanya boleh berusaha tetapi hanya Allah s.w.t. yang menentukan.

Blog ini menyeru supaya kita lupakan sahaja kata-kata kesat, sepanjang zaman, yang keluar dari mulut Lim Kit Siang,  kerana sikap begini sudah kita ketahui sejak beliau berpolitik dari muda hingga ke tua. Isi kata-katanya hendaklah menjadi penyedap sebagai asas menaikkan semangat bangsa Melayu. Selagi ada watak seperti Lim Kit Siang selama itu pulalah bangsa Melayu memerlukan watak yang tebal semangat ke Melayuan dan ke Islamannya.
 
1. Keputusan PRU ke 13 adalah satu peringatan dan pengajaran kepada bangsa Melayu, Bumiputera dan seluruh umat Islam di Malaysia dan di Asia Tenggara. Kita perlu bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana saying-Nya kepada ummat dan mengekalkan kuasa di tangan yang berjiwa Melayu dan Bumiputera di Malaysia.

PEKERJA IMIGRAN DI SINGAPURA

2. Antara berita yang dipetik dari Yahoo News oleh Elizabeth Soh pada 7hb Mei, 2013 bertajuk 'Malaysians in Singapore react with anger, disappointment over BN win, ialah:

2 i. 'I'm proud to be from Penang and we will stay strong despite all the dirty tricks,' said online entrepreneur Gwendolyn Yeo, 30, who closely monitored the Facebook and online feeds of all her friends back home and was convinced that BN had not played a clean game. 'We're sick of our families back home working so hard to pay for Najib Razak's wife shopping sprees.'

2 ii. Singapore based bank executive Nick Chong, 29 who took two days off to return to Kulai, Johor and volunteered as a polling and counting agent, told Yahoo! SG that he witnessed first hand how unfair the polling process had been.

2 iii. 'I ride over nine hours to get home with the traffic jam and even my motorbike breaking down, but I went home to vote because I am fed up with BN and I want things in my country to change, Ubah! (Change!) said 27 year-old Malacca native Rajoo Rangarajan, who works as a cook in a five-star hotel in Singapore.

2 iv. 'Many Singapore-based Malaysians have taken to expressing their anger and dissatisfaction online, replacing their profile pictures with black squares in protest of the alleged blackouts to cover up fake votes. ' I feel powerless as I am not in the country, but change can start from anywhere, even if we are just speaking up online, as long as we are not scared to put our name and our face to our feelings, I'm sure that we can make a difference,' said Malaysian marketing manager Ivey Leo, 26, who, together with a group of her friends, booked a bus back to Johor on Saturday to vote for the opposition.'

3. Walau pun pekerja imigran di Singapura begitu bangga dengan Pulau Pinang tetapi dia tetap menjadi usahawan online di Singapura sedangkan kerja begini boleh dibuat di mana saja. Nick Chong sebagai pekerja imigran di Singapura menyatakan sistem pengundian kita tidak adil, sedangkan Bangsa-Bangsa Bersatu selalu mencadangkan Malaysia, dan tidak Singapura, sebagai negara yang patut dicontohi dalam soal pengendalian pilihanraya. Malahan, mantan Wakil Presiden Republik Indonesia Yusof Kalla yang turut hadir sebagai pemerhati dalam PRU ke 13 memuji cara pengendalian pilihanraya di Malaysia walau pun negaranya adalah yang lebih bebas untuk rakyat berbicara dan mengkritik.

4. Pekerja imigran di Singapura yang juga menjadi tukang masak, Rajoo Rangarajan, juga mahukan perubahan tetapi tidak menyatakan perubahan apa. Jika perubahan untuk keamanan dan keadilan semua rakyat Malaysia mahukan itu sebagaimana beliau tahu, sebagai tukang masak, bahawa pelanggan di hotel juga selalu mahukan perubahan makanan  asalkan lebih sedap dan tidak menyebabkan pelanggan menghadapi masalah cirit birit.

5. Ivey Leo, seorang lagi pekerja imigran di Singapura pula berasa kesal kerana dia berada di luar negara dan tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan kisah 'black-outs' yang disebutkannya itu jelas sekali beliau terpengaruh dengan media cyber yang Pakatan Rakyat sangat jaguh mengendalikannya. Ivey sepatutnya berada di Malaysia dan jangan hidup bergantung kepada fitnah berita angin dari yang anti kerajaan Malaysia.

6. Sebagai pekerja imigran di Singapura mereka perlu menyedari bahawa kebebasan mereka bersuara adalah ketara sekali kerana mereka rakyat Malaysia. Mereka perlu cuba bersuara bebas mengenai Singapura dan sudah pasti mereka akan dihambat balik ke Malaysia atau pun dibawa beristirehat di dalam penjara.

7. Memanglah salah, bagi sesetengah orang, jika isteri pembesar atau tokoh-tokoh Melayu yang berkedudukan itu membeli sesuatu yang berharga untuk dirinya samada dengan wang yang halal atau tidak. Yang tidak salah ialah taukeh-taukeh yang kaya yang menyimpan begitu banyak barang berharga untuk dijual. Sama ada benar atau tidak wang yang dibelanjakan itu halal atau sebaliknya tidaklah penting diselidiki, yang penting ialah penjualnya ialah taukeh bukan Melayu yang mengautkan keuntungan yang banyak.

8. Bagi mereka, samada pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain keadilan hanya wujud di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Di situ tidak ada penipuan, pengundi hantu dan sebarang penyelewengan. Jika ada penyelewengan sekalipun ianya tidak menjadi isu atau satu kesalahan kerana yang menang ialah mereka.

