BUKU DAHLAN ISKAN JADI HADIAH
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 41
PADA 21 JANUARI, 2012
MENGIMBAS KEMBALI HUBUNGAN
MALAYSIA DENGAN INDONESIA
MENGIMBAS KEMBALI HUBUNGAN
MALAYSIA DENGAN INDONESIA
(Dari Perspektif Peribadi)
1. Pada 20 Januari, 2012 yang baru lalu saya bermalam di Hotel Indonesia Kempinski di Jakarta sebagai persiapan mengulangi peristiwa 41 tahun pernikahan saya yang berlaku pada 21 Januari, 1971.
2. Pada pagi 21 Januari 1971 itu saya berangkat ke rumah bapa saudara saya Bapak Anuar Sulaiman untuk bersama-sama dengan Dato' Saudara Teungku Muhammad Dahan Inderapuri dan bapa saudara saya Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain ke rumah No. 56, Jalan Tosari (kini ditukar nama menjadi Jalan Kusumatmadja).
2. Pada pagi 21 Januari 1971 itu saya berangkat ke rumah bapa saudara saya Bapak Anuar Sulaiman untuk bersama-sama dengan Dato' Saudara Teungku Muhammad Dahan Inderapuri dan bapa saudara saya Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain ke rumah No. 56, Jalan Tosari (kini ditukar nama menjadi Jalan Kusumatmadja).
3. Yang menikahkan saya dengan isteri ialah nenekandanya Teungku Muhammad Daoed Beureu-Eh dan disaksikan bersama oleh:
Bapak Muhammad Natsir - Perdana Menteri Indonesia Yang ke 5
Bapak Syafruddin Perwiranegara - Ketua Pemerintah Darurat Republik Indonesia dari 19 Disember, 1948 hingga 13 Julai, 1949
Bapak Burhanuddin Harahap - Perdana Menteri Indonesia Yang ke 9 dari 11 Ogos, 1955 hingga 20 Mac, 1956
Bapak Kasman Singodimedjo- seorang Tokoh Masyumi
Bapak Teungku Hasballah Daoed Beureu-Eh - Bapak Mertua mantan Panglima Angkatan Mujahiddin Darul Islam, Aceh.
DUA MANTAN WAKIL PRESIDEN
4. Turut hadir dalam majlis resepsi di Panti Perwira di Jakarta pada keesokan malamnya 22 Januari, 1971, selain dari kaum keluarga dan sahabat handai, ialah dua Mantan Wakil Presiden Republik Indonesia Bapak Muhammad Hatta dan Bapak Adam Malik.
5. Pada ulangtahun perkahwinan ke 41 hari yang bermakna ini saya telah berjalan-jalan di kedai buku Gramedia di bangunan yang bersambung dengan Hotel Indonesia. Sebaik saja saya masuk dua orang pelayan kedai telah mendekati saya untuk menjual sebuah buku yang nama pengarangnya saya tidak kenal. Oleh itu saya tidak membelinya.
IBU ASTRID SURYO ADINOGORO
6. Selepas satu majlis makan tengahari di sebuah restoran bersama dengan kawan-kawan persekolahan isteri saya semasa di SMP-1 Ibu Astrid Adinogoro ( bapa kepada Ibu Astrid ialah pengasas Agensi Berita Antara di Indonesia ) telah menghadiahkan kepada saya sebuah buku yang dikarang oleh Menteri BUMN yang baru dilantik. Buku ini beliau tulis sebagai mantan CEO Perusahaan Listrik Negara (PLN) iaitu TNB Indonesia.
7. Melihat kulit buku itu saya teringat kepada buku yang sama yang hendak dijual kepada saya oleh pelayan kedai di Gramedia awal pagi tadi.
8. Nama Menteri BUMN ini dan nama Menteri Perumahan yang baru dilantik sering disebut oleh Ibu Astrid kepada saya sebagai kenalan baiknya. Saya tidak dapat mengingati nama mereka sebelum itu. Bapak Dahlan Iskan, Menteri BUMN ialah seorang wartawan, pemilik Jawa Post sementara yang menjadi Menteri Perumahan ialah seorang Arkitek Bapak Djan Faridz pemilik kompleks Pasar Tanah Abang yang terkenal itu. Walau pun belum mengenali beliau tetapi saya dan isteri, bersama Ibu Astrid dan Tony, pernah pergi ke tempat istirehatnya di Puncak di mana tersergam indah sebuah rumah dalam taman yang sungguh menarik.
