Friday, September 2, 2016

SIAPA PERDANA MENTERI?

DULU DAN SEKARANG.

Masukan blog ini adalah satu ulangan kepada masukan pada 12hb Disember, 2012. Tujuannya ialah untuk pembaca membandingkan suasana sekitar empat tahun dahulu dengan keadaan sekarang.

DEWAN ULAMA PAS MAHU HADI

1. Dalam muktamar PAS yang baru lalu kita mendengar cadangan pihak ulama supaya Haji Hadi Awang, Presiden PAS, menjadi Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional kecundang dalam Pilihanraya Umum ke 13.
2. Sebenarnya, inilah masanya yang paling sesuai untuk sesiapa saja yang ingin menjadi Perdana Menteri berangan-angan atau menghayalkan diri untuk syok sendiri.

DAP DAN PKR MAHU ANWAR

3. Melentinglah DAP yang mahukan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mereka merasakan belum sampai masanya untuk Karpal Singh atau Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

4. Karpal mungkin lebih berhasrat kerana melihat walaupun golongan Punjabi di India adalah dari kalangan minoriti tetapi yang menjadi Perdana Menteri di India ialah Manmohan Singh. Bezanya hanyalah serban.

5. Parti Pakatan Rakyat tentulah memilih penasihatnya. Si penasihat pula dikatakan tersenyum dan tidak mahu membuat komennya apabila ditanya oleh pemberita. Kawan-kawan penasihat di dalam barisan pimpinan PAS pula menyatakan Tuan Haji Hadi Awang tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Bukan Haji Hadi yang kata tetapi tokoh PAS yang tidak mahu ketuanya jadi Perdana Menteri.

DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT BAGAIMANA?

6. Sudah tentu apabila penasihat PR tersenyum dan tidak mahu membuat komen bukanlah bermakna dia tak mahukan jawatan Perdana Menteri. Sudah lama dia mimpikan jawatan itu. Kawan-kawan yang membuat komen dalam blog ini juga begitu ghairah supaya Pak Sheikh jadi Perdana Menteri. Budak Kolej lagi-lagi la. Tetapi, Haji Hadi Awang juga belum tentu menolak apabila beliau betul-betul ditawarkan. Bagaimana dengan Mursyidul Am PAS? Mungkin dia pun mahu juga jawatan itu, walaupun, mengikut  kata Mursyidul Am TIBAI, untuk sekejap masa sahaja.

DATO' ONN BIN JAAFAR

7. Orang yang pertama dalam sejarah Melayu yang ingin jadi Perdana Menteri ialah Dato' Onn Jaafar. Itulah sebabnya beliau menubuhkan UMNO, menentang Malayan Union dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau tak jadi.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

8. Tunku Abdul Rahman telah ditawarkan untuk memimpin UMNO oleh Tun Abdul Razak yang bertemu dengannya waktu di London. Tengku tidak merancang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi apabila beliau menang untuk jawatan Presiden UMNO, dan Malaya mencapai kemerdekaan Tengku telah menjadi Perdana Menteri.

9. Jelaslah yang hendak jadi Perdana Menteri tidak jadi dan yang tidak terfikir untuk menjadi Perdana Menteri telah jadi. Allah s.w.t. adalah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Menentukan.

10. Malahan, dalam sejarah terdekat, yang sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri pun telah tidak menjadi Perdana Menteri atas sebab-sebab yang berbeza.

11. Apabila sudah jadi Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman berasa gembira sehingga beliau menyatakan, di akhir-akhir pemerintahannya, bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling bahagia atau gembira di dunia sebagaimana katanya ' I am the happiest Prime Minister in the world'.

TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSEIN

12. Timbalan Perdana Menteri di waktu Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri jika Tunku Abdul Rahman tidak mengundurkan diri. Tun Abdul Razak telah meninggal dunia lebih dahulu daripada Tunku dan jika terpaksa menunggu Tunku kembali ke rahmatullah untuk Tun Razak mengambil tempatnya sudah tentu Tun Abdul Razak tidak dapat merasakan jadi Perdana Menteri.

13. Tetapi dalam perancangan Allah s.w.t. Tun Abdul Razak telah ditetapkanNYA akan menjadi Perdana Menteri.

14. Maka berlakulah peristiwa 13 Mei, 1969 diikuti dengan sampainya giliran DYMM Tuanku Abdul Halim menaiki takhta Yang Di Pertuan Agung sebagai Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang ke 5. Tidak manislah jika Tunku Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri dan bapa saudara kepada KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim akan mengadap dan mencium tangan anak saudaranya, waktu merafak sembah menerima jawatan.

15. Kewujudan tokoh-tokoh muda cauvinis China, seperti Lim Kit Siang dari DAP, hanyalah untuk mempergolakkan lagi peritiwa 13 Mei.

16. Oleh kerana populariti Tunku Abdul Rahman juga sudah menurun, berikutan peristiwa 13 Mei dan kerana beberapa keputusan yang dibuat olehnya selepas itu, maka beliau meletak jawatan untuk diganti oleh Tun Abdul Razak. Memang begitu perencanaan Allah s.w.t..

TUN DR. ISMAIL BIN DATO' ABDUL RAHMAN

17. Tun Dr. Ismail telah dipilih oleh Tun Abdul Razak untuk menjadi Timbalannya. Walaupun Tun Dr. Ismail pernah menentang Tun Abdul Razak dalam satu pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi Tun Abdul Razak tidak berdendam dan telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan dengan harapan supaya Tun Dr. Ismail dapat menggantinya untuk menjadi Perdana Menteri kerana pada waktu itu Tun Abdul Razak telahpun mengetahui mengenai penyakitnya.

18. Tun Dr. Ismail juga dikatakan sakit sehingga telah terpaksa berhenti dari menjadi Menteri apabila Tunku Abdul Rahman memecat keluar Singapura dari berada dalam Malaysia.

19. Tun Abdul Razak pasti tahu bahawa Tun Dr. Ismail berhenti, dari berkhidmat dalam kabinet Tunku Abdul Rahman, bukan kerana sakit tetapi 'sakit hati' kerana tidak setuju dengan pemecatan Singapura dari Malaysia dan, katanya, Tun Dr. Ismail lebih cenderung untuk menangkap Lee Kuan Yew jika beliau didapati menjadi ancaman kepada kestabilan dan keamanan politik negara.

