PENGALAMAN SAYA DI LAPANGAN TERBANG NARITA DI TOKYO
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam hormat.
1. Oleh kerana saya melihat respon yang menggalakkan atas karangan saya mengenai 'Sikap Umat Islam', khususnya dengan mesej yang saya terima melalui sms, saya rumuskan bahawa ramai yang berminat mengenai kisah-kisah begini, maka saya ambil kesempatan untuk memaparkan lagi satu kisah dengan harapan ianya bermunafa'at untuk pembaca.
2. Dalam perjalanan saya dari Seattle, Amerika Syarikat, kerana menghadiri satu mesyuarat di sana, saya telah singgah, transit di lapangan terbang Narita di Tokyo. Lama juga saya berada di di dalam restoran, bilik menunggu, apabila datang seorang lelaki bersama seorang perempuan. Yang lelaki berpakaian 'top' seperti yang dipakai oleh orang-orang Arab dan yang perempuan pula dengan purdahnya. Oleh kerana lelaki itu dengan janggut comel dan jacket yang sering dipakai oleh orang-orang Pakistan dan Afghanistan, dan berketayap pula, maka mereka menarik perhatian semua penumpang yang ada di bilik menunggu di lapangan terbang Narita itu.
3. Saya dan isteri terus berteka-teki mengenai negara asal sepasang merpati muda ini. Kami sepakat memikirkan mereka berasal dari India, Pakistan atau Afghanistan.
4. Bila sampai waktu makan maka penumpang yang menunggu berpindah ke restoran untuk makan tengahari. Pada waktu itulah saya nampak sang lelaki tadi kelihatan marah sambil menunjuk-nunjuk dengan jarinya kepada beberapa hidangan yang ada di dalam menu di situ. Kerana sikapnya yang agak keras maka perempuan yang saya fikir pasti isterinya telah mengangguk-angguk kepala sambil berkata sesuatu.
5. Keduanya kemudian telah meminta kopi dan coca-cola dan tidak meminta apa-apa makanan.
6. Setelah hampir tiga puluh minit mereka berdiam akhirnya, mungkin kerana kelaparan, si lelaki tadi pun memanggil pekerja restoran itu untuk meminta sesuatu.
7. Setelah kira-kira 10 minit datanglah pelayan restoran itu dengan dua bungkusan dalam plastik dan, apabila dibuka, ternyata sandwich.
8. Saya telah meminta balik menu restoran itu sekadar untuk mengetahui di mana letaknya sandwich di dalam menu itu. Saya dapati di sebelah atas di bawah tajuk 'VEGETARIAN' dan makanan yang ada daging, termasuk daging babi, tertulis di sebelah bawah sekali menu itu di bawah tajuk MEAT. Antara bahagian 'VEGETARIAN' dan 'MEAT' pula ada pecahan tajuk 'FISH' kemudiannya 'CHICKEN'.
9. Berertilah sebelum lelaki dan perempuan tadi membaca bahagian MEAT di akhir menu itu dia sempat melihat dulu bahagian VEGETARIAN, FISH dan CHICKEN.
10. Tidak ada sebab bagi mereka yang berketayap dan berpurdah berasa marah membaca menu ini kerana tidak ada sayur dan ikan yang haram. Kalau daging lembu dan ayam pula mereka boleh mengelak dari memintanya kerana tidak disembelih secara Islam, sementara tiada sesiapa yang memaksa mereka untuk memilih daging babi. Lebih-lebih lagi negara Jepun bukan negara yang mempunyai banyak Umat Islam.
11. Melihat perangai begitu saya pun menerka bahawa mereka berdua pasti orang Melayu, sementara isteri saya kurang pasti kerana mereka berpakaian begitu dan rupa lelaki ada mirip Afghanistan sementara yang perempuan pula saya tidak dapat mengenali kerana purdahnya.
12. Bila isteri saya bertanya apa sebab saya yakin mereka Melayu saya menjawab kira-kira begini, 'Melayu kita 'action lebih' dan suka menunjuk-nunjuk keislamannya atau sebaliknya. Kalau bangsa lain, termasuk Arab betul dan Pakistan sebenar, yang bergaya dengan kot dan tali-lehernya, dan turut ada dalam restoran itu, mereka tidak berperangai menunjuk-nunjuk marah apabila melihat menu restoran yang sama'.
