Wednesday, June 11, 2008

PEMECATAN SANUSI JUNID DARIPADA JAWATAN PRESIDEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA ATAS DESAKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



10 Jun 2008

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

KENYATAAN AKHBAR





1. Pemecatan Dari Jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA )
 


1.1. Sidang akhbar saya pada 5hb Jun, 2008, menjelaskan bahawa saya tidak akan meletakkan jawatan saya sebagai Presiden UIA secara sukarela, hanya kerana saya tidak lagi menjadi ahli UMNO.



1.2. Saya tidak bersalah kerana saya tidak menggunakan jawatan saya untuk kepentingan politik pribadi.



1.3. Siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb Jun 2008, yang menyatakan sebagai berikut Beliau(saya) mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010’ adalah fitnah semata.

 


1.4. Sila rujuk kenyataan saya di sidang akhbar bertulis yang diedarkan kepada berbagi pihak media bertarikh 5 June 2008.


1.5. Sidang akhbar pada tarikh tersebut dan juga sidang akhbar pada tarikh ini diedarkan secara bertulis untuk menghindarkan fitnah yang diramalkan mungkin berlaku.






2. Tidak Salahguna Kuasa


2.1. Syarat ‘tidak menggunakan jawatan Presiden untuk kepentingan politik pribadi’ telah dinyatakan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagaimana tersiar di dalam akhbar pada hari Ahad 1hb Jun, 2008.

2.2. Berikutan kenyataan akhbar saya pada 5hb Jun, 2008 maka pada 7hb Jun, 2008, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menambah kata bahawa:
(a) tiada pihak yang mendesak supaya saya berhenti,
(b) kuasa melantik dan menamatkan khidmat saya ada pada Ketua Perlembagaan UIA iaitu DYMM Tuanku Sultan Pahang.
2.3. Berita Harian 7hb June2008 mewartakan YB Menteri menyatakan bahawa kenyataan akhbar saya pada 5hb Jun, 2008 hanyalah satu usaha saya untuk mencari perhatian dan publisiti.
3. Kuasa Perdana Menteri



Yang sebenarnya kenyataan media YB Menteri bertarikh 7hb June 2008 ini tidak lengkap, sebagaimana yang tertera di dalam Perlembagaan UIA, yang mana Ketua Perlembagaan UIA hanya boleh memberhentikan saya atas nasihat YAB Perdana Menteri.



4. Pemecatan



4.1. Pada 9hb Jun, 2008, saya menerima satu sampul surat yang berisi surat pemberhentian atau penamatan perkhidmatan saya daripada jawatan Presiden UIA, yang ditandatangani oleh Ketua Perlembagaan UIA iaitu DYMM Tuanku Sultan Pahang mengikut Bahagian IV Perkara 20 (iii) Perlembagaan UIA.

4.2. Memandang kepada hubungan yang cukup baik antara saya dengan Ketua Perlembagaan UIA sudah tentu tindakan ini tidak dibuat atas kehendak DYMM Tuanku sendiri.
4.3. Tempoh perkhidnatan saya masih ada dua tahun lagi, tiada kesalahan yang dinyatakan, berarti penamatan tempo khidmat saya daripada jawatan Presiden UIA, dengan serta-merta ini, adalah satu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak-pihak yang berkepentingan.

5. Perlembagaan



5.1. Perlembagaan UIA menyatakan:
Bahagian IV Perkara 20 (iii) –


‘The President may by writing under his hand addressed to the Constitutional Head, resign his office, or he may be relieved of his position by the Constitutional Head on the advice of the Host Member.



5.2. Bahagian IV Perkara 20 (iii) perlembagaan UIA jelas menunjukkan pemecatan saya daripada jawatan Presiden UIA adalah atas nasihat, atau desakan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berupa ‘Host Member’.
5.3. Surat pemecatan saya bertarikh 2hb Jun, 2008 dan berkuatkuasa pada hari yang sama, tanpa menunjukkan sebarang sebab oleh sesiapa pun, secara lisan atau tulisan. Kenyataan akhbar YB Menteri Pengajian Tinggi pada 7hb Jun, 2008 hanya mengenengahkan andaian.


6. Adakah Fungsi Menteri Kabinet Tidak lagi Mewakili Kerajaan ?



6.1. Kenyataan akhbar YB Menteri Pendidikan tinggi pada 1hb Jun, 2008 tidaklah merupakan pendirian kerajaan; dan kenyataan YB Menteri yang tersiar pada 7hb Jun, 2008 dan siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10hb Jun 2008 menunjukkan bahawa beliau tidak dirundingi dulu sebelum surat bertarikh 2hb Jun, 2008 dikeluarkan.


6.2. Sekaligus membuktikan bahawa kenyataan akhbar saya pada 5hb Jun, 2008 bukanlah satu rekaan dengan tujuan ‘membuat sensasi untuk menarik perhatian orang’.




7. Adakah Setiausaha Politik mempunyai Lebih Kuasa dan Maklumat Dari Menteri Kabinet



7.1. Sebagai salah seorang yang pernah menyertai kabinet, saya sangat bimbang melihat perkembangan ini berlaku.

7.2. Saya sebenarnya dipecat melalui saluran Setiausaha Politik Menteri Kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM Ketua Perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam Majlis Universiti Islam Antara Bangsa.

7.3. Fungsi Ahli majlis ini adalah sebagai Katalis penghubung antara YAB Perdana Menteri dan
UIA, melalui sumbangan fikiran konstruktif.

7.4. Sebaliknya ahli majlis ini bukan sahaja tidak rajin menghadiri mesyuarat majlis kerana terlalu sibuk, malah telah menggunakan kedudukannya untuk mengutamakan kepentingan orang-orang tertentu.

7.5. Dalam hal pemecatan saya, ahli majlis ini telah menjadi batu api dan seterusnya rajin menghubungi wartawan untuk mendapat kepastian yang segera daripada saya mengenai urusan pemecatan walau pun sabelum saya menerima dan memahami kandungan isi suratnya.