20. Tun Dr. Ismail telah menerima lantikan Tun Abdul Razak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana beliau cukup sihat.

21. Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diberi tugas seperti Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail, walaupun pernah menentang Tun Abdul Razak di satu masa dahulu, tidak mungkin dapat mencabar Presiden UMNO, dan merampas jawatannya kerana jawatan Menteri Dalam Negeri, sebagaimana Tun Ghazali Shafie, walau bagaimana bijak sekalipun tidak mungkin menjadi popular di dalam parti kerana jawatan itu tidak berkaitan dengan pembahagian sebarang rezeki untuk pemimpin-pemimpin atau perwakilan parti yang hadir dalam mesyuarat agung.

22. Walau bagaimanapun, takdir Allah s.w.t. Tun Abdul Razak, yang sakit, telah tidak sempat menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Tun Dr. Ismail kerana Tun Dr. Ismail, walaupun sihat waktu dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu dari Tun Abdul Razak.

TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN

23. Di luar dugaan ahli-ahli UMNO Tun Abdul Razak telah memilih Tun Hussein Onn untuk menjadi Timbalannya menggantikan Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.

24. Tun Hussein Onn, kalau tak salah saya adalah lebih tua dari Tun Abdul Razak, dan beliau pernah memberitahu kepada saya bahawa beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tun Hussein telah menikah dengan Tun Suhaila iaitu kakak kepada Tun Hajah Rahah isteri Tun Abdul Razak. Pada adatnya yang tualah pergi dahulu. Jika Tun Hussein kembali ke rahmatullah lebih awal dari Tun Abdul Razak yang lebih muda darinya maka beliau tidak akan jadi Perdana Menteri.

25. Kuasa Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Menentukan, lantaran kembalinya ke rahmatullah Tun Abdul Razak,  maka Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.

PILIH SATU DARI TIGA NAIB PRESIDEN

26. Siapakah yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Tun Hussein Onn. Sudah tentu pilihannya ialah dari kalangan tiga Naib Presiden. Katanya, ada rancangan oleh Tun Hussein Onn untuk memilih Tun Ghazali Shafie, yang pintar fikirannya, tetapi tidak popular, untuk menjadi Timbalannya; apatahlagi apabila tiga orang Naib Presiden UMNO telah memberi ultimatum meminta, demi kestabilan dan menghormati parti maka pilihan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri perlulah dibuat dari siapa saja dari kalangan mereka bertiga.

27. Yang paling popular dari antara tiga orang Naib Presiden ialah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang mendapat undi tertinggi dalam pilihan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, dan beliau dianggap Naib Presiden yang paling senior. Tetapi Tun Hussein, yang agak konservatif dan bapa kepada anak-anak gadis yang jelita dan berpendidikan, tidak berminat melantik Tengku Razaleigh. Mungkin Tun Hussein tidak mahu seorang anak teruna yang belum berkeluarga untuk menjadi Timbalannya.

28. Tun Hussein juga tidak tertarik kepada Tun Ghafar Baba sebagai Naib Presiden yang kedua paling senior dan popular di dalam UMNO. Mungkin Tun Hussein terkenang kisah Tun Ghafar yang telah menyokong Tunku Abdul Rahman di waktu Tunku menentang bapanya Dato' Onn Jaafar,  dalam pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO.

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

29. Jadi Tun Mahathirlah yang menjadi pilihan yang ditentukan oleh Allah s.w.t.. Menteri saya di Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, seorang sahabat Tun Hussein Onn, sejak sama-sama mempelajari undang-undang telah membantu Tun Hussein Onn dalam membuat keputusan memilih Tun Dr. Mahathir. Tan Sri Abdul Kadir Yusuf telah berkhidmat di Kedah sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri sementara isterinya, juga dari Johor, cergas dalam pergerakan wanita UMNO dan mengenali Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah.

30. Apabila Tun Hussein Onn mengidap penyakit jantung beliau telah menjalani satu pembedahan. Saya difahamkan, oleh kerana saya sendiri mempunyai masalah sakit jantung, bahawa setelah selesai pembedahan seseorang pesakit itu agak 'moody' dan 'temperamental' untuk beberapa bulan. Dalam waktu itu seseorang pesakit jantung tidak boleh membuat keputusan tanpa menyesal kemudiannya. Entah kenapa, waktu cuti sakit, Tun Hussein Onn telah meletak jawatan dari menjadi Perdana Menteri. Sebenarnya tindakan Tun Hussein ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk Tun Dr. Mahathir menggantinya.

PRESIDEN PAS MENINGGAL DUNIA SETELAH MENJADI AHLI UMNO

31. Adalah ironik jika difikirkan bahawa dari 3 orang Perdana Menteri Malaysia, dari UMNO, yang telah meninggal waktu masih menjadi ahli UMNO hanyalah Tun Abdul Razak sementara yang dua lagi tidak menjadi ahli UMNO di waktu meninggal dunia.  Sedangkan pemimpin tertinggi parti PAS, Datuk Asri Hj. Muda, yang di waktu beliau menjadi Presiden PAS telah membenarkan partinya mengkafirkan UMNO telah menjadi ahli UMNO dan seterusnya kekal sebagai ahli UMNO sehingga beliau meninggal dunia. Ini adalah bukti yang jelas bahawa pengkafiran UMNO adalah satu permainan politik. Adalah tidak mungkin bagi Dato' Asri mahu menjadi ahli UMNO dan meninggal sebagai ahli, jika menjadi ahli UMNO diyakininya sebagai menjadi  kafir. Allah s.w.t. jualah yang Maha Mengetahui dan Menentukan.

32. Memandang kepada kejadian ini adalah tidak mustahil bagi Mursyidul Am PAS memilih untuk menjadi ahli UMNO supaya 'sama-sama murtad' dengan ahli-ahli UMNO yang lain, sebelum beliau kembali ke rahmatullah.
33. Bila Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ramai ahli-ahli UMNO menjangkakan beliau akan melantik Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menterinya.

