PERTEMUAN DENGAN BAPAK PROF. DR. HERMAWAN SULISTYO DI RESTORAN HOTEL INTER-CONTINENTAL JAKARTA PADA 10 JULAI, 2011
1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai demonstrasi 'Bersih'.
2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.
3. Ianya ditertawa orang.
3. Ianya ditertawa orang.
4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.
5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.
6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.
7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.
8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'
9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.
10. Jawabnya dalam bentuk pertanyaan, 'Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara?' Katanya, 'Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.'
11. Saya jawab, 'Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.'
12. 'Dakwaan seksual?' tanya Professor Riset.
13. 'Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti'.
14. Saya terus menyambung, 'Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.'
15. Profesor Riset: 'Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?'
16. 'Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.'
17. 'Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?'
18. 'Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya.'
19. Saya terus menyambung, 'keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri..'
20. 'Apa Pak Anwar juga menagih simpati?'
21. 'Kira-kira begitu,' jawab saya.
22. 'Kenapa?'
23. 'Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku.'
24. 'Kalau kes liwat itu sudah kali kedua ......'
25. 'Kes pertama bagaimana?' Tanya Professor Riset.
26. 'Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...'
27. 'Kok bisa begitu?' Profesor kelihatan hairan.
28. 'Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku' saya menjelaskan.
29. 'Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?'
30. 'Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.'
31. 'Kok bisa begitu?' Professor Riset menggilingkan kepalanya.
32. Saya menambah, 'Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.'
33. 'Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?'
34. 'Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia.Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi se orang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.'
35. 'Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?'
36. 'Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkaan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.
37. 'Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.'
38. 'Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.'
39. Saya menyambung, 'Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia menyeleweng.'
40. 'Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya'
41. 'Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?'
42. 'Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut di hormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.'
43. Profesor Riset meminta penjelasan, 'Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?'
44. 'Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya.'
45. Saya sambung, 'Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.'
46. Professsor Riset bertanya lagi, 'Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?'
47. Saya menjelaskan, 'Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.'
48. Saya katakan, 'Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik'
49. 'Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, ethnik dan ugama di Indonesia. Jika TKI yang berugama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.'
50. 'Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar? tanya Profesor Riset.
51. Jawapan saya, 'Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.'
52. 'Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Mahathir, tidak menjadi kawan Mahathir.'
53. Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan, 'Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.'
54. 'Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.' Kami bersalaman.
55. Saya tambah, 'Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.'
56. 'Sebabnya ...?'
57. Saya menjawab, 'Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.'
59. 'Terima kasih. Selamat hari jadi.'
60. Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah, 'Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.'
61. 'Menarik. Assalaamu'alaikum.'
62. 'Wa'alaikumussalam.'
'Idea yang cukup baik.'

salam tan sri,
ReplyDeleteanwar ibrahim adalah seorang opportunist dan hipokrit besar, berbanding dengan tan sri sendiri. malah tan sri lebih mengenali anwar sejak di mckk lagi. selain tun mahathir, tan sri dan rakan-rakan lain dalam umno ketika itu seharusnya juga perlu bertanggungjawab kerana menaikkan anwar sehingga memenangi jawatan ketua pemuda umno yang direbutnya dari suhaimi kamaruddin pada tahun 1982 dahulu.bermula dari situ, anwar tidak menoleh ke belakang lagi (bab main belakang, saya tidak pasti)sehingga berupaya menjadi tpm dengan menang tanpa bertanding sebagai timbalan presiden umno pada tahun 1993. bagaimanapun, perkara itu semua telah menjadi sejarah dan kita seharusnya belajar dari sejarah.
maaf, tulisan tan sri kali ini tidak complete.
fuck you...you are not dead yet? mampus lah cepat.fuck you old man
ReplyDeleteHampa semua buta mata dan buta hati. Tak kan Tv m'sia nak tunjuk kesemua gerombolan bersih kut. Malu lah Najib dan UMNO. Sebenaqnya hampa bukan tak tahu tapi buat2 tak tau jeee...
ReplyDeletebagus juga bila kita tahu pandangan orang luar tentang isu dalaman Malaysia. terima kasih kerana berkongsi.
ReplyDeleteSerba tak kena;lari daripada polispun tak boleh.ditertawakan.Lawan polis lagi entah apa pulak komen dan kata nista tan sri kepada para demonstran.Sudah-sudahlah tan sri mengata dan memburukkan manusia lain.Kubur dah kata mari dan rumahpun dah kata pergi.Ingatlah Allah banyak-banyak agar kehidupan akhirat kita nanti selamat.Umurpun dah umur subsidi,ingat! umur Rasullullah SAW 63 saja.
