AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE 2
1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.
1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.
2. Saya telah bertanya kepada menantu saya yang berada di situ pada waktu itu atas sebab-sebabnya, yang dia pelajari, Amerika Syarikat bertindak mengebom dua buah kota di Jepun ini.
3. Jawabnya ialah kerana dua buah kota ini ialah kota industri yang terbesar di Jepun yang semestinya menjadi tempat pengeluaran kapal-terbang atau pesawat dan keperluan perang angkatan bersenjata Jepun.
4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.
4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.
5. Tetapi, apakah sebab yang diajar dalam semua sekolah di dunia ini merupakan sebab yang sebenar?
6. Lee Iacocca dalam salah sebuah bukunya telah menceritakan bagaimana, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, General Dwight Eisenhower dengan isterinya telah berbulan madu di Jepun dan bersama dengan Hirota Koki, Perdana Menteri Jepun di waktu itu, telah melawat kota Kyoto.
7. Keindahan kota Kyoto begitu mempersonakan Eisenhower dan isterinya sehingga apabila perang tercetus antara Amerika Syarikat dan Jepun General Eisenhower telah mengarahkan supaya angkatan udara Amerika Syarikat mencari tempat industri perang berada di Jepun untuk dibomkan. Seterusnya Eisenhower juga mengarahkan supaya Angkatan Udara Amerika mengebom mana saja tempat yang patut dibom asalkan mereka tidak mengebom kota Kyoto, iaitu kota di mana beliau dan isterinya telah pergi untuk berbulan madu.
8. Apabila perang tamat, setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, General Eisenhower dan isterinya telah melawat Jepun sekali lagi. Bersama dengan Hirota Koki mereka telah melawat kota Kyoto.
9. Eisenhower gembira kerana tidak ada kesan perang di kota Kyoto.
10. Eisenhower bertanya kepada Hirota Koki samada terdapat apa-apa pembangunan atau perubahan di sekitar kota Kyoto sejak peperangan berlaku.
11. Hirota Koki memberitahu bahawa di Kyotolah mereka telah membina industri untuk mengeluarkan keperluan angkatan bersenjata Jepun seperti bom, roket dan kapal-terbang atau pesawat perang.
12. Eisenhower lantas bertanya kenapa industri itu dibina di Kyoto.
13. Hirota Koki menjawab kerana Eisenhower telah mengarahkan supaya kota Kyoto tidak dibom oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat.
14. Ini bererti bahawa 'bulan madu' Eisenhowerlah yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Jepun mati atau cedera, dan harta mereka musnah, di Hiroshima dan Nagasaki sedangkan tanpa arahan Eisenhower supaya tidak mengebom Kyoto sudah tentu risikan Amerika Syarikat akan menemui tempat industri perang Jepun dan tempat yang dibom berdekatan dengan Kyoto yang penduduk sekitar industri perang tidak begitu ramai.
15. Jelaslah akibat dari keputusan Eisenhower, untuk tidak mengebom Kyoto, begitu besar sedangkan alasannya hanyalah kecil, iaitu gara-gara beliau berbulan madu di Kyoto.
LEAGUE OF NATIONS MENGUTUK JEPUN KERANA MENYERANG MANCHURIA
16. Satu kisah lagi melibatkan Thailand.
17. Di waktu Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Pandang Ke Timor saya dan beberapa orang kawan termasuk Allahyarham Tun Ghazali Shafie telah berbincang-bincang sambil minum kopi.
18. Tiba-tiba Tun Ghazali Shafie menyatakan 'Buat apa kita berkawan dengan Jepun dan belajar dari mereka dengan dasar Pandang Ke Timur? Mereka tidak berperikemanusiaan. Lihat saja dalam perang dulu mereka boleh berunding dengan Thailand, dan tidak dengan kita, untuk melalui negara itu, tanpa merosakkan harta-benda atau membunuh seorang pun rakyat Thailand kerana mereka sedang menuju ke Singapura untuk menyerang pengkalan tentera British di Singapura. Mereka juga boleh mengelak dari merosak atau membunuh rakyat Malaya.'
19. Sementara Tun Ghazali Shafie memandang Jepun sebagai tidak berperikemanusiaan saya pula pernah mendengar orang Kedah mengatakan orang Thailand perut hijau; mungkin atas sebab yang sama. Pihak Thailand telah berunding dengan British supaya negaranya selamat dan tidak dicerobohi oleh Jepun dalam perjalanan ke pengkalan tentera British di Singapura.
