Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Akhir-akhir ini ada fitnah yang membebankan Tun Dr. Mahathir sebagai bertanggungjawab atas terkeluarnya PAS dari Barisan Nasional. Fitnah ini ditaburkan oleh pihak-pihak yang tidak ada di dalam politik, atau masih di bangku sekolah di waktu kejadian itu berlaku; ataupun oleh pihak yang tahu kisah sebenarnya melalui bacaan tetapi dipertanggungjawabkan, oleh yang berkepentingan, dengan tugas memutar belit fakta sejarah untuk tujuan politik.
Di waktu saya menjadi Setiausaha Agung UMNO pernah saya menerima jemputan untuk hadir dalam perhimpunan agung parti politik di Pakistan bernama Jama'at Islami, yang dipimpin oleh Maulana Inamullah Khan yang saya kenal di waktu beliau hadir dalam satu majlis anjuran ABIM di Kolej Islam yang kampusnya di waktu itu di Lembah Pantai.
Apabila saya memberitahu Tun Dr. Mahathir, selaku Presiden UMNO, samaada saya patut menerima jemputan itu, beliau telah bertanya samaada pihak PAS juga dijemput oleh Jama'at Islami. Apabila saya memberitahu wakil PAS juga dijemputa Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan saya supaya tidak turut hadir untuk mengelak dari berlakunya perdebatan atau pertengkaran dengan PAS dalam majlis di negeri orang.
Saya teringat Tun berkata, 'Kita berkelahi dengan PAS hanya di waktu pilihanraya dan selepas pilihanraya kita berkawan dengan mereka.' Itulah sikap Tun Dr. Mahathir dalam amalan politiknya. Tun tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak menguntungkan, atau merugikan bangsa dan Negara.
Malahan Tun tidak pernah lupa bahawa beliau pernah diberi peluang oleh Dato' Asri untuk berucap di atas pentas PAS apabila beliau dipecat oleh Tengku Abdul Rahman dari UMNO.
Di waktu PAS memfatwakan UMNO itu kafir pada tahun 1962 saya berada di Tingkatan 6 Bawah (Lower Sixth Form) di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), pada tahun 1962.
Saya tidak tahu Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan fatwa PAS itu dan semua isu berkaiwan dengan 'Islam atau tidak Islamnya seseorang tokoh UMNO dan PAS tidak dibenar untuk diperbincangkan.'
Pada satu hari Sdr. Rahman, seorang dari pembantu pejabat (office boy) di MCKK telah mengundang saya, selaku setiausaha BADAN REVOLUSI UGAMA MCKK untuk menyampaikan ceramah maulud di Masjid Kampung Lahad dekat pekan Ipoh di Perak.
Program dakwah di waktu itu berbeza dengan sekarang, iaitu selepas solat Maghrib ada majlis makan di rumah Imam yang berdekatan. Kira-kira pukul 8 malam, sambil makan, ada siaran BERITA TV yang boleh didengar dan dilihat. Apabila selesai solat Isya barulah acara dakwah bermula.
Pada malam itu ada siaran berita yang menarik perhatian saya sehingga ianya menjadi isi dakwah saya pada malam itu. Tersiar di dalam berita Menteri Penerangan sedang menari tawian 'waltz' dengan Titiek Puspa seorang penyanyi terkenal dari Indonesia. Dengan spontan ucapan saya pada malam itu tertumpa kepad tarian 'waltz' itu yang saya kecam habis-habisan. Dakwah begini telah diharamkan oleh Majlis Raja-Raja.
Selepas berucap, di waktu saya hendak ke kereta untuk pulang ke MCKK, tiga orang polis telah mendekati saya dan terus membawa saya dalam kereta polis ke balai polis di Ipoh. Pihak polis mengucapkan tahniah atas ucapan saya tetapi, kata mereka, saya terpaksa ditangkap kerana itu tanggungjawab mereka.
Dalam lokap saya dapati ada seorang berketurunan India yang ditangkap kerana mabuk di jalan dan seorang lagi yang berserban kerana kesalahan yang sama dengan saya. Beliau ialah Tok Guru Haji Omar Daud, seorang penceramah PAS.
Saya perhatikan banduan India hanya diam di dalam lokap setelah kesan araknya sudah tiada lagi. Tok Guru Haji Omar terus membaca ayat-ayat suci dari Al Quran.
Sebelum waktu melawat sebelah petang semua banduan di beri makan dahulu. Lepas makan, sementara pinggan belum diambil, ada seorang wanita muda melawat Tok Guru. Saya dengar kecek mereka dalam loghat Kelantan yang saya faham kerana dalam kelas saya di MCKK, waktu di Tingkatan V, dari 115 pelajar 20 darinya dari Kelantan.
Dalam perenggan 21 karangan di bawah saya ada menyebut mengenai pertemuan saya sekali lagi dengan Tok Guru Haji Omar di waktu beliau mewakili UMNO Kelantan. Waktu itulah saya mendapat tahun bahawa wanita itu ialah isterinya dan seorang lelaki yang melawatnya di lokap selepas isterinya balik ialah peguamnya, kalau tak salah ingatan namanya Wan Mustafa.