ReplyDeleteyg perlu kita tahu, anwar bukan Muslim yg baik krn mempermainkan segala kepercayaan yg orang berikan. janji PM16sept nya tak pernah & tak akan tertunai krn memang dia berbohong! janjinya kpd penduduk kg buah pala juga tidak ditepati. janjinya kpd pengundinya di permatang pauh belum dipenuhi! mrk masih menenti...
ReplyDeleteanon 5:47 PM,
indahnya bahasa manusia yg dilahirkan melayu Islam ni!! ingat! lidah kamu yg akan berkata2 di hadapan Allah SWT nanti!!
Assalaamualaikum Tan Sri,
ReplyDeletePada mulanya saya musykil juga siapa yang sebenarnya BERSIH. Dengan pelbagai rakaman sokongan dibuat dalam youtube membuatkan diri ini ingin mingikuti demonstrasi.
Tiba2 saya dapat tahu bahawa ada teman-teman yang telah diberi RM200 dari pihak BERSIH 2.0 dan pelbagai merchandise lain termasuk tshirt kuning bersih untuk menghadiri tunjuk perasaan tersebut. Terus saya tak jadi sokong.
Saya menyokong prinsip bersih tetapi ternyata malangnya niat disebalik prinsip bersih adalah TIDAK BERSIH sama sekali.
kampung kelawar
ReplyDeleteanwar pun dh lbh 60. relek je bro g bdemo..
pth leher sarung pendakap..
kah..kah..kah..
pabila manusia taksub kepada pemimpin maksum memberi komen
lbh bnyk bodoh dr ilmu
Anonymous July 19, 2011 5:47 PM:
ReplyDeleteOrang yang kurang budi bahasa sepertimu memang susah untuk akur pada fakta .. semoga Allah membuka hatimu untuk meminta maaf kepada Tan Sri sebelum terlambat.
Kampung kelawar,
ReplyDeleteTang mana pula Tan Sri tertawa, memberi komen dan kata nista tentang pendemonstrasi? Cuba buka sikit hati, buang busuk hati tu dan baca betui2. Yang tertawa dan memberi komen adalah Profesor Riset. Tan Sri hanya menguraikan fakta2 yang telah pun kita semua ketahui melalui surat khabar.
Jangan sampai kamu memfitnah..bak katamu sendiri "Ingatlah Allah banyak-banyak agar kehidupan akhirat kita nanti selamat"
To Anonymous 19 July,
ReplyDeleteOrang zaman sekarang ni sudah tak tahu nak beradab bila bercakap. Kalau tidak bersependapat, luahkan la dengan adab yang betul. Sungguh-sungguh saudara memaki hamun ayah saya, kononnya mempertahankan kempen Anwar Ibrahim. Hero saudara yang saudara sanjung tu, bila berjumpa dengan ayah saya pun, masih tunduk rasa hormat, kerana kalau bukan kerana ayah saya, tak mungkin dia menjadi orang ternama. Ayah saya la yang membawa dia masuk ke dalam medan politik dan melatih dia sehingga menjadi seorang orator yang baik sehinggakan dia mendapat perhatian dan sokongan daripada orang-orang seperti saudara ini. Jika sekiranya ajal ayah saya sampai, jangan sampaikan saudara yang memaki hamun ayah saya berasa bodoh bila melihat Anwar Ibrahim sendiri yang akan datang menziarah jenazah ayah saya. Jangan ingat bila di dalam usia muda tu umur masih panjang. Silap-silap saudara yang pergi dulu, tak sempat pulak nak meminta maaf.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman tuan. Sudilah kiranya Tan Sri dapat menulis dengan lebih kerap agar dapat dibaca dan difahami oleh generasi-generasi baru mcm saya. Semoga Tan Sri sentiasa sihat dan ceria selalu. Amin :)
ReplyDeletea corrupt coming from a corrupted regime will surely defended who/what he had gained from...then...now and in future...for the sake of $$$..May Allah show you and your family the truth...before it's too late..
ReplyDeleteAssalamualikum,
ReplyDeleteMengupat adalah dosa besar.Taubatlah.
Bagus cara penyampaian. Isi tajam. cara seorang ahli politik yang berpengalaman.