20. Tetapi saya pernah terbaca dalam sebuah buku lagi mengenai sikap Duta Thailand yang berkecuali dalam pengundian di League of Nations di Den Haag ( The Hague ), Belanda waktu cadangan dibuat untuk mengutuk Jepun kerana telah menyerang Manchuria.
21. Sebelum pengundian untuk mengutuk Jepun dibuat duta Thailand di League of Nations telah cuba menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap negaranya.
22. Oleh kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand telah rosak, pada waktu itu, maka duta Thailand telah gagal menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap Thailand dalam pengundian untuk mengutuk Jepun kerana menyerang Manchuria.
23. Waktu mengundi duta Thailand telah berkecuali sehingga hasil pengundiannya ialah 51-1 atau 52-1 (angkanya saya kurang pasti) bersetuju mengutuk Jepun.
24. Sikap Thailand yang berkecuali inilah memungkinkan Thailand berunding dengan Jepun supaya tidak merosakkan negaranya dalam perjalanan tentera Jepun, melalui Thailand, menuju Malaya untuk ke Singapura di mana terletaknya pengkalan tentera British.
25. Di sini kita dapat melihat betapa kerosakan 'wireless set' di kedutaan Thailand di Den Haag telah menyelamatkan negara Thailand dari dimusnahkan dan rakyat Thailand dibunuh oleh Jepun.
26. Jika 'wireless set' tidak rosak sudah pasti kerajaan Thailand akan mengarahkan dutanya supaya mengundi bersama dengan anggota League of Nations yang lain untuk menyokong usul mengutuk Jepun; dan akibatnya akan dideritai oleh Thailand.
27. Ini adalah satu lagi contoh yang hampir dengan 'Eisenhower berbulan madu' yang menyelamatkan kota Kyoto.
28. Thailand telah selamat kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand rosak.
29. Satu contoh di mana perkara kecil tetapi besar akibatnya.
HARTA MAYC DI JALAN KE WATERFALL GARDEN PULAU PINANG
30. Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar beberapa desakan supaya Dr. Koh Tsu Koon meletak jawatannya dalam kabinet. Saya juga terbaca bagaimana Presiden Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping, mengutuk Dr. Koh dan menyokong Lim Guan Eng dalam satu wawancara dalam akhbar The Star. Tan Sri Tan Kok Ping, dan ahli-ahli Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, dulunya menyokong Barisan Nasional.
31. Saya, sebagai Presiden MAYC di waktu itu, di satu masa dulu, ada satu pengalaman dengan Dr. Koh Soo Koon.
32. Pada waktu Tunku Abdullah menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Mahathir menjadi Naib-Presidennya mereka telah memperolehi sebidang tanah untuk tapak hostel MAYC di Waterfall Garden, Penang. Walau pun hostel tidak dibina tetapi rumah yang ada di tapak tanah itu telah diguna untuk kegiatan MAYC Pulau Pinang.
33. Walau pun tidak ada bangunan mencakar langit atas tanah ini tetapi ia merupakan simbol kebanggaan atas kewujudan MAYC di Pulau Mutiara itu.
34. Di waktu saya menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang 'lease' atau tempoh penggunaan tanah ini telah tamat dan kami telah meminta supaya 'lease' ini diperpanjangkan.
35. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula mencadangkan untuk membina 'skating rink' di tempat yang sama.
35. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula mencadangkan untuk membina 'skating rink' di tempat yang sama.
36. Dalam pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Chong Eu beliau telah berjanji untuk memberi tanah ganti berdekatan dengan jembatan Pulau Pinang. Pada waktu itu Dr. Koh Tsu Koon adalah setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu. Beliau turut hadir dalam pertemuan itu. Kelihatan pada saya watak Dr. Koh agak menarik dan mungkin lebih senang saya berunding dengannya, atau melaluinya, untuk mendapatkan perpanjangan 'lease' tanah di Jalan Waterfall Gargen, selepas to'kong Hindu yang ada di sekitar kawasan itu
37. Satelah beberapa lama berlalu 'lease' tanah di Waterfall Garden telah tidak diperpanjangkan juga sementara tanah ganti dekat jambatan Pulau Pinang juga tidak diperolehi.