7.6. Adakah wakil alumni di dalam majlis sudah berubah daripada menjadi jambatan antara UIA dan YAB Perdana Menteri, kepada menjadi punca kekeliruan yang menggembar-gemburkan perkara pemecatan ini, melalui wakil-wakil media, sebelum surat pemecatan diumumkan oleh pihak UIA.

7.7. Adakah seorang Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang duduk di dalam Majlis UIA mempunyai kuasa dan mengetahui lebih dalam hal ini daripada anggota kabinet.


8. Peranan Alumni



8.1. Alumni, atau graduan UIA hendaklah melatih diri untuk menjadi pemimpin dengan definasi yang positif.

8.2. Makna Pemimpin hendaklah menjadi penyelesai masalah, dan bukan punca masalah.

8.3. Graduan UIA hendaklah memupuk dan mengekalkan kasih sayang kepada UIA yang telah berjasa kepada mereka.

8.4. Kejayaan graduan-graduan UIA dalam bidang perniagaan dan perindustrian memungkinkan membesarnya tabung waqaf UIA sehingga pada satu masa nanti tabung ini, akan menjadi ‘endowment funds’ seperti yang dilaksanakan oleh universiti-universiti Negara Maju di Barat, yang dapat membantu membiayai keperluan kewangan pelajar-pelajar dan keperluan pembangunan dan pengurusan universiti secara bersendirian.


9. Perjuangan Hak Istimewa Orang-Orang Melayu dan Islam Sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia



9.1. Keluarnya saya dari UMNO tidak perlu dipolitikkan di dalam kampus UIA.

9.2. Keluarnya saya dari UMNO bukan tidak cintakan UMNO tapi untuk menegakkan hak- hak Istemewa Orang Melayu yang sekarang sedang tercemar

9.3. Secara tidak langsung ia adalah sebahagian dari pada Ibadah saya kepada Ummah.

9.4. Semua anggota alumni UIA hendaklah menyedari bahawa kewujudan UIA kini sangat bergantung kepada :

i. Hak istimewa orang Melayu,
ii. Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

9.5. Hak istimewa ini terjamin dalam perlembagaan Malaysia.

9.6. Di bawah ‘hak istimewa’ inilah pelajar-pelajar Malaysia di UIA dapat dibiayai oleh kerajaan. Pembangunan prasarana dan belanja pengurusan pula boleh dibiayai kerana UIA bersifat Islam dan Islam menjadi agama rasmi negara.



10. Tujuan Hak Istimewa Orang-orang Melayu



10.1. Adanya ‘hak istimewa orang-orang Melayu’ didalam perlembagaan adalah satu persetujuan sejarah yang tidak bertujuan untuk bersikap tidak adil kepada kaum yang bukan Melayu.

10.2. Sebaliknya ‘hak’ ini bertujuan untuk menjamin keamanan negara dengan mengimbangkan kedudukan dominan orang bukan Melayu dalam bidang pendidikan dan swasta.

10.3. Hanya melalui pemberian layanan istimewa kepada orang Melayu, keamanan dan keseimbangan kerajaan di bawah pimpinan Melayu, terjamin.

10.4. Jaminan ini bergantung kepada harapan orang Melayu dalam mempertahankan Perlembagaan.


11. Usaha Mempertahankan Harapan Dengan Mempertahankan Perlembagaan



11.1. Harapan dari ‘keistimewaan’ ini pula hanya boleh dipertahankan oleh

i. Institusi Politik yang menguasai pentadbiran;

ii. Institusi Raja berpelambagaan yang melindungi Agama;

iii. Sistem Kehakiman

11.2. Ketiga faktor diatas menjelaskan institusi politiklah yang menjadi penentu keamanan, kerana institusi politiklah yang mempertahankan Raja Berpelembagaan dan Sistem Kehakiman. Dengan terancamnya institusi politik, Hak Keistimewa Orang Melayu, dan Islam sebagai agama rasmi, serta harapan orang Melayu tercabar.
11.3. Cabaran ini hanya boleh dihadapi jika Sistem Kehakiman kita mantap, dan Hakim yang ada memahami semangat perlembagaan dan akan mempertahankannya.


12. Hubungan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Sistem Kehakiman



12.1. Hak Keistimewaan Orang Melayu ini dianggap oleh yang anti-Melayu sebagai tidak adil.

12.2. Konsep keadilan diputuskan oleh mahkamah.

12.3. Jaminan kekalnya hak ini bergantung kepada tafsiran hakim yang memutuskannya.

12.4. Jika hakim tidak menyumbang kepada idea ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’ maka hanya kekuatan politik sajalah yang menjadi penentu.

12.5. Jika institusi politik Melayu itu lemah maka ianya perlu diperkuatkan. Kebimbangan rakyat telah disuarakan melalui keputusan pilihan raya yang terakhir ini.

12.6. Adakah kita ingin menunggu keputusan rakyat menukar institusi politik yang ada dengan yang lain.

12.7. Penjelasan yang panjang lebar mengenai ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’ ini adalah penting agar masyarakat UIA dapat memahami apa yang perlu diperjuangkan.




13. Pusat Kecemerlangan Budi Dan ‘Ilmu



13.1. Penglibatan dan sumbangan yang bersungguh-sungguh oleh seluruh kakitangan, pentadbiran dan akademik, dari peringkat teratas hingga terendah sekali sangat mengagumkan.

13.2. Kampus yang tersusun rapi, dan indah mencerminkan kejayaan hasrat masyarakatnya melahirkan pusat kecemerlangan budi dan ‘ilmu.


14. Ibu, Bapa Dan Penjaga



14.1. Di samping pelajar dan graduan dari Malaysia, pelajar-pelajar dari negara OIC yang lain juga perlu memahami peluang dan masaalah yang dihadapi oleh orang Islam dinegara ini.