DAP

9. Pada hakikatnya DAP adalah parti yang paling puas hati dengan keputusan pilihanraya pada kali ini. Walaupun berketuakan Karpal Singh, dari kalangan kaum minoriti, tetapi beliau berjaya mengikat pemimpin de facto atau penasihat Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, kerana Anwar bergantung padanya dalam kes-kes yang melibatkan moralnya. Tanpa Anwar, DAP yang pemimpinnya terkenal sebagai chauvinis sepanjang zaman, tidak mungkin dapat diakrabkan dengan PAS yang dikuasai oleh kumpulan 'Anwarinas'. Itu sahaja peranan Karpal dan beliau boleh disingkirkan oleh DAP pada bila-bila masa sahaja sebagaimana juga Anwar boleh dipermudahkan masuk dalam penjara oleh Karpal Singh.


10. DAP berjaya menjadi parti terulung yang mewakili masyarakat China. Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti GERAKAN memenangi hanya satu dari 11 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan 3 dari 31 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya. Parti MCA juga hanya memenangi 7 kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

11. Selain dari menang dengan majoriti yang lebih di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri parti DAP juga berjaya mengekalkan kuasa pentadbiran di Pulau PInang dengan majoriti kerusi yang lebih.

12. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga menjadi jaguh apabila mengalahkan Dato' Seri Abd. Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor, di kawasan yang mantan MB paling banyak menaburkan jasa. Majoriti Lim Kit Siang menjangkau 14,762 undi. 

GERAKAN

13. Paulin Wong, di bawah tajuk 'Gerakan's fall from G\race', telah menulis sebagai berikut dalam The Sun pada May,10, 2013:

13 i. 'IN OCTOBER 2011, Gerakan Presiden Tan Sri Koh Tsu Koon declared to a packed press conference after its 40th National Delegats Conference that he would 'sacrifice himself' for the party if necessary.

13 ii. It seemed at the time he would resign from his post in order to take the blame for the party's dismal showing in the 2008 general election, when it won only two out of 12 paliamentary seats and four out of 31 state seats it contested nationalwide.

13 iii. Five years later, and after yet another bruising general election, Gerakan has seen no sacrifice except itself.

13 iv. The once-vocal and influential multi-racial BN component party was put on the chopping block by the rakyat themselves to make way for a wave of change, both in Penang (once a Gerakan fortress) and nationwide.

13 v. The embattled and much criticisezed Koh has stayed silence since the May 5 polls amidst all the backlash, where its grassroots-leaders are shutting down service centres and closing up shop as they believe the party is no longer needed to represent the people.

13 vi. Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow, too, has quit all posts.

14. Nampaknya Koh Tsu Koon masih tidak sedar dirinya. Bacalah blog ini atas tajuk 'PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI' yang dimasukkan pada 20hb September, 2011.

KAFIR HARBI DAN KAFIR ZIMMI
 
15. Bagi mereka yang memperalatkan ugama untuk kepentingan politik, dan lebih sanggup berkompromi dengan golongaan yang bukan Islam, yang bersifat harbi dari yang bersifat zimmi atau yang tidak bermusuhan dengan Islam, keputusan pilihanraya ini adalah satu pengajaran kepada semua pihak.
 
PAS

16. Kekalahan Ahmad Sabu di Kedah selaku Timbalan Presiden PAS yang didukung oleh kelompok Anwarinas dalam PAS dan pihak PKR, kekalahan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di Johor dan kekalahan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya adalah satu hukuman ke atas mereka yang menolak segala usaha untuk menyatupadukan umat dan yang membantu golongan kafir harbi yang tidak setia.
 
17. Selain faktor umur dan permainan politik di peringkat negeri Kelantan Allah s.w.t. jugalah yang menyejukkan hati Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz untuk tidak menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliaulah yang menjadi tali yang paling kukuh yang mengikat PAS kepada panasihat PKR. Beliau jugalah yang berdendam dengan UMNO kerana pemerintahan di zaman Tun Hussein Onn telah mengisytiharkan darurat di Kelantan untuk mengelak dari pertumpahan darah dalam krisis sesama Melayu di waktu itu. Lebih awal beliau keciwa dengan tahanan anaknya Nik Abduh di bawah ISA dan lebih awal kerajaan UMNO gagal menaikkan pangkatnya dari guru ugama KEMAS kepada Penyelia KEMAS.

18. Saya telah dibawa oleh Tun Ghazali Shafie untuk bertemu dengan Tun Hussein apabila saya terdengar Tun Hussein menyatakan 'I do not care how we do it, but I do not want any blood spilling during my time as a Prime Minister.' Pengisytiharan darurat inilah yang mengakibatkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Orang yang menentang pengisytiharan darurat ini seolah-olah menyokong pertumpahan darah bangsa sendiri.

19. Alangkah sedihnya Nik Aziz apabila putra mahkota politiknya Datuk Husam tidak dilantik menjadi Menteri Besar setelah kalah di Putrajaya tetapi sejuk sedikitlah dengan ada anaknya Nik Mohamad Abduh sebagai Ahli Parlimen untuk Pasir Mas, mengalahkan Presiden PERKASA Dato' Ibrahim Ahli.

20. Yang paling kecewa dengan keputusan PRU ke 13 ini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sudahlah partinya kehilangan satu kerusi Parlimen dan merupakan parti yang terkecil jumlah wakil rakyatnya dibandingkan dengan DAP dan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

PEMBANGUNAN BUKAN ISU DALAM PILIHANRAYA

21. Kekalahan Menteri Besar Johor Dato' Seri Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam dan Menteri Kabinet Dato' Raja Nong Chik adalah tanda-tanda yang jelas bahawa soal pembangunan tidak menjadi isu yang menguntungkan dalam pilihanraya ini. Ketiga tokoh Barisan Nasional dari UMNO ini telah diiktiraf sebagai banyak berjasa dalam membangunkan negera di masing-masing tempat.