38. Apabila Dr. Koh Tsu Koon mengganti Tun Dr. Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang MAYC, khususnya bahagian negeri Pulau Pinang, begitu gembira kerana merasakan perpanjangan 'lease' atau penggantian tanah akan berjaya memandang kepada watak Dr. Koh Tsu Koon yang kelihatan begitu simpati terhadap permintaan MAYC.
38. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sikap Dr. Koh apabila berkuasa adalah berbeza dengan sikapnya sebagai setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu.
39. Beberapa minggu setelah Dr. Koh Tsu Kun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ibu pejabat MAYC menerima surat rasmi dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan permohonan kami untuk memperpanjang 'lease' telah tidak berjaya tanpa menyebut sepatah pun tawaran tanah ganti di jambatan Pulau Pinang.
40. Sekitar lebih 18,000 ahli MAYC Pulau Pinang begitu marah kepada Dr. Koh Tsu Kun dan ratusan ribu ahli MAYC di seluruh negara berasa kecewa.
41. Sikap Dr. Koh jelas 'deceptive'. Manis di mulutnya tidak dapat diharapkan.
42. Beberapa waktu setelah menerima surat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, seorang dari wakil rakyat telah meninggal dunia.
43. Dalam pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian itu ahli-ahli MAYC Pulau Pinang tanpa mengira parti dan kaum, telah bekerja kuat untuk memenangkan calon DAP.
43. Dalam pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian itu ahli-ahli MAYC Pulau Pinang tanpa mengira parti dan kaum, telah bekerja kuat untuk memenangkan calon DAP.
44. Sebahagian yang cukup besar ahli-ahli MAYC Pulau Pinang terdiri dari kaum bukan Melayu. Oleh itu jika Dr. Koh Tsu Koon mengharapkan ahli-ahli MAYC Pulau Pinang dari kalangan Melayu akan lupa pada dosanya kepada mereka, kerana Melayu mudah lupa, ahli-ahli MAYC dari keturunan India dan China sukar melupakannya.
45. Tanah di Waterfall Garden masih terbiar hingga hari ini dan Dr. Koh Tsu Koon dikatakan adalah punca kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Saya yakin dakwaan ini banyak benarnya. Ahli-ahli MAYC tidak faham kenapa 'lease' tanah ini tidak dapat diperpanjangkan sedangkan tanah ini terbiar begitu sahaja dan tidak dipakai sebagaimana yang maklumkan.
46. Apakah orang lain, atau badan-badan lain, juga telah kecewa dengan Dr. Koh, sebagaimana MAYC. Inilah satu contoh di mana mula-mula Barisan Nasional menghadapi masalah kecil, dengan kekalahan hanya satu kerusi, kemudiannya, kerana tidak ada analisa yang tepat dan tindakan yang tegas oleh pucuk pimpinan, masalah Barisan Nasional menjadi besar, dengan kehilangan kerajaan negeri.
47. Jika jumlah ahli MAYC di seluruh negara, yang muda dan yang veteran, adalah sekitar 500,000 orang, dan jika 100,000 dari jumlah ini telah meninggal dunia sekali pun, ada sekitar 400,000 yang pasti tidak gembira apabila melihat tokoh yang mengecewakan mereka berlagak pandai di kaca TV.
MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DI KAWASAN KUBU PAS - JERLUN
47. Jika jumlah ahli MAYC di seluruh negara, yang muda dan yang veteran, adalah sekitar 500,000 orang, dan jika 100,000 dari jumlah ini telah meninggal dunia sekali pun, ada sekitar 400,000 yang pasti tidak gembira apabila melihat tokoh yang mengecewakan mereka berlagak pandai di kaca TV.
MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DI KAWASAN KUBU PAS - JERLUN
48. Watak seperti Dr. Koh Tsu Koon juga ada di Jerlun, Kedah.
49. Beliau terkenal dengan nama gelaran Pak Mat Kudong.
50. Pak Mat Kudong tinggal di salah sebuah Pida ( feeder atau taliair yang ada dalam kawasan MADA di Kedah) di Jerlun dalam sebuah kawasan pilihanraya Jerlun yang mempunyai pengaruh PAS yang paling kuat di Kedah. Itulah sebabnya Ketua PAS Kedah, Dato' Abu Bakar Umar, bertanding berkali-kali dalam kawasan Jerlun.