TUN MUSA HITAM

34. Sebaliknya Tun Dr. Mahathir telah tidak membuat pilihan sendiri dan membenarkan UMNO menentukan siapa pilihan mereka untuk Timbalan Presiden UMNO yang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau. Oleh kerana para perwakilan UMNO mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir lebih meminati Tun Musa Hitam untuk menjadi Timbalannya maka Tun Musa telah mengalahkan Tengku Tan Sri Razaleigh  dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 16 Julai, 1981.

35. Kata orang yang mengetahui, kononnya Tun Dr. Mahathir condong kepada Tun Musa Hitam kerana beliau menjangka Tun Musa boleh menjadi Timbalan yang lebih setia dan tidak akan mengancam kedudukannya dan beliau dapat menjalankan tugas Perdana Menteri dengan aman. Tan Sri Tengku Razaleigh kelihatan tersangat 'ambitious'. Ternyata anggapan ini tidak tepat.

36. Walaupun kalah, oleh kerana Tengku Razaleigh mendapat 517 undi, iaitu satu jumlah yang lumayan jika dibandingkan dengan Tun Musa yang mendapat 722 undi, maka demi perpaduan UMNO Tengku Razaleigh telah terus diberi tempat di dalam kabinet Tun Dr. Mahathir.
37. Semua pihak menjangkakan Tun Musa akan dipersiapkan untuk mengganti Tun Dr. Mahathir apabila Tun Dr. Mahathir mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri. Tetapi Tun Musa tidak sabar dan beliau merasakan tidak dapat bertugas dengan selesa dan berkesan selagi kemenangannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, pada tahun 1981, adalah dengan sokongan Tun Dr. Mahathir dan bukan kerana beliau dianggap lebih kuat dan berkemampuan jika dibandingkan dengan saingannya Tengku Razaleigh Hamzah.

38. Tun Musa merasa resah dan gelisah apabila Tun Dr. Mahathir mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Kewangan setelah dikalahkan dalam pertandingan dengan Tun Musa. Tun Dr. Mahathir merasakan kemampuan Tengku Razaleigh dalam menjalankan tugasnya perlu dihormati. Tun Musa sebaliknya bimbang akan bertambahnya populariti Tengku Razaleigh dalam melaksanakan tugas kementeriannya. Tun Musa menjangkakan Tengku Razaleigh akan bertanding lagi dengannya dalam perhimpunan agung yang ada pemilihan berikutnya.

39. Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1984 Tun Musa telah sekali lagi mengalahkan Tengku Razaleigh dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tun Dr. Mahathir memindahkan Tengku Razaleigh ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dari Kementerian Kewangan. Tun Musa Hitam kecewa lagi.

40. Atas nasihat beberapa orang kawannya Tun Musa telah merancang untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sebagai Timbalan Presiden UMNO.

41. Mengikut analisa, cara Tun Musa Hitam meletak jawatan adalah terancang sekali. Beliau tidak menulis surat perletakan jawatan yang berkuat-kuasa dengan serta merta. Sebaliknya beliau memberi notis selama 1 tahun dari 28 Februari, 1985. Perletakan jawatan Tun Musa Hitam berkuatkuasa pada 28 Februari, 1986. Tun Dr. Mahathir telah merahsiakan kewujudan surat ini sepanjang satu tahun.

42. Mengikut maklumat dari kalangan sahabat Tun Musa, setelah surat perletakan jawatan itu disampaikan, Tun Dr. Mahathir sudah pasti tidak lagi memihak kepada Tun Musa dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan berikutnya pada 24 April, 1987, dan kemenangan Tun Musa, yang dijangkakannnya, dalam Perhimpunan Agung berikutnya itu tidak boleh lagi dikatakan kerana sokongan Tun Dr. Mahathir.

RANCANGAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN UMNO KHAS

43. Antara 28 Februari, 1986 iaitu tarikh berkuat-kuasa surat perletakan jawatan Tun Musa dan tarikh Perhimpunan Agung UMNO pada 24 April, 1987 kawan-kawan Tun Musa telah bekerja kuat untuk mendapatkan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas untuk mendesak Tun Musa menarik balik surat perletakan jawatannya sebagai Timbalan Perdana dan Timbalan Presiden UMNO dan meminta Tun Dr. Mahathir menerima penarikan perletakan jawatan itu.

44. Setelah mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir tidak mungkin akan terus memegang jawatan Perdana Menteri jika Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas diadakan. Perhimpunan sedemikian tidak memperhitungkan kemudahan untuk Perdana Menteri menjalankan tugas tanpa sokongan Timbalan Perdana Menteri yang sehaluan dengannya; apatahlagi jika Timbalan Perdana Menteri dikembalikan ke dalam jawatannya tanpa rasa terima kasih kepada Perdana Menterinya, kerana diletak kembali ke jawatan sebagai menyetujui protes yang membawa kepada perletakan jawatan itu.

45. Staf ibu-pejabat UMNO telah bekerja kuat untuk mempertahankan Tun Dr. Mahathir.

46. Kawan-kawan Tun Musa gagal mempengaruhi Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan sedemikian. Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi pada 28 Februari, 1986 telah menolak cadangan mengadakan Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas dan hanya bersetuju supaya satu rombongan UMNO Johor bertolak ke London untuk memujuk Tun Musa Hitam supaya menarik balik perletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi penerimaan perletakan jawatan atau penerimaan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri dan Tun Dr. Mahathir tidak berhasrat untuk memujuk Tun Musa untuk menarik balik surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

TUN GHAFAR BABA

47. Tun Dr. Mahathir pada mulanya ingin menunggu sehingga Mesyuarat Agung UMNO berikutnya, sekitar hanya 1 tahun 2 bulan lagi, pada 24 April, 1987, untuk menentukan siapa yang akan menjadi Timbalan Presiden untuk menggantikan Tun Musa. Tun Mahathir tidak berhasrat untuk melantik pengganti Tun Musa dengan serta-merta. Tun Dr. Mahathir yakin Tun Musa, yang didapati tidak sebulu dengan Tun Dr. Mahathir akan ditewaskan oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

48. Tetapi, oleh kerana adanya rancangan usaha yang berterusan untuk mengembalikan Tun Musa melalui paksaan dari keputusan Perhimpunan Agung Perwakilan UMNO Khas, maka Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk melantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Mei, 1986.