9. Pada waktu mereka dilantik maka terfikirlah di hati saya kemungkinan prestasi Indonesia dalam bidang ekonomi akan lebih cepat meningkat kerana yang dipilih untuk menjadi Menteri ialah orang, seperti Mantan Wakil Presiden Yusuf Kalla, yang berpengalaman dan berjaya dalam bisnes dan kerjayanya masing-masing dan bukan orang yang kaya mewah kerana jawatan Menterinya atau bergantung kepada politik untuk bergaya. Saya difahamkan oleh syarikat China National Heavy Machinery Corporation, yang pemimpinnya saya kenali, bahawa mereka sedang mengkaji secara serius untuk membina Lebuh-raya sepanjang Sumatra, dari Aceh ke Palembang, seandainya Yusof Kalla menjadi Presiden Indonesia dalam Pilihanraya Umum Indonesia yang lalu. Begitu hormat mereka kepada Bapak Yusuf Kalla.
10. Pada sebelah malam 6hb Februari berikutnya saya berkesempatan melihat satu wawancara dalam TV-One Indonesia di mana Bapak Dahlan Iskan telah berdialog dengan para pelajar, peniaga dan usahawan muda.
11. Dari gaya, jawapan dan komentar yang dibuat oleh Bapak Dahlan kepada semua soalan, teguran dan pandangan yang disampaikan oleh peserta majlis dialog itu, jelas sekali Bapak Dahlan mengetahui arah-tuju matlamat tanggung-jawabnya sebagai Menteri, tahu juga cara untuk menghasilkan matlamatnya. Beliau juga kelihatan receptive terhadap ide-ide orang lain.
12. Kunci kepada pandangan baik saya terhadap Bapak Dahlan ialah apabila beliau menyatakan kakitangan PLN yang bijak pandai itu hanya perlu mempunyai sifat 'enthusiastic' dan hendaklah tidak korup, dan mendahulukan keluarga dan sahabat, bukan matlamat, dalam menjalankan tugas secara profesional.
13. Saya menaruh harapan yang tinggi dengan perlantikan dua orang tokoh korporat ini sebagaimana juga saya mempunyai harapan yang tinggi di waktu Mantan Wakil Presiden Yusuf Kalla masih memegang jawatannya. Mereka sekurang-kurangnya sudah pernah mempunyai wang dan tidak gerun gemuruh dan tidak mudah dipengaruhi.
WAKIL PRESIDEN BAPAK (JEND) TRY SUTRISNO
14.. Oleh kerana Tun Dr. Mahathir mengetahui hubungan rapat saya dengan tokoh-tokoh, selain keluarga sendiri dan kawan-kawan isteri saya di waktu belajar di sekolah rendah Cikini, di Sekolah Menengah Pertama (SMP-1), dan Sekolah Menengah Atas (Teladan) dan seterusnya di Universiti UKI, maka saya telah ditunjuk oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia Indonesia (PERMAI) apabila Tan Sri Annuar Musa mencadangkan penubuhan persatuan ini kepada beliau. Tan Sri Sabarudddin Chik adalah antara anggota jawatankuasa PERMAI.
15. Antara kenalan dan hubungan saya di Indonesia dapat dibaca dalam blog ini atas tajuk 'TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE' terbitan 3 Februari, 2010, 'OM BUS DALAM KENANGAN' terbitan 23 Februari, 2011 mengenai kembali ke rahmatullah Lt. Jend. (Purnawirawan) H. Bustanil Ariffin SH dan 'KEMATIAN YANG BERMAKNA' terbitan 9 Januari, 2012.
16. PERMAI bekerjasama rapat dengan Lembaga Persahabatan Republik Indonesia dan Malaysia (PRIMA) di bawah pimpinan Bapak (Jend) Try Sutrisno mantan Wakil Presiden kepada Presiden Soeharto. Antara tokoh yang menganggotai PRIMA ialah dua mantan Menteri Kewangan Indonesia Bapak Mar'ie Muhamad dan Bapak Fuad Bawadzir.
17. Banyak pertemuan telah diadakan antara tokoh-tokoh PRIMA dan PERMAI samada di Indonesia atau pun di Malaysia. Saya pernah ke rumah Bapak Try dan beliau dan isterinya juga pernah ke rumah saya di Kuala Lumpur.