Setelah Tok Guru mendengar pengesahan isterinya dan Wan Mustafa tinggal di Station Hotel yang sama di Ipoh Tok Guru kelihatan berang dan di waktu itulah, apabila seorang polis berserban Panjabi, yang kita salah panggil Bengali, dating untuk mengambil pinggan bekas banduan makan, Tok Guru telah menarik tangan polis itu, merampas kayu 'truncheon' polis dan mengetuk kepala polis hingga pecah berdarah sehingga polis itu mati di situ.
Tok Guru Haji Omar Daud telah di bawa ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan tinggal di sana hingga sembuh. Beliau akhirnya balik ke rumah Dato' Haji Taib seorang pemimpin Dewan Perniagaan Melayu Perak di waktu itu.
Saya telah bersalaman dengan banduan keturunan India sebelum di bawa keluar untuk bertemu dengan Guru Besar MCKK Mr. N. J. Ryan. Lantaran campurtangan Mr. N. J. Ryan saya tidak dihantar ke sekolah budak-budak nakal Gurney Boys School dan di simpan seminggu di tempat 'rahsia' yang lain, sebelum dibenar balik ke MCKK.
Dalam pertemuan semula dengan Tok Guru Haji Omar sebagaimana yang tersebut dalam perenggan 21 di bawah saya sempat bertanya pada Tok Guru Haji Omar atas sebabnya beliau membunuh polis Punjab di lokap Ipoh.
Tok Guru dengan sedih memberitahu saya, 'Walaupun ambo lulus dari Universiti Darul Ulum di Mekkah dan diberi watikah bahawa ambo mujtahid dan tak perlu berguru lagi, rupa-rupanya ada yang ambo salah faham mengenai dunia ni. Ambo fikir hotel itu ialah tempat berzina. Ambo kiro negeri maksiat ialah negeri yang banyak hotel sebagai tanda. Bila mek dan loyar ambo tidur di Station Hotel yang sama, ambo terus fikir mereka sudah berzina walaupun ambo baru satu malam dalam lokap. Itulah sebab ambo hilang akal .... Sekarang ambo tahu walaupun orang kata ambo pandai tapi banyak perkaro ambo tak tahu.. ' Begitulah tragedi akibah dari salah faham.
Saya telah melantik Tok Guru Haji Omar untuk menjadi guru ugama KEMAS waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas KEMAS.
Semoga Allah swt. memberi rahmat ke atas roh Tok Guru Haji Omar di alam barzakh dan memberi kepadanya tempat yang istimewa di Jannah.
Di perenggan 20 dalam karangan di bawah para pembaca akan mengetahui punca PAS terkeluar dari Barisan Nasional. IANYA BUKAN KERANA TUN DR. MAHATHIR.
Selamat membaca.
PAS SELESAI MUKTAMAR, UMNO SIAP UNTUK PERHIMPUNAN AGUNG
1. Dalam tahun 1962 PAS di bawah pimpinan Dato' Asri Muda pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam di dalam MCA dan MIC. Tidak kiralah samada pemimpin-pemimpin kedua buah parti ini dari kalangan Zimmi atau Kharbi.
2. UMNO mendakwa kerjasama ini dibolehkan oleh Islam kerana ianya untuk keamanan dan tidak merugikan Melayu dan Islam.
3. PAS tidak mengambil perhitungan alasan UMNO ini.
4. Di waktu itu PAS begitu ekstrimis sehingga seorang ADUN PAS di Kedah telah diambil tindakan disiplin, kalau tak salah dipecat dari PAS, kerana beliau bermain bola sepak memakai seluar pendek dan tidak menutup aurat.
5. Di zaman itu juga seorang watak dalam PAS telah dibawa ke jawatankuasa disiplin kerana menari 'joget' di atas pentas dengan seorang wanita. Waktu di bawa ke jawatankuasa disiplin PAS beliau ( yang didakwa ) telah bertanya apakah ahli jawatankuasa disiplin tahu apa ertinya 'joget' itu. Apabila tidak seorang pun yang memberi definasi joget dia pun membantu memberi definasinya bahawa dalam tarian joget gerak-gerinya berdasarkan 'Dia datang saya lari; saya datang dia lari; dia datang lagi saya lari lagi; saya datang lagi dia pun lari lagi. Lagi cepat dia datang lagi cepat saya lari; lagi cepat saya datang lagi cepat dia lari. Tidak ada sentuhan badan yang boleh menyebabkan batal air sembahyang'. (jika ayatnya berbeza sekalipun tetapi maksudnya sama) Keputusan jawatankuasa disiplin PAS ialah beliau dipecat bukan kerana 'berjoget' tetapi kerana 'layar buruk' atau 'temberang' atau 'kurang ajar'. Pendeknya tidak ada tolak ansor atau 'benefit of the doubt' yang memihak kepada yang didakwa.
6. Kerana pengkafiran UMNO oleh PAS sepanjang tujuh tahun, sejak tahun 1962, walaupun fatwa itu diharamkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu, maka perpecahan Melayu bertambah ketara sehingga membawa akibat yang merugikan bangsa.
7. Dalam pilihanraya tahun 1969 UMNO atau Perikatan kalah banyak kerusi sehingga kumpulan pembangkang menjadi sombong dan 'kurang ajar' sehingga menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kerana merasa sangat terhina khususnya dengan perilaku pembangkang di hadapan rumah Menteri Besar Selangor di waktu itu Dato' Haun Idris.
