Tuesday, September 8, 2015

PECAT TSMY & DSSA - THE MALAYSIAN INSIDER


Umno bertambah lemah jika pecat Muhyiddin, Shafie, kata bekas setiausaha agung

OLEH NABIHAH HAMID

Published: 8 September 2015 10:31 AM 


Umno akan bertambah lemah jika Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat esok, kata bekas setiausaha agung parti Melayu itu, Tan Sri Sanusi Junid. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2015.

Umno akan bertambah lemah sekiranya spekulasi pemecatan timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal menjadi kenyataan esok, kata Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas setiausaha agung Umno yang pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Kedah ketikaTun Dr Mahathir Mohamad masih perdana menteri itu berkata keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku.

"Umno akan menjadi bertambah lemah kerana setiap tokoh mempunyai pengikut, penyokong, sahabat dan saudara mara," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

"Apatah lagi pemecatan itu, jika berlaku, adalah kerana perbezaan pendapat. Bererti yang tinggal hanya 'yes man',” katanya.

Beliau yang pernah menjadi anggota Kabinet Dr Mahathir berkata, apa saja boleh berlaku dalam keadaan pelbagai isu melanda parti Melayu terbesar itu.

"Semuanya bergantung kepada spekulasi kepentingan dan pemikiran sekitar rancangan pewarisan kepimpinan," katanya.

Sekiranya benar ada pemecatan yang berlaku dalam masa terdekat ini, Sanusi berkata pemimpin Umno tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.

"Ini bermakna pemimpin Umno sekarang takut kepada tokoh ini.

"Ia juga bererti pemimpin tidak ada strategi jangka panjang dan yang ada hanya 'panic management'," katanya yang pernah menjadi naib presiden Umno.

Semalam, satu perjumpaan khas dengan Biro Politik Umno diadakan sebagai persediaan sebelum menghadapi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno.

Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya Muhyiddin dan Shafie akan dipecat pada 9 September.

Selain itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dikatakan bakal dipecat.

Bagaimanapun, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussien menafikan dan menyifatkannya sebagai spekulasi semata-mata. – 8 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-bertambah-lemah-jika-pecat-muhyiddin-shafie-kata-bekas-setiausaha-agun#sthash.o8cG4HfJ.dpuf

5 comments:

  1. DS Najib tidak lagi meletakkan parti sebagai isu penting sebaliknya kepentingan peribadi telah menjadi keutamaan beliau. DS Najib sanggup buat apa saja termasuk memecat TSMY dan DSSA asalkan dia tetap menjadi PM selama yang mungkin supaya perlakuan dan pertuduhan beliau selama ini boleh dielak-elak. Percayalah sekiranya dalam perkiraan DS Najib bahawa mengekalkan TSMY dan DSSA akan mengancamkan kedudukkannya sebagai orang nombor satu, dia tidak teragak-agak akan memecat mereka supaya dia boleh kekal sebagai PM. Jawatan ini mesti dia kekalkan selama mungkin sekiranya dia ingin mengelakkan diri beliau dari keluar masuk mahkamah nanti. Alasan pemecatan itu bukan DS Najib yang harus dipikul tetapi seperti biasa, menteri-menteri harapan beliaulah yang akan menangkis segala 'fitnah' dan 'tuduhan' nanti.

    ReplyDelete
  2. Mahu serah dirikah?,nakmungkin apabila menyelok pakasam biar hingga kepangkal lengan.Yang lepas-lepas Umno telah tercalar dengan tindakan tindakan dari ahli-ahli sendiri,bawa kes kemakamah dan sebagainya .kemungkinaan ini semua memberi pertunjuk bahawa satu hari parti yang dipanggil keramat ini akan kiamat diatas perbuatan ahli-ahli sendiri.Ada duit negara luar boleh terima mereka sebagai permustautim tetap bagi menghabiskan sisa-sisa hidup,celik mata dengan yang sudah sudah.TSSJ lebeh peka lagi dari apa yang luahkan.

    ReplyDelete
  3. Faridina menulis..

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Pada hemah kami tindakan DSN tidak memecat TSMY, DSSA, DSMM dll adalah merupakan langkah sementara sahaja dengan memberi amaran agar mereka menunjukkan taat setia pada parti, berusaha menguatkan perpaduan dan segala ucapan mereka akan dipantau.

    Ini semua adalah taktik melengahkan sekurang2nya sehingga satu lagi mesyuarat MT atau selepas pembukaan sidang parlimen bulan hadapan.

    DSN hanya ingin memastikan mereka ini tidak berkomplot dengan pembangkang menjatuhkannya melalui undi tidak percaya.

    DSN sangat licik maka TSMY kena main kad dia dengan cara yang paling selamat.

    Wasalam Tan Sri.

    ReplyDelete
  4. Apa najib ada sekarang ini yaaa? Sokongan ketua bahagian saja. Akar umbi dah meluat dah...

    ReplyDelete