Monday, August 28, 2017

NOTHING2HIDE - ke 2 (MEMALI)

NOTHING2HIDE - 1

Kali pertama acara Nothing2Hide diadakan di PWTC pada hari Juma'at 5hb Jun, 2015 ialah untuk Perdana Menteri Najib berdepan dengan khalayak ramai untuk menjawab semua kemusykilan yang terpendam di hati rakyat.

Program ini sangatlah baik dan ianya disambut meriah oleh semua pihak kerana ianya memberi peluang kepada sesiapa saja yang ada kemusykilan untuk terus bertanya kepada Perdana Menteri bagi meleraikan kekusutan yang ada di fikiran dan di hati mereka.

Malangnya, apabila Perdana Menteri Najib mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir telah pun sampai ke PWTC untuk turut bertanya soalan-soalan beliau kepada Perdana Menteri Najib, pihak polis telah membatalkan program 'Nothing2Hide' itu atas alasan keselamatan.

Sebenarnya, mengikut laporan yang diterima 'NAJIB IN HIDING' kerana takut untuk bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir.
Walau bagaimana pun Tun Dr. Mahathir sempat diberi peluang oleh penganjur untuk berucap dalam majlis 'Nothing2Hide' yang pertama diadakan ini sehinggalah pihak polis menghentikannya.
 
Umum mengetahui bahawa pihak polis, yang mempunyai sejarah cemerlang dalam memelihara keamanan negara, malah mampu menghadapi ancaman pengganas komunis di hutan belantara sekalipun, juga mampu untuk mengawal keamanan di PWTC itu; tetapi mereka bertindak untuk menghentikan majlis kerana ada 'tangan yang tersembunyi yang tidak ingin acara dilanjutkan.' Begitulah yang kami difahamkan.

Tidak mungkin boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal bahawa polis Malaysia tidak mampu mengawal keamanan yang hendak dirosakkan oleh seorang dua tenaga upahan sahaja.

NOTHING2HIDE - 2

Majlis 'Nothing2Hide' ke 2 pula dianjurkan oleh pemuda parti BERSATU atau Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM), yang diberi nama ARMADA, Acara diadakan dalam dewan tertutup di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 13 Ogos, 2017.

Pilihan dewan tertutup itu ialah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan memudahkan kawalan pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara. Dengan itu pihak polis tidak perlu bimbang dengan masalah keselamatan.

Saya dan isteri adalah antara jemputan yang paling awal tiba di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam untuk acara 'Nothing2Hide' ke 2 itu. Saya telah dibawa ke bilik menunggu untuk pemimpin-pemimpin BERSATU di mana saya dapati sudah tersedia hidangan ringan untuk para jemputan.

BARISAN PENGACAU DIKESAN



Tiba-tiba Ketua ARMADA Syed Saddiq Abdul Rahman telah masuk ke dalam bilik menunggu dan memberitahu kepada seorang tokoh yang saya tidak kenali bahawa sudah ada dua barisan kerusi di dalam dewan yang diduduki oleh hadirin yang memakai baju merah dengan loga BERSATU tetapi ternyata baju itu jelas bukan yang dibuat untuk ahli-ahli BERSATU. Antara pemuda yang hadir, berpakaian baju tiruan BERSATU itu dikenali oleh Syed Saddiq sebagai bukan penyokong parti BERSATU.

Saya mendapat tahu bahawa gambar mereka telah diambil.

Apabila sampai masa acara bermula Tun Dr. Mahathir telah masuk ke dalam dewan dan dibawa ke pentas di tengah dewan yang di atasnya ada tiga kerusi.  Satu kerusi untuk pengerusi acara, satu untuk Tun Dr. Mahathir dan satu lagi kerusi dikhaskan untuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib.

Oleh kerana Perdana Menteri telah tidak hadir maka pihak pengerusi telah menjemput Tun Dr. Mahathir untuk memulakan acara dengan menyampaikan sedikit ucapan.

Sepanjang ucapan Tun Dr. Mahathir majlis berjalan dengan aman di selangi dengan tepukan dari masa ke masa apabila ada perkara manarik yang disampaikan oleh Tun.

Selesai Tun berucap pihak pengerusi telah menjemput soalan dari para hadirin.

Jelas kelihatan bahawa penyoal-penyoal datangnya dari kiri dan kanan dewan dari arah di mana duduknya dua barisan yang berpakaian tiruan berwarna merah yang telah awal dikesan oleh Syed Saddiq.

Tun dengan cara selambanya telah menjawab semua soalan yang dikemukan yang jelas memuaskan hati para hadirin yang tidak diupah untuk membuat kacau.

LAPORAN AWAL MEDIA
ATAS SOALAN YANG HENDAK DIKETENGAHKAN

Walaupun majlis bermula pada pukul 3 petang saya dapati sekitar pukul 3.01 petang sudah keluar dalam berita BH online laporan yang mengandungi susunan semua soalan mengenai isu yang sama dengan soalan yang dikemukakan antara pukul 3.30 ke 5.30 petang pada hari yang sama juga. Kesilapan teknik oleh dalang pengacau acara ini jelas menunjukkan bahawa anggota Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO yang mengenengahkan semua isu sudah mengetahui soalan-soalan yang hendak diketengahkan kerana penulisannya tersiar sebelum soalan dibuat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Persamaan senarai isu yang diketengahkan dalam BHOnline, sebelum soalannya ditanya pada Tun Dr. Mahathir, mendedahkan apa yang menjadi kebimbangan PM Najib bimbang mengenai perkara-perkara berikut:

YANG DITAKUTI OLEH BN

1. Perpaduan tekad dan kerjasama antara Tun Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin yang disanjungai oleh semua pemimpin dunia Islam dan Negara-Negara ketiga, dan disegani dan dihormati oleh dunia Barat, termasuk yang tidak menyetujui dasar-dasarnya, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang karismatik dan terkenal di seluruh dunia.