8. Berlakulah peristiwa berdarah 13 Mei, 1969.
9. Bagi rakyat Malaysia yang tidak berpeluang menela'ah fail-fail rahsia di Kementerian Dalam Negeri, filem 'TANDA PUTERA' dapat membantu untuk menambah kefahaman kita mengenai peristiwa ini.

PAS DI BAWAH PIMPINAN DATO' ASRI MUDA

AKIBAT PENGKAFIRAN

10. Atas dayausaha dan kebijaksanaan Tun Abdul Razak dan penasihat-penasihatnya yang dewasa, berpengalaman, berilmu, ikhlas dan bijak, UMNO dan PAS bersama-sama dengan parti-parti kafir yang lain bersatu di dalam Barisan Nasional.
DIALOG DENGAN USTAZ DR. ABU BAKAR HAMZAH
11. Saya, sebagai salah seorang dari pengasas ABIM yang sungguh menaja perpaduan umat pernah bertanya pada tokoh PAS Ustaz Abu Bakar Hamzah sebabnya beliau tidak menjadi ahli UMNO jika beliau berpendapat perjuangan UMNO itu kotor, supaya beliau boleh membersihkannya dari dalam. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak mungkin boleh membersihkan sebuah tong najis ( katanya 'Tong Taik') jika beliau juga berada di dalam tong yang sama. Waktu hendak keluar dari tong sudah pasti ada najis yang melekat.
12. Bila PAS sudah berada di dalam Barisan Nasional saya bertanya lagi kepada Ustaz Abu Bakar Hamzah atas sebabnya PAS setuju bersama duduk di dalam Barisan Nasional dengan UMNO jika UMNO dianggapnya sebagai tong najis.
13. Beliau menjawab bahawa dia tidak masuk dalam tong najis UMNO tetapi hanya duduk di tepi tong. Dia pun ketawa berdekah-dekah.
UMNO TIDAK KAFIR LAGI
14. Dengan kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional terbatalkan fatwa politik PAS dengan memperalatkan Dewan Ulama bahawa 'bekerjasama dengan kafir' itu menjadikan orang-orang UMNO kafir juga.
15. Di waktu PAS berada di dalam Barisan Nasional, selain dari jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandang oleh tokoh PAS, di dalam kerajaan pusat, Tun Abdul Razak telah melantik Dato' Asri Muda dan Dato' Hasan Adli sebagai Menteri sementara Dato' Abu Bakar Omar, Ketua PAS Kedah, menjadi Timbalan Menteri.
16. Dato' Asri Hj. Muda menjadi Menteri Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah, yang turut bertanggungjawab ke atas Felda, Dato' Hasan Adli menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Abu Bakar Omar menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Menteri Besar Kelantan ialah Dato' Mohd Nasir.
17. Pada waktu inilah ramai peneroka Felda terdiri dari ahli-ahli PAS dan Felda juga mula memasuki negeri Kelantan walaupun sebelumnya peneroka-peneroka dari Kelantan kesemuanya ditempatkan di Felda yang ada di Pahang, Johor atau di luar Kelantan.
18. Apabila PAS dan UMNO sudah bersatu di dalam Barisan Nasional maka kegiatan politik di semua peringkat menjadi lembab. Rupa-rupanya konflik adalah satu faktor yang menyuburkan kegiatan orang-orang Melayu, dalam politik, sekurang-kurangnya melalui media dan percakapan.

AHLI-AHLI PAS MENJADI PENEROKA FELDA

19. Walau bagaimana pun pergolakan berlaku di Kelantan, setelah Tun Abdul Razak kembali ke Rahmatullah, kerana ketidakpuasan UMNO Kelantan dengan keadaan di mana PAS, atas kehendak Tun Abd. Razak, akan menguasai negeri itu selama ianya berada di dalam Barisan Nasional. Keadaaan demikian dianggap menyekat tokoh UMNO dari Kelantan dari memegang jawatan Perdana Menteri.
PAS KELUAR DARI BARISAN NASIONAL
20. Punca terakhir, selain dari kegelisahan-kegelisahan lain, yang mempercepatkan PAS keluar dari BN ialah setelah kerajaan di bawah pimpinan Tun Hussein Onn membuat pengisytiharan darurat di Kelantan untuk mengelak dari pertumpahan darah di negeri itu kerana perpecahan politik. Mengikut PAS ini ialah alasan yang sengaja diada-adakan oleh UMNO Kelantan kerana UMNO Kelantan tidak setuju, dengan keputusan Tun Abdul Razak, supaya Kelantan terus berada di bawah pemerintahan PAS selama PAS berada di dalam Barisan Nasional.
