HARI BERSEJARAH BAGI ACEH
Sebagai seorang asal Sulawesi saya telah mengingatkan beliau tentang perjuangan Kahar Muzakkar dan bertanya padanya nama pembantunya yang masih belum diketahui oleh pemerintahan Indonesia di mana dan bagaimana akhirnya kerana beliau menghilang. Apabila Bapak Maulani memberitahu nama Kaso Ghani saya terus memberitahunya bahawa beliau ialah rakan karib Allahyarham Jacob Julie yang pernah menjadi Duta Darul Islam Aceh di Eropah di waktu Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain (kini uzur di Petaling Jaya dalam usia 95 tahun) menjadi Duta Darul Islam Aceh di Asia, beribu-pejabat di Singapura dan Teungku Muhammad Hasan Di Tiro menjadi Duta Darul Islam Aceh di Amerika Syarikat.
Sekembali Bapak Maulani saya dapati foto Cut Nyak Dien tidak lagi pada wang Rupiah 10,000. Saya tidak sempat bertanya apakah ini ada kaitan dengan janji Bapak Maulani untuk memperjuangkan 4 tokoh Aceh yang saya sebutkan tadi sebagai Pahlawan Nasional. Bapak Arie Kumaat yang mengganti Bapak Maulani tidak mengikuti perkembangan ini.
Pendekatan Aceh dalam melaksanakan Syari'at Islam hendaklah dengan cara menyeluruh, aman dan praktikal tanpa menumpukan perhatian kepada satu-satu aspek sahaja dan mengenepikan aspek ekonomi dan kewangan Islam.
Faktor yang ketiga untuk menjamin kekalnya keamanan di Aceh ialah perpaduan. Mengikut pemikir Perancis La Bayonne, untuk bersatu-padu ada tiga syarat penting yang perlu mendapat perhatian, seperti berikut:
Oleh kerana tidak mungkin dua, tiga orang atau kumpulan itu boleh bersatu kecuali dengan terlebih dahulu ada keinginan untuk bersatu. Walaupun sebagai umat Islam sepatutnya untuk bersatu itu ialah satu perkara yang mudah kerana Islam menganggap orang-orang mukmin itu bersaudara dan Allah berfirman untuk umatNYA berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah belah.
Banyak sebab maka perpaduan itu susah dijayakan. Antaranya:
Pada hari Isnin 16hb Disember, 2013 yang lalu, mulai pukul 9.00 pagi telah diadakan satu majlis pengukuhan perlantikan Paduka Yang Mulia Teungku Malik Mahmud Al Haytar sebagai Wali ke 9 bagi Nanggroe Aceh Darussalam di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Aceh.
Dari kenyataan dalam akhbar tindakan pengukuhan ini belum mendapat persetujuan pemerintah pusat.
PENDIRIAN PEMERINTAH REPUBLIK INDONESIA
Walau bagaimana pun Menteri Aparatur Negara (Menpan) Republik Indonesia Bapak Azwar Abu Bakar telah turut memberi kata-kata aluan dalam upacara rasmi itu. Tanpa menyentuh pendirian rasmi pemerintah pusat Bapak Menteri Azwar telah menyatakan bahawa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sedia menunggu Paduka Yang Mulia Teungku Malik Mahmud Al Haytar di Jakarta. Pegawai tinggi dalam pemerintahan pusat Republik Indonesia telah menepis apa jua sentuhan mengenai pendirian Jakarta dengan hanya menyebutkan bahawa kehadiran mereka adalah sebagai menghormati jemputan.

Keputusan untuk mengukuhkan atau mengkonfirmasikan jawatan Wali ini adalah satu tindakan yang tepat pada masanya kerana waktunya ialah 10 hari sebelum ulangtahun ke 9 peristiwa Tsunami yang melanda Aceh pada 26hb Disember, 2004.
TSUNAMI
Peristiwa Tsunami ini adalah satu takdir dari Allah s.w.t. yang menjadi pendorong besar ke arah menentukan masa depan Aceh yang damai. Tanpa keinsafan yang timbul dari peristiwa Tsunami ini tidak mungkin pihak TNI dan GAM akan puas dengan korban yang menimpa satu pihak, dan pihak yang lain, secara perbandingan dengan korban yang menimpa kedua pihak, dalam peristiwa berdarah sepanjang 30 tahun sebelum itu..
Penglibatan Finland dalam usaha perdamaian yang berhasil itu adalah satu kebetulan yang wujud kerana ketepatan memandangkan kerana ianya juga pasti dapat dijayakan oleh pihak lain, yang terdahulu, jika telah berlaku Tsunami di waktu mereka menjadi penaja rundingan damai.
PARTAI ACEH DAN PARTAI DEMOKRAT
Ketepatan masa pengukuhan perlantikan Wali juga jelas sekali kerana sekarang ini kerajaan Aceh masih diperintah oleh Partai Aceh yang dipimpin dan dianggotai oleh ahli dan pendukung Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Pemerintah Republik Indonesia, di bawah pimpinan Presiden Susiso Bambang Yudhoyono dari Partai Demokrat juga bertanggungjawab menandatangani, bererti menyetujui, perjanjian Helsinki atau Helsinki Accord yang membawa kepada kedamaian di Aceh.
