Wednesday, February 1, 2017

TERKORBAN KERANA 1MDB

MEREKA YANG TERKORBAN

1. Antara tokoh yang telah terkorbanDIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhtiz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang di DIPENJARADIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor.  Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang di PECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT  dari jawatan Menteri Besar Trengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Trengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang perlantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Trengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  

5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan telah juga MELETAK JAWATAN kerana keciwa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan - 
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA.
MENTERI KEWANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik diperingkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Husni Nadzahlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN 2, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana - 
HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB.
8. Dengan sendirinya -
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA.




KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB
 
INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB

9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.
10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.

KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR
KEPADA YAHUDI

11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.

KITA BAYAR RIBA
YANG TERLALU TINGGI

12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.
PINJAMAN DIBUAT SECARA
SEMBUNYI DARI KABINET

13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.

14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?

PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN

15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruodit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah.

16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu sseolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.

17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi. Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita  tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan 'fitnah' yang dilemparkan. Soalnya ialah, 'Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.'

18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.

19. Pihak Polis Di Raja Malaysia dihalang untuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui  membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.
DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?

20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.  

MELAYU MENGAMUK 
BILA
KERAJAAN SUDAH LATAH 

INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN 

TIA JADI 1MDB

22. Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Trengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Trengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Trengganu.
23. Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Trengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Trengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Trengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.
24. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.

TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG

25. Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali degnan Dato' Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.
HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN
JUGA HAMPA

26. Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..
PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU
o
27. Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.
PARLIMEN JUGA LUMPUH

28. Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam 'siege' dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya. 

SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN

29. Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.

RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT

30. Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka.
 
                                              AKIBAT
LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
KERANA SKANDAL 1MDB
 
31. Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku.
31a. Nama Negara di peringkat antarabangsa tercemar sehingga rakyat malu menyebut diri sebagai rakyat Malaysia kerana sering ditertawakan atau mendapat senyuman sinis dari pegawi kastam dan imigresen di lapangan-lapangan terbang negara asing. Tindakan mahkamah oleh Department of Justice di Amerika Syarikat ke atas komplot yang mendapat bahagian dari hutang 1MDB; tindakan undang-undang ke atas institusi dan individu yang melibatkan dana 1MDB di Switzerland dan tindakan undang-undang ke atas bank dan individu berkaitan 1MDB di Singapura, walaupun tidak tersiar dalam saluran media perdana dalam negara, maklumatnya tersebar keseluruh dunia.

31b. Kos hidup rakyat meningkat kerana (a) GST, (b) Kenaikan harga minyak, (c) Kenaikan toll jalanraya, (d) Penghapusan dan pengurangan subsidi, (e) Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang impot, termasuk bawang dan kentang meningkat naik, (d) Hilang pekerjaan kerana jumlah tenaga kerja dikurangkan, (e) Hilang pekerjaan kerana pemindahan operasi syarikat perniagaan ke Negara lain kerana operasi di Malaysia tidak menguntungkan, (f) Hilang pekerjaan kerana perniagaan dalam Negara ditutup, (g) Pengurangan biasiswa yang begitu ketara
31cRiba atas pinjaman membebankan rakyat dari sekarang hingga puluhan tahun akan datag. Riba pertama dengan kadar 6.5 % dikenakan oleh bank Yahudi GOLDMAN SACHS ke atas pinjaman RM42 billion. Bila sampai masa untuk membayar riba, oleh kerana pelaburan dan penggunaan wang pinjaman sejumlah RM37.8 billion (RM42 billion ditolak komisyen untuk bank Yahudi sebanyak 10% atau RM4.2 billion) telah disalahlaburkan, maka bayaran sukar dilakukan kecuali dengan mendapatkan hutang baru sebagai tambahan.
 