2. Kerjasama antara DAP sebagai satu-satunya parti yang masih dipercayai oleh masyarakat China dan PPBM atau BERSATU.

3. Kewujudan Haji Mat Sabu sebagai seorang pemidato terhandal, yang sudah keluar dari PAS dan memimpin parti AMANAH bersama mantan tokoh-tokoh PAS yang lain yang juga berwibawa dan berpelajaran.

4. Kedudukan Dato' Hj. Hadi Awang, sebagai pemimpin PAS dari negeri yang diperinttah oleh Barisan Nasional, yang menghadapi masalah kewangan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dengan belanja yang diperlukan..

Inilah kesimpulan kebimbangan berlandaskan soalan-soalan yang ditanya sepertimana laporan awal dalam BH online.

Malangnya mereka yang dipilih untuk menyampaikan soalan dan penyokong upahan untuk bertempik gagal untuk mengalahkan hujjah Tun Dr. Mahathir apabila beliau menyampaikan jawapan.

Dari apa yang dapat difahami sudah tentu ada kepala yang tidak menunjukkan diri dalam majlis ini yang telah kenyang dengan DEDAK yang begitu banyak telah diterima.

Seperti biasa, penerima DEDAK ini akan memilih beberapa orang berakal kebudak-budakan untuk memainkan peranan sebagai penyoal, pembaling kasut dan botol, pembaling kerusi dan pembakar api untuk dinyalakan. Yang paling bodoh dari antara mereka hanya mendapat baju berwarna merah dan mungkin sedikit belanja untuk rokok dan sirap.

Setelah peristiwa kebudak-budakan ini terlerai beberapa orang yang tertangkap telah terselamat, dari dipukul oleh hadirin yang benci dengan telatah mereka, kerana dimasukkan oleh pihak polis ke dalam kereta.

Yang sempat lari telah membuka baju merah dan tinggal baju biru di dalam kerana tugas mereka sudah selesai.

TIGA SOALAN

Saya berpendapat bahawa tiga soalan pokok yang diketengahkan itu mungkin tidak difahami tujuannya oleh yang bertanya sendiri.

Pertama: Mendesak Tun Dr. Mahathir meminta maaf kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana dipenjarakan di zamannya; dan seterusnya meminta Tun Dr. Mahathir mengesahkan benarnya tuduhan yang dibuat ke atas Dato' Seri Anwar.

Kedua: Meminta Tun Dr. Mahathir mengesahkan bahawa beliau bekerjasama dengan DAP untuk menjamin masa depan politik anaknya Dato' Seri Mukhriz Mahathir.

Ketiga: Mengaitkan Tun Dr. Mahathir sebagai tokoh yang bersalah dengan berlakunya peristiwa MEMALI dan pengikut Ibrahim Libya telah mati terbunuh. Soalan ini juga bertujuan membangkitkan tuduhan terhadap Haji Mat Sabu berkaitan penggunaan tabung untuk mangsa Memali sebagaimana yang ditulis oleh penulis C. N. Al Afghani.

JAWAPAN TUN DR. MAHATHIR
YANG TEPAT DAN MEMUASKAN

Bagi soalan pertama Tun Dr. Mahathir memberitahu bahawa beliau telah bertemu dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah dan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tidak bertanya soalan yang diketengahkan. 

Soalan ini menunjukkan yang menyoal hanya penyebok yang cuba menunjukkan seolah-olah beliau sedang membela Dato Seri Anwar Ibrahim, sedangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir lebih mementingkan usaha menjatuhkan Perdana Menteri Najib dan pasukannya untuk menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Penyoal tidak berminat kepada masaalah yang sedang dihadapi akibat dari kerakusan, kecuaian dan penyelewangan pemimpin kerajaan. Beliau berpura-pura peduli kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim walhal beliau pembela jaguh rasuah dunia. 

Bagi soalan kedua Tun Dr. Mahathir memaklumkan bahawa jika beliau mementingkan karier politik anaknya beliau boleh memberi jawatan politik kepada anaknya di waktu beliau di kemuncak kedudukan sebagai Perdana Menteri, dan bukan sekarang apabila beliau tidak berkuasa lagi.

Yang menyoal jelas tidak mengetahui apa yang ditanya olehnya kerana apabila Tun Dr. Mahathir selesai menjelaskan faktor yang mencetuskan kerjasama DAP dan BERSATU, dan Tun terlupa menjawab bahagian kedua dari soalan yang ditanya berkaitan anaknya, si penyoal telah tercari-cari kertas soalan yang dibacanya apabila Tun meminta beliau mengulangi soalan sepenuhnya. Jika soalan ini bukan disediakan oleh orang lain yang bertanya pasti lancar mengulangi soalannya.  

Bagi menjawab soalan ketiga Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa bukan pengikut Ibrahim Libya sahaja yang telah mati terkorban tetapi juga pihak polis. Apabila pihak polis mati terbunuh maka pihak polis mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) atau 'Tatacara Bertindak' yang membolehkan mereka beraksi menghentikan keganasan. Itulah sebabnya kedua pihak telah terkorban.

Dari pengalaman saya yang pernah bekerja di Kementerian Dalam Negeri dan pernah memangku jawatan Menteri Dalam Negeri saya mengetahui bahawa SOP tidak membenarkan pihak polis menembak kecuali setelah keganasan dimulakan oleh pihak yang ingin diamankan. SOP membenarkan Menteri Dalam Negeri mengarah tindakan sebaliknya dan Tun Dr. Mahathir bukan Menteri Dalam Negeri di waktu peristiwa Memali berlaku.

Lebih awal pernah berlaku rusuhan di Balai Polis Batu Pahat yang diserang oleh ekstrimis Islam. Di waktu pihak ekstrimis sudah dekat dengan pintu balai polis seorang polis wanita telah meminta izin Menteri (waktu itu Tun Ghazali Shafie dan saya Timbalan Menterinya) untuk menembak ekstrimis yang sudah dekat dan kelihatan ganas menghayun parangnya. Tun Ghazali Shafie tidak mahu memberi izin kerana kemungkinan pihak ekstrimis hanya menggertak dan tidak mengganas apabila tiba ke dalam balai. Hanya apabila tangan polis wanita itu putus ditetak oleh ekstrimis maka pihak polis telah menembak sebagaimana yang dibolihkan oleh SOP atau 'Tatacara Bertindak' polis.

