ISLAM - UGAMA YANG DIREDHAI ALLAH
1. Kita bangga kerana menganut ugama Islam sebagai satu-satunya ugama yang diredzai Allah s.w.t.. Kita bernasib baik kerana ibu dan bapa kita berugama Islam. Kalau tidak kita mungkin berada di luar Islam sampai ke akhir hayat. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menjadi Ummat di akhir zaman dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulallah terakhir dan penghulu bagi sekalian Rasul.
QURAN - KITABULLAH
2. Quran ialah Kitabullah. Ianya diturunkan oleh Allah kepada kita melalui malaikat yang menyampaikannya kepada Nabi Besar kita Muhammad s.a.w.. Kita bangga memiliki Al Quran walau pun kita jarang membacanya. Kita beli Quran yang cantik dan mahal untuk kita simpan di rumah dan di pejabat sehingga ternampaklah kepada tetamu bahawa kita minat kepada Al Quran.
3. Tidak banyak di antara kita yang memahami isi Al Quran. Kita tahulah sedikit yang kita selalu baca dalam sembahyang atau dengar tafsirannya. Kita hafal beberapa ayat, dengan maksudnya, untuk kita gunakan waktu berceramah politik supaya pengundi suka kepada kita. Kalau nada suara kita itu berpelat sedikit dan kita pakai pula serban dan jubah bertambahlah kepercayaan orang-ramai kepada kita.
BUDAYA 'TAK TAHU'
4. Tetapi, bagi rakyat Malaysia 'tak tahu' itu adalah budaya kita. Hari-hari kita dengar China bercakap bahasa Hokkien, Cantonese dan lain-lain bahasa ibunda mereka, atau bahasa Mandarin, walau pun bukan bahasa ibunda orang-orang dari selatan China tetapi telah diaktakan sebagai bahasa untuk sekolah China. Kita tidak hiraukan kerana kita sudah biasa mendengar yang kita tak faham atau tak tahu. Begitu juga dengan bahasa Tamil, Punjabi, Thai dan lain-lain bahasa. Semuanya kita tak faham dan kita tidak risau kerananya. Orang China pun begitu juga tidak faham bahasa Tamil dan orang Tamil pun umumnya tidak faham bahasa yang dituturkan oleh orang China atau apa sahaja bahasa kaum lain.
5. Selain dari bahasa ibunda, bahasa yang difahami, atau sepatutnya difahami, oleh semua rakyat Malaysia ialah Bahasa Melayu; dan banyak juga rakyat Malaysia yang faham bahasa Inggeris. Namun hanya sedikit rakyat Malaysia yang faham bahasa Arab. Oleh itu tidak tahu makna isi Al Quran bukanlah sesuatu yang aneh.
PRESIDEN PARK CHUNG HEE
6. Selepas Presiden Park Chung Hee menggulingkan Presiden Syngman Rhee di Korea Selatan beliau telah melawat Malaysia. Dalam Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, yang Menterinya pada waktu itu ialah Tun Abdul Razak, yang juga menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu taklimat telah diberi mengenai rancangan luar bandar di Malaysia khususnya program 'BUKU HIJAU'. Pada waktu itu kedudukan ekonomi Malaysia lebih maju dari ekonomi Korea Selatan.
7. Bila Presiden Park melihat ke papan taklimat, di dinding bilik gerakan kementerian beliau ternampak perkatan 'Selamat Datang' dan di bawahnya perkataan 'Welcome'. Di bawah lagi ada apa yang dilihat oleh Presiden Park sebagai satu tulisan atau ukiran misteri. Lantas dia bertanya 'Lukisan apakah itu?' ( tentulah dalam bahasa Inggeris ). Tun Razak menjawab bahawa itu bukan lukisan atau ukiran tetapi sepotong ayat dari Al Quran yang bermaksud 'Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah dirinya sendiri'. Lantas Presiden Park menyampuk 'You mean self-help? Your God wants you to help yourself?' Tun Razak bersetuju dengan tafsiran Presiden Park. Maka sempatlah Presiden Korea Selatan belajar makna sepotong ayat dari Al Quran.
