REAKSI KE ATAS
PERMINTAAN MAAF TUN DR. MAHATHIR.
Sejak Perhimpunan Agong pertama PPBM diadakan pada 30.12.2017 tidak putus-putus perbincangan mengenai Tun Dr. Mahathir meminta ma'af atas kesalahannya di masa lampau.
Permintaan ma'af Tun Dr. Mahathir ini menjadi lebih terserlah apabila beliau menulis di dalam blognya mengenai tuduhan yang disergah ke atas beliau sebagai seorang 'DIKTATOR' di zaman pemerintahannya dengan gelaran Mahazalim dan Mahafir'aun.
SEORANG DIKTATOR TIDAK AKAN MINTA MAAF
Apa yang diketahui umum ialah seseorang yang betul-betul bersikap 'diktator' tidak mungkin meminta ma'af.
Oleh kerana jasa yang telah ditaburi olehnya sepanjang lebih 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, sehingga Malaysia menjadi negara contoh di kalangan negara yang sedang membangun dan negara yang menjadi kemegahan bagi semua negara Islam, tuduhan diktaror oleh saingan politiknya tidak memberi kesan negarif, apatahlagi bila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan pemergiannya diiringi air mata mereka yang menghormati dan mengaguminya. Tidak ada seorang 'diktaror' pun dalam sejarah dunia yang meletak jawatan tanpa dipaksa.
KENAPA TUN MINTA MAAF?
Oleh kerana Tun Dr. Mahathir tidak menjelaskan atas kesilapan apakah maka beliau telah meminta maaf maka masing-masing individu membuat tafsiran sendiri atas apakah kesalahan Tun Dr. Mahathir yang beliau merasakan perlu meminta maaf.
Dari sumber social media yang dapat saya layari dan tembusi jelas sekali ramai yang merasa puas hati bahawa Tun Dr. Mahathir telah meminta maaf padanya atas kesalahan yang telah Tun Dr Mahathir lakukan.
Ada juga yang menjadi marah apabila Tun Dr. Mahathir meminta maaf, atas sebab-sebab peribadi masing-masing, kerana mereka tidak mahu rakyat memaafkan Tun Dr. Mahathir.
Antara yang ketawa gembira bila Tun Dr. Mahathir meminta maaf ialah anak saudara Pak Din Sampan di Pulau Langkawi. Beliau dilaporkan berkata, 'OK. Tun dah minta ma'af, sewa sampan bapa saudara saya yang dia lupa bayar boleh dihapuskan.' Bagi anak saudara Pak Din Sampan, kejadian sewa sampan yang Tun Dr. Mahathir belum bayar sejak beliau mula bekerja sebagai doctor di Langkawi pada tahun lima puluhan adalah sesuatu yang kekal dalam ingatannya, walaupun baginya ia adalah satu kenangan yang manis. Ada juga yang berkata hutang itu sudah pun dibayar oleh Tun Dr. Mahathir tetapi tidak diketahui oleh anak saudara Pak Din Sampan.
Ada dikalangan kerabat di raja yang melafazkan, 'Tun sudah minta ma'af kerana dia kurangkan kuasa raja.'
Anggota kerabat di raja ini tidak tahu bahawa kuasa raja, yang memerlukan tanda-tangannya diturunkan sebelum sesuatu akta yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dilaksanakan, telah dikurangkan untuk memelihara nama baik raja supaya tidak ternampak menggunakan kuasa itu untuk melambatkan pentadbiran negeri atau Negara, walau atas sebab apa sekalipun..
Ada yang menyebut bahawa, 'Tun menyesal dia menggunakan akta ISA untuk tangkap ramai pemimpin pembangkang dalam "Operasi Lalang".
Yang melafazkan ini tidak terfikir bahawa Tun, sebagai Perdana Menteri, memberi kebebasan kepada pegawai atau kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh itu pihak polis tidak perlu mendapat izin Tun untuk menangkap sesiapa saja, dan pihak mana jua, yang mereka mengesyaki akan membuat masalah bagi keselamatan dan keharmonian dalam negara.
Malahan.
Tun Hanif Omar, selaku Ketua Polis Negara di waktu adegan 'Operasi Lalang' berlaku, telah menyatakan bahawa tindakan yang telah diambil adalah keputusannya sendiri dan bukan atas arahan Tun Dr. Mahathir.
Selaku pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Raksaksa 1 November, yang dirancangkan, saya telah diberitahu oleh Wakil Ketua Polis Negara Tan Sri Amin Osman, bahawa saya, walaupun seorang anggota kabinet, juga boleh ditangkap oleh pihak polis jika berlaku huru-hara kerana Perhimpunan Raksaksa pada 1 November tidak dibatalkan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir juga tidak berkuasa untuk menghalang pihak polis dari menangkap saya.
