Friday, September 2, 2016

WIPER MEMBASMI KEMISKINAN

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Memandang kepada masalah negara masakini, baik dari segi ugama, politik, ekonomi, keselamatan, moral dan social, khususnya dengan terciptanya 1MDB yang membawa bala kepada seluruh rakyat dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia, sementara terlalu ramai kalangan berpengaruh dari bangsa Melayu pula jelas terikat dengan hutang, budi dan material, sehingga kelihatan sanggup mengorbankan kepentingan bangsa dan keturunan masa depan, demi keselesaan kedudukan dan kemewahan materi, teringatlah saya kepada sebuah institusi yang pernah wujud tetapi telah di telan zaman - iaitu WIPER. Karangan ini telah pertama kali dimasukkan ke dalam blog pada 24hb JUN, 2010. Ianya siaran ulangan untuk yang berminat. Selamat membaca. 

KE ARAH MENGGERAKKAN INSTITUT DUNIA UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN ATAU WORLD INSTITUTE FOR POVERTY ERADICATION ( W. I. P. E. R )

1. WIPER adalah akronim untuk World Institute for Poverty Eradication atau dalam bahasa Melayunya bererti Institut Dunia bagi Membasmi Kemiskinan.

2. Antara dua matlamat di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), salah satunya ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ini adalah satu matlamat yang murni kerana kemiskinan itu bukan monopoli orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Walau pun lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera yang miskin, disebabkan majoriti rakyat Malaysia terdiri dari orang-orang Melayu dan Bumiputera, maka usaha membasmi kemiskinan ini menguntungkan semua rakyat Malaysia dan selaras dengan matlamat 1Malaysia. Usaha mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan adalah satu matlamat yang bersifat global kerana kemiskinan adalah masalah dunia.

3. Bagi kerajaan Malaysia usaha membantu atau, jika boleh, memewahkan yang miskin bukan sahaja dijadikan dasar dalam negara sejak negara dipimpin oleh Tun Abdul Razak tetapi dilanjutkan ke dalam dasar luar negara di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir dengan matlamat PROSPER THY NEIGHBOUR. Dasar luar ini diketengahkan atas keyakinan bahawa jika negara jiran itu mewah ianya akan menguntungkan Malaysia jua bukan sahaja dari segi kestabilan politik tetapi juga dari segi ekonomi dengan lancarnya perdagangan antara negara berjiran dan giatnya aktiviti pelancongan antara negara.


4. Membantu yang susah atau yang miskin dalam negara dapat menjamin keharmonian politik kerana perasaan cemburu tidak akan membara sehingga tercetus huru-hara antara yang berada dan yang kurang atau tidak berada. Bagi umat Islam pula segala harta yang berlebihan pada jiran adalah menjadi hak jiran yang memerlukannya.


BERBAGAI PENDEKATAN

5. Berbagai pendekatan telah diusahakan oleh berbagai agensi dan jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, samaada secara langsung atau tidak langsung, ke arah mengurangkan, dan seterusnya membasmi kemiskinan. Walau pun definasi kemiskinan itu relatif antara kaum dan di kalangan satu-satu kaum tetapi kejayaan yang telah dicapai tidak dapat dinafikan.

6. Disebabkan usaha Malaysia ke arah membasmi kemiskinan sudah terkenal di seluruh dunia maka dalam semua forum ekonomi dan pembangunan di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di kalangan negara-negara yang sedang membangun, para peserta forum tersangat berminat dengan cara-cara yang telah diamalkan oleh Malaysia ke arah mencapai matlamat ini.