Kisah MEMALI yang dihidupkan ini kemudiannya diputar untuk melibatkan Haji Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PAS di Kedah yang menyokong Mat Sabu. Mereka cuba melupakan bahawa kisah dana untuk keluarga mangsa MEMALI telah pun diselesaikan dengan memuaskan. Keluarga mangsa MEMALI telah pun menerima pembahagian dana tersebut dan tidak munasabah ditimbulkan lagi.

PENYOAL TIDAK MINAT JAWAPAN

Oleh kerana budak-budak upahan yang datang untuk membuat huru-hara bukan bertujuan untuk mendengar jawapan Tun Dr. Mahathir maka apabila selesai soalan mengenai MEMALI ditanya mereka pun memulakan tindakan liar membaling kasut, botol dan kerusi ke arah pentas di mana Tun Dr. Mahathir berdiri. Malangnya kerusi yang dibaling itu menuju kepada kerusi kosong di mana Perdana Menteri Najib sepatutnya duduk.

PENGHASUT PASTI KECEWA

Adalah jelas bahawa usaha melagakan Tun Dr. Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal dicapai. Demi kepentingan bangsa dan negara Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan terus bersama sehingga berjaya perjuangan menyelamatkan bangsa dan negara.

Usaha memalitkan gabungusaha Tun Dr. Mahathir dengan pihak DAP kerana tuduhan bertujuan membantu karier politik anaknya juga tidak meyakinkan. Rakyat yakin bahawa masyarakat China yang menyokong DAP juga menyokong Tun Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan dalam usaha untuk menyelamatkan bangsa dari berbilang kaum dan negara yang diancam oleh sikap dan tindakan pemimpinnya sendiri.

Penghasut di belakang para penyoal upahan pasti kecewa dengan jawapan Tun Dr. Mahathir yang sangat jelas, lojik dan memuaskan.

TUMPUAN KEPADA PERISTIWA MEMALI

Oleh itu tumpuan berikutan diberi kepada tragedi di MEMALI untuk melagakan penyokong-penyokong PAS dengan Haji Mat Sabu dan Tun Dr. Mahathir.

Adalah menjadi harapan 'kerajaan yang memusuhi rakyat' supaya semua skandal, kecuaian dan kecurangan yang menyebabkan rakyat menderita masakini, dan negara tidak menjamin masa depan yang lebih baik untuk rakyat, dapat dilenyapkan dengan isu-isu masa lampau yang telah pun selesai dibahas di zaman ianya berlaku.

Untuk meningkatkan lagi perhatian rakyat kepada isu-isu lama yang sudah samar dalam ingatan generasi masakini ada cadangan dari mereka 'yang berpangkat tetapi kurang pengetahuan dan pengalaman' untuk mewujudkan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Di Raja untuk mengkaji tragedi MEMALI.

Cadangan menubuhkan RCI ini telah dikecam oleh banyak pihak yang mengetahui persoalan sebenar dan yang mahukan kerajaan menumpukan perhatian kepada masalah rakyat daripada rakyat dilalaikan kepada isu yang sudah selesai dan tidak bermunafaat bagi mereka.

Semua isu yang ditimbulkan sebenarnya adalah bertujuan untuk memindahkan perhatian rakyat, khususnya pengundi, daripada isu yang mengancam dan menjanjikan kecelakaan kepada nasib bangsa dan negara bermula dengan 1MDB diikuti oleh skandal-skandal lain yang berkaitan dengannya.

Berikutan dari acara 'NOTHING2HIDE -2' didapati berbagai reaksi dalam media social yang saya turunkan dibawah ini yang dapat menggambarkan kekusutan keadaan dalam negara Malaysia tercinta.

KOMENTAR SAUDARA ASPAN ALIAS
(PENTINGNYA RCI)

Antara komen yang menarik datangnya dari seorang ahli politik veteran Saudara Aspan Alias, seperti berikut:

Ada ura-ura nak tubuh RCI tentang insiden Memali. Baguslah, tetapi elok juga tubuh RCI tentang insiden keengkaran Adam terhadap arahan Allah swt untuk tidak memakan buah khuldi dahulu.

Siapa yang sebenarnya bertanggungjawab menghasut Adam untuk engkar dengan perintah Allah swt itu. Hadi Awang boleh jadi pengerusi RCI tentang Adam alaihissalam ini.

Tubuhkan banyak banyak RCI tentang penglibatan Dr. Mahathir dalam pelbagai  isu untuk mengalihkan pandangan setengah rakyat yang buta hati tentang korupsi yang terbesar dalam sejarah alam (1MDB) selain dari korupsi yang melibatkan Qarun semasa zaman pemerintahan Firaun dahulu

Insiden Sultan Mahmud mangkat dijulang dulu pun patut tubuhkan RCI. Dalam isu pembunuhan Altantuya tak perlu tubuh RCI kerana ia tidak melibatkan Dr. Mahathir. Yang terlibat orang lain. Insiden pemecatan Gani Patail AG pun tak payah adakan RCI sebab Mahathir tidak terlibat.

Siapa sebenarnya terlibat yang menyebabkan Hang Jebat mati bertikam dengan Hang Tuah? Kalau ia melibatkan Dr. Mahathir elok tubuhkan RCI. Cuba gelidah rumah Dr. Mahathir .. mana tahu keris taming sari itu ada dalam simpanan Dr. Mahathir. Bolih dijadikan bahan bukti jika RCI ditubuhkan dalam isu Tuah dan Jebat ini.  ASPAN ALIAS

Isu MEMALI yang ditimbulkan bertujuan melagakan Tun Dr. Mahathir dan parti PPBM dengan parti PAS ternyata menguntungkan Pakatan Harapan kerana ianya membabitkan kecuaian dan kecurangan pemimpin PAS sendiri sehingga berlaku peristiwa MEMALI.

