GABUNGAN KEKUATAN TURKI, IRAN DAN MESIR - PERPADUAN HAMAS DAN AL FATAH
1. Blog ini telah memaparkan tiga pos yang ada kaitan dengan Palestin.
2. Yang pertama ialah pada 25 Disember, 2009 atas tajuk 'Yahudi Kuasai Dunia Melalui NGO'.
3. Yang kedua ialah pada 2 Jun, 2010 atas tajuk 'Yahudi Zionis Dayus - Usaha Betul Pasti Diberkati Allah s.w.t..
4. Yang ketiga diposkan pada 16 Jun, 2010 atas tajuk 'Menuju Pembebasan Palestin - Perpaduan Turki, Iran dan Mesir Yang Ditakuti'.
YAHUDI MENGUASAI AMERIKA SYARIKAT MELALUI NGO
5. Petikan dari pos 25 Disember, 2009 ialah:
24. Saya di Manchester waktu menerima jemputan untuk merasmikan PERKASA negeri Perak. Secara kebetulan saya sedang membaca buku bertajuk 'Jewish Manchester - An Illustrated History' karangan Bill Williams. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 2008.
25 Ternyata Manchester mempunyai sekitar 35,000 Yahudi yang terdaftar pada tahun 2008. Mereka mempunyai 46 Synagogues dan didukung serta mendukung 150 NGO termasuk 20 buah NGO Zionis yang menonjolkan sokongan Yahudi Manchester kepada negara Israel. Mereka mempunyai hanya sebuah surat-khabar bernama 'The Jewish Telegraph'.
26. Di Manchesterlah Chaim Weitzman, seorang pensyarah kimia dari Universiti Manchester, bergerak untuk membela Yahudi. Beliaulah yang menubuhkan kelompok Zionis yang bernama 'Manchester School', yang menguasai dunia kewangan dan industri, dan memainkan peranan penting untuk mempengaruhi kerajaan British mengisytiharkan 'Balfour Declaration' sebagai asas bagi kewujudan Israel.
27. Masyarakat Yahudi Manchester dan Salford telah memainkan peranan yang aktif dalam bidang ekonomi, kebudayaan, kebajikan dan politik melalui kegiatan mereka dalam organisasi-organisasi pedagang, pekedai, doktor, doktor gigi, peguam, pensyarah, pemusik, pelukis, arkitek, wakil rakyat, pentadbir, dan mereka juga menjadi pengasas, penaung dan pengurus bagi badan-badan NGO berkaitan.
28. Begitu hebat Yahudi menggunakan rangkaian NGO sehingga negara Amerika Syarikat dapat ditakluki mereka; dan dengan pengaruh Yahudi melalui NGO mereka dapat menguasai politik Amerika Syarikat untuk terus membantu Israel sehingga, dengan jumlah rakyat Arab yang berlipat ganda dibandingkan dengan rakyat Israel ditambah pula dengan kekayaan negara-negara Islam di Asia Barat, dengan minyak dan gas yang begitu banyak, pembelaan terhadap Palestin tetap tidak berjaya.
6. Jelas sekali Israel menguasai politik Amerika Syarikat melalui NGO dan badan-badan korporat yang mereka miliki atau kuasai.
7. Selain Amerika Syarikat, Eropah Barat, khususnya Jerman Barat (dulu), juga mempertahankan Israel. Kalau Amerika menyokong Israel kerana pemimpinnya takut kepada kuasa NGO dan kuasa korporat yang dapat mengalahkan calon Presidennya dalam pilihanraya, di Jerman Barat pula mereka menyokong Israel supaya ianya tidak hancur dan Yahudi akan kembali ke Jerman dan menjadi satu masalah.
PERPADUAN TURKI, IRAN DAN MESIR SANGAT PERLU UNTUK MEMBELA PALESTIN
8. Dalam blog bertarikh 25 Disember, 2009 saya seterusnya menyatakan:
31. Professor Schiller ( dari Universiti Hamburg ) menyatakan ada tiga sebab untuk membenarkan orang-orang Turki bekerja di Jerman Barat sebagai pekerja asing, iaitu:
Sebab pertama ialah atas pertimbangan ekonomi kerana Jerman Barat memerlukan tenaga kerja untuk pembangunan ekonominya.