7. Tergantung kepada siapa yang ditemui atau yang menyampaikan maklumat samaada dalam mesyuarat, persidangan, seminar atau forum kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk mengurang dan membasmi kemiskinan, yang diutarakan adalah cara yang diamal oleh jabatan atau agensi yang diwakili oleh pembicara berkenaan. Jika wakil Felda yang bercakap maka rancangan Feldalah yang diketengahkan. Jika yang dijumpai itu wakil Kementerian Kebajikan Masyarakat maka program kementerian inilah yang diketengahkan dan jika yang bercakap itu dari Kementerian Pendidikan, pendidikanlah yang menjadi penyelesai kepada masalah kemiskinan. Maka hadirin dan hadirat yang mendengar akan teraba-raba mencari yang mana satu yang lebih berkesan seperti orang buta yang tidak pernah tengok gajah menceritakan bagaimana rupa dan bentuk gajah maka tergantunglah samaada yang dipegang itu telinga (maka gajah dikatakan seperti kipas besar), belalai (maka gajah dikatakan seperti ular yang besar), kaki (maka gajah dikatakan laksana pokok) atau badannya sehingga gajah dianggap sebagai satu dinding.



WIPER DIIKTIRAF OLEH BADAN-BADAN DUNIA

8. Oleh itu dalam persidangan FAO (Food and Agriculture Organization) di Rome, AARRO (Afro Asia Rural Reconstruction Organization - without Bangladesh and Taiwan but with Pakistan, India and China as members) yang dianggotai oleh semua negara membangun yang hadir dalam Non-Align Nations Conference di Bandung, Indonesia di zaman Soekarno menjadi Presiden, atau CIRDAP (Center for Integrated Rural Development Programme - without China and Pakistan but with Taiwan and Bangladesh as members), Malaysia telah mengenengahkan hampir semua program membasmi kemiskinannya sehingga ketiga organisasi ini telah bersetuju dengan cadangan Malaysia supaya WIPER ditubuhkan.

PERBEDAAN DENGAN BULAN SABIT MERAH

 9. Malangnya apabila Ketua Pengarah FAO, Encik Eduard Suoma, mengenengahkan projek WIPER ini kepada pihak Bank Dunia ianya telah ditolak kerana Bank Dunia menganggap beban menanggung belanja Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sudah cukup besar dan tidak memerlukan tambahan dengan belanja WIPER lagi. Encik Eduard Suoma telah yakin dengan mustahaknya diadakan projek WIPER ini kerana sementara RED CROSS atau RED CRESCENT membekal dan membantu  dengan menyumbang untuk keperluan manusia di dalam sengketa dan peperangan, WIPER boleh memainkan peranan membantu manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan di waktu aman.

10. WIPER tidak memerlukan perbelajaan yang banyak kerana peranannya hanya sebagai jendela yang melaluinya negara-negara membangun dan golongan miskin dalam negara-negara maju dapat mempelajari cara Malaysia dan program di lain-lain negara juga, yang dapat menyelesaikan masalah kemiskinan.

11. Oleh kerana pentadbiran Bank Dunia telah tidak mengenengahkan program WIPER untuk pertimbangan majlisnya maka saya dan Encik Eduard Suoma telah sepakat untuk mencadangkan supaya projek ini dibangunkan dari bawah, iaitu WIPER ditubuhkan sendiri oleh satu-satu negara kemudian organisasi WIPER dalam setiap negara itu bergabung dalam satu gabungan WIPER sedunia. Walau bagaimana pun saya hanya sempat menubuhkan WIPER Malaysia dan belum sempat saya melaksanakan programnya saya telah berpindah menjadi Menteri Besar Kedah.

12. Saya tidak sempat untuk membawa cadangan program WIPER ini untuk diluluskan oleh kabinet, sementara pada waktu itu kerajaan Malaysia sedang sibuk dengan satu program lain untuk membasmi kemiskinan yang bernama AMANAH IKHTIAR. Amanah Ikhtiar ini adalah satu program yang mencontohi Grameen Bank di Bangladesh.