SAEMUL UNDONG PROGRAM BERDIKARI
8. Pada tahun 1982, sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar saya telah melawat Korea Selatan secara rasmi untuk mempelajari program 'Saemul Undong' atau 'Gerakan Pembaharuan' mereka. Program ini telah dilancarkan oleh Presiden Park Chung Hee sebaik saja dia balik dari lawatannya ke Malaysia. Begitu hormat mereka kepada Malaysia sehingga saya telah dibawa ke Blue House rumah Presiden. Saya tidak berjumpa dengan Presidennya tetapi saya diterima dengan sungguh mesra dan saya diberitahu bahawa Presiden Park telah memaklumkan dalam ucapan kepada kabinet dan pegawai-pegawai kanan Korea Selatan bahawa 'The Religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until man bring about the changes themselves'. Mengikut pegawainya idea 'self-help' atau 'membantu diri sendiri' atau 'berdikari' yang menjadi dasar gerakan 'Saemul Undung' di Korea Selatan adalah kesan dari taklimat di bilik gerakan KPNLB dan tafsiran yang disampaikan oleh Tun Abdul Razak atas ayat yang ada di depan papan taklimat.
9. Park Chung Hee tidak membaca dan memahami seluruh Al Quran. Dia tahu hanya satu ayat. Tetapi bermula dari program 'Saemul Undong' itulah Korea Selatan telah terlonjak dari negeri yang dulunya di belakang Malaysia dari segi pembangunan ekonomi kini berada jauh di depan Malaysia.
IQRA' - BACA - PERINTAH ALLAH
10. Dalam blog ini saya tidak berhasrat dan tidak mampu untuk mengupas walau satu juzu' dari Al Quran. Saya ingin menyentuh perkataan pertama yang diturunkan untuk Al Quran, iaitu IQRA', yang bererti 'BACA'. Kerana pengaruh dari ayat inilah saya telah banyak membelanjakan wang gaji untuk membeli buku dan menumpukan perhatian kepada pembacaan 7 orang anak saya. Pengaruh 'iqra'' pula yang menyebabkan saya mendirikan sebuah Kampung Buku di Langkawi yang kini sudah terbengkalai. Walau pun projek saya ini tidak sempat untuk saya jayakan tetapi saya percaya budaya membacalah yang akan membantu bangsa Melayu dan Ummat Islam sedunia.
11. Saya difahamkan apabila Allah s.w.t. berfirman supaya kita membaca ianya tidaklah terbatas kepada membaca Al Quran sahaja. Jika Al Quran sahaja yang perlu dibaca maka ayat Iqra' mungkin turun di akhir Al Quran. Oleh kerana perintah membaca turun sebagai perkataan pertama bagi Al Quran maka penganut ugama Islam tidaklah menunggu sampai 22 tahun 2 bulan dan 22 hari untuk membaca hanya Al Quran yang sudah lengkap diturunkan. Oleh kerana patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan sudah mula membaca berbagai buku dalam berbagai bahasa sejak perintah membaca diturunkan maka Ummat Islam di peringkat awal telah menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sehingga orang-orang Eropa terpaksa merujuk kepada buku-buku dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dikarang oleh cerdik-pandai Muslim apabila Eropah hendak keluar dari zaman gelap atau 'The Dark Ages.'
FAKTOR MENJADI PELAJAR CEMERLANG
13. Berbagai sebab telah diberi oleh pakar-pakar bidang pendidikan untuk menjelaskan punca kecemerlangan prestasi pelajar. Ada yang mengatakan kelengkapan sekolah perlu cukup untuk mencapai prestasi cemerlang; ada yang menyatakan guru-guru yang pandai dan rajin menjadi pra-syarat untuk pelajar menjadi cemerlang; ada yang memberi sebab ada tuition; ada yang menyalahkan latar belakang keluarga, dan lain-lain lagi.
14. Dari pemerhatian saya ada pelajar yang dapat banyak A itu mempunyai guru yang sama dengan pelajar yang gagal. Ada yang dapat banyak A dari sekolah berdekatan hutan di kampung pedalaman. Ada juga yang ibu bapanya miskin tetapi prestasi anaknya cemerlang, lebih cemerlang dari prestasi anak orang kaya dan berpangkat.

15. Perkara yang sama bagi semua 90 pelajar cemerlang ialah mereka membaca, iaitu menelaah buku-buku pelajaran mereka sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari. Mereka beriqra'. Walau siapa saja menjadi guru, bagaimana juga kelengkapan dan keadaan sekolah, dan bagaimana jua kemampuan ibu bapa, jika anak malas membaca buruklah padahnya dan jika anak rajin membaca cerahlah harapannya.