TIGA TOK GURU JELASKAN ASAS UMNO DIKAFIRKAN
21. Tok Guru Haji Mohd Nor Teliar, Tok Guru Haji Mohd Nor Selising dan Tok Guru Haji Omar Daud yang turut serta mewakili UMNO Kelantan waktu UMNO bermuzakarah, yang bermula di Merlin Hotel Subang (sekarang menjadi Sheraton) dan kemudiannya berpindah ke Merlin Hotel Kuala Lumpur (yang sekarang ini Concorde) untuk mempersiapkan wakil-wakilnya dalam perdebatan dengan PAS yang akhirnya dihalang oleh Majlis Raja-Raja Melayu, adalah antara ulama yang membuat fatwa, yang mengkafirkan ahli-ahli UMNO, kerana pemimpin politik PAS memberitahu mereka bahawa UMNO ingin 'jual bangsa dan ugama' dan 'bukan bekerjasama dengan kafir untuk keamanan dengan tidak merugikan Melayu dan Islam'.
MENIGGALNYA PEMIMPIN UMNO DAN PAS
22. Walau pun Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah menjadi pemimpin UMNO tetapi di waktu mereka meninggal dunia mereka tidak menjadi ahli UMNO.
23. Sebaliknya, Dato' Asri Muda yang pernah menjadi Presiden PAS di waktu UMNO dikafirkan telah menjadi ahli UMNO sebelum beliau meninggal dunia. Tidak mungkin beliau akan menjadi ahli UMNO jika beliau benar-benar percaya menjadi ahlii UMNO itu menjadi kafir.
24. Pengaruh PAS terus menurun setelah PAS keluar dari Barisan Nasional.
HADI PULA MENGKAFIRKAN AHLI-AHLI UMNO
25. Isu pengkafiran UMNO menjadi panas semula apabila Dato' Haji Hadi Awang pula memberi amanahnya mengkafirkan UMNO.
26. Mengikut Cekgu Non Al Afghani 'amanat Haji Hadi' ini begitu mempengaruhi beliau sehingga di satu masa dulu beliau sanggup merancang untuk membunuh Tun Dr. Mahathir di waktu Tun masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bacalah buku karangan Cekgu Non Al Afghani bertajuk 'Kafirkah Aku'.
PERPECAHAN DULU KERANA PRINSIP PERJUANGAN
Melayu dalam PKMM mahukan Kemerdekaan
dalam
MELAYU RAYA atau INDONESIA RAYA
dalam
MELAYU RAYA atau INDONESIA RAYA
27. Tokoh politik masa dulu berpecah kerana ada prinsipnya masing-masing. Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Burhanuddin Al Helmi dan Ibrahim Yaacob turut sama menentang penjajahan British tetapi mereka tidak bersetuju membubarkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) kerana mereka ingin mencapai kemerdekaan bersama Sulawesi, Kalimaantan, Jawa, Sumatera, Aceh, Pattani, Mindanao, Singapua dan Brunei di dalam satu gabungan dunia Melayu dunia Islam.
Melayu dalam PKM mahu Kapitalisma Di Hapuskan
28. Malahan Musa Ahmad, Abdullah C. D., Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM), dan terus menolak UMNO, juga kerana mereka berprinsip menentang kapitalisma yang diperkenalkan oleh penjajah dan terus diizinkan dalam perjuangan UMNO.
29. Dato' Onn Jaafar telah meninggalkan UMNO kerana UMNO tidak setuju menerima China dan bukan Melayu lainnya sebagai ahli UMNO
30. Haji Ahmad Fuad pula telah menentang Tunku Abdul Rahman untuk merebut jawatan Presiden UMNO kerana beliau mahukan Islam dijadikan asas perjuangan UMNO walau pun, setelah kalah, dia berusaha menubuhkan PAS walau pun dirinya sendiri tidak pernah menjadi ahli PAS.
31. Di satu masa dulu guru-guru Melayu mengamuk dan mengancam hendak meninggalkan UMNO kerana kesal dengan kelemahan UMNO mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Dato' Onn terkeluar dari UMNO kerana mahu Bukan Melayu menjadi ahli UMNO
29. Dato' Onn Jaafar telah meninggalkan UMNO kerana UMNO tidak setuju menerima China dan bukan Melayu lainnya sebagai ahli UMNO
Dato' Haji Ahmad Fuad keluar dari UMNO
kerana mahukan UMNO dijadikan parti seperti PAS
30. Haji Ahmad Fuad pula telah menentang Tunku Abdul Rahman untuk merebut jawatan Presiden UMNO kerana beliau mahukan Islam dijadikan asas perjuangan UMNO walau pun, setelah kalah, dia berusaha menubuhkan PAS walau pun dirinya sendiri tidak pernah menjadi ahli PAS.
Guru-Guru Melayu Marah UMNO
31. Di satu masa dulu guru-guru Melayu mengamuk dan mengancam hendak meninggalkan UMNO kerana kesal dengan kelemahan UMNO mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
PERTELINGKAHAN POLITIK MASAKINI
32. Sebaliknya kebanyakan persengketaan tokoh-tokoh politik masa kini dapat dirumuskan hanya:
32. i.. Berdasarkan kepentingan diri baik dari segi kedudukan, pangkat, rezeki, atau
32. ii. Sebagai alasan untuk melepaskan geram kerana dendam sesama sendiri.
33. Seseorang yang menjadi ahli PAS tidak semestinya kerana ingin menegakkan Negara Syariah atau Negara Islam. Kalau seseorang itu berkelahi kerana sikap seorang tokoh UMNO yang tidak ada kaitan dengan ugama sekali pun sudah cukup untuknya memilih parti PAS sebagai alternatif.
