Tuesday, June 24, 2014

INTEGRITI

UCAPTAMA DALAM MAJLIS PENUTUP
SEMPENA MENANDATANGAN MOU
ANTARA KELAB VETERAN MAYC MALAYSIA (KVMM)DENGAN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
di Institut Integriti Malaysia,
Pada pukul 12.00 tengah hari Ahad, 22hb Jun, 2014

Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia,

Yang Berbahagia Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia,

Yang Berbahagia Datuk Hj. Mustafar bin Ali, Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Yang Berbahagia Dato Aidit Ghazali, Ahli Institut Integriti Malaysia,

Ahli-Ahli Panel yang bijaksana,


Veteran-Veteran MAYC dan Hadirin hadirat sekalian.



PENGHORMATAN



Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur majlis yang sudi menjemput saya untuk memberi ucapan pada hari ini.



Nama dan peranan Institut Integriti Negara sungguh manarik bagi saya, lebih-lebih lagi kerana nilai-nilai murni yang mendukung integriti bangsa Melayu masakini sudah terhakis sehingga hampir tandus keadaannya.

Jika saya ditanya apakah kerja yang menarik bagi saya pada umur 71 tahun, saya dengan senang hati akan memilih untuk berkerja di

1) Institut Integriti Malaysia (IIM),
2) Jabatan Audit Negara (JAN), atau
3) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Seseorang pelancung dari luar negeri yang datang ke negara ini akan mendapati Malaysia adalah sebuah negara yang maju, aman makmur dan manarik bagi mereka. Malaysia adalah 'Truly Asia.'

Mereka akan memuji negara kita.

Hanya apabila mereka membaca suratkhabar kita, dan social media, baru mereka akan mendapati betapa kita berpecah belah di antara sesama sendiri di kalangan kaum masing-masing, dan antara kaum yang berbeza.

IIM, SPRM dan JAN adalah tiga badan dan jabatan yang boleh meredakan kegelisahan yang ada di kalangan rakyat Malaysia.

Asalkan kerjanya cekap dan berkesan.


KITA KINI



Walaupun negara dan bangsa kita, yang kecil jumlah penduduknya, mempunyai 9 dari 45 orang raja dan sultan di dunia, iaitu 1/5 dari jumlah monarchy kesemuanya; walaupun Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri, Pegawai Awam, Tentera dan Polis Malaysia, Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung, majoritinya terdiri dari orang-orang Melayu, tetapi bangsa Melayu berpecah belah, dan boleh diperalat, dipecahbelahkan dan dipersenda oleh kaum lain termasuk pendatang, penumpang, pelancung yang ada di dalam dan di luar negera.




Baru-baru ini kita mendengar seorang berketurunan India, yang kaumnya telah berjaya mendesak kerajaan untuk membuangkan perkataan ‘pariah’ dari buku karangan Sasterawan Negara Dato’ Abdullah Hussain dari bukunya berjodol ‘Interlok’, bersifat seperti pariah dengan mencerca UMNO sebagai parti Melayu yang terbesar dalam negara, yang memimpin perjuangan menuju kemerdekaan dan berjaya memerintah Negara dengan aman dan maju, dipanggil sebagai parti ‘celaka.’




Saya difahamkan kita berani bertindak ke atas yang memprotes terhadap Hindu yang berkata kita celaka, tetapi belum sanggup, atau takut, bertindak ke atas yang mencerca kita.



Baru-baru ini kita kalah dalam pertandingan badminton kepada negara Jepun yang baru mengenali permainan itu secara serious. Saya difahamkan oleh seorang kawan, peminat sukan dari Jepun bahawa jurulatih pasukan Jepun ialah seorang berbangsa Korea yang dulunya menjadi jurulatih untuk pasukan Malaysia. Jurulatih Korea memberitahu pemain kita tidak serius dan disiplin dan susah untuk diajar. Katanya, sebenarnya, pemain kita lebih baik dari pasukan Jepun.

Kita telah menang melawan Indonesia dalam pestabola SUZUKI CUP beberapa tahun yang lalu. Walaupun kita mengeloh kerana pasukan kita dikawal ketat oleh tentera sehingga untuk pergi ke stadium pun terpaksa dibawa oleh tank tentera. tetapi, tanpa kawalan ini kita belum pasti menang jika pemain kita dibenarkan bergerak bebas di kota Jakarta yang begitu menawan. Tentera Indonesialah yang mendisiplinkan kita.