31.b. Sebab kedua ialah berasaskan pertimbangan politik. Pada pendapat Professor Schiller hanya wujud tiga buah negara Islam di dunia ini yang mempunyai kemampuan berperang baik dari segi jumlah penduduk, ramainya tentera dan rekod keberanian mereka dalam sejarah. Negara-negara itu ialah Mesir, Turki dan Parsi ( Iran ). Jika ketiga mereka bersatu dan bergabung tenaga maka Israel dapat mereka hancurkan. Oleh kerana kehancuran Israel akan membawa padah yang teruk apabila Yahudi dari Israel balik ke Jerman, maka demi kepentingan Jermanlah maka tiga negara Islam ini perlu dihalang dari bersatu. Parsi bagi Schiller adalah negara sahabat Israel di bawah Syah. Mesir di bawah Gamal Abdul Nasir adalah musuh Israel. Oleh itu jika Turki dapat dihalang dari memasuki pakatan untuk menentang Israel maka selamatlah Jerman Barat dari didatangi Yahudi.
31.c. Dari segi sejarah pula pihak Turki telah memihak kepada Jerman ( di bawah pimpinan Hitler ) di dalam Perang Dunia ke Dua
9. Adalah jelas bahawa kekuatan Israel mempertahankan diri adalah disebabkan oleh sokongan dan dukungan Amerika Syarikat dan sikap Eropah yang mahukan Israel terus wujud.
10. Cara untuk meneruskan kewujudan Israel ialah dengan (a) memecahbelahkan negara-negara sehingga Turki, Mesir dan Iran tidak bersatu dan (b) melaga-lagakan pihak Hamas ( Syiah ) dengan Al Fatah ( Sunni ) di dalam negara Palestin itu sendiri.
11. Saya telah bertanya Professor Schiller, mengenai pendapatnya, samada negara Islam yang lain , khususnya di Asia Barat, perlu turut bersatu dengan tiga negera tersebut, untuk menjayakan usaha menghancurkan Israel. Jawab Professor Schiller perpaduan negara Islam, selain Turki, Mesir dan Iran tidak boleh diharapkan dan tidak perlu.
12. Sebabnya?
13. Selepas satu perasmian majlis Pesta Kebudayaan Negara-negara Islam yang diadakan di Riyadh setiap tahun seorang pemuda Arab telah menemui saya. Oleh kerana beliau sering membaca ucapan-ucapan saya di UIA atau mewakili UIA di forum-forum antarabangsa, mengenai perpaduan Ummat Islam, beliau berasa bimbang saya akan membuang masa dan tenaga menyiapkan ucapan dan menyampaikannya dalam forum sempena pesta ini.
14. Beliau memperkenalkan diri sebagai seorang anak raja ( prince ). Katanya saya tidak perlu cuba mempengaruhi raja-raja Arab, atau anak-anak mereka, kerana mereka lebih percaya kepada banker mereka di Amerika Syarikat dan di Eropah yang terdiri dari bangsa Yahudi. Beliau juga, secara seloro, mencadangkan supaya saya menghubungi selebriti perempuan di Hollywood kerana mereka boleh mempengaruhi pelanggan-pelanggan Arab yang kaya. Saya tidak meneruskan percakapan dan dia pun minta maaf kerana terpaksa makan bersama keluarganya.
ISRAEL TIDAK PEDULIKAN RESOLUSI ATAU PIDATO YANG MENGUTUKNYA
15. Dalam pos blog saya bertarikh 2 Jun, 2010 ada tertulis:
3. Apabila membaca mengenai kekejaman Israel ini (menghalang kapal yang membawa ubat dan makanan ke Gaza) saya teringat kembali kepada satu wawancara dalam CNN antara mendiang Ehud Barack dan Larry King sebelum persidangan OIC ke 10 yang diadakan di Putrajaya dari 11 hingga 18 Oktober, 2003. Persidangan ini diadakan kira-kira 13 hari sebelum Tun Dr. Mahathir berundur dari menjadi Perdana Menteri pada 31 Oktober, 2003 setelah menjadi Perdana Menteri sejak 16 Julai, 1981.