SUSILO BAMBANG YUDHOYONO
Pada 20hb Oktober, 2014 yang akan datang Presiden Susilo Bambang Yudoyono akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden Republik Indonesia dan tokoh yang akan dipilih untuk menjadi Presiden nanti, kecuali jika Jusuf Kalla turut bertanding dan menang, sudah tentu dari kalangan yang tidak terlibat dalam sumbangan perdamaian di Aceh.
Sementara Partai Aceh dan Partai Demokrat boleh berbangga dengan terciptanya keamanan di Aceh di bawah pimpinan tokoh-tokoh mereka sesiapa saja yang dipilih untuk menjadi Presiden Indonesia nanti akan lebih tidak serius untuk menjayakan perjanjian Helsinki jika ianya gagal dipatuhi di waktu yang mencipta keamanan itu masih dalam pemerintahan.
SYARAT UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN
Pada pandangan saya perdamaian di Aceh ini mempunyai masa depan yang cukup cerah bergantung kepada tiga faktor yang penting, iaitu:
SYARI'AT, JANJI DAN PERPADUAN
1. Pengekalan Aceh sebagai Nanggroe yang berpegang kepada Syariat Islam, dan
2. Kepatuhan semua pihak kepada janji yang terkandung dalam Perjanjian Helsinki atau Helsinki Accord.
3. Usaha yang berterusan untuk menyatupadukan pemimpin dan rakyat, antara sesama pemimpin dan sesama rakyat, dengan sikap kepimpinan yang telus, toleransi, amanah, berani, disiplin, rajin dan patriotik.

SYARI'AT ISLAM
Saya bersyukur ke hadirat Allah swt. apabila diberitahu oleh salah seorang perunding di Helsinki, Mohd Nur Djuly, bahawa apabila pihak GAM dalam perundingan Helsinki telah didesak oleh pihak EU (Persekutuan Eropah) untuk menggugurkan statusnya sebagai Nanggroe Syari'at pihak yang mewakili Kerajaan Pusat di Jakarta telah menyokong untuk ianya dikekalkan.
Jika bukan kerana cintanya pemerintah Pancasila kepada Islam sekalipun sudah tentu dengan mengekalkan status Aceh sebagai Negara Syari'at maka pihak Barat sudah tentu lebih susah untuk membantu Aceh untuk mencapai kemerdekaan sebagaimana Barat telah membantu Timur-Timur. Mengekalkan Syari'at Islam di Aceh bukan saja membantu usaha perdamaian di Aceh, tetapi juga mendapat dukungan ulama dan rakyat Aceh yang cintakan ugama. Aceh juga boleh memainkan peranan dalam Negara Rupublik Indonesia untuk menyemarakkan dakwah Islamiah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemerintahan dan ulama Aceh di dalam sejarah Indonesia.
WASIAT ABUSYIK
TEUNGKU MUHAMMAD DAWUD BEUREUEH
Saya tidak pernah lupa wasiat Abusyik Teungku Muhammad Dawud Beureueh kepada saya dan isteri saya, cucunya, supaya 'TA PUWO QUR'AN U ACEH'. Wasiat ini beliau sampaikan dalam beberapa kali beliau sedar dari keadaan tidak sedar yang berterusan beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia. Kerana wasiaat beliau supaya saya bawa balik Qur'an ke Aceh inilah yang menyebabkan saya terima jawatan yang ditunjuk, oleh Tun Dr. Mahathir, untuk saya menjadi Pengerusi, Persatuan Persahabatan Malaysia-Indonesia atau PERMAI.
Melalui jawatan ini dan hubungan-hubungan yang diatur oleh Ibu Astrid, anak Djamaluddin Adinegoro pengasas Agensi Berita ANTARA, dari Kelas SMP 1 di Jakarta, sekelas dengan isteri saya, saya dapat bertemu dengan tokoh-tokoh tentera. Astrid, seperti saya, alumni sezaman dari Hamburg. Di pihak Indonesia pula ada badan bernama PRIMA iaitu singkatan kepada Lembaga Persahabatan Indonesia-Malaysia yang dipimpin oleh Mantan Wakil Presiden RI Bapak Jenderal Try Sutrisno.
Saya tidak tahu kenapa Tun Mahathir menunjukkan saya untuk memimpin PERMAI tetapi tanpa jawatan ini saya tidak berstatus untuk membuat perbincangan apa jua dengan pihak Indonesia.
