BERSIH 4 MEMINJAM TEMANYA
DARI TUN DR. MAHATHIR.
Ramai yang bertanya kenapa Tun Dr. Mahathir melibatkan diri dalam BERSIH 4. Seterusnya beliau tidak hadir dalam majlis perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini kerana negara di ambang penjajahan baru lantaran bebanan hutang dan riba yang semakin bertimbun.
Saya berada bersama Tun Dr. Mahathir di waktu beliau menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan ramai di Dewan Pasir Gudang, Johor mulai pukul 2.00 petang Sabtu 29hb Ogos, 2015.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/08/bicara-negarawan-tun-mahathir-pasir.html
http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/08/tun-m-tolak-bersih-tapi-sokong-peoples.html
http://dinturtle.blogspot.com/2015/08/bicara-negarawan-tun-mahathir-pasir.html
http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2015/08/tun-m-tolak-bersih-tapi-sokong-peoples.html
Setelah beliau berucap ada seorang yang hadir bertanyakan pendapat beliau mengenai Bersih 4. Beliau menjawab, walaupun beliau tidak setuju dengan Bersih 1, 2 dan 3 tetapi ada perbezaan pokok antara ketiga-tiga bersih yang lalu dengan Bersih 4 yang menyebabkan ianya patut disokong.
Matlamat utama Bersih 4 ialah untuk menuntut supaya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan. Tun Dr. Mahathir bersetuju dengan matlamat ini.
Malahan orang yang pertama meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan ialah Tun Dr. Mahathir. Sebelum Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan, ATAU merobah dasar dan caranya, tidak ada seorang pun yang berani berbuat demikian.
Boleh dikatakan, dengan menuntut Dato' Seri Najib meletakkan jawatan, Bersih 4 ini telah MEMINJAM temanya dari Tun Dr. Mahathir. Tetapi, TANPA KARENAH yang diciptakan oleh Dato' Seri Najib dengan mewujudkan 1MDB, dan skandal mengenainya , diikuti dengan pendedahan 'derma' RM2.6 billion, yang di luar kawalan, BERSIH 4 tidak mungkin diadakan. Oleh itu Dato' Seri Najib bertanggungjawab atas wujudnya program BERSIH 4 yang temanya dipinjam dari Tun Dr. Mahathir.
Sejak Tun Dr. Mahathir meminta Dato' Seri Najib meletak jawatan isu skandal 1MDB sudah menjadi lebih tersebar dan bersemarak ke seluruh dunia. Tersebarnya kisah skandal 1MDB ini bermula apabila Menteri Luar Negeri menulis surat bantahan kepada New York Times atas berita mengenai 1MDB, sedangkan siaran akhbar luar negara sebelumnya, mengenai Malaysia sebagai sebuah negara yang amalan rasuahnya terhebat di dunia, tidak dipandang berat oleh Menteri Luar Negeri. Inilah yang memberi gambaran skandal 1MDB lebih serius dari masalah RASUAH yang melanda negara.
Berikutan dengan itu Malaysia juga menjadi bertambah terkenal di seluruh dunia apabila kita meminta INTERPOL untuk menangkap Clare Brown sebagai editor Sarawak Report, sebuah penerbitan yang beribu pejabat di United Kingdom. Dosa Clare Brown ialah kerana membuat laporan mengenai penyelewengan dalam 1MDB. Permintaan kerajaan Malaysia telah ditolak oleh INTERPOL dan telah dihebahkan kepada 190 Negara anggota.
Apa yang patut dilakukan ialah menyaman Clare Brown atas penulisannya yang dikatakan tidak betul dan mencemar nama negara. Kenapakah kita tidak berani membawa Clare Brown ke Mahkamah?
Apa yang patut dilakukan ialah menyaman Clare Brown atas penulisannya yang dikatakan tidak betul dan mencemar nama negara. Kenapakah kita tidak berani membawa Clare Brown ke Mahkamah?
Sekaligus dengan itu Timbalan Presiden UMNO, yang dipilih secara demokratik di dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana BERTANYA mengenai 1MDB di dalam satu majlis UMNO Bahagian Cheras.