UGAMA ATAU WANG
34 Ada eeorang tokoh PAS yang dulunya bekerja di dalam KEMAS sebagai guru ugama dengan gaji di waktu itu sekitar RM350.00. Apabila permintaannya untuk menjadi penyelia dengan gaji RM1,000-00 ditolak oleh MB negerinya, walaupun disokong oleh Kementerian berkenaan dia pun terus keluar dari UMNO dan menjadi ahli PAS dan bertanding didalam pilihanraya menentang UMNO. Memanglah dia seorang guru ugama tetapi beliau bukanlah memasuki PAS kerana ingin memperjuangkan Negara Islam. Beliau dendam terhadap pemimpin kerajaaan dari UMNO negeri Kelantan yang menghalang bertambah rezekinya.
35. Di sebuah negeri yang lain seorang pendakwah dalam sebuah Yayasan Dakwah negeri itu telah berhenti dari menjadi pendakwah semata-mata kerana permohonannya untuk menjadi pegawai telah ditolak oleh MB selaku pengerusi yayasan itu. Dia kemudiannya menjadi tokoh dalam parti PAS. Seandainya dia diberi jawatan pegawai yang dia kehendaki sudah tentu dia kekal menyokong kerajaan hingga ke hari ini. Beliau bukan menjadi ahli PAS kerana ingin berjuang untuk menegakkan Negara Islam tetapi hanya untuk membalas dendam atas apa yang dia anggap sebagai ketidakadilan pemimpin UMNO terhadapnya.
36. Di sebuah negari yang ketiga pula pernah seorang tokoh PAS yang bijak berpidato yang telah memasuki UMNO dan menjadi tenaga penerangan UMNO yang handal kerana beliau disyaratkan oleh bakal mertuanya, seorang tokoh UMNO di negeri itu, untuk hanya menerimanya sebagai menantu, bagi perkahwinannya yang kedua, jika dia bertukar parti. Berertilah dia juga tidak berada di dalam PAS kerana perjuangan untuk menegakkan Negara Islam.

MENGEJAR NIKMAT
37. Seorang tokoh UMNO dari sebuah negeri ke empat, yang lain pula, telah meminta projek dari kerajaan BN tetapi, kerana sudah terlalu banyak projek yang diberi kepadanya telah dialibabakan beliau tidak dilayan lagi oleh pemimpin kerajaan masakini yang seangkatan dengannya. Tiba-tiba, katanya, dengan sedikit sumbir rezeki di Kelantan dia sudah memasuki PAS kononnya sudah insaf dan kini ingin berjuang di jalan Allah.
38. Tokoh ini juga, disatu masa dulu, telah menghantar isterinya ke ceramah-ceramah Abuya Arqam Ustaz Shaari sehingga isterinya sendiri meminta supaya dia menikah seorang lagi untuk memudahkan lagi bagi isterinya mendapat syurga.
39. Akhirnya beliau 'terpaksa' menikah dengan pembantu rumahnya, yang berasal dari Indonesia, yang sememangnya lebih awal beliau telah ambil untuk 'bekerja' di rumah beliau, untuk membantu isterinya yang kononnya bertambah sibuk. Bila isterinya, kerana pengaruh Abuya Shaari, mendesak supaya dia menikah isteri kedua dia dengan lakunan marah menempik, 'I nak menikah dengan siapa, I bukan ada girl-friend, you nak suruh I menikah dengan tukang masakkah?' Isteri menjawab, 'Dengan tukang masak pun tidak mengapa.' Maka tercapailah cita-cita bertiga mereka.
40. Dia tidak masuk PAS untuk memperjuangankan kewujudan Negara Syariah.

41. Belau tidak menghantar isterinya untuk mendengar ceramah Shaari untuk mendekatkan diri dengan Islam tetapi sekadar mengorientasikan isterinya supaya mahu membenarkan atau 'mendesak' beliau supaya berpoligami.
42. Ada juga tokoh UMNO, dari negeri yang kelima, yang lama sudah merasai nikmat dalam berbagai jawatan dalam UMNO merasai keinginan supaya anaknya juga merasai. Apabila anaknya tidak dijadikan calon dalam PRU yang lalu dia terus melenting, dan mengambil keputusan, untuk menjadi ahli PAS. Apakah dia juga ingin memperjuangkan kewujudan Negara Islam.
43. Tidak lama dahulu Akta Keselamatana Dalam Negeri telah dihapuskan. Akta ini telah wujud sejak zaman British lagi. Malaya, kemudiannya Malaysia, telah banyak terhutang budi kepada akta ini yang sangat membantu dalam memelihara keselamatan Negara.
44. Ramai Ahli Parlimen masa kini yang terhutang budi kepada akta ini kerana mereka telah dapat mendalami ilmu politik di waktu dalam tahanan di bawah akta yang terkenal dengan ISA ini. Kerana malu dengan rekod tahanan yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya pernah dianggap sebagai pengancam kepada keselamatan negara, maka mereka mengambil kesempatan, apabila melihat kemampuan pemimpin kerajaan masa kini agak kurang untuk berdebat dan mempertahankannya, untuk menentang habis-habisan, sehingga akta ini dibatalkan.