KETUA BAKIN ZIARAH MAQAM ULAMA ACEH
Keakraban hubungan saya dengan tokoh-tokoh di Indonesia dapat digambarkan sehingga saya telah didatangi oleh Bapak Z. A. Maulani kepala BAKIN Indonesia kepejabat Menteri Besar Kedah di waktu saya memegang jawatan itu. Kami sama-sama menziarahi makam Teungku Hasballah Inderapuri di Kampung Aceh, Yan Kedah. Saya telah memberitahu kepada Bapak Maulani bahawa Teungku Hasballah Inderapuri, Teungku Muhammad Dawud Beureueh, Teungku Haji Jakfar Siddiq Lamjabat dan Teungku Haji Hasan Krueng Kalee adalah ulama-ulama utama di Aceh yang telah memutuskan, dengan persetujuan PUSA (Persatuan Ulama Seluruh Aceh) supaya Aceh berada dalam Indonesia. Mereka sepatutnya ditabalkan sebagai pahlawan nasional Indonesia dan bukan Teungku Chik Di Tiro atau Cut Nyak Dien yang sebenarnya tidak pernah kenal Indonesia. Beliau berjanji memperjuangkannya.
PUSARA BAPAK KASO GHANI
Waktu kami ke madrasah Kampung Aceh untuk solat Zohor saya telah berhenti sekejap di tepi batasan perkuburan di Kampung Aceh dan menunjuk kepada Bapak Maulani bahawa di situlah kubur Allahyarham Kaso Ghani yang dikenal sebagai Haji Sabah kerana kononnya beliau berasal dari Sabah.
FOTO CUT NYAK DIEN HAPUS DARI RP10,000
Saya juga memberitahu kepada Bapak Maulani bahawa Wali Teungku Muhammad Hasan Di Tiro tidak akan menentang republik jika 3 janji Soekarno dan Hatta dengan ulama-ulama Aceh dipatuhi sepenuhnya. Janji itu ialah: Pertama - menegakkan Indonesia sebagai Negara Islam, Kedua - mewujudkan Negara Bersekutu (United States) dan bukan republik, Ketiga - Memberi Otonomi Ekonomi dan Perdagangan untuk Aceh.
AKIBAT BUKAN NEGARA SEKUTU
Saya jelaskan juga bahawa kegelisahaan di Aceh memberi legitimacy kepada GAM kerana ketidakadilan pembahagian hasil minyak dan gas dari hasil bumi Aceh. Keadaan begini tidak akan berlaku jika Indonesia sebuah Negara persekutuan dan bukan republik.
Jika status Nanggroe Syari'at telah digugurkan saya merasa curiga atas pengekalan keamanan di Aceh, walaupun dengan perjanjian Helsinki, kerana siapa sahaja boleh meniup semula semangat rakyat Aceh untuk terus berperang lagi kerana mengejar syahid.
Walau bagaimanapun Aceh kini masih di tahap yang cukup awal untuk menghayati dan menikmati pelaksanaan hukum syariat yang memuaskan semua pihak, status Nanggroe Syari'at ini perlu dikekalkan.
Faktor yang kedua untuk mengekalkan keamanan ialah dengan melaksanakan segala janji yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di Helsinki.
JANJI DI HELSINKI
Antara janji di dalam MoU Helsinki ialah mewujudkan institusi Wali. Apabila ide ini diketengahkan saya sempat bertanya Allahyarham Menteri HAM Bapak Hasballah Saad atas kemungkin faktor 'Wali' dengan syarat dan kuasa yang ditentukan untuknya akan menjadi punca konflik berlaku semula setelah damai tercapai oleh kerana institusi Wali tidak dibenar untuk diwujudkan oleh pemerintah pusat.
Hasballah menggambarkan bahawa perjanjian damai tidak akan dipersetujui jika institusi Wali tidak disetujui untuk diwujudkan. Yang penting katanya ialah perdamaian. Setelah MoU Helsinki dipersetujui dan keamanan tercapai maka barulah kita usahakan supaya institusi ini tidak diwujudkan.
'Kalau begitu,' kata saya, 'persetujuan itu akan dianggap satu penipuan oleh GAM dan rakyat Aceh, dan dengan itu perdamaian ini tidak akan kekal.' Hasballah yakin beliau mampu menatang keamanan walaupun institusi Wali tidak diwujudkan selepas persetujuan tercapai. Saya tidak sempat bertanya samada pandangan Allahyarham itu mewakili pandangan pemerintah pusat.

Bila saya bertanya lagi kepada Bapak Hasballah Saad atas kemungkinan beliau tidak lagi terdiri dari antara yang berpengaruh di kalangan anggota pemerintahan pusat, waktu krisis Wali timbul nanti apabila institusi Wali dibatalkan, Hasballah menolak kemungkinan ini dan ternyata Hasballah telah meninggal dunia sebelum institusi Wali dipertikaikan.
Berasaskan dialog inilah maka saya telah enggan melibatkan diri dalam satu rancangan besar untuk berikrar supaya semua masyarakat Aceh di Malaysia menyokong keamanan yang berkekalan, tanpa bersyarat, kepada persetujuan Helsinki. Perjumpaan ramai yang diadakan di Kuala Lumpur pada 12hb November, 2006 ini ditaja oleh pihak Helsinki sendiri untuk 'political mileage' mereka. Saya tidak menghadirinya walau pun saya memegang jawatan Presiden IMAM (Persatuan Ikatan Masyarakat Aceh Malaysia). Jika semua yang dijanjikan dalam MoU Helsinki dilaksanakan maka logiklah majlis sedemikian diadakan.