Walaupun Timbalan Presiden UMNO yang dipilih secara demokratik telah dipecat dari jawatannya rakyat Malaysia pula tidak dibenarkan mengkritik, dengan niat menjatuhkan Perdana Menteri atas sebab beliau dipilih dengan cara demokratik. Berertilah tafsiran demokrasi itu bergantung kepada nafsu pentafsir. Di satu pihak yang dipilih secara demokratik oleh UMNO boleh dipecat tetapi yang dipilih dalam pilihanraya, walaupun dengan undi popular yang minority tidak boleh dikritik langsung. Siapakah yang akan akur kepada pandangan sedemikian?
Setakat yang kita tahu kegawatan 1MDB di peringkat ini melibatkan hanya Dato' Seri Najib, Jho Low, Arul Kanda, Deepak dan dua orang Arab sahabat karib Jho Low.
Setakat yang kita tahu kegawatan 1MDB di peringkat ini melibatkan hanya Dato' Seri Najib, Jho Low, Arul Kanda, Deepak dan dua orang Arab sahabat karib Jho Low.
Dunia mengetahui mengenai kewujudan PASUKAN PETUGAS KHAS untuk mengkaji kedudukan 1MDB sebenarnya. Antara anggota pasukan petugas ini ialah Peguam Negara sebagai Pengerusi, Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara.
Harapan rakyat Malaysia yang menunggu, dengan sabar dan gelisah, terhadap hasil penyiasatan pasukan petugas ini begitu besar dan rakyat tidak sabar untuk menunggu hasil penyiasatan yang memakan masa begitu lama.
Jangka waktu penyiasatan dijalankan sudah tentu selama masa yang diperlukan untuk pihak pengurusan 1MDB dengan gopoh gapah mencari cara untuk menimbus segala bangkai yang hendak ditanam, menutup segala lobang yang luas yang telah tergali, akibat penyelewengan yang telah berlaku.
Jangka waktu penyiasatan dijalankan sudah tentu selama masa yang diperlukan untuk pihak pengurusan 1MDB dengan gopoh gapah mencari cara untuk menimbus segala bangkai yang hendak ditanam, menutup segala lobang yang luas yang telah tergali, akibat penyelewengan yang telah berlaku.
Di kalangan ahli politik pula mereka menaruh harapan besar kepada Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) yang terdiri dari wakil parti kerajaan dan pihak pembangkang dari berbilang parti, membuat penyelidikan yang diharapkan.
Setelah beberapa waktu pihak Bank Negara telah mengeluarkan perintah untuk menangkap dua orang untuk membantu penyelidikan sementara pihak SPRM pula telah mengeluarkan waran tangkap untuk dua eksekutif kanan yang terlibat dalam kes 1MDB. Malangnya waran tangkap itu keluar setelah keempat orang tersangka itu telah terlebih dahulu selamat berangkat ke destinasi yang tidak diketahui di luar negara. Timbul tanda-tanya bagaimanakah mereka mengetahui terlebih dahulu bahawa mereka akan ditangkap sehingga mereka sempat keluar negara sebelum waran tangkap dikeluarkan.
Pihak PAC pula telah meminta supaya Jho Low dan Arul Kanda untuk tampil ke hadapan untuk disoal-siasat mengenai 1MDB.
Jho Low dan Arul Kanda enggan hadir pada tarikh yang ditetapkan sedangkan panggilan PAC sebagai sebuah jawatankuasa terpenting dalam Parlimen tidak pernah dipandang ringan oleh pihak kerajaan.
Dalam suasana tegang beginilah tindakan berikut berlaku:
1. Pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
2. Pemecatan Naib Presiden UMNO Dato' Shafie Afdal, yang berasal dari Sabah, dari jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
3. Pemecatan (dinamakan pemberhentian kerana kesihatan) Peguam Negara Tan Sri Abd. Ghani Patail dari jawatannya merangkap pengerusi PASUKAN PETUGA KHAS.
4. Ketua SB Dato' Seri Akil Bulat telah dipercepatkan persaraannya.
5. Timbalan Ketua SB Datuk Abdul Hamid Bador telah ditukar ke Jabatan Perdana Menteri.
(SB ialah Special Branch = Unit Khas yang menjalankan penyelidikan ke atas yang dicurigai bersalah)
6. Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Abu Kassim bin Mohamad) telah diarah untuk bercuti.
7. Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM (Datuk Bahari Mohammad Zin) telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes beliau dipindah balik ke SPRM.