14.2. Adalah diharapkan semoga ibu-bapa atau penjaga pelajar juga memahami dan dapat memainkan peranan positif untuk turut bersimpati dan menyokong dasar-dasar di Malaysia supaya tidak dicemoh oleh rakyat Negara asing.




15. Sistem Ekonomi, Kewangan dan Bank Islam dan Sains Islam (Islamic Bank, Finance and Eonomics; and Islamic Science)

15.1. Oleh kerana pemecatan saya agak mengejut, saya menulis semua ini supaya ianya boleh menjadi teladan atau sempadan yang boleh difikirkan bersama demi kepentingan Ummat Islam. Walau apa pun berlaku saya akan sentiasa berdo’a semoga UIA akan terus maju memainkan peranan sebagai jambatan yang menyalurkan inti kebaikan Islam sehingga dapat meleraikan kekusutan pengertian mengenai Islam yang kini menjadi penghalang kepada perhubungan baik, dan keamanan, antara Islam, Dunia Islam dan Dunia Barat.

15.2. Antara inti kehebatan Islam yang sudah mempengaruhi Barat dizaman sekarang ialah Sistem Bank, Kewangan dan Ekonomi Islam.
15.3. Dalam masa yang tidak begitu jauh konsep Sains Islam juga akan mempengaruhi dunia Barat, malahan pengaruhnya akan lebih dari pengaruh Ekonomi Islam kerana ianya akan mempengaruhi ‘akidah bagi yang mengerti.

15.4. Sebagaimana dunia Islam masih mengejar dunia Barat dalam menghayati sistem Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam, Dunia Islam hendaklah terus berjaya menerokai penghayatan Science Islam.



16. IIMU (International Institute For Muslim Unity)



16.1. Perpaduan dikalangan Ummat Islam belum tercapai tetapi jalan menuju perpaduan terus jelas dan perlu terus dipendekkan jaraknya.

16.2. Institut Untuk Perpaduan Ummat Islam Antarabangsa (International Institute For Muslim Unity) adalah tujuan penyatu Ummah se dunia.

16.3. Kakitangan akademik, pelajar-pelajar dan graduan-graduan digalakkan terus menganjur dan menjayakan program-program Institut Untuk Perpaduan Ummat Islam Antarabangsa (International Institute For Muslim Unity) sehingga berjaya.

16.4. Rangkaian alumni, atau pun graduan UIA perlu terus memainkan peranan untuk menyatu-padukan Ummat Islam.


17. IIUM Holdings Sdn. Bhd.



17.1. Kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli lembaga pengarah IIUM Holdings Sdn. Bhd., dan sumbangan tenaga pengurusan khususnya dan seluruh kakitangan ‘amnya selama ditubuhkan perlu dihargai.


17.2. Syarikat milik UIA ini perlu dijamin untuk terus maju di masa hadapan dan kekal sebagai milik UIA sapenuhnya.


17.3. Gabungan tenaga mental yang ada dalam kampus UIA akan membolehkan IIUM Holdings Sdn. Bhd. berkembang maju keseluruh dunia, dan menjalin kegiatan perdagangan dan perusahaan antara Ummat Islam sejagat melalui jalinan alumni, serta menarik pelaburan swasta dan kerjasama kerajaan negara-negara OIC.



18. Sifat Keantarabangsaan UIA



18.1. UIA sebagai sebuah institusi antarabangsa bersifat global berperanan membangun negara-negara Islam dan menyatupadukan Ummat Islam didunia.


18.2. Tenaga pengajar hendaklah terdiri dari ilmuwan yang berasal daripada berbagai negara OIC.


18.3. UIA patut berusaha sedaya upaya untuk mendapat tenaga pengajar, yang layak, dari setiap negara di bawah naungan OIC.


18.4 UIA patut menggalakkan peningkatan pencapaian kelayakan bagi tenaga pengajar dari Negara Islam lain yang masih terkebelakang.


18.5. Pelajar-pelajar UIA juga hendaklah datang dari semua negara Islam di dunia. Bagi negara yang jumlah pelajarnya sudah berkurangan UIA perlu menambahkan jumlah mereka.


18.6. Begitu jugalah hendaknya bagi tenaga pengajar dan pelajar dari negeri-negeri di Malaysia.


18.7. Cara inilah yang boleh menjadikan UIA sebagai universiti nasional yang bersifat internasional atau antarabangsa.




19. Seruan dan Nasihat



19.1. Kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut ‘ilmu di UIA dinasihatkan supaya mereka mengamalkan budaya ‘iqra’ dan menuntut ‘ilmu dengan tekun dan rajin supaya dapat membantu diri, ibu-bapa dan keluarga, pada masa hadapan.

19.2. Pelajar-pelajar UIA harus dapat melengkapi diri untuk memperjuangkan nasib masyarakat, bangsa, tanah air dan Ummat Islam.

19.3. Kepada graduan-graduan UIA diseru supaya mereka berkhidmat dengan

i. Amanah,
ii. Berani,
iii. Disiplin,
iv. Rajin, dan
v. Setia


20. Pemecatan Terhormat.



20.1 Pemecatan saya oleh YAB Perdana Menteri ini boleh dianggap sebagai pemecatan terhormat.

20.2 Kesedihan kerananya tidak ada. Kesedihan akan timbul apabila yang memecat saya adalah seorang tokoh yang disanjungi dan dipandang mulia oleh masyarakat.

20.3. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pernah mengampunkan YAB Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi atas perilakunya pada waktu beliau berada di luar cabinet.

20.4. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad kemudian menatangnya untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri

20.5. Malangnya selepas YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan teraju negara yang begitu tersusun, sehingga Malaysia dikenal dan dihormati di merata Dunia sebagai negara yang tegas berprinsip dan kuat, balasan yang beri adalah penghinaan yang sezalim-zalimnya.