WALI DI SUBANG JAYA MEDICAL CENTER
Saya telah berkesempatan bertemu dengan Allahyarham Wali Nanggroe Aceh Darussalam ke 8 Teungku Hasan Muhammad di Tiro di waktu beliau berubat di Subang Jaya Medical Center sebelum beliau pulang ke Aceh untuk meninggal dunia beberapa minggu selepasnya. Dalam tiga perjumpaan dengannya, pada malam hari pertama bersama isteri saya; keesokan malamnya bersama Tan Sri Mohd Yusof, mantan Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Jabid juga mantan tokoh di Jabatan Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri dan pada kali ketiga waktu saya menghantarnya pulang di lapangan terbang LCCT, pada hari Juma'at, untuk balik ke Aceh dengan Air Asia. Beliau enggan tunggu sehingga hari Ahad apabila dijangkakan Gubenor Irwandi akan menghantar kapal-terbang khas untuk membawa Wali balik ke Aceh.
Pada perjumpaan pertama saya telah menyampaikan salam Tun Ghazali Shafie, sahabat baik Teungku Hasan Di Tiro yang disampaikan melalui saya tetapi tidak sempat saya sampaikan beberapa tahun yang terdahulu. Waktu saya dibawa masuk oleh pihak hospital melalui pintu khas yang digunakan oleh doktor Wali sedang tertidur diiringi oleh Teungku Ridwan Djalil, Muzakkir Hamid dan Musanna. Saya telah dibenar masuk, tanpa keizinan pemerintah Aceh, kerana saya bersetuju menjadi penjamin ke atas perbelanjaan selebihnya dari apa yang telah didahulukan oleh pihak pemerintah Aceh di waktu Teungku Wali dimasukkan ke hospital.
Musanna, cucu Teungku Umar Tiro, yang mengenali saya, telah memperkenalkan saya kepada pendamping keluarga Teungku Ridwan Djalil. Di waktu Teungku Ridwan bertanya saya panggilan yang saya gunakan ke atas Teungku Wali, samada 'Yahwa' atau 'Yahcik' tiba-tiba Wali Teungku Hasan terbangun dari tidurnya dan terus menjawab 'Yahcik'. Kami pun berpelukan setelah saya memperkenalkan isteri saya yang sememangnya sudah dikenali beliau sebagai cucu Teungku Muhammad Dawud Beureueh.
YAHWA ATAWA YAHCIK
TEUNGKU HASAN PUAS
DENGAN
PENJELASAN TAN SRI DATO' AHMAD YUSOF
Pada perjumpaan kedua Teungku Hasan telah bertanya, antara lain, dalam masa 2 jam 30 minit kita berbicara, atas sebabnya Malaysia menghantar pulang orang Aceh hingga dibunuh oleh Tentera Nasional Indonesia, dengan kejamnya, di pantai tempat mereka mendarat sesampainya mereka di Aceh. Dan banyak lagi yang telah diperbincangkan.
Allahyarham Teungku Hasan puas hati dengan penjelasan yang disampaikan oleh Tan Sri Dato' Ahmad Yusof. Tan Sri Ahmad Yusof telah menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah kuasa besar politik, ekonomi dan ketenteraan seperti Amerika Syarikat yang mampu menyelenggara hubungan antarabangsa, atau diplomasi, dengan dukungan kekerasan.
Malaysia menghormati hubungan baik dengan Indonesia sementara memberi kebebasan dan kemudahan kepada rakyat Aceh yang mencari rezeki di dalam Negara Malaysia.
Malaysia telah menghantar balik rakyat Aceh, setelah peristiwa tragedy di Semenyih pada 26hb Mac, 1998. Dalam peristiwa ini 24 dari 513 tahanan di Depo Imigresen Semenyih telah terkorban. Atas permintaan pemerintah Indonesia dengan janji dari Jenderal Benny Murdani bahawa mereka akan diterima baik dan tidak akan diapa-apakan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI). Malaysia tidak menyangka pihak bawahan tentera Indonesia tidak menghormati janji pihak atasan mereka. Apakah mungkin mereka tidak tahu perjanjian itu atau sengaja tidak diberitahu oleh pihak atasan.
Tan Sri Ahmad Yusof juga telah memaklumkan bahawa saya tidak bersetuju dengan keputusan menghantar balik mereka itu kerana mengingatkan apa yang telah dilakukan oleh pihak Benny kepada Teungku Imran Meuraksa di Bangkok di waktu kapalterbang Garuda dihijack olehnya. Pihak Malaysia telah melepaskan kapal-terbang Garuda ke Thailand kerana janji Teungku Imran Meuraksa untuk menjaga keselamatan semua pilot dan penumpang.
Saya juga merasa bimbang dengan nasib rakyat Aceh kerana mengingati ucapan Menteri Luar Indonesia Adam Malek bahawa Tentera Nasional Indonesia tidak bersalah kerana pembunuhan di Timur Timur kerana Indonesia telah mengisytihatkan perang ke atas Timur Timur. Oleh kerana pemerintah Indonesia juga telah mengisyrihatkan perang ke atas Aceh maka saya bimbang semua pembunuhan yang berlaku di Aceh juga di pandang sebagai sebagai satu kebiasaan yang halal di dalam peperangan.
