5hb Jun, 2008
Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Saudara sekalian,
Kenyataan Akhbar
Mulai 19hb Mei, 2008 saya, bersama-sama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah, buat sementara waktu, tidak lagi menjadi ahli UMNO.
Ramalan
Akibat daripada keputusan ini maka berbagai ramalan telah dibuat mengenai kedudukan saya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kerana nama saya telah dicadangkan kepada Ketua Perlembagaan UIA oleh Ketua Kerajaan yang menjadi tuan rumah kepada UIA, iaitu kerajaan Malaysia. Waktu saya dilantik Ketua Kerajaan ialah pengasas UIA, YABhg. Tun Dr. Mahathir, sementara tempoh lantikan sekarang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Perlembagaan
Mengenai pemberhentian Presiden UIA perlembagaan UIA jelas menyatakan:
‘Part lV (20) (iii) – The President may by writing under
his
hand
addressed to the Constitutional
Head,
resign
his office, or he
may
be
relieved ofhis position by the Constitutional Head on
the advice
of
the Host Member.’
Saya tidak akan berhenti dengan sendiri daripada jawatan saya sebagai Presiden UIA kerana saya menganggap tugas saya sebagai ibadat. Saya juga berhubungan sangat baik dengan Ketua Perlembagaan atau ‘Constitutional Head’ UIA. Saya tidak percaya Kebawah DYMM Ketua Perlembagaan akan memecat saya kecuali dengan nasihat ‘Host Member’ kepada UIA, iatu Perdana Menteri Malaysia.
UIA Bukan Untuk Politik Peribadi
Kemuncak kepada ramalan di atas ialah kenyataan akhbar oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi yang tersiar dalam akhbar pada hari Ahad 1hb Jun, 2008 menyatakan tidak ada sebab untuk saya diberhentikan, sehingga tamat tempoh dua tahun lagi, kecuali saya menggunakan kedudukan saya sebagai Presiden untuk tujuan politik peribadi saya.
Guna Politik
Sebagai saorang ahli UMNO di Seremban sejak 13hb Oktober, 1963, dan pernah menjadi Menteri dan Menteri Besar, saya cukup mengetahui erti politik dan bila ianya digunakan untuk agama, bangsa dan tanah-air; dan bila pula ianya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Jawatan Menteri Besar
Saya telah meminta kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir untuk tidak menyambung memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah setelah Pilihanraya Ke 10 pada tahun 1999. Walau pun Barisan Nasional menang dengan mendapat lebih dari 2/3 jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, tetapi saya malu dengan prestasi kekalahan dalam kawasan-kawasan Parlimen dimana parti pembangkang mendapat majoriti kerusi.
Perpecahan Ummat Islam
Kerana insaf atas perpecahan Ummat Islam, bukan saja di Kedah, tetapi juga di seluruh dunia, maka saya telah berhasrat untuk mengkaji dan mempelajari sebab-sebab dan cara mengatasinya. Dengan itu dapatlah Ummat Islam bersatu padu dalam semua bidang.
Untuk itu saya telah meneliti fakulti-fakulti yang ilmunya bersabit dengan Islam disemua universiti yang terkenal di dunia. Dimerata tempat yang saya lawati saya telah mendapat saranan supaya belajar dan membuat kajian di UIA kerana disitulah paling banyak cerdik pandai Islam dari seluruh dunia, dalam segala bidang ‘ilmu pengetahuan.
Dalam satu pertemuan saya dengan YABhg. Tun Dr. Mahathir beliau telah mencadangkan supaya saya bukan sahaja belajar di UIA tetapi saya diminta untuk menjadi Presidennya. Saya telah menerima cadangn ini dan saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi kesempatan dan peluang bukan saja untuk belajar, dari pelajar dan pengajar, di UIA tetapi juga untuk turut terlibat dalam proses pembangunan Ummat Islam di dunia.
Saya menganggap UIA sebagai sebuah institusi yang paling hebat dan bermakna bagi Ummat Islam di dunia. Saya juga menganggap UIA inilah sumbangan yang paling mulia disisi Allah s.w.t. bagi insan yang memikir, mengasas, mencipta dan menjayakannya.
Oleh kerana orientasi UIA adalah bersifat global tidak adalah sebab untuk saya memperkecilkan matalamat dengan menjadikannya alat politik peribadi.