32. Salahguna wang pinjaman dengan pelaburan yang mencurigai dan merugikan, ditambah pula dengan belanja yang boros di salah tempat seperti berikut:
 
32a. Salah satu syarikat anak 1MDB, bernama SRC International telah meminjam wang dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memegang amanah 1.6 juta pekerja dengan kerajaan) sejumlah RM4 bilion untuk jangkamasa 10 tahun (untuk dapat mengurus pinjaman ini pihak kerajaan, dilaporkan oleh media Singapura berurusan dengan negara China untuk mengambilalih harta-harta SRC International). SRC International menghadapi masalah untuk membayar faedah dan sebahagian dari hutang yang perlu dibayar pada tahun depan. Atas pinjaman RM4 billion SRC International perlu membayar faedah RM164 juta setahun kepada KWAP. Oleh itu jumlah yang perlu dibayar pada tahun hadapan ialah RM660 juta dan pada tahun 2018 RM964 juta. Dari laporan kewangan SRC International untuk tahun 2014 tercatit pelaburan SCR Internatonal berjumlah RM305.6 juta dalam Negara sementara RM3.8 billion di luar Negara. Laporan ini juga melapurkan kerugian RM164.5 juta. Pada tahun 2013 SCR International telah membayar RM42 juta ke dalam akaun peribadi Dato' Seti Najib Tun Razak yang beliau katakana beliau tidak sedar.  
32b. Kemasukan RM2.6 bilion dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Dato' Seri Najib di Arab Malaysia Bank Bhd. yang dikatakan 'derma' dari anak raja Arab Saudi yang ternyata dari 1MDB melaluit syarikat-syarikat yang sudah diketahui

32c. Pengambilan US$3.5 bilion dari 1MDB oleh Jho Low antara tahun 2009 dan 2013 sebagaimana dakwaan US DoJ (United State Department of Justice - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat). Wang ini digunakan untuk membeli harta mewah di Beverly Hills, California, New York dan London dan untuk membiayai pembuatan film "The Wolf of Wall Street" oleh anak Rosmah, dengan suami pertamanya, bernama Riza Aziz.

32d. Hasil pertemuan Jho Low, Turki bin Abdullah al Saud, anak raja Abdullah, pemili bersama syarikat PetroSaudi, dan Najib dalam bulan August 2009 di Peranchis, maka US$1 bilion telah dijanjikan untuk pelaburan dalam syarikat usahama yang ditubuhkan. Hanya US$300 juta telah diterima oleh syarikat usahama itu dan US$700 juta telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd., yang ditubuhkan di Seychelles. (mengikut selidikan DoJ USA). Oleh kerana wang yang diuntukkan kepada syarikat usahasama tidak semuanya termasuk dalam syarikat itu maka juruaudit Ernst & Young enggan menandatangani penyata kira-kira untuk tahun 2010. Najib telah campurtangan dan membatalkan Ernst & Young sebagai auditor untuk diganti dengan KPMG. Apabila KPMG menimbulkan kenyataan yang sama dipersoalkan oleh Ernst & Young mereka juga dimansuhkan perlantikan. Pada tahun 2011 Prince Turki menerima US$24.5 juta dari syarikat Good Star Ltd.. dan US$20 juta darinya telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Kuala Lumpur. Masukan ini adalah permulaan dari masukan sehingga berjumlah US$1 bilion dalam masa dua tahun. Akaun Najib di AmBank diurus oleh Pegawai Kanan bank Encik Cheah Tek Kuang yang menjadi penasihat kepada Pengerusi Bank. Hubungan Jho Low di Ambank ialah Puan Joanna Yu.
 
32e. Surat palsu dari Saud Abdulaziz Majid al Saud bertarikh Feb. 1, 2011 menyatakan pemberian US$100 juta kepada Najib adalah satu derma kerana jasanya terhadap Islam di seluruh dunia dan tidak boleh dianggap sebagai rasuah.  Saud adalah seorang anggota kerabat di raja bawahan dalam kesultanan Saudi Arabia. Beliau tidak mahu menjawab mengenai kewujudan surat ini.
 
32f. Pada bulan Mac, 2013 wang sejumlah US$681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank. Surat bertarikh Mac. 1, 2013 memaklumkan wang US$800 juga telah dihadiahkan kepada Najib oleh Saud Abdulaziz.
 
32g. Selepas pilihanraya ke 13 pada ________ wang sejumlah US$620 juta telah dikembalikan oleh AmBank dari akaun Najib ke akaun di sebuah offshore company. (__________)
 
32h. Pada tahun 2012 Goldman Sachs menjual bon bernilai US$3.5 bilion kepada bank-bank antarabangsa dan mendapat komisyen berates juta.
 