Baru-baru ini Majlis Perundingan Melayu telah menarik perhatian semua pihak dan membantah usaha seorang usahawan China yang berjaya mendapat berbagai peluang dari kerajaan pimpinan Melayu, tetapi menafikan hakikatnya, sebaliknya meningkatkan usaha untuk memperalatkan raja kita untuk memudahkannya mendapat peluang lagi dari kerajaan. Kita gelisah mendengar kejadian ini, seperti penonton bola sepak yang sedang melihat pasukannya kalah kerana kecuaian dan kita tak boleh buat apa-apa.



Kelmarin satu video-clip telah tersebar melalui media social di mana satu kumpulan rakyat Malaysia, yang bukan Melayu dan bukan Islam, yang berada di Tel Aviv, telah mencerca Malaysia dan meramalkan bahawa pemerintahan negara ini akan berpindah ke tangan golongan minoriti yang pro-Israel dalam pilihanraya yang akan datang.



Jika disebut sahaja perkataan rasuah, anggapannya ialah yang menerima itu Melayu yang bersalah dan yang memberi itu China yang tidak bersalah. Sedangkan kita tahu bahawa rasuah itu hanya menjadi-jadi di mana sahaja terdapat banyak pengusaha China di negara-negara di dunia ini, seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.



Banyak lagi kisah yang boleh saudara saudari sendiri ketengahkan.



Kita tidak perlu menyalahkan orang lain atas keruntuhan integrity, kerana kita tidak amanah dan disiplin sehingga orang tidak menghormati kita lagi, tetapi kita hendaklah mengkaji, dengan hati terbuka akan sebab perkara begini berlaku.



Musuh kita menganggap, sehingga banyak asas untuk dipercayainya, bahawa kita bukan sahaja bersalah tetapi takut untuk membetulkan kesalahan.



Semuanya ini bermula dari panduan nilai yang kita anuti.



RENE’ DESCARTES

Seorang pemikir dan jaguh matematik Peranchis yang digelar sebagai “The Father of Modern Philosophy,” Rene’ Descartes (yang dilahirkan pada 31 Mac, 1596 dan meninggal pada 11 Februari, 1650) telah mucul dari dalam ‘dapur’ (oven), iaitu gelaran yang diberi kepada sebuah bilik panas di musim sejuk, tempat beliau berfikir, selama dua hari, dari 10 hingga 11 November, 1619, pada umur 23 tahun beliau merumuskan bahawa melalui pendekatan saintifik sahaja manusia dapat menuju kebijaksanaan.

Berikutan dari kesedaran ini Descartes telah mencetuskan jargon “cogito ergo sum” yang bererti “Aku berfikir, maka aku ada.”

Kenyataan ini ditulis dalam Bahasa Peranchis pada tahun 1637 di Bahagian IV buku bertajuk ‘Discourse on Method,’ dan dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1644 atas nama ‘Principles of Philosophy.’

Maka sejak itu manusia membatasi potensi kecerdasannya kepada aktiviti “berfikir.” Kerana itulah yang diketengahkan oleh pemikir Descartes.

Ide Descartes ini didukung oleh ahli falsafah Belanda Baruch Spinoza yang dilahirkan pada 4 November, 1632 meninggal pada 21 Februari, 1677; dan ahli falsafah Jerman Gottfried Wilhem Leibniz yang dilahirkan pada 1 Julai, 1646 dan meninggal pada 4 November, 1716.

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tetapi, jauh sebelum Descartes mengenengahkan konsep berfikir yang menganggap hidup manusia bergantung kepada kemampuan urat saraf di otak, yang membataskan dasar hidup kepada lojik sebagai asas kebenaran, Nabi Besar Muhammad s.a.w. (yang lahir pada tahun 570 masehi dan wafat pada 8 Jun, 632) telah menyatakan, menjelang beliau diangkat menjadi ‘Rasul’ atau ‘Pesuruh Allah s.w.t.’ (mulai tahun 610 di waktu berumur 40 tahun) bahwa polar hidup dan kewujudan manusia (existence) yang menentukan harga dirinya, ialah ‘Qalb” atau dalam Bahasa Melayu “Kalbu.”

Menyandarkan arus kewujudan manusia kepada “Kalbu” mengandung pengertian batiniah dari hati nurani.

Descartes, bapak falsafah moden, menyatakan di bawah seksyen ‘Passions of the Soul’ dalam bukunya telah menyatakan bahawa pandangannya itu ditulis ‘as if no one had written on the matter before.’

Sedangkan 1009 tahun sebelumnya (1619 – 610 = 1009) Nabi Besar Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh ada segumpal darah (mudghah), jika ia baik, baiklah seluruh tubuh, tetapi jika ia rusak, rusaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, itulah hati nurani (Qalb). (Muttafaq ‘Alaih).