20.6. Membandingkan keadaan yang sedemikian tentulah pemecatan saya adalah kerja yang paling mudah.

21. Menjujung Kasih



Sebagai seorang yang menerima perintah saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Pahang, selaku Ketua Perlembagaan atas kepercayaan, nasihat, bimbingan dan semangat yang diberi oleh DYMM Tuanku di sepanjang khidmat saya di bawah Kebawah DYMM Tuan Sultan Pahang, selaku Ketua Perlembagaan.


22. Budi dan Jasa



Ucapan berbanyak terima kasih juga ditujukan kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atas budi dan jasanya kerana telah memikir, mengasas dan menubuhkan UIA, untuk masa depan Ummat Islam, dan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk beribadat dengan memimpinnya.


23. Majlis dan Lembaga Gabenor



Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ahli-ahli Majlis dan Lembaga Gabenor UIA atas kerjasama yang diberi sepanjang mereka bersama-sama dengan saya turut menerajui UIA.


24. Bantuan Moral Dan Material



Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih disampaikan kepada semua kenalan dikalangan pemimpin-pemimpin, dermawan-dermawan, alim ulama dan cerdik pandai Islam diseluruh dunia yang memberi bantuan moral dan material, meniupkan semangat dan memberi contoh, petunjuk dan tauladan untuk dapat menjayakan UIA


25. Sidang Akhbar



25.1 Terakhir tidak saya lupakan diucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pihak media meluangkan masa, hadir pada hari ini untuk menyertai siding akhbar ini.

25.2. Jasa baik pihak media meliputi sidang akhbar ini sangat disanjung tinggi.

25.3. Hanya melalui sidang akhbar dan kerjasama pihak media ini saya berkesempatan mempertahankan marwah saya sebagai seorang hamba Allah yang hanya berniat untuk beribadah di jalan Allah.

25.4. Pesanan-pesanan tersebut diatas diharapkan sampai kepada semua pihak, terutama kepada pihak yang terlibat di UIA.

25.5 Pemecatan secara serta merta keatas perkhidmatan saya, telah menjejaskan peluang saya untuk berhubungan terus secara formal dengan pihak UIA.


26. Maaf dan Syukur



26.1. Kepada semua pihak, saya sebagai insan yang tidak maksum, memohon maaf jika ada sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang masa saya berkhidmat sebagai Presiden UIA.


26.2. Sama-samalah kita bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmatnya dengan pemberian UIA kepada kita.


26.3 Adalah penting bagi kita mengingati bahawa,


kuasa, kekayaan dan keluarga adalah amanat dari Allah s.w.t.; sebagai manusia kita hanya dapat merancang tetapi Allah swt. sahajalah yang menentukan.’



26.4 Kita semua yakin ini adalah Hikmah Allah swt. Perjuangan untuk Menegakkan Kebenaran selalu terbuka di manapun jua. Perjuangan ini akan diteruskan hingga berjaya, demi kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air beserta Ummah sekalian.






Sekian, Wabillaahi Taufik Wassalaamu’alaikum.



Terima kasih,




39 comments:

  1. Saya berharap Tan Sri bersabar. Saya dan kawan-kawan bekas pelajar UIA tetap menyokong Tan Sri dan Tun Dr. Mahathir.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tan Sri,
    harap jejaki langkah TDM. Jadikan ini sebagai satu permulaan baru untuk memperjuangkan keadilan dan hak hak Melayu serta menentang kezaliman pemerintahan sekarang. Ini bukanlah noktah penamat.

    Tunjukkan kepada mereka yang bongkak ini bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar apabila mereka memecat Tan Sri dan berlaku biadap kepada TDm.

    Selamat Berjuang

    ReplyDelete
  3. Tan Sri

    Hanya Jauhari yang mengenal manikam.

    Kalau manikam tak boleh dikenali, inikan dia mahu mencari Ghazali dan Shafie.

    Itu sudah terlalu jauh.

    Saya ada menulis mengenai pemecatan Tan Sri ... Bekas Murid UIA Dalang Pemecatan Sanusi Junid

    UIA's lost is Blogophere's gain.

    Welcome to blogging. You are in good companies here. I've put you on my blogroll.

    ReplyDelete
  4. Welcome to the blogosphere.

    You are no longer considered a "team player" so thats why you are out of the field. Period.

    Happy blogging.

    ReplyDelete
  5. A.kum Tan Sri,

    1. First time saya datang blog Tan Sri. Saya tidak mahu menyentuh isu UIA kerana itu isu politik.

    2. Politik tidak ada kesudahan. Akhirnya kita orang-orang Melayu juga yang terus tertinggal.

    3. Cuma saya tertarik dan berminat dengan 'karektor dan Style' yang ada pada Tan Sri. Kalau boleh Tan Sri tolong perturunkan ilmu dan karektor tersebut kepada saya.

    4. Untuk maklumat Tan Sri, bapa saya masih ada dan tinggal di Langkawi. Iaitu dekat dengan rumah bapa angkat Tan Sri sendiri di Kpg Datuk Syed Nahar. Pak Long Mat Lansir...mungkin Tan Sri masih ingat kot?

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tan Sri,

    Semoga berada di dalam keadaan sihat wal afiat.

    Saya amat terharu apabila membaca tulisan Tan Sri ini terutama sekali para 11 dan 12.

    Amat tepat! Tetapi ramai Melayu yang buta akan kesannya.

    ikhlas,

    www.jebatmustdie.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.
    Saya rakyat Kedah bangga dengan pencapaian Tan Sri. Saya doakan perjuangan Tan Sri akan di restui. Seperti kata kata dari Tun Dr Mahathir, Perjuangan masih belum selesai. Biarkkan lah mereka mencari harta bertimbun timbun. Untuk berpoya poya. Kita cari jalan lain untuk membawa perjuangan agama dan bangsa ini ke tahap yang lain. Kita menunggu guidance dan nasihat dari pihak Tan Sri. Kita semua tahu, UMNO semakin parah. Biarkan lah kelompok mereka. Sejarah akan memahat nama Tun dan Tan Sri sebagai pembela bangsa.
    Salam.

