USUL UNTUK DIRI SENDIRI
MUKADDIMAH
o
SIKAP YANG DIPELOPORI OLEH ISLAM
o
WALLAHU 'AKLAM.
MUKADDIMAH
o
Dalam masukan atau 'posting' blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA saya telah merumuskan bahawa Dasar Pandang Ke Timur yang diketengahkan di masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebenarnya bertujuan menarik perhatian rakyat Malaysia kepada nilai-nilai murni yang diamal oleh pemimpin-pemimpin institusi politik dan ekonomi di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
o
Nila-nilai tersebut yang terkandung di dalam semangat Bushido (di Jepun), Hwarang (di Korea) dan Jinsheng (di Taiwan) merangkumi aspek 'amanah', 'berani', 'disiplin', 'rajin' dan 'setia'.
o
Memandang kepada prejudis kebanyakan dari yang bukan Islam terhadap Islam, maka prejudis ini tidak menghalang untuk mereka menerima sikap amanah, berani, disiplin, rajin dan setia jika sikap-sikap ini diamal dengan jayanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Ternyata kelima sikap ini adalah sikap yang turut dipelopori oleh Islam.
o
Setelah Dasar Pandang Ke Timur kerajaan diterima baik oleh semua golongan dan lapisan rakyat Malaysia barulah kerajaan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam. Nilai-nilai Islam itu termasuklah kelima nilai yang diketengahkan di bawah Dasar Pandang Ke Timur.
o
Dalam usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada orang-orang Melayu ianya hendaklah diterima sebagai pelengkap kepada Dasar Pelajaran Malaysia kerana pendidikan sahaja tanpa penekanan ke atas nilai-nilai murni telah dikesan sebagai penyebab kepada kegelisahan yang kini terdapat di kalangan orang-orang Melayu di negara Malaysia.

Orang-orang Melayu sedang mencari alasan di luar diri mereka sebagai penyebab kepada kegagalan mereka di dalam berbagai bidang.
o
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen maka agak mudah bagi sesiapa sahaja yang ditegur untuk merobah sikap pribadi untuk melenting dan sekaligus menukarkan sokongan kepada pihak yang tidak menegur mereka.
o
SUMBER NILAI DARI TRADISI DAN KELUARGAo
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen maka agak mudah bagi sesiapa sahaja yang ditegur untuk merobah sikap pribadi untuk melenting dan sekaligus menukarkan sokongan kepada pihak yang tidak menegur mereka.
o
o
Aspek nilai yang ada pada diri bangsa Melayu masakini adalah bersumberkan tradisi dan amalan ugama di dalam keluarga. Tetapi pendedahan pelajar di luar kawalan keluarga, apatahlagi jika mereka belajar di luar Negara, sudah tentu sukar di imbangi dengan bekalan tradisi yang bernilai itu.

Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh bangsa Melayu masakini ialah kerana kegagalan bangsa Melayu untuk memastikan aspek nilai ditanam sedalam-dalamnya di dalam diri mereka di waktu mereka mendapat pendidikan di sekolah.
o
Selain di sekolah, untuk membentukkan watak, kegiatan lain yang diselenggarakan oleh institusi lain seperti NGO-NGO, kelab-kelab belia dan pengakap juga memainkan peranan.

Kini NGO lebih menumpukan perhatian kepada aspek politik.
o
Kelab-kelab belia juga tidak bermaya lagi seperti dahulu.
o
Salah satu institusi terpenting yang dapat membantu dalam usaha murni ini ialah 'Masjid.'
Salah satu institusi terpenting yang dapat membantu dalam usaha murni ini ialah 'Masjid.'
o
TEMPAT BERSOLAT
JUMAAT, AIDILFITRI, AIDILADHA DAN JENAZAH
o
Kita ketahui bahawa peranan masjid itu adalah lebih dari hanya tempat bersolat Juma'at seminggu sekali, atau tempat bersolat Aiduladha dan Aidilfitri, bagi setiap satunya, sekali dalam setahun, atau pun sebagai tempat disolatkan jenazah dalam perhentian transit terakhirnya bagi seseorang sebelum disemadikan.