49. Pada waktu itulah ide Team A dan Team B telah diketengahkan oleh media. Tun Musa yang dulunya bersaing sengit dengan Tan Sri Tengku Razaleigh dalam dua pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya kecewa apabila Tengku Razaleigh, selepas dua kali dikalahkan oleh Tun Musa, tetapi terus dilantik menjadi Menteri, telah sanggup bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding dengan Tun Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden UMNO.

50. Adalah tidak lojik bagi penganalisa politik untuk menganggap bahawa kebencian Tun Musa terhadap Tun Dr. Mahathir telah membuat beliau sanggup menyokong Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO untuk Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, jika menang, menjadi Perdana Menteri dan Tun Musa pula, jika menang dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Jika Tun Musa sanggup menjadi timbalan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh sudah tentu dia tidak akan menolak perlantikan Tan Sri Tengku Razaleigh menjadi Menteri setelah beliau kalahkan dalam dua pertandingan uuntuk jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1981 dan 1984.

51. Penyokong Tun Musa berpendapat bahawa pertandingan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 akan berakhir dengan kekalahan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden dan kekalahan  Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden. Yang menang ialah Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Tun Musa sebagai Timbalan Presiden.

52. Keadaan sedemikian sudah pasti akan berakhir dengan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam mengambil tempatnya.
53. Dengan kuasa Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui dan Menentukan Tun Ghafar telah mengalahkan Tun Musa dan Tengku Razaleigh telah dikalahkan oleh Tun Dr. Mahathir.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

54. Mengikut Tan Sri Isa Samad bapa saudaranya, Tun Ghafar Baba, telah bersetuju dengan usaha supaya beliau tidak ditandingi oleh Dato' Seri Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan membuat satu surat perjanjian untuk melantik Dato' Seri Anwar, dan tidak orang lain, menjadi Timbalannya jika beliau menjadi Perdana Menteri.

55. Tawaran ini dibuat kerana ada berita angin yang menyatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding dengan Tun Ghafar Baba kerana Dato' Seri Anwar takut jika Tun Ghafar Baba jadi Perdana Menteri beliau tidak akan melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalannya.

56. Mengikut sumber yang boleh dipercayai Dato' Seri Anwar tidak melayani tawaran ini. Kononnya beliau takut kawan-kawannya akan memarahi beliau jika beliau menarik diri.

57. Jawapan Dato' Seri Anwar ini juga adalah sama seperti jawapannya apabila penyokong Dato' Haji Shuhaimi Kamaruddin, selaku Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), meminta beliau menarik diri dari dicalonkan untuk jawatan MBM itu. Dato' Seri Anwar juga berkata dia takut kawan-kawannya akan marah jika dia tarik diri.

58. Melihat kepada keadaan semasa, dan memandang kepada amalan politik wang yang berjalan rancak, Tun Ghafar kemudiannya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 Oktober, 1993. Beliau, walaupun seorang pejuang kemerdekaan, telah kelihatan berjalan dengan beg kertas tanpa sebarang escort setelah hilang jawatan.

59. Oleh kerana tidak cukup pencalonan untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO Tun Ghafar Baba, pada 4 November 1993, telah meninggalkan jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk dimenangi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim tanpa bertanding.

60. Jika dipandang dari sudut takdir maka Dato' Seri Anwar tidak dapat disalahkan kerana bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jelaslah dalam perencanaan Allah s.w.t. tidak ada nama-nama Tun Musa dan Tun Ghafar dalam senarai untuk menjadi Perdana Menteri.

61. Dato' Seri Anwar adalah anak emas Tun Dr. Mahathir yang ditatang olehnya sehingga sampai ke tahap Timbalan Perdana Menteri.

62. Tidak lama setelah menjadi ahli UMNO Dato' Seri Anwar telah mengalahkan Dato' Haji Shuhaimi dalam pertandingan untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, itu pun kerana Dato' Seri Anwar takut kawan-kawannya akan marah jika dia manarik diri dari menentang orang tua, kawan bapanya, Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.  Akhirnya Dato' Seri Anwar mengganti Tun Ghafar untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

63. Walaupun agak sedih jika difikirkan, kerana amalan politik wang, dan yang dikalahkan oleh Dato' Seri Anwar ialah seorang tokoh lama dan berjasa, yang tidak mungkin dapat lama berkhidmat sebelum ianya berundur diri dari politik, semua kawan-kawan Dato' Seri Anwar yang menjadi ahli dan bekas ahli ABIM merasa gembira kerana barisan kepimpinan negara sudah dipersiapkan dari tokoh yang pintar bercakap dan berlandaskan ugama.

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

64. Kerana imej agamanya, dan kepetahannya dalam berbicara, Dato' Seri Anwar telah cepat meningkat hingga ke peringkat Menteri. Beliau telah dicadangkan oleh Tun Daim Zainuddin untuk menggantinya sebagai Menteri Kewangan apabila Tun Daim meletak jawatan. Tujuan Tun Daim, yang dipersetujui oleh Tun Dr. Mahathir, ialah untuk mendedahkan Dato' Seri Anwar kepada dunia ekonomi dan kewangan kerana beliau tidak berpengalaman dan berpendidikan dalam bidang itu.

65. Malangnya dalam masa yang singkat Dato' Seri Anwar terbukti lebih pandai bercakap dari bekerja dan lebih banyak menggunakan ugama untuk politik dan bukan mempengaruhi politik dengan ugamanya. Dari sebuah pergerakan politik yang bersifat nasionalis Pergerakan Pemuda UMNO telah berubah cenderung untuk berwajah agama. Agama kemudiannya dikalahkan oleh wang ringgit dan kekayaan.

66. Jika dalam perencanaan Allah s.w.t. nama Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak ada sebagai Perdana Menteri maka berlakulah berbagai angkara dan perkara yang menutup peluang naiknya.