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri,

    Tahniah atas keberanian. Tan Sri sanggup berkorban demi masa depan UMNO dan Melayu.

    Rupa-rupanya Tan Sri sudah dipecat pada 2hb Jun,2008 lagi. Astagfirullah...

    Antara kejam dan dendam. Yang pasti Tan Sri adalah mangsanya.

    Saya harap Tan Sri sekeluarga banyak bersabar dan berdoa pada Allah kerana doa hambaNya yang teraniaya akan terus sampai padaNya. Insyaallah..Amin..

    ReplyDelete
  9. tu lah... melawan lagi...

    nak tunjuk hebat kunun... nasib baik paklah tak zalim macam mentor hang tu. Kalu tidak, silap-silap hang dah ke dalam sanusi ooii....

    Hang sedaq tak yang hang duk melalak hari ni smpi masuk tv media utama, zaman sapa la ni? zaman paklah... dia tak control media tak macam mentor hang tu.

    Tinggailah dia tu, ikut perjuangan umno yang sebenarnya, bukan berasaskan kepada fanatik sangat. Takut fanatik jadi fanataik nanti.

    -celik mata dan hati-
    kuala lumpoq

    ReplyDelete
  10. I am your old friend at ISSP (1954/56).Together with Hasbi.
    Paklah has promises without delivery.
    His day will also come.

    ReplyDelete
  11. Tan Sri

    Doa kami khas untuk Tan Sri terus bersuara untuk menegakkan kebenaran. Kami ingin lebih mengetahui tentang salah guna kuasa Mr Nice Guy and Mr Clean.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri Dato Seri

    Saya tumpang bersedih diatas pemecatan yang zalim ini. Tan Sri dan Tun Mahathir adalah dua orang Melayu(?) tak kisah lah campur Mamak ke Aceh yang genius. Jadi fikir fikir kan lah strategi lain untuk berkuasa semula.Sekarang dah ada dua timun, mereka durian, nanti golek kat mana pun akan terluka. Kita tunggu depa jadi tempoyak, kita sental habeh sampai menjilat jari.

    Kita pernah berkenalan semasa saya Pengurus Besar di sebuah hotel baru di Alor Setar dulu. Saya yang buatkan cawan special untuk cappucino Tan Sri, kan jelus Aziz Desa?

    Tan Sri dah terlalu "low profile' simpan kuku lama sangat, tu yang depa dah tak takut ! Sekarang bangun la Tan Sri, perjuangan mu belum selesai. Saya akan ikut dibelakang, jadi "errant boy" pun tak apa.

    Kalau kita berlian, dilumpur pun nampak cahaya !

    Alles Gute und bis morgans !

    DatOK ZeQ
    Kelana Jaya, Selangor

    P.S Dah Pindah dok KL cari makan !!!

    ReplyDelete
  13. Tan Sri,
    Itulah asam garam alam politik yang menular ke mana-mana dan di mana-mana.

    Semasa saya mula-mula terlibat dalam politik iaitu menyertai dan berceramah dalam PAS pada tahun 1984, tahun berikutnya saya telah terpanggil oleh Allahyarham Dato Fadhil Nor untuk berucap di pilihanraya kecil Padang Terap pada Februari, 1985 di mana orang ramai tertarik bahawa saya sebagai seorang Cina Mualaf yang baru masuk Islam telah menyertai PAS.

    Lalu pimpinan PAS yang lain masa itu seperti Ust. Abdul Hadi Awang telah menyatakan bahawa orang Cina pun boleh jadi Perdana Menteri asal dia itu orang Islam yang bertakwa dan berkaliber.

    Lalu Tan Sri mengeluarkan kenyataan yang tersiar dalam akhbar Watan masa itu bahawa ia adalah satu perkara yang negatif oleh PAS kerana, "Mualaf boleh jadi PM".

    Saya telah menyusuli kenyataan Tan Sri dengan kenyataan saya sendiri iaitu "Semua para sahabat dan khalifah unggul Islam adalah mualaf belaka".

    Kepada orang PAS, mereka bersorak kerana saya berdebat dan seolah-olah memukul Tan Sri balik menerusi kenyataan akhbar itu.

    Tetapi kepada saya, itu bukan sahaja asam garam tetapi adalah satu latihan untuk diri kita pintar dan berkaliber dalam berdepan dengan segala-galanya, demi diri, umat dan agama.

    Dengan kenyataan Tan Sri itu kepada saya waktu itu, maka merupakan pembuka peluang bagi diri saya itu menyerlah sehingga akhirnya saya terpilih sebagai Exco Pemuda PAS Pusat bukan Melayu yang pertama dalam sejarah. Maka atas itu saya berterima kasih dan bersyukur.

    Kemudiannya saya menjelajah ke seluruh negara sebagai penceramah dan berkenalan dengan seribu satu jenis manusia dan keadaan. Ini semua mematangkan dan membina diri saya.

    Akhirnya saya meninggalkan PAS pada tahun 1995 apabila saya sedar beberapa perkara yang saya sudah cerita dalam blog saya.

    Cuma nak kata di sini ialah dalam menurut ajaran Islam, kita wajib menziarah dan bersalaman antara satu sama lain seagama demi bermuafakat dan membina kekuatan Umat Rasulullah dalam menghadapi era globalisasi dan siber ini.

    Disamping itu bercampur dengan orang politik dan ilmuan seperti Tan Sri yang juga mempunyai rekod sejarah yang menarik dan berwarna adalah satu 'good mentoring' walaupun secara siber atau maya.

    Semoga, 'berkenalan' kita menerusi Watan lama dulu akan bersambung di sini seterusnya.

    Semoga Allah memberi kesihatan dan pertolongan serta perlindungan kepada Tan Sri sekeluarga.

    Redhuan D. Oon
    padi-malaysia

    ReplyDelete
  14. Tan sri:
    Tak payah marah , zaman keemasan Tan Sri sudah terlepas, biarlah ia berlalu.

