Thursday, June 2, 2011

ISLAM - SIKAP UMMATNYA

PENDEDAHAN PENGALAMAN MUFTI AGONG BOSNIA WAKTU DI MALAYSIA

Dr. Mustafa Ceric ialah Mufti Agong Bosnia (Grand Mufti of Bosnia) sejak tahun 1993. Beliau juga menjadi wakil Bosnia di Malaysia sejak 13 Mei, 1992.

Dilahirkan di Visoko, Bosnia-Herzegovina pada tahun 1952 beliau berkelulusan dari Madrasah di Sarajevo dan kemudiannya lulus sebagai Sarjana dalam bidang bahasa dan sastera Arab di Universiti Al Azhar di Cairo.

Pada tahun 1987 beliau menerima ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Chicago, di mana beliau menuntut di bawah Professor Fazlur Rahman.

Beliau pernah menjadi Professor dalam Kulliyyah Sains Islam di Bosnia, dan berkhidmat sebagai Professor di ISTAC, IIUM dan mengajar di Kolej Islam Amerika di Chicago.

Inilah satu dari pengalamannya waktu mula sampai ke Malaysia:

1. Di waktu saya menjadi Presiden UIA dulu saya pernah ditemui oleh Dr. Mustafa Ceric, Mufti Agong  merangkap wakil khas Presiden Bosnia Encik Alija Izetbegovic, di Malaysia.

2. Beliau kemana-mana dengan jubah putihnya dan berserban merah sebagai tanda kelulusan Al Azhar.

3. Dalam lawatannya ke Malaysia untuk menghadiri satu seminar beliau telah menginap di Mandarin Hotel, Kuala Lumpur.

4. Dr. Mustafa bercerita kepada saya satu pengalaman yang beliau lalui di waktu beliau menaiki sebuah teksi di depan Menara KLCC. Sebaik beliau menjawab salam pemandu teksi itu, yang bernama Ali, beliau telah masuk dan duduk di samping pemandu. Lantas beliau ternampak sepotong ayat Al Qur'an yang tercetak atas plastik yang dilekatkan di cermin keretanya.

5. Dr. Mustafa telah membaca ayat itu dan bertanya pada Ali samada dia mengerti maksud ayat itu. Dalam bahasa Inggerisnya yang agak terbatas si pemandu telah menyatakan bahawa ayat itu menyeru Ummat Islam supaya berjihad.

6. Terus pemandu Ali bertanya pada Dr. Mustafa dari mana datangnya. Apabila saja Tuan Sheikh memberitahu beliau dari Bosnia maka Ali terus menyatakan betapa kesal beliau tidak dapat pergi ke Bosnia di waktu peperangan belum selesai.

7. Katanya, ' I want to go to Bosnia and fight the Jihad war, but the government did not help me to go?'

8. Dr. Mustafa menjawab betapa Ali bernasib baik kerana tidak mengambil risiko pergi ke Bosnia di masa berperang.

9. Pemandu Ali kelihatan kesal, kata Dr. Mustafa, dan bertanya sebabnya Sheikh Mufti Bosnia berkata demikian.

10. Dr. Mustafa menjawab, ' you would have died.'

11. Sheikh Dr. Mustafa Mufti Agong Bosnia jadi terkejut bila Ali menjelaskan, ' I want to die, I want to go to Jannah as a Syuhada.'

12. Si Ali menambah lagi, ' I also want to go to Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan.'

13. 'You would like to die in one of those countries?' tanya Mufti Agong Bosnia.

14. 'Yes' jawab si pemandu.

15. 'If you go there please do not tell them that you want to die,' nasihat Dr. Mustafa Ceric.

16. 'Why not? I want to tell them.' Kata si Ali.

17. Sheikh Mufti Agong Bosnia termenung sekejap dan sebelum keluar dari teksi, setelah sampai ke destinasinya yang tidak begitu jauh, beliau berkata kepada pemandu, ' it is good that you do not go to all these places because your message to them would be wrong. The people of Bosnia, Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan do not fight because they would like to die .. ..  but they are fighting because they want to live a better life in their own country. If all of them would like to die, like you Brother, then you are making it very easy for the enemies of Islam. Assalaamu'alaikaum.'

18. Sheikh Dr. Mustafa Ceric Mufti Agong Bosnia menyatakan kepada saya rasa sedihnya kerana sikap Ummat Islam yang salah terhadap konsep 'JIHAD'. 

3 comments:

  1. salam,

    beberapa ketika menjadi silent reader blog ini, baru kini terasa ingin menitipkan sepatah 2 kata. betapa banyak salah faham tentang agama di Malaysia ini sehingga menyebabkan kemunduran minda berlaku di kalangan umat Islam. Contoh yang dipaparkan ini merupakan salah satu daripadanya.

    ReplyDelete
  2. Antara filem paling saya minat adalah 'Ahmad Albab', lakonan dan arahan P Ramlee.
    Kerana, saya melihat P Ramlee dapat membaca orang melayu terlalu mengagongkan ARAB, walaupun keARABan itu lebih menjadi2 bukan pada zamannya. Lagi diperli-tegur lagi dibuatnya.
    Orang melayu terlalu taksub dan terkongkong dengan tahyol mahyol hantu bagai...
    Orang melayu tak dapat membezakan arab dan islam.

    ReplyDelete
  3. sAYA INGAT sANUSI TU BAGUS SANGAT TAPI TAKLAH HEBAT SANGAT ruoanya

    ReplyDelete