67. Dato' Seri Anwar telah dipecat dari Jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang paling menyayanginya, pada 2 September, 1998 atas sebab-sebab yang sudah diketahui umum.
68. Waktu Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi hanyalah seorang Pengarah Belia di Kementerian Belia dan Sukan. Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pergerakan Pemua UMNO Malaysia timbalannya ialah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

TUN ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI
69. Dalam ketentuan Allah s.w.t. Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah tokoh yang dipilih untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau anak ulama, berkelulusan ugama, baik wataknya dan bersih dalam rekod pentadbirannya. Walaupun beliau pernah menyertai Team B, bersama Tengku Razaleigh dan Tun Musa di waktu percubaan untuk menjatuhkan Tun Mahathir, beliau telah dipilih oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengganti tempat Dato' Seri Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

70. Harapan rakyat terhadap kepimpinan Tun Abdullah begitu tinggi sehingga pencapaian Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 adalah antara yang paling cemerlang sejak merdeka.

71. Waktu melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti Dato' Seri Anwar Ibrahim Tun Dr. Mahathir sedar dan mengetahui bahawa ilmu yang ada pada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dalam bidang ekonomi, dan pendedahan politik yang telah dilaluinya, adalah lebih relevan daripada Tun Abdullah.

72. Tun Dr. Mahathir telah memilih Tun Abdullah kerana beliau lebih tua dan berlatarbelakang  ugama. Apabila ditanya ternyata Tun  Dr. Mahathir mengetahui mengenai kemampuan Tun Abdullah untuk memimpin negara beliau yakin atas cadangannya supaya Dato' Seri Najib dilantik sebagai Timbalan maka sebarang kekurangan dapat dipenuhi; lebih-lebih lagi Tun Dr. Mahathir berkesanggupan untuk membantu Tun Abdullah sebagai penasihat.

73. Malangnya Tun Abdullah mempunyai penasihatnya sendiri yang terdiri dari anak-anak muda yang tidak berpengalaman dan tokoh-tokoh yang tidak sehaluan dengan Tun Dr. Mahathir.

74. Akibatnya ialah prestasi Tsunami politik bagi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008.

75. Tun Dr. Mahathir ternyata menyesal atas kesilapannya. Ada pihak yang berfikir bahawa usaha Tun Dr. Mahathir supaya Tun Abdullah lebih cepat mengundurkan diri adalah satu tindakan untuk membetulkan kesilapannya sendiri dan Dato' Seri Najib, yang sepatutnya dilantik mengganti Dato' Seri Anwar, telah menerima sesuatu yang menjadi miliknya.

76. Walau apapun alasannya yang nyata ialah sementara Allah s.w.t. telah menentukan Tun Abdullah akan menjadi Perdana Menteri tetapi tempoh Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri telah ditentukan singkat oleh Allah s.w.t..

DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

77. Dengan berhentinya Tun Abdullah maka giliran Dato' Seri Najib untuk menjadi Perdana Menteri telah tiba.

78. Kini yang berminat, dengan jelas, untuk menduduki tempat Dato' Seri Najib ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

79. Rakyat tidak perlu berfikir panjang mengenai sikap dan cara Dato' Seri Anwar. Beliau memang mempunyai jiwa pembangkang yang kental. Dia menentang Tunku Abdul Rahman Putra Perdana Menteri yang Pertama sehingga diganti oleh Tun Abdul Razak; lepas itu beliau menentang Tun Abdul Razak sehingga Tun Abdul Razak meninggal dunia dan diganti oleh Tun Hussein Onn. Giliran Tun Hussein pula untuk ditentang oleh Dato' Seri Anwar sehinggalah Tun Dr. Mahathir mengganti Tun Hussein Onn. Tun Dr. Mahathir yang cuba mendidiknya sebagai pengganti juga ditentang olehnya.

80. Parti Dato' Seri Anwar hampir lenyap dalam Pilihanraya Umum ke 11.

81. Lepas itu Dato' Seri Anwar menentang Tun Abdullah dan kerana salah-langkah Tun Abdullah sendiri Barisan Nasional telah hampir punah dalam Pilihanraya Umum ke 12. Kini giliran Dato' Seri Najib, bekas Timbalan Ketua Pemuda UMNO di waktu Dato' Seri Anwar menjadi ketuanya pula yang akan ditentang oleh Dato' Seri Anwar.

82. Yang susah difahami ialah bagaimana Dato' Seri Anwar juga melatih anaknya untuk menjadi pembangkang sebagaimana beliau menjadi pembangkang sepanjang hayatnya.

83. Nampaknya, apabila ternyata nanti Dato' Seri Anwar, yang pernah menentang Tun Abdul Razak, bapa Dato' Seri Najib, dikalahkan oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh anak Tun Abdul Razak, maka anak Dato' Seri Anwar pulalah yang akan meneruskan perjuangan menentang anak Tun Abdul Razak pula. Barulah bapa lawan bapa anak juga lawan anak apabila anak bapa mengalahkan bapa anak.

84. Pilihanraya Umum ke 13 adalah pilihanraya umum yang pertama yang akan dihadapi oleh Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

85. Strategi Barisan Nasional ialah mengingatkan jasanya yang mengekalkan keamanan negara dan merancang dan membangun ekonomi negara. Prestasi Malaysia yang dikagumkan, dan ingin dicontohi oleh dunia Islam, dunia ketiga dan negara-negara membangun adalah satu pencapaian yang tidak dapat dinafikan. Barisan Nasional boleh membuat janji kerana janji yang lalu telahpun didapati.

86. Banyak negara yang sudah lama atau lebih lama Merdeka tetapi tidak mencapai prestasi seperti Malaysia.

87. Setelah memerintah selama 55 tahun, dan sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh manusia yang tidak maksum, dengan berbagai kelemahan, sudah tentu ada kesilapan yang belaku di sana-sini. Jika ada satu atau dua kesilapan dalam setahun maka berertilah akan ada antara 55 hingga 110 kesilapan yang dapat disenaraikan. Adalah menjadi tugas pembangkang untuk mengingat dan membesarkan kesalahan-kesalahan ini dengan harapan pengundi dapat melupakan berbagai jasa yang ditaburkan setiap tahun oleh pihak kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional.

88. Sepasang suami isteri yang pernah bercinta yang penuh gelora di waktu muda pun boleh berpisah jika kesalahan yang kecil dibesarkan dan semua budi antara mereka dilupakan.