45. Kenyataan ini tidak bererti ISA tidak pernah disalahgunakan. Contoh penyalahgunaan kuasa ini terserlah apabila sebab yang diberi atas seorang tahanan ISA ialah untuk menjaga keselamatannya jika dia tidak dipenjarakan.
46. Akhirnya, untuk tidak malu kerajaan terpaksa membentang akta baru yang pasti juga akan ditentang oleh penjenayah-penjenayah akan datang jika didapati ianya berkesan dan digunakan untuk menahan penjenayah di masa akan datang itu. Apabila ramai dari antara penjenayah itu nanti menjadi anggota Parlimen maka mereka pula akan mengambil giliran untuk mendesak supaya akta yang baru ini juga dibasmikan. Kalau kerajaan di waktu itu tidak mampu memahamkan kepada rakyat betapa jasa akta baru ini maka sudah pasti akta ini juga akan dimansuhkan.
47. Kini terlalu ramai di kalangan atasan politik, samada betul, spekulasi atau fitnah sahaja, yang diri mereka atau anak pinak mereka yang moralnya boleh dipersoalkan. Samada tuduhan ini betul, hanya spekulasi atau fitnah, ianya memerlukan jawapan atau penjelasan. Punca tuduhan ini hendaklah dikesan dan diamankan. Kita tidak boleh mengharapkan projek-projek yang kita bangunkan untuk rakyat akan menutup kesan fitnah yang dilemparkan kepada kita.
48. Kerana kelalaian kita membetulkan yang salah atau membuktikan tuduhan itu sebenarnya fitnah semata-mata, maka ianya menjadi sebab golongan LGBT dan kelompok liberal menjadi bertambah berani mendesak supaya hak untuk bermaksiat mereka dihalalkan.
49. Melihat kepada barisan muda dalam berbagai parti politik di Negara ini saya berpendapat masanya akan tiba mereka tidak dapat menahan dari serangan dan desakan dari dalam dan luar Negara supaya LGBT dihalalkan seperti ISA dihapuskan. Nau'zubillah. Mudah-mudahan golongan yang berdakwah akan merancang satu strategi yang kuat dan berkesan, di luar saluran politik, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.
50. Kegagalan pemimpin masyarakat untuk terus menanam nilai-nilai murni dalam keluarga dan di kalangan rakyat, kesibukan pemimpin politik dan masyarakat dengan perbahasan dalam perkara-perkara yang tidak memberi faedah, persingketaan di kalangan pemimpin swasta kerana tidak puas hati dengan pemberian kontrak dan kecuaian pemimpin keluarga dalam usaha mendidik anak-anak adalah tanda-tanda kita sedang menuju kepada kehancuran.
51. Baru-baru ini Amerika Syarikat memperingati ulangtahun ke lima puluh John F. Kennedy di bunuh. Antara kata-kata Kennedy yang mereka ulang-ulangkan ialah:
Kata-kata ini bererti (walau pun ayatnya mungkin tidak tepat) bahawa pihak Barat menyedari bahawa ide adalah sesuatu yang penting diketengahkan dalam masyarakat. Bagi kebanyakan dari antara kita yang berpendidikan Barat, dan yang pendedahan kepada sejarah perjuangan bangsa dan ugama agak lemah, perhatian hendaklah diberi untuk tidak menerima ide-ide yang merugikan agama, bangsa dan tanah-air.
52. Pihak Barat juga berpegang kepada kata-kata pemikir mereka seperti:
Sesebuah ide itu akan diterima oleh majority atau kebanyakan rakyat jika diulang-ulangkan kerana dengan mengulangi atau memasarkan terus ide itu ianya akan menjadi 'an idea whose time has come'. Begitu juga jika ada pihak yang ingin merobohkan keraton Melayu ide yang salah itu jika diulang-ulangkan akhirnya akan dianggap sebagai 'Lies .... becomes truth'. Kita juga tidak boleh menunggu begitu lama untuk membetulkan sesuatu yang kita dapati salah, termasuk fitnah sebagaimana peringatan yang diberi oleh Mark Twain 'Lies would have travelled half-way around the world before truth puts its boots on'.
53. Ide mengkafirkan UMNO semata-mata untuk mencari populariti dalam politik sedang menular dalam masyarakat kita. Kerja maksiat seperti liwat yang dilakukan oleh orang yang popular, dan katanya berugama, sudah menjadi bertambah popular di kalangan yang lemah pegangan ugamanya. Kononnya ide ini menjadi popular kerana diamal oleh orang yang popular, dan dipopularkan lagi oleh media. Fahaman Syiah, dengan tarikan muta'ahnya (sexual incentive), juga sudah ramai penganutnya. Sementara bibit ide kafir mengkafir dan nikmat liberalism seksual sedang menular dalam masyarakat kita kita bertanya 'Apakah peranan UMNO dan PAS, yang ahlinya terdiri dari penganut agama Islam, untuk menyekat pertumbuhan bibit-bibit ide yang boleh mengancam perpaduan Ummah dan merugikan politik bangsa dan keamanan Negara?'
54. Kita tidak perlu bertanya 'Siapakah Kafir? UMNO atau PAS'. Yang akan diadili di akhirat nanti ialah individu dan bukan parti. UMNO atau PAS tidak akan dimasukkan kesyurga atau keneraka - yang akan ke sana ialah pemimpin dan ahli berlandaskan peranan, ibadat dan maksiat, masing-masing.