18. Sebelum saya kenal Bapak Try Sutrisno pun saya mengetahui bahawa setiap kali beliau ke Kuala Lumpur beliau sering memandu kereta sendiri untuk ke Ipoh bertujuan makan nasi kandar di sana. Beliau sangat menginginkan persahabatan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kuat sebagai ikatan rakyat Melayu Islam serumpun.
19. Alhamdulillah dengan perhubungan antara PRIMA dan PERMAI saya telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang kawan baru yang turut terlibat dalam usaha untuk mencari perdamaian di Aceh dengan termeterainya perjanjian GAM-RI di Helsinky, Finland.
DI KEDAH
20. Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila Ketua BAKIN (Badan Kordinasi Intelijen Indonesia) Bapak Z. A. Maulani melawat pejabat saya di Alor Setar di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau ingin tahu sudut pandangan saya mengenai hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
21. Pada kesempatan ini saya telah membawa Bapak Maulani ke Kampung Aceh, Yan dan terus ke makam di tepi madrasah Kampung Setoi di mana bersemadinya Allahyarham Teungku Hasballah Indrapuri sebagai salah seorang dari 4 ulama yang menyetujui Aceh menjadi sebahagian dari Republik Indonesia. Saya katakan padanya bahawa 4 orang mereka inilah yang sepatutnya diiktiraf sebagai pahlawan Indonesia.
TIADA LAGI FOTO CUT NYAK DIEN PADA RP10,000-00
22. Belum sempat Bapak Maulani membuat sesuatu untuk mengiktiraf 'pahlawan' yang turut membantu penubuhan Indonesia beliau telah meninggal dunia secara mengejut. Lebih terkejut lagi apabila tidak lama kemudian wang Rp10,000-00 yang tadinya ada gambar pahlawan Indonesia dari Aceh bernama Cut Nyak Dien telah dikeluarkan tanpa namanya lagi.
23. Bapak Maulani juga terkejut apabila saya bertanya padanya mengenai tokoh Sulawesi yang hilang bernama Kaso Gani yang menjadi pembantu kepada Kahar Muzakkar di zaman pergolakan. Pertanyaan ini dibuat setelah selesai solat di waktu saya baru turun dari madrasah Kampung Aceh menuju kereta. Bapak Maulani memberitahu saya bahawa Pak Kaso Gani sudah meninggal di Mekkah. Saya menarik tangan beliau untuk pergi ke perkuburan yang berdekatan di situ dan saya tunjuk padanya satu petak kubur sambil berkata 'Di situlah bersemadi Pak Kaso Gani yang di sini kami gelarkan sebagai Haji Sabah'.
IMT-GT
24. Kedah, Perlis, Perak, beberapa wilayah di Selatan Thailand dan beberapa daerah di Utara Sumatera telah menjadi anggota IMT-GT (Indonesia, Malaysia and Thailand - Growth Triangle). Dalam beberapa mesyuarat yang diadakan saya sempat berkenalan dengan beberapa orang Gabenor dari Indonesia.
FAO
25. Hampir 10 tahun saya menjadi Menteri Pertanian dan sepanjang masa itu saya dikehendaki menghadiri mesyuarat FAO (Food and Agriculture Organization) di Rome setiap dua tahun. Di sana saya berkesempatan berkenalan rapat dengan banyak orang Menteri Pertanian Indonesia yang sering bertukar ganti dengan begitu cepat sekali.
PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN SOEHARTO
26. Selama 30 tahun menjadi Wakil Rakyat dan banyak tahun menjadi Menteri saya telah berjumpa dengan banyak tokoh-tokoh dari Indonesia termasuk Menteri dan Presiden. Waktu mengiring DYMM Tun Raja Azlan Shah di waktu beliau menjadi Yang Di Pertuan Agong saya telah turut bersama dalam majlis jamuan malam di Istana Presiden di Jakarta.
27. Saya bertemu lagi dengan Presiden Soeharto selepas beliau merasmikan mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian ASEAN di Jakarta dan Bali. Bersama dengan Bapak Bustanil Ariffin saya menziarahi Presiden Soeharto di rumahnya selama dua kali sebelum dan sesudah beliau keuzuran.