Ternyata ramalan saya itu tidak salah.
Dalam pertemuan lapan mata antara Wali Teungku Muhammad Hasan Di Tiro dengan Tan Sri Ahmad Yusof, Dato' Jabid dan saya, maka kesempatan telah saya gunakan untuk mendapat penjelasan ke atas persoalan 'legitimasi' berkaitan dengan Teungku Mohd Saman yang ditabalkan sebagai 'Al Malikul' atau dalam bahasa Arab dimaksudkan 'Raja' oleh Sultan Aceh untuk menjalankan pengurusan Aceh setelah Kesultanan Aceh gagal meneruskan pemerintahan lantaran keganasan Belanda, Wali Teungku Hasan dengan singkatnya menjawab '.......... itulah sebabnya kita gunakan perkataan Wali dan bukan Sultan atau Raja. Ianya institusi tersendiri, 'HEAD OF STATE' khusus 'Aceh,' dan tidak ada 'duplicate' di Indonesia atau di Malaysia.' ' Pembicaraan kami dalam bahasa Aceh.
Saya puas hati dengan jawapan singkat ini kerana sebagai rakyat dalam Negara yang 9 dari 13 negeri bahagiannya mempunyai Sultan maka tafsiran 'Wali' sebagai kepala negeri sebagai satu-satunya faktor, selain bendera, yang membezakan Aceh dari daerah lain di Indonesia.
Oleh itu majlis memperkukuhkan institusi Wali adalah satu 'wasiat' yang penting hasil dari perjuangan Gerakan Aceh Merdeka.
Malaysia menghormati hubungan baik dengan Indonesia sementara memberi kebebasan dan kemudahan kepada rakyat Aceh yang mencari rezeki di dalam Negara Malaysia.
Malaysia telah menghantar balik rakyat Aceh, setelah peristiwa tragedy di Semenyih pada 26hb Mac, 1998. Dalam peristiwa ini 24 dari 513 tahanan di Depo Imigresen Semenyih telah terkorban. Atas permintaan pemerintah Indonesia dengan janji dari Jenderal Benny Murdani bahawa mereka akan diterima baik dan tidak akan diapa-apakan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI). Malaysia tidak menyangka pihak bawahan tentera Indonesia tidak menghormati janji pihak atasan mereka. Apakah mungkin mereka tidak tahu perjanjian itu atau sengaja tidak diberitahu oleh pihak atasan.
Tan Sri Ahmad Yusof juga telah memaklumkan bahawa saya tidak bersetuju dengan keputusan menghantar balik mereka itu kerana mengingatkan apa yang telah dilakukan oleh pihak Benny kepada Teungku Imran Meuraksa di Bangkok di waktu kapalterbang Garuda dihijack olehnya. Pihak Malaysia telah melepaskan kapal-terbang Garuda ke Thailand kerana janji Teungku Imran Meuraksa untuk menjaga keselamatan semua pilot dan penumpang.
Saya juga merasa bimbang dengan nasib rakyat Aceh kerana mengingati ucapan Menteri Luar Indonesia Adam Malek bahawa Tentera Nasional Indonesia tidak bersalah kerana pembunuhan di Timur Timur kerana Indonesia telah mengisytihatkan perang ke atas Timur Timur. Oleh kerana pemerintah Indonesia juga telah mengisyrihatkan perang ke atas Aceh maka saya bimbang semua pembunuhan yang berlaku di Aceh juga di pandang sebagai sebagai satu kebiasaan yang halal di dalam peperangan.
Ternyata ramalan saya itu tidak salah.
KENAPA GELARAN 'WALI'
Saya puas hati dengan jawapan singkat ini kerana sebagai rakyat dalam Negara yang 9 dari 13 negeri bahagiannya mempunyai Sultan maka tafsiran 'Wali' sebagai kepala negeri sebagai satu-satunya faktor, selain bendera, yang membezakan Aceh dari daerah lain di Indonesia.
Oleh itu majlis memperkukuhkan institusi Wali adalah satu 'wasiat' yang penting hasil dari perjuangan Gerakan Aceh Merdeka.
'... SETAKAT INI SAJALAH
YANG
MAMPU SAYA USAHAKAN.'
Pada hari Juma'at terakhir Teungku Hasan berada di Malaysia, di lapangan terbang LCCT saya sangat terkesan apabila Teungku Hasan memeluk saya dengan mesra sambil mengatakan dalam bahasa Aceh, ' ..... setakat ini sajalah yang mampu saya usahakan untuk Aceh ..... kini giliran kamulah untuk turut membantu .... dalam pembangunan. Saya akan beritahu keluarga kita bahawa kamu adalah anggota keluarga (syedara) yang baik.' Itulah antara kata-kata beliau terakhir di waktu kami bersalaman dan berpelukan.
Kalau Aceh hanya mendapat otonomi tanpa berstatus Nanggroe Syari'at yang berwali maka tersia-sialah perjuangan GAM yang telah menelan banyak korban itu.