SOLAT BERJUMAAH
UNTUK MAGHRIB, ISYA DAN SUBUH
o
Sementara banyak masjid dapat mengadakan solat berjuma'ah pada setiap waktu, walaupun terbatas untuk solat subuh, maghrib dan isya tetapi tidak kurang pula masjid yang lengang pada setiap waktu kecuali dengan adanya imam, khatib, siak dan beberapa orang sahaja yang berminat mengerjakan solat secara berjuma'ah.
o
MINAT PADA MASJID BARU DAN CANTIK
o
Minat untuk memiliki masjid baru yang cantik adalah melebihi minat untuk memelihara masjid yang sudah ada, dan jarang sekali ada usaha untuk menarik lebih ramai umat untuk sembahyang berjuma'ah, apatahlagi di kalangan pemuda.
o
SOLAT PENGHALANG KEPADA MAKSIAT
o
Sementara kita tidak dapat menghalang muda-mudi kita dari hobi mereka untuk bersukan dan berolah-raga nampaknya usaha yang serius perlu dicari untuk menghalang muda-mudi kita dari terlibat dalam berbagai kegiatan yang merugikan bangsa.
o
Saya diajar sejak kecil bahawa solat itu ialah penghalang kepada maksiat.
o
Dengan ajaran ini saya dapat memahami bahawa jika saya mendirikan solat maka saya akan terlindung dari mengerjakan maksiat. Dan jika saya mengerjakan solat tetapi terus mengerjakan maksiat maka berertilah solat yang saya kerjakan itu tidak betul.

Di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah saya perhatikan ramai juga orang-orang yang saya kenal yang sering ke Hadyai di hujung minggu. Oleh kerana pemergian mereka itu sendirian, dan tanpa membawa isteri, maka sudah tentulah ianya bukan untuk 'shopping' kerana kegiatan ini biasanya hobi kaum wanita, dan jika dia membeli sesuatu untuk isterinya di rumah maka akan ketahuanlah beliau ke Thailand dan bukan untuk bertemu 'bosnya' di KL.
o
Apabila saya bertanya seorang ulama terkenal di Kedah atas sebabnya individu yang selalu kelihatan mengerjakan solat tetapi turut sering 'shopping' di Hadyai tanpa diketahui oleh isterinya maka jawapan ulama tadi adalah sama dengan apa yang saya difahamkan sejak kecil.
o
Iaitu solatnya perlu dibetulkan.
o
Malahan keselamatan sang suami dan sang isteri, supaya tidak tergelincir ke amalan maksiat, di waktu berasingan atau berjauhan hanya terjamin jika solat keduanya tertib dan betul.
o
CARI RESTORAN HALAL LEPAS MENGERJAKAN MAKSIAT
o
Setakat ini dakwah kita mengenai haramnya daging babi begitu berkesan sehingga yang pergi ke Hadyai pun, jika setelah mengerjakan maksiat, akan mencari restoran halal untuk menyelesaikan masalah kelaparan.
o
Kesimpulan dari ajaran ini ialah negara kita akan menjadi aman jika rakyatnya, khususnya yang berugama Islam, mengerjakan solat dengan betul.
o
Jika kebanyakan umat Islam mengerjakan solat dengan betul berertilah tempat maksiat yang ada di dalam negara akan dikunjungi oleh yang bukan Islam sahaja kerana bagi kalangan kafir maksiat itu mungkin tidak berdosa bagi mereka.
o
Terlalu ramai umat Islam yang mengutuk kewujudan tempat-tempat maksiat di dalam negara, tetapi semangat mengutuk ini tidak disertai dengan usaha positif dengan berdakwah supaya umat Islam membetulkan solatnya.
o
Ternyata pemikiran umat Islam di Malaysia, khususnya yang berbangsa Melayu, kesemuanya perlu dilakukan oleh Kerajaan dan tidak perlu inisiatif sendiri. Kerajaan perlu tutup tempat maksiat dan bukan rakyat memboikot tempat maksiat itu.
o
Kerajaan salah jika tidak menutup tempat maksiat, rakyat yang pergi ke tempat maksiat tidak disalahkan.

IBU-BAPA LEPAS TANGAN PADA GURU
GURU PUN BELUM PASTI TERURUS KELUARGANYA
o
Apabila anak-anak dihantar ke sekolah maka kebanyakan dari kita melepaskan tangan kepada para guru di sekolah, dan di sekolah-sekolah berasrama penuh, untuk menanam keinsafan hidup berugama. Sedangkan guru-guru itu sendiri belum tentu sudah berhasil mendidik dirinya, apatahlagi anaknya, bersolat dengan teratur sebagaimana semestinya, apatahlagi untuk menggalakkan anaknya ke masjid.
o
Sekadar sudah menjadi dewasa, sudah berumahtangga, berjawatan tinggi dan berkemampuan mental dan fizikal belumlah menjadi jaminan bahawa persoalan solat sudah baik diselenggarakan.