22. Dalam usaha mencari sebab maka prestasi yang terburuk begini berlaku maka perkataan Tsunami mula dipakai sekali lagi walau pun ada yang menggelarkannya sebagai Cinami. Tsunami itu pula dibahagikan kepada Tsunami China dan Tsunami Malaysia bergantung kepada siapa yang menyatakannya.

CINAMI

23. Joceline Tan telah menulis sebagai berikut di dalam komennya pada 6 Mei, 2013 di dalam surat-khabar Star di bawah tajuk 'Reeling from Chinese Tsunami':

23 i. "The Chinese rejection of Barisan is a big blow to Najib, who went out of his way to persuade them to come along on his economic and political transformation journey.

23 ii. The Chinese have rejected a moderate and inclusive leader, who have made more overtures to the Chinese than any other Prime Minister before him, and Najib and his coalition will have to reassess all this in the months to come"

24. Malahan pemimpin-pemimpin China seperti Dato' Chor Chee Heung yang kalah di Alor Setar, Dato' Donald Lim Siang Chai Chai dan Dato' Kong Cho Ha yang kalah di Lumut, Perak adalah kesan dari Tsunami China yang dimaksudkan oleh Joceline Tan.

25. Walau bagaimana pun Dato' Seri Najib boleh bersyukur kerana walaupun kerusi yang dimenangi adalah kurang dari yang dimenangi dalam PRU ke 12 tetapi dua buah negeri, Kedah dan Perak, yang kalah kepada pembangkang dalam PRU ke 12 telah dimenangi semula oleh Barisan Nasional. Selain itu jumlah pengundi yang menyokong Barisan Nasional pada PRU ke 13 seramai 5.3 juta adalah lebih dari jumlah 4 juta yang menyokong Barisan Nasional dalam PRU ke 12.
 
TIADA KEJUTAN

26. Alhamdulillah, UMNO dan BN telah menang dalam PRU ke 13. Saya tidak terkejut dengan keputusan begini kerana ia adalah selaras dengan apa yang saya ramalkan, tanpa saya menyatakan secara terbuka.
 
27. Dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir di Zehn pada petang Selasa 26hb Februari, 2013 selepas keluar dari Institut Jantung Negara, beliau telah berkongsi pendapat, antara lain, mengenai PRU ke 13. Sama kami mendo'akan semoga pemikiran negative mengenai hasil usaha menuju PRU ke 13 itu salah, kerana, jika tidak, keputusannya akan lebih teruk dari keputusan PRU ke 12. 
 
28. Malangnya yang ditakuti itu berlaku.
 
CALON AYER HITAM
 
29. Keberanian YAB Datuk Paduka Mukhriz yang memilih Air Hitam di Jerlun sebagai kawasan untuk beliau bertanding bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Kedah juga telah dibincangkan. Kawasan Ayer Hitam di dalam kawasan Parlimen Jerlun mempunyai ramai penyokong tegar PAS sementara banyak tokoh UMNO di Kedah yang berhasrat untuk menjadi Menteri Besar. Adalah jelas bahasa Datuk Paduka Mukhriz, sebagaimana bapanya, telah memilih jalan susah untuk menuju ke atas.

MESYUARAT AGONG PERWAKILAN UMNO LANGKAWI
 
30. Seorang rakan dalam UMNO di Kedah, yang pernah menyelaras ketertiban Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Langkawi telah menceritakan kepada Encik Ismail Ibrahim, bagaimana beliau telah membuat keputusan dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian Langkawi walau pun yang kalah sebenarnya telah mencapai kemenangan yang besar. Waktu beliau mendedahkan perkara ini beliau tidak mengetahui siapa Ismail yang baru dikenali sebagai berkeluarga dengannya. Ada juga benarnya kata Stalin bahawa 'di dalam demokrasi yang penting bukan orang yang mengundi tetapi orang yang mengira undi.'

31. Tahniah kepada Datuk Paduka Mukhriz kerana telah Berjaya mengatasi cabaran yang hanya orang yang pernah bertanding di kawasan yang sama yang dapat memahami betapa beratnya cabaran yang dihadapi itu. 

DATUK PADUKA MUKHRIZ PILIHAN DATO' SERI NAJIB
 
32. Perlu dijelaskan bahawa cadangan untuk menjadikan Datuk Paduka Mukhriz sebagai calon bagi membolehkan perlantikan ke jawatan Menteri Besar bukanlah datangnya dari Tun Dr. Mahathir; malahan Tun Daim sendiri turut berpendapat Mukhriz patut kekal dalam pemerintahan pusat. Apabila Dato' Seri Najib mencadangkan nama Mukhriz, Tun Dr. Mahathir tidak menentangnya kerana Dato' Seri Najib yakin Mukhriz boleh membawa kemenangan kepada Barisan Nasional di Kedah. Jika Tun Dr. Mahathir tidak menyetujuinya beliau pasti disalahkan jika Mukhriz tidak bertanding dan Kedah kekal diperintah oleh PAS.
 
33. Alhamdulillah, Mukhriz menang dan BN, di bawah pimpinan YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir, boleh membangun Kedah dengan membanggakan demi kesejahteraan ummat.
 
TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
 
34. Saya sebenarnya tidak rapat dengan Dato' Seri Najib. Kami bertemu muka dan bersalam dalam beberapa majlis yang beliau hadiri. Saya lebih rapat dengan bapanya Tun Abdul Razak yang selalu memanggil saya ke pejabat dan ke rumahnya untuk bertukar pendapat mengenai Shamelin, Belia dan kegiatan bank. Sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri saya bertemu untuk berbincang dengannya hanya sekejap dan sekali sahaja bersama Tan Sri Sabaruddin Chik. Baru-baru ini, selepas Hari Raya Puasa saya telah berjumpa sekali lagi. Tetapi ianya setelah selesai PRU ke 13 dan perbincangan kami tidak membantu pilihanraya yang sudah berlalu..
 
IBU PEJABAT UMNO NEGERI DAN MALAYSIA
 
35. Saya telah dipanggil hanya sekali untuk berucap dalam majlis anjuran Ibu Pejabat UMNO. Saya dapati yang hadir hanya kawan-kawan rapat saya sahaja. Di waktu makan, setelah berucap, saya duduk di kerusi di belakang seorang staf yang tidak tahu saya di belakangnya. Saya memberitahu rakan semeja dengan saya bahawa saya kehairanan atas sebab yang hadir dalam majlis ceramah saya hanya kawan-kawan lama saya sahaja. Mereka sebenarnya tidak  perlu mendengar ceramah saya lagi kerana mereka sudah muak kerana telah selalu mendengarnya. Tiba-tiba saya terdengar salah seorang staf ibu pejabat UMNO, yang menjemput saya berceramah, berkata 'Tan Sri Sanusi ni, macam Doktor Mahathir juga, kita kena panggil untuk berucap, kepada kawan-kawannya, kalau tidak dia orang akan kacau di luar'. Berertilah saya dipanggil bukan untuk berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli muda dalam UMNO sebagaimana yang saya diberitahu di waktu jemputan berceramah disampaikan.
 
36. Di Kedah juga agak susah bagi Tun Dr. Mahathir dan saya untuk dijemput bagi menyampaikan ucapan. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Abdullah telah menjemput Tun Dr. Mahathir ke Star City Hotel di Alor Setar. Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Shafie Afdal selaku Ketua Perhubungan UMNO Kedah, di waktu itu, dan pegawai-pegawai Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Di meja makan, bersama Tun Dr. Mahathir, saya telah menawarkan supaya Tun Dr. Mahathir dan juga saya, yang sudah pencen, dan tidak ada apa-apa urusan perniagaan, diberi peluang untuk berkongsi pengalaman kami masing-masing untuk membantu UMNO di Kedah. Shafie Afdal dan para hadirin semeja lainnya menyambut baik tawaran saya itu. Tetapi pelaksanaannya tidak ada.
 
BOLEH DAN TIDAK BOLEH BERUCAP
 
37. Tun Dr. Mahathir lebih banyak dipanggil oleh Perkasa dan UMNO di negeri-negeri lain. Di Kedah hanya satu bahagian sahaja yang menjemput beliau sebelum Mukhriz menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri. JASA telah menjemput saya untuk satu majlis di Kedah tetapi telah ditangguhkan oleh Ibu Pejabat UMNO Kedah kerana ahli-ahli UMNO terlalu sibuk dengan urusan Mesyuarat Agung. Di Langkawi, Persatuan Teksi telah merancang untuk menjemput saya, begitu juga pemuda, tetapi akhirnya saya tidak pernah berpeluang berkongsi pengalaman politik dan pentadbiran di Kedah sepanjang 5 tahun yang lalu, sehinggalah PRU ke 13 apabila saya telah berucap di Telok Kemang, Seremban, di Majlis anjuran MCA di Langkawi, UMNO di Ayer Hitam, PAKIDA dan INSAN DIRANTO di Jerlun dan KEMAS, dan 4 kali berceramah di Lembah Pantai di mana Raja Nong Chik, walaupun menang dengan pengundi Melayu tetapi telah dikalahkan oleh Tsunami China. Saya juga telah ditemubual oleh Mingguan Malaysia, Berita Harian dan bersama Tan Sri Nafsiah Omar diwawancara di Bernama TV untuk membantu secara kecil-kecilan bagi memenangi pilihanraya.
 
KEPUTUSAN LEBIH TERUK
 
38. Hasil PRU ke 13 ini hampir sama dengan hasil PRU ke 12, malahan lebih teruk lagi oleh kerana dalam PRU ke 12 kerusi Parlimen yang dimenangi berjumlah 140 kerusi sedangkan dalam PRU ke 13 jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi ialah 133 kerusi iaitu kurang 7 kerusi berbanding PRU ke 12.
 
KEBANGGAAN MELAYU DAN BUMIPUTERA
 
39. Walau bagaimana pun UMNO dan Bumiputera dapat berbangga kerana terus menjadi komponen yang besar dalam Barisan Nasional dengan menyumbang 88 kerusi daripada 133 kerusi Parlimen yang diperolehi. Ini lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian 79 kerusi oleh UMNO pada PRU ke 12. Bagi Dewan Undangan Negeri pula, UMNO memenangi 242 kerusi berbanding 239 kerusi pada PRU ke 12. Oleh itu tak salah kiranya kalau budi pengundi UMNO ini dan budi pengundi-pengundi Bumiputera di Sarawak dan Sabah yang telah memberi 33 kerusi bagi BN melalui parti-parti PBB, PRS, SPDP, SUPP, PBS, PBRS dan UPKO tidak dilupakan oleh kerajaan. 

KELAB UMNO LUAR NEGERI
 
40. Pada 9hb April, 2011 saya telah dijemput oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan dalam satu majlis di London anjuran UKEC. Setelah berucap dalam majlis itu saya telah dibawa ke Birmingham untuk bertemu dengan tokoh-tokoh Kelab UMNO UK dan Eire yang sedang mengadakan mesyuarat agongnya di sana. Saya telah diberi satu senarai soalan yang telah disediakan oleh Kelab UMNO kerana soalan-soalan itu telah ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang komponen Pakatan Rakyat dalam lawatan mereka ke United Kingdom.