UIA Dulu Pusat Kegiatan Anti-Kerajaan
Oleh itu, atas cadangan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya telah dilantik menjadi Presiden UIA kira-kira 8 tahun yang lalu. Pada waktu itu UIA dianggap oleh Kerajaan Malaysia sebagai pusat kegiatan anti-kerajaan. Malahan kerajaan pada waktu itu ingin menyerahkan UIA kepada OIC dan menempatkan pelajar-pelajar Malaysia di universiti yang baru ditubuhkan yang dinamakan Kolej University Islam, pada waktu itu.
Mengamankan UIA
Tun Dr. Mahathir telah mendedahkan rahsia bahawa jika saya dapat mengamankan UIA supaya betul-betul menjadi pusat pengajian, dan bukan pusat kegiatan anti-kerajaan, maka dapatlah UIA dikekalkan sebagai milik Malaysia dan tidak dipindahkan pentadbiran dan pembiayaannya kepada OIC. Tun Dr. Mahathir telah memberi tempoh 6 bulan untuk saya menjadikan UIA bebas daripada politik kepartian.
Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum enam bulan berlalu. Kembalilah UIA seperti sediakala dan tidak jadi diserah kepada OIC.
Kegiatan di UIA
Sejak itu UIA telah menumpukan perhatian kepada 6 kegiatan:
- Mengekalkan UIA sebagai pusat kecermelangan ‘ilmu dan budi yang terkenal di dunia;
- Mengukuhkan hubungan antara negara-negara Islam dan dermawan-dermawan Islam di dunia, dengan menjaga hubungan baik dan kepentingan pelajar-pelajar mereka;
3- M Mmmmmmmmm
- M
enjadi jambatan antara dunia Islam dan bukan Islam,
- Mendedahkan pelajar-pelajar dari negara asing kepada berbagai jenis pembangunan di Malaysia supaya dapat mereka mencontohinya apabila mereka sudah lulus dan diberi peranan untuk turut membangun negara masing-masing. Mereka menjadi laksana ‘duta tidak rasmi’ Malaysia di negara mereka.
5-
-
Mewujud dan menjayakan kegiatan satu-satunya Institut Antarabangsa Untuk Perpaduan Ummat Islam (International Institute for Muslim Unity – IIMU); dan
6.
-
Menubuh dan menjayakan syarikat IIUM HoldingsSdn. Bhd. untuk menjadi pengumpul dana
keuntungan bagi tujuan membantu pelajar-pelajar dari negara lain di dunia dan pada satu masa nanti
menjadi pembiaya kepada sebahagian daripada perbelanjaan pengurusan universiti.
Kegiatan mengukuhkan hubungan dengan negara dan dermawan Islam; menjadi jambatan antara Islam dan barat; menjadikan pelajar-pelajar asing sebagai ‘duta tidak rasmi’; penubuhan Institut Antarabangsa Untuk Perpaduan Ummat Islam dan menjayakan IIUM Holdings Sdn. Bhd. semuanya, telah dimula dan dijayakan kan dalam masa 8 tahun yang lalu.
Biasiswa
Kerana hubungan baik dengan negara Islam dan dermawan Islam maka tabung biasiswa telah menjadi bertambah mewah. Saya juga banyak menghadiri dan berucap di mesyuarat-mesyuarat, seminar-seminar dan persidangan-persidangan peringkat antarabangsa, khususnya di negara-negara di Asia Barat.
Peranan UIA Sebagai Jambatan
Contoh peranan sebagai jambatan antara dunia Islam dan bukan Islam adalah menghadiri dan berucap dan bersoal jawab mengenai Islam kepada –
i.
-
Pemimpin universiti-universiti kominis dari Russia, Korea Utara dan China di Vladivostok dan Shanghai, dan
ii.
- Pemimpin universiti-universiti Katholik di Latin Amerika di Valparaiso, Chile.
Ini hanyalah dua contoh sahaja untuk menjimatkan ruang waktu.
Duta Tidak Rasmi
Dengan pendedahan pelajar-pelajar asing kepada rancangan pembangunan Malaysia dan cara pendekatan Malaysia dalam pembangunan, sebagai negara contoh dikalangan negara-negara Islam dan negara-negara membangun, saya bersyukur dan berasa bangga kerana sungguh banyak graduan UIA telah membuktikan kebolehan dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan dinegara masing-masing. Banyak juga yang sudah menjadi menteri dan pengendali jabatan dalam dunia swasta dan kerajaan masing-masing. Malahan, dikalangan mereka, bahasa Melayu sudah menjadi sebahagian dari bahasa mereka.