0
Tun Fatimah Hashim, iaitu seorang tokoh wanita Melayu yang pernah menjadi Menteri di waktu suaminya juga seorang Menteri, telah memberitahu kepada saya betapa hairannya beliau setelah bersara, mendapati banyak wanita Melayu yang terpelajar yang tidak tahu mengejakan solat dengan betul.
o
Oleh kerana wanita-wanita ini terpelajar dan bersuamikan pula orang terpelajar maka sudah tentu mereka malu untuk memberitahu kekurangan mereka dari segi mengerjakan solat yang betul. Jika ibu tidak tahu mengerjakan solat dengan betul apatahlagi anak didikannya.

Kadangkala ibu bapa jualah yang mendidik anak ke jalan yang sesat tanpa mengetahui akibatnya.
o
Kadangkala ibu bapa jualah yang mendidik anak ke jalan yang sesat tanpa mengetahui akibatnya.
o
RATU CANTIK 'MAK NYAH'
o
Di waktu saya menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa saya dapati banyak pelajar wanita yang memakai jilbab, waktu di dalam kampus, tetapi tidak memakai jilbab di luar kampus. Ini berlaku disebabkan oleh toleransi keluarganya yang wanita serumah juga tidak berjilbab kesemuanya. Ini bererti pengaruh di rumah lebih berkesan dari pendidikan di sekolah atau di universiti sekalipun. Termasuk university yang membawa nama Islam.

Satu peristiwa pernah berlaku pada tahun 2007 apabila seorang pelajar UIA telah memenangi peraduan 'Ratu Cantik Mak Nyah' yang diadakan di Sunway Lagoon. Kebetulan pula pada tahun yang sama 'pelajar lembut' ini akan menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen. Bila saya ketahui graduan UIA ini ialah pemenang peraduan 'Ratu Cantik Mak Nyah' maka saya telah menghalang beliau mengambil scroll di tengah orang ramai kerana sudah ada yang memberitahu adanya pemberita yang berhasrat untuk memaparkan foto graduan di waktu menerima ijazah dengan foto yang diambil waktu pelajar itu memenangi peraduan ratu cantik.

Pelajar itu menerima ijazah di dalam bilek Rektor sahaja.
o
Apabila pihak universiti menerima protes dari ibu bapa ratu cantik berkenaan barulah kami difahamkan bahawa pelajar lelaki itu dari kecilnya telah diberi pakaian anak perempuan oleh ibunya yang sangat ingin mendapat anak perempuan, sedangkan Allah swt. mengurniakannya dengan anak lelaki.
o
Ini juga membuktikan bahawa pengaruh keluarga lebih ketara dari pengaruh sekolah.
o
ISU KATHOLIK GUNA PERKATAAN 'ALLAH'
IALAH ISU POLITIK
IALAH ISU POLITIK
o
Saya teringat untuk menulis tajuk 'MASJID' pada kali ini kerana dalam lawatan saya ke rumah sakit Pantai Medical Center yang berdekatan dengan tempat kediaman saya, untuk melawat isteri saya yang sedang menjalani rawatan, saya terserempak bertemu dengan seorang tokoh korporat yang saya kenal yang sedang keluar dari lif kerana melawat isterinya yang baru melahirkan anak.
o
o
Setelah bersalaman dan sempat saya berhenti sekejab kerana menghormati kenalan, beliau bertanya mengenai isu penggunaan perkataan 'Allah' oleh pihak Katholik dalam risalah mereka dan juga persoalan sekitar kenaikan harga barang yang menjadikan 'kangkung' mendapat perhatian media di seluruh dunia.
o
o
Beliau puas bila saya jawab 'itu bukan persoalan ugama atau ekonomi - hanya persoalan politik" pintu lif pun terbuka lagi dan saya pun masuk ke dalam untuk ke tingkat 5.