    Apa yang saya faham, Tun Tan dan Sri masing masing mengeluh, kesemuanya personal event, bukan memberikan apa apa manfaat kepada rakyat!! tapi belum dengrar rakyat mengeluh...

    Bolg ini bagai tanam padi diatas bumbung, padi tak tumbuh, Bumbung teruntuh!

    Jadi kes ini dapat lah diibaratkan sebagai, kelapa tua tua, sudah masak buat apa nak tunggu ia jatuh??? baiklah kita jolok.... boleh masak gulai! - betul dak Tun??

    Adalah dinasihatkan Tun pupukkan semangat membaca untuk kalangan masyarakat. Blog ini patut digunakan menyumbang pelbagai ilmu kepada masyarakat.... balik baca buku!!!

    ReplyDelete
  15. Tan Sri,
    Tuanku sudah perkenan melucutkan jawatan Tan Sri. Tak usahlah komplen.
    Menderhaka adalah salah disisi undang-undang ISA.

    ReplyDelete
  16. Dear SIr,
    My regards to Tan Sri and family. I agree with Datok zeq. You had been 'low profile' for quite some time. Your contribution to this country and umno had been somehow forgotten. Maybe now is the time to light up the torch and let them see. They had choosen the hard way, so let's make it hard for them.

    ReplyDelete
  17. Diharap Tan Sri banyakkan bersabar.
    Saya syorkan Tan Sri,perbanyakkan
    baca Ayat Seribu Dinar dgn
    terjemahannya sekali.
    "Brgsiapa yg bertawakal kpd Allah
    nescaya Allah akan megadakan jalan
    keluar baginya"
    Mudahan-mudahan ada kebahagiaan yg
    menanti Tan Sri di kemudia hari...

    Semua org boleh cakap, kutuk
    Tan Sri.Just ignore it.

    Saya tetap menyokong Tan Sri &
    Tun Mahathir.

    Regards,
    ARHANIEDA ARIFFIN
    Puchong Selangor.

    ReplyDelete
  18. Salam Tan Sri, ada betul juga kata saudara antimamak. Sememangnya lagi baik kalau Tan Sri menafaatkan blog ini untuk memanggil dan encourage anak-anak melayu kita untuk lebih banyak membaca. At last count I remembered you have a collection of what, 18,000 books and apparently you can read, write and speak many other foreign languages as well. So minat dan kebolehan luar biasa Tan Sri ini memang majoriti orang melayu tak adalah.

    Pada saya bila Tan Sri keluar dari UIA ini adalah satu rahmat untuk bangsa Melayu sebab bila Tan Sri start blogging you can reach out to everybody tidak kira umur atau parti. You have much to contribute to the Malay mindset. Saya rasa just let bygones be bygones those unprincipled people who planned your exit from UIA will meet with worse when their time comes.

    ReplyDelete
  19. Kesemua duit punya pasal !!
    buat apa nak memberitahu rakyat??
    Semua kepentingan diri punya pasal
    Buat apa nak membakar api??

    Takkan lah Sultan Pahang yang sepak Tan Sri Keluar UIA pun sangkut dengan UMNO??

    Takkanlah Tan Sri Kena sepak sampai tak menyedar diri??

    OK..Tan Sri,. baik balik kampong , minum air kelapa mudah, boleh menyegarkan otak!
    Makan lah Ulam ulam, kuat kesihatan, jangan lupa makan tongkat ali, kuatkan batang !!

    see you

    ReplyDelete
  20. Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid, saya sudah nampak sedikit di blog ini di sini, dan lebih sedikit lagi tambahannya di blog Another Brick in the Wall.

    InsyaAllah, saya dalami lagi, menggali informasi.

    Diharapkan Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid teruskan blogging di sini, saya sudah link, dan InsyaAllah, semoga ini di sini juga suatu khutub yang istimewa supaya saya dapat pelajari persilatan pemimpin dan kepemimpinan politik di Malaysia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Tan Sri,

    You have many, many stories to tell so please tell them all in this blog. The attempts to sell this country, the deceit, the good times, the ups, the downs.

    The characters you've met. The snakes, the rats ...

    I recently discovered that not many knew why, for example, a certain Editorial Adviser close to Dollah Badawi is angry with you. Why he made sure, despite his purported illness, that he was there at the NST office the night of your press conference to spin the story that had been written by the reporter.

    Happy blogging.

    ReplyDelete
  22. Tan Sri,

    Another defunct politician up on the bandwagon. Nothing new, we have Tun M, Dr Chua Soi Lek, Dr Khir Toyo, and now you. And what I can see after this, using these blogs they will attempt to "uncover and expose the truth". But it just makes me wonder why cant all this be done when all of you had the power and position to do so, and in whatever party you were in? Why only know choose to be liberal and open and democratic by explaining and using a blog to do so?

    ReplyDelete
  23. A!Kum Tan Sri.U come as a hero...u go as a warrior..Bayu rasa sedih depa buat kat tan sri..Tan Sri...biak dagu meleciak jangan misai kena pasiak...lawan tetap lawan..i'm always there for u..

    ReplyDelete
  24. Salam Tan Sri,

    Dalam satu sessi tertutup beberapa tahun lalu Tan Sri ada menceritakan mengenai mengapa TS Abbas dipecat... sama seperti yand diceritakan oleh TDM didalam blognya, tetapi lebih comprehensive dan detail. Termasuklah waktu Tan Sri dipanggil mengadap YDPA mengenai surat pertama TS Abbas. Juga mengenai beberapa perkara lagi yang dapat menyokong kenyataan TDM. Waktu tu saya tak percaya cerita tersebut walaupun tak kering gusi saya mendengarnya. Saya masih ingat walaupun tidak dengan detail akan cerita Tan Sri pada waktu itu, tapi saya rasa kalau Tan Sri menceritakanya sendiri dalam blog ni mungkin lebih baik supaya dapat memberi lebih maklumat kepada ramai apa yang sebenarnya berlaku pada waktu itu.