8. Pengarah Stratejik Komunikasi SPRM (Datuk Rohaizad Yaakob) telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes dipindah balik ke SPRM.
8. Pengarah Stratejik Komunikasi SPRM (Datuk Rohaizad Yaakob) telah dipindah ke Jabatan Perdana Menteri. Setelah diprotes dipindah balik ke SPRM.
9. Pengerusi dan 3 ahli jawatankuasa PAC (Nur Jazlan Mohamed (Timbalan Menteri), Mas Ermieyati Samsudin (Timbalan Menteri), Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri) telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri dan Menteri dan dengan itu terhentilah penyelidikan sehingga beberapa bulan lagi untuk melantik ahli baru sebagai pengganti anggota PAC yang telah dinaikkan pangkat.
Sedang suhu politik di dalam Negara menjadi bertambah panas, beban GST dideritai rakyat, nilai ringgit terus menurun, bursa saham juga menjunam turun nilai sahamnya, pelabur asing berangkat pergi, rakyat yang kaya memindahkan wang mereka ke mata wang asing, pekerja banyak dihentikan, beliawan dan beliawanis sukar mendapat kerja, tiba-tiba berita RM2.6 bilion telah dimasukkan dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib.
Kononnya wang ini untuk UMNO menghadapi PRU ke 13 yang didermakan oleh kerabat di raja Arab Saudi dan orang kaya di sana. Berita sumbangan ini dibocorkan oleh seorang Ketua UMNO Bahagian yang hadir dalam banyak perjumpaan tertutup. Katanya 'derma' ini ialah kerana amalan Islam yang baik di Malaysia dan kejayaan Malaysia menentang gerakan IS.
Perlu diketahui bahawa Pengerusi Aabar Investment, Khadem al Qubaisi telah ditamatkan khidmatnya pada bulan April, 2015 oleh pemegang saham kerana terlibat dalam skandal 1MDB. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aaabar Investment Mohamed Badawi al Husseiny juga telah ditamatkan khidmatnya pada 24 Ogos, 2015.
Dari lapuran akhbar the Gulf Times di Timur Tengah, saya difahamkan adanya tajuk tajuk berita 'The Saudis Are Not Amused With their involvement with 1MDB.'
Dalam PERJUMPAAN TERTUTUP begini jugalah diberitahu bahawa 'derma' dari Arab ini ialah untuk membantu UMNO melawan DAP yang didukung oleh pihak Yahudi.
Adalah jelas bahawa dalam siri PERJUMPAAN TERTUTUP beginilah segala pembohongan dapat disampaikan dengan penuh keghairahan. Adakah mungkin Yahudi menyokong DAP untuk menjatuhkan UMNO sedangkan pemimpin UMNO sekarang adalah sahabat baik Yahudi sehingga mendapat kesempatan bank milik Yahudi Goldman Sachs dapat komisyen 10% atau RM4.2 ribu juta atau billion, kerana menguruskan pinjaman RM42 ribu juta dengan faedah 6.6%. Jika pinjaman begini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia maka tidak perlulah bayar kepada rakan Yahudi begitu banyak wang dan jika pinjaman biasa dengan jaminan kerajaan faedah yang pernah dikenakan ialah serendah di bawah 1%.
Perlu diketahui bahawa Pengerusi Aabar Investment, Khadem al Qubaisi telah ditamatkan khidmatnya pada bulan April, 2015 oleh pemegang saham kerana terlibat dalam skandal 1MDB. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aaabar Investment Mohamed Badawi al Husseiny juga telah ditamatkan khidmatnya pada 24 Ogos, 2015.
Dari lapuran akhbar the Gulf Times di Timur Tengah, saya difahamkan adanya tajuk tajuk berita 'The Saudis Are Not Amused With their involvement with 1MDB.'
Dalam PERJUMPAAN TERTUTUP begini jugalah diberitahu bahawa 'derma' dari Arab ini ialah untuk membantu UMNO melawan DAP yang didukung oleh pihak Yahudi.