28. Saya juga pernah ke pejabat Presiden Soeharto untuk pertemuan lebih dari satu jam walau pun sebelumnya Wakil Presiden Soedarmono mengingatkan saya bahawa temujanji saya hanya untuk 3 minit sahaja dan tidak lebih dari itu.
HASIL PEMILU 1971
29. Di peringkat awal Pak Harto menjadi Presiden Republik Indonesia beliau telah memperkenalkan undang-undang perkahwinan yang membolehkan pasangan rakyat Indonesia dari ugama yang berbeza mendirikan rumah-tangga tanpa yang bukan Islam memeluk ugama Islam sedangkan yang bukan Islam itu bukan Ahlil Kitab.
30. Oleh kerana pengaruh Abutjhik Teungku Muhammad Daoed Beureu-Eh begitu kuat di Aceh maka pihak pemerintah pusat telah memutuskan untuk membawa beliau mengelilingi dunia semasa kempen PEMILU yang kedua di Indonesia pada tahun 1971 ( yang pertama pada tahun 1955 ).
31. Tempat persinggahan pertama Abutjhik ialah di Malaysia untuk menziarahi makam sahabatnya Teungku Hasballah Inderapuri, mufti Aceh di waktu keputusan dibuat untuk Aceh menyertai Indonesia dan menolak tawaran Belanda untuk merdeka.
32. Abutjhik, Teungku Hasballah dan dua ulama lagi telah bersetuju dengan rancangan Soekarno-Hatta untuk mewujudkan Melayu atau Indonesia Raya untuk bangsa Melayu yang berugama Islam di Nusantara termasuk Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
33. Setelah PUSA ( Persatuan Ulama Seluruh Aceh ) menyetujui keputusan di atas Teungku Hasballah telah berangkat ke Pulau Pinang untuk berobat sehingga beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu dan dikebumikan di makam Setoi, Kampung Aceh, Yan, Kedah.
34. Setelah mengunjungi makam Teungku Hasballah Inderapuri maka Abutjhik telah bertanya pada orang tua-tua di kampung seperti Ustaz Yusuf, Ustaz Yasin dan Ustaz Yatim samada ada cucu dari keluarga Teungku Hasballah yang berumur di bawah 30 tahun yang masih belum mendirikan rumah-tangga.
35. Pada malam itu juga saya menerima telefon dari Ustaz Yasin dan Ustaz Yatim bertanyakan samada saya sudah mempunyai tunang atau rancangan untuk mendirikan rumah-tangga. Saya menjawab dan kerana saya belum berpacaran maka saya menerima ide yang didukung oleh pemimpin masyarakat di Aceh dan di Malaysia.
36. Dari Malaysia, Abutjhik Teungku Muhammad Daoed Beureu-Eh telah berangkat ke Mekkah dan Madinah untuk berumrah dan berziarah. Di sana, saya diberitahu, antara lain Abutjhik telah turut mendo'akan untuk teman seperjuangannya Kartosuwiryo dari Jawa dan Kahar Muzakkar dari Sulawesi.
37. Selain Saudi Arabia, antara negara yang beliau lawati ialah Amerika Syarikat, Perancis dan Korea Selatan. Beliau menyebut mengenai hadiah yang diberi oleh Duta Besar Indonesia di Perancis dan di Korea Selatan untuk mesjid Abul A'la di Beureunuen, Sigli. Duta Besar Indonesia di Korea Selatan di waktu itu ialah bapa mertua Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
38. Sebelum kembali ke Indonesia Abutjhik telah transit di Singapura. Saya telah dijemput ke Hotel Goodwood di Singapura untuk makan bersama dan untuk Abutjhik mengenali saya dengan lebih dekat lagi, khususnya sikap saya terhadap ugama. Setelah beliau yakin barulah beliau mencadangkan saya menjadi menantu anaknya Teungku Hasballah Daoed Beureu-Eh ( nama mertua saya sama dengan nama sahabat Abutjhik yang makamnya diziarahi Abutjhik di Yan, Kedah ).
39. Saya telah dibawa ke Jakarta oleh Bapak Osman Adamy (O.A) untuk berkenalan dengan bakal mertua saya. Setelah diinterogasi ayahanda Teungku Hasballah sudi menerima saya sebagai menantunya. Setelah itu barulah saya diperkenalkan kepada bakal isteri saya yang pada waktu itu tidak mengetahui sebabnya saya ke Jakarta untuk bertemu dengan keluarga beliau.