    Saya harap Tan Sri dapat bersabar melalui dugaan ini. Akhlak yang mulia sentiasa akan ditunjukkan Allah, walaupun kita menyembunyikannya.

    Wassalam

    Jagento

    ReplyDelete
  25. "Daniel said
    Another defunct politician up on the bandwagon. Nothing new, we have Tun M, Dr Chua Soi Lek, Dr Khir Toyo, and now you. And what I can see after this, using these blogs they will attempt to "uncover and expose the truth". But it just makes me wonder why cant all this be done when all of you had the power and position to do so, and in whatever party you were in? Why only know choose to be liberal and open and democratic by explaining and using a blog to do so?"

    You forgot to put down anwar ibrahim's name. Ooops sorry, Anwar Ibrahim is in the opposition. Must use different standard heh?

    ReplyDelete
  26. anonymous kuala lumpoq

    Hang kenai rapat ka Tan Sri neh? Hang dok kutuk dia, macam hang simpan dendam lama ? Awat ?

    Hang dulu yang kena chelik mata , chelik hati. La ni UMNO dah nak hancuk pun hang bangga sangat dengan depa tu? Betoi la hang neh !

    DatOK ZeQ
    Kelana Jaya, Selangoq

    P.S Tak pa Tan Sri, saya dah pulun depa neh ! Tak da cerita baru kah ??

    ReplyDelete
  27. Kerana pulut santan binasa...

    Kerana mulut, jawatan entah ke mana..

    Padan muka...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya doakan Tan Sri, Puan Sri, anak-anak dan seisi keluarga sihat walafiat.

    Saya juga sebagai seorang rakyat Kedah berbangga dengan Tan Sri yang berani dan berdiri teguh demi menyelamatkan Alif, Ba dan Taa. (Agama, Bangsa dan Tanahair).

    Seperti saya menyokong Tun Dr.M, saya turut menyokong Tan Sri kerana Tan Sri dan Tun Dr.M seiringan dan mempunyai prinsip teguh untuk membetulkan semula kepimpinan negara terutamanya kepimpinan UMNO yang nampaknya sudah jauhhhh sangattt menyimpang dari landasan.

    Alhamdulillah umat Melayu Islam di Malaysia masih memiliki insan seperti Tan Sri dan Tun Dr.M (dan beberapa orang lagi yang seiringan) untuk menyuarakan dengan lantang kepada kepimpinan "Berketurunan Badawi" ni supaya sedaq diri (walaupun hakikatnya kini dia semakin tak sedaq diri!), tapi, jika usaha ini berterusan, saya optimis, kerajaan 3 beranak ini tidak dapat bertahan lama.

    Lagi lama dia di situ, lagi hancurlah UMNO, BN dan Malaysia! Malang sungguh generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini yang telah rosak akibat kerakusan menusia "Berketurunan Badawi" ini ... Tan Sri, tolonglah kami dan generasi akan datang ... Kami akan sentiasa menyokong Tan Sri dan Tun Dr.M.

    Tak sangka yer, dalam blog Tan Sri ni pun ada jugak puak-puak dungu yang masih nak mempertahankan kepimpinan sedia ada ... dah tu pulak, depa tu tak sedaq bahawa masa depan depa dan anak cucu depa akan terlingkup kalau terus membiarkan kepimpinan sediaada ini terus mempimpin ....

    Pemimpin yang BODOH patut ditentang, perginya seorang BODOH, selamat generasi akan datang! ....


    Saya : AloQStaQ
    BudakAloQStaQ@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. Tan Sri,
    Ingin saya ingatkan Tan Sri, diri saya dan pengunjung blog ini:

    "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND!"

    "TUHAN ITU MAHA ADIL DAN MAHA BERKUASA"

    Oleh itu marilah kita sama-sama cermin diri masing-masing. Jangan lupa yer, CERMIN DIRI dan ingat kembali apa KESILAPAN yang telah kita lakukan pada masa lalu.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum tan sri

    saya merupakan salah seorang penyokong kuat umno dari dulu sampai ke tarikh tan sri dan tun keluar umno...walaupun saya bukan ahli umno...bukan tak nak jadi...tapi tempat saya tidak ada umno...tapi saya memang dari dulu lagi seorang yg percaya dgn prinsip perjuangan tun dgn tan sri...

    abdullah badawi pecat tan sri...biarkan..dia ada kuasa...suruhlah dia gunakan kuasa sewenang wenangnya...saya agak menyesal jugak menyokong manusia ni dulu waktu dia dgn tan sri, tun ghafar melawan team wawasan dulu...percayalah...satu hari nanti dia akan menyesal menagis atas segala perbuatannya...manusia bongkak yg tidak sedar diri...

    saya berharap agar tan sri menulis disini...menulis apa yg tan sri rasa dan perhatikan untuk dikongsi bersama....saya merasakan dapat banyak manaffaat apabila mendengar ucapan tan sri dari zaman mendengar menggunakan tape masa thn 1993 dulu sehinggalah yg terkini yg saya boleh dapat di youtube...

    tan sri...saya ingin menyimpan koleksi ucapan-ucapan tan sri...dari yg lama hingga yg terkini...tapi saya tak tau kat mana hendak mendapatkannya...

    dukperati

    dukperati@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. Inilah kita orang melayu tak habis habis dengan jiwa yang dendam mendendam. Keluarnya bapak dari UMNO yang pastinya jiwa dan ideologi masih lagi UMNO.

    Apabila Perdana Menteri sendiri sudah membuat sesuatu keputusan tidak menggunakan akal yang bijak. Malah keputusan yang boleh dikatakan berdasarkan kata hati maka siapa lagi yang dapat melindungi orang melayu tanpa mengira ideologi politik dianuti dibumi Malaysia ini.