Pelajar-pelajar Malaysia pula sudah diberi kepercayaan oleh kerajaan dan swasta. Graduan-graduan lulusan UIA terkenal dengan kebolehan mereka dalam bahasa Inggeris, personaliti mereka yang bermaruah dan yakin, kemampuan mereka menjalankan tugas dan seterusnya menjadi insan kamil yang beriman yang diberi kepercayaan menerajui berbagai jabatan didalam dan diluar negara.
Perpaduan
Institut Antarabangsa Untuk Perpaduan Ummat Islam di Dunia, yang saya cadangkan, telah dibenarkan penubuhannya oleh Tun Dr. Mahathir. Institut ini telah mengharumkan nama UIA dan negara Malaysia dengan seminar, symposium dan persidangan yang sering diadakan dan telah dihadiri oleh beribu orang peserta dari seluruh dunia.
Syarikat Milik UIA
IIUM Holdings Sdn. Bhd. pula adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dan dimiliki penuh oleh UIA dan dari mula penubuhannya ia telah mendapat keuntungan yang semakin bertambah. Keuntungan bagi tahun 2007 meningkat kepada lebih RM7juta dan diramal bertambah untuk tahun-tahun yang akan datang.
Mukhriz Di Jerlun
Saya berasa amat kesal apabila pihak BPR telah mengunjungi ibu pejabat IIUM Holdings Sdn. Bhd. sehari setelah saya turut berkempen di Jerlun untuk memenangkan YB Dato’ Mukhriz Mahathir pada pilihan raya umum lalu. Oleh kerana YB Dato’ Mukhriz dihantar ke Jerlun maka saya turun berkempen kerana saya juga pernah menjadi calun di Jerlun. Alhamdulillah YB Dato’ Mukhriz menang.
Fitnah
Walau pun pihak BPR nampaknya puas hati dengan semua penjelasan yang diberi oleh Pegawai IIUM Holdings Sdn. Bhd. tetapi pihak yang membuat aduan tidak puas hati dan menghantar melalui email surat aduan yang berisi fitrnah semata-mata kepada banyak kakitangan UIA termasuk semua dekan. Sudah tentu saya tidak boleh membenarkan IIUM Holdings Sdn. Bhd. dan diri saya difitnah sehingga kakitangan UIA berasa terhina berkerja di bawah Presiden yang rasuah.
Motif Politik
Saya telah adakan pertemuan dengan semua dekan untuk menyatakan bahawa aduan kepada BPR bermotifkan politik, dan atas arahan tangan yang tersembunyi, dan sebab lawatan dibuat setelah saya berkempen untuk YB Dato’ Mukhriz.
Sejarah
Jika saya ingin berasuah bukanlah di UIA yang mengemis derma untuk biasiswa pelajar-pelajar negara asing. Saya menjadi pekerja The Chartered Bank dari tahun 1963 ke tahun 1978. Akhir tugas saya ialah sebagai Pegawai Eksekutif Terkanan. Dari tahun 1974 sampai tahun 1978 saya menjadi Anggota Parlimen tanpa berhenti dari bank kerana Allahyarham Tun Abdul Razak telah merestui peranan saya sebagai pengendali projek printis bank swasta untuk memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil dan petani-petani. Saya telah menjadi Timbalan Menteri dan Menteri di empat kementerian dan akhirnya menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman.
Rasuah
Saya telah menjadi wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri selama 30 tahun dari tahun 1974 hingga tahun 2004. Sepanjang masa itu kesempatan saya melakukan rasuah cukup banyak tetapi, Syukur Alhamdulillah, dapat saya elakkan dan tidak pernah terlintas dibenak hati saya untuk berasuah.
Royal Commission
Saya juga tidak keberatan jika BPR memeriksa saya dari mula saya memegang jawatan dalam kerajaan, sama ada saya pernah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri. ‘Royal Commission’ juga boleh ditubuhkan untuk menyoal selidik saya. Commission yang sama juga patut diadakan untuk tokoh-tokoh di Putrajaya.