32i. Jho Low memperkenalkan Najib kepada Khadem Al Qubaisi, Pengarah Urusan syarikat IPIC sebuah syarikat beribupejabat di Abu Dhabi di United Arab Emirats. Setelah pertemuan ini IPIC mengumumkan rancangan pelaburan bersama 1MDB untuk membina pusat janakuasa. 1MDB memaklumkan memaklumkan kepada juruaudit keputusan pengiriman US$1.4 bilion kepada IPIC sebagai pertaruhan sementara (refundable deposit). Wang ini tidak diterima oleh IPIC. Wang itu telah dimasukkan kedalam akaun dengan nama yang sama berdaftar di Virgin Islands dan ianya dikuasai oleh Khadem Al Qubaisi. Lebih dari US$1 billion lagi dimasukkan ke dalam akaun sahabat Jho Low di Standard Chartered Bank di Singapura.  Al Qubaisi kemudiannya menutup syarikatnya di Virgin Islands dan mengeluarkan wang sejumlah US$470 juta, dan sebahagian darinya sejumlah US100 juta telah digunakan olehnya untuk membel harta mewah di New York dan Los Angeles. Al Qubaisi memberi kepada Riza Aziz, anak Rosmah sejumlah US$238 juta untuk membeli harta dan membiayai pengeluaran filem 'The Wolf of Wall Street.'
 
32j. Pada tahun 2013 Goldman Sachs menjual bon 1MDB senilai US$3 bilion dan wangnya dimasukkan ke akaun BSI AG bank di Switzerland. Pelanggan yang terlibat dengan 1MDB berjumlah 100 orang yang mempunyai akaun di BSI AG termasuk Jho Low.  Jho Low malah membuka 18 akaun dalam sehari dalam bulan Oktober, 2014. Hubungan Jho Low di BSI Singapore ialah Encik Yak Yew Chee. Mengikut suratkhabar Straits Taime Singapura pada ________ (mungkin Juma'at 11/11)Yak Yew Chee telah pun mengaku bersalah dalam mahkamah Singapura tergadao empat pertuduhan  jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB

BALA TAMABAHAN

32k. Kini kita berhutang pada China pula untuk - (i) Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada syarikat CCCC dengan kos RM55 billion. Setahun RM2,75 billion X 20 tahun. Sehari RM7.534 million  dan kalau tambangnya RM100 seorang maka sehari memerlukan seramai 75,342 orang penumpang. itu belum termasuk tenaga kerja dan etc cost + interest setiap tahun. Boleh dapatkah seramai itu penumpang?

CARA MENYEMBUNYIKAN FAKTA
 
33. Untuk melindungi dirinya dari kemungkinan didakwa dalam mana jua mahkamah di dunia Dato' Seri Najib telah bertindak sebagai berikut:

33a. Menamatkan khidmat Peguam Negara yang dijangka akan bertindak ke atasnya dengan Peguam Negara baru yang mengikut semua kehendaknya. Beliau berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya, supaya Najib tidak dibawa kemahkamah untuk diadili.

33b. Menamatkan atau memendekkan jangkamasa berkerja bagi pegawai yang menyelidiki skandal berkaitan 1MDB.

33c. Menukar tempat bekerja pegawai-pegawai yang didapati tidak sebulu dengan ide melindungi Dato' Seri Najib dari siasatan berkaitan 1MDB.

33d. Mengadakan undang-undang SOSMA untuk boleh menangkap sesiapa saja sehingga pihak mahkamah pun berdolak balik menaik dan menurunkan keputusan dari satu makamah ke mahkamah yang lain.

33e. Menguatkuasakan undang-undang OSA dengan memasukkan semua maklumat berkaitan 1MDB sebagai rahsia negara sedangkan undang-undang OSA ini dikanunkan untuk mengawasi keselamatan negara. Ia tidak dikanunkan untuk melindungi penjenayah yang mencuri, merampok atau menyeleweng wang Negara.