4. Larry King telah bertanya Ehud Barack 'How do you feel Mr. Prime Minister about the coming OIC gathering in Kuala Lumpur?' Ehud Barack menjawab dengan bertanya balik kepada Larry King 'What are they going to do in Kuala Lumpur that I should be concerned about?' Larry King menjawab 'They are going to condemn you over your activities in Palestine.' ' Is that all?' tanya Ehud Barack. 'Yes, what do you think about that?' 'They have been doing that all this while, so many times .......... they can carry on doing it ......... I am not bothered.' 'What would bother you then?' tanya Larry King. 'I would be bothered if OIC members decide to provide enough funds or weapons for the Palestinians. Or send their tanks and soldiers to Palestine. As far as talking or passing resolutions is concerned, they can carry on. They have done that many times before.'
16. Jelaslah Ehud Barack begitu takut jika sokongan material dan tentera dilibatkan dalam penentangan terhadap Israel.
17. Sebagaimana kata anak raja Arab kepada saya jelaslah walau pun negara-negara di Asia Barat mempunyai banyak wang tetapi wang ini tidak akan diberi oleh orang-orang kaya di Asia Barat atau pun tidak dibenarkan oleh banker Yahudi untuk digunakan bagi membeli senjata. Selebriti di Hollywood juga sudah pasti tidak menyokong usaha ini.
18. Malahan kapal yang membawa ubat dan makanan ke Gaza pun tidak dibenar menghampiri daratan.
DO'A TANPA USAHA TIDAK AKAN KE MANA
19. Dalam blog 2 Jun, 2010 saya menulis lagi:
BERMULANYA USAHA KE ARAH PERPADUAN5. Di Mekah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan, yang bermula pada 27 Oktober, 2003, saya telah bersama-sama dengan berjuta orang Juma'ah bersembahyang Terawih dan Tahajjud dan di dalam do'a Qunut dengan panjang lebar mendo'akan supaya bumi Palestin didaulatkan kembali. Saya pun teringat bahawa do'a begini telah mula saya ikuti (aminkan) sejak saya mula ke Mekah, berkali-kali, sepanjang 30 tahun sejak tahun 1974 bila saya mula menjadi anggota Parlimen. Saya percaya do'a ini sudah dibaca sejak Israel menduduki Palestin. Kenapa do'a Ummat Islam ini tidak berjawab sedangkan Allah menjanjikan akan mengabulkan do'a lebih-lebih lagi bagi Ummat yang teraniaya. Tentu ada sesuatu yang salah pada Ummat Islam itu sendiri. Apakah 'username' dan 'password' kita salah maka kita tidak dapat layari do'a kita di alam cyber?
6. Berertilah sekadar membuat resolusi, sebagaimana yang dicemuhkan oleh Ehud Barack dan berdo'a sebagaimana yang telah dan sedang kita lakukan nasib Ummat Islam tidak akan berubah. Allah s.w.t. telah berfirman dengan maksud 'Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahkan dirinya sendiri'. Jelaslah nasib Ummat Islam di dunia, khususnya dalam menghadapi cabaran Zionis Israel, tidak akan berubah kecuali sesuatu yang benar kita lakukan sendiri.
20. Saya tamatkan blog 2 Jun, 2010 dengan ayat:
10. Marilah dengan peristiwa yang berlaku ini (Yahudi Zionis Israel menghalang kemasukan kapal yang membawa makanan dan ubat ke Gaza) semangat Ummat Islam di seluruh dunia melonjak bangun untuk bersatu dan bertindak dengan betul diiringi do'a yang sudah pasti dimakbulkan oleh Allah s.w.t..