ReplyDeleteDari bacaan saya, Tan Sri adalah seorang ahli politik yang suka buat kerja, tidak suka berebut jawatan. salah satu sebab Anwar telah berjaya jadi timbalan presiden.
ReplyDeleteTajuk Buku - Barisan Nasional - Menuju Ke Arah Kemenangan Pilihanraya Umum ke 13
ReplyDeletePenulis : Dr Nik Yahya Abdul Rahman
Pencetak : Laris Resources Sdn Bhd
Penerbit : Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com
ISBN : 978-967-69-0786-8
Buku ini adalah sebuah prediksi berasaskan fakta dan kemelut politik semasa terhadap keputusan pilihanraya ke 13 dimana, semua sebab-sebab kenapa BN pasti menang pilihanraya ke 13 ini dikupas bagi tujuan memberi peluang kepada pengundi-pengundi menggunakan buku ini sebagai rujukan bagaimana membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya ke 13 kelak. Buku komprehensif ini mencakupi pelbagai pandangan serta memuatkan jawapan-jawapan kepada semua isu-isu dalaman dan luaran yang dibawa oleh pihak pembangkang yang pasti memberi impak besar kepada para pengundi muda khususnya dan masyarakat umum , amnya. Pendekatan berdasarkan kaedah Factor Rating digunapakai di dalam membuat analisa terhadap semua parti-parti politik utama di Malaysia. Empat piawai digunapakai di dalam menganalisa setiap parti politik iaitu ;
Konsisten
Pembangunan Berterusan
Kesejahteraan
Pembetulan Dalaman
Ke-empat-empat kriteria ini juga sudah mencukupi bagi memberi satu jawapan yang terperinci tentang apakah sumbangan sesebuah parti politik di Malaysia di dalam menjaga hak-hak serta kepentingan-kepentingan rakyat berbilang kaum, bangsa dan suku etnik di Malaysia ?
Penerangan tentang Dasar-Dasar Kerajaan Barisan Nasional daripada tahun 1957 sehingga 2011 juga dimuatkan agar menjadi bukti tentang kesungguhan serta iltizam Kerajaan Barisan Nasional merangka rancangan-rancangan jangka pendek serta jangka panjang dan statistik kesan-kesan perancangan tersebut kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia.
Kaedah SWOT Analysis telah digunakan di tempat-tempat yang bersesuaian membincangkan tentang Strength (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan), Oppurtunity (Peluang) dan Threat (Ancaman) dan diterangkan dengan diselit dengan fakta-fakta yang jelas serta rapi. Buku ini boleh dijadikan “Hand-Book” bagi petugas – petugas jentera-jentera pilihanraya bagi menghadapi rakyat yang memerlukan penjelasan yang mudah tetapi tepat berkenaan dengan apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menunaikan tanggung-jawab di dalam latihan demokrasi di pusat-pusat pengundian.
Satu ciri buku ini adalah selain daripada fakta-fakta yang dikemukakan, Debat Rakyat adalah bahagian dimana contoh-contoh senario berlatarbelakangkan kemelut politik semasa dikarang dalam bentuk skrip dimana terdapat perbincangan serta debat-debat antara penyokong-penyokong kerajaan dengan penyokong-penyokong pembangkang ditulis dengan gaya bersahaja agar diambil pelajaran dan pengajaran daripada Debat Rakyat ini.
Buku ini merupakan jawapan kepada semua hujah-hujah yang dikeluarkan oleh puak pembangkang yang sudah kehabisan modal serta dilanda pelbagai isu yang bakal memecahkan kesatuan serta kredibiliti Pakatan Rakyat.
Pemintaan dijangka melebihi pengeluaran - Sure 100% Best Seller.....
Dapatkan naskah anda di ;
Thinkers Library Sdn Bhd
No. 123 Jalan Jasa Tiga Taman Jasa Sungai Tua
Batu Caves, Selangor 68100
Malaysia
tel: +60 603-61897570
fax: +60 603-61878525
e-mail - thinkers_library@yahoo.com
Sila hubungi Brother Isa di - 0192205015
atau Haji Latif di - 0166856285
Nota : Buku ini dijangka keluar sebelum Hari Raya Aidilfitri, insya Allah.
setuju dengan kata tan sri bahawa orang melayu lebih utamakan kulit dari isi. asalkan ada janggut itu adalah orang baik walau pun buat kerja tidak baik kerana orang tak nampak. asalkan title tok guru itu adalah pemimpin walau pun khidmat kepada rakyat tidak kemana selepas lama memerintah. senang sangat tertipu. tanah air dan agama tergadai oleh puak ini.