Ternyata Descartes, walaupun digelar sebagai bapak falsafah moden tidak membaca Al Quran, apatahlagi Hadith Rasulullah s.a.w.

SISTEM PENDIDIKAN BARAT

Pemikir kita juga, kerana lama di bawah penjajahan British, dan dididik pula di bawah sistem pendidikan British; dan sesudah merdeka pun pemikiran kita belum merdeka, pelajar-pelajar kita

- terus dihantar ke Britain, dan negara-negara bekas jajahan British, yang diberi nama ‘Commonwealth’,

- tenaga pengajar di universiti-univesiti kita juga berpendidikan British, dan

- kita tidak menjadikan Quran sebagai asas pemikiran.

Akibatnya kita kini menghadapi banyak masalah.

Bukanlah satu kesalahan bagi bangsa Melayu untuk mendapat pendidikan barat, kerana ilmu secara keseluruhan banyak terdapat dalam bahasa barat, khususnya Inggeris. Tetapi yang menjadi masalah ialah semangat dan nilai yang di warisi, sedikit demi sedikit, terhakis ditelan zaman.

Setelah Merdeka, berlandaskan teori Descartes, mungkin tanpa kita menyedari adanya teori ini, kita yakin bahawa dengan memperbanyakkan golongan terpelajar bangsa kita akan menjadi kuat dari segala sudut – termasuk politik dan ekonomi.

Ternyata, tanpa nilai-nilai murni, ada di kalangan kita, dengan meningkatkan pendidikan, pencuri, yang dulunya mencuri ayam dan itek, kini mencuri khazanah bangsa dan negara.

MENCARI PERBEZAAN ANTARA MAKHLUK SEUGAMA

Bagi mereka yang berpendidikan ugama pula perhatian yang lebih diberikan bukan untuk meningkatkan tahap penghayatan ugama dan seruan ke arah perpaduan dan persahabatan ummah tetapi untuk mencari kemenangan dengan mengkafirkan yang tidak sealiran fikiran.

Perkara begini bukanlah sesuatu yang menghairankan  di dalam sejarah Islam. Malahan di Mekkah jua, walaupun Islam telah diperkenalkan oleh Nabi Ibrahim a.h.s. diikuti pula dengan Nabi Ismail a.h.s. tetapi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasulullah berbagai jenis berhala telah di bawa ke dalam dan diletak di sekitar kawasan Ka’abah.

SUMBER NILAI MURNI

Di dalam Bab Pengenalan kepada Al Quran yang Qurannya diterbitkan oleh Zam Zam Publishers, di Karachi, Pakistan dan Mufti Afzal Hoosen Elias menjadi Pengurus Projeknya telah tercatit fakta-fakta berikut:

  1. Rasulullah telah dilahirkan pada hari Isnin 8, 9 atau 12 Rabi’ul Awwal tahun
  2. Rasulullah telah dilahirkan 6,155 tahun selepas nabi Adam a.h.s.,
  3. Rasulullah telah dilahirkan 3,913 tahun selepas peristiwa banjir di zaman Nabin Nuh a.h.s.,
  4. Rasulullah telah dilahirkan 2,832 tahun selepas Nabi Ibrahim a.h.s.,
  5. Rasulullah dilahirkan 2,287 tahun selepas Nabi Musa a.h.s., dan
  6. Rasulullah dilahirkan 570 tahun selepas Nabi Isa a.h.s.

Semua Nabi dan Rasul yang didatangkan kepada Umat adalah bertujuan untuk meningkatkan integrity kita.

Banyak kitab yang telah diturunkan tetapi yang biasa kita dengan, dan yang masih ada hanya beberapa sahaja.

Antara kitab popular yang diturunkan kepada Nabi sebelum Nabi Mohammad s.a.w. ialah:

  1. Torah diturunkan kepada Nabi Musa a.h.s.,
  2. Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.h.s.,
  3. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.h.s., dan
  4. Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Walau bagaimana pun kesan dari semua ajaran Nabi dan Rasul boleh tercemar dengan penjelmaan syaitan dalam bentuk manusia.