PERBEDAAN DENGAN AMANAH IKHTIAR

13. Ada satu perbezaan antara program Amanah Ikhtiar dengan WIPER iaitu Amanah Ikhtiar adalah satu program yang mencontohi program yang berjaya di Bangladesh dan WIPER pula adalah satu organisasi yang akan menjadi jendela bagi negara-negara membangun dan kalangan yang miskin di negara-negara maju seperti Red Indians di Amerika Syarikat dan orang asli di Australia untuk mereka melihat kepada program-program membasmi kemiskinan yang ada di Malaysia.

JABATAN DAN AGENSI KE ARAH MEMBASMI KEMISKINAN

14. Antara program pembasmian kemiskinan di Malaysia ialah program pembangunan tanah seperti FELDA, penyusunan semua kampung seperti FELCRA, tanaman semula getah oleh RISDA, rancangan PPRT untuk memberi rumah kepada yang termiskin, kegiatan KEMAS dengan kelas bimbingannya untuk membasmi buta huruf, BIASISWA untuk pelajar-pelajar yang memerlukan, FAMA untuk memasarkan hasil tani, KARYANEKA untuk memasarkan kraftangan dan hasil industri kampung, usaha menjayakan KOPERASI dengan mendisiplinkan ahli jawatankuasa dengan mendaftarkan nama mereka dalam BUKU HITAM jika tidak mengadakan mesyuarat, dan membentang penyata kewangan terkini, mengikut undang-undang kecilnya, mewujudkan sebuah bank untuk koperasi seperti BANK RAKYAT dan menggerakkan sebuah bank seperti BANK PERTANIAN untuk menyelesaikan masalah keperluan modal bagi masyarakat tani, penternak dan nelayan, menubuhkan ANGKATAN NELAYAN LAUT DALAM untuk melatih belia supaya berani menerokai bidang ekonomi perikanan dengan bergiat menjadi nelayan di laut dalam, menubuhkan PERTUBUHAN PELADANG dan PERSATUAN NELAYAN dan mewujudkan TAMAN PERTANIAN sebagai sebuah 'sekolah' atau pusat pendidikan dan latihan teknologi pertanian, ternakan dan perikanan terkini, di mana masyarakat tani, penternak dan nelayan dapat didedahkan kepada berbagai bidang kegiatan pertanian yang modern seperti hydrophonic dan aerophonic dan mengamalkan cara menternak yang baik sehingga hasil ternakan boleh dipertandingkan dalam PERTANDINGAN RATU CANTIK HAIWAN seperti adanya peraduan ratu cantik untuk wanita-wanita di dunia. Perbezaannya ialah sementara pertandingan ratu cantik wanita mewajibkan ditutup sedikit pada dua tempat di badan, peserta ratu cantik haiwan pula mengharamkan langsung memakai apa jua pakaian.

BUKAN HANYA MISKIN BENDA DAN WANG

15. Bidang kemiskinan yang diketengahkan oleh WIPER tidak seharusnya menumpukan perhatian hanya kepada kemiskinan kebendaan atau wang sahaja. Di waktu Kementerian Pertanian melancarkan JIHAD MEMBASMI KEMISKINAN perhatian telah diberi kepada aspek moral, persekitaran dan mutu hidup. Itulah sebabnya telah dianjurkan PERTANDINGAN LANDSKAP di antara kampung dan jabatan-jabatan, diadakan SIMPONI PELADANG supaya pihak peladang juga menikmati musik sebagai satu nikmat hidup. Perhatian juga telah diberi kepada kemiskinan otak (ilmu), kemiskinan mata (pemandangan), kemiskinan hidung (kebersihan), kemiskinan mulut (kelazatan makanan), kemiskinan hati (budi bahasa), kemiskinan kaki (perjalanan), kemiskinan badan (kesihatan) dan terutama sekali kemiskinan iman dan taqwa.