89. Ada yang mengharapkan pangkat dalam jabatan kerajaan tetapi gagal memperolehinya; ada yang mengharapkan kontrak dari kerajaan tetapi tidak mendapatinya, mengharapkan pengiktarafan atas jasa peribadinya yang dilupakan dan lain-lain lagi adalah penyebab wujudnya banyak tokoh atau cerdik pandai yang menamakan diri sebagai 'anonymous' untuk menghentam keromo siapa saja yang ada di atas.

90. Cina dan India dapat lesen dan peluang untuk jadi jutawan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu; jika Melayu dapat pun mereka ini akan marah juga, kerana yang dapat bukan mereka.

91. Semoga kita tidak semuanya lupa bahawa rezeki itu di tangan Allah s.w.t.. Segala kekuatan, kekuasaan dan kekayaan yang diberi kepada kita hanyalah sebagai pemegang amanah kerana semua itu datangnya dari Allah s.w.t..

92. Sementara manusia berusaha dengan bermacam-macam cara untuk berharta dan berkuasa hanya Allah sahajalah yang menentukan.

MASUKAN PERTAMA PADA 12 DISEMBER, 2013

MASUKAN KEDUA PADA 2 SEPTEMBER, 2016

12 comments:

  1. Kekayaan Petronas Hak Orang Melayu Tanah MelayuDecember 12, 2012 at 5:18 PM

    Pak Sanusi,

    Perjuangan Pak Sanusi masih diperlukan.

    Selepas 50 tahun keadaan Melayu semakin tenat. Orang melayu adalah pengemis di negeri sendiri.

    Asalnya kekayaan sumber asli Tanah Melayu seperti frekuensi diberikan oleh Suruhan Jaya Komunikasi kepada Kaum Tamil seperti Syed Mohktar, orang Kristian China Yeoh Tiong Lay dan Vincent Tan, Hindu Ananda Krshan dan Cina Digi.

    Menterinya UMNO Rais YAtim tapi sumber asli orang Melayu diberi kepada bangsa dan agama lain. Macam mana ni?

    Ini adalah hanya satu contoh bagaimanan kepimpinan Melayu diperingkat Jabatan dan Kementerian tidak lagi dipengaruhi oleh Melayu amnya. Mereka hanyut dibawah korupsi moral dan ketiadaan pegangan ugama sehingga buta kepada bahaya kepada bangsa Melayu dengan memberi kekayaan kepada bangsa dan ugama lain.

    Perjuangan Kemerdekaan orang Melayu masih berterusan. Politik merangkumi ekonomi. Perhatikan di US politik adalah tentang pembahagian kekayaan US.

    Begitu juga di Malaysia. Petronas adalah sumber kekayaan Tanah Melayu yang terbesar.

    Kekayaan ini perlu di edarkan kepada orang Melayu kerana ini adalah sumber Tanah Melayu.

    Beratus billion telah dikeluarkan oleh Petronas tetapi orang Melayu masih ditakuk lama. Ini adalah kerana mereka tidak faham tentang kekayaan berbilion ini.

    Sehingga kini orang-orang Cina telah mengaut 80 peratus kekayaan. Ini terjadi kerana kelemahan kepimpinan orang Melayu dalam UMNO yang lemah otak.

    Kemana pergi berbilion ini? Sebab itu orang Melayu perlu mencari kuasa baru selain UMNO untuk mengawal dan memberi kekayaan minyak kepada orang Melayu melalui agihan kepada negeri-negeri dan kemudian kepada pribumi Melayu dan bumiputera.

    Jika dibiarkan trend pengurusan ekonomi oleh Najib dan Mustapa dan Nor Yakcop maka orang yang sama sama ada Cina atau India dan segelintir kerabat mereka yang menikmati kekayaan Petronas.

    Kita boleh hapuskan keperitan hidup, rumah kampung yang daif, kesusahan persekolahan esok dengan mengubah suai perbelanjaan petronas bukas seperti yang telah dilakukan selama 50 tahun oleh pemimpin Melayu yang tak reti memerintah.

    Bagi mereka ini 20% adalah pencapaian yang dimegahkan walhal ianya satu penghinaan kepada bangsa Melayu pribumi Tanah Melayu.

    Sebagai nasionalis Melayu, Pak Sanusi perlu turun padang sebelum keadaan Melayu semakin tenat.

    ReplyDelete
  2. Tak payahlah bincang panjang lebar siapa patut jadi PM jika Pakatan Rakyat menang.

    Isunya, SEKARANG INI SIAPA PM, NAJIB ke, ROSMAH ke atau MAHATHIR ????

    ReplyDelete
  3. PM sekarang ialah DS Najib. DS Rosmah tu isteri PM. Tun Mahathir ialah bekas PM. Tan Sri, hairannya ramai pemimpin yg tidak yakin dgn kadak dan kadar Allah swt. Tq.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ini bangsa melayu banyak susah walau pon di merintah oleh umno...

    Jika pada melayu...datuk susah,bapa susah,anak susah..apa yg nak diharap lagi pada umno..

    Umno hanya untuk memperkayakan suku sakat pemimpin umno sendiri..mahadey bukan melayu..dia mamak...sekarang org melayu telah sedar..

    ReplyDelete
  5. Tan Sri, kesimpulan cerita hidup manusia di dunia ini pada akhirnya adalah... the mortal him/her self punish, absolve or reward him/her self. Allah telah mengingatkan perkara ini berkali-kali dalam Quran namun manusia tetap dgn kejahilannya....

    ReplyDelete

  6. JIWA MENENTANG ANWAR TAK DAPAT DIBENDUNG. DIA MENENTANG SESIAPA SAJA. DIA MENENTANG NORMA.

    KITA AKAN SAKSIKAN NANTI ANWAR AKHIRNYA AKAN MENENTANG ALLAH SWT

    ReplyDelete
  7. PAS sesat dan menyesatkan.Apabila GBS menulis bunyinya malang belaka.Tunggu la nanti bila n.ajis ke,hadi ke atau anugerah tuhan itu jadi pm maka akan bertukarlah nasib kamu semua menjadi kaya raya.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri
    Siapa PM pun tak kisah asalkan tidak lagi pewaris "parti setan yang kiat kenali" atau UMNO Baru yang diasaskan oleh Mamak Kutty berketurunan Mandaliar Kerala satelah memusnahkan UMNO Tulin -sabuah parti Bangs Melay tulin.Kini UMNO Baru (juga dikenali sebagai "United Mamak Nsional Organisation" dianggoti ramai dari kalangan Mamak2 ( yang sepatutnya menjadi ahli MIC ) yang mengganas dan membuat huruhara.