Di kalangan peguam ada yang menyatakan, 'Tun bertanggungjawab atas pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara.'
Apakah para peguam tidak mengetahui, atau sengaja tidak mahu ketahui, adanya peranan Yang Di Pertuan Agong di dalam kejadian ini kerana Tun Salleh Abas pernah menjadi pendakwa sehingga Kebawah Duli Tuanku telah dijatuhkan hukuman di waktu beliau masih menjadi Tengku Mahkota di Johor sehingga dilucutkan jawatannya. Yang menjadi majestrit dan menjatuhkan hukuman ke atas Kebawah Duli Tuanku ialah Allahyarham Tuanku Raja Perak Raja Azlan Shah sementara pegawai polis yang menangkap Kebawah Duli Tuanku ialah Tan Sri Rahman Ismail (terkenal sebagai 'Rahman P.Ramlee').
Tun Dr. Mahathir tidak berhasrat mendedahkan semua kejadian dan sanggup disalahkan walaupun beliau tidak bersalah dalam kes pemecatan Tun Salleh Abas.
Peguam Negara Tan Sri Abu Talib telah mengesahkan bahawa Tun Dr. Mahathir tidak memberi arahan dan bukan punca pemecatan Tun Salleh Abas.
Nama Perdana Menteri hanya terkait kerana Panel Hakim yang dilantik untuk mengadili Tun Salleh Abas, sebagaimana kehendak Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agong, hanya boleh dibuat atas nama pejabat Pejabat Perdana Menteri.
Ada di kalangan tokoh PAS menyatakan, 'Tun dah minta maaf atas kesilapannya berkaitan pembunuhan di MEMALI.'
Mereka lupa, atau sengaja hendak melupakan, bahawa peristiwa sedih di MEMALI adalah akibat dari AMANAT HAJI HADI AWANG dan Tun bukan Menteri Dalam Negeri yang boleh mengarah pihak polis untuk bertindak sebelum keganasan dilakukan oleh pihak Ibrahim.
Saya pernah bertugas di Kementerian Dalam Negeri di waktu Tun Ghazalie Shafie menjadi Menterinya. Di masa berlaku peristiwa serangan pihak ekstremis Islam ke atas Balai Polis Batu Pahat saya mendengar panggilan wireless dari Balai Polis Batu Pahat meminta izin Menteri untuk menembak pihak ekstremis yang kelihatan sedang menuju ke arah Balai Polis dengan parang. Tetapi Tun Ghazali Shafie tidak mengizinkan kerana pihak ekstremis tidak terbukti keganasan mereka. Sehinggalah seorang polis wanita telah putus tangan ditetak dengan parang oleh seorang ekstremis barulah pihak polis membalas dengan tembakan ke atas yang menyerang tanpa perlu meminta izin Menteri.
Itulah disiplin yang dipatuhi oleh pihak polis, iaitu tidak menembak sehingga terbukti wujud keganasan, atau pun mendapat izin dari pihak Menteri Menteri Dalam Negeri. Dan Tun Dr. Mahathir bukan Menteri Dalam Negeri di waktu kejadian MEMALI.
Kalangan peniaga pula merasakan, 'Tun patut minta maaf pada aku kerana dia beri kontrak bina jembatan kepada orang lain sedangkan harga aku paling murah.'
Peniaga atau pengusaha tidak tahu bahawa penilaian atas kontrak dibuat oleh para profesyenal yang mengemukakan analisa harga dan kemampuan kontraktor menjalankan tugas, sebelum keputusan dibuat.
Ada yang mengaitkan minta maaf Tun kerana berlaku skandal kewangan di zamannya. Mereka lupa bahawa Tun bukan Menteri Kewangan di waktu skandal itu berlaku. Apabila Skandal BMF di ketahui berlaku maka tindakan telah diambil, laporan telah dibuat dan dibentangkan untuk pengetahuan umum mengikut undang-undang. Malahan Menteri Kewangan di waktu bocornya skandal BMF ialah juga Pengerusi Bank Bumiputra Malaysia Berhad selaku pemegang saham sepenuhnya dalam BMF (Bumiputra Malaysia Finance Ltd.) di waktu BMF ditubuhkan. Aneh bin ajaib apabila tidak ada yang berminat untuk bertanya padanya mengenai skandal ini, sedangkan beliau tentu lebih mengetahuinya. Apakah ini disebabkan beliau masih ahli UMNO.
Tun Dr. Mahathir juga bukan Menteri Kewangan di waktu Bank Negara Malaysia menghadapi kerugian yang banyak akibat spekulasi matawang asing. Tun juga bukan Menteri Kewangan di waktu perniagaan matawang asing itu diurus.