16. Dunia pertanian, penternakan dan perikanan juga perlu dikaitkan dengan kesihatan seperti program KEMPEN MEMAKAN SAYUR DAN ULAM dan juga kempen MEMAKAN IKAN BERLAUK NASI DAN BUKAN MAKAN NASI BERLAUK IKAN. Dengan berjayanya kempen begini bukan saja pasaran untuk hasil pertanian meningkat tetapi peranan tanaman dalam menyihatkan tubuh juga disedari umum dan masyarakat nelayan khasnya, dan rakyat umumnya, akan lebih memakan ikan dari nasi yang jika terlalu banyak dimakan akan menggemukkan badan dan bagi mereka yang berpenyakit diabetes akan meningkat tahap gula di dalam darahnya.

17. Dengan adanya pertadingan AGRO-GOLF maka kalangan elit yang bermain golf juga akan didekatkan dengan dunia pertanian, penternakan dan perikanan. Dalam satu pertandingan agro-golf atau GOLF TANI hadiah bagi yang mendapat 'hole-in-one' ialah seekor kuda, bagi yang mendapat nombor dua mendapat hadiah seekor lembu dan seterusnya berbagai hadiah seperti kambing, buah-buahan, ikan dan yang kalah teruk dihadiahkan dengan sebiji telur piandang yang telah lama direbus.

BENDA DAN KEAHLIAN YANG MEMPUNYAI NILAI PASARAN

18. Dari segi kemiskinan kewangan pula WIPER menumpukan perhatian kepada usaha melengkapkan seseorang individu, atau mewujudkan WIPER TRAINING CENTER supaya individu yang miskin mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan sesuatu yang boleh dipasarkan (marketable products) atau pun mempunyai keahlian dalam bidang yang boleh dipasarkan (marketable services).

19. Faktor pasaran adalah faktor yang penting diberi perhatian dalam menyelesaikan masalah kemiskinan. Seorang doktor perubatan, walau pun tinggi pendidikannya, akan menjadi seorang yang miskin jika di pulau yang dipilihnya untuk membuka kliniknya sedikit sekali pesakit yang datang. Sebaliknya di pulau yang sama seorang tukang urut akan menjadi kaya jika ramai pelancong yang datang ke spanya apabila mereka melancong ke pulau berkenaan.

20. Kita ketengahkan kembali WIPER ini kerana fokas kerajaan dewasa ini ialah untuk meningkatkan Malaysia supaya menjadi negara yang berperanan dan berdayasaing di peringkat global. Ini memanglah cita-cita murni pada semua negarawan lebih-lebih lagi yang mendapat nasihat dari kalangan ahli ekonomi yang elitis yang tidak pernah susah atau lupa kepada zaman susahnya. Mereka menggunakan sukatan dan ukuran konvensyenal untuk menilai prestasi ekonomi sesebuah negara.

21. Kita juga harus berhati-hati apabila seseorang itu menyatakan bahawa mereka bersimpati terhadap masyarakat yang miskin. Saya pernah pergi ke rumah seorang anggota keluarga yang sudah berjaya dalam persekolahannya di luar negara dan menjawat pula satu jawatan yang sungguh membanggakan. Bila saya ke rumahnya saya telah diminta oleh orang kerja di rumahnya untuk tunggu di ruang menunggu sementara 'tuan bersiap untuk turun kerana Encik tidak membuat appointment untuk bertemu dengannya.' Saya ternampak di dinding ruang menunggu sebuah lukisan yang di dalamnya ada sebuah rumah empat tiang yang terletak di tebing sungai yang diterikat pada tongkol pokok yang tertinggal diikat dua buah perahu nelayan. Di belakang rumah nampak sebatang pokok kelapa yang kurus tinggi dengan tiga biji kelapa tergantung padanya. Di kanan rumah ada tali yang menghubung dua pokok belimbing yang rendang daunnya. Pada tali penyidai ini tergantung sehelai baju, sehelai seluar dalam dan sarong yang sudah koyak yang sedang dipukul angin. Apabila profesional muda ini turun dari tingkat atas rumahnya dia terus menyatakan 'beautiful isn't. I like this painting as it reminds me of my kampung days. You know how much it costs. A fortune. RM12,000-00'. Saya tercengang mendengarnya.