41. Apabila mereka memberitahu kepada saya bahawa senarai soalan itu sudah mereka sediakan begitu lama saya pun telah bertanya sebabnya mereka tidak kemukakan soalan-soalan itu kepada pemimpin-pemimpin kerajaan, khususnya UMNO, apabila mereka bertemu dengan pelajar-pelajar di London. Saya diberitahu, entah betul atau tidak, bahawa ada Menteri UMNO telah meminta supaya mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran. Saya agak hairan atas keengganan mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Apakah kerana mereka tidak mengetahui sejarah UMNO dan BN? Tidak mungkin. Apakah mereka tidak tahu sejarah penubuhan Kelab UMNO, seperti sekarang, yang ditubuhkan ke seluruh dunia sejak saya bergiat bersama BTN dan kemudiannya menjadi Setiausaha Agong UMNO? Mungkin. Pokoknya, apabila tohmahan pembangkang tidak dijawab oleh penyokong UMNO, kepada ahli-ahli Kelab UMNO, apatahlagi bagi yang tidak berparti, atau yang memang terus menyokong pembangkang, sudah pasti racun pembangkang akan menular.

42. Saya curiga dengan kemampuan dan pengalaman penasihat-penasihat Dato' Najib yang belum pernah mengator strategi dan program parti dan kerajaan sehingga memenangkan UMNO dan BN dalam PRU dengan mendapat 2/3 majoriti.

43. Saya tidak yakin dengan penasihat-penasihat yang berasaskan teori akademik dari dalam dan luar negeri, samaada rakyat atau orang asing, yang mencadang dan melaksanakan berbagai program termasuk rapat raksaksa secara besar-besaran yang berorkestrated dan boros belanjanya jika dibanding dengan kesan yang didapati. Terlalu ramai penyokong-penyokong parti yang sama telah hadir di merata tempat diadakan rapat raksaksa itu.

44. Saya juga tidak puas hati terhadap penasihat-penasihat yang tidak dapat menegurnya tentang cara berpidato yang semestinya berbeza antara statusnya sebagai pemimpin kerajaan dan pemimpin UMNO, antara pidato kepada pemuda dan orang-orang dewasa apatahlagi orang-orang tua dan yang bukan Melayu, Bumiputra atau bukan Islam..

45. Beribu juta ringgit yang telah dibelanjakan untuk konsultan, samada konsultan politik atau pembangunan, jelas hanya mampu mendapatkan keputusan pilihanraya yang mengecewakan.

SUMBANGAN KERAJAAN DITERTAWAKAN

46. Saya gagal menyampaikan hasrat beberapa orang hartawan China yang saya kenali dan penyokong kuat BN yang meminta saya menyampaikan kepada kerajaan supaya berhenti memberi peruntukan wang kepada sekolah-sekolah China kerana mereka sering mentertawakan kerajaan setelah menerima peruntukan itu tanpa berhasrat untuk menyokong kerajaan. Mereka menyatakan bahawa mereka tahu bahawa pihak kerajaan boleh digertak untuk mendapat sesuatu.

BANTUAN YANG TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH

47. Seorang tokoh India, selepas kempen pilihanraya kecil di Ulu Selangor di mana Kamalanathan menjadi calon telah memberitahu kepada saya bahawa peruntukan RM5 juta untuk sekolah Tamil akan membantu pemborong MIC dan pekerja-pekerja asing Bangladesh dan Indonesia sementara anak-anak lepasan sekolah itu tidak akan boleh mendapat pekerjaan dengan kelulusan di sekolah itu dan tidak akan mengundi sehingga mereka dewasa. Keluarga mereka juga belum tentu akan menyokong BN. Tokoh India ini memohon supaya saya mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pinjaman kepada sebuah koperasi dan membekalkan koperasi itu dengan RM5 juta untuk dipinjamkan kepada 5,000 orang India yang terhutang kepada Ah Long sebanyak RM1,000-00 setiap seorang. (Perkara ini telah saya sebut dalam masukan blog ini atas tajuk _________________'.

48. Apabila saya sampaikan perkara itu kepada dua orang ahli cabinet UMNO berkenaan seorang menyatakan perlunya melayan kehendak MIC untuk membina sekolah dan seorang lagi berkata dia akan bertemu dengan tokoh India itu. Apabila saya berjumpa tokoh India itu dia berkata akan menolong tokoh India dengan apa yang dikehendakinya tanpa menyebut soal program pinjaman untuk 5,000 India yang pinjam dari Ah Long. Kata tokoh India itu tokoh UMNO itu menawarkan projek untuknya dan bukan mencari penyelesaian kepada masalah orang-orang India.

TINDAKAN YANG DIADU TERHADAP YANG MEMBUAT ADUAN

49. Saya telah berjumpa dengan seorang penternak babi di Bangsar Shopping Center. Kerana beliau mengenali saya, sebagai mantan Menteri Pertanian, maka beliau menyatakan kelohannya kerana pihak Kementerian Pertanian membenarkan babi diimpot dari China. Entah betul atau tidak, saya tidak mempunyai sebab untuk mencurigainya. Saya telah memberitahu kepada Menteri berkenaan yang memberitahu saya bahawa urusan babi dia serahkan kepada timbalannya. Bila saya beritahu kepada penternak babi berkenaan dia terus menjawab 'that is where the problem is.'