    Nampaknya rakan seagama tidak memberikan kesan kepada seorang Perdana Menteri dalam membuat keputusan. Ideologi politik secara resmi yang lebih dipentingkan.

    Merupakan satu kerugian kepada bangsa, agama dan negara apabila Perdana Menteri terlibat dalam mempengaruhi bapak diberhentikan daripada UIAM sebegitu.

    Maka jelaslah pertimbangan utama Perdana Menteri adalah berdasarkan kepada ideologi politik seseorang bukannya kerana pengalaman, agama dan bangsa seseorang untuk meneraju UIAM.

    Sebenarnya bapak telah menjadi mangsa penindasan berdasarkan kepada ideologi politik dan umur tanpa Perdana Menteri menyuarakannya.

    Walau bagaimanapun Rakyat masa kini tidak seperti masa sebelum PRU12 lagi. Sudah celik. Yang belum sedar sepenuhnya adalah pemimpin peminpin UMNO kita hari ini. Ataupun kesedaran mereka tidak terserlah kerana masih terikat dengan kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  32. Jangan nafikan hak prerogatif PM.Akur je lah. Itu lah harga sebuah perjuangan. Bukankah perjuangan memerlukan pengorbanan?

    ReplyDelete
  33. Salam Tan Sri,

    Saya sekeluarga mengharapkan Tan Sri sekeluarga banyak bersabar kerana orang yang menzalimi akan mendapat balasan dari Allah yang Maha Esa,

    harapan saya Tan Sri dapat terus menyatakan pendapat, komen dan kritikan di blog Tan Sri kerana kami penyokong 2 Tan Sri dan Tun akan sentiasa menantikannya....
    ketahuilah...kami akan sentiasa menyokong tan sri yang bagaikan pahlawan dimata kami...
    tidak bacul dan penakut seperti sesetengah pemimpin yang sayangkan perut dari negara...
    p/s;
    harap Zaid Ibrahim akan adakan badan siasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat penglibatan pm dalam isu pemecatan ini....

    ReplyDelete
  34. Tan Sri,

    Dah lama nampaknya Tan Sri tak de post baru.. Letih saya masuk everyday.. Masuk2 je kecewa.. masuk2 je kecewa.. Harap2 Tan Sri dapat masukkan post2 lebih kerap.. bukannya ape, teringin nak belajar-belajar dari "otai" macam Tan Sri..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  35. CUBA TENGOK SEJARAH SANUSI DARI MUDA SAMPAI TUA TAK ADA SATU PUN JASA YANG DIA BUAT.

    SAYA SAYANGKAN TUN MAHATHIR SEPERTI
    BAPA SAYA DAN KESIAN TUN TERPAKSA BAGI JAWATAN SEBAB NAK BALAS BUDI SANUSI SIKIT.

    BERTAHUN2 JADI MENTERI.APA ADA REKOD ?

    SEKEJAB SAJA JADI MB KEDAH, LINGKUP NEGERI DENGAN ANGAN ANGAN MAT JENIN YG MUNGKIN SEMPAT MAT JENIN CERITA SEMASA DIA MENJUNAM DARI POKOK KELAPA.

    ITU PUN NAK SAMBUNG JADI MB LAGI
    SAMPAI TUN BALING FAIL.

    LAWAN PANJAT NYOK
    LAWAN CARI KUTU BINI
    LAWAN CABUT UBAN BINI
    LAWAN CABUT BULU KETIAK BINI
    LAWAN MENGORAT BINI

    TANAM PADI ATAS BUMBUNG

    (NI SEMUA DIA PUNYA REKOD GUINESS STOUT)

    BERSYUKUR LAH GANJARAN YG TAK TERHINGGA BERBANDING JASA TAK SEBERAPA (TAKDE PUN)

    TAPI INGAT,SAYA BUKAN SOKONG PORK LAH, TAPI TAK SUKA 'NATO' DAN ORANG YG MASIH ANGGAP DIA ORANG ACEH WALAUPUN DAH 3 KETURUNAN DUDUK DI MALAYSIA. PERANGAI INI SAMA LAH MACAM CINA DAN INDIA.

    MAAF KASAR BAHASA TAPI LEBIH BAIK DARI 'LURUS TELUNJUK, KELINGKING
    BERKAIT'

    ReplyDelete
  36. Selagi UMNO tak reti bahasa dengan terus menerus memperlekeh dan memburuk2kan Tun dr Mahathir... maka selama itu juga saya akan membenci UMNO.... kepada Pak Lah, TOLONG HORMATI NEGARAWAN KAMI tu! Kami sayangkan Tun.

    Kepada Tan sri... teruskan perjuangan bersama2 Tun! Tahniah... kami bersama anda.

    ReplyDelete
  37. A'kum Tan Sri,

    Syabas dan tahniah Tan Sri kini menganggotai kumpulan bloggers sepertimana Tun Dr Mahathir Mohamad idola saya.

    Banyak-banyaklah bersabar dengan apa yang terpaksa dihadapi kerana setiap sesuatu yang terjadi itu pastinya ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah swt senantiasa berserta dengan hamba-hambaNya yang selalu bersabar dan tenang menempuhi segala ujian dan dugaan.

    Percayalah bahawa kebenaran pasti akan terserlah jua apabila tiba saat dan ketikanya nanti. Kebatilan pastinya akan terhukum dengan sendirinya kerana hukum alam tidak pernah berbohong.

    Amin!

    PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA
    www.pemuda-pelapis.blogspot.com

    ReplyDelete
  38. Tan Sri,

    Pertama kali melayari blog ini. Saya berhasrat bertemu Tan Sri di Alor Star baru baru ini. Saya di rumah anak diTrengganu ketika itu. Saya diberitahu kehadiran begitu ramai.

    Saya harap dapat berjumpa Tan Sri nanti. Ingin berbual panjang.

    Ramli Mohd Yunus
    ramli-dap.blogspot.com

    ReplyDelete