21. Dalam blog berikutnya pada tarikh 16 Jun, 2010 saya telah menulis:
11. Dengan jatuhnya Shah Reza Pahlavi di Iran dan pemimpinnya kini Presiden Ahmadinejad yang dianggap musuh oleh Israel, walau pun Mesir tidak berubah, kejadian terbaru ke atas Flotilla yang menuju Gaza yang dibom oleh Israel, dengan syahidnya sukarelawan Turki, dan pendirian kerajaan Turki yang mengecam Israel, maka dengan pujian Ahmadinejad ke atas Turki, hanya rakyat Mesir sahaja yang perlu bangkit untuk menghancurkan Israel sebagaimana ramalan Professor Schiller atas apa yang akan berlaku ke atas Israel jika Tunki, Iran dan Mesir bersatu.
22. Pada para berikut dalam blog yang sama telah tertulis:
15. Jika Perdana Menteri Erdogan kekal berkuasa di Turki, Presiden Ahmadinejad kekal berkuasa di Iran, semangat mereka berdua tetap teguh dan sikap mereka terhadap Israel dapat diteruskan, sama-samalah kita berdo'a semoga rakyat Mesir juga menentukan sikap mereka terhadap Zionis Israel maka, dengan sokongan seluruh masyarakat yang berperikemanusiaan di dunia, dengan semangat Flotilla, Insya Allah, ramalan Professor Karl Schiller 40 tahun yang lalu akan berlaku. Allahu Akbar.
23. Kini rakyat Mesir sudah bangun dan Presiden Hosni Mubarak telah dijatuhkan.
JANGAN BERSIMPATI DENGAN DIKTATOR BANGSA
24. Kita tidak perlu bersusah hati dan bersimpati dengan Presiden Libya, Mesir, Syria, Tunisia dan Yemen. Presiden Mesir dan Tunisia sudah jatuh. Presiden Libya kehilangan kuasa sementara Presiden Syria dan Yemen sedang ditentang hebat oleh rakyatnya. Kelima-lima mereka bersikap anti Islam dan lebih mementingkan diri dan keluarga daripada rakyat sepanjang pemerintahan mereka yang melebihi 30 tahun, kecuali Syria. Gadhafi di Libya dengan falsafah 'buku hijaunya' dan Asad di Syria dengan fahaman Ba'athistnya sebagaimana Saddam Hussein, yang sudah digantung, juga sosialis Ba'athist. Mengikut pelajar-pelajar dari Syria dan Yemen yang belajar di sini, Presiden mereka adalah sekular.
25. Amerika Syarikat juga tidak begitu peduli atas nasib Presiden Syria, Tunisia dan Yemen. Mereka sekadar menyokong yang nampak akan menang. Amerika Syarikat dan Eropah campur tangan di Iraq dan Libya kerana di sana banyak minyak dan gas. Begitu juga di Afghanistan. Mereka telah meletakkan orang mereka untuk memimpin Iraq dan sedang berusaha untuk meletakkan orang pilihan mereka untuk memimpin Libya dan Mesir.
26. Di Bahrain, oleh kerana ianya negara yang beraja dan mempunyai banyak minyak dan gas, maka dengan campur-tangan negara minyak dan gas yang terbesar, Saudi Arabia, yang juga rakan sekepentingan dengan Amerika Syarikat, bantahan rakyat terhadap rajanya dapat diamankan.
27. Apa yang berlaku di Tunisia, Libya, Syria dan Yemen pasti menguntungkan rakyat dalam jangka-masa yang agak panjang, tetapi tidak penting untuk menyelamatkan Palestin.
28. Kebangkitan rakyat di Mesir sehingga tergulingnya Hosni Mubarak adalah sesuatu yang membimbangkan Israel dan sekutu tuanya Amerika Syarikat. Pembunuhan dua orang anggota tentera Mesir oleh Israel, dan tindak-balas rakyat Mesir sehingga menyerang kedutaan Israel di Cairo adalah satu perkembangan yang relevan.