Adalah jelas bahawa dalam siri PERJUMPAAN TERTUTUP beginilah segala pembohongan dapat disampaikan dengan penuh keghairahan. Adakah mungkin Yahudi menyokong DAP untuk menjatuhkan UMNO sedangkan pemimpin UMNO sekarang adalah sahabat baik Yahudi sehingga mendapat kesempatan bank milik Yahudi Goldman Sachs dapat komisyen 10% atau RM4.2 ribu juta atau billion, kerana menguruskan pinjaman RM42 ribu juta dengan faedah 6.6%. Jika pinjaman begini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia maka tidak perlulah bayar kepada rakan Yahudi begitu banyak wang dan jika pinjaman biasa dengan jaminan kerajaan faedah yang pernah dikenakan ialah serendah di bawah 1%.
Dari dokumen yang diketahui wang yang dikatakan 'derma' dari Arab sejumlah RM2.6 bilion ini berpunca dari 1MDB. Derma sebanyak itu susah untuk dipercayai kecuali oleh mereka yang taksub dan telah banyak terhutang budi. Derma Arab kepada Palestin, yang sebangsa dan seugama dengan mereka tidak sebesar itu. Indonesia, Mesir dan Pakistan mempunyai lebih ramai umat Islam, malahan berlipat kali ganda, dari penduduk Islam di Malaysia. Ekonomi Malaysia juga tidak memerlukan 'derma' begitu banyak dari pihak mana jua. Apakah habuan yang diperolehi oleh yang menderma? Dermakah namanya jika dapat habuan sebelum memberi derma?
Undang-undang Negara kita juga tidak membolehkan 'derma' atau apa jua sumbangan dari luar negara yang ingin mempengaruhi politik kita.
Kita telah membuat peratuan ini supaya parti pembangkang di Malaysia tidak dibiayai oleh negara luar seperti pihak-pihak dari Singapura, Taiwan dan China atau Negara mana juga. Inikan pula kita yang menerima 'derma?'
Undang-undang Negara kita juga tidak membolehkan 'derma' atau apa jua sumbangan dari luar negara yang ingin mempengaruhi politik kita.
Kita telah membuat peratuan ini supaya parti pembangkang di Malaysia tidak dibiayai oleh negara luar seperti pihak-pihak dari Singapura, Taiwan dan China atau Negara mana juga. Inikan pula kita yang menerima 'derma?'
Adanya pengakuan Menteri dan juga Ketua Bahagian atas penerimaan peruntukan yang tertinggi dalam PRU ke 13 ialah RM2 juta ringgit. Jika semua 180 UMNO Bahagian menerima RM2 juta bagi setiap bahagian maka jumlah wang yang telah diberi ialah lebih kurang RM360 juta. Kemana perginya sisa RM2.240 bilion lagi. Katanya dipindahkan ke akaun peribadi Dato' Seri Najib di Singapura. Kenapa begitu? Kenapa wang untuk UMNO diperlakukan demikian. Bagaimana dengan IS yang telah kita kalahkan pada tahun 2013, waktu Dato' Seri Najib menerima 'derma' sedangkan pada waktu itu IS BELUM WUJUD untuk kita perangi?
Tiba-tiba terdengar Ce' Anina Saaduddin, seorang pemimpin Wanita UMNO dari Langkawi telah menggunakan bahasa yang dikatakan 'kasar' oleh pihak atasan. Anina bangga dengan bahasanya kerana dengan cara itu beliau nampak ada perhatian. Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sopan bahasanya boleh dipecat apa perlunya Anina bersopan jika suaranya tidak mungkin dipedulikan. Begitu penjelasan Anina. Yang jelas ialah Pemimpin Utama UMNO sudah terhakis rasa hormat rakyat terhadapnya.
Lojikkah undang-undang yang menghukum seseorang ahli yang memperjuangkan hak UMNO?
Dalam keadaan sekarang adalah mustahil 3 juta ahli UMNO menyokong pemimpin UMNO.
Dengan penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam BERSIH 4 Menteri Pertahanan merasakan 'Tun M has crossed the line' dan peluang untuk mereka popular dengan menghentam Tun M akan membara semula. Harapan ini adalah palsu belaka kerana ramai pemimpin UMNO sudah 'cross the line' begitu lama dengan mengenepikan undang-undang, tata-cara dan adat memerintah negara dengan adil dan saksama. Tun Mahathir mengambil tindakan yang 'unconventional' untuk membetulkan sikap pemimpin negara.
