SEMUANYA MELAYU BELAKA
Jika anda pernah terbaca karangan saya dalam blog ini bertajuk TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE pasti anda akan menemui satu soalan yang pernah saya tanya padanya, sebagai Menteri saya di Kementerian Dalam Negeri atas sebabnya bila beliau bertemu dengan orang Aceh, seperti Teungku Hasan Muhamad Di Tiro, Wali Gerakan Aceh Merdeka, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya orang Aceh; bila beliau bertemu dengan orang Jawa, seperti Kepala BAKIN Ali Martopo, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya berasal dari Jawa; bila beliau bertemu dengan tokoh Thailand, seperti General Sayud, beliau menyatakan neneknya berasal dari Pattani, dan bila beliau bertemu dengan orang Minangkabau beliau menyatakan neneknya berasal dari Minangkabau. Saya menyaksi sendiri kejadian ini. Jawabnya ringkas, ' Kerana mereka semuanya Melayu belaka.'
KENAPA SEMUANYA DIPANGGIL MELAYU

Apa yang saya tidak tulis dalam blog di atas ialah penjelesan Tun Ghazali Shafie, yang juga disahkan oleh seorang lagi yang pernah menjadi Menteri saya iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof di waktu saya menjadi Timbalannya di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, selepas Pilihanraya Umum tahun 1978. Mereka berdua, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang terkenal kebijaksanaannya dan seorang lagi peguam yang handal yang pernah menjadi Peguam Negara yang integritinya tidak pernah dipersoalkan, menyatakan bahawa dalam kad pengenalan rakyat Malaya, berbeza dengan kad pengenalan rakyat Singapura tidak di sebut dari keturunan apa seseorang itu dilahirkan melainkan semuanya ditulis Melayu belaka.
Tujuannya ialah supaya rakyat Malaysia, yang dulunya Malaya, walaupun dari keturunan yang berbeza, yang berasal dari Nusantara, adalah dalam satu Rumpun Melayu yang terdiri, mengikut abjad dari keturunan suku kaum Aceh, Banjar, Betawi, Boyan, Bugis, Jawa, Lombok, Madura, Mandailing, Minang, Palembang, Ranau, Rawa, Riau, Siak, Sunda dan lain-lain. Jika mereka diklasifikasikan mengikut suku masing-masing maka susahlah untuk kita menggelarkan raja kita sebagai Raja Melayu, kerana mungkin ada yang ingin digelarkan Raja Pattani, Raja Minangkabau atau Raja Aceh mengikut tempat dan keturunan asal nenek moyang masing-masing.
Malahan pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar, setelah berjaya menentang Malayan Union, pernah mencadangkan supaya semua kaum, termasuk yang keturunannya berasal dari benua India dan China, dipanggil Melayu jika mereka rakyat Malaya, kemudiannya jadi Malaysia. Tetapi cadangan ini telah ditolak.
JAMINAN KEBEBASAN MENGGUNA BAHASA IBUNDA
Dalam Perlembagaan Malaysia ada ayat yang menyatakan bahawa walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, tetapi semua kaum bebas mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Oleh kerana berbagai kaum dalam rumpun Bangsa Melayu tidak disebut mengikut pecahan kaum ianya membawa maksud bahawa bahasa Melayulah yang menjadi bahasa ibunda bagi kaum yang berbeza dalam dunia Melayu Nusantara, walaupun masing-masing kaum ada bahasanya yang berbeza, dan lengkap, dan bukan hanya loghat dari bahasa Melayu.
Jika setiap kaum dalam Rumpun Melayu menganggap bahasa ibundanya ialah bahasa kaumnya sendiri, dan bukan bahasa Melayu, berertilah, kerana bahasa itulah pengenalan bangsa, tidak ada bangsa yang boleh dianggap sebagai golongan majoriti dalam negara Malaysia. Menyedari hakikat inilah maka dalam Sumpah Pemuda tahun 1930 Soekarno dan Hatta telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa Indonesia. Mereka berdua mengenepikan bahasa Jawa sebagai bahasa ibunda kaum Jawa, yang merupakan golongan majoriti, dari dijadikan bahasa rasmi Indonesia, kerana bahasa Melayu/Indonesia adalah lingua franca untuk penduduk majoriti di gugusan kepulauan Melayu di Nusantara. Meletakkan bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa rasmi Indonesia juga meletakkan asas yang kukuh bagi rancangan Soekarno-Hatta, yang tidak atau belum berhasil, untuk mewujudkan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
Dengan kerelaan kita mengenepikan faktor kaum ianya telah membolehkan adanya bangsa Melayu dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi bahasa yang memperkenalkan bangsa kita.
