Sunday, November 20, 2016

BR1M UNTUK BURUNG DI DENMARK

JANGAN JADI BURUNG SUBSIDI.

Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 20hb September, 1985, iaitu 31 tahun yang lalu saya telah telah menyampaikan ucapan bertajuk 'Jangan Jadi Burung Subsidi'.
 
Apa yang saya bimbangkan akan akhirnya terjadi jika bangsa Melayu terus diajar dan diasuh untuk menjadi bangsa yang HOBInya menerima subsidi nampaknya sudah kelihatan teruk berlaku.
 
Bentuk subsidi yang saya maksudkan ialah BR1M dalam berbagai wajah.
 
SEDUTAN DARI UCAPAN
 
Beginilah sedutan dari ucapannya:
 
"Memanglah benar jika subsidi atau pelbagai insentif diberi, projek ini akan MAJU walaupun MAJUNYA ITU BELUM BOLEH DIKATAKAN BERJAYA. 
 
Saya teringat kisah burung gagak yang diriwayatkan oleh Soren Kierkergaard, seorang ahli fikir dari Denmark.

AHLI FALSAFAH DAN DERMAWAN SEPENDAPAT
 
Pada satu petang di satu ketika dulu, beberapa ahli falsafah Denmark ternampak beribu-ribu ekor burung terbang di langit menuju ke lautan Meditteranean. Kerana mutu hidup rakyat Denmark sudah lumayan selesa, maka terfikir oleh mereka untuk menolong burung-burung itu, termasuk burung gagak, supaya berhenti dan berlindung di Denmark tanpa perlu terbang ke selatan untuk lari daripada musim sejuk.
 
Setelah ahli-ahli fikir bersetuju membantu burung-burung gagak itu, mereka mengadakan tabung untuk mengumpul wang dari dermawan yang sependapat, dan mendirikan khemah tempat burung singgah, berhenti, makan dan berlindung sementara salji melanda bumi asal mereka di musim sejuk. Pada tahun berikutnya mereka berusaha menarik perhatian burung-burung lain yang terbang supaya turun ke dataran.
 
Beribu-ribu ekor burung turun pada tahun pertma. Berpuluh ribu pada tahu kedua dan berates ribu pada tahun ketiga.
 
AHLI FIKIR DAN DERMAWAN BERUBAH FIKIRAN
 
Setelah lebih lima tahun, ahli-ahli fikir ini pun berubah fikiran. Mereka membuat keputusan untuk tidak lagi membantu, apatah lagi dengan perbelanjaan yang bertambah besar pada setiap tahun.
 
Para dermawan juga mula tertekan sumber dananya kerana perbelanjaan menjadi bertambah besar setiap tahun.  
 
Pada tahun berikutnya, makanan yang diperlukan oleh burung-burung itu tidak lagi dibekalkan di tempat biasa.
 
Khemah-khemah sudah dirobohkan.
 
Apabila ratusan ribu burang singgah untuk makan dan berlindung di musim sejuk berikutnya, mereka mendapati makan dan khemah sudah tiada lagi.
 
Burung-burung itu pun terbang meninggalkan tempat perkampungan di Denmark menuju ke bumi yang kurang dingin di sebelah selatan.
 
Ada juga burung yang terlalu tua dan sudah lupa arah lalu balik ke utara, dari mana mereka datang.
 
Setelah beberapa jam burung-burang ini meninggalkan dataran perkhemahan, samada yang terbang balik ke utara atau yang terbang ke selatan, mereka berpatah bali ke lapangan di Denmark di mana dulunya ada makanan dan tempat berteduh sementara menunggu musim sejuk berlalu.
 
Burung-burung yang patah balik dan tidak meneruskan penerbangan ke selatan telah menggelupur lalu mati.
 
Doktor-doktor haiwan yang dijemput untuk membuat pemeriksaan telah mendapati burung-burung yang mati itu adalah disebabkan letih lesu dan sendi yang menghubungkan sayap dengan badannya telah luka, berdarah dan parah.
 
Sebabnya ialah kerana burung-burung ini sudah terlalu lama tidak terbang jauh. Terlalu lama makan 'free'.
 
Mereka sudah jadi burung subsidi.
 
Dalam usaha membantu orang-orang Melayu, saya teringat pantun seorang pujangga di kampong yang membawa nama samara BASMI:
 
Melayu bukan kaum subsidi,
Hidup selalu tolong menolong;
Biar kita mati berdiri,
Daripada hidup orang dok dukung.
 
Dalam melaksanakan program pemodenan kampong, BUKAN WANG yang menjadi masalah, TETAPI SISKAP. Itulah sebabnya Kementerian saya mengalungalukan projek kampong angkat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
 
Dalam membantu masyarakat Melayu di desa dan di kota, kita perlu berhati-hati supaya sayap yang tadinya kuat erbang tidak menjadi lemah kerana kita mengadakan RANCANGAN SUBSIDI YANG SALAH CARA PELAKSANAAN.'
 
Begitulah ucapan saya 31 tahun yang lalu.
 
Dalam kontek masa kini 'rancangan subsidi yang salah cara pelaksanaan' ialah BR1M. Apatah lagi bila dihapuskan subsidi yang lojik yang pernah kita beri dengan cara yang betul dengan saubsidi yang salah cara pelaksanaan untuk memastikan orang miskin dan yang memerlukan hilang pertimbangan waras dan MENYOKONG INSTITUSI YANG MENYELEWENG.
 
Dalam membuat satu-satu keputusan rakyat perlu diajar supaya bertindak dengan niat yang BERSIH sehingga dapat kita BERSATU memilih dan membezakan -
 
ANTARA ISI DAN HAMPAS,
ANTARA KABU DAN KAPAS,
ANTARA BIJI DAN ULAS,
ANTARA KAPAK DAN PULAS, dan
ANTARA SAPU DAN KEBAS.
 
Marilah sama-sama kita berdoa semoga pemimpin-pemimpin Melayu di semua peringkat, baik yang papa, yang kaya dan yang menjadi raja sama-sama turut bertanggungjawab dalam usaha menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang KUAT dan BERIMAN.
 
RINGGIT, DOLAR DAN YUAN
 
Pahlawan Hang Tuah pernah berkata. 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' tetapi Hang Tuan tidak menjamin Melayu tidak di didik menjadi lemah sehingga mengalihkan Qiblatnya dari Mekkah kepada Ringgit Malaysia, Dolar Amerika atau Yuan China.
   

No comments:

Post a Comment