55. Yang patut ditanya ialah 'Adakah yang berusaha menyatupadukan Ummat itu, atau yang memecahbelahkan Ummat itu, di pandang mulia di sisi Allah s.w..t.. Wallaahua'lam.
Masukan Pertama pada 1hb Disember, 2013 atas tajuk - UMNO & PAS - SIAPA KAFIR?
Masukan Kedua pada 21hb Oktober, 2016 atas tajuk TUN DR. MAHATHIR BUKAN SEBAB PAS TERPISAH DARI UMNO.
BUDI DAN JASA ISA DALAM KENANGAN
43. Tidak lama dahulu Akta Keselamatana Dalam Negeri telah dihapuskan. Akta ini telah wujud sejak zaman British lagi. Malaya, kemudiannya Malaysia, telah banyak terhutang budi kepada akta ini yang sangat membantu dalam memelihara keselamatan Negara.
44. Ramai Ahli Parlimen masa kini yang terhutang budi kepada akta ini kerana mereka telah dapat mendalami ilmu politik di waktu dalam tahanan di bawah akta yang terkenal dengan ISA ini. Kerana malu dengan rekod tahanan yang menggambarkan bahawa mereka sebenarnya pernah dianggap sebagai pengancam kepada keselamatan negara, maka mereka mengambil kesempatan, apabila melihat kemampuan pemimpin kerajaan masa kini agak kurang untuk berdebat dan mempertahankannya, untuk menentang habis-habisan, sehingga akta ini dibatalkan.
45. Kenyataan ini tidak bererti ISA tidak pernah disalahgunakan. Contoh penyalahgunaan kuasa ini terserlah apabila sebab yang diberi atas seorang tahanan ISA ialah untuk menjaga keselamatannya jika dia tidak dipenjarakan.
46. Akhirnya, untuk tidak malu kerajaan terpaksa membentang akta baru yang pasti juga akan ditentang oleh penjenayah-penjenayah akan datang jika didapati ianya berkesan dan digunakan untuk menahan penjenayah di masa akan datang itu. Apabila ramai dari antara penjenayah itu nanti menjadi anggota Parlimen maka mereka pula akan mengambil giliran untuk mendesak supaya akta yang baru ini juga dibasmikan. Kalau kerajaan di waktu itu tidak mampu memahamkan kepada rakyat betapa jasa akta baru ini maka sudah pasti akta ini juga akan dimansuhkan.
BETUL, SPEKULASI ATAU FITNAH
47. Kini terlalu ramai di kalangan atasan politik, samada betul, spekulasi atau fitnah sahaja, yang diri mereka atau anak pinak mereka yang moralnya boleh dipersoalkan. Samada tuduhan ini betul, hanya spekulasi atau fitnah, ianya memerlukan jawapan atau penjelasan. Punca tuduhan ini hendaklah dikesan dan diamankan. Kita tidak boleh mengharapkan projek-projek yang kita bangunkan untuk rakyat akan menutup kesan fitnah yang dilemparkan kepada kita.
48. Kerana kelalaian kita membetulkan yang salah atau membuktikan tuduhan itu sebenarnya fitnah semata-mata, maka ianya menjadi sebab golongan LGBT dan kelompok liberal menjadi bertambah berani mendesak supaya hak untuk bermaksiat mereka dihalalkan.
49. Melihat kepada barisan muda dalam berbagai parti politik di Negara ini saya berpendapat masanya akan tiba mereka tidak dapat menahan dari serangan dan desakan dari dalam dan luar Negara supaya LGBT dihalalkan seperti ISA dihapuskan. Nau'zubillah. Mudah-mudahan golongan yang berdakwah akan merancang satu strategi yang kuat dan berkesan, di luar saluran politik, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.
50. Kegagalan pemimpin masyarakat untuk terus menanam nilai-nilai murni dalam keluarga dan di kalangan rakyat, kesibukan pemimpin politik dan masyarakat dengan perbahasan dalam perkara-perkara yang tidak memberi faedah, persingketaan di kalangan pemimpin swasta kerana tidak puas hati dengan pemberian kontrak dan kecuaian pemimpin keluarga dalam usaha mendidik anak-anak adalah tanda-tanda kita sedang menuju kepada kehancuran.
MEMILIH IDE-IDE YANG TIDAK MERUGIKAN ALIF, BA, TA
51. Baru-baru ini Amerika Syarikat memperingati ulangtahun ke lima puluh John F. Kennedy di bunuh. Antara kata-kata Kennedy yang mereka ulang-ulangkan ialah:
Man may live and die, nations may rise and fall, but ideas goes on forever
52. Pihak Barat juga berpegang kepada kata-kata pemikir mereka seperti:
No army on earth can stop the advance of an idea whose time has come
Lies repeated often enough becomes truth
Lies would have travelled half-way around the world before truth puts its boots on
(Susunan ayat mungkin tidak tepat, dan sumber juga tidak saya turunkan di sini)
Sesebuah ide itu akan diterima oleh majority atau kebanyakan rakyat jika diulang-ulangkan kerana dengan mengulangi atau memasarkan terus ide itu ianya akan menjadi 'an idea whose time has come'. Begitu juga jika ada pihak yang ingin merobohkan keraton Melayu ide yang salah itu jika diulang-ulangkan akhirnya akan dianggap sebagai 'Lies .... becomes truth'. Kita juga tidak boleh menunggu begitu lama untuk membetulkan sesuatu yang kita dapati salah, termasuk fitnah sebagaimana peringatan yang diberi oleh Mark Twain 'Lies would have travelled half-way around the world before truth puts its boots on'.