51. Sabagaimana yang selalu saya katakan bahawa PAS, dahulunya, wujud dalam kawasan yang banyak pondok, dan pondok pula wujud dalam kawasan penanaman padi kerana penanam padi terkenal dengan amalan membayar zakat kepada alim ulama di pondok-pondok. Saya namakan hipotesis ini sebagai 3P iaitu Padi, Pondok dan Pas. Wang zakat inilah yang membiayai kegiatan pondok. Kecuali di Kemaman, Terengganu, yang tiada paDI, tetapi ada HaDI, didapati pondok maju di kawasan penanaman padi.
52. Dengan kehadiran saya sebagai wakil rakyat untuk Jerlun-Langkawi pengaruh Barisan Nasional di Jerlun bertambah bersemarak tetapi Barisan Nasional tetap kalah di Jerlun dan kemenangan saya untuk kawasan Parlimen sangat bergantung kepada undi dari Langkawi. Walau bagaimana pun kemenangan PAS, walau pun yang bertanding itu ialah Pengerusi Perhubungan PAS, Dato' Abu Bakar Omar, adalah dengan undi yang tidak begitu banyak.
53. Selaku Ahli Parlimen kawasan Jerlun-Langkawi saya berazam untuk Barisan Nasional menawan Jerlun pada pilihanraya berikutnya. Oleh itu satu kajian yang teliti telah saya buat dan saya dapati satu keanehan di kawasan UMNO pimpinan Pak Mat Kudong.
54. Di situ jumlah ahli-ahli UMNO cukup ramai dan Pak Mat Kudong sangat bangga dengan jumlah ahlinya yang banyak yang, katanya, berjumlah lebih 500 orang. Sebahagian dari ahli UMNO ini datang dari luar Pida berkenaan.
55. Pak Mat Kudong selalu menceritakan dengan bangganya bagaimana beliau telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 1946 dan telah memimpin UMNO cawangannya sejak Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO.
56. Apa yang aneh ialah dalam pilihanraya peti undi yang termasuk undi cawangan UMNO Pida Pak Mat Kudong selalu kalah. Saya diberitahu tahu hanya 10% dari ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong yang memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya.
57. Sebabnya ialah ahli-ahli UMNO di situ benci pada Pak Mat Kudong tetapi tidak sanggup untuk menentangnya dalam pemilihan UMNO. Katanya mereka 'segan' dengan Pak Mat Kudong. Ahli-ahli UMNO mengharapkan supaya pihak ibu-pejabat UMNO dapat melihat fenomena ini dan bertindak untuk memperbaikinya. Untuk beberapa kali pilihanraya ahli-ahli UMNO di situ telah membuat undi protes terhadap Pak Mat Kudong dengan mengundi PAS.
58. Dalam pilihanraya berikutnya saya telah memaklumkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian bahawa ibu pejabat UMNO telah memecat Pak Mat Kudong dari menjadi ahli UMNO dan saya nasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya merahsiakan tindakan ini kerana kita tidak mahu ada kekecohan dalam cawangan yang boleh mengganggu pilihanraya. Dengan nasihat begini maka bertambah cepatlah cerita Pak Mat Kudong dipecat telah heboh di seluruh bahagian kecuali Pak Mat Kudong sahaja yang tidak mengetahui kerana tidak ada yang berani memaklumkan padanya.
59. Maka kalahlah PAS di Jerlun kerana hampir 100% dari sekitar 500 undi ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong telah mengundi Barisan Nasional.
KESIMPULAN
60. Rata-rata terdapat pemimpin di kalangan orang Melayu, China dan India yang telah mengecewakan pengundi setempat. Ada yang seperti Dr. Koh Tsu Koon yang mula memegang jawatan dengan harapan yang cukup tinggi di kalangan rakyat; ada juga yang seperti Pak Mat Kudong yang kerana benci ahli parti, dan rakyat setempat, maka kepentingan parti terkorban.
61. Nasib baiklah ada watak seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim yang imejnya terus tercemar, dan ada Mat Sabu yang lawaknya di pentas politik tidak menghibur lagi. Tetapi, beranikah pemimpin Barisan Nasional bertindak cepat ke atas watak-watak seperti Dr. Koh Tsu Koon dan Pak Mat Kudong, di semua peringkat kepimpinan dalam parti?