AMR BIN LUHAI

Dalam bukunya ‘The Sealed Nectar,’ diterbitkan oleh Darussalam, Safiurrahman Almubarakpuri dari University Madinah telah menulis:

Most of the Arabs had complied with the call of Ismael a.h.s. and professed the religion of his father Ibrahim a.h.s.. They worshipped Allah, professed His Oneness, and followed His religion a long time until they forgot part of what they had been reminded of. However, they still maintained fundamental beliefs such as monotheism as well as various other aspects of Ibrahim’s religion, until the time when a chief of the Khuza’ah, namely Amr bin Luhai came back from a trip to Syria. He was renowned for righteousness, charity, devotion and care for religion, and was granted unreserved love and obedience by his tribesmen.

In Syria Amr bin Luhai saw people worshipping idols, a phenomena he approved of and believed it to be righteous since Syria was the locale of Messengers and Scripturess. He brought with him an idol (Hubal) which he placed in the middle of the Ka’abah and summoned people to worship it.

Readily enough, idolatry spread all over Makkah, and thence to Hijaz, people of Makkah being custodians of not only the Sacred House but the whole Haram as well.

A great many idols, bearing different names, were introduced into the area.

An idol called Manat was worshipped at Al Mushallal near Qudayd on the Red Sea. Another, Al Lat, in Ta’if; a third Al Uzza, in the valley of Nakhlah, and so on and so forth.

Polytheism prevailed and the number of idols increased everywhere in Hijaz. ‘Amr bin Luhai, with the help of a jinn companion who told him that the idols of Noah’s folk – Wad, Suwa, Yaguth, Ya’uq and Nasr – were buried in Jeddah, dug them out and took them to Tihamah. Upon pilgrimage time, these idols were distributed among the tribes to take back hom.

Every tribe and house had their own idols, and the Sacred House was also over-crowded with them.

On the Prophet’s conquest of Makkah, 360 idols were found around the Ka’abah. He broke them down and had them removed and burned up.

APAKAH KITA TIDAK AKAN TERPENGARUH

Jika seorang sahaja manusia seperti Amr bin Luhai, yang alim lagi bijak dan berpengaruh di Mekkah boleh terpedaya dengan sekali sahaja lawatan ke Syria, apakah tidak mungkin bagi cerdik pandai kita yang belajar di Barat atau di Universiti mana jua yang berorientasi Barat tidak terpengaruh, walaupun tidak sampai membawa balik patung untuk disembah seperti yang dilakukan oleh Amr. Bin Luhai.

Sepanjang lebih 56 tahun Merdeka kita berpegang kepada pendapat bahawa dengan adanya pelajaran pada ramai anggota bangsa Melayu maka masalah kita akan selesai.

Kita terbitkan buku ‘Revolusi Mental’ selaras dengan pegangan Descartes bahawa mentallah, dan bukan hati atau ‘Kalbu’ yang menjadi kemudi hidup manusia sebagaimana yang ditunjuk oleh ugama kita.

Di dalam preamble ‘Rukunegara’ kita tekankan hasrat untuk ‘membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden,’ mengenengahkan panduan Descartes.

Kini sudah terlalu ramai Amr bin Luhai di kalangan kita yang membawa balik bukan sahaja ilmu tetapi juga nilai dan pegangan yang menjatuhkan integrity bangsa kita. Masalah ‘liberalisma’ yang menonjol sekarang ini juga tidak lari dari preamble ‘Rukun Negara’ yang ‘menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.’

Rukun Negara kita menuntut 5 perkara:

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan,
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
  3. Keluhuran Perlembagaan,
  4. Kedaulatan Undang-Undang,
  5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Walaupun perkara pokok dalam 5 seruan Rukun Negara ini begitu indah dan bermakna, tetapi kerana preamble sampingan yang menekankan kepada liberalism, science dan teknologi, telah mempersoalkan kesemua 5 aspek dalam Rukun Negara.

IBU BAPA KEHILANGAN PENGARUH KE ATAS ANAK

Kini ibu bapa, yang mendapat kedudukan sebagai hasil perjuangan politik kerana perpaduan bangsa, yang mempunyai anak yang tidak bersyukur atas perjuangan bangsanya sendiri, sehingga mendapat biaya belajar di luar negara juga dengan biasiswa, tidak dapat menasihati anak lagi apabila anak bersikap liar, super liberal dan semuanya berpandukan akal, yang dipengaruhi media, cetak dan elektronik, sehingga tertinggal pertimbangan hati, budi dan terlupa Bahasa.

Dengan mudah kita memberi alasan bahawa mereka adalah dari golongan generasi ‘Y.’ Sebenarnya mereka ialah anak kita yang berpelajaran tetapi tidak berpendidikan akhlak dan budi pekerti. Itu saja. Samaada dilabel generai ‘Y’ atau ‘Z.’