50. Kejadian ini hampir sama dengan kelohan yang disampaikan kepada Perdana Menteri ke 5 mengenai kelohan orang-orang India mengenai Presiden MIC di waktu itu. Surat itu telah diserah kepada Presiden MIC dan saya diberitahu tangan penulis surat itu telah dipatahkan oleh penyokong tokoh yang dilaporkan itu. Sepucuk surat lagi telah ditulis dan ditanda-tangani oleh ramai orang yang mengeloh. Saya diberitahu kesemua yang menanda-tangani surat itu telah dipukul. Sepatutnya surat itu tidak diserahkan kepada yang diadukan itu. Di sinilah bermulanya gerakan Hindraf. Alhamdulillah Dato' Seri Najib telah Berjaya memujuk tokoh-tokoh Hindraf dalam PRU ke 13 ini.

CARA PENYAMPAIAN BANTUAN BRIM

51. Saya sungguh kesal mendengar sindiran dan cemohan dari kawan-kawan anak saya yang anak mereka belajar di sekolah yang sama dengan cucu-cucu saya di Bukit Damansara. Sebagai seorang yang pernah susah saya menyokong program sumbangan di bawah BRIM; tetapi satu cara perlu difikirkan bagaimana bantuan itu terbuka kepada semua yang menghendakinya dan tidak termasuk yang menyindirnya.

52. Sebagai contoh, apabila seorang wanita yang menentang kerajaan menghadirkan diri di pejabat di Sungai Petani untuk mendapatkan wang bantuan BRIM, dia telah memberi kupon bernilai RM500-00 sambil melafazkan 'Buat mai sini duit haram RM500-00'. Pegawai yang menerima kupon itu telah tersentak dan mengoyak dan mengembalikan kupon itu sambil menjawab 'Kalau dah tahu haram saya tak akan bagi kerana tidak mahu bersubahat memberi wang haram.' Perempuan itu terkejut dan kelihatan sedih dengan sikapnya. Kita hanya patut memberi kepada yang mahu berterima kasih apabila menerima, walau pun mungkin seseorang itu tidak menyokong kita.

BERKORBAN DIRI UNTUK MENYERIKAN PEMIMPIN

53. Sesetengah pemimpin dan ahli UMNO hendaklah sanggup mengorbankan diri masing-masing dan menjauhkan diri dari Perdana Menteri, tidak terus nampak di kaca TV dan di surat-surat khabar wajah mereka di samping Perdana Menteri jika nama mereka sudah tercemar samaada secara terbukti atau pun masih dalam pertuduhan di mahkamah atau sedang diselidiki atas apa jua jenayah atau  kesalahan yang telah berlaku seperti curang akhlak atau rasuah.

54. Orang-orang yang hemoi memang susah untuk diatur oleh Perdana Menteri kerana mereka akan terus mendekatinya dan berharap akan terampun kerana menjadi pembantu pemimpin yang karib dan setia walaupun sebenarnya mereka boleh merendahkan pandangan orang-ramai terhadap pemimpin UMNO.

KETUA BAHAGIAN

55. Biasanya dalam setiap pilihanraya, sebelum PRU ke 12, calon yang digugurkan dari kalangan Ketua Bahagian tidak sebanyak yang digugurkan pada PRU ke 12. Ada yang menyatakan lebih 50 (?) Ketua Bahagian kesemuanya. Tindakan mengejut begini, walau pun niatnya untuk membawa perubahan, tetapi kerana cara pemilihannya disangsikan telah membawa kepada padah yang cukup buruk.

56. Sudah tentu untuk PRU ke 13 saya jangkakan tindakan kita akan lebih berhati-hati.

57. Ternyata pada PRU ke 13 sekitar lebih dari 55 (?) calon bebas yang bertanding dikatakan terdiri dari ahli-ahli UMNO sendiri.

58. Memanglah ada dari kalangan Ketua Bahagian yang mungkin tidak 'winnable' tetapi cara mengenepikan mereka hendaklah berseni. Apatah lagi yang mengambil tempat yang mereka idam-idamkan itu lebih teruk wataknya dari beliau.

DAFTAR MENJADI AHLI UMNO

59. Masalah dengan mereka mulai timbul apabila berlaku perubahan, atas kehendak mereka, sehingga cerdik-pandai yang dulunya boleh mendaftar untuk menjadi ahli UMNO di Ibu Pejabat UMNO untuk diterima dan disampaikan untuk pendaftaran di peringkat UMNO Bahagian telah tidak dibolehkan lagi. Ini bererti tanda-tanda untuk menghalang cerdik-pandai menjadi saingan telah disekat terlebih dahulu.

60. Pihak UMNO Bahagian rata-rata nampak lembab dari menjalankan program politik dalam kawasan. Mereka lebih suka menggerakkan penyokong meramaikan majlis-majlis yang dihadiri oleh Dato' Seri Najib supaya mereka kelihatan 'winnable'. Apabila pilihanraya sudah dekat pula mereka akan menunggu siapa calonnya. Kerja belum juga bermula.

61. Seperti dalam PRU ke 12 rata-rata BN kalah dan begitu juga dalam PRU ke 13 ditambah lagi dengan sengketa dalam bahagian-bahagian UMNO dan MCA itu sendiri.

'WINNABLE CANDIDATE'

62. Saya menjadi bimbang apabila perkataan 'Winnable Candidate' diketengahkan. kerana 'Winnable Candidate' atau 'Calon Yang Boleh Menang' memerlukan definasi yang jelas. Saya menjadi lebih bimbang apabila definasi yang diketengahkan oleh berbagai pihak hampir sama dengan calon yang 'winnable' yang dipilih untuk PRU ke 12 dahulu.