Berbeza dengan bala yang menimpa 1MDB di mana skandalnya berlaku di waktu Dato' Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi Menteri Kewangan sekaligus dengan memasukkan Seksyen 117 artikel M&A 1MDB yang memberi kuasa dan tanggungjawab penuh kepada Menteri Kewangan dalam segala urusan dalam 1MDB. Seksyen 1MDB ini tidak membebaskan tanggungjawab dari pemegang jawatan lain dalam 1MDB kerana semua tindakan memerlukan keizinan Dato' Seri Mohd Najib.
Ada yang menyalahkan Tun kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dibawa ke mahkamah untuk diadili. Mereka terlupa bahawa Tun tidak pernah membayar RM9 juta kepada Pendakwa Raya yang mengambil tindakan dan berperanan dalam mahkamah sehingga Dato' Seri Anwar didapati bersalah. Bayaran sedemikian telah diberi kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut laporan yang diketahui ramai.
Alhamdulillah, semua pihak merasa sedikit lega kerana mereka merasa Tun sudah minta maaf atas kesalahan yang beliau lakukan yang berkaitan dengan peribadi masing-masing.
Seorang sahabat saya yang saya gelarkan di sini sebagai SMSJ mencadangkan Tun Dr. Mahathir minta maaf seperti berikut: (Dalam bahasa Inggeris)
'I'm sorry for my past mistakes to this nation, and I vow, before I die, despite my age, to not rest until the separation of powers and institutional checks and balances have been restored, the judiciary and other enforcement agencies are made independent, no more arbitrary powers to be abused to hire and fire top civil servants, elections are made fair and transparent, freedom of expression restored, the economy is put right, public financial management put on an even keel, jobs are created again, the ringgit is returned to or near its former value, corruption and wastefulness minimized, etc etc.' (The above refers to wrongs done to other people. For the wrongs done to Allah, then taubat nasuhah is needed, with complete repentance, sincerity and hope for Allah's forgiveness, and a pledge never to repeat in the future.
Saya terjemahkan lebih kurang begini:
'Aku kecewa atas kesalahan yang telah kulakukan kepada negara, dan aku bersumpah, sebelum aku menghembus nafas terakhirku, walaupun umurku sudah lanjut, tidak akan berhenti sehingga perpisahan dan pengimbangan institusi-institusi kuasa dipulihkan, system kehakiman dan peranan agensi dapat bertindak bebas, tanpa adanya kuasa yang boleh diselewengkan untuk mengambil dan memecat pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pilihanraya dilaksanakan secara adil dan telus, terjamin kebebasan bersuara, kedudukan ekonomi dipulihkan dan pengurusan kewangaan awam ditertibkan, memperbanyakkan pekerjaan, nilai ringgit dipulihkan, rasuah dan pembaziran dikurangkan dan lain-lain.' (Kesalahan yang dimaksudkan ialah terhadap sesame manusia. Bagi kesalahan di sisi Allah, perlulah taubat nasuhah, dengan kesesalan yang sebenar, ikhlas dan harapan untuk diampuni olah Allah, dan janji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang.)
Oleh kerana tidak ramai antara rakyat yang berpeluang menjadi Wakil Raykat, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco), Menteri Besar dan Ketua Menteri, maka gambaran yang ada pada orang ramai mengenai kuasa yang ada pada mereka yang menjawat jawatan-jawatan ini agak mengelirukan atau berlebihan. Begitu juga dengan kebolehan peribadi masing-masing yang memegang jawatan.
Sebenarnya seseorang yang menjadi Menteri tidak semestinya lebih pandai. lebih berkelulusan atau lebih berpengalaman dari semua pegawai yang bertugas di bawahnya. Menteri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek besar di bawah kementeriannya kecuali beliau menjadi Menteri Kewangan.
Perdana Menteri juga tidak boleh meluluskan projek jika tidak disetujui oleh Menteri Kewangan, sementara Menteri Kewangan pula bertanggungjawab kepada Parlimen. Walaubagaimana pun Perdana Menteri berkuasa menukar siapa yang hendak dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan. Itulah sebabnya Perdana Menteri Najib melantik dirinya untuk menjadi Menteri Kewangan.
Di peringkat kementerian ada Jawatankuasa yang meluluskan projek-projek yang hendak dilaksanakan, dan dalam jawatankuasa ini yang paling berpengaruh ialah Pegawai Kewangan yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Kewangan di bawah Menteri Kewangan.