BAHASA TAMIL BUKAN BAHASA IBUNDA SEMUA KAUM YANG BERASAL DARI INDIA.
Bagi mereka yang keturunannya berasal dari India, walaupun bahasa ibunda suku Punjabi, Tamil, Hindi, Telegu dan lain-lain, agak berlainan, sehingga di negara India sendiri mereka telah jadikan bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi di samping bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Di Malaysia, kita tidak menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasa ibunda untuk semua kaum yang keturunan asalnya dari India, sebaliknya terdapat banyak sekolah Tamil, seolah-olah merekalah yang mewakili semua kaum yang berasal dari India.
MANDARIN DIJADIKAN BAHASA PENGANTAR SEKOLAH CHINA
Bagi kaum China pula, jaminan yang ada dalam perlembagaan adalah untuk bahasa ibunda iaitu bahasa Hokkien, Kek, Kantonis dan lain-lain. Oleh itu untuk menjamin adanya sekolah China yang bahasa pengantarnya terdiri dari bahasa Mandarin satu akta khusus telah dibuat di dalam Parlimen untuk tujuan itu, kerana Mandarin bukan bahasa ibunda kaum China yang ramai ada di Malaysia.
TAFSIRAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia memberi satu keistimewaan yang unik kepada tafsiran bangsa Melayu yang tidak terdapat dalam perlembagaan negara-negara lain di dunia. Seseorang yang menjadi Melayu diwajibkan (1) berugama Islam, (2) berbahasa Melayu dan (3) beradat istiadat Melayu. Mengikut tafsiran ini siapa saja boleh menjadi Melayu asal mempunyai tiga syarat tersebut, walaupun tidak semestinya menjadi rakyat Malaysia. Semua rakyat Indonesia yang berugama Islam menjadi Melayu di bawah tafsiran ini. Mereka yang dari keturunan China, India, Jepun, Nigeria dan lain-lain negara juga boleh menjadi Melayu jika memenuhi tafsiran ini. Walaupun menjadi Melayu tidak bererti mereka menjadi rakyat Malaysia, tetapi seseorang rakyat Malaysia yang bukan berasal dari Rumpun Melayu otomatik menjadi Melayu jika memenuhi tiga syarat yang termaktub dalam perlembagaan.
BUMIPUTERA
Apabila Sabah, Sarawak dan Malaya bergabung dalam satu persekutuan Malaysia, oleh kerana definasi Melayu itu mewajibkan berugama Islam bagi seseorang yang digelar Melayu, maka perkataan Bumiputera mula digunakan untuk merangkumi semua golongan dari Rumpun Melayu di Nusantara. Ini bererti seseorang dari Rumpun Melayu di Nusantara otomatik menjadi Bumiputera sementara Bumiputera itu hanya menjadi Melayu jika ianya penganut ugama Islam. Sementara itu, mereka yang bukan dari Rumpun Melayu di Nusantara, otomatik digelar Melayu jika memenuhi syarat Perlembagaan Malaysia. Tetapi, apakah mereka juga Bumiputera?
'BRANDING' KAUM ATAU BANGSA
Walau dari apa jua kaum dan bangsa keturunan seseorang itu berasal sudah pasti dalam kisah sejarah kaum dan bangsa berkenaan ada kejadian atau individu yang boleh menjadi kebanggaan kaum dan bangsa berkenaan.
Jika sejarah sesuatu kaum dan bangsa seseorang itu didapati banyak pencapaian yang cemerlang ianya menyebabkan kaum dan bangsa itu merasa bangga sebagai seorang yang keturunannya dari kaum itu.
Malahan seseorang itu juga boleh berbangga bukan saja kerana sejarah kaum dan bangsanya tetapi juga kerana tempat kelahirannya jika di tempat itu terdapat banyak kisah kehebatan pencapaian kaum dan bangsa berkenaan.
PELAJAR BANGGA KERANA TEMPAT BELAJARNYA
Begitu juga dengan sekolah dan universiti tempat seseorang itu mendapat pendidikan. Ada pelajar yang bangga kerana universitinya banyak mengeluarkan graduan yang berprestasi tinggi tetapi ada juga pelajar yang prestasinya begitu baik sehingga universitinya berbangga dengan adanya pelajar sedemikian.