25 Tahun UIA
Mengenai ketidakhadiran saya dalam majlis perasmian ulangtahun ke 25 UIA juga telah dipersoalkan. Saya telah mengelak untuk menghadiri majlis ini, dan telah mendapat restu DYMM Ketua Perlembagaan untuk mengelak daripada membuat ucapan memuji-mujikan Tun Dr. Mahathir yang menjadi pengasas UIA. Jelas, tanpa ucapan saya pun para hadirin dan para pelajar telah bertepuk dengan gemuruh apabila Mahathir disebut atau gambarnya ditayangkan dalam majlis itu. Malangnya ahli majlis yang telah dipilih mengganti saya untuk berucap, dengan restu kebawah DYMM Ketua Perlembagaan telah tidak diberi kesempatan berucap dalam majlis itu. Jika diberi kesempatan sudah tentu perkara ini tidak menjadi isu.
nama Tun Dr.
Halangan Berpolitik di UIA
UIA sebenarnya tidak membenarkan pekerja dan pelajarnya berpolitik di kampus; apatahlagi politik berparti. Yang ada di UIA ialah ‘ilmu politik. Agak aneh jika saya diberhentikan semata-mata kerana saya tidak menjadi ahli UMNO, lebih-lebih lagi jika hanya buat sementara sahaja.
Natural Justice
Walau pun perlembagaan UIA memberi kuasa kepada Ketua Perlembagaan untuk menamatkan khidmat saya tetapi mengikut ‘natural justice’ apakah saya tidak boleh mengetahui apa kesilapan saya yang menyebabkan tempoh khidmat saya mahu dipendekkan, dan tidak ditunggu sehingga tamat dua tahun lagi. Sepanjang perkhidmatan saya tidak pernah menyebabkan prestasi UIA merosot.
Kelemahan Di UIA
Ini tidak bererti tidak ada kelemahan di UIA. Walau bagaimana pun masaalah yang ada hanyalah kerana bertambah pelajar, bertambah pengajar dan bertambah luasnya kawasan kampus untuk menampung dan memenuhi keperluan negara. Semua kelemahan atau masaalah adalah hasil dari pembangunan dan kemajuan yang pesat, atau pun kelemahan dan masaalah kerana kejayaannya.
Bukan semua kelemahan di UIA menjadi tanggungjawab Presiden, terutama dalam urusan pentadbiran dan pengurusan harian saperti mengadakan atau menguruskan asrama atau bangunan untuk pelajar-pelajar matrikulasi di Nilai Negeri Sembilan, yang di warwarkan oleh akhbar baru-baru ini. Isu ini ditimbulkan sejak saya tidak menjadi ahli UMNO.
Tamat Perkhidmatan
Saya juga cukup faham dan mengerti dan tidak akan menggunakan jawatan saya untuk tujuan politik peribadi saya atau politik kepartian. Saya ucapkan terima kasih atas penjelasan Menteri Pendidikan Tinggi, yang saya kira mewakili kerajaan, bahawa khidmat saya akan ditamatkan jika saya bersikap sebaliknya.
Keluar Dari UMNO
Sebab saya keluar dari UMNO tidak memerlukan penjelasan di sini.
Saya sayang kepada UMNO lama yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan saya menjadi ahli 17 tahun kemudian pada tahun 1963 diwaktu saya berumur 20 tahun; dan saya telah menjadi ahli No. 007 UMNO yang ada sekarang, sejak ianya saya turut tubuhkan.
Tetap Melayu Dan Tetap Berugama Islam
Walau pun saya tidak menjadi ahli UMNO, buat sementara, saya tetap berbangsa Melayu dan Insya Allah akan kekal beragama Islam.
Terima kasih.
Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid
Presiden, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sabar Tan Sri...syabas kerana menjadi blogger!!!
ReplyDeleteTan Sri Sanusi,
ReplyDeleteWelcome to the bloggers world where words are mightier and sharper than sword, heheh..wat can I say..(",) Ur on my blog list..
SAY NO TO NWO!
Selamat berblog.
ReplyDeleteIts clearly a witch hunt. I am sure all the PakLah's men will be posted up in these positions to satisfy the Yes Men.
ReplyDeleteTan Sri Dato Seri
ReplyDeleteSabaq no..Was machen Sie, jetz ? Warum so lange keine worte ? Wier haben so lange nicht gesehen !
(lama tak tulis Deutch, lupa dah)
Kita jumpa kat Hotel di Alor Setaq semasa saya jadi pengurus disana. Saya yang buatkan cawan capucinno special yang ada nama Tan Sri diatasnya.
So, Alles Gute jar !
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Tan Sri,
ReplyDeleteKenapa setelah berasa kecewa dan marah baru nak menceburkan diri dalam dunia blogging? Kenapa tidak masa Tan Sri berasa senang hati ketika didalam UMNO dan tiada siapa menentang Tn Sri?