CE' GU MD. ZAIN DALAM KENANGAN
16. Setelah menyedari faktor yang sama, yang menyebabkan pencapaian cemerlang teringatlah saya kepada Guru Besar Sekolah Melayu Yan yang bernama Ce' Gu Fadhil. Pada masa yang sama seorang guru lagi bernama Ce' Gu Md. Zain telah dipindahkan ke Yan dari Pulau Langkawi kerana beliau mirip ke parti PAS sebagaimana guru yang mirip ke PAS di Yan di pindahkan ke Pulau Langkawi. Ce' Gu Fadhil telah memberi tugas kepada Ce' Gu Md. Zain untuk memilih 4 orang pelajar yang beliau fikirkan ada potensi untuk diberi perhatian khas supaya kelulusan peperiksaan darjah 4 melayakkan mereka pergi ke sekolah Inggeris di Alor Setar atau Sungai Petani. Pada waku itu sudah agak lama pelajar-pelajar dari Sekolah Melayu Yan tidak berjaya pergi ke sekolah Inggeris.
17. Ce' Gu Md. Zain telah memilih Hasbi Haji Hassan ( kini Dato' Dr. Hasbi Haji Nyak Hassan ), Ghazali Nyak Amin ( kini dalam keuzuran ), Azizan Hussain ( kini Tan Sri Dato' Azizan Hussain ) dan saya untuk diberi perhatian istimewa.
18. Cara Ce' Gu Md. Zain memberi perhatian istimewa agak mudah tapi berkesan. Setiap malam, dari hari Ahad sampai hari Khamis, selepas waktu Isya kami berempat di wajibkan kerumahnya untuk belajar dari pukul 8 malam sampai pukul 10 malam. Dalam masa dua jam itu Ce' Gu Md. Zain menyuruh kami supaya menelaah semua buku-buku darjah yang berkaitan dengan pelajaran pada hari itu. Ce' Gu Md. Zain menunggu kami sampai pada tepat pukul lapan. Tepat pukul lapan, dan kami pun sudah mula membaca beliau akan masuk ke biliknya. Kami seringkali mendengar suara wanita dan lelaki dewasa gelak ketawa kecil dari bilik yang Ce' Gu Md. Zain masuk tadi. Lima minit sebelum pukul 10 malam Ce' Gu Md. Zain keluar dari bilik sambil lap kedua matanya dengan tuala basah. Lantar dia tanya ' ada apa-apa masalah?' Bila kami kata 'ada' dia pun suruh tanya guru berkenaan pada esok paginya. Lepas beberapa kali begitu kami pun tidak bertanya lagi.
19. Selama 4 bulan kami belajar kami dipimpin oleh Ce' Gu Md. Zain untuk membaca, dan hanya membaca, sehingga keputusan peperiksaan kami dikatakan cemerlang dan keempat-empat kami telah memecahkan rekod sekolah dan berjaya pergi ke sekolah Inggeris. Sekali lagi ternyata hanya dengan membaca 2 jam sehari prestasi pelajar menjadi baik.
MCKK + MGC ( TKC ) = MRSM
20. Perkara ini terbukti lagi dengan prestasi pelajar berasrama penuh seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) dan Kolej Perempuan Melayu atau lebih dikenali sebagai Malay Girls College ( MGC ) yang kemudiannya berubah menjadi Kolej Tunku Kursyiah ( TKC ). Seorang pelajar dari MCKK bernama Wahab Alwi dan seorang bekas pelajar dari MGC bernama Raja Fauziah Raja Tun Uda telah sama-sama bekerja dengan MARA dan mencetuskan ide untuk menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ). Oleh kerana MCKK, MGC dan MRSM semuanya ada kelas malam selama 2 jam ( di MCKK kelas malam ini diberi nama 'kelas prep' atau kelas 'preparation' atau persiapan untuk hari esoknya ). Kemudian daripada itu barulah kita dengar sekolah-sekolah asrama penuh yang lain.
21. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana antara 1980 hingga 1985 MRSM telah bertambah 6 buah lagi. Dari tahun 1986 hingga 1990, 10 lagi MRSM baru telah dibuka. Sebelum saya tinggal Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar 13 buah lagi MRSM telah dirancang untuk dibuka dan rancangan ini telah terlaksana antara tahun 2001 hingga 2005. Perancangan ini telah dibuat dengan kerjasama Dato' Ridwan Ce' Gu Halim, Ketua Pengarah MARA yang cukup dinamik bersama pegawai-pegawainya. Sejarah perlu merakam fenomena ini.
MRSM LANGKAWI DI KEDAH DAN MRSM BALIK PULAU DI PULAU PINANG
22. Banyak cabaran yang telah kami harungi bersama untuk menjayakan MRSM dua darinya ialah MRSM di Langkawi dan MRSM di Balik Pulau. Bila saya masuk sahaja ke Kementerian, oleh kerana saya Ahli Parlimen Jerlun-Langkawi maka projek pertama di Langkawi ialah MRSM. Saya telah pilih satu kawasan di Pantai Cenang yang sekarang ini menjadi tapak Pelangi Resort. Waktu tanah ini diambil dari Tan Sri Loh Boon Siew ianya ialah untuk kepentingan awam. Bila kerajaan, melalui LADA, mula menggunakan tanah ini untuk perniagaan Boon Siew telah mengancam untuk mendakwa di mahkamah. Untuk meredakan kemarahan Boon Siew kerajaan telah banyak memberi kemudahan kepada Boon Siew untuk membangun tanah-tanahnya yang begitu banyak di Langkawi. Lama setelah itu barulah MRSM dapat didirikan di tepaknya sekarang di Kuah.
23. Di Balik Pulau kerajaan telah kerugian besar kerana apabila tanah diambil untuk MRSM dan MARA telah membayar pampasan sepenuhnya kepada pemilik tanah melalui kerajaan negeri di waktu itu, tetapi kerajaan negeri telah membayar hanya sebahagian sahaja dari pempasan itu kepada tuan tanah. Akhirnya kes ini telah di bawah kemahkamah dan seterusnya ke Privy Council di London. MARA kalah kerana kecuaian di pejabat tanah Pulau Pinang. Saya enggan membayar tuntutan dari tuan tanah yang agak berlebihan, kerana lebih murah mendirikan MRSM di tempat baru, tetapi apabila Menteri Kewangan yang baru datangnya dari Pulau Pinang kes ini telah diselesaikan di peringkat kementerian.
24. Apakah kita sedar yang istimewa dari semua sekolah-sekolah asrama penuh ini ialah 'membaca setiap malam' mengikut jangka-waktu yang ditetapkan. Memang benar guru dan tempat belajar dan asrama yang baik itu penting tetapi lebih penting lagi ialah memupuk budaya iqra'.
PROGRAM MEMBACA DI MASJID - MASJID DI KEDAH
25. Bermodalkan dengan ide membaca sebagai senjata untuk mencapai kecemerlangan dalam persekolahan maka apabila saya menjadi Menteri Besar Kedah saya telah melancarkan kelas-kelas malam di masjid-masjid di seluruh Kedah.
26. Pada waktu itu Kedah mempunyai lebih 500 buah masjid kesemuanya. Dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Kedah, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kemas, Jawatankuasa Kemajuan Masjid-Masjid dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung-Kampung hampir semua masjid telah mengadakan kelas malam dari selepas maghrib hingga pukul 10 malam tidap-tiap malam kecuali hari Khamis dan Juma'at. Dengan adanya kelas-kelas untuk menelaah pelajaran di masjid maka puluhan ribu pelajar di Kedah boleh belajar tanpa diganggu oleh adik-adik di rumah atau oleh TV yang menayangkan filem asmara, pergaduhan dalam keluarga, jenayah menggunakan teknologi tinggi dan berbagai macam hiburan dan propaganda yang lebih banyak mudarat dari munafaat, dengan contoh dan teladan yang tidak baik, bagi anak-anak muda.
27. Dengan kegigihan Dato' Hassan Ketua Pengarah Pendidikan dan kerjasama Kemas, Majlis Ugama Islam, Imam-imam, pengerusi dan ahli JKKK maka semua masjid yang telah dicat supaya cerah, dengan bola lampu dan lampu neon yang menerangkan ruang, maka negeri Kedah telah meningkat prestasi pendidikan dari No. 2 dari bawah di seluruh Malaysia ke tempat ke 2 dari atas. Prestasi di dalam berbagai bidang pendidikan telah tercapai. Saya yakin jika program ini diteruskan di Kedah dan diadakan di tempat lain, maka prestasi pendidikan di mana juga akan meningkat.