22. Ternyata pelukis puas kerana menerima wang begitu banyak. Pembeli juga puas kerana keindahan lukisan yang dimilikinya. Apabila saya nilaikan harta yang terpapar dalam lukisan itu ternyata tidak sampai RM1,000-00. Teringatlah saya kepada buku Shahnon Ahmad yang mengisahkan orang-orang miskin di kampungnya yang membuat Shahnon terkenal sehingga bukunya diterjemahkan keberbagai bahasa, tetapi mereka yang diceritakannya kekal miskin. Berertilah minat kepada kemiskinan tidak semestinya membantu si miskin.

23. Dalam konteks inilah pihak kerajaan akan bertembung dengan NGO-NGO seperti PERKASA yang mewakili rakyat jelata, dan DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA yang mewakili peniaga dan pengusaha kecil dan sederhana Melayu, yang lebih bersandarkan kepada realiti dan bukan teori semata-mata.

24. NGO-NGO ini pula, kerana mereka juga dianggotai oleh ahli-ahli ekonomi yang berkelulusan dari institut pengajian tinggi dan universiti-universiti dari Barat atau tempatan, dengan teori-teori ekonomi kapitalisnya, tetapi dari keluarga miskin dan belum lupa kepada asal usulnya, maka mereka pasti bertembung dengan GLC-GLC jika institusi ini dan anak-anaknya juga dipimpin oleh pakar, pengurus atau usahawan yang kusut fikiran, hati dan jiwanya dan mungkin tandus kerana dilambong pangkat dan kemewahan. Kerugian besar SIME DARBY dan POS MALAYSIA telah menyebakkan perasaan Melayu yang patriotik walau apa juga alasan atau strategi dan 'spin' yang digunakan untuk menegakkan benang yang basah.

PEMBANGUNAN YANG MERENGGANGKAN JURANG PERBEDAAN EKONOMI RAKYAT

25. India dan China adalah dua buah negara yang begitu melonjak dan sangat dibanggakan oleh penganalisa ekonomi di Barat atau yang berorientasi Barat. Begitu banyak buku dan penerbitan yang memuji-muji pencapaian kedua buah negara ini sehingga ramai yang terlupa bahawa inilah dua buah negara yang paling banyak orang-orang miskin. Marilah kita merenung bersama-sama petikan dari buku bertajuk 'The Face You Were Afraid To See' karangan seorang ahli ekonomi terkenal di India bernama Amit Bhaduri:

i. Di bawah tajuk 'The Failed World View' Bhadari menulis: ' ... it should be mentioned here that the idea of a self-regulating market mechanism that requires no government intervention or supervision was extended easily to the financial sector by academic economists (not surprisingly, some were awarded the Nobel Prize in economics for this too). It claimed in essence that the financial market processes most efficiently all available information to improve upon the performance of the price mechanism. It amounts to saying that the market is the most efficient and knows better than any other economic agent. (The current chairman of the Federal Reserve System, not long before he took over as the chairman, had argued in a lecture on this basis against intervening in the housing market bubble. Our Reserve Bank too hired consultants from universities in the United States (Chicago) to write reports in favour of capital market liberalization on the same ground).

ii. Akibat dari dasar ini maka  pihak swasta bergerak ke arah saingan di peringkat global dengan meningkatkan pengeluaran pekerja melalui mekanisasi. Bhadari menulis: 'The recent drive to increase labour productivity is related to globalization. International trade means increasing the importance of the external compared to the internal market, while corporations compete in the export market mostly by cutting costs to increase their international competitiveness. This usually means shedding the labour force through mechanization. For instance, if the labour force in a corporation is downsized to half at the same wage, the labour cost per unit of output would also be halved. Let one example suffice to illustrate how this process is working in practive. Tata Motors reduced the number of its workers in Pune from 35,000 to 21,000 but increased the production of vehicles from 129,000 to almost 312,000 between 1999 and 2004, implying a labour productivity increase by a factor of four. .... the much talked-of growth of the private organized sector, under the government's reform policies, hardly compensated for the decline in public sector employment.'