Tagline blog Tan Sri "Demi Agama, Bangsa dan Tanah air". Saya keliru, Tan Sri berada didunia baru ini hanya selepas Tan Sri dipecat kemudian tiba-tiba pula kini muncul dan baru kini ingin bersuara demi agama, bangsa dan negara? Bagaiman dengan sebelum ini?
Tan Sri,
Bak kata Tan Sri,"sebagai seorang hamba Allah yang hanya berniat untuk beribadah di jalan Allah"..
Saya harap, jika benar Tan Sri tidak pernah melakukan sekalumit pun kesalahan, maka saya berharap Tan Sri redha kerana ini mungkin salah satu dugaan dari-Nya.
Janganlah cemarkan 'kesucian' Tan Sri dengan bercerita keburukan orang lain kerana kelak ia hanya akan memakan diri.
Wallualam.
Assalamu'alaikum Tan Sri,
ReplyDeleteKita harus berminat dan mendampingi ahli politik yang ilmuan seperti Tan Sri. Semoga-moga Allah memberkati perjuangan Tan Sri dan yang penting sekali generasi muda menyelami dan mempelajari daripadanya.
Kita akan senantiasa mengikuti dan membaca blog ini demi untuk kesedaran dan kematangan diri dalam politik tanahair dan pemikiran sejagat.
Wasalam,
Redhuan D. Oon
padi-malaysia
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat datang Tan Sri ke dunia Blogger...
ReplyDeleteSaya sangat kagum dengan Tan Sri sejak saya sekolah lagi..
Tan Sri sentiasa menpunyai idea yang bernas dan kreatif.
Tan Sri adalah idola saya selain Tun.
Teruskan menulis..
Ingat Blog itu lebih tajam dari pedang.
Saya mendoakan Tan Sri sentiasa dirahmati Allah. Amin
Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid, macam pucuk dicita ulam mendatang. I shall spend precious moments at your blog, soon...
ReplyDeletePemecetan Tan Sri tidak perlu dipertikaikan. Ini adalah kerana semua perlantikan jawatan tertinggi tertakluk kepada "prerogative" kerajaan atau mereka yang membuat perlantikan. Please don't fight a losing battle. You had your glorious days, so why make noise now, Tan Sri?
ReplyDeleteBe at peace with yourself and also with others, if you want your twilight years to be happy and contented.
Abi
Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid, saya telah membaca pos ini.
ReplyDeletePada saya, ianya cukup jelas, cukup terperinci, dan bermakna.
Terima kasih.
Kemusykilannya sekarang, tentulah bukan Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid yang menerangkan sebabnya kenapa perkhidmatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditamatkan lebih awal dari tempoh sebenarnya.
Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid sendiri tidakpun diberitahu akan sebab yang sebenarnya, tindakan ini.
Lantaran, dari siapa dan di manakah penjelasan ini dapat dibaca oleh orang seperti saya..?
Jika tidak, benarlah Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid dilakukan demikian bukanlah atas sebab profesional, tetapi telah menjadi mangsa politik.
http://atotalblog.wordpress.com/2008/06/11/a-3/
Betapakah tergamaknya, Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya melakukan perbuatan yang sebegini keji.
Jika pun kesannya sedikit, malah saya melihat Tan Sri Dato Sri Sanusi Junid ceria bila ditemubual HarakahDaily.Net kelmarin.
Pun, kesan besar yang mungkin tidak disedari ialah kepada seluruh atau majoriti warga UIAM, dan konteks jalinan pemimpin dan negara di dunia yang telah merasai jasa Tan Sri Dato Sri Sanusi sewaktu menjawat jawatan Presiden UIAM.
Saya seringkali memasuki UIAM, siang dan malam, pada tahun 2007, tujuan bermesyuarat dengan pemimpin mahasiswa, dan saya kagum dengan pencapaian gedung ilmu ini.
Tan Sri Dato Sri, jasamu tetap dikenang.
Tabik!
Putra Bangsa
ReplyDeleteApa kamu cakap ni, 5 tahun dahulu mana ada blog? Mana kamu tahu tan sri tak blog. Mungkin anak dia tuliskan dalam blog.
Kamu mana blog? Rahman Dahlan suruhorang UMNo tulis dan komen blog. Kenapa tak cerdik tulisan kamu?
Sebagai orangmuda, kamu patut belajar mendengar orang tua dan bukan nak tegur orang tua. Apa jasa kamu dalam muka bumi ini? Tan sri bukan sjaa ahli politik yg berkejrjaya cemerlang tetapi seoranmg guru... fikirkan berpaa ahli politik sedemikian?