28. Inilah cara yang revolusioner untuk kita menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Jika rumah-rumah Melayu di luar bandar tidak sesuai untuk belajar samada kerana ruang rumah terlalu kecil atau keluarga terlalu besar untuk rumah maka masjid adalah alternatif yang perlu difikirkan.
29. Bagi jabatan-jabatan atau agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membeli buku untuk pelajar-pelajar ianya hendaklah dengan menggunakan pendekatan yang jujur dan ikhlas dan jangan terpengaruh oleh penerbit dan pencetak sahaja.
30. Saya katakan begini berasaskan pengalaman saya di masa lalu waktu saya mempengerusikan Percetakan Sarena Sdn. Bhd., milik bersama Shamelin dan Insan Diranto yang menghadapi berbagai masalah sehingga saya terpaksa menubuhkan Persatuan Pencetak Melayu Malaysia untuk turut membantu menyelesaikannya. Sejak itulah saya peka terhadap pengaruh penerbit dan pencetak ke atas jabatan. Mungkin sekarang tidak begitu lagi. Yang penting ialah buku-buku yang dibeli untuk pelajar-pelajar, selain dari buku untuk peperiksaan, hendaklah juga buku-buku yang dapat merobah semangat, sikap dan fikiran anak-anak muda supaya mereka berinisiatif dan bermoral.
PERPUSTAKAAN DESA
31. Ide mewujudkan perpustakaan desa sudah lama wujud di Malaysia, tetapi ianya tidak berkembang. Dari buku sejarah bangsa Yahudi didapati kira-kira 400 tahun sebelum kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.h.s. bangsa Yahudi sudah pun membina perpustakaan di kampung-kampung tempat mereka tinggal, malah mereka juga ada perpustakaan di setiap rumah.
KAMPUNG BUKU DI LUBUK SEMILANG LANGKAWI
32. Kampung buku di Langkawi adalah salah sebuah dari 18 buah kampung buku ( Book Villages ) di dunia waktu ianya dibina. Ia pernah diiktiraf sebagai kampung buku yang terindah di dunia dan mendapat hadiah Presiden Peranchis. Beribu-pejabat di Hay-on-Wye di perbatasan England dan Wales di Britain ianya telah di asaskan oleh Rinchard Booth, iaitu anak kepada Timothy Booth yang mengasaskan Institute of Chartered Accountant of England and Wales. Saya difahamkan mereka ini ada hubungan keluarga dengan pelakon pentas yang membunuh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat.
33. Oleh kerana projek ini telah terbengkalai setelah saya berhenti dari menjadi Menteri Besar Kedah maka ada baiknya saya ceritakan mengenainya dengan harapan di satu masa nanti mungkin ada pemimpin politik atau swasta yang ingin menghidupkan semula ide ini.
34. Dengan tertubuhnya kampung buku di Langkawi maka Malaysia menjadi negara pertama di selatan khatulistiwa, dan yang pertama di kalangan negara-negara Islam dan negara-negara membangun, dan negara kedua setelah Jepun yang mempunyai kampung buku. Kira-kira 40 juta peminat buku mengunjungi kampung-kampung buku di dunia. Kedai-kedai di kampung-kampung buku menjual buku yang sudah terpakai dan saya difahamkan sekitar 50 juta tajuk buku boleh di dapati melalui kampung buku.
35. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya kampung buku di Langkawi sebagai pusat pelancungan antarabangsa maka mengiklankan kampung buku di Langkawi di semua kampung buku di dunia boleh mendedahkan lagi Langkawi kepada peminat-peminat buku terpakai di dunia. Saya yakin apabila budaya iqra' subur di negara ini maka ramai akan memahami erti kampung buku yang pernah ada di Lubuk Semilang Langkawi.
35. Bacalah kerana itulah perkataan pertama dari Allah s.w.t. kepada UmmatNYA. Bacalah kerana ia sebuah amalan yang akan membawa kepada kejayaan. Selamat membaca.

Salam Tan Sri,
ReplyDeleteTerima Kasih kerana berkongsi. Kerana kekurang membacalah membuat umat kita melayu kita semasa memiliki budaya ikut ikutan dan mudah terpengaruh kerana berpengrtahuan yang terhad.