40. Alhamdulillah walau pun kami tidak mengenali satu sama lain, sebelum akad nikah, rumah-tangga kami sangat bahagia sepanjang 41 tahun. Inilah salah satu hasil PEMILU Republik Indonesia pada tahun 1971.
PURNAWIRAWAN
41. Satu peristiwa pernah berlaku yang tinggal dalam kenangan manis saya di waktu Pak Harto menjadi Presiden. Saya telah menulis sebuah karangan dalam akhbar Berita Minggu bertajuk 'Peranan Tentera Dalam Pembangunan Negara'. Berita ini telah dibaca oleh Duta Indonesia ke Malaysia dan telah dikirimkan ke Indonesia.
42. Pada satu hari saya telah didatangi oleh Bapak Ali Basyah dari PT. Tawison. Bapak Ali telah mengundang saya ke Jakarta untuk menyampaikan ucapan kepada bekas perajurit, atau purnawirawan, mengenai tajuk karangan saya saya terbit dalam Berita Minggu itu. Pada ingatan saya yang menerima saya di waktu itu ialah Bong Tomo (mantan Jenderal).
43. Isi ucapan saya telah diterbitkan dalam surat-khabar di Jakarta sehingga Duta Malaysia ke Indonesia telah membuat fotokopi untuk dikirim kepada Tun Abdul Razak yang pada waktu itu merangkap jawatan Menteri Pertahanan. Saya telah mendapat panggilan talipon dari pejabat Tun Abdul Razak yang ingin bertemu saya.
44. Saya memberitahu Tun Abdul Razak bahawa tulisan itu telah diterbitkan oleh Berita Minggu tetapi yang memberi perhatian kepadanya ialah Duta Indonesia. Lantas saya diminta oleh Tun Abdul Razak untuk menyiapkan 'not more than two pages working paper on the idea that you have.'
45. Setelah itu saya telah duduk bersama-sama Tan Sri Samad, KSU Kementerian Pertahanan, Jenderal Ibrahim, Ketua Turus Angkatan Tentera dan Brig. Jenderal Wan Ismail (mungkin pangkatnya salah) untuk menubuhkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LETAT) yang kini sudah menjadi gergasi pelaburan di negara ini.
46. Apabila Pak Harto berhenti jawatan beliau telah dipegang oleh, Wakil Presidennya, Presiden Habibie. Saya pernah bertemu dengan Presiden Habibie waktu beliau sedang belajar di Achen, Jerman Barat apabila beliau melawat keponakannya Asmoro yang sama-sama belajar di Hamburg. Kami tidak kenal satu sama lain kerana pertemuannya sangat singkat dan Pak Habibie 10 tahun lebih senior dari kami.
47. Di zaman Presiden Habibielah saya diperkenalkan, secara berasingan, kepada Jenderal Wiranto dan Menteri Akbar Tanjung oleh Tony Suryo dan Edward. Di pejabat Jenderal Wiranto saya berbincang mengenai kemungkinan Taiwan membekalkan beras kepada Indonesia dan dari Menteri Akbar Tanjunglah saya mendapat tahu adanya gerakan untuk menurunkan Presiden Habibie.
PRESIDEN GUS DUR
48. Sebelum Gus Dur menjadi Presiden beliau telah ke rumah saya di Kuala Lumpur untuk bersama saya ke rumah Ustaz Shaari, pemimpin pertubuhan Al Arqam di waktu itu. Kebetulan saya dan isteri ada bersama-sama Ibu Astrid dan suaminya Bapak Tony Suryo di Jakarta.
49. Saya diberitahu kemudiannya bahawa Gus Dur, yang saya sudah kenal sejak beliau muda dan belum hilang penglihatannya, telah ditanya oleh Ustaz Shaari atas sebabnya beliau mahukan jawatan Ketua Parlimen Indonesia dan bukan mengambil alih jawatan Presiden. Apabila Gus Dur memberitahu bahawa ada empat orang Ulama di dalam Nahdatul Ulama yang tidak menyokongnya untuk jawatan Presiden, maka Ustaz Shaari telah menulis surat kepada empat orang Ulama itu meminta sokongan mereka atas cadangan perlantikan Gus Dur sebagai Presiden.