Ramai graduan bangga kerana berkelulusan daripada unversiti Oxford, Cambridge, Harvard dan MIT, sedangkan pihak universiti tidak ada sebab untuk berbangga dengan adanya pelajar sedemikian. Pelajar yang tidak mampu mengharumkan nama universiti besar bergantung kepada sejarah pencapaian pelajar-pelajar lain dari unversiti itu untuk mengharumkan namanya.
Contohnya terdapat di Universiti Oxford. Walaupun pelajar berbangga jika berkelulusan Oxford, tetapi dalam sejarah Oxford pernah terdapat tenaga pengajar yang ternyata menjadi perisik Russia yang dianggap paling bahaya untuk negaranya di zaman perang dingin masih berlaku.
Ada juga beberapa tahun yang lalu seorang pelajar pintar, bernama Sufiah, dari Malaysia yang bapanya Farooq berasal dari Pakistan dan ibunya Melayu, yang berugama Islam, didapati bekerja sebagai pelacur kelas tinggi atas galakan bapanya. Sudah tentu pelajar begini tidak mengharumkan nama universiti Oxford.
Begitu hebat nama Universiti Oxford sehingga seorang penulis novel terkenal di Britain telah mendakwa dirinya seorang berkelulusan Oxford walaupun ternyata beliau telah menipu dan dipenjarakan atas pembohongan ini. Jeffry Archer tidak memerlukan nama Universiti Oxford untuk menjadi seorang penulis novel yang terkenal, malah nama Oxford boleh menjadi harum kerana kemampuannya menulis; tetapi beliau memerlukan 'branding' Oxford sebelum beliau menjadi terkenal.
TENAGA KERJA INDONESIA
Di awal pemerintahan Tun Dr. Mahathir satu mesyuarat telah diadakan dengan Presiden Soeharto di Langkawi. Dalam pertemuan itu Soeharto telah bersetuju membenarkan Malaysia membawa masuk pekerja-pekerja dari Indonesia untuk mengisi jawatan yang berlebihan kerana proses pembangunan industri, perladangan dan prasarana yang pesat di Malaysia memerlukan tenaga kerja yang agak ramai.
Pada mulanya Malaysia mencadangkan untuk memilih dengan teliti supaya pekerja yang datang itu diselidiki dahulu latar belakangnya untuk memastikan tidak ada yang berpotensi menjadi kriminal atau penjenayah dibawa masuk bersama. Dengan tersemyum Presiden Soeharto mencadangkan diambil juga yang 'tidak benar' supaya yang tinggal nanti bukan yang tidak dikehendaki oleh Malaysia saja.
Hasil dari keputusan Mahathir-Soeharto maka berduyun-duyun tenaga kerja dari Indonesia masuk ke Malaysia dan turut membantu dalam pembangunan negara yang sedang pesat.
Ada juga beberapa orang pekerja dari Indonesia yang datangnya dari Aceh. Saya telah dijemput untuk hadir dalam satu pertemuan dengan mereka di mana saya telah menasihatkan supaya mereka tetap sopan dan patuh kepada ugama, dan tidak memalukan tempat asal mereka dan mengelak dari terjerumus dalam kegiatan jenayah. Ada dari antara yang hadir mencadangkan supaya jika mereka tertangkap kerana jenayah yang mereka lakukan, mereka tidak mendedahkan bahawa mereka berasal dari Aceh. Saya menyampuk, 'Satu idea juga,.. tetapi yang lebih baik ialah tidak mengerjakan jenayah supaya tidak perlu menyembunyi identiti tempat asal.'
LAWATAN KE PENJARA PUDU
Dalam satu lawatan saya ke Penjara Pudu saya telah dibawa untuk bertemu dengan lebih kurang 800 orang banduan dari Indonesia yang telah ditangkap, dibicarakan dan dihukum penjara atas berbagai kegiatan jenayah.
Dalam majlis pertemuaan dengan banduan yang diadakan oleh Ketua Warden, Dato' Ibrahim, saya telah meminta supaya para banduan mengangkat tangan apabila tempat datangnya mereka disebut.
Setelah selesai kesemuanya memperkenalkan diri saya dapati tiada sorang pun berasal dari Aceh.