Pihak pemerintah pusat hendaklah menerima hakikat ini semoga yang sudah syahid tidak tersia-sia. Keputusan mengukuhkan kewujudan institusi Wali adalah satu wasiat terpenting dari Ayahcik Teungku Hasan Muhammad Di Tiro untuk Aceh.
PERPADUAN
1. Niat untuk bersatu
2. Pengalaman bersama
3. Penderitaan bersama.
Banyak sebab maka perpaduan itu susah dijayakan. Antaranya:
1. Faktor sejarah yang menghantui ingatan keluarga dan menjadi bahan kajian intelektual bangsa Aceh.
2. Faktor dendam kerana kejadian dan pengalaman di masa lalu.
3. Faktor 'ku'eh', iaitu merasa susah apabila melihat orang senang dan merasa senang apabila melihat orang susah.
4. Faktor cemburu kerana gagal mendapat sesuatu yang didapati oleh rakan atau lawan yang dianggap kurang layak atau berhak.
5. Faktor kesabaran yang sangat tipis kerana lambat menikmati hasil dari perjuangan dan pengorbanan yang telah dilalui.
6. Faktor tertipu kerana janji tidak ditepati.
7. Faktor fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak setuju Aceh berjaya maju dalam aman.
8. Faktor jutawan yang merasakan status masakini tidak menguntungkan usahanya.
9. Faktor 'peng' yang sengaja diberi sebagai upah kepada individu-individu yang boleh dijadikan batu api atau alat untuk memecahbelahkan bangsa Aceh.
10. Faktor luaran yang tidak ingin Aceh maju sebagai daerah otonomi yang mempunyai Wali sehingga merobah persepsi untuk menaikkan keinginan dan semangat daerah lain dalam menyamakan kedudukan dengan Aceh jika keadaan di Aceh tidak dirombakkan.
Kita tidak perlu mengulas dengan panjang lebar segala faktor yang tertera di atas. Para pembaca boleh mengesan individu, tokoh, organisasi atau apa saja klasifikasi yang sesuai untuk yang berkenaan. Tidak perlu diperbesarkan masalah walaupun kita tidak harus aman kerana tidak ingin tahu.
Yang penting ialah keamanan, perpaduan dan pembangunan di Aceh.
Saya cadangkan dua formula untuk dijadikan bahan pemikiran kepada yang ingin Aceh aman dan maju.
Pertama - Iman
Kedua - Kemaafan
Jika bangsa Aceh kembali kepada ugamanya untuk menjadi bangsa yang beriman maka kita akan percaya bahawa tidak akan ada keadilan yang sempurna di dunia ini. Segala ganjaran yang seadil-adilnya akan kita rasai, sebagai individu, apabila kita sudah kembali kepada Yang Maha Esa.
Kini, institusi 'Wali' sudah wujud. Ia pastinya bertanggungjawab ke atas urusan ugama, adat dan penyatuan bangsa.
Bertindak dari seruan di atas maka saya cadangkan semua pihak yang berada di atas memaafkan semua pihak yang berada di bawah; semua pihak yang berada di bawah pun turut memaafkan semua pihak yang di atas; semua pihak yang tidak bersalah, ataupun memikirkan dirinya tidak bersalah, memaafkan semua yang diketahui atau difikirkannya bersalah, seterusnya mereka ini memaafkan yang dikatakan bersalah; malahan semua pihak yang bersalah pun boleh ambil kesempatan untuk memaafkan semua yang tidak bersalah yang telah digambarkan sebagai bersalah, samada benar atau tidak.
Jika bangsa Aceh itu diibaratkan sebagai sebuah tempayan, maka kita boleh warnakan tempayan itu dengan apa warna sahaja yang kita mahu, dan kita juga boleh mengisi tempayan itu dengan apa saja yang kita ingin mengisinya, asalkan tempayan itu tidak pecah.
Apakah hak saya untuk menyampaikan nasihat sedemikian ini. Saya sememangnya tidak berhak atau pun tidak berhak lebih dari orang lain. Tetapi berasaskan latar-belakang keluarga saya, hubungan saya dengan semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran tentera, civil dan pejuang kemerdekaan saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan dan pendirian di sini.
Jika saya mengikut hati dan perasaan maka sudah tentu saya menjadi marah apabila mengenang karangan-karangan yang telah diketengahkan dalam Madjallah Angkatan Atjeh Meurdehka Edisi Juli - Agustus 1987 yang bertajuk:
1. Kisah Tutjo Pang Tibang - 1 oleh M. Yusuf Daud (aneuk Teungku Daud Paneuk)
2. Kisah Tutjo Pang Tibang - 11 oleh R. A. Bakar, dan
3. Kisah Tutjo Pang Tibang - 3 oleh Zakaria Saman.
Fitnah-fitnah yang terkandung di dalam pantun atau sya'ir ini berputar sekitar fitnah yang kononnya saya telah menerima wang dari Presiden Suharto yang saya bertemu pada akhir bulan Jun, 1986 kerana pada Raya Raya Puasa sebelumnya Presiden Suharto telah menelepon Perdana Menteri Malaysia di waktu itu Tun Hussein Onn meminta saya di 'extradition' ke Jakarta untuk diadili dalam mahkamah atas tuduhan 'treason' kerana terlibat dalam membantu peperangan yang dilancarkan oleh GAM di Aceh.