Lojikkah undang-undang yang menghukum seseorang ahli yang memperjuangkan hak UMNO?
Dalam keadaan sekarang adalah mustahil 3 juta ahli UMNO menyokong pemimpin UMNO.
Dengan penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam BERSIH 4 Menteri Pertahanan merasakan 'Tun M has crossed the line' dan peluang untuk mereka popular dengan menghentam Tun M akan membara semula. Harapan ini adalah palsu belaka kerana ramai pemimpin UMNO sudah 'cross the line' begitu lama dengan mengenepikan undang-undang, tata-cara dan adat memerintah negara dengan adil dan saksama. Tun Mahathir mengambil tindakan yang 'unconventional' untuk membetulkan sikap pemimpin negara.
Kini Anina sudah bergerak setapak lagi dengan mengambil dayausaha untuk mendapatkan kembali, melalui mahkamah, baki wang yang dikatakan derma untuk UMNO itu dikembalikan kepada UMNO dan tidak disimpan di Singapura dalam akaun peribadi Dato' Seri Najib. Anina berbuat demikian kerana tokoh UMNO, yang segak dan tampan, tidak berani walaupun untuk bertanya kerana telah melihat apa yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sudah tentu Anina akan dipecat kerana ada peruntukan di dalam perlembagaan UMNO di mana keahlian gugur jika seseorang ahli membawa UMNO ke pengadilan. Tetapi apa pilihan Anina jika yang diadu mengambil wang UMNO itu dikatakan pemimpin UMNO sendiri. Sudah tentu undang-undang UMNO tidak bertujuan untuk melindungi mereka yang merampas hak UMNO.
Setelah itu kita dengar pula Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan melaporkan kepada pihak polis di London, Paris, Bern, Singapura dan Hong Kong mengenai kes 1MDB. Apakah salah Dato' Paduka berbuat demikian jika hanya untuk menyelamatkan wang pinjaman 1MDB yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan yang didukung oleh cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia, seperti cukai GST.
Dato' Paduka Khairuddin telah diselidik dan dihukum apabila beliau membuat lapuran mengenai 1MDB di dalam negara. Tidak salahlah jika beliau mencari jalan lain di luar negara kerana dosa 'money laundering' adalah lebih besar dan jelas di dunia antarabangsa. Dengan membuat laporan di luar negara terselamatlah pegawai polis tempatan dari dipaksa bercuti, ditukar tempat kerja ataupun dihentikan kerana membuat penyelidikan. Kerana kasihan kepada pegawai polis tempatan maka Dato' Khairudin mencari jalan lain di luar negara. Usaha Datuk Paduka Khairuddin menunjukkan bahawa beliau tidak percaya lagi kepada institusi tempatan, yang pernah dihormati dunia di satu masa dulu.
Agak mudah bagi manusia berakal di luar negara untuk membezakan antara 'derma' dan 'rasuah' jika ianya dibuat secara sulit, melibatkan wang begitu banyak.
Agak mudah bagi manusia berakal di luar negara untuk membezakan antara 'derma' dan 'rasuah' jika ianya dibuat secara sulit, melibatkan wang begitu banyak.
Kita juga terkesan dengan tindakan kakitangan SPRM yang mengerjakan solat hajat untuk mendo'akan bagi pegawai mereka yang dianggap telah teraniaya dalam menjalankan tugas yang dianggap oleh mereka sebagai ibadat atau 'jihad'. Berertilah mereka sudah menaruh harapan hanya kepada Allah swt. apabila kepercayaan kepada pemimpin untuk melakukan keadilan sudah terhakis.
Baru-baru ini Tuanku Sultan Johor pula telah menitahkan supaya solat hajat dilakukan di seluruh negeri Johor pada setiap minggu. Mudah-mudahan solat hajat ini akan dikerjakan di seluruh negara supaya pemimpin kita pulih dari rasa takut dan hasutan iblis dan syaitan, menyandarkan keyakinan kepada janji bomoh, dukun, kiai dan sami, dalam mengendalikan urusan negara.
Kini Tun Dr. Mahathir sendiri sudah turun padang dengan menyeru kepada ribuan penyokong parti pembangkang supaya menyokong Barisan Nasional untuk terus memerintah apabila Dato' Seri Najib sudah diamankan, yang menyalahgunakan wang 1MDB mengembalikan wang kepada yang berhak dan segala kecurangan yang telah berlaku diadili dengan seadil-adilnya.