13. Bila saya bangun dari meja makan saya terus ke meja dua orang budak Melayu tadi dan selesai menjawab salam mereka terus mengesahkaan bahawa mereka pelajar dari Malaysia yang sedang belajar di Amerika Syarikat.
14. Oleh kerana mereka tidak mengetahui jawataan saya maka secara kebetulan mereka memberi banyak pendapat yang salah mengenai pertanian di Malaysia dan apa yang patut kita buat. Sebagai Menteri Pertanian saya menasihatkan supaya mereka balik ke Malaysia dan mempelajari dulu apa yang sudah ada di Malaysia supaya mereka boleh mencadangkan supaya diwujudkan apa yang belum ada.
15. Saya lantas terfikir bahawa jika itulah yang mereka pelajari di Amerika Syarikat mereka akan lebih pandai jika mereka belajar di Malaysia.
16. Kerana mereka berdua ini nampaknya suka bercakap maka jelaslah pada saya yang berubah pada mereka hanyalah pakaian mereka tetapi fi'il dan sikap Melayu yang suka memperkecil-kecilkan bangsa dan negara sendiri tidak berubah.
17. Sedangkan pemuda Jepun dan Jerman, yang ramai saya kenali waktu saya belajar di Jerman dahulu, akan berasa marah jika kita mengkiritik bangsa dan negara mereka, walau pun banyak kelemahan di negara mereka sendiri.
18. Bila mereka belajar di negara asing, pakaian mereka tidak berubah tetapi yang berubah ialah bertambahnya ilmu dalam diri mereka yang dapat mereka gunakan untuk kepentingan bangsa.
19. Saya tulis begini walau pun saya sedar banyak juga anak bangsa kita yang tidak begitu.
Salam Tan Sri,
ReplyDeleteSalah satu kelemahan org Islam terutama sekali org Melayu ni, ialah besar kepala. Bila belajar agama, dia berasa diri lebih Islam drpd semua org. Bila belajar bidang lain dia berasa lebih pandai drpd org lain. Inilah yg dikatakan riak, langsung hilang sikap yg dituntut dlm Islam tu supaya bersikap tawaduk. Cth yg paling mudah, terdapat pada Nik Aziz, yg sekarang ni sudah berani mengambil alih kerja Tuhan - menghukum org sesuka hati. Bila dh riak hilang sikap jujurnya - setiap perkara dinilai berdasarkan suara hati, bukannya berdasarkan ketajaman akal atau atas dasar kebenaran. Teringat kata - kata kwn saya, ketika kita mendongak kelangit, pada masa yg sama kita tak lupa utk masih merenung rumput dibumi. Kata tersebut benar - benar mempunyai maksud yg sgt mendlm, malangnya ramai yg tak sedar atau buat - buat tak sedar. Bila kita belajar sains, kita belajar batas & had pengetahuan kita sbg hambaNya, belajar tentang kuasaNya yg mencipta sesuatu yg dipanggil sbg nature, sepatutnya kita perlu lebih tunduk kpdNya, malangnya sebaliknya yg berlaku, krn apa? Krn kita riak, terlupa bahawa Dia lebih berkuasa, pengetahuanNya tak terbatas berbanding kita yg serba terbatas ni. Sepatutnya para ulamak atau saintis tu perlu lebih tawaduk dan tunduk kpdNya krn mrk belajar zatNya.
Satu lagi kelemahan 'pembesar Melayu' tidak boleh ditegur. Sombong bongkak. Entah apa sebab pegawai MAS ditampar satu ketika dulu. Entah berapa dibayar, pegawai MAS tersebut menarik lapuran polisnya.
ReplyDeleteSalam. sebenarnya siapa yang patut dipersalahkan dlm hal ini?kita pon sama mengambil alih kerja Tuhan...yang duk hentam Nik Aziz..Cuba kita renong cikit...apa sebab Alquran diturunkan kamudian Nabi, lepas tu para sahabat dan alim ulamak...???untuk apa !!!kalau semua kita anggap tak betul..kita nak ikut sapa lagi Yahudi,Nasrani???umpamanya "Mana mungkin seorang tukang kasut nak jadi pomen kerata..."terlajak perahu boleh diundur ..terlajak kata Allah saja yang tahu...Bukan kah kita semua akan dipanggil ..bila sampai masanya nanti dan apa akan kita diperjawabkan bila disoal nanti dihadapan Allah...ILMU ITU UNTUK DISEBARKAN DAN BUKANNYA UNTUK DISIMPAN DLM LACI...
ReplyDelete