Siapa pandai bercakap atau berhujah mereka mengiya sahaja.
Wasalam
Salam Tan Sri..
ReplyDeleteTulisan Tan Sri begitu simbolik dan sinis. Masalah budaya membaca dalam kalangan masyarakat Kita sudah nampaknya kekal menjadi 'kudis',kalau tiada kudisnya,masih ada parutnya. Mungkin mengambil masa dalam mengubag paradigma masyarakat.
Kegagalan Kampung Buku di Langkawi memang mengecewakan saya. Sebagai anak jati Langkawi,saya berharap Kampung Buku akan menjadi 'landmark'kepada pulau itu.
Tan Sri,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi ilmu dengan para pembaca sekelian. Memang begitu ketara bahawa masyarakat Melayu majoritinya tidak suka membaca. Kalau kita ke Kedai- kedai buku, peratusan orang Melayu yang membeli atau sekurang-kurangnya membelek buku adalah terdiri dari kalangan orang bukan Melayu.
Orang Melayu hanya suka baca buku-buku mistik, buku cerita hantu dan tahyul serta skandal-skandal serta majalah-majalah hiburan. Ini adalah satu-satunya cara yang digunakan oleh para penerbit untuk melariskan jualan buku-buku dan majalah-majalah mereka. Buku dan majalah berbahasa Melayu yang bercorak ilmiah memang sukar dijual. Lihatlah masalah yang dihadapi oleh Dewan Masyarakat dsbnya.
Melayu oh Melayu, hanya pandai berpolitik dan memusnahkan sesama sendiri sementara pemikiran masih lemah kerana majoriti masih berkhayal .... Allah selamatkan Bangsaku!
Wassalam.
Assalamualaikum wbt Tan Sri,
ReplyDeleteRamai tentunya ingat yang Tan Sri pernah memperkenalkan pelbagai kempen-kempen termasuklah kempen membaca dan pernah Tan Sri di temuramah oleh sebuah akhbar harian tempatan yang berlatarkan buku buku di perpustakaan Tan Sri.
Membaca adalah satu minat yang memakan masa walaupun dengan cara speed reading jadi tak hairanlah sekiranya ramai yang suka hanya membaca majalah majalah hiburan yang entah apa apa. Zaman 70an dulu kalau ada pun majalah hiburan boleh di kira tak seperti hari ini. Dulu hanya ada Variapop, Variafilem, URTV dan sebelum itu di zaman Tan Sri P Ramlee, Majalah Gelanggang Filem dan Majalah Filem yang kini menjadi amat berharga di kalangan pengumpul barangan antik.
Zaman sekarang ramai anak anak muda gemar membaca di mana mana cuma bahan yang dibaca hanya lebih membawa mereka ke alam khayalan percintaan dan mereka ini secara terbuka akan mempamirkan kulit buku yang sedang dibaca dalam LRT, Keretapi, lapangan terbang atau di mana saja. Mungkin membaca novel cinta akan dapat meningkatkan ilmu untuk kareer mereka kot. Buku buku bermotivasi seperti rich dad poor dad dan conspiracy of the rich seperti takda makna kalau nak dibandingkan dengan pelbagai majalah hiburan dalam dan luar negeri.Adalah amat malang sekali bila buku dijadikan alat untuk lulus peperiksaan demi mendapat pekerjaan yang baik tetapi setelah mendapat gaji ribuan ringgit, wang gaji Halal di bazirkan di pusat pusat hiburan setiap hujung minggu meskipun malam jumaat ataupun malam malam di bulan ramadhan.
Rezeki yang dicari secara Halal dikhianati dengan pembaziran demi pembaziran yang dibuat tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Yg Bhg Tun Dr M pernah disiarkan temuramahnya di akhbar akhbar tempatan sewaktu masih menjadi PM ke 4 dulu yang bila saja ada masa di dalam penerbangan yang panjang, selain dari berehat Tun gemar menghabiskan masa dengan membaca dan bekerja. Jangan terkejut bila kita menjadi ahli perpustakaan yayasan kepimpinan perdana dan melihat koleksi bacaan Tun di letakkan di rak rak biasa untuk bacaan dan pinjaman yang juga termasuk bahan bahan bacaan buku buku politik mengenai mereka mereka yang sering tidak sependapat dengan Tun. Malah akhbar akhbar harian luar negeri yang pernah mengkritik Tun juga terdapat diruangan rak akhbar yang di atur dengan tersusun sekali.