Itulah sebabnya bila kita terdengar berlakunya kecurangan kewangan atau rasuah dalam satu-satu kementerian, walaupun yang disyakki ialah Menterinya tetapi yang dihukum ialah pegawai berkaitan. Ini tidak bererti pihak Menteri tidak mengguna pengaruhnya untuk memastikan satu-satu tender itu memihak kepada swasta pilihannya. Ini bergantung kepada kerjasama yang terjalin antara Menteri dengan pegawai-pegawai berkenaan.
Untuk menjamin tidak ada penyelewengan di peringkat kementerian pihak Perdana Menteri hendaklah mempunyai kepercayaan pegawai-pegawai tinggi semua kementerian supaya pegawai-pegawai ini dapat dan berani melapor atau menyampaikan maklumat kepada Perdana Menteri, atau agensi dan jabatan yang bertanggungjawab mengawasi penyelewengan, jika ada tanda-tanda penyelewengan akan berlaku.
Sebaliknya jika pihak Menteri tidak campur tangan dan tidak melanggar peraturan atau turut mempengaruhi pegawai berkenaan untuk memberi satu-satu projek kepada swasta pilihannya, maka pihak pegawai akan hilang hurmat kepada Menteri dan jika imannya juga kurang teguh dia juga akan ikut serta mengambil bahagiannya secara rasuah jua. Agak susah bagi seseorang pegawai untuk melapor ke atas jika dia mengetahui bahawa di peringkat atasan yang lebih tinggi juga amalan yang sama berlaku. Apatahlagi lagi jika Menteri dan Perdana Menteri adalah dari kalangan rakan seperdosaan.
Menteri juga bebas untuk membuat apa jua projek dan rancangan yang difikirkan berguna untuk rakyat jelata. Malaysia, setelah lama merdeka dan telah banyak memberi pendidikan dan latihan kepada rakyatnya, memiliki keahlian atau kepakaran di kalangan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang ternyata mampu membangun negara. Ini terbukti dengan berbagai projek yang dijayakan di zaman Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir.
Dari peruntukan wang yang diperolehi oleh sesebuah kementerian melalui peruntukan bajet tahunan kementerian mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang hendak dilakukan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir memberi kebebasan yang luas untuk seseorang Menteri turut serta menjayakan projek demi kepentingan rakyat jelata. Saya mempunyai banyak pengalaman di zaman pemerintahan beliau.
Ada beberapa program yang saya jayakan dengan kerjassama kakitangan kementerian tanpa mendapatkan izin Tun Dr. Mahathir dahulu.
Sebagai contoh marilah kita lihat beberapa projek yang saya laksanakan dengan kerjasama kakitangan kerajaan, dalam batasan bajet yang sah diperolehi ialah (a) Taman Pertanian Malaysia, (b) Kempen Minum Air Kelapa Muda, (c) Kempen Makan Ikan Berlauk Nasi, (d) Kempen Makan Ulam, (e) Kempen Makan Daging Arnab, (f) Pertandingan Panjat Pokok Kelapa Peringkat Antarabangsa dan (g) Projek Tanam Padi Atas Bumbung.
Taman Pertanian Malaysia telah diwujudkan tanpa kelulusan Unit Perancang Ekonomi dan dianggap sebagai bukan projek keutamaan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana semua Ketua-Ketua Jabatan menyokong untuk mewujudkan sebuah 'sekolah latihan amali' untuk masyarakat Petani, Penternak dan Nelayan untuk mereka dapat melihat dan mempelajari cara pertanian moden, maka pihak kementerian telah memulakan pelaksanaan projek Taman Pertanian ini dengan menggunakan bajet yang ada walaupun ditolak oleh ICU dan EPU.
Apabila projek sudah hampir siap kami telah menjemput Tun Dr. Mahathir untuk melihat Taman Pertanian, dan beliau telah meluluskan projek Taman Pertanian Malaysia dengan peruntukan perbelanjaan tambahan RM50 juta untuk menyudahinya.
Bukan semua projek yang saya laksanakan telah Berjaya dengan sepenuhnya. Ada yang gagal dan ada yang dikatakan projek gila. Perlu diingat semua kegagalan saya tidak pernah saya salahkan Tun Dr. Mahathir dan bila projek 'Tanam Padi Atas Bumbung' dikatakan 'projek Menteri gila' nama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tidak pernah dikaitkan.
Oleh itu, kenapakah kesalahan Menteri lain dihumbankan ke atas bahu Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir menyedari hakikat ini, tetapi, sebagai Perdana Menteri, beliau hanya berdiam diri kerana yang melakukan kesalahan itu ialah Menteri yang beliau sendiri melantiknya. Tetapi, apabila timbul isu seperti MEMALI, PEMBERHENTIAN TUN SALEH ABAS, SKANDAL FOREX dan AKTA PENGURANGAN KUASA RAJA beliau terpaksa kedepan untuk menjelaskan kejadian yang sebenarnya.