iii. Seterusnya Bhaduri menulis: 'The main thrust of the pro-market government policy had been to keep the financial market happy by being on the right side of the IMF and World Bank in sofar as they have a central role in shaping international financial opinion for banks, credit-rating agencies and other financial institutions. This means following their economic guidelines in formulating policies. As a result, the government minimized its welfare spending by letting it stagnate as a percentage of GDP, even during the years of high growth.'

iv. Di bawah tajuk 'Development or Developmental Terrorism" Bhaduri menulis: 'It has become a cliche , and these days even a politically correct one, to say that there are two Indias: the India that shines with its rich neighbourhoods, corporate houses of breathtaking size, glittering shopping malls and hightech flyovers over which flow a procession of new-model cars. These are the images from a globalized India on the verge of entering the first world. And then there is the Other India. The India of helpless peasants committing suicide, dalits regularly lynched in not-so-distant villages, tribals dispossessed of forest land and livelihood, and children too small to walk properly yet begging on the streets of shining cities.

v. 'Economic theory has no means of explaining how the market gets organized its rules get set and enforced. The reason is the free market metaphor, which tries to avoid assigning the state an explicit economic role. For instance, economists talk of prices rising or falling in response to excess demand or supply in the market but are at a loss to explain who sets these prices in a market of many players.'

vi. Di bawah tajuk kecil 'Predatory Growth' Bhaduri menulis: ' In recent years the growth of the national product of China has been about thrice, and of India approximately twice, the world average. This has let to a clever defence of globalisation by a former deputy managing director of the International Monetary Fund (IMF). Professor Stanley Fischer claimed that, although China and India feature as only two among some 150 countries for which data is available, we are reminded that they together account for the majority of the world's poor'. Pembangunan ekonomi yang begitu pesat dalam dua buah negara ini telah meluaskan lagi jurang perbezaan antara rakyat mengikut kadar yang lebih mengerikan dari dahulu. Ini telah menyebabkan ahli-ahli politik terpaksa menonjolkan program kebajikan untuk rakyat di dalam pilihanraya dan mengenepikan dasar 'economic reformation', 'liberalization' dan 'globalization'.

vii.'The increasing openness of the Indian economy to international finance and capital flows, rather than to trade in goods and services, has had the consequence of paralyzing many pro-poor public policies.' Seterusnya, 'since the private banks and financial institutions usually take their lead from the IMF and the World Bank, this bestows on these multilateral agencies considerable power over the formulation of government policies,' sementara 'the discipline imposed by the financial markets serves the rich and the corporations.'

iix. 'According to the Forbes magazine list for 2007, the number of Indian billionaires rose from 9 in 2004 to 40 in 2007; much richer countries like Japan had 24 while France and Italy had just 14 each. Even China despite its sharply increasing inequality had only 17 billionaires. The combined wealth of Indian billionaires from USD 106 to USD 170 billions in the single year 2006 - 2007.' 
26. Sementara di India dan China jurang perbezaan antara yang berada dan yang miskin adalah antara rakyat India yang sebangsa, dan begitu juga dengan China yang kaya dan yang miskin juga sebangsa, di Malaysia pula, yang ditakuti ialah yang miskin itu terdiri dari majoriti satu kaum dan yang kaya itu pula dari kaum yang selainnya. Perbezaan antara yang kaya dan miskin ini bukanlah kerana rajin atau bijaknya sesuatu kaum tetapi kerana dasar kerajaan yang salah.