Beberapa perkara berikut telah timbul dari bangkitnya semula persoalan peristiwa MEMALI. Antara lain ialah:

1. Apakah punca berlakunya peristiwa MEMALI?

2. Siapakah yang memulakan rusuhan?

3. Siapakah yang bersalah?

4. Bagaimana berakhirnya peristiwa MEMALI?

Dato' Haji Hadi Awang telah tersalah tingkah dengan kenyataannya setelah berlaku kekecohan dalam acara 'NOTHING 2 HIDE 2'. Beliau ingin mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku untuk menyalahkan Tun Dr. Mahathir kerana peristiwa MEMALI.

Haji Hadi tidak menyangka bahawa dengan memperingati peristiwa MEMALI beliau hanya mendedahkan kelemahan dirinya.

Dua orang bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Nor meramalkan bahawa RCI, atau Suruhanjaya Siasatan Diraja, akan mendedah Hadi Awang sebagai punca tragedi MEMALI.

HAJI HADI AWANG PUNCA TRAGEDI MEMALI
TRAGEDI MEMALI
BERMULA DARI
AMANAT BANGGOL PERADONG

Peristiwa MEMALI yang berlaku pada 19 November, 1985 bermula dengan Amanat Hj. Hadi Awang di KAMPONG BANGGOL PERADONG, Kuala Trengganu pada 7hb April, 1981, iaitu 100 hari sebelum Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16hb Julai, 1981 dan 1,586 hari, atau 4 tahun 126 hari, setelah Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sebagaimana fatwa Dewan Ulama PAS pada tahun 1962 yang mengkafirkan UMNO dengan akibatnya berlaku PERISTIWA BERDARAH 13hb Mei, 1969, iaitu sekitar 7 tahun setelah fatwa MENGKAFIRKAN UMNO dilakukan, maka AMANAT HAJI HADI AWANG di BANGGOL PERADONG adalah punca berlakunya PERISTIWA MEMALI.

Apakah kandungan AMANAT BANGGOL PERADONG?

Inilah amanatnya:

'Saudara-Saudara sekalian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah Saudara-Saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.'

Pada awal tahun 1980 dalam satu ucapan dalam menghadapi pilihanraya di Johor Bharu, Hj. Hadi menyatakan dalam ucapannya:

'Kita letakkan calon Pas untuk bertanding di Johor Bharu ini, bukanlah semata-mata untuk mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, kita tidak akan letak calon di sini, kerana kita sedar, bahawa di Johor Bharu ini, adalah kubu Umno yang tidak mungkin kita boleh menang. Tetapi, kenapa kita letakkan calon Pas di sini? Tidak lain adalah untuk menyelamatkan akidah saudara kita. Telah menjadi tanggungjawab kita, perjuangan kita untuk menyelamatkan akidah saudara kita, walau pun hanya ada seorang pengundi Pas di sini, kita perlu selamatkan akidahnya. Insya Allah, inilah peranan kita, peranan Parti Islam Se Malaysia, PAS.'

Pada 29hb Disember, 1985, iaitu 58 hari setelah peristiwa MEMALI, Haji Hadi telah berucap dalam satu ceramah di Kg. Raja, Besut, Trengganu dengan mengatakan antara lain:

'Bahawa 14 orang sahabat kita yang dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang masih berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka aadalah syahid.'

SIAPAKAH YANG MEMULAKAN RUSUHAN

Pihak Hj. Hadi sudah tentu menuding jari kepada pihak polis sebagai pencetus pembunuhan. Pihak polis pula, sebagaimana yang dijelaskan oleh Tun Dr. Mahahir dalam majlis 'NOTHING2HIDE - 2' ada SOP (Standard Operating Procedure = Tatacara Bertindak) yang tidak membolehkan mereka menembak kecuali pihak ektrimis mula mengganas dan mencederakan mereka.

SIAPAKAH YANG BERSALAH

Musuh politik Tun Dr. Mahathir, yang berada di dalam UMNO pula, dulu dan sekarang, ingin menyalahkan Tun Dr. Mahathir sebagai bertanggungjawab kerana beliau Perdana Menteri justeru itu beliau pemimpin kerajaan. Tun Dr. Mahathir pula telah tidak membatalkan rancangan untuk ke China kerana, jika beliau berada di dalam negara pun tanggungjawab dalam soal keselamatan terletak pada Menteri Dalam Negeri. Tun Dr. Mahathir tidak membatalkan lawatannya ke China kerana berlakunya peristiwa MEMALI. Pembatalan lawatan boleh menyebabkan pihak luar negara akan menganggap kejadian di MEMALI itu begitu mengancam negara sehingga perlu membatalkan acara lawatan ke luar negeri yang sangat penting dan telah lama dirancang. Lebih-lebih lagi kerana kejadian di MEMALI ini hampir sama dengan kejadian di BATU PAHAT yang telah ditangani oleh Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie tanpa campur tangan Perdana Menteri Tun Hussein Onn.

Pihak PAS tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri jika pihak polis membalas tembak di MEMALI kerana mengikut SOP atau 'Tatacara Bertindak'. Menteri Dalam Negeri hanya boleh disalahkan jika beliau membenarkan pihak polis memulakan tembakan. Pihak polis hanya boleh disalahkan jika terbukti mereka bertindak di luar peraturan SOP.

Memandang kepada keghairahan Haji Hadi dengan pengisytiharan kematian ahli-ahli PAS di MEMALI sebagai mati syahid dan dikebumikan tanpa dikafan dan tanpa disembahyangkan, dapatlah kita fahami punca wujudnya kegigihan pihak 'pengebom berani mati' atau 'suicide bombers', dari Al Qaeda atau ISIS, yang tidak perlu provokasi dari mana-mana pihak, untuk bertindak ganas, semata-mata kerana diyakinkan oleh ketua mereka bahawa semua tindakan mereka, atas nama Islam, boleh mendapat balasan terbaik dengan mati syahid.