50. Akibatnya ialah Gus Dur menjadi Presiden dan Amien Rais menjadi Ketua Parlimen.
51. Saya sempat bertemu Gus Dur sebanyak empat kali, sekali di pejabatnya, dua kali di rumahnya dan sekali lagi di dalam restoran. Beliau banyak berbincang mengenai masalah yang dihadapinya sebagai Presiden.
DHARMAWANGSA
52. Saya tidak mengenali Presiden Megawati yang menggantikan Gus Dur. Hubungan saya dengan pemerintah Indonesia di waktu itu hanya di peringkat pegawai tinggi kerajaan dan tentera sahaja.
53. Ada satu perjumpaan yang diadakan di sebuah dewan dalam bangunan yang bersambung dengan Hotel Dharmawangsa di mana telah hadir sekitar 50 orang tokoh politik dan masyarakat Indonesia. Beberapa soalan yang dikemukakan kepada saya pada waktu itu telah memberi gambaran kepada saya bahawa adanya pihak di Malaysia yang sedang mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
54. Mereka memberitahu kepada saya bahawa rakyat Indonesia berpendapat pekerja-pekerja Indonesia dizalimi di Malaysia sebagaimana mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia juga telah dipukul matanya oleh Ketua Polis Negara. Saya telah menjelaskan bahawa yang menzalimi pekerja Indonesia bukan pihak polis, apatahlagi Ketua Polis Negara. Umumnya majikan, khususnya isteri majikan, yang menzalimi pekerja Indonesia bukan dari rumpun Melayu Islam. Saya juga memaklumkan bahawa lebih banyak kes kekejaman perkerja-pekerja asing di Malaysia, tidak semestinya dari Indonesia, yang juga telah melakukan jenayah kejam di Malaysia; tetapi perkara ini tidak dihebahkan oleh media massa.
55. Apa yang mereka tidak tanya ialah, 'Kenapakah Mantan Perdana Menteri telah dipukul matanya oleh Ketua Polis Negara sebagai seorang sahabat karibnya yang telah hilang kesabaran?'
56. Dalam majlis dialog itu juga saya telah difahamkan perasaan tidak senang hati mereka atas pemecatan Wakil Perdana Menteri dari jawatannya. Ada gambaran yang diberi kepada mereka bahawa Tun Dr. Mahathir takut dikalahkan oleh Wakilnya.
57. Apa yang mereka tidak tanya ialah, 'Kenapakah seorang Perdana Menteri yang bertaraf dunia seperti Tun Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk memecat Wakil yang dididiknya yang sangat disayangi itu?'
58. Tun Dr. Mahathir dan Ketua Polis Negara tidak mempunyai kesempatan untuk menjelaskan tindakan mereka, walau pun Tun Dr. Mahathir sendiri menjadi marah dengan tindakan Ketua Polis Negara itu.
59. Sebenarnya tidak ada faktor takut pada Tun Dr. Mahathir yang pernah menentang Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri sehingga dipecat dari UMNO. Sebagai seorang doktor Tun Dr. Mahathir selalu mengingatkan bahawa beliau adalah seorang doktor perubatan dan bukan doktor falsafah. Sebagai doktor perubatan beliau akan memeriksa dahulu seseorang yang sakit itu sebelum diberi obat. Jika, setelah diketahui penyakitnya dan ianya memerlukan ubat untuk diminum atau ditelan beliau akan memberinya. Jika pesakit perlu dioperasi maka Tun Dr. Mahathir akan membaringkan pesakit di atas meja bedah dan membedahkannya setelah diberi anestetik. Jika tidak ada anestetik di hospital maka beliau akan tambat pesakit untuk dibedah tanpa diberi anestetik dahulu. Beliau akan berusaha menyembuhkan penyakit walau pun jeritan pesakit begitu perit sekali.
60. Bagi Tun Dr. Mahathir Wakilnya itu berpenyakit dan untuk menyelamatkan UMNO dan Negara maka beliau perlu diubati, diketepikan atau disingkirkan.
61. Kepada satu soalan lain yang menggambarkan Malaysia begitu rugi kerana tidak memunafa'atkan seorang pemimpin yang muda dan berpotensi saya mencadangkan supaya Mantan Wakil Perdana Menteri diterima untuk menjadi pemimpin di Indonesia.
62. Bagi Tun Dr. Mahathir faktor moral penting ada pada seseorang pemimpin. Menang atau kalah di dalam mahkamah tidak menjadi penentu kepada keadaan moral seseorang itu.