KEMANA KITA

Setelah selesai mendapat asuhan dari Institut Integriti ini sudah tentu banyak perkataan yang saudara dengar, mengikut abjad, untuk merumuskan pengertian integriti, yang saya petik dari internet. Antaranya:

  1. Admirable
  2. Allegiance,
  3. Chastity,
  4. Commitment,
  5. Conduct,
  6. Conformity,
  7. Consistent,
  8. Correctness,
  9. Distinction,
  10. Esteem,
  11. Ethical,
  12. Excellence,
  13. Fairness
  14. Fame,
  15. Glory,
  16. Goodness,
  17. Honesty,
  18. Honour,
  19. Legitimacy,
  20. Moral,
  21. Principles,
  22. Probity,
  23. Quality,
  24. Rectitude,
  25. Renown,
  26. Reputation
  27. Respect,
  28. Rights,
  29. Spiritual,
  30. Straightness,
  31. Uprightness,
  32. Values,
  33. Virginity,
  34. Virtue,
  35. Worth,
  36. Wrong and Rights.

PRASYARAT BANGSA YANG MAJU

Semua perbincangan mengenai 36 tajuk di atas, atau lebih lagi, adalah benar belaka.

Masalahnya ialah, disebabkan pendedahan dan pengalaman kita yang berbeza penekanan ke atas ke utamaan satu-satu nilai juga berbeza. Oleh itu bertimbun-timbunlah karangan kita mengenai integriti tetapi ianya akan menjadi satu riadhah intelektual yang tidak dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Dari pengalaman 30 tahun sebagai wakil rakyat, saya perhatikan jika seseorang itu bercakap di atas tajuk yang berbeza-beza, di pentas dan tempat yang berlainan, dengan penekanan yang juga berbeza, maka yang bercakap itu akan dipandang bijak tetapi kesan ke atas yang mendengar hampir tiada.

Tetapi, jika beberapa perkara itu selalu diulang-ulangkan, di merata tempat, di samping perkara-perkara lain, walaupun yang bercakap itu tidak dianggap bijak tetapi apa yang diulang-ulangkan akan tersemat di hati.

Besar kemungkinan saya tak habis baca, tetapi dalam senarai 36 tajuk di atas tidak ada perkataan berani, disiplin, rajin dan setia.

Jika saudara baca blog saya sanusijunid.blogspot.com atas berbagai tajuk saudara akan dapati saya mengulangi beberapa kali mengenai ‘DASAR PANDANG KE TIMUR’ apabila kerajaan mengajak kita untuk belajar asas kejayaan negara Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Ternyata faktor yang menyebabkan kemajuan mereka ialah kerana integriti yang tinggi yang ada pada 1/1000 pemimpin rakyat mereka di semua peringkat.   

  1. Jepun – Bushido – semangat yang ada pada Samurai sebagai pejuang tradisional Jepun yang, apabila tidak berperanan lagi dalam dunia ketenteraan, telah memasuki bidang ekonomi, yang di anggap sebagai bidang peperangan untuk menegakkan kekuatan ekonomi yang lebih dari standing dengan  negara maju.
  2. Korea – Hwarang – semangat yang ada pada pahlawan Korea di zaman Maharaja Silla yang berjaya menyatupadukan rakyat dan menjadi Negara yang kuat; semangat yang turut dihidupkan oleh Admiral Yi Sun-shin, dengan armada penyunya yang Berjaya mengalahkan Shogun Toyotomi Hideyoshi di Jepun.
  3. China – Jinsheng – semangat yang disemarakkan di Taiwan untuk menjayakannya sebagai saingan kepada China di tanah besar, yang telah mengenepikan Jinsheng dan berpandukan kepada fahaman komunis dari Barat.
  4. Timur Tengah – Muru’ah – semangat yang membawa kejayaan kepada Umat Islam di zaman awal di waktu Nabi Besar Muhammad baru ditabal menjadi Rasulullah, dan selepas wafatnya Nabi di zaman sahabat-sahabatnya.

Tidak semua rakyat di Negara masing-masing yang mempunyai semangat-semangat ini, tetapi, mengikut mantan Perdana Menteri Taiwan, yang saya kenali, yang perlu hanya 1/1000 dari rakyat jelata yang mempunyai semangat sedemikian.

Keempat-empat bangsa di atas telah berjaya setelah integriti bangsanya dapat ditegakkan dengan sikap amanah, berani, rajin, disiplin dan setia. Sikap yang menjadi landasan untuk mewujudkan bangsa yang berintegriti.

Sekian,

Wallahu’aklam


Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid.

No comments:

Post a Comment