Sebenarnya, keputusan Tun untuk meminta maaf adalah satu tindakan yang paling ikhlas dan berani. Dengan pelbagai tafsiran atas permintaan maaf Tun maka jalan untuk Tun menjalankan tugasnya atas kesalahannya yang paling besar akan menjadi lebih mudah.
Apakah kesalahan Tun yang paling besar mengikut kacamata kita di masa sekarang. Tidak lain dan tidak bukan, memilih untuk memihak kepada Dato' Seri Najib Tun Razak dalam perjalanannya untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Najib sebagai tokoh pilihan Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri telah melakukan berbagai karenah yang merugikan bangsa dan bertentangan dengan ugama selama beliau menjadi Perdana Menteri.

DI LANGKAWI

KERABAT DI RAJA
(Krisis Perlembagaan)

AKTA - ISA
(Operasi Lalang)

KEHAKIMAN
(Pemecatan Tun Salleh Abas)

POLITIK PAS
(Trajedi Memali)

PEMBORONG
(Peluang Peniaga/Pengusaha)
(Peluang Peniaga/Pengusaha)
Kalangan peniaga pula merasakan, 'Tun patut minta maaf pada aku kerana dia beri kontrak bina jembatan kepada orang lain sedangkan harga aku paling murah.'
Peniaga atau pengusaha tidak tahu bahawa penilaian atas kontrak dibuat oleh para profesyenal yang mengemukakan analisa harga dan kemampuan kontraktor menjalankan tugas, sebelum keputusan dibuat.
UMNO
(Skandal BMF dan FOREX)
(Skandal BMF dan FOREX)
Ada yang mengaitkan minta maaf Tun kerana berlaku skandal kewangan di zamannya. Mereka lupa bahawa Tun bukan Menteri Kewangan di waktu skandal itu berlaku. Apabila Skandal BMF di ketahui berlaku maka tindakan telah diambil, laporan telah dibuat dan dibentangkan untuk pengetahuan umum mengikut undang-undang. Malahan Menteri Kewangan di waktu bocornya skandal BMF ialah juga Pengerusi Bank Bumiputra Malaysia Berhad selaku pemegang saham sepenuhnya dalam BMF (Bumiputra Malaysia Finance Ltd.) di waktu BMF ditubuhkan. Aneh bin ajaib apabila tidak ada yang berminat untuk bertanya padanya mengenai skandal ini, sedangkan beliau tentu lebih mengetahuinya. Apakah ini disebabkan beliau masih ahli UMNO.
Tun Dr. Mahathir juga bukan Menteri Kewangan di waktu Bank Negara Malaysia menghadapi kerugian yang banyak akibat spekulasi matawang asing. Tun juga bukan Menteri Kewangan di waktu perniagaan matawang asing itu diurus.
Berbeza dengan bala yang menimpa 1MDB di mana skandalnya berlaku di waktu Dato' Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri telah melantik dirinya sendiri untuk menjadi Menteri Kewangan sekaligus dengan memasukkan Seksyen 117 artikel M&A 1MDB yang memberi kuasa dan tanggungjawab penuh kepada Menteri Kewangan dalam segala urusan dalam 1MDB. Seksyen 1MDB ini tidak membebaskan tanggungjawab dari pemegang jawatan lain dalam 1MDB kerana semua tindakan memerlukan keizinan Dato' Seri Mohd Najib.
PKR
(Anwar Ibrahim)
(Anwar Ibrahim)
Ada yang menyalahkan Tun kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dibawa ke mahkamah untuk diadili. Mereka terlupa bahawa Tun tidak pernah membayar RM9 juta kepada Pendakwa Raya yang mengambil tindakan dan berperanan dalam mahkamah sehingga Dato' Seri Anwar didapati bersalah. Bayaran sedemikian telah diberi kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut laporan yang diketahui ramai.
SEMUA PIHAK LEGA
Alhamdulillah, semua pihak merasa sedikit lega kerana mereka merasa Tun sudah minta maaf atas kesalahan yang beliau lakukan yang berkaitan dengan peribadi masing-masing.
CERDIK PANDAI MEMBUAT CADANGAN
Seorang sahabat saya yang saya gelarkan di sini sebagai SMSJ mencadangkan Tun Dr. Mahathir minta maaf seperti berikut: (Dalam bahasa Inggeris)
'I'm sorry for my past mistakes to this nation, and I vow, before I die, despite my age, to not rest until the separation of powers and institutional checks and balances have been restored, the judiciary and other enforcement agencies are made independent, no more arbitrary powers to be abused to hire and fire top civil servants, elections are made fair and transparent, freedom of expression restored, the economy is put right, public financial management put on an even keel, jobs are created again, the ringgit is returned to or near its former value, corruption and wastefulness minimized, etc etc.' (The above refers to wrongs done to other people. For the wrongs done to Allah, then taubat nasuhah is needed, with complete repentance, sincerity and hope for Allah's forgiveness, and a pledge never to repeat in the future.