63. Saya menjadi bertambah yakin dengan cara pemilihan calon apabila saya mendengar semua pihak yang berkenaan, yang berpengalaman menganalisa calon dan kawasan akan dibantu oleh ramai orang-orang terpelajar dan konsultan yang akan membantu Dato' Seri Najib.

64. Saya menjadi bimbang kembali apabila  keyakinan akan menang besar telah nampak pada 'body-language'  ramai pemimpin. Dalam suasana inilah saya mentafsirkan kenyataan Dato' Seri Najib di atas pentas apabila beliau secara bergurau senda menyatakan, dengan maksud 'yang jadi masalah ialah tiada seorang pun dari barisan Menteri yang telah secara sukarela menyatakan mereka akan menarik diri.'

65. Walau pun pada mulanya, setelah banyak kalah dalam PRU ke 12, keghairahan untuk menjadi calon tidak begitu ketara, tetapi apabila keyakinan menang besar telah mula meresapi parti maka selera yang tadinya tidak yakin akan menang telah tampil kemuka untuk menyatakan dirinya sebagaia 'calon yang boleh menang' atau 'winnable'.

66. Sudah pasti yang dapat mengesan 'Winnable Candidate' dalam sesebuah kawasan pilihanraya, bagi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, adalah pegawai dan penasihat Dato' Seri Najib sendiri. Apabila kawasan pilihanraya itu dianggap boleh menang sudah tentu calon yang dipilih juga boleh membawa kemenangan. Tidak mungkin seseorang yang bertanding dari kalangan staf Jabatan Perdana Menteri akan memilih kawasan yang boleh kalah jika beliau sendiri menganggap dirinya sebagai 'winnable' apabila diletak sebagai calon dalam kawasan itu.

67. Ternyata yang turut memilih dirinya sebagai 'winnable candidate' telah kalah seperti berikut:

5 PEGAWAI PERDANA MENTERI DAN 1 SETIAUSAHA PERHUBUNGAN UMNO YANG KALAH

67 i. Datuk Mohd Shafei Abdullah - Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan - kalah di Wilayah Persekutuan; beliau dikalahkan oleh calon PKR Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majority 5,511 undi
 
67 ii.  Datuk Mohd Fatmi Che Salleh - Pegawai Khas Perdana Menteri - kalah di kawasan Parlimen Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikalahkan oleh calon PAS Takiyuddin Hassan dengan majority 15,822 undi
 
67 iii. Datuk Mohamed Suffian Awang - Pegawai Khas di Jabatan Perdana Menteri - kalah untuk kerusi Parlimen Kuantan, Pahang kepada calon PKR Fuziah Salleh dengan majaoriti 4,515 undi.
 
67 iv. Dato' Latt Shariman Abdullah - Pegawai Khas Perdana Menteri- kalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majority 209 undi
 
67 v. Dato' Sahlan (Nasution) Ismail - Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri - kalah di kawasan Parlimen Pokok Sena kepada calon PAS Mahfuz Omar dengan majority 3,935 undi. Adik Dato' Sahlan bernama Saifuddin Nasution Ismail sebagai calon PKR juga kalah kepada calon Barisan Nasioal Abdul Aziz Sheikh Fadzir di kawasan Parlimen Kulim Bandar Bahaaru dengan majoriti 1,871 undi.

67 vi. Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed, bekas Menteri Kerja Raya dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor telah kalah di kawasan Perlimen Sepang kepada calon PAS Mohamed Hanipa bin Maidin dengan majoriti 1,104 undi.

THE TIP OF THE ICE-BERG

68. Adalah menjadi satu tanda-tanya atas pengaruh pegawai-pegawai Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Badan Perhubungan UMNO Negeri di atas, yang kalah, dalam menentukan calon dan strategi pilihanraya kerana mereka sendiri pun tidak mampu untuk mencapai kemenangan. Adalah menjadi buah mulut di Kuala Kedah bahawa Ketua Bahagian hanya mengadakan mesyuarat jawatankuasa hanya untuk membuat persiapan mengadakan mesyuarat agong perwakilan UMNO Bahagiannya sahaja. Di Selangor pula umum mengetahui bahawa Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, tidak sebulu, walau pun Perhubungan UMNO Selangor di bawah pimpinan Presiden UMNO.

69. Ketidakmampuan mereka yang di atas ini merupakan 'the tip of the ice-berg' kerana mereka ini datangnya dari Kelantan dan Selangor (di dua negeri yang kita kalah) dan negeri Kedah (di mana BN menang kembali) dan Pahang (yang bernasib baik kerana Presiden UMNO dari negeri Pahang).
 
Akibat dari terlalu yakin dan sombong
maka padahnya terdapat dalam -
 
KEPUTUSAN PRU 13

70. Keputusan bagi kawasan Parlimen ialah:

Barisan Nasional - 140 kerusi (PRU 12) - 8 kerusi menang tanpa bertanding
                              - 133 kerusi (PRU 13)
          Kurang      -     7 kerusi
                              ========

PAS                     -   23 kerusi (PRU 12)
                             -   21 kerusi (PRU 13)
          Kurang      -    2 kerusi
                               =======

PKR                     -   31 kerusi (PRU 12)
                              -  30 kerusi (PRU 13)
           Kurang      -    1 kerusi
                                =======

DAP                     -   28 kerusi (PRU 12)
                              -  38 kerusi (PRU 13)
            Lebih        -  10 kerusi
                                =======

71. Berertilah kelebihan 10 kerusi DAP adalah dari kekalahan 7 kerusi BN, 2 kerusi PAS dan 1 kerusi PKR.
  
FAKTOR PERKAUMAN MENGATASI
AGENDA PEMBANGUNAN
 
72. Mengikut analisa yang dibuat oleh pakar-pakar, keputusan pilihanraya di atas adalah bergantung kepada sentimen perkauman yang berasaskan kepentingan DAP semata-mata. Siapa yang paling kuat mencaci dan menghina pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO mereka inilah yang disokong oleh penyokong-penyokong China yang berpihak kepada DAP.