Tidak mungkin ada peluang lain kepada Tun Dr. Mahathir untuk meminta penyokong pembangkang untuk turut menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Dengan berhentinya Dato' Seri Najib, sebagai punca segala masalah ekonomi negara maka UMNO dan Barisan Nasional dapat terus memerintah dan menyiapkan diri untuk berdepan dan memenangi PRU ke 14.
Tun Dr. Mahathir tidak menyokong PRU ke 13 diisytiharkan haram kerana ada penggunakan wang 'derma' yang tidak keruan dan bertentangan dengan undang-undang.
Tun Dr. Mahathir menyertai BERSIH 4 kerana mereka MEMINJAM TEMA yang beliau perkenalkan, supaya 'NAJIB SEGERA DITURUNKAN'.
SEBAGAI SEORANG DOKTOR PERUBATAN TUN DR. MAHATHIR INGIN MENGELUARKAN TUMOR UNTUK MENYELAMATKAN INSAN.
SEBAGAI SEORANG DOKTOR PERUBATAN TUN DR. MAHATHIR INGIN MENGELUARKAN TUMOR UNTUK MENYELAMATKAN INSAN.
As'Salam... YBhg TS SJ n Fellow3 Malaysians..
ReplyDelete"AhJibGo - The EXclusive PM"
-Its a FACT that AhJibGo will do ANYTHING to maintain power..
-He doesn't care apa Rakyat FIKIR.. apa Rakyat CAKAP.. apa Rakyat RASA..
-Dia MEMANG Dah TAK PEDULI!!!
"By Hook or By Crook... By Any Means Necessary.."
-IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni...
-BUT STILL AhJibGo MASIH boleh buat "muka selamba" aje..
-MUKA TAK MALU tahap MEGA!!!
"U Reap What U Sow"
-Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES, LIES n more LIES, this has to STOP..
-U CAN fool some people for some time... -BUT- U CANNOT fool all the people ALL THE TIME..
-Now Rakyat DESAK U resign... but still U refuse.. U ni "tak faham bahasa" ke apa?!
"Lead By Example" -atau- "Kepimpinan Melalui Teladan"
-Pemimpin3 kita dah jadi 'BIADAP TERHORMAT'... Guna macam2 'KATA KESAT'..
-Lepas satu 'BAD WORD', keluar lagi satu 'bad word', lepas tu satu lagi..n then satu lagi..
-Kita nak didik 'Generasi Muda' jadi BIADAP ke? Jadi CELUPAR?? Jadi SAMSENG???
-Ini TAK ELOK for 'Generasi Muda'... IbuBapa pun tak 'sebut/guna' words like this..
-"Nilai3 Murni Malaysia" akan PUPUS seandainya sikap2 ini berterusan.. CONFIRM!!!
"The Malaysian Dilemma"
-Hari ni 'Hari Merdeka', tapi kita Rakyat nak sambut pun rasa SEBAK, SEDIH, SAYU...
-Now kita DIJAJAH DARI DALAM.. AhJibGo dah 'CENGKAM' Kita.. Tapi masih ada lagi yg 'TAK SEDAR' kita telah dijajah semula.. "Cash IS King" kan???
"Biar Buta Mata -JANGAN- Buta Hati"
Allah AWJ berfirman...
Wahai UMAT manusia! SESUNGGUH-NYA Kami telah MENCIPTAKAN kamu dari lelaki DAN perempuan, dan Kami telah MENJADIKAN kamu BERBAGAI bangsa DAN bersuku puak, SUPAYA kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH-MESRA antara satu DENGAN yang lain). SESUNGGUH-NYA semulia-mulia kamu DI SISI ALLAH ialah orang yang LEBIH TAQWA-nya di antara kamu, (BUKAN yang lebih KETURUNAN atau BANGSA-nya). SESUNGGUH-NYA Allah MAHA Mengetahui, LAGI MAHA Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
"Saya hadir sebagai SOLIDARITI kepada rakyat" - Tun Dr. M :-)
-Moga Allah SWT sentiasa lindungi 'Semua3 Veteran2 Malaysia'
***Ameeenn**
"Sambut Kemerdekaan Dalam Kedukaan" (My Official Tema Peribadi)
"The AhJibGo Factor"
"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
Assalamualaikum Tan Sri,
ReplyDeleteSatu kupasan yang menarik dan barulah kami faham mengapa Tun turun padang meninjau perhimpunan tempoh hari.