Dalam perjumpaan dengan Presiden Suharto inilah saya mendapati yang memfitnahkan saya itu ialah orang yang saya anggap sebagai kawan di Malaysia. Duta Malaysia telah mengesahkan fenomena ini bila beliau berkata '..... your friends are not helpful to you.'
Apakah mungkin kawan saya yang dimaksudkan ini ialah yang pernah menyatakan bahawa beliau pasti diterima oleh Presiden Suharto sebagai menantu jika beliau belum berumah-tangga dan di waktu lain pula beliau berkata kepada tokoh-tokoh GAM, rakan sepenjaranya, bahawa jika beliau berkuasa beliau pasti membantu Aceh sampai tercapai kemerdekaan.
Peristiwa pertemuan dengan Presiden Suharto ini boleh dibaca, sebahagiannya darinya, dalam masukan blog saya atas tajuk 'Om Boes Dalam Kenangan.' (Rabu, 23 Februari, 2011)
Tetapi saya memaafkan mereka kerana saya mengetahui ada pihak yang telah menyusupi di kalangan pejuang Aceh untuk memecahbelahkan perpaduan dengan menabur fitnah.
Sebagai seorang yang pernah diperintah untuk dibunuh di dalam surat arahan yang sama dengan arahan membunuh Teuku Don Zulfahri tentulah pembaca yang budiman dapat merasai keikhlasan saya apabila saya katakan 'kemaafan' oleh yang bersalah dan yang tidak bersalahlah yang akan membawa kepada perpaduan orang Aceh.
Apakah saya masih tidak berhak menyatakan pendapat dan pendirian begini lebih-lebih lagi pandangan begini saya sampaikan pada umur lebih 70 tahun dan saya tidak bercita-cita untuk mendapat pangkat atau kekayaan dari Aceh nyan ulontuan sayang.
Adalah menjadi harapan saya sebagai cucu kepada Cut Manyak anak kepada Teungku Cik Di Lambada anak Teungku Cik Di Tiro yang telah dijodohkan oleh Allah swt. dengan anak Teungku Hasballah Teungku Daud Beureueh, untuk menyeru kepada rakyat Aceh, sementara sempat di akhir hayat saya, marilah kita maafkan kesalahan antara sesama kita, untuk kita bersatu di dalam aman dan iman dan kita kembalikan Al Quran ke Aceh semoga rakyat Aceh dapat menikmati kemakmuran dunia untuk akhirat.
Janganlah institusi Wali ini dijadikan faktor untuk kita terus bersengketa, walau apa jua sebabnya. Tentu sekali pemerintah pusat memahami hikmahnya menghormati kandungan MoU Helsinki sebagai dokuman persefahaman bersama. Janganlah institusinya dibatalkan jika hanya kuasa-kuasanya yang tidak dipersetujui.
Jika wang menjadi faktor penentu maka sudah sampai masanya institusi Wali ini diwujudkan atas kekuatan ekonomi Nanggroe ngon ureung Aceh keudroe, bek na ureung laen jampu dalam urusan geutanyo. Nyan keuh seumangat geutanyoe nyan meurdehka.
Sekian, Wallahu'aklam.

ASAL TEMPAYAN TIDAK PECAH

APAKAH HAK SAYA
MENYATAKAN PENDIRIAN BEGINI

Sanusi Junid ni setianya kepadanya kepada Malaysia atau Acheh??? Pelik dan tak faham saya
ReplyDeleteTerima kasih Tan Sri atas pandangan dan cadangan yang bernas untuk rakyat Aceh. Selaku saudara sesama Muslim, saya rasa bersedih dengan berbagai dugaan yang dihadapi rakyat Aceh sepanjang konflik dengan Indonesia yang menyebabkan Aceh tertinggal jauh dalam banyak perkara walhal mempunyai potensi yang besar. Harapan kita perjanjian damai ini menjadi punca kepada kemajuan Aceh ke depan.
ReplyDeleteSaya rasa keliru dengan anon 12:42 AM yang bertanyakan Tan Sri setia kepada Malaysia atau Aceh? Kalaulah dia rakyat Malaysia, maka tidak hairanlah macam-macam cabaran yang berlaku dalam masyarakat Melayu kerana cara berpikir yang sedemikian. Tak perlulah nak tanyakan Tan Sri soalan sebegitu. Tengok dan pelajarilah perjalanan hidup Tan Sri maka saudara akan dapati jawapannya. Kalau saudara tak dapat jua apa jawapannya maka saudara kena banyak membaca agar minda tidak sempit dan terpenjara.
Teurimong guenaseh rayek that bak droe nueh tgk Sanusi junid...
ReplyDeleteKaruena cinta droenueh ke nanggroe aceh...
Muda2han mantong na bangsa aceh yg suetia lage droenueh....