    Dan telah jelas dalam dua abad sebagai PM telah mengkiantai bangsa Melayu dan membolot kekayaan negara untuk Keluarga dan kroni2 yang ramainya terdiri dari gulungan kafirun dan berjaya merempatkan bangsa Melayu ditanah airnya sendiri.Dan satu atau dua abad lagi Bangsa Melayu pasti akan menjadi PATI yang akan diberkas diIndonesia. Mamak ini juga wajib bertanggung jawab keatas pembunuhan beramai2 Melayu Muslim Memali,tindakannya melepas tangan dan mempertanggung jawab kapada Musa Hitam adalah tindakan pengecut.

    Satu Tribunal patut ditubuhkan untuk menyiasat segala salah laku Mamak dan penghiatan UMNO Baru ini terhadap Bangsa Melayu.

    Mengikut jejak Tunku Ab Rahman and Tun Hussin saya tidak pernah menyertai UMNO Baru ini satelah Mamak ini memusnahkan UMNO Tulin.

    Ahli Umno Tulin 1974
    Porium Jalan Belangkas.

    ReplyDelete
  9. Raja Melayu perlu bubar SKMMDecember 16, 2012 at 12:31 AM

    Majlis Raja-Raja Melayu perlu bubarkan SKMM

    Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa keatas tanah jajahanya dan segala sumber alam
    yang ada.

    Sumber alam selain dari air dan tanah adalah gelombang mikro yang terhad
    di sesuatu negeri.

    Oleh demikian pemberian gelombang mikro yang dibuat baru-baru ini untuk 2.6GHz
    dan Wimax sebelum ini adalah mencabul hak negeri-negeri Melayu.

    Seperti tanah dan air, negeri-negeri berhak mendapat cukai atau royalti ke atas penggunaan
    sumber alam.

    Perbuatan Suruhan Jaya Komunikasi Malaysia memberi secara percuma tanpa
    timbal balas kepada negeri-negeri adalah satu tindakan yang tidak berasas.

    Kedua, tindakan SKMM memberi gelombang mikero ini kepada syarikat-syarikat bukan Melayu mencabul
    perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada orang Melayu.

    Bagi 2.6 GHz ini syarikat-syarikat Cina Redtont, Yeoh Tiong Lay, Vincet Tan
    (judi Toto) Syed Mokhtar (India Muslim) Digi (Cina) adalah satu rompakan
    ke atas hak Melayu yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

    Negeri Melayu berhak menerima royalti atau cukai keatas sumber alam Gelombang Mikero ini.

    Jika SKMM dan UMNO gagal memperbaiki keadaan ini maka perlulah Majlis Raja-Raja
    Melayu membubarkan SKMM satu badan persekutuan.

    ReplyDelete
  10. Yang wajib dibubarkan ialah UMNO Baru. Kerana ini sudah jelas lagi nayata ini bukan lah parti Bangsa Melayu yang tulin. Parti ini, sapertiman diakaui oleh pengasasnya, saorang Keling anak Pendatang Tanpa Izin dari Kerala,satelah menghancurkan UMNO yang asli,telah menghkianati Bangsa Melayu sendiri.Berapa banyak Institusi yang ditubuhkan oleh Pemimpin UMNO asli untuk memperkasa Bangsa Melayu yang telah diporak porandakannya atau dipindah milek kapada kroninya yang bukan Melayu atau menyamar Melayu sapertinya untuk membaham harta negara - contoh Bank Bumi, MAS, UDA, Bernas,Pernas....dbl.

    Kini UMNO Baru dikuasinya semula dan oleh berapa ramai gulungan Keling ini.Mereka ini bukanlah beraklak dan beradap Melayu.Lihat sahaja lah apa yang dilakukan baru baru ini oleh Zainudeen Maideen - saorang Keling yang bongkak yang telah diangkat oleh Keling pengasas UMNO Baru atas kehebatanya hanyalah mengampu.Dia berasa sudah cukup hebat dan angkut mencerca BJ Habibi- President Indonesia yang memimpin lebeh dari 100 juta Ummat Islam.

    Keling Keling UMNO Baru ini tidak memeliki peribadi Melayu yang dididik untuk mengenang budi dan jasa. Indonesia yang telah banyak menyubang jasa dan budi menyumbang untuk memakmorkan Tanah Melayu.Contoh..berapa ramai guru, pensyarah, doktor, dentist dsl..yang telah dihantarka Tanah Melayu untuk membantu Rakyat Tanah Melayu.Malah berbagai lagi agensi termasuklah PETRONAS turut menerima banyak menafaat dan bimbingan dari Indonesia diperingakat Tanah Melayu ketandusan ilmu. UMNO Baru, sapatutnyalah di dijenamakan semula - United Mamak Nasional Organisation kerana diasas dan dikuasai oleh gulungan Keling yang menoggang gulungan Melayu yang telah dibodohkan untuk membolot dan merompak harta rakyat dengan memporak porandakan Bangsa Melayu.Dan ramai lagi gulungan Keling ini telah menguasai perkhidmatan lain termasuklah Perkhimatan Awam, termasoklah KSN kini.

    Tan Sri sendiri telah berdosa kapada Bangsa Melayu kerana turut bersekongkol berdiam diri apabila golongan Keling ini mengkinati Bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  11. Kita orang selalu baca blog ‘Menteri To’ Kong’ Sanusi Junid. Dia banyak cerita fasal Melayu.

    Bila kita orang baca komen-komen orang anti-semua hal dan minta
    1. Hentam UMNO Baru
    2. Kata UMNO asli perkasa Melayu
    3. Marah Zainuddin Maideen hentam Habibie
    4. Mahu Majlis Raja-raja Melayu perlu bubarkan SKMM
    5. Tudah Pemberian Gelombang Mikro mencabul perlembagaan dan hak negeri-negari Melayu
    6. Lagi marah UMNO baru dianggotai oleh ramai mamak-mamak

    Semua orang tahu lagi Melayu mana ada lain kerja. Idea mahu maju Melayu tak daklah.