MEMAJUKAN NEGARA TANPA MENGUNTUNGKAN RAKYAT

27. Sebenarnya ekonomi sesebuah negara itu boleh dibangunkan tanpa menguntungkan rakyat jelata negara berkenaan. Contoh yang mudah ialah dari pengalaman saya di waktu menjadi Menteri Pertanian. Ada satu kumpulan yang datang kepada saya untuk membantu Malaysia, kononnya, dengan meningkatkan pengeluaran padi supaya beras tidak perlu diimpot, meningkatkan penangkapan ikan supaya hasilnya 10 kali ganda dan memelihara beratus ribu ekor lembu supaya daging lembu tidak perlu diimpot lagi. Sepintas lalu nampaknya cadangan-cadangan itu boleh meningkat ekonomi pertanian, perikanan dan penternakan negara. Tetapi jelas sekali pembangunan yang dicadangkan itu tidak akan meningkatkan mutu hidup petani, nelayan dan penternak, malah merugikan mereka dan mungkin merugikan negara jua. Kenapa demikian?

28. Pihak pengusaha meminta ratusan ribu hektar tanah di Sabah dan Sarawak untuk tanaman padi secara estet dengan menggunakan teknologi moden, mesin berat dan tenaga robot. Untuk sekian ribu hektar pekerja yang diperlukan hanya beberapa ratus orang operator mesin dan enjin sahaja. Harga beras juga dapat diturunkan jika pengeluarannya berlebihan dan ini akan mengancam kedudukan penanam padi yang masih bergantung kepada subsidi.

29. Dalam bidang perikanan pula mereka bercadang untuk membawa beberapa puluh buah kapal perikanan laut dalam yang diimpot dari luar negara, dan dengan teknologi tinggi, mereka boleh menangkap ikan yang banyak terpelihara di lautan kita. Untuk mengendalikan bot ini mereka perlu hanya beberapa ratus juruteknik enjin dan nelayan pukat laut dalam dari Thailand. Walaupun penangkapan ikan negara boleh meningkat tetapi nelayan tempatan tidak mendapat sebarang keuntungan. Negara juga mungkin sedikit sahaja mendapat cukai, sedangkan laut kita akan kehabisan ikan jika pengusaha rakus menangkapnya dan tidak ada pendapatan untuk rakyat Malaysia kerana nelayannya semua dari Thailand belaka.

30. Begitu juga dalam kegiatan menternak lembu pelabur akan mengguna sistem ranch seperti di Amerika Syarikat yang tidak memerlukan banyak buruh dan mereka hanya memerlukan beberapa orang pengawal yang handal menunggang kuda yang dibawa dari luar negara. Jika pengeluarannya berlebihan maka peniaga dan pengimpot daging lembu dari India dan lain-lain negara akan kehilangan pekerjaan dan Malaysia bernasib baik jika dapat lumayan cukai seandainya pelabur mengisytiharkan keuntungan dengan betul. Sekali lagi penternak Malaysia tidak mendapat apa-apa.

MASUKAN PERTAMA PADA 24hb JUN, 2010

MASUKAN KEDUA PADA 2hb SEPTEMBER, 2010

9 comments:

  1. Bantuan dan pertolongan yg diberikan pada orang miskin sedikit sebanyak beroleh kejayaan.inilah usaha kerajaan selama ini.cumanya ada yg dibantu telah berupaya berdikari.kemudian muncul pula kelompok miskin yang baru.penghidupan ibarat roda berpusing selama mana dia bergerak.kita perlulah ikhlas setiap bantuam yg diberi.

    ReplyDelete
  2. Semoga matlamat untuk membasmi kemiskinan tegar berjaya dilaksanakan.

    Kepada Tan Sri Sanusi Junid dan rakan-rakan yang lain, anda dipelawauntuk menjadi pengikut di 2 blog saya iaitu http://kalammindamuiz.blogspot.com/ dan http://my.opera.com/muiz5339/blog/

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. tan sri.sampai bila kah kita nak buat program bantu orang miskin dengan sumbangan bermusim.itu hanya sekadar beras minyak ikan kering dan kain batik.yang palin g lece kena tunggu menteri rurun baru nak beri simbangan.