Semoga Tan Sri dan Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menyelamatkan kami dari regim Najib ini.
Sekian.
Najib mendesak rakyst agar akhirnya menghunus pedang.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tan Sri. Malangnya tidak ramai pejuang2 yang berani tampil membantu Tun menghalau petualang yang pasti memusnah kan negara
ReplyDeleteSalam Tan Sri yang saya hormati.Sehati Sejiwa itu lebih tepat untuk kaum cina,kerana MCA,GERAKAN dan DAP itu sangat bersatu.Sebagai pendatang mereka wajib bersatu padu.Tidak hairanlah kalau ada antara mereka dari BN yang tersasul menyokong Bersih atau Chin Peng ke.Untuk bangsa Melayu,politik tidak pernah dan tidak akan sama sekali menjadikan kita sehati sejiwa.Lihat lah sejarah politik Malaysia.PAS adalah pecahan dari UMNO.Daripada PAS lahir pula parti HAMIM yang tidak lagi wujud.Kini PAS melahirkan Gerakan Harapan Baru.UMNO pernah melahirkan Semangat 46,yang kini tiada lagi.Kemudian melahirkan PKR yang kuat menyokong DAP.Jadi kesimpulannya adalah perpecahan yang sangat merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Cuma sekali sahaja Melayu bersatu iaitu semasa menentang Malayan Union.Apabila nyawa dihujung tanduk dan pada masa itu bukan situasi nak berebut kuasa menjadi PM atau sebagainya.Jadi,demi Islam,bangsa Melayu dan tanahair tercinta,maka bersatulah kita semua menentang penjajah ketika itu.Situasi sekarang sangat berbeza.Ternyata dalam keadaan aman orang Melayu tidak akan bersatu sehati sejiwa,kerana kelas-kelas agama oleh tok guru tidak mengajar kita ilmu bersyukur,sebaliknya ilmu perpecahan dan kebencian sesama sendiri.Mana tidaknya,...kebanyakan yang belajar agama adalah lulusan dari negara yang berpecah belah,berpuak-puak,tembak sesama sendiri,berbeza-beza pegangan dan akidah.Inilah yang dibawa balik ke Malaysia.DAP akan terus pecah dan perintah,manakala politik Melayu pula membantu mereka mencapai tujuan.Pendek kata,kita pecah tapi tidak perintah.Itulah yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor.Politik dan demokrasi ini hanya merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.Sistem ini tidak akan berjaya menjadikan kita umat yang kuat.Untuk sistem yang ada ini kelihatan relevan,kita memerlukan sekurang-kurangnya seorang pemimpin seperti Dr. Mahathir yang kuat berpegang kepada perjuangan asal Melayu.Kita akan gagal sekiranya ada pemimpin yang cuba hendak menjadi hero dengan mengubah itu dan ini untuk kelihatan lebih hebat daripada era Mahathir.PM sekarang adalah umpama seorang wanita yang banyak melakukan pembedahan plastik untuk mencapai kejelitaan maksimum.Antara pembedahan itu adalah pemansuhan I.S.A.Hasilnya ialah wajah yang asalnya tidak perlu apa-apa pembedahan kini sudah rosak teruk dan kelihatan sangat hodoh.