Sayang sigoh ketika Sanusi jit Mento hana carong perikh ureng Aceh hanya pentig diri sendiri serta lupa diri amat sombong dan bongkak.
ReplyDeleteSelepas ditendang keluar kerana kebodohan politiknya baru tahu mahu balik kampong di Yan .
Semua rumpunan Aceh yang mengikut kasta -kasta diterapkan oleh Sanusi ini.
Apa yang SAnusi tahu buat ketika jadi Menteri hanya mengambil tanah orang kampong di Yan dengan harga yg rendah .
Tangga 1 juta ke Gunung Jerai pun hanyalah angan-angan Mat Jenin Sanusi.
Orang susah ketika Sanusi jadi Menteri sanggup beri Cek luar negara yang hanya bernilai RM 200.00 sahaja .
Jadi SAnusi kena sedar diri lah diusia penghujung ini jangan bongkak serta tidak sedar diri.
Wali Negara atau Wali Nanggroe?
ReplyDeleteMEMBACA beberapa tulisan yang mengulas tentang Wali Nanggroe termasuk pandangan beragam yang berkembang selanjutnya yang dinisbahkan kepada Tgk Hasan Tiro, saya ingin menambahkan informasi mengenai makna kata "Wali Nanggroe" itu sendiri yang cendrung a historis karena tidak merujuk pada buku atau tulisan Tgk Hasan Tiro itu sendiri dimana beliau tidak pernah mengatakan sebagai Wali Nanggroe melainkan sebagai Wali Negara. Secara singkat, padat dan hematnya sebagai berikut:
https://www.facebook.com/LaskarRincongAceh/posts/468329756576159
Seharusnya Wali Negara
ReplyDeleteSurat singkat ini merupakan tanggapan saya atas daftar Wali Nanggroë versi Qanun Nomor 8 Tahun 2012 yang ditengarai sebagai bagian dari manipulasi sejarah. Daftar tersebut kemudian dipublikasikan oleh Serambi Indonesia, Senin, 16 Desember 2013, halaman 11.
Daftar tersebut adalah perspektif GAM, tetapi ahistoris karena, menurut deklarator GAM sendiri semasa hidupnya, beliau menyebut dirinya sebagai “Wali Negara” (Head of State) bukan “Wali Nanggroë”. Sebagai buktinya tertera dalam surat Proklamasi Aceh Merdeka (AM) dalam bahasa Inggris, Melayu, dan Aceh.
Bukti ilmiah yang lebih jelas bisa dilihat dalam buku almarhum yang berjudul “The Price of Freedom: The Unfinished Diary of Tgk Hasan di Tiro”, kolom “The Genealogy of The Tengku Tjhik Di Tiro, hlm: 141 dan juga terjemahan buku dalam bahasa Aceh “Jum Meurdéhka, Seuneurat Njang Gohlom Lheuëh” pada kolom yang sama tertulis sebagai “Wali Negara” dan sekali lagi bukan “Wali Nanggroë”. (Terlampir dalam attachment)
Saya merasa terkejut karena lembaga Wali Nanggroë adalah produk dari MoU Helsinki Agustus 2005, tapi tiba-tiba sudah ada Wali Nanggroë Ke-9 pada akhir tahun 2013. Apakah di Aceh setahun sekali diangkat Wali Nanggroë? Sebagai lembaga yang diamanahkan dalam MoU Helsinki dan kini Malik Mahmud diangkat sebagai Wali Nanggroë maka yang bersangkutan adalah Wali Nanggroë Pertama di Aceh dan bukan Wali Nanggroë Ke-9 karena daftar orang yang tertera dalam Qanun Nomor 8/2012 sebelum Malik Mahmud adalah Wali Negara bukan Wali Nanggroë, bahkan daftar nama tersebut bertentangan dari tulisan Tgk Hasan Di Tiro sebagaimana bukti foto terlampir.
Demikian hal ini saya tulis berdasarkan bukti dari buku karya almarhum Tgk Hasan Di Tiro sendiri. Walaupun demikian, sebagai seorang demokrat, saya tetap menerima tanggapan dari pihak lainnya. Tapi harus berdasarkan bukti ilmiah karena jika sebuah fakta sudah ditoreh, maka sejarah tersebut akan dikutip oleh generasi selanjutnya.
Asnawi Ali
Örebro, Swedia
email: aliasnawi@yahoo.com
Jinoe peue nyang jeuet tapeugot di Malaya supaya Bansa Acheh beumeusaboh dan beumakmu chit disinoe.
ReplyDeleteGeutanyoe payah tapike dan tapeuna program2 untok peuseujahtra rakyat geutanyoe.
Meunyo Teungku Sanusi ka leupah neuwoe bak Po teuma, soe nyang jeuet sambong buet droeneuh nyoe di nanggroe nyoe, pat generasi baro Acheh di Malaya nyang ka neutinggai?
Nyoe jinoe nyang peureulee that tapike dan tapeuna, supaya peue mantong nyang Teungku Sanusi kalheueh peugot hana gadoh dan tinggai meunan mantong watee hana le Teungku Sanusi.