Saya terjemahkan lebih kurang begini:
'Aku kecewa atas kesalahan yang telah kulakukan kepada negara, dan aku bersumpah, sebelum aku menghembus nafas terakhirku, walaupun umurku sudah lanjut, tidak akan berhenti sehingga perpisahan dan pengimbangan institusi-institusi kuasa dipulihkan, system kehakiman dan peranan agensi dapat bertindak bebas, tanpa adanya kuasa yang boleh diselewengkan untuk mengambil dan memecat pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pilihanraya dilaksanakan secara adil dan telus, terjamin kebebasan bersuara, kedudukan ekonomi dipulihkan dan pengurusan kewangaan awam ditertibkan, memperbanyakkan pekerjaan, nilai ringgit dipulihkan, rasuah dan pembaziran dikurangkan dan lain-lain.' (Kesalahan yang dimaksudkan ialah terhadap sesame manusia. Bagi kesalahan di sisi Allah, perlulah taubat nasuhah, dengan kesesalan yang sebenar, ikhlas dan harapan untuk diampuni olah Allah, dan janji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang.)
PENGALAMAN MENJADI WAKIL RAKYAT
DAN
MEMEGANG JAWATAN DALAM KERAJAAN
Oleh kerana tidak ramai antara rakyat yang berpeluang menjadi Wakil Raykat, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco), Menteri Besar dan Ketua Menteri, maka gambaran yang ada pada orang ramai mengenai kuasa yang ada pada mereka yang menjawat jawatan-jawatan ini agak mengelirukan atau berlebihan. Begitu juga dengan kebolehan peribadi masing-masing yang memegang jawatan.
Sebenarnya seseorang yang menjadi Menteri tidak semestinya lebih pandai. lebih berkelulusan atau lebih berpengalaman dari semua pegawai yang bertugas di bawahnya. Menteri juga tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek besar di bawah kementeriannya kecuali beliau menjadi Menteri Kewangan.
Perdana Menteri juga tidak boleh meluluskan projek jika tidak disetujui oleh Menteri Kewangan, sementara Menteri Kewangan pula bertanggungjawab kepada Parlimen. Walaubagaimana pun Perdana Menteri berkuasa menukar siapa yang hendak dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan. Itulah sebabnya Perdana Menteri Najib melantik dirinya untuk menjadi Menteri Kewangan.
Di peringkat kementerian ada Jawatankuasa yang meluluskan projek-projek yang hendak dilaksanakan, dan dalam jawatankuasa ini yang paling berpengaruh ialah Pegawai Kewangan yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Kewangan di bawah Menteri Kewangan.
Itulah sebabnya bila kita terdengar berlakunya kecurangan kewangan atau rasuah dalam satu-satu kementerian, walaupun yang disyakki ialah Menterinya tetapi yang dihukum ialah pegawai berkaitan. Ini tidak bererti pihak Menteri tidak mengguna pengaruhnya untuk memastikan satu-satu tender itu memihak kepada swasta pilihannya. Ini bergantung kepada kerjasama yang terjalin antara Menteri dengan pegawai-pegawai berkenaan.
Untuk menjamin tidak ada penyelewengan di peringkat kementerian pihak Perdana Menteri hendaklah mempunyai kepercayaan pegawai-pegawai tinggi semua kementerian supaya pegawai-pegawai ini dapat dan berani melapor atau menyampaikan maklumat kepada Perdana Menteri, atau agensi dan jabatan yang bertanggungjawab mengawasi penyelewengan, jika ada tanda-tanda penyelewengan akan berlaku.
KARENAH RAKAN SEPERDOSAAN
Sebaliknya jika pihak Menteri tidak campur tangan dan tidak melanggar peraturan atau turut mempengaruhi pegawai berkenaan untuk memberi satu-satu projek kepada swasta pilihannya, maka pihak pegawai akan hilang hurmat kepada Menteri dan jika imannya juga kurang teguh dia juga akan ikut serta mengambil bahagiannya secara rasuah jua. Agak susah bagi seseorang pegawai untuk melapor ke atas jika dia mengetahui bahawa di peringkat atasan yang lebih tinggi juga amalan yang sama berlaku. Apatahlagi lagi jika Menteri dan Perdana Menteri adalah dari kalangan rakan seperdosaan.