62. Insya Allah, jika berani, Barisan Nasional akan menang dengan cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 13, yang akan datang.
YBHG.TAN SRI.
ReplyDeleteSelagi ada bulan dan matahari, UMNO tak akan berani.
kisah benar ka apa ni Tan Sri
ReplyDeleteSalam Tan Sri,
ReplyDeleteSaya melihat Kerajaan Ds Najib condong kepada popularity votes. Hanya kerana hendakan undi kaum Cina, Ds Najib sanggup berikan apa saja, sanggup menjilat, tetapi sudh terang lagi bersuloh, kaum Cina akan mengundi DAP. Kenapa ds Najib masih belum sedar2 lagi. Tidak ada guna nak mencurahkan air di daun keladi, dan mereka tidak akan berterimakasih pun. Satu lagi kita tahun sisa2 dan penjilat2 Anwar dan budak2 tingkat 4 yg menjadi duri dalam daging masih kuat dalam UMNO dan memegang jawatan. Apakah Ds Najib masih tidor bdengkur dalam kekenyangan, di buai mimpi yg indah2. Sudah semestinya parasit2 ini sisih jauh dan harus dilakukan tanpa segan silu, be a surgeon, cut and throw the virus sebelum merebak menjadi parah. Harap Ds Najib tidak mengalami nasib seperti Tun Tdolah di sepak teranjang dalam kehinaan. Wakeup Ds Najib!!!! Wakeup!!
Hanya pemimpin yg tegas, berani dan amanah akan di kenang selama lamanya. Kita harap Ds Najib dapat menonjolkan prinsip tersebut, saya khuatir kerana yg menonjol sifat playsafe, tidak tegas, lemah lembut yg mengingatkan kembali zaman Tun Tdolah. Apakah Ds Najib tidak belajar dari kesilapan? Pemimpin yg lemah lembut, tidak ada ketegasan dan kejantanan, tidak akan pergi jauh. Belajar lah dan contohi lah Tun Dr Mahathir, tegas, berani dan amanah.
ReplyDeleteYbhg Tan Sri,
ReplyDeleteSaya setuju sangat supaya DSNajib lebih tegas dan berani khususnya supaya buat u turn tidak menjilat pengundi2 kapiaq yang kita rakyat Melayu semua sedar mereka tak akan mengundi BN lagi kenapa masih nak melayan mereka. Ini yang membuat kita meluat sangat
Selain itu DSN buatlah sesuatu perbetulkan dan ambil tindakan isu-isu khazanah, MAS-AA, dan turunkanlah mereka yang jadi liabiliti yang masih ada sejak zaman Tun Dollah. Orang Melayu dan meluat dengan hal-hal ini dan jangan lupa perkara kecil macam nilah yang membuat kita orang melayu buat undi protes lagi
Kena ingat Nik Aziz dan umum nak Hudud, TPM kata kita tak sedia. Orang Melayu adalah Islam dan dalam diam mereka sokong hudud lagi lah mereka membenci BN dengan kenyataan macam tu
Betul kata Tan Sri perkara kecil boleh jadi besar sehingga BN hilang putrajaya
Ingat-ingatlah bahawa tak ada yang kekal selamanya
"Tak Melayu Hilang di Malaysia", T.A. Sakti
ReplyDeleteTan Sri,
ReplyDeleteMasih banyak lagi watak "Pak Mat Kudong" di bahagian diseluruh negara. Saya tengok di Kedah pun banyak lagi "Pak Mat Kudong".
Sebab tu orang muda belia seangkatan saya tidak ada pilihan melainkan mengangkat pembangkang yang tidak berakal asalkan dapat meruntuhkan UMNO, egonya dan kedangkalannya.
Zaman ini zaman rakyat terpelajar. Jika pemimpin setempat masih bercakap berkenaan gelanggang takraw maka jauhlah mereka ini dengan rakyat. Rakyat perlukan internet, cabaran intelektual dan idea bernas daripada pemimpin bukan sekadar jersi dan gelanggang takraw.
Semoga Tan Sri dan kita semua dirahmati Allah SWT.
Thank you for sharing thiis
ReplyDelete