IDE YANG MENGANCAM PERPADUAN UMMAH
53. Ide mengkafirkan UMNO semata-mata untuk mencari populariti dalam politik sedang menular dalam masyarakat kita. Kerja maksiat seperti liwat yang dilakukan oleh orang yang popular, dan katanya berugama, sudah menjadi bertambah popular di kalangan yang lemah pegangan ugamanya. Kononnya ide ini menjadi popular kerana diamal oleh orang yang popular, dan dipopularkan lagi oleh media. Fahaman Syiah, dengan tarikan muta'ahnya (sexual incentive), juga sudah ramai penganutnya. Sementara bibit ide kafir mengkafir dan nikmat liberalism seksual sedang menular dalam masyarakat kita kita bertanya 'Apakah peranan UMNO dan PAS, yang ahlinya terdiri dari penganut agama Islam, untuk menyekat pertumbuhan bibit-bibit ide yang boleh mengancam perpaduan Ummah dan merugikan politik bangsa dan keamanan Negara?'
54. Kita tidak perlu bertanya 'Siapakah Kafir? UMNO atau PAS'. Yang akan diadili di akhirat nanti ialah individu dan bukan parti. UMNO atau PAS tidak akan dimasukkan kesyurga atau keneraka - yang akan ke sana ialah pemimpin dan ahli berlandaskan peranan, ibadat dan maksiat, masing-masing.
55. Yang patut ditanya ialah 'Adakah yang berusaha menyatupadukan Ummat itu, atau yang memecahbelahkan Ummat itu, di pandang mulia di sisi Allah s.w..t.. Wallaahua'lam.
Masukan Pertama pada 1hb Disember, 2013 atas tajuk - UMNO & PAS - SIAPA KAFIR?
Masukan Kedua pada 21hb Oktober, 2016 atas tajuk TUN DR. MAHATHIR BUKAN SEBAB PAS TERPISAH DARI UMNO.
Firman Allah,"tidak kami turunkan Musa melainkan utk membawa kebenaran (hukum dan undang2 Allah) dan menghancurkan raja yang zalim (pemimpin yg membawa undang2 ciptaan manusia utk dipaksa iman ke atas rakyat)"....sabda Nabi Saw,"sesiapa yg berpaling dr Quran (undang2 Allah=Hudud) dan sunnahku (perlaksanaan hukum Allah) maka org itu telah jatuh kafir"....
ReplyDeleteambil petikan ni faham sendiri xguna berhujah setebal seribu helai kertas jika isinya kosong berteras ilmu akal yg jahil...sbg manusia kita pilihla sdr nak mati cara kafir atau cara islam.. nak kejar dunia nak buang akhirat..ikut suka hati kamu...sabda rasullah Saw,"dunia adalah penjara bg mukmin (dunia adalah tempat seorang mukmin menerima berbagai2 ujian Allah) dan surga bg kafir (manusia kafir/munafik akan menidakan hukum Allah dgn 1001 alasan sb mereka nk hidup senang di dunia dgn menghalalkan yg haram n mengharamkan yg halal)"
Fikiran yang malas memang mudah memetik beberapa ayat.
ReplyDeleteKupasan dan pengertiannya di mana? Tanpa ilmu bagaimana mahu menterjemahkannya?
Sebab itu walaupun Al Quran turun di negara Arab, Rasulullullah mahu kita terus mencari ilmu hingga ke negara China..
Wallahuaklam..
Anon. atas sekali.Kau membaca prejudis sendiri.Membaca untuk menyombong dan riak,bukan untuk memahami.
ReplyDeleteAsm. Wbt. Jika saudara/i terbaca tarikh komen yang pertama di atas dibuat jelas sekali ianya pada 28 Oktober, 2014 pukul 10.17 malam, iaitu sekitar dua tahun yang lalu. Sepatutnya komen itu bertarikh 21 Oktober, 2016. Berertilah komen itu berumur dua tahun yang lalu sedangkan karangan di atas pertama kali disiarkan pada tahun 2013. Berertilah 'anonymous' ini seorang DEDAKIAN yang diupah untuk komen negatif apa saja yang saya tulis. Dari penulisannya dia ternyata bukan ulama atau ahli ugama. Berkebolehan sekadar memetik hadis dan berlagak bongkak seolah-oleh lebih tahu ugama dari orang lain. Besar kemungkinan dia tidak membacanya kerana kisah di dalamnya bukan mengenai ugama tetapi mengenai orang yang memperalatkan ugama seperti beliau mungkin diperalatkan. Terima kasih.
ReplyDeletememang sahih anon luput tarikh 28/10/2014 10:17pm itu dedakian jibon..budak berhingus bukan tahu apa benda pun. semua komen hanya copy & paste saja. akai ada tetapi langsung tak boleh pakai seperti tuan dia juga.
ReplyDelete