Baik orang muda, cuba kau lihat musuh boleh secara tak langsung membela tan sri, maksud saya musuh politik, ... ini Lim Kit Siang tulis
Sanusi sacked as UIA President -
Abdullah not ready for “1st-world infrastructure, 1st-world mentality”
The sacking of Sanusi Junid, who was formerly Cabinet Minister, Kedah Mentri Besar and Umno secretary-general, as International Islamic University (UIA) president because he had left Umno together with former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, is most shocking, deplorable and testimony that the Abdullah administration is not ready for a “first-world infrastructure, first-world mentality” culture to catapult Malaysia into the ranks of fully developed nations.
The UIA termination letter dated June 2 but which Sanusi received only yesterday (eight days later) did not give any reason for the abrupt sacking although his contract is not due to expire for another two years.
It would appear that quitting Umno has become a proper reason for the sacking of administrators and academicians in Malaysian universities.
Shouldn’t the authorities adopt a “hands-off” policy on the political inclinations of university administrators or academicians so long as they do not allow their political affiliations to intrude into their university duties?
An explanation is clearly called for from Abdullah for Sanusi’s sacking from UIA.
Tan Sri - selamat berblog dan sabar menghadapi banyak goblog dengan argumen serupa orang tak pergi sekolah.
Tan Sri Sanusi,
ReplyDeleteKita pernah berjumpa di UK ketika Tan Sri menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Kandungan risalah kecil karangan Tan Sri masih segar diingatan saya.
Syabas di atas pendirian Tan Sri berhubung isu semasa. Saya pasti tindakan memecat Tan Sri tidak akan melemahkan semangat dan perjuangan yg dipegang.
Di kesempatan ini, sukacita saya memaklum dan menjemput Tan Sri dll pengunjung ke satu konvensyen rakyat Terenggaanu spt berikut:
KONVENSYEN KEMBALIKAN ROYALTI
Sejarah, Realiti & Harapan
14 Jun 2008
Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Saya pasti pandangan bernas dan nasihat berguna Tan Sri akan menambah nilai tambah di Konvensyen berkenaan.
Sekian, Wassalam.
Husin Lempoyang,
ReplyDeleteinilah masalah orang tua, baru sikit kena tegur sudah naik angin :)
satu lagi saya kesian tentang orang melayu islam ni, bila dah tua baru nak ibadat, masa muda bukan main sibuk tak ingat ibadat.
Tan Sri kalau nak ibadat banyakkanlah usaha kebajikan dengan masjid terdekat, tak payah pergi jauh-jauh
Husin Lempoyang , pernah melawat rumah Tan Sri, dah congak ke harta tuh padan dengan gaji dahulu
itulah fikir sebelum becakap, dan kamu ni bercakap bagi pihak tan sri kenapa, tunggu suap ke
Assalamualaikum Tan Sri,
ReplyDeleteSaya dapat maklumat blog ini dari blog Tun Dr M.
Maka sekarang jelaslah memegang jawatan dalam kerajaan atau institusi kerajaan mestilah ahli UMNO.
Bertapa busuknya hati orang2 yg berkepentingan dalam UMNO ini. Tidak sedarkah mereka sedang mencorak masa depan UMNO yg gelap.
Tan Sri teruskanlah perjuangan.
http://redssays.blogspot.com
Wahai encik husin lempoyang saudagar unta,
ReplyDeleteBlog sudah mula popular di Malaysia semenjak tahun 2004 lagi. Mana kamu tahu tan sri ada blog, dan mana kamu tahu anak dia tuliskan dalam blog?
Yang tak tahu dan tak nampak tak payah tanya atau cerita, saya cerita yang yang saya nampak ini. Kalau saya main agak-agak atau jadi tukang penyampai benda-benda yang saya tak nampak itu namanya saya menyebar fitnah.
Blog peribadi saya sudah wujud semenjak tahun 2004. Yang pasti blog saya tak bercerita pasal orang lain terutama sekali benda yang disampaikan orang lain dan benda yang saya tak nampak dengan mata kepala saya sendiri. Kalau tidak tanggung dosa fitnah lah saya.
Sebagai orang muda, tak salah saya bertanya dan mepersoalkan perbuatannya. Kamu tak nampak ke Husin, saya belum jatuh hukum pada dia?
