Thursday, August 27, 2015

PEMIMPIN BANGSAT - MALAYSIA KINI


Sanusi Junid: Pemimpin Umno yang bangsat


26 Aug 2015, 1:53 pm     26 Aug 2015, 2:23 pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.


Bagaimanapun veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.



“Orang yang menyebabkan Umno itu kalah, adalah punca yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsat.


“Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, pemimpin yang menyebabkan Umno kalah adalah pemimpin yang bangsat,” katanya dalam sesi wawancara di Youtube.


Ia dimuat naik oleh pengguna Internet yang menggunakan nama “Din Turtle”.


Tanpa menamakan mana-mana individu, Sanusi berkata ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno tidak mengalami kekalahan.


“Umno BN pada waktu itu dapat dua per tiga majoriti bermakna waktu itu tak bangsat. Sekarang ini ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah,” katanya.


‘Kencing’ dan ‘bangsat’ sama taraf


Sanusi berkata “bangsat” adalah sama taraf seperti perkataan “kencing” yang dilontarkan oleh perwakilan Wanita Bahagian Langkawi Anina Saaduddin sebelum ini.


Dalam ucapan keras dan bernada tinggi Anina berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib mengenai dana derma bernilai RM2.6 bilion.


“Jadi kencing dengan bangsat ini saya rasa dah sama taraf dah dia punya degree penggunaan bahasa yang cukup tinggilah,” katanya.

No comments:

Post a Comment