Hu Pang Chaw - PAS
 
73. Jika seorang calon PR itu seorang China dia tidak akan disokong oleh China penyokong DAP jika dia bertuankan kepada ketua Melayu Islam dari parti PAS walau pun PAS anggota PR. Contohnya di kawasan Parlimen Ayer Hitam di calon PAS Hu Pang Chaw telah dikalahkan oleh calon Barisan Nasional Wee Ka Siong dengan 7,310 undi.

Chor Chee Heung - BN
 
74. Seseorang calon Barisan Nasional dari parti MCA tidak akan disokong oleh kelompok pengundi China walaupun dia seorang Menteri Kabinet. Seorang Menteri Chor Chee Heung calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Alor Setar telah dikalahkan oleh calon PKR Gooi Hsiao Leung dengan majoriti 1,873 undi. Walau pun keduanya China tetapi Gooi bertuankan penasihat PKR yang memaki hamun pemimpin Melayu di dalam UMNO.

Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz - DAP
 
75. Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz adalah bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan dari tahun 2000 ke 2004. Beliau menjadi calon DAP dan mengalahkan calon Barisan Nasional Hoh Khai Mun di dalam kawasan Parlimen Raub dengan majoriti 2,814 undi. Beliau disokong oleh pengundi Melayu kerana Melayunya dan disokong oleh China kerana bosnya dalam DAP anti pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO. Tidak timbul soal pembangunan kerana ramai peneroka Felda dalam kawasan ini masih mengenang budi Tun Abdul Razak.

Zairil Khir Johari - DAP
 
76. Zairil Khir Johari seorang yang bapanya (ada yang katakan bapa tirinya) Melayu telah menjadi calon DAP dalam kawasan Parlimen Bukit Bendera dan mengalahkah Teh Leong Meng dari Barisan Nasional dengan majoriti 32,778 undi. Walau pun Teh seorang keturunan China tetapi kerana beliau berketuakan Melayu di dalam UMNO maka beliau tidak mendapat sokongan majoriti kaumnya sendiri.

Tan Sri Abdul Ghani Othman - BN
 
77. Kekalahan Tan Sri Abd. Ghani Othman sebagai calon Barisan Nasional di Kawasan Parlimen Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dari DAP dengan majoriti 14,762 undi menunjukkan budi Tan Sri Abd. Ghani tidak langsung dikenang oleh pengundi China yang banyak mendapat munafaat di Johor, khususnya di Gelang Patah, selama beliau menjadi Menteri Besar Johor selama 4 penggal dari 6 Mei, 1995 hingga 22 Mac, 2013 sepanjang 18 tahun. Walau pun Lim Kit Siang seorang pemimpin DAP tetapi beliau adalah dari luar Johor dan Johor adalah kubu UMNO dan Barisan Nasional. Kekalahan ini menyayatkan hati.

Datuk Wira Mohd Ali Rustam - BN
 
78. Satu lagi kekalahan yang menyayatkan hati berlaku di kawasan Parlimen Bukit Katil, Melaka di mana Datuk Wira Mohd Ali Rustam dikalahkan oleh calon PKR Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi. Tidak syak lagi semangat perkaum telah dimainkan dalam pertandingan ini sehinggi budi dan jasa Datuk Ali Rustam yang pembangunan warisan yang menarik pelancongan yang dilakukannya di Melayu tidak langsung dikenang oleh yang menikmatinya.

Kong Cho Ha - BN

79. Dato' Seri Kong Cho Ha Setiausaha Agung MCA yang berkawan dengan UMNO telah dikalahkan oleh Jen (B) Mohamad Imran bin Abd. Hamid dari PKR dengan majoriti 8,168 undi. Pembangunan pengkalan angkatan laut di Lumut oleh kerajaan Barisan Nasional, dan pembangunan projek pelancongan di Pulau Pangkor tidak menjadi bahan pemikiran kepada pengundi China yang termakan hasutan DAP di kawasan ini.
 
Ternyata semua rancangan pembangunan tidak langsung menjadi perhitungan oleh masyarakat China yang hebat menikmatinya apabila dihasut dengan api perkauman.
 
MELAYU DAN BUMIPUTERA DALAM PARLIMEN
 
80. Dari jumlah kerusi yang di menangi oleh Barisan Nasional, PAS dan PKR terdapat jumlah kerusi berikut yang dimenangi oleh calon-calon Melayu dan Bumiputera:
 
UMNO (dan BN)                           117          
 
PAS                                                  21
 
PKR                                                 16
 
DAP                                                   1
 
Jumlah Melayu/Bumiputera          155
Dalam Parlimen                           ====

81. Dalam Parlimen yang jumlah kerusinya ialah 222 hanya 67 yang diduduki oleh bukan Melayu/Bumiputera. 155 kerusi atau 69.82 % diduduki oleh Melayu/Bumiputera dan 30.18 % diduduki oleh bukan Melayu/Bumiputera. Untuk mencapai 2/3 majority jumlah kerusi yang diperlukan ialah 148 kerusi. Berertilah Melayu/Bumiputera menduduki lebih dari 2/3 majoriti dengan 7 kerusi.

82. Angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa dilema politik bangsa Melayu/Bumiputera berlaku hanya kerana kita berpecah belah. Bak kata peribahasa Melayu 'BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.'

No comments:

Post a Comment