BAGAIMANA BERAKHIRNYA PERISTIWA MEMALI

Di peringkat awal kelihatan pihak PAS giat berusaha untuk membela keluarga yang terkorban dalam peristiwa MEMALI. Setelah banyak wang dikatakan terkumpul akhirnya wang ini dipersoalkan arah dan cara penggunaannya.

Atas perhitungan politik matlamat PAS telah berubah untuk menjadi parti untuk KEBAJIKAN dan tidak terlalu fanatik memperjuangkan HUDUD.

Berikutnya parti PAS telah bekerjasama dengan DAP, walaupun perjuangan DAP bukan untuk Islam dan tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja seperti PAS. Berertilah Fatwa Dewan Ulama PAS 1962 dan AMANAT HAJI HADI AWANG terbatal dengan sendirinya.

Seterusnya PAS berpecah dan wujud parti AMANAH dengan matlamat yang lebih jelas.

Dengan harapan untuk turut memburukkan imej Haji Mat Sabu dan pemimpin Amanah yang lain, pemakan DEDAK telah cuba menyalahkan Tun Dr. Mahathir ke atas peristiwa yang sebenarnya berlaku kerana Amanah Hadi Awang. Mat Sabu ingin dikaitkan dengan isu DANA MEMALI yang sebenarnya sudah selesai.

Kini, kerana PAS kekurangan wang untuk menghadapi pilihanraya ke 14 pemimpin PAS berjinak dengan pemimpin UMNO yang banyak 'cash' kerana bagi pemimpin UMNO 'cash itu king'.

REAKSI TOKOH DARI PEKAN
YANG RAPAT DENGAN TUN RAZAK

Datuk Abd. Rahman Mohd Nor ialah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang berasal dari Pekan, kawasan pilihanraya Perdana Menteri Najib, dan rakan baik Tun Abdul Razak yang mengurus pelajar-pelajar Malaysia di UK di waktu Perdana Menteri Najib belajar di sana. Beliau telah bersama-sama melayani Tun Razak dalam lawatan terakhir Tun ke London untuk berobat tetapi telah meninggal dunia di sana.

Datuk Abd. Rahman adalah tokoh yang telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib tidak sempat lulus untuk mendapat ijazah di University Nottingham.

Datuk Abd. Rahman telah memasukkan satu karangan dari seorang bekas diplomat yang juga sahabatnya yang merupakan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Najib. Begini isinya:


SURAT DARI MANTAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIC

Dear DS Najib Razak Prime Minister of Malaysia.

I want you to know and realize that many of your friends and former loyalists in UMNO are losing trust and respect in your leadership to lead this BN government until PRU 14. Like many of my friends and contemporaries, including former Malaysian Ambassadors and High Commissioners from many countries have posted interesting and damaging articles about you, your family and your political partners in crime. It's already public information and nothing to hide.

As a friend of many decades and with my former official interactions with you, some of your Cabinet Ministers as well as retired notable senior government officers, I feel necessary to post this letter on my timeline for public information as it's of political interest. I have no political or other ill intention to discredit you, though we are not on equal terms in politics and more so we are now confronted by different political views and opinion.

Having said that, I have never seek any favour from you and neither Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi and now yourself, as I remain a loyalist and respectable retired Malaysian Diplomat. I believe that I have served the nation and country well, when I was awarded A.M.N a distinguished Federal Award from the Agong on my retirement from government in November, 1998. Thank you and I am proud of this personal recognition from the government.

In a nutshell, it's not about myself though I may have a passion for politics of this beloved country. However, today I am saddened that under your administration, the nation and country is slowly loosing lots of respect from our fellow citizens and the international community. I believe you are doing well since you took over the coveted PM chair in Putrajaya, but unfortunately your integrity is now being questioned not only by your political opponents led by Tun Mahathir in Pakatan Harapan.

Most of your friends have already dumped UMNO and join PPBM, PKR, Amanah and DAP too. It's not that they don't like you and your performance as PM but as I have pointed out earlier that your credibility has been questioned. In a nutshell, unless you clarify your personal involvement in the hot issue of 1MDB and other related fishy investments and the cash deposit of RM2.6 billion or more in your personal account, you are being condemned not only in Malaysia but also a number of countries including the US, Australia, France and UK. Obviously your integrity has been badly tainted and you need to redeem yourself.

Sir, I am 74 years old and has been in politics since the early 1960s before you were born. I remembered helping Tun Hussein in the political platform in GE 1978 through my secondment to PMO (P&C) from Wisma Putra on my return from Pakistan.

Needless to say, I am now embarrassed to be in UMNO and most of my friends previously holding party positions have resigned from the party due to your political crisis and rampant corruptions by your Cabinet Ministers and senior government officers. I believe MACC is doing a good job but double standard as no corrupted Ministers have been arrested. The people is slowly loosing faith and confidence in MACC for their double standard operation and persecution.

Sir, the pressusre is for you to resign immediately without recourse and let whoever your successor to continue administrating this government for the remaining tenure until the next general election expected to be called not later than mid 2018.

Dato' Mustapha Ong.
No. Ahli UMNO: 01059465
Former Deputy Chairman (2006 - 2009)
Veteran UMNO Federal Terriroty (WP)
Kuala Lumpur.

(Surat terbuka di atas perlu disampaikan kepada Perdana Menteri Najib)


CATATAN ISI BICARA DALAM FACE-BOOK DENGAN DATO' A. KADIR JASIN
 
Veteran UMNO yang karismatik Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengirim melalui WAnya kelohan berikut yang mungkin boleh dijawab oleh Perdana Menteri Najib jika beliau hadir dalam majlis 'NOTHING2HIDE - 2'. Begini masukan dalam WAnya:

CnP shj bukan utk kempen politik.
Utk pencerahan.