Mungkin dah tiba masanya supaya kempen menggunakan perpustakaan awam pada hari biasa dan hujung minggu boleh dipertingkatkan serta masa tutup perpustakaan boleh dilanjutkan ke jam 11 malam selain di buka dari seawal 7 pagi.
Kemudahan perpustakaan awam perlu di naik tarafkan supaya mempunyai ruang khas seakan akan sebuah business centre yang memberi khidmat yang sama sepertimana mana business centre yang akan membuatkan mereka yang bekerja masih lagi boleh menyempurnakan kerja mereka daripada business centre perpustakaan awam.
Kemudahan kemudahan kafetaria yang bersih dan selesa serta surau yang juga bersih dan selesa amat penting. Ini semua akan memberikan competitive advantage dalam promosikan penggunaan perpustakaan awam kepada semua golongan.
Ruang yang sesuai perlu juga diadakan di perpustakaan mungkin di kafetaria untuk siaran berita tempatan dan antarabangsa. Tiadakan langsung siaran sukan kerana amatlah tidak sesuai untuk
mendengar suara ramai orang riuh rendah bersorak dipersekitaran perpustakaan.
Kawasan sekitar perpustakaan boleh diperindahkan sesuai dengan waktu tutup lewat malam di lengkapi dengan kafe kafe terbuka.
Ini semua sekadar cadangan sepertimana cadangan Tan Sri sewaktu menjadi MB Kedah dulu untuk menggunakan Masjid sebaik mungkin dan sudah tiba Masjid di jadikan institusi mencari ilmu bukan pada tahap melepaskan batuk ditangga semata mata.Wallahualam.
Sekian dulu Tan Sri jam sekarang 1110 malam hari sabtu 30 Muharram 1431 Hijrah (16/1/01) InsyaAllah saya akan sambung nanti.Wassalam wbt
drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau
isikcorpadv@gmail.com
Assalamualaikum wbt Tan Sri,
ReplyDeleteSaya ingin tambah sikit lagi di petang ahad 2 Safar 1431 Hijrah ini (17/1/10). Dengan membaca kita tahu yang hari ini hari ahad adalah hari suci (holy day) bagi penganut kristien manakala hari sabtu pula hari suci (holy day) bagi penganut yahudi dan bagi Ummat Islam ialah hari Jumaat penghulu segala hari dalam seminggu. Kebolehan memahami bahasa bahasa lain di Malaysia akan membolehkan kita memahami apa yang dipertuturkan oleh sesuatu kaum yang akan memberikan kita competitive advantage. Kita perlu juga boleh membezakan makna perkataan yang sama yang di gunakan dalam konteks berbeza contohnya 'Ho' dalam bahasa Hokkien boleh membawa maksud boleh atau pun sebaliknya boleh juga membawa maksud tak boleh bergantung kepada intonasi ianya di tuturkan. Bagi yang mahir membaca Al Quran sehingga berjaya menjadi Imam sekalipun masih ada lagi tahap mendalami ilmu Al Quran itu sendiri. Cuba kita bezakan bacaan para Imam di Masjidil Haram Makkahtul Al Mukkarammah dan Masjid Nabi Madinahtul Munnawarrah dengan beberapa Imam tertentu di surau surau dan Masjid tempat tempat tertentu di negara kita.
Bacaan para imam di Masjidil Haram adakalanya gembira, adakalanya berkobar kobar adan adakalanya menangis tersesak esak.