BRIGHTON CLUB
63. Sebaik sahaja Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengambil alih jawatan Presiden Republik Indonesia saya, sebagai Mantan Menteri Pertanian Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada sebuah think-tank Brighton Club di Bogor. Think-tank ini telah diasaskan oleh Presiden Yudhoyono sewaktu beliau sedang mendapat kulliyyah untuk S3 - nya di Institut Pertanian Bogor.
64. Dalam ucapan itu saya telah menjelaskan mengenai konsep 'The Man Behind The Tree' atau 'Orang di Belakang Pokok' sebagai dasar pendekatan RISDA di bawah pimpinan Ketua Pengarahnya Dr. Mohd. Nor Abdullah. (Dr. Mohd Nor ialah menantu pelakon filem yang serius Haji Mahadi Haji Said, adik kepada Dato' Haji Reza Haji Said anggota Parlimen yang telah membawa saya masuk UMNO pada 13 Oktober, 1963).
65. Konsep 'Orang Di Belakang Pokok' ini bererti penoreh getah di belakang pokok getah, pesawah di belakang pokok padi, penternak di belakang binatang ternakannya dan nelayan di dalam perahunya, adalah lebih penting dari getah, padi, lembu dan ikan yang ditanam, diternak atau ditangkap. Pokoknya dalam pendekatan konsep ialah 'Orang Lebih Penting Dari Hasil Alat Alat Yang Digunakannya'.
66. Oleh itu usaha membasmi kemiskinan atau mutu hidup masyarakat kampung tidak bergantung kepada bertambah pengeluaran padi, bertambah haiwan ternakan atau banyaknya ikan yang ditangkap.
Sementara bertambahnya pengeluaran padi, penternakan haiwan dan penangkapan boleh menambah baik ekonomi negara tetapi jika perhatian tidak diberi kepada 'Orang' maka rakyat akan kekal miskin di dalam negara yang kaya.
67. Ramai peserta kursus menyatakan akan menjemput saya lagi untuk menghuraikan pengalaman saya sebagai Mantan Menteri Pertanian tetapi, apabila saya bertemu dengan seorang peserta yang merupakan pengedar mesin pengeluaran hasil pertanian dan makanan maka saya tahu bahawa saya tidak akan dijemput lagi.
PAK IMAD DALAM KENANGAN
68. Baru-baru ini saya diberitahu bahawa Alumni Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia telah menganjurkan satu majlis di Bandung untuk memperingati Allahyarham Pak Imad (Haji Imaduddin Abd. Rahim)
69. Saya teringat kali terakhir saya bertemu dengan keluarga Pak Imad di sebuah restoran di Gombak kira-kira beberapa bulan sebelum beliau uzur sehingga kembali ke rahmatullah.
70. Pak Imad telah diperkenalkan kepada saya oleh nenek mertua saya Teungku Muhammad Daoed Beureu-Eh sebagai anak Kiai Rahim yang sangat terkenal dan disegani di Medan. Sebelum ke Malaysia untuk bertugas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beliau mengajar di Institut Teknologi Bandung (ITB) dalam bidang Electrical Engineering.
71. Naib Chancellor UTM pada waktu itu ialah Tan Sri Ainuddin Wahid yang pernah menjadi Pengerusi SHAMELIN di waktu saya menjadi Setiausaha Agongnya.
72. Pak Imad telah dikeluarkan oleh pemerintah Malaysia kerana ucapannya di Trengganu yang mengkritik Raja-Raja Melayu. Mengkritik Raja-Raja Melayu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
73. Sekembalinya ke Indonesia beliau telah menyampaikan ucapan dalam satu majlis bersama Bapak Fadlullah Wilmot di Aceh. Selepas ucapan itu Pak Imad telah ditahan di Jakarta sementara Fadlullah telah keluar ke Malaysia.
PAK IMAD DAN DR. SUBANDRIO
74. Pak Imad memberitahu saya, sebagaimana beliau memberitahu kepada pengarang Nobel Prize V. S. Naipul bahawa beliau berada dalam satu kamar dengan Mantan Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio. Sementara Dr. Subandrio menggunakan kesempatan untuk belajar Al Quran dari Pak Imad maka Pak Imad juga mengambil kesempatan untuk belajar mengenai sikap politik orang Jawa.
75. Subandrio menasihatkan Pak Imad supaya tidak berkeras dengan