EPISOD 9 : Tokoh kewartawanan Negara Dato' A. Kadir Jasin yg sangat rapat dgn perjalanan sejarah Negara serta sangat akrab dan sangat mengenali tokoh2 pemimpin Negara termasuk Najib dan Rosmah berkunjung bersarapan pagi di kedai aku hamper 1 jam setengah. ADAKAH DIA DATANG SEKADAR UNTUK MEMBAWA CERITA2 BOHONG?

Selepas aku siarkan dlm fb beberapa minggu lalu tentang kunjungan itu, sangat2 ramai yg bertanyakan aku apa yg telah diceritakan oleh A. Kadir Jasin kpd aku selama satu jam berbual dgn dia? Kerana pada siaaran itu aku tak ceritakan pun apa yg diceritakan oleh A. Kadir Jasin kpd aku. Berikut aku senaraikan secara ringkas perkara2 yg menjadi perbualan kami kira2 1 jam itu yg secara terus empat mata face to face.

(Perhatian: Perkara-perkara di bawah ini mungkin boleh dijelaskan oleh Perdana Menteri Najib jika beliau hadir, bersama Datin Seri Rosmah, dalam majlis 'NOTHING2HIDE - 2')

1. 1MDB dan segala penyelewengan dan salah guna kuasa Najib adalah BENAR.

2. SRC dan kemasukan wang RM42 juta ke akaun peribadi Najid adalah BENAR.

3. RM2.6 Billion adalah bersumberkan dari 1MDB adalah BENAR.

4. RM2.6 Billion bukan derma dari Raja Arab adalah yang seBENAR.

5. Najib telah menggunakan RM12 Billion wang KWAP@AMANAH PENCEN adalah BENAR.

6. Najib telah menggunakan wang KWSP sebanyak RM25 Billion adalah BENAR.

7. Kroni2 dan proksi2 Najib dan Rosmah kaya raya hasil dari penyelewengan menipu harta dan projek besar adalah BENAR.

8. Rosmah mempunyai hartanah yg berjuta2 di luar Negara yg bukan di Amerika adalah BENAR.

9. Reza anak Rosmah berjudi dan kalah di Las Vegas sebanyak USD13 juta adalah BENAR.

10. Reza dan Rosmah mempunyai harta yg beratus juta di New York dan telah disita juga BENAR.

11. Reza anak Rosmah membiayai pembikinan sebuah filem lucah dgn nilai RM400 juta adalah BENAR/

12. Peter Sondakh kawan Najib kaya raya berates juta hasil penipuan harta orang Felda bersama beberapa urusniaga saham termasuk FGV yang kerugian lebih RM1.2 billion adalah BENAR.

13. Peter Sondakh mendapat projek pembinaan pusat pelancongan dan hotel di Langkawi bernilai RM300 juta juga hasill urusniasa yang menipu wang rakyat Malaysia adalah BENAR.

14. Peter Sondakh adalah orang yang dipercayai menyorok dan menjaga keselamatan individu-individu yang berkaitan 1MDB di luar Negara seperti Joh Low dan beberapa orang lagi di suatu tempat supaya tidak pulang ke Malaysia adalah BENAR.

15. Seseorang kawan Najib dan Rosmah yang bernama Kenneth E telah secara bersama menggunakan kedudukan Najib memperdaya dan menipu sebuah bank tempatan sebanyak RM400 juta adalah BENAR.

16. Rosmah sangat boros berbelanja hinggakan untuk tempoh beberapa tahun ini saja sebanyak RM24 juta telah dibelanjakan mengikut laporan media luar Negara yang membuat kajian dan penyiasatan adalah BENAR.

17. Rosmah suka membuat koleksi kasut dan beg tangan yang berharga berpuluh-puluh ribu setiap satu dan sebuah beg tangannya saja berharga RM88 ribu seperti yang dilaporakan media antarabangsa adalah BENAR.

18. Untuk kekal muka yang licin, tegang, muda dan menarik suntikan botox yang mahal dan terbaik yang bernilai beribu-ribu RM untuk satu suntikan menjadi amalan Rosmah adalah BENAR.

19. Keluarga anak-anak Najib dan Rosmah dan anak-anak tiri Najib hidup dalam kemewahan dan suka berfoya dengan memiliki barangan dan harta-harta peribadi yang mahal2 dan di luar kemampuan adalah BENAR.

20. Rosmah menerima imbuhan yang banyak dari krooni-krooni Najib yang berurusniaga samaada yang berkaitan dengan kerajaan maupun swasta adalah BENAR.

21. Najib menyalurkan duit kepada negeri dan Bahagian UMNO berates-rarus juta dalam bentuk projek dan wang pengurusan semata-mata rasuah untuk terus menerima sokongan dari kalangan orang UMNO adalah BENAR.

22. Najib dan Rosmah sangat suka dengan amalan-amalan khurafat dan syirik bomoh dan mandrem adalah BENAR.

23. Najib sedang berura-ura dan memujuk untuk menggunakan wang Tabung Haji juga adalah BENAR.

24. Kerajaan tidak punya cukup wang dan terpaksa menaikkan harga petrol dan gula pada bulan Januari, Februari dan Mac semata-mata untuk menampung bayaran BRIM dan mencipta helah supaya dibayar beransur-sansur adalah BENAR.

25. Kerajaan sudah mempunyai hutang luar sebanyak 1000 juta dan bakal tidak mempunyai cukup wang untuk mengurus jika ringgit terus jatuh adalah BENAR.

26. Raja Salman dikatakan sangat akrab tapi melakukan lawangan hanya 4 hari ke Malaysia. Tetapi selepas itu melawat Indonesia selama 14 hari. Akrabkah kita? Kerana sangat takut rahsia 2.6 billion terdedah dan takut Raja Salman dan Tun M dapat bertemu pada kunjungan baru-baru ini, Najib telah memadatkan aturcara dan melakukan sekatan dan halangan terhadap Tun M walaupun ada permintaan Raja Salman untuk bertemu Tun M adalah BENAR.