KUASA MENTERI
UNTUK MEMBUAT DAN MELAKSANAKAN RANCANGAN ATAU PROJEK
Menteri juga bebas untuk membuat apa jua projek dan rancangan yang difikirkan berguna untuk rakyat jelata. Malaysia, setelah lama merdeka dan telah banyak memberi pendidikan dan latihan kepada rakyatnya, memiliki keahlian atau kepakaran di kalangan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang ternyata mampu membangun negara. Ini terbukti dengan berbagai projek yang dijayakan di zaman Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir.
Dari peruntukan wang yang diperolehi oleh sesebuah kementerian melalui peruntukan bajet tahunan kementerian mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang hendak dilakukan. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir memberi kebebasan yang luas untuk seseorang Menteri turut serta menjayakan projek demi kepentingan rakyat jelata. Saya mempunyai banyak pengalaman di zaman pemerintahan beliau.
Ada beberapa program yang saya jayakan dengan kerjassama kakitangan kementerian tanpa mendapatkan izin Tun Dr. Mahathir dahulu.
Sebagai contoh marilah kita lihat beberapa projek yang saya laksanakan dengan kerjasama kakitangan kerajaan, dalam batasan bajet yang sah diperolehi ialah (a) Taman Pertanian Malaysia, (b) Kempen Minum Air Kelapa Muda, (c) Kempen Makan Ikan Berlauk Nasi, (d) Kempen Makan Ulam, (e) Kempen Makan Daging Arnab, (f) Pertandingan Panjat Pokok Kelapa Peringkat Antarabangsa dan (g) Projek Tanam Padi Atas Bumbung.
Taman Pertanian Malaysia telah diwujudkan tanpa kelulusan Unit Perancang Ekonomi dan dianggap sebagai bukan projek keutamaan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana semua Ketua-Ketua Jabatan menyokong untuk mewujudkan sebuah 'sekolah latihan amali' untuk masyarakat Petani, Penternak dan Nelayan untuk mereka dapat melihat dan mempelajari cara pertanian moden, maka pihak kementerian telah memulakan pelaksanaan projek Taman Pertanian ini dengan menggunakan bajet yang ada walaupun ditolak oleh ICU dan EPU.
Apabila projek sudah hampir siap kami telah menjemput Tun Dr. Mahathir untuk melihat Taman Pertanian, dan beliau telah meluluskan projek Taman Pertanian Malaysia dengan peruntukan perbelanjaan tambahan RM50 juta untuk menyudahinya.
Bukan semua projek yang saya laksanakan telah Berjaya dengan sepenuhnya. Ada yang gagal dan ada yang dikatakan projek gila. Perlu diingat semua kegagalan saya tidak pernah saya salahkan Tun Dr. Mahathir dan bila projek 'Tanam Padi Atas Bumbung' dikatakan 'projek Menteri gila' nama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir tidak pernah dikaitkan.
Oleh itu, kenapakah kesalahan Menteri lain dihumbankan ke atas bahu Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir menyedari hakikat ini, tetapi, sebagai Perdana Menteri, beliau hanya berdiam diri kerana yang melakukan kesalahan itu ialah Menteri yang beliau sendiri melantiknya. Tetapi, apabila timbul isu seperti MEMALI, PEMBERHENTIAN TUN SALEH ABAS, SKANDAL FOREX dan AKTA PENGURANGAN KUASA RAJA beliau terpaksa kedepan untuk menjelaskan kejadian yang sebenarnya.
KESALAHAN TUN DR. MAHATHIR
YANG PALING BESAR
Sebenarnya, keputusan Tun untuk meminta maaf adalah satu tindakan yang paling ikhlas dan berani. Dengan pelbagai tafsiran atas permintaan maaf Tun maka jalan untuk Tun menjalankan tugasnya atas kesalahannya yang paling besar akan menjadi lebih mudah.
Apakah kesalahan Tun yang paling besar mengikut kacamata kita di masa sekarang. Tidak lain dan tidak bukan, memilih untuk memihak kepada Dato' Seri Najib Tun Razak dalam perjalanannya untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Najib sebagai tokoh pilihan Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri telah melakukan berbagai karenah yang merugikan bangsa dan bertentangan dengan ugama selama beliau menjadi Perdana Menteri.
CADANGAN DATO' SERI NAJIB MINTA MAA
Sahabat saya yang mencadangan Tun Dr. Mahathir meminta maaf seperti yang saya saya tuliskan di atas juga mencadangankan Dato' Seri Najib meminta ma'af seperti berikut: (Dalam Bahasa Inggeris)
'I'm sorry folks, that I and my accomplices stole USD7b from 1MDB. Please allow me to make it up to you by cooperating with the authorities in the US, UK, Switzerland, Luxemburg, Singapore, Oz, NS, BVI, etc, to try and recover as much of the money back to you. After that we will work our guts out to make up for the shortfalls, including auctioning or selling off all our jewelry, handbags, watches, rigs, pendants, shoes, fur coats, etc etc.' Of course, in real life, I'd wake up after hearing that, because it's just a dream. Not likely to happen.