o
IMEJ GEREJA KATHOLIK TERCEMAR
o
Bila saya melihat di dalam media foto air muka paderi yang beria-ia hendak menggunakan perkataan 'Allah' terus ternampak wajahnya seperti pemutar belit sahaja dan tidak nampak kewarakan padanya. Kita juga mengetahui ramai paderi di gereja-gereja Katholik, yang tidak dibenarkan beristeri, yang mengamalkan sodomi dan melanggar etika gereja dengan amalan zina dengan penganut Katholik yang menghadiri gerejanya atau pun dengan 'nun' atau paderi perempuan yang juga tidak dibenar bersuami. Itulah sebabnya menjadikan perkataan 'Allah' sebagai isu tidaklah merupakan masalah yang besar bagi paderi-paderi begini.
o
KANGKUNG
o
Tak sempat saya hendak menjawab dengan lebih jelas lagi mengenai soalan berkaitan dengan kangkung.
o
o
Sedangkan kangkung pun dihebohkan untuk tujuan politik dan bukan untuk menolong pengguna. Tetapi sekadar mendapat 'political mileage' untuk memburukkan imej pemimpin Negara.
o
o
Sebenarnya perbandingan harga kangkung dengan barang pengguna yang lain itu telah diucapkan oleh Perdana Menteri di Trengganu di waktu beliau berucap kepada masyarakat desa yang terlibat dalam bidang pertanian. Perdana Menteri tidak berucap kepada kumpulan usahawan, pelabur asing dari luar negara atau dalam forum ekonomi atau politik di peringkat wilayah dan antarabangsa.
o
o
Jika isi ucapan Perdana Menteri di dalam forum antarabangsa yang lebih penting pun tidak tersiar di dalam media antarabangsa yang terkenal seperti BBC tidakkah kita terfikir betapa ucapan di luar bandar kepada petani, yang ramainya terdiri dari bangsa Melayu, menjadi topik hangat media. Adalah jelas bahawa ini bertujuan politik.
o
o
BERTAKBIR DAN TIDAK BERAZAN
DI TELINGA ANAK YANG BARU LAHIR
o
Saya telah salah naik lif Blok C, kerana kebiasaan melawat cucu-cucu lahir dan sakit di situ, sedangkan untuk pesakit dewasa lifnya di blok D Pantai Medical Center.
o
Sebelum saya berjalan ke blok D seorang jururawat China yang saya kenali wajahnya telah bertanya saya ' apakah bila anak lahir boleh baca takbir dan bukan azan pada telinga.' Bila saya jawab 'yang disuruh buat ialah membaca Azan.'
o
Perempuan China itu memberitahu saya dia dapat bezakan antara Azan dan Takbir kerana dia tinggal dekat dengan masjid di Petaling Jaya. Dia juga selalu dengar Azan dalam TV.
o
o
Perempuan China itu memberitahu saya dia dapat bezakan antara Azan dan Takbir kerana dia tinggal dekat dengan masjid di Petaling Jaya. Dia juga selalu dengar Azan dalam TV.
o
Bagi ibu-bapa yang sememangnya beribadat sepanjang waktu di rumah, harapan untuk anak-anak mencontohi ibu-bapanya lebih baik dari yang ibu-bapanya lalai beribadat. Itu pun jika anak-anak itu menganggap ibu-bapaknya sebagai layak dicontohi.
o
Tetapi, jika anaknya merasakan dirinya lebih terpelajar dari ibu-bapanya maka ada kemungkinan semua kegiatan ibadat ibu-bapa tidak dijadikan contoh baginya.
o
PENGIMARAHAN MASJID
o
Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia, sekurang-kurangnya berusaha mengembalikan institusi masjid sebagai pusat kegiatan. Atau pun kita kembalikan kegiatan pengimarahan masjid.
o
Bila saya dihantar balik ke Kedah untuk menjadi Menteri Besar saya menyedari bahawa Kedah adalah sebuah negeri yang miskin dan sangat-sangat memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk semua projek kerajaan. Saya juga mendekati orang-orang kaya untuk menggalakkan mereka melabur di Kedah. Oleh kerana wang dari kerajaan pusat juga terhad dan usaha menarikh pelaburan swasta juga tidak begitu mendapat sambutan maka saya membuat keputusan untuk perhatian kepada pembangunan MENJARO dan perjuangan POLEMAS.
o
o
Dalam konteks pembangunan mental saya memutuskan untuk mengembalikan kegemilangan KEDAH dalam bidang pelajaran kerana di waktu itu keputusan peperiksaan di Kedah terletak di tangga kedua dari bawah iaitu di atas sedikit dari Sarawak.
o
Sejarah Kedah menunjukkan bahawa ianya sebuah negeri yang lebih awal menumpukan perhatian kepada pendidikan sehingga banyak anak Kedah yang mendapat kedudukan yang istimewa dalam berbagai bidang sejak sebelum Merdeka.
o
Untuk mengembalikan kegemilangan ini faktor terpenting ialah mencari formula untuk meningkatkan pendidikan di Kedah.