33f. Menggunakan Akta Pencegarahan Keganasan (POTA)  2015 untuk mengambil tindakan ke atas PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN di laman-laman social spti WhatsApp, FB, Tweeter, Blog, dsb.
a
SOALAN RAKYAT YANG
TIDAK BERJAWAB

34. Oleh itu rakyat jelata tertanya-tanya:
 
34a. Apakah mereka yang terlibat dan yang mempertahankan yang terlibat merupakan manusia yang tidak berfikiran, tidak berkeberanian dan tidak sedar bahawa mereka bertanggungjawb kepada Allah swt. atas azab yang mereka izinkan untuk menimpa rakyat yang mereka wakili.

34b. Apakah pemberian BR1M, DERMA, SUMBANGAN dan RASUAH dalam segala bentuk, dari masa ke masa, sudah mencukupi untuk mengimbangi azab yang dideritai rakyat dengan kenaikan kos hidup.

34c. Apakah penderitaan itu boleh menjadi satu kebiasaan untuk dilupakan oleh Melayu yang dikatakan mudah lupa.

34c. Apakah nasib masa depan bangsa Melayu dengan sangat dahsyatnya berkurang biasiswa untuk membantu pelajar yang tidak dapat dibantu oleh keluarga sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

34d. LTAT - Bagaimanakah nasib masa depan anggota angkatan tentera jika tabungan ini turut digunakan untuk membantu perjalanan 1MDB yang curang.

34e. KWAP - Apakah jaminan atas keselamatan tabungan semua pekerja jika tabungan ini turut dilibatkan untuk membantu perjalanan 1MDB yang merugikan.

34f. FELDA - Apakah nasib peneroka dan anak pinak mereka yang mewariskan sijil saham yang rapuh nilainya, ditukar dengan geran tanah yang tidak pernah jatuh nilainya. Bagaimana dengan kerugian yang dideritai akibat terjatuh harga saham dan salah-guna harta dalam pelaburan yang mencuriga dan merugikan.  

34g. LUTH - Apakah jaminan masa depan tabung ibadat yang jelas tidak keruan perniagaan dan pelaburannya sehingga mengancam masa depan penabung.

34h. SUBSIDI - Sampai ketahap manakah penderitaan akibat dari penghapusan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan.

34i. TOLL - Sampai bilakah bayaran toll ini dapat dikurangkan lebih-lebih lagi belaja untuk membangun projek yang ditollkan itu sudah pun selesai hutangnya dan untungnya juga cukup lumayan bagi pemegang konsesyen yang sudah tamat tempohnya.

34j. GST - Tidakkah ada dipihak berbagai peringkat yang insaf bahawa inilah beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kecelakaan yang menimpa negara lantaran penyelewengan dalam 1MDB. 

KENAPAKAH?

35. Rakyat bertanya lagi, kenapakah -

35a. Kenapakah Perdana Menteri Najib tidak mahu menjawab sebarang soalan?

35b. Kenapakh Yang Di Perta Dewan Rakyat tidak membenarkan soalan dari ditanya?

35c. Kenapakah Peguam Negara menjawab soalan hanya apabila disuruh menjawab pada waktu dan dengan cara yang ditentukan?

35d. Kenapakah Ketua Polis Negara menangkap siapa saja yang bertanya soalan?

35e. Kenakah Menteri Dalam Negeri bersikap yang mencurigakan?

35f. Kenapakah Menteri membuat kenyataan atau bertanya soalan yang mendedahkan ketidakcerdikan:
KUALA LUMPUR, Nov 8, 2016 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad could endanger his legacy if he continues to act like US presidential candidate Donald Trump, Umno lawmaker Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said today. (Ternyata Donald Trump yang menang untuk jadi Presiden Amerika Syarikat).
Nazri Aziz Yeop berkata Mahathir Cemburu Dato' Seri Najib Berjaya Tarik Pelaburan Besar Dari China
Dalam BHOnline Mustapa Mohamed telah berkata pada 28 Mei, 2013 bahawa harga kereta akan turun secara berperingkat-peringkat sehingga 2017 - Betulkah kini?
Dalam BHOnline Ahmad Maslam telah berkata pada 31 Mac, 2015 bahawa harga barang boleh turun kerana cukai GST - Betulkah berlaku seperti itu?
Kenapakah Menteri dan Timbalan Menteri sanggup berbuat apa saja untuk membela kemungkaran dan untuk pura-pura atau betul-betul tidak mahu tahu mengenai kebenaran. Inilah BR1M untuk mereka:

MENTERI

1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM55,650.00

TIMBALAN MENTERI

1. Gaji Pokok RM15,000.00
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM50,650.00

35g. Kenapakah tiada yang menjawab soalan yang ditanyakan oleh pihak raja dan sultan. Kenapakah raja dan sultan tidak lagi dihormati sebagaimana semestinya.