Gembira= khabar gembira balasan Syurga Firdaus contohnya
Berkobar Kobar= berjihad ke jalan Allah
Menangis= Takut siksaan neraka jahanam
Tapi setengah setengah Imam di negara kita hanya pentingkan kemerduan berlagu serta mood gembira sepanjang masa hatta sekalipun ayat mengenai amaran Allah swt siksaan api neraka di bacakan. Ini lah kepentingan ilmu sepertimana yang ditegaskan Allah swt yang ilmu Allah takkan habis sekalipunseluruh air laut di jadikan dakwat dan Allah gantikan jumlah air laut yang sama selepas yang asalnya kering namun ilmu Allah swt tetap takkan habis
(18:109) Maka kepentingan menuntut ilmu wajib di teruskan tanpa mengira sesiapa sahaja apa pun peringkat usia. Hanya dengan fasih berbahasa Arab sahaja Al Quran dapat difahami dengan secara direct. Kita perlu tahu perbezaan terjemahan dan tafsir. Di suatu kuliah Subuh di sebuah masjid di KL seorang VIP beria ia membacakan terjemahan ayat Al Quran sewaktu bertanyakan soalan tetapi merujuknya sebagai Tafsir berulang kali. Selanjutnya kita perlu tahu kenapa setiap ayat itu diturunkan kerana Allah swt tidak mencampakkan sebuah kitab sekali gus kepada Nabi tetapi menurunnya berperingkat peringkat di Makkah & Madinah. Sedangkan ummat yang hidup di zaman adanya Nabi Muhammad s.a.w. boleh tersilap faham mengenai arahan Allah swt dalam satu satu ayat inikan pula kita di tahun 1431 Hijrah ini.
Sewaktu Surah Al Maidah Ayat 3 diturunkan yang mana Allah swt berfirman , 'Hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agamaku....'
maka umat Islam ketika itu menerima ayat tersebut dengan perasaan gembira kerana tugas Rasul dah selesai maka bolehlah di adakan celebration. Namun Saidina Abu Bakar menangis dan bila ditanya mengapa menangis wahai Abu bakar lalu diterangkan yang itu tandanya Nabi akan pergi meninggalkan kita (Wafat) hingga menyebabkan mood gembira untuk celebration bertukar menjadi mood sedih yang mana akhirnya segarang garang Saidina Umar pun juga turut menangis kemudian. Inilah bukti sedangkan mereka yang dihidup di zaman nabi boleh salah faham mengenai firman Allah swt apatah lagi kita sekiranya belajar Al Quran sendiri sendiri tanpa guru yang berkelayakan dan ikhlas tanpa apa apa kepentingan.
Kempen membaca yang lebih agresif perlu di mulakan untuk semua, reinvent semua perpustakaan awam menjadikan daya tarikan beriadah begitu juga dengan institusi Masjid
yang boleh menjadi satu mini kolej untuk menuntut ilmu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan business centre, kafetaria yang selesa dsb. Renung renungkan , selamat beramal (Prof Izi Hot FM)
drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau
isikcorpadv@gmail.com
Assalamualaikum wbt Tan Sri,
ReplyDeletePembetulan hari ini petang ahad 1 safar 1431 Hijrah (17/1/10) bukan 2 Safar seperti yang ditulis tadi.
drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com atau
isikcorpadv@gmail.com
sila rujuk para 31...tan sri kata zabur diturnkan untuk Nabi Musa tapi kalu tak silap saya zabur untuk Nabi Daud, Taurat untuk Musa...allahwaalam
ReplyDeleteSalam Tan Sri...
ReplyDeleteSebahagian dari kita sendiri tak tahu apa yang kita "baca" ketika solat walaupun kita melakukan aktiviti solat secara minimum sebanyak 5 kali sehari...hatta "doa iftitah" pun tidak tahu apa makna maksudnya...
maka jadilah kita bagai "burung kakak tua" yang pandai berkata-kata tapi satu apa pun tak paham apa yang dikata(baca)...
Sebab tu lah Allah & Rasulullahh menyeru kita membaca..bukan setakat membaca...kita kena faham...kan? Kalau tak tahu maknanya...belajarlah...itu fardhu..kan?
Ada sedikit tulisan yang menyebut nama Tan Sri di http://msomelayu.blogspot.com/2010/01/mengunjungi-kedah.html
ReplyDelete-azienmat-
Tan Sri, tiada usahakan bagi penguasa Lengkawi sekarng, untuk menghidupkan Kampung Buku?
ReplyDeleteAtau harus digerakkan lagi oleh NGO yang berkenaan....agar selain pustaka, juga dijadikan pusat pertembungan ilmu, diskusi buku, pameran buku penulis Malaysi, ruang Penulis Residen dll.
Saya masih bertanya,
bila tarikh sesuai untuk membincangkan cadangan
Tan Sri tentang Jurnal
review Seni Melayu?
Salam Jeumpa
@Cut Nyak fakinah