    Awak ingat kalau UMNO baru sudah habis UMNO lama boleh mari lagikah? Awak ingat bubar SKMM Melayu boleh kaya kah? Itu Gelombang Mikro pun bila Melayu tahu hal itu. Kamu tahukah? Ada minta lesen kah?

    Lu marah mamak macam mana? Tunku orang kata emak Siam, Tun Razak Indonesia mari. Bugis dia punya bangsa. Mana ada Melayu asli. Dato’ On dan dan dia punya anak Tun Husein punya Dato’ orang Turkey. Mahathir kamu kata mari Kerala; ada juga cakap Bangladesh, ada juga cakap India. Satu orang tapi mari banyak tempat. Dolah Badawi itu padang sahara punya bapa. Mana Melayu ada Badawi. Najib pun Bugis. Mohidin punya ibu bapa juga Jawa campur Bugis. Engkau orang marah sama China dapat projek; tapi banyak tuan Melayu dapat seteri China.

    Tun Musa maju jadi Chairman Sime Darby seteri China; Tengku Razali pun bini China. Semua orang Melayu sukses ada belakang bini China. Kadir Shek Fadil, ibu bapa India masuk PAS engkau orang tak marah PAS. Anwar pun India mari juga.

    Betul awak cakap Anwar dan Habibi tak sama. Habibi technocrat, Anwar berkarat; Habibi sayang sama isteri, Anwar kasi kerja kuat sama isteri, jadi ketua PKR; ada sayang isteri ke kalau Anwar kawan jantan pun banyak, perempuan China pun ada. Habibi jadi Presiden Indonesia 250 juta rakyat. Anwar 25 juta pun tak boleh jadi PM. Sudah jadi Timbalan pun lagi kena buang. Itu mamak betul gila tak suka orang suka dua-dua belah. Anwar cakap belum cuba belum tahu. Ada juga yang sama Anwar dan Habibi. Dua-dua tak tahu ekonomi. Satu buat kapalterbang banyak rugi; Anwar ikut IMF Malaysia rugi. Dua-dua pun tak pandai ugama tapi satu naik tangga ICMI dan satu lagi naik tangga Youth Islam Body.

    Kita ingat la lebih baik Mahathir, Najib, Mahidin, Musa, T. Razali, Nik Aziz, Hadi, Anwar, Mat Sabu semua pergi tribunal boleh tribunal bawa masuk jel. Ini negeri lagi selamat kalau Karpal jadi Presiden, Lim Kit Siang jadi PM, Lim Guan Eng jadi Menteri Dalam Negeri. Satu India Kadir Shek Fadil jadi Menteri Hal Ehwal Wanita, satu Melayu Tamrin jadi Menteri pertahanan supaya kontrak tak da rasuah. Menteri ugama mesti Melayu. Mat Sabu lebih baik dari Jamil Kir.

    Melayu jangan marah China kasi rasuah. Kalau Cina tak kasi langsung mana lu mahu dapat duit. Berniaga sendiri mana lu tahu. Politik lu banyak suka tapi tak pandai juga. Tak lama lagi kita orang perintah. Itu jam rasuah boleh stop, nepotisme, chronisme dan semua isme boleh stop. Melayu boleh banyak-banyak bikin meeting; banyak cakap kuat-kuat dan pandai-pandai. Kita orang boleh siapkan dewan banyak dan buat banyak mikrofon. Lu boleh hentam sama sendiri sampai bila-bila. Lu boleh maki semua lu punya orang. Itu macam kami boleh senang-senang berniaga. Kasi lu sikit la – hadiah pun boleh, komisyen pun boleh, upah pun boleh. Lebih baik kalau rasuah.

    Poo rah, poo rah, poo rah.

    Aku sudah letih la nanti kalau ada mood aku sambung lagi. Kau orang tulis lagi la; aku suka mahu baca engkau orang tulis. Syok oh!!! Melayu hentam Melayu. Nanti aku boleh kasi kuliah sama Melayu fasal Melayu tak baca sekolah China.

    ReplyDelete
  12. "90. Cina dan India dapat lesen dan peluang untuk jadi jutawan boleh menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu; jika Melayu dapat pun mereka ini akan marah juga, kerana yang dapat bukan mereka."

    Lupa Pak Sanusi ni pun era sama dengan Mahathir sebab itu pemikiran pun sama. Alasan yang Pak Sanusi beri di atas adalah alasan pemimpin UMNO kenapa mereka beri lesen pada orang Cina dan India. "Jika Melayu dapat pun mereka akan marah juga kerana yang dapat bukan mereka."

    Pak Sanunis rupanya sama bodoh sebab itu Melayu jadi macam sekarang. Kalau melayu marah kepada melayu lain bukankah itu lebih baik sebab yang kayapun Melayu. Kalau Melayu marah pada Cina dan India macam mana? Tak belajar dari sejarah 13 Mei ke?

    Dari bagi Melayu, MAS rugi, lebih baik bagi pada keling Tony Fernandes kata ex Presiden UMNO. Ya dia cakap begitu di akhbar.

    Tapi siapa yang pilih dia orang Melayu. Kalau dia bagitahu siang-siang dia tak percaya orang Melayu, ada kah orang Melayu akan pilih dia?

    Habis masa IMF kata lebih baik bagi pada Mat Salleh bisnes anak dia sebab anak dia bodoh, dia tak setuju pula.

    Pak Sanusi jangan jadi bodoh. Ini Tanah Melayu hak orang Melayu. Orang Melayu nak bergaduh atau bedebat atau berlumba itu lumrah. Di negeri Cina dan india mereka berbunuh sesama sendiri. Adakah pemimpin Cina kata dari bagi Cina lebih baik bagi Melayu?

    Kalau tak tahu menolong Melayu jangan pula menjatuhkan dan memperkayakan Cina dan India kerana mereka pendatang faham? Pada 1948 orang Cina mahu jadikan malaya koloni Cina jadi mereka ini adalah musuh Tanah Melayu.

    Hai nampaknya otak lama tak leh pakai, masih tahap itu. Dengki pada orang melayu sendiri..

    ReplyDelete