BERLAKU PERUBAHAN KERANA KE INSAFAN UGAMA
29. Turki pula, yang dulunya kawan Israel, dan kini sudah berubah di bawah pimpinan Erdogan, khususnya apabila kapal milik Turki yang membawa sukarelawan, makanan dan obat telah diserang oleh commando Pada 12 September, 2011 pihak Israel telah membuat keputusan untuk tidak meminta ma'af atas kejadian mereka menyerang Flotilla yang berlaku pada tahun 2010. Keputusan terakhir Erdogan ialah untuk melindungi kapal bantuan ke Gaza di masa depan dengan diiring oleh Kapal Perang Laut Turki dalam perjalanan.
30. Owen Matthews menulis di dalam Newsweek bertarikh 19 September, 2011 bahawa ' The latest document spill from WikiLeaks includes an October, 2009 U. S. Embassy cable quoting Israel's ambassador to Turkey, Gabby Levy, on his assesment of Erdogan: "Levy dismissed political calculation as a motivator for Erdogan's hostility, arguing the Prime Minister's party had not gained a single point in the polls from his bashing of Israel. Instead, Levy attributed Erdogan's harshness to deep-seated emotion; 'He's a fundamentalist. He hates us religiously' and his hatred is spreading."
MUSUH DALAM SELIMUT
31. Apabila pemimpin baru di Mesir juga, kerana kehendak rakyatnya, menentang Israel, dan dapat mengatasi pengaruh dari sebahagian dari pemimpin angkatan tentera Mesir, yang sekular, yang masih mengharapkan Mesir kekal menjadi rakan setia Israel. Mereka diupah oleh Amerika Syarikat untuk tidak menentang Israel dengan pemberian berbillion dolar Amerika pada setiap tahun.
KE ARAH TERCAPAINYA SATU MATLAMAT
32. Jika Turki di bawah pimpinan Erdogan, Iran di bawah pimpinan Ahmadinejad dan pemimpin baru Mesir juga berpendirian menentang penjajahan Israel ke atas Palestin maka masa depan Palestin adalah lebih cerah.
33. Di Palestin pula, dengan perpaduan antara Hamas dan Al Fatah, persetujuan telah dicapai untuk membawa usul ke Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Jika Amerika Syarikat menolak cadangan ini, dan mereka nampaknya akan menolak, maka usul mengiktiraf kewujudan Palestin akan dibawa ke Bangsa-Bangsa Bersatu.
34. Pandangan Martti Ahtisaari, pemenang Nobel Keamanan 2008 dan bekas Presiden Finland, pandangan Mouin Rabbani dari Institute for Palestine Studies dan pandangan Jimmy Carter, bekas Presiden Amerika Syarikat yang waktu memegang jawatan Presiden tidak mampu menolong Palestin, semuanya tidak penting.
35. Yang penting ialah perpaduan Hamas dan Al Fatah seterusnya perpaduan Iran, Mesir dan Turki sebagai negara Islam yang ramai rakyatnya dan besar angkatan tenteranya.
36. Keputusan Hamas dan Al Fatah untuk bersatu, sikap pemimpin Turki dan Iran seterusnya tindakan rakyat Mesir untuk menumbangkan Presiden alat Amerika Syarikat dan sahabat baik Israel, adalah tindakan dan perubahan yang ditunggu-tunggu sebagai jawapan kepada firman Allah s.w.t. bahawa 'Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merobah dirinya sendiri'.
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU
37. Kita bolehlah buat resolusi dan ucapan yang tidak ditakuti atau memberi kesan ke atas Israel. Malahan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga tidak dipedulikan oleh Israel. Tetapi kita perlu menyokong usul di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin yang akan dibentang dalam sedikit masa ini.
38. Walau bagaimana pun beribu orang pelajar di institut-institut pengajian tinggi Malaysia yang boleh kita bantu untuk masa depan negara mereka.
39. Tetapi, kita perlu berhati-hati kerana bukan semua pelajar dari negara-negara Islam akan pulang ke negerinya untuk berkhidmat setelah lulus dengan ijazah kita.