AKIBAT TERIMA BANTUAN ALONG

Demikianlah sahabat-sahabat fb ku serba ringkat aku nyatakan sebahagian butir-butir perbualan di antara aku dengan tokoh kewartawanan negara yang tiada apa-apa kepentingan politik yang dulunya sahabat baik Najib dan Rosmah tetapi mengambil pendirian untuk menentang setelah menyaksikan terlallu banyak kerosan-kerosakan yang telah dibuat oleh Najib dan Rosmah terhadap negara. Ada lagi yang belum aku ceritakan terutama berkenaan penglibatan engara China yang banyak membantu Najib dan kesannya kepada negara pada masa akan dating. Adakah setiap pertolongan 'ALONG' akan berakhir dengan begitu sahaja?  Najib telah menjerut dan menyerahkan tengkok kita bersama kepada negara China yang kesannya amat merbahaya pada generasi masa depan. InsyaAllah di lain episode akan aku ceritakan.

Terima kasih kerana amembaca. Untuk percaya terserahlah pada tuan puan. Tepuk dada Tanya selera kerana semuanya telah terhidang di depan mata.

Cjuma sebagai rakyat yang terasa sudah ditipu dan dikhianati oleh Najib setelah mandate undi telah diberikan pada PRU 13  lalu maka aku istiharkan untuk PRU 14 nanti tiada unti lagi untuk BN dan seluruh keluarga aku. Diharap anda yang membaca ini juga akan bertindak sedemikian dan hebahkanlah kepaa yang lain. TKasih.

AKIBAT TERLALU MENGECAM TUN DR. MAHATHIR

Pada 24hb Ogos, 2017 Teja dari grup Veteran MAYC telah memasukan kelohan berikut dari seorang mantan pramugari yang pernah berkhidmat sebagai pelayan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah dalam penerabangan:

Ni aku nak bagi tahu kenapa lately aku angina jer ....
Aku ini dulu pramugari..
Banyak kali aku berurusan dengan Tun M ..
Banyak kali dia dan isteri atas kapal aku dan aku juga bawa dia dengan kapal B777 ke Morocco, Libya dan Bahrain di atas penerbangan khas dan banyak kapal-kapal lain lagi...
Aku tengok satu-satunya PM yang masuk tandas pesawat bersih keluar dari tandas pun bersih..
Sink siap berlap..
Tun baca surat habaq buka satu-satu dengan pen dengan buku nota apa tah ...
Tapi aku habaq mai dia boleh susun elok-elok lipat kemaih ..
Dia ketua melalui tauladan..
Dia tak bagi bubuh cart arak..
Tak boleh merokok atas kapal .
Padahal boleh sangat ..
Kapal chartered khas kalau dia nak bagi Menteri-Menteri dia merokok..
Aku ingat atas kapai..
Pi ekonomi kelas aku ikut belakang dia..
Entourage2 yang macam beruk dok usha pramugari..
Tiba-tiba dok sengap takut Tun M sound..
.Aku ingat yang paling bising@hingaq ataih kapai Sami Vellu..
Sibuk dok suruh panas makanan vegetarian
Dia duk belakang Tun sengap kecut teloq-teloq..
Kalau dak macam kapai karam ..
Hingaq..
Tu la Sami Vellu
Tun M PM yang sangat tertib, bijak,  berwawasan..
Contoh melalui tauladan..
Dia tak perfect tapi dia terbaik di antara yang terbaik..
Bila hangpa new kids on the block.. buat macam tu pada negarawan yang paling aku hormat .. aku respect dan aku saying..
Pada Tun dan Tun berdua aku sangat sedih..
Aku geram sangat tapi aku tak boleh nak buat apa ..
Aku ni sapa..
Pramugari pencen awai ..
Kenapa hangpa tak tahu hormat kat orang tua yang bina Malaysia..
Kenapa hangpa panggil pi siasat dia..
Aku ingat Tun Siti Hasmah mana-mana pi  beg tangan dia hak tu la ..
Dia pakai gelang mutiara satu subang kecil ..
Cincin kecik...
Tun dia Nampak dia tau pemimpin sekarang dah off track..
Dengaqlah cakap dia susah sangat ka..
Cuba bapak hangpa umoq 90 tahun masih berjuang untuk Negara ..
Aku rasa hangpa pun sedih..
Ni aku dok teriak tulis ni..
Kalau dia tak kenang budi sebagai dictator maha zalim..
Buat apa dia serah balik pada anak Tun Razak tampuk pemerintahan ni..
Baik dia bagi anak dia..
Dia ingat jasa Tun Razak ..
Aku sedih hangpa buat Tun M macam-macam..
Biaq apa hangpa kata tapi aku orang kecil ni bangga dapat kenai Tun dan bekerja untuk Tun di ataih kapai dulu...
Hang jangan berani usik idola aku..
Selain Tok Guru Nik Azia.. Tun M juga idola aku...

fb Hamsina Hamzah.
.
KOMEN PENULIS VETERAN YAHYA ISMAIL

Pada hari Sabtu 26hb Ogos, 2017 seorang penulis politik veteran yang terkenal telah menulis di dalam face-booknya sebuah karangan bertajuk DILEMA MELAYU ERA KLEPTOKRASI ( MEDIA US KECAM NAJIB ) dipetik dari grup WA Blue Ocean saperti berikut:

Alkisah kedatangan Najib Razak, kleptokrat kelas cakrawala ke Rumah Putih tidak disambut dengan rasa megah oleh media US.

Sebaliknya berbagai akhbar dan media letronik mengecam Trump kerana mengundang PM Malaysia yang terlibat dalam skandal 1MDB. Rumah Putih dan Kongres tahu Najib telah menjual khazana Negara Malaysia kepada Beijing. CIA juga tahu strategi politik dan ketentetaan Beijing untuk menguasai dunia, menantang kuasa US dan Barat.

CIA juga tahu baanyak pemimpin korup di Asis, Timur Tengah, Afrika dan Latin Amerika diumpan Beijing untuk membangunkan berbagai projek mega bernilai berbilion dolar di Negara mereka yang akhirnya menjadikan Negara-Negara itu sebagai boneka Beijing kelak bila Negara-Negara mereka gagal membayar hutang kepada Negara komunis tersebut.