ReplyDeleteOrang yg biasa duduk diatas kerusi yg empuk , takkan dapat merasa sakitnya punggung duduk diatas pangkin. Ini saya ungkapkan sebab api yg kecil dlm umno dulu tidak kita ambil peduli...tetapi setelah api marak menyala, barulah kita kelam kelibut. Panggil orang ramai, klau boleh satu dunia tolong padamkan, sedangkan kita tau sikap dan cara individu yg kita kenali selama mnjadi rakan seperjuangan apatah lagi sesetengah jawatan yg disandang adalah LEGASI...turun temurun. Cantas mencantas jgn cakap la, dh jd cam satu tradisi,. Begitu juga dgn komplot dlm ahli parti itu sendiri sudah bagai satu wabak..cam gangster plak. Jangan sesekali kita letak segala kesilapan dan kesalan pada pihak atau kaum lain. Itu cara budaya dan sejarah mereka sejak turun temurun. Kesetiaan kepada susur galur adalah pegangan hidup mereka. Oleh itu ianya tak perlulah dipertikaikan lagi. Kita sbagai org melayu islam patut mncotohi sikap yg begitu. Jgn gunakan politik sbagai platform untuk kepentingan diri semata2. Kesannya kami sebagai rakyat lah yg lebih banyak menanggung kesengsaraannya...dah la gitu, dipersalahkan pulak sekira brlaku kemerosotan sokongan. Kami sbagai rakyat, jerit , mengeluh, trsungkur serta sebagainya masing yg diatas buat selamba je. Korupsi dh lama dr kudis dh jd tokak..skrang ni dh jd busung bau pekong plakk.. Sepatutnya pihak2 yg dok dlm dewan tu sama2 sepakat mngambil tindakan...ajak atau paksa mereka. Sbbnye segala punca masalah ni dtgnya dr mereka juga serta penyumbang sehingga permasalahan trsebut mnjadi parah. Skrang ni TM brstatus rakyat biasa, tiada kuasa. ! Cuma yg ada pengaruh je. Itu lah maksud ungkapan bila duduk dipangkin lelama, punggung pun rasa sakit dan kebas...tau dan faham serta merasai masalah rakyat sperti kami. Untuk mmperjuangkan sesuatu kita perlu ada semangat kekuatan yg kental serta iklas dan berani. Tun tau dimana kekuatannya...dan kelemahannya sebab tun sndiri pernah mnjadi org yg memegang kuasa penuh sblom ni.. Belajarlah dr kesilapan. Lahirnya pemimpin yg korup skrang adalah atas kesilapan yg lalu demi untuk mnjaga kepentingan masing2. TEBASLAH BELUKAR SELUAS MANA PUN.. TIADA GUNANYA KALAU SETAKAT HENDAK BIARKAN LALANG TUMBUH MELATA. Maka hiduplah melayu dgn perumpamaan dok sibuk menjala awan, sedangkan ikan diair berkaparan... salamm ABC...jgn lupe slogan tun mahathir tu !!!
DeleteSabarlah dulu cerita Allah belum habis lagi. Adalah sebab dan hikmahnya perkara ni. Ni lah petunjuk bila org dari kecik dibesarkan hasil duit judi tu yg bila besar dia sanggup memperjudikan nasib diri dia dan negara tanpa berfikir panjang. Benda yg dah ditanam dari kecik.
ReplyDeleteNi juga petunjuk bila satu masa dulu org mengubah quran ke dunia maju. Hari ni Allah bagi keputusan.
Apa perasaan anda bila tgk sendiri firaun punya perangai? Sakit tak hati? Kurang ajar tak? Kejam zalim tak firaun dgn perangai dan tingkahlaku dia? Macam tu lah perasaan Allah Taala masa dulu didatangkan seorang pemberi peringatan tapi tak diendahkan. Kuasa punya pasal. Sihir ni dari zaman PM dulu pun org pakai. Tu yg jadi warisan tu. Patutlah ugama kita melarang manusia memakan budi sesama manusia.
Tapi kalau nak buat solat hajat tu buatlah takde sapa larang.
Ni juga bukti Allah nyatakan bila Alquran di ubah menjadikan manusia tak kenal diri tak kenal Allah Taala. Tapi dia nak Allah ikut dan dengar cakap dia.
DeleteKemunculan Firaun hari ni juga bukti Allah utk menyangkal penguasa2 sebelum ni yg mengubah Alquran dgn tujuan utk disesuaikan dgn zaman moden hari ini. Mereka menunjukkan seolah olah Alquran sebuah cerita dongeng dulukala. Terbukti anda silap. Alquran cerita benar yg tak perlu diubah sedikit pun. Sedang manusia lah yg patut diubah tak kiralah bijak pandai ke, bodoh piang ke atau penyamun penyangak.
DeleteInilah bukti Allah nak menyangkal kaum yg menyeru "Taat Kamu pada Pemerintah", hari ni kalian semua tengok dgn jelas nyata, siapa sebenar Pemerintah Langit dan Bumi yg mesti ditaati.