ReplyDeleteAmanda
ReplyDeleteSyabas. Orang UMNO semua tahu Tan Sri yang mengenalkan Anwar dalam politik UMNO.
Siapalah Anwar ketika tu. Cuma Ketua Abim yang pakai capal dan kurta.
Kita orang Melayu dan Islam kena tahu menghormati dan mengenang jasa orang lain.
Jangan pedulikan penjilat Anwar dalam blog ni.
Mereka boleh mengutuk UMNO dalam blog orang UMNO. Tapi cuba kita pergi mengutuk Anwar atau PKR dalam blog penyokong mereka, dah tentu kena delete.
Syabas Tan Sri kerana mengatakan apa yang benar.
Saya doakan Tan Sri sihat dan dipanjangkan umur. Amin.
tsn sri tidak bercakap benar...ertinya telah berbohong..bercakap benarlah walaupun pahit..tan sri bercakap dari hati yang tidak bersih tentang BERSIH..
ReplyDeleteKebanyakan daripada kita tidak pernah peduli atau paling tidak pun tidak berapa peduli kepada tangan kita, sehinggalah tangan kita kena kena potong, sama ada terkena penyakit atau kerana kemalangan.
ReplyDeleteTanyalah kepada anak anak yang kehilangan jari terkena mercun, tanyalah kepada penjual air tebu akibat tersepit mesin tebu. Mereka menyesal, tapi kalau sahaja mereka lebih berhati hati pasti kemalangan itu tidfak akan berlaku
Begitulah halnya dalam berpolitik di Malaysia, janganlah kerana kita terlalu terpengaruh dengan hasutan, sehingga kita terlupa akan kesan dan akibat daripada perbuatan tidak bertanggung jawab kita sendiri.
UMNO tidak perfect, tetapi setidak tidaknya UMNO berusaha memperbaiki kualiti hidup rakyat dalam banyak aspek.
Kita harus menilai prinsip dan hala tuju perjuangan parti, bukan individu semata mata, kerana selagi manusia itu masih manusia, kronisma, korupsi, salah laku moral tidak akan terlepas daripada membelenggu diri mereka, kerana perbuatan itu semua tidak memilih parti, ideologi mahupun agama.
Syabas Tan Sri kerana masih mampu berbicara sebisa dahulu ....
Terima kasih Tan Sri. Syabas
ReplyDeletehairan betul puak penyokong pembangkang yang komen dalam blog ini. hampir kesemua bercakap kasar. agaknya bukan sahaja pemimpin pakatan malah penyokonnya juga agak biadap. Berakhlaklah wahai seumatku ISLAM
ReplyDeleteAssalam Tan Sri,
ReplyDeleteBerani kerana benar, takut kerana salah. Biarkanlah si luncai dengan labu labunya. Jgn ambil hati dengan kata kata kesat penyokong2 DSAI tu. Mereka tu buta mata hati dan terlalu fanatik. Mereka mereka ni tak buat jasa apa apa pun kepada negara kita ni. Tau complain saja. Tau maki hamun saja. Mereka ingat bila mati nanti Allah swt tak kan soal mereka kot.. Bahasa menunjukkan bangsa. Sungguh memalukan mereka mereka ni.
saekor lagi blogger yang menulis kununnya pandai dan tahu segala-gala hal-ehwal dalam kain orang lain.
ReplyDeleteanwar baik atau celaka, itu cerita lain. ini kes orang biasa nak 'acting' jadi tuhan, tahu serba-serbi, sedangkan mata pun rabun kena pakai spek.
himpunlah amalan sebegini banyak-banyak, moga-moga berguna dialam kubur nanti, amin.
dahsyat...dahsyat sungguh negative komen yang ada di dalam blog ni, saya yang baca pun rasa seram.... Tapi rasanya ahli politik dah biasa dah dengar dan baca makian2. Saya doakan Tan Sri sihat selalu, tetap terus menulis. Saya tunggu Bibliography Tan Sri, tentunya akan sangat menarik membaca pengalaman hidup tan sri, seperti halnya bibliography Tun Mahathir...
ReplyDelete