MENJARO POLEMAS
o
MENJARO ialah singkatan kepada perkataan-perkataan MENtal, JAsad dan ROhani. POLEMAS ialah singkatan kepada perkataan-perkataan POLitik, Ekonomi dan MASyarakat.o
Dalam konteks pembangunan mental saya memutuskan untuk mengembalikan kegemilangan KEDAH dalam bidang pelajaran kerana di waktu itu keputusan peperiksaan di Kedah terletak di tangga kedua dari bawah iaitu di atas sedikit dari Sarawak.
o
Sejarah Kedah menunjukkan bahawa ianya sebuah negeri yang lebih awal menumpukan perhatian kepada pendidikan sehingga banyak anak Kedah yang mendapat kedudukan yang istimewa dalam berbagai bidang sejak sebelum Merdeka.
o
Untuk mengembalikan kegemilangan ini faktor terpenting ialah mencari formula untuk meningkatkan pendidikan di Kedah.
KENAPA PELAJAR SUKSES
o
Sepanjang saya menjadi wakil rakyat dari tahun 1974 saya telah mengkaji keadaan dan latar belakang rumah hampir semua-pelajar yang terbanyak mendapat A di dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
o
Alasan yang biasa kita dengar mengenai kegagalan sesebuah sekolah mencapai prestasi terbaik ialah:
o
1. Kemampuan guru yang terbatas,
o
2. Keadaan bilik darjah yang tidak selesa dan kelengkapan untuk pelajar yang berkurangan, dan
o
3. Keadaan ekonomi keluarga pelajar.
o
Kajian saya membuktikan bahawa walau apa jua keadaan dan kekurangan yang dihadapi oleh pelajar, kesemua pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang kerana ibu bapa mereka memaksa mereka menelaah buku-buku sekolah selama 2 jam pada setiap malam.
o
Pangalaman begini juga telah saya lalui di waktu saya di darjah 4 Sekolah Melayu Yan, apabila Guru Besar Cekgu Fadhil telah mengarahkan Cekgu Md. Zain supaya memastikan sekurang-kurangnya 4 orang pelajar mendapat tempat di tingkatan 1 samaada di Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani atau di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar.
o
o
Cekgu Md. Zain telah meminta saya dan tiga kawan sampai di rumahnya tepat pada pukul 8 malam untuk menelaah sehingga pukul 10 malam selama 2 jam. Cikgu Md. Zain tidak pernah mengajar kami tetapi hanya memastikan kami ulangkaji apa yang kami belajar pada siang hari. Kami berempat berjaya ke Sekolah Menengah Ibrahim School Sungai Petani.
o
o
Sebagai bekas pelajar di MCKK saya juga berpengalaman menelaah pada setiap malam selama 2 jam.
o
o
Jika keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di asrama penuh yang lengkap dengan kemudahan sama dengan lebih 80 orang pelajar sepanjang 20 tahun yang mendapat keputusan yang sama, walaupun sekolah mereka terbatas dengan berbagai kemudahan yang berbeza-beza, berertilah yang sama bagi mereka yang berjaya ialah menelaah selama 2 jam.
o
o
JAWATANKUASA MASJID, JABATAN PENDIDIKAN,
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) DAN IBU BAPA
o
Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, di bawah pimpinan Dato' Hasan, Jawatankuasa Masjid di seluruh Kedah, ibu bapa semua pelajar dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpuluh ribu pelajar telah menelaah dalam hampir kesemua 500 masjid di seluruh negeri Kedah.
o
Kami telah sepakat menggalakkan semua pelajar pergi ke masjid selepas solat Maghrib dan makan malam di rumah. Mereka mula menelaah pada pukul 8 malam dan bersolat Isya berjema'ah sebelum pulang pada pukul 10 malam.
o
Dalam masa dua tahun kedudukan negeri Kedah telah meningkat menjadi negeri yang ke 2 terbaik pencapaian antara negeri-negeri di seluruh Malaysia. Kedah hanya di bawah Wilayah Persekutuan.
o
Inilah yang saya maksudkan dengan peranan masjid dalam bidang pendidikan. Agak susah bagi ibu bapa untuk mengawasi anak-anak untuk belajar di rumah dengan gangguan TV dan keadaan sekeliling kerana ramai adik-beradik dan mungkin lampu juga kurang terang.
o
Kesan dari kegiatan ini kedudukan negeri Kedah dari segi pendidikan telah naik dari nombor tiga dari bawah kepada nombor 2 dari atas dalam masa 2 tahun. Pengarah pendidikan di waktu itu ialah Dato' Hasan.