WARISAN PENINGGALAN DATO' SERI NAJIB
Mengikut Sdr. Zaharin Mohd Yaasin sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri berbagai tragedi telah berlaku kepada Malaysia. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa senarai berikut bukan semuanya susunan beliau tetapi dibuat oleh beberapa orang lain. Walaubagaimanapun saya berpendapat ianya relevan sebagai bahasan renungan dan perbahasan di dalam kempen-kempen yang diadakan di dalam PRU 14. Senarainya ialah:
1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30 tahun
6. Cuaca pasa El Nino
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB (laporan PAC m/s 76 nyatakan hutang 1MDB kini mencecah 53 billion
15. Menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Baru)
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6 billion dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan
20. Kehilangan majority 2/3 dalam Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak kilang tutup dan berpindah
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh teruk
26. Menaikkan harga minyak
27. Peningkatan hutang Negara dan hutang isi rumah sehingga mencecah RM847 billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi jenis keperluan rakyat
29. Isu projek 'Global Strategic Communication Campaign'
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan
33. Kes pembunuhan Altantuya dan pembunohnya terlepas ke luar Negara
34. Pemansuhan ISA dan digantikan dengan pelbagai akta (Pota, Sosma, MKN)
35. Isu Felda Global Venture
36. MAS bankrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat
40. Helikopter yang membawa DS JJ terhempas bersama yang lain.
41. Helikopten yang membawa MP Kuala Kangsar dan MP Sungai Besar dan VIP terhempas semasa Kempen PRN Sarawak.
42. Isteri PM (Rosmah Mansur terlalu boros)
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak
44. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Trengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Mukhriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan sakit dengan tidak mengikut peraturan Negara
50. Tukar Timbalan Pengarah SB
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC (Ahli PAC lama dinaikkan pangkat Timb. Menteri
53. Menangkap Dato Seri Khairuddin kerana membuat laporan
54. Menangkap Matthias Chang kerana membuat laporan
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas (mengikut laporan bekas MB Trengganu)
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki tahap ke 2 paling RASUAH di DUNIA
59. Menjual asset Negara kepada China
60. IPIC mengheret 1MDB ke mahkamah timbang tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat Malaysia ditipu pada skala besar dan bakal merampas segala asset milik anak tiri PM dan Jho Low
62. Singapura menyiasat dan merampas asset milik Jho Low (kroni Najib) dan menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan Jho Low
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1MDB
64. Membuat hutang baru dengan kerajaan negeri China
65. KWAP, LTAT, KWSP, Tabung Haji menghadapi krisis kewangan.
66. Felda semakin tenat
67. Pejabat tourism Malaysia negeri ditutup
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru
69. Proton dijual pada China
70. Cawangan bank banyak ditutup
71. Tidak mampu membeli mesin semak SPM
72. Isu Korea Utara.
Sekian, Wallahua'klam.
Ki ki ki..ludah la kahak hijau kelangit..tetempek jatuh ke mata balik
ReplyDelete
ReplyDeleteVery nice post. Thanks for sharing with us.
This article is amazing and interesting. Worth reading each and every word, the writer has written many beautiful words of it. I must say its amazing and lovely It's Jahanzaib Ahmed
ReplyDeleteI am Been Reading your blog for a lot time i must say its a amazing blog and i found blog to be very informative and helpfull will come back to read more and thankyou For Sharing The Exprience!
ReplyDeletewww.norton.com/setup
norton.com/setup
office.com/setup
www.office.com/setup
officecomsetup
officesetup
my.norton.com
us.norton.com/setup
login.norton.com
Good site! I really love how it is simple on my eyes and the data are well written. I am wondering how I might be notified whenever a new post has been made. I have subscribed to your RSS which must do the trick! Have a great day!
ReplyDeleteRead More: german shepherds
Saya baru saja mengajukan Pinjaman Mobil dari Pak Pedro dan perusahaan pendanaan investasinya dan Pinjaman Tanpa Subsidi. Setelah melakukan riset terhadap berbagai pemberi pinjaman, saya memilih Discover karena mereka tampaknya menawarkan beberapa manfaat terbaik di pasar (saat ini) dengan tingkat suku bunga 2%. Hubungi Tuan Pedro di pedroloanss@gmail.com melalui whatsapp: +393510140339. untuk mengajukan segala jenis pinjaman.
ReplyDelete