Kamu tanya apa jasa saya dalam muka bumi ini? Adakah saya perlu menjadi ahli politik yang berkerjaya "cemerlang" seperti Tan Sri baru saya diiktiraf sebgai berjasa dimuka bumi? Wow! Tak sangka jadi seperti ahli politik seperti Tan Sri lebih berjasa dari kerjaya lain.WOW!!!
Bloggers - husin lempoyang, putrabangsa, anonymous
ReplyDeleteApa yang hangpa dok bertengkaq kat blog baru Tan Sri neh? Dia dok penin, hangpa dok tengkaq2 . Pi la main jauh jauh ! Hangpa tengok , Tan Sri nak tulih yang lain pun tak ada mood ! Cian nooo...!
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Tan Sri, ada pula saya terbaca isu semasa tahun 2000 Tan Sri juga pernah terlibat dalam isu memecat seseorang tanpa memberi alasan? Individu itu adalah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas pengasas dan bekas pengarah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
ReplyDeleteKalau benar berita itu, mengapa pula Tna Sri hendak memperbesarkan perkara yang sama yang telah terjadi padi Tan Sri?
Hanya satu persoalan yang bermain di minda saya.
Sebelum menyebelahi mana2 pihak, elok lah kalau kita juga cuba faham keadaan yang sebenar. Mungkin ada sebab lain Tan Sri "dipecat". Saya kurang pasti mengenai perihal yang dibangkitkan razak mahmud itu, tapi kalau benar, kita sedikit sebanyak boleh menilai karekter Tan Sri. Ada satu lagi perihal lain yang kurang saya ingati mengenai Tan Sri juga, perihal kes beliau masuk mahkamah. Nanti saya cuba cari sumber dahulu sebelu post di sini (nanti dikata menghasut pula)
ReplyDeletesaya rasa sikap mencanangkan tentang pemecatan Tan Sri adalah pemecatan tidak bersebab ke sana ke mari adalah suatu yang tidak perlu dalam keadaan negara kita yang sedang dilanda krisis ini. adakah Tan Sri cuba mengeruhkan keadaan lagi?
ReplyDeletehaih..kenapa lah kecoh2 hal ni.. macam tak hormat keputusan Sultan pulak..
ReplyDeletesaya suka baris baris terakhir post... no ahli tan sri adalah 007... waa Tan Sri kira sama macam James Bond lah.... your idea pasal sawah atas bumbung dulu.... mat saleh dah start buat research and prove of concept abou it... I've watched in the discovery channel last month... tan sri cakap benda masa saya masih dibangku skolah masa tuh... so advance than the americans...
ReplyDeleteAssalamualaikum wm wth Tan Sri Sanusi,
ReplyDeleteInsyaAllah kebenaran akan tegak akhirnya.
Biarkan si Luncai Berkuasa terus ralit menyalahgunakan kuasa mendera sesiapa yg dilihat tidak kowtow dgn "the Power that he is". Rakyat pasti melihat dan mendengar perbuatan mereka.
Tahniah kpd TS yg berjaya mengeluarkan UIA dari belenggu negatif puak2 Anwar dan PAS yg memperkudakan orang2 Islam utk agenda mereka. UIA dibina bagi pusat ILMU global ummah maka perlu dipisahkan dari politik Malaysia.
Maruah TS lebih berharga dari sebarang jawatan di mata rakyat. Amat malang institusi yg dibina utk the global ummah ini digunakan sebagai satu agenda politik oleh Dollah dan UMNO Cap Dollah.
Amat malang sekali bila DYMM Ketua Perlembagaan UIA juga dipengaruhi oleh politik Dollah dan Khairy.
Allah itu tetap ada dan Allah itu Maha Berkuasa. InsyaAllah Dollah akan menerima pembalasannya. Mungkin Dollah sudah lupa, Si Pencipta MAHA BERKUASA dari Dollah.
Wasalaam
www.tunteja01.blogspot.com
salam...
ReplyDeleteapa-apa di dunia ini tidak kekal. usah dato kesali. ada naik dan turun. sebab itulah orang cina tidak jadikan politik maruah mereka. politik bagi mereka ialah cari makan macam pasaran saham...
pasal UMNO, saya bukan ahli UMNO dan parti pembangkang. jangan kerana UMNO lucut jawtan dato dah kutuk dan lupa UMNO sedangkan dato dah pegang jawatan 8 tahun kerana UMNO. bagilah kat prosefessor lain.
tak salah kan.
macam artis. dah lapan tahun siti nurhaliza pun jatuuh. naik orang lain dan kita carilah dan fikir macam mana nak hidup. orang lain pun nak hidup dan merasai kedudukan di atas.
abe MIE tak pernah dok atas...kesian
pkrpasdap.blogspot.com
Ahoy,
ReplyDeleteHang tau tau ka. Tan Sri kan pernah tampar orang kat KLIA. Tan Sri dah naik mahkamah dan dah bayar pun denda RM1000.