Saya pun berjalan memeriksa barisan dan apabila sampai di belakang saya terdengar salam, 'Peu haba Teungku ....' (Apa khabar Teungku .). Saya terkejut dan terus bertanya, 'Kamu dari Aceh . berapa orang?' Dia menjawab 'Peut droe... ' (Empat orang... ). 'Kenapa tidak angkat tangan tadi?' Dia menjawab, 'Bek male bik droe....' (Supaya tidak malu bangsa sendiri).
Di sini, jelaslah bahawa penjanayah juga boleh menjaga kehormatan bangsa atau kaumnya jika, setelah melakukan jenayah dia tidak mendabik dada dan bermegah bahawa 'Akulah pencuri terhebat dari Aceh.'
PENJENAYAH ELIT - ARITA BAKOOY
Pelaku jenayah yang paling sukar dimusnahkan ialah dari kalangan mereka yang berpangkat atau elit. Satu kisah dari sejarah Aceh ialah wujudnya seorang pentadbir negara bernama Arita Bakooy.
Begini ceritanya yang pernah saya huraikan dalam satu ucapan di konferensi ADIC (Aceh Development International Conference) pada tahun 2011:
Pada tahun 1420 ms Sultanah Nahrisyah Malikul Zahir yang digelar Malikah Ratu Nahrasyah Rawangsa Chadiyu, menjadi Sultan Samudera Pasai ke 10 mengganti ayahnya Sultan Khaidir Malikul Zahir.
Arita Bakooy telah dilantik oleh Sultanah Nahrisyah menjadi 'Mangkubumi' dengan gelaran 'Maharaja Bakooy Ahmad Permala'.
Bakooy adalah tokoh aliran wujudiah yang bertentangan dengan aliran ahlussunnah waljamaah.
Beliau mengahwini anaknya sendiri walau pun ditentang oleh Ulama.
Empat puluh (40) ulama ahlussunnah waljamaah yang menentang idea ini telah dibunuh oleh Arita Bakooy.
Arita Bakooy kemudiannya telah dibunuh oleh suami Sultanah Nahrisyah yang bernama Malik Musthofa yang bergelar Pocut Cindan Simpul Alam dengan dibantu oleh Sultan Mahmud Alaiddin Johan Syah dari kerajaan Aceh Darussalam.
Aceh tidak boleh berbangga dengan sejarah ini. Aceh perlu mengelak dari kewujudan Arita Bakooy atau mereka yang moralnya sejenis dengan Arita Bakooy
Walaubagaimana pun Aceh berbangga dengan adanya suami Sultanah Nahrisyah yang berjaya membunuh Arita Bakooy.
Mengecam Arita Bakooy tidak boleh menimbulkan kemarahan bagi rakyat Aceh kerana Aceh benci dengan tokoh seperti Arita Bakooy. Adanya watak seperti Arita Bakooy juga tidak bererti wajah satau 'brand' eluruh rakyat Aceh menjadi tercemar sedangkan Aceh terkenal dengan ramainya pejuang gemilang dan ulama terkenal dalam sejarahnya,
Di satu masa dulu, di waktu Malaysia di kecam dalam media dunia sebagai negara yang mengamalkan system diskriminasi dan hubungan antara rakyat berbilang kaum agak tegang, ramai juga orang keturunan India dan China yang ditemui di luar negeri, sebagai pelajar, pelawat atau pelancong, lebih memperkenalkan diri mereka sebagai seorang dari ketuturan China atau India tanpa menyebut negara di mana dia menjadi rakyatnya. Mereka tidak merasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir boleh dikatakan semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara, termasuk yang telah lama meninggalkan negaranya, akan dengan bangganya menghebahkan dia seorang rakyat Malaysia.
Di seluruh dunia Islam, di seluruh dunia ketiga, di negara-negara Afro-Asia, juga di ibu-ibu kota di Barat nama Tun Dr. Mahathir mengharumkan Malaysia dan membanggakan rakyatnya.
TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA SEORANG TOKOH BEGITU DISANJUNG OLEH MASYARAKAT DUNIA.
Tetapi kini, negara kita terkenal dengan skandal kleptokrasi yang terburuk dalam sejarah dunia.
Badan-badan pemegang amanah untuk rakyat disalahgunakan oleh pemimpin negara.
Institusi-institusi yang berkewajipan mempertahan dan melindungi rakyat dan negara tidak berfungsi ditahap integriti yang boleh diharapkan.