    ReplyDelete
  4. tan sri.sampai bila kah kita nak buat program bantu orang miskin dengan sumbangan bermusim.itu hanya sekadar beras minyak ikan kering dan kain batik.yang palin g lece kena tunggu menteri rurun baru nak beri simbangan.

    ReplyDelete
  5. sebaik-baik umat jadilah umat pengeluar zakat.bukan umat yang penerima zakat.kita yg sedang riuh rendah kerana tak dapat zakat.yg tak layak pun tumpang sekaki.ia juga termasuk dalam rukun islam dalam hal kel;uar zakat ini.

    ReplyDelete
  6. tan sri.kita berbicara mengenai kemiskinan dan sebagainya.tapi diwaktu yang sama ada juga anak orang VVIP kita yg guna helicopter pergi mengorat artis.apa nak buat.kesian pada orang miskin.boleh jadi mereka merasakan isu miskin hanyalah sebuah drama hanya untuk ditoton sahaja.sekadar isi masa lapang

    ReplyDelete
  7. Usaha & niat ayahanda akhirnya selalu disalah erti dan disalah gunakan akhirnya.Perlu ada kesinambungan kepada usaha yang ada dan telah diwujudkan sebelum ini oleh mereka yang punya iltizam dan semangat yang sama iaitu demi Alif,Ba,Ta.Jika tidak segala pertubuhan dan persatuan yang diusahakan sebelum ini akhirnya gagal menghasilkan seperti apa yang diharapkan. Kita ambil contoh idea Allahyarham Tun Abdul Razak yang mencetuskan pembangunan luar bandar.Usaha ini telah seterusnya diikuti oleh Korea Selatan dan seterusnya lihatlah sendiri negara Korea Selatan sekarang.Diakui juga usaha kita menghasilkan lebih ramai golongan pertengahan pada masa ini.saya masih ingat ketika bersekolah dahulu, anak-anak peneroka FELDA dan juga anak-anak jati YAYASAN SELANGOR dihantar ke sekolah-sekolah yang terkemuka di Selangor dan Wilayah Persekutuan.Mereka ini kini kebanyakannya telah bekerja dan telah berjaya meningkatkan diri mereka ke tahap yang lebih baik sebagai golongan pertengahan dan ada yang menceburi bidang perniagaan serta tidak kurang mengusahakan tanah peninggalan orang tua dan meningkatkan lagi taraf hidup keluarga mereka sebelum ini.Walaubagaimanapun usaha ini perlu berterusan dan dilakukan secara bersepadu bagi mengelak pertindihan dari segi pelaksanaan.Mungkin ayahanda lebih arif memandangkan pengalaman ayahanda di dalam Kerajaan Malaysia yang jauh lebih lama berbanding anakanda yang baru setitis pengalaman di dunia ini.Wallah hu a' lam-Anakandamu Tarmizi Abdullah Maamuom

    ReplyDelete
  8. salam Tan Sri...mengenai projek yg dicadangkan pengusaha tersebut.
    saya kurang faham...matlamatnya memang tidak menguntungkan nelayan,petani...tpi klu projek ini diperincikan,ditambahbaikkan dan dijayakan,bukankan akan menyelesaikan masalah bekalan & memberi manfaat kepada rakyat?
    jadi samapai bile nelayan,petani nak berada di takuk lama?menerima subsidi utk membolehkan mereka survive. jika nelayan,penanam padi,penternak ini diperkenalkan suatu pekerjaan baru yg lebih menguntungkan,bukankah lebih baik dalam usaha mengatasi kemiskinan. maksud saya,penyusunan semula sosioekonomia.

    mohon maaf Tan Sri,saya kurang arif.sekadar mengingini penjelasan.

    -org biasa-

    ReplyDelete