36. DENGAN PELANCARAN PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA PADA HARI SABTU 14 JANUARI, 2017 SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BANGSA MELAYU MENGUBURKAN CARA MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU KEPADA CINA, KHUSUSNYA LIM KIT SIANG, DENGAN MENYUBURKAN SEMANGAT PERKAUMAN UNTUK DIJADIKAN PERISAI BAGI MELINDUNGI AMALAN RASUAH DAN BERBAGAI KEMUNGKARAN PEMIMPIN POLITIK DAN KERAJAAN MELAYU.
 
37. OLEH KERANA MEMASUKKAN PEKERJA ASING SEPERTI RANCANGAN KEMASUKAN 1.5 JUTA WARGA BANGLADESH, TIDAK DAPAT DIHENTIKAN KERANA IANYA MERUPAKAN BISNES YANG MENGUNTUNGKAN BAGI PENIAGA-PENIAGA UMNO, BANGSA MELAYU WAJIB INSAF BAHAYA PROJEK SEPERTI PENEMPATAN 700,000 WARGA-NEGARA KOMUNIS CHINA YANG DAPAT MEMILIKI RUMAH ATAU KONDOMINIUM ATAS TANAH MILIK SELAMA-LAMANYA (FREEHOLD) DENGAN TAJAAN RAJA YANG TIDAK DAPAT DIPERSOALKAN KERANA KEDAULATANNYA SEBAGAI PELINDUNG UGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.
 
38. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ORGANISASI YANG MENDUKUNG KEMUNGKARAN RASUAH, MELAKSANAKAN DASAR DAN AMALAN YANG MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA.

39. SAMPAI BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA KERANA 1MDB?

 

3 comments:

  1. TAHNIAH TAN SRI. SATU PENCERAHAN TENTANG KECELAKAAN 1MDB YANG BEGITU MENYELURUH, TEPAT DAN MUDAH DIIFAHAMI OLEH PEMBACA DALAM PELBAGAI PERINGKAT PENDIDIKAN DAN UMUR.

    SEPERTI KATA HAMKA ; " SETIAP PERJUANGAN TIDAK SEMESTINYA I DATAR DAN DITABURI BUNGA. DALAM MENEMPUH SESUATU PERJUANGAN, ADAKALANYA DIIRINGI DENGAN TITISAN DARAH DAN LINANGAN AIRMATA."

    BERSAMALAH KITA MENYOKONG DAN MEMBANTU PERJUANGAN FISABILLILAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO DAN BN DI BAWAH PIMPINAN NAJIB SI PENCURI DAN PEROMPAK NOMBOR 1 DUNIA INI.

    ISU DAN KES 1MDB YANG DIMAKSUDKAN DALAM RENCANA PENULISAN TAN SRI SANUSI INI,G PERLU DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN SEBELUM NEGARA KITA MUSNAH DILANDA SKANDAL KEWANGAN YANG DIANGGAP TERBESAR DI DUNIA PADA KETIKA INI.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ts diatas pencerahan yg lebih jelas ini

    Panjang tapi semua dapat dibaca dengan bahasa yg mudah difahami



    Nizam Adham

    ReplyDelete
  3. Hello semua,
    Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur ​​dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jantina:.........
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
    4) Tempoh Pinjaman:.........
    5) Negara:.........
    6) Alamat Rumah:.........
    7) Nombor Telefon Bimbit:.........
    8) Alamat e-mel..........
    9) Pendapatan Bulanan:.....................
    10) Pekerjaan:..........................
    11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel arabloanfirmserves@gmail.com

    ReplyDelete