Ahoy,
ReplyDeleteHang tau tau ka.
Yang Tan Sri tampaq tu budak-budak kurang ajaq yang telah menyebabkan ibu saudara Tan Sri yang menghidap penyakit 'liver cancer', terpaksa menunggu dalam kesakitan selama dua jam untuk kerusi roda, tanpa ubat (bius)penahan sakit di terminal KLIA. Depa lalai bersembang sampai tak sedaq depa dipanggil, dah tu bila dah sedaq depa saja melengah-lengahkan kerana dapat tau yang memanggil itu Tan Sri kerana depa tu kononnya penyokong kuat Anwar.
Sehari selepas tu, ibu saudaranya itu telah meninggal dunia, setelah keadaanya memburuk secara mendadak.
Denda RM1000, artikel akhbar yang memburukkan nama Tan Sri dan komen yang hina di atas ini,hanya perkara kecil yg akhiaqnya takdaq makna dan tak kemana.
Yang penting jasa Tan Sri kepada kami, keluarga besar arwah dari Malaysia dan Indonesia, sebelum dan setelah arwah meninggalkan kami, akan kami hargai dunia dan akhirat.
Semoga Allah memberkati perjuangan Tan Sri kali ini seperti sebelumnya. Kami sedia membantu.
Sekian Wassalam.
selamat hari bapa tan sri,
ReplyDeletemaaf ! mengapa sekarang baru tan sri terlintas unt menulis,sedangkan tan sri terkenal dng lebal ulat buku,jangan ada dendam buatlah dng keinsafan.tapi biarlah terlambat jangan terlewat gunalah pengealaman yg ada unt kebaik negara kita. selamat menulia putong2 yg basah
Tan Sri,
ReplyDeleteSaya amat sedih dan marah bila membaca berita tentang pemecatan Tan Sri. Yang lebih marah ialah bagaimana seorang Sultan yang Tan Sri anggap mempunyai hubungan baik boleh menandatangani surat pelantikan orang lain. Memang zaman sekarang ni duit boleh membeli semua walau pun seseorang yang berkuasa. Tapi tak apa, ada hikmahnya juga. Senang kita nak 'bang' Paklala banyak-banyak lagi. Mintak2 dia berani la pecat Tun Mahathir(yang saya anggap Perdana Menteri saya lagi) dan Dato Mokhzani. Supaya banyak agi modal untuk kita kata dia gila kuasa. Dulu orang kata Tun, sekarang baru diaorang tahu apa makna gila kuasa agaknya.
Salam hormat
Buat Tan Sri Sanusi Yang Di Kasihi
ReplyDeleteAnggaplah ini suatu mehnah dan tribulasi atas niat suci Tan Sri untuk mengamankan UIA.
Saya masih teringat kata kata Tan Sri, selain dari Allah, yang kekal hanyalah perubahan.
ReplyDeleteSalam blogging dari saya. Saya bercadang bersama jeanbara dan mengkuang untuk menemukan beberapa bloggers di Kedah dengan Tan Sri.
Ramli Mohd Yunus
ramli-dap.blogspot.com
salam
ReplyDeleteTan Sri tak payah nak komen panjang lebar dan gunakan dwi bahasa pon.
Kat negara kita sekarang dah ramai yang pekak badak .. sokong membuta tuli.kan betol .. yang disuruh pelajar U jadik pandai tapi yang memerintah tak payah pandai .. cuma pandai salahkan orang jer..
Mohd Khaled and his boys are playing soccer and the ball is half full.
ReplyDeleteTan Sri,
ReplyDeletePelik dan ajaib politik Malaysia ni, dari dulu sampai sekarang .... tak habis-habis dengan dengki, khianat, adu domba, jatuh menjatuh...
Bila nak maju macam ini....
pucuk dicinta ulampun tiba keiinginan yg kuat harus dengan keberanian yang pula,tapi bukan hanya dibibir saja.
ReplyDeleteTetap Semangat Tan Sri.....
ReplyDeletesaya selalu mendukung apa yang Tan Sri perjuangkan
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.