40. Saya sering berjumpa pelajar-pelajar dari Iran, yang perempuannya tidak bertudung, yang berada di sini kerana mereka susah mendapat izin untuk ke Amerika Syarikat atau Australia. Mereka belajar di sini hanya untuk melayakkan diri mereka untuk ke sana. Mereka juga anti pemimpin Iran masakini dan ingin pemimpinnya ditukar sedangkan Ahmadinejad dari Iran dapat bersatu dengan Turki dan Mesir baru untuk mendisiplinkan Israel. Belum tentu pemimpin baru tidak menjadi alat Barat.
41. Dalam interaksi kita dengan pelajar-pelajar Islam dari luar negara kita hendaklah menyedarkan mereka betapa pentingnya mereka bersatu dan menyokong pemimpin yang betul.
PENGAJARAN UNTUK BANGSA MELAYU ISLAM
BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU
37. Kita bolehlah buat resolusi dan ucapan yang tidak ditakuti atau memberi kesan ke atas Israel. Malahan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga tidak dipedulikan oleh Israel. Tetapi kita perlu menyokong usul di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin yang akan dibentang dalam sedikit masa ini.
38. Walau bagaimana pun beribu orang pelajar di institut-institut pengajian tinggi Malaysia yang boleh kita bantu untuk masa depan negara mereka.
39. Tetapi, kita perlu berhati-hati kerana bukan semua pelajar dari negara-negara Islam akan pulang ke negerinya untuk berkhidmat setelah lulus dengan ijazah kita.
40. Saya sering berjumpa pelajar-pelajar dari Iran, yang perempuannya tidak bertudung, yang berada di sini kerana mereka susah mendapat izin untuk ke Amerika Syarikat atau Australia. Mereka belajar di sini hanya untuk melayakkan diri mereka untuk ke sana. Mereka juga anti pemimpin Iran masakini dan ingin pemimpinnya ditukar sedangkan Ahmadinejad dari Iran dapat bersatu dengan Turki dan Mesir baru untuk mendisiplinkan Israel. Belum tentu pemimpin baru tidak menjadi alat Barat.
41. Dalam interaksi kita dengan pelajar-pelajar Islam dari luar negara kita hendaklah menyedarkan mereka betapa pentingnya mereka bersatu dan menyokong pemimpin yang betul.
PENGAJARAN UNTUK BANGSA MELAYU ISLAM
42. Kita juga harus berhati-hati apabila menasihat pelajar-pelajar untuk memupuk perpaduan Ummat di negara masing kerana mereka pasti sedar Ummat Islam di Malaysia juga berpecah kepada tiga kumpulan. Tiap satu kumpulan menjadi golongan minoriti dari satu bangsa yang majoriti penduduknya dalam negara ini.
43. Persengketaan antara PAS dan UMNO adalah seperti Hamas dan Al Fatah di Palestin. Bezanya ialah sementara Hamas itu berpegangn Syi'ah dan Al Fatah berpegangan Sunni PAS dan UMNO berpegang kepada fahaman yang sama.
44. Yang susah ialah kerana adanya Karpal Singh dan orang yang selalu dibela olehnya di dalam mahkamah.
salam..
ReplyDeletesokong kewujudan israel dan negara arab kembali menjadi seperti isi dan kuku terhadap yahudi bangsa pendita dan peyumbang ilmu dan teknologi utk manafaat manusiawi sejak dulu lagi dan akan datang.
tuhan maha adil.
mereka yg lawan benci dgn benci,dendam dgn dendam akan pupus atau dipupuskan tuhan,apa nak buat datuk tergolong dlm grup tersebut.jgn mare.
jepon ,utara.
haiyo! jepon utara, hang pakai google translate ka? hahaha...
ReplyDeletekalau nak sokong israel zionis pun tak payah lah cuba menyamar dengan bahasa melayu yang lintang-pua-choo-kang. tulis english dah lah.
aku kena copy paste dalam google translate tu, nak paham apa yang hang tulis.
lagipun, nobody buys the idea that israel is the victim anymore, so give it a rest. the world will go to the dogs if good men do nothing.
keadilan tuhan tak sama dengan keadilan anwar dan jepon, utara
muslim of the jungle