PERTANDINGAN BOLA-SEPAK ANTARA PASUKAN MASJID
o
Satu projek lagi yang telah dijayakan di Kedah ialah 'Pertandingan Bola Sepak Antara Pasukan Masjid". Lebih 300 masjid telah mengambil bahagian dalam pesta ini. Yang menjadi juara ditancang oleh diberi hadiah istimewa untuk mengerjakan Umroh.
o
Hadiah ini tidak sempat saya uruskan.
o
Hadiah ini tidak sempat saya uruskan.
o
Semua pemain bola sepak diwajibkan mengerjakan solat Asar bejuma'ah di masjid sebelum latihan bermain bola sepak dijalankan.
o
Selain masjid berjaya menarik anak-anak muda untuk turut serta dalam bidang sukan mereka juga diasuh mendekatkan diri dengan masjid sekurang-kurangnya untuk solat Asar.
o
PERTANDINGAN MELUKIS MASJID
o
Jabatan Pendidikan juga telah diminta untuk menganjurkan pertandingan melukis masjid oleh pelajar-pelajar di berbagai peringkat.
o
Tujuan program ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap masjid. Oleh kerana pihak guru telah menggalakkan pelajar untuk bersikap kreatif maka hasil dari pertandingan ini telah memberi gambaran yang jelas mengenai apa yang difikirkan perlu ada di masjid oleh pelajar-pelajar di semua peringkat.
o
Berasaskan hasil pertandingan inilah maka di beberapa buah masjid di Kedah, walau pun hanya sedikit, telah diadakan kedai runcit, kedai gunting rambut, klinik, gelanggang sepak-takraw, pusat kegiatan wanita, komputer dan lain-lain lagi.
o
Malahan, di Langkawi semua imam masjid telah diberi kursus menggunakan komputer.
o
KESIMPULAN
o
Semua ide di atas adalah ide tambahan kepada program masjid yang sudah sedia ada.
o
Sebenarnya semua kegiatan di atas tidak memerlukan campurtangan kerajaan. Asalkan di setiap kariah masjid seluruh masyarakat disatukan dan difahamkan mengenai rancangan yang hendak dilaksanakan ini, maka rakyat jelata akan mendapat munafaat dan keadaan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Negara akan menjadi lebih bersatu, bertaqwa, berjaya dan bahagia.
oTujuan program ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap masjid. Oleh kerana pihak guru telah menggalakkan pelajar untuk bersikap kreatif maka hasil dari pertandingan ini telah memberi gambaran yang jelas mengenai apa yang difikirkan perlu ada di masjid oleh pelajar-pelajar di semua peringkat.
o
Berasaskan hasil pertandingan inilah maka di beberapa buah masjid di Kedah, walau pun hanya sedikit, telah diadakan kedai runcit, kedai gunting rambut, klinik, gelanggang sepak-takraw, pusat kegiatan wanita, komputer dan lain-lain lagi.
o
Malahan, di Langkawi semua imam masjid telah diberi kursus menggunakan komputer.
o
KESIMPULAN
o
Semua ide di atas adalah ide tambahan kepada program masjid yang sudah sedia ada.
o
Sebenarnya semua kegiatan di atas tidak memerlukan campurtangan kerajaan. Asalkan di setiap kariah masjid seluruh masyarakat disatukan dan difahamkan mengenai rancangan yang hendak dilaksanakan ini, maka rakyat jelata akan mendapat munafaat dan keadaan bangsa Melayu dan umat Islam di seluruh Negara akan menjadi lebih bersatu, bertaqwa, berjaya dan bahagia.
WALLAHU 'AKLAM.
Salam Tan Sri,......menangis selepas membaca tulisan dan buah fikiran anda,.....bila mengenangkan nasib bangsa Melayu kini yang lebih gemar kepada 'candu'.Masjid kini menjadi tempat penyebaran candu tersebut.
ReplyDeleteSungguh bernas idea tan sri..saya harap tan sri dapat menjadi mentor saya
ReplyDelete