Rakyat sudah berasa malu semula untuk mengenalkan dirinya dari Malaysia apabila berada di luar negara.
Hanya Allah yang dapat membantu kita. Tetapi, Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merobahkan dirinya sendiri. Wallahu'aklam.
P. S.
Masukan blog ini saya tulis sebagai mantan Presiden, Persatuan Persahabatan Malaysia Indonesia (PERMAI) yang bekerjasama dengan Lembaga Persahabatan Indonesia Malaysia (PRIMA) yang dipimpin oleh Gen. (B) Try Sutrisno, Mantan Wakil Presiden Republik Indonesia.

ATAU
TEMPAT BELAJAAR BANGGA
KERANA ADA PELAJARNYA YANG GEMILANG.

RAKYAT MALAYSIA
PERNAH BANGGA DENGAN NEGARANYA

Salam Pak Sanusi.Terima kasih hantaq cerita baru.Agak-agak penyamun-penyamun elit faham ke apa yang dikisahkan ini?
ReplyDeletebuat2 tak paham
ReplyDeletesentiment kedaerahan amat 'tebal' sekali sebelum rakyat memutus utk menetang rancangan 'Malayan union' yg sebenar nya tlh pun d persetujui olih hampir kesemua raja2 n sultan2.
ReplyDeletearwah bapa saya tlh merantua k Kelantan utk mencari perkerjaan. arwah atok saya tlh membekal nya ilmu 'pendinding'.(amalan adalah lazim d zaman dahulu).
saya yakin samapai k hari ini ramai yg mendpt pengikhtiraanf sebagai 'melayu perlembagaan'saja. dan ramai juga drpd mereka masih lagi memberi keutamaan (priority) kpd suku masing2 e.g bugis, jawa atau minang.
d Indonesia terdpt lebih drpd 700 suku n suku melayu hanya berjumlah 5juta saja.
tetapi semua nya bermegah n rela utk mengishtiharkan yg mereka semuanya berbangsa Indonesia.
banyak drpd mereka yg akan tersinggung jika kita merangkum kan mereka sebagai bangsa melayu.
namun mereka tiada halangan jika d sebut kita ini semuanya 'serumpun'.
pd saya istilah bangsa melayu adalah satu 'misnomer'. lebih sesuai jika d guna kaum melayu, kaum cina n kaum india dll.
semua kita ini adalah bangsa Malaysia.
kerajaan PH wajib memperbetulkan kekeliruan ini.
wallahu'allam.
Minang,banjar,mandailing,rao,boyan itu melayu,jawa sunda serumpun dgn melayu,aceh pun serumpun melayu kerana asal usul bngsa mon khmer,dayak kadazan batak bukan melayu,cina india sikh bangsa pendatang yg dibawa british terikat dgn perjanjian bila2 masa boleh dilucutkan warganegara😆😆😆
DeleteTlisan yang bagus .. tetapi sayang banyak fakta sejarah tentang Indonesia yang tidak tepat dan akurat di tulisan ini ...
ReplyDeleteAda yang lucu ... Hanya Malaysia saja yang berpendapat bahwa Indonesia adalah saudara serumpun melayu ... sedangkan Indonesia tidak pernah sepoendapat dengan itu ...Bagi Indonesia melayu adalah bagian kecil dari Indonesia yang lebih besar dan beragam ...
Itu pendapat lu seorng kerana org indon byk yg buta sejarah😆😆😆
DeleteBangsa Melayu tidak pernah wujud. Istilah Asal dari India untuk penghuni Bukit di Kedah.
ReplyDeleteBangsa melayu wujud bangsa pendatang yg patut dihantar blik
DeleteTrima kasih di atas maklumat dikongsi..
ReplyDeleteMaaf kiranya ingin membuat penambahan informasi sahih.
Kebanyakan bangsa di kepulauan SUMATERA adalah melayu. TETAPI bangsa2 dari kepulauan selain Sumatera seperti Jawa, Kalimantan, Sulawesi dan lain2 adalah BUKAN MELAYU.
Jawa, Boyan, Madura, etc BUKAN MELAYU.
Terima kasih.
Haha lawak lh lu ni blajar lgi sejarah
DeleteDi malaysia sudah dimelayukan di semenanjung. Etnik jawa, banjar, bugis, minang, siam semua melayu dalam IC. Etnik dayak, bidayuh, iban dan lai 2 bumiputera sarawak tidak dimelayukan.
Delete