Rumah Putih, DoJ, FBI dan CIA sudah dapat baca kilat dalam kilau mainan politik kotor Najib yang memperalatkan Beijing dan US untuk menyelamatkan dirinya dari bebanan bala hutang 1MDB berjumlah lebih RM50 billion akibat penipuan dan pencurian dana 1MDB oleh Najib, anaktirinya Riza Azis, Rosmah Mandor dan Jho Low.

Apakah Trump akan melindungi Najib yang mengemis sokongan dan bantuan US? No way mate. Apakah Washington takut menghadapi Beijing yang akan menjadikan Malaysia bonekanya?

US ada jalan untuk menolak Beijing dari menguasai Malaysia. Caranya? US tidak akan menyokong Najib. Tindakan jenayah oleh FBI dan DoJ akan diteruskan dengan segera.

Besar kemungkinan keputusan mahkamah US sterhadap skandal 1MDB akan diketahui sebelum PRU 14. Washsingon tahu sokongan rakyat terhadap Najib dan BN kurang dari 30% sekarang. Sabah dan Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN.

Rumah Putih tahu sokongan rakyat terhadap Tun Mahathir dan Pakatan Harapan menyeluruh, dan terus menguasai Negara. USs tidak akan menyokong Najib yang menjadi pencuri kelas cakrawala 1MDB.

Bukan saja Washington tetapi Eropah juga menghormati dan memandang tinggi kepimpinan Tun Mahathir yang pernah menjadi PM selama 22 tahun. Secara moral, para pemimpin dunia anti korupsi mahu Tun Mahathir dan Pakatan Harapan menang.

Tali hayat politik Najib di ujung tanduk. Seperti harimau bodoh yang luka dia terperangkap dalam perangkapnya sendiri.

Rosmah Mansor tidak boleh lagi membantu dia. Para dukun, bomoh dan suami yang bercawat dari Gunung Himalaya pun tidak boleh membantunya lagi.

Najib merancang tapi Allah menentukan segala. Kerbau dan lembu pawah serta kambing janggut dan babi montel tertanya-tanya sams ednriri apakah dia tidak mahu menemui Presiden US yang tahu dia soerang pencuri 1MDB/

YAHYA ISMAIL.


BETULKAH MELAYU SUDAH JADI BEGINI?

Saya petikkan dari masukan WhatsApp N. Bakri dari Grup Blue Ocean seperti berikut:

Pada zaman dahulu si sebah negeri entah apa namaa. PM memanggil semua menterinya untuk mesyuarat tergempar. Kesemua menteri senyap sunyi sunyi dan khusyuk mendengar apa ygang akan disampaikan oleh PM mereka. Tiba2 PM mengeluarkan seekor ibu ayam di atas meja dan kemudian PM mencabut sehelai demi sehelai bulu ayam tersebut hingga bogel dan ayam tersebut menjerit kesakitan yang amat sangat. Kemudian PM melepaskan ayam tersebut dan menabur dedak pada ayam tersebut. Ayam tersebut makan dengan begitu lahap sekali. Apabila habis dedak tersebut PM bangun dari meja tersebut dan menabur dedak di atas lantai pula dan ayam itu terus mengikut PM yang sedang menabur dedak di ats lantai pula dan ayam itu terus mengikut PM yang sedang menabur dedak. Setelah selesai PM bertanya akepada para amenteri nya. Apa pengajaran yang kamu dapat dari apa yang kamu lihat tadi. Semua menteri senyap sunyi tidak berani berka-kata. Akhirnya PM  bercakap  kamu lihat tadi ayam itu tetap akan ikut kamu walau pun kamu telah menyakiti dia. Kesimpulannya ajanganlah kamu takut menyusahkan rakyat dan menyakiti mereka kerana selagi dedak ada mereka tetap akan ikut kita. Ucapana itu mendapat tepukan gemuruh dari menteri-menteri beliau. Sama-samalah kita berfikir dengan firiran yang waras dari cerita tersebut.

5 comments:

  1. Alhamdulilah! TS Sanusi telah kembali dengan catatan yang bagitu menajubkan dan entahlah kiranya dapatlah pembaca menepuk dada dan tanya kebenaranya,syabas dengan apa yang diturunkan,bagi saya yang bagitu dahaga dengan tulisan TSS merasa satu penjelesan yang memuaskan harap2 lain pembaca pun boleh terima,saya mengambil kesempatan agar atas kesedaran ini mari sama2 kita menjadi penyapu lidi bagi memberseh sampah sarap tetapi jangan menjadi lidi takut senang dipatah.

    ReplyDelete
  2. Ada 3 juta ahli umno yang mustahil 100% undi umno.

    Ada lagi 12 juta pengundi diluar sana..
    Purata 7 juta undi memihak PH, Puterajaya beralih tangan..

    Peratus undi melayu 58%

    ReplyDelete
  3. Jawapan aku mudah je dasar deb digagalkan oleh tun mahathir sendiri di harap sanusijunid menjawab kenapa kegagalan dasar deb pada kami

    Adakah orang mengagalkan dasar deb seperti tun mahathir Kami mahu sokong dia lagi.

    Apa orang melayu dapat apa setalah puluhan tahun bagi sokong pada tun mahathir itu, sila jawab pada kami ini

    Guru dan polis dalam keadaan miskin di era tun mahathir itu.
    Anda tak tahu bersukur ke?

    Di era tun mahathir berkuasa Duit banyak dilaburkan pada main mata wang seperti berjudi, kenapa duit tak di bangunkan syarikat besar dan semua syarikat besar dibina oleh tun mahathir hambir bankrap dan ada yg tutup, buka mata anda lulas lulas .

    ReplyDelete
  4. 1.05.
    Nampaknya anda masih di bawah tempurung!
    Tahniah TS,sesungguhnya apa yg tercatat amat besar nilainya. Tapi kuasa dedak telah menghapuskan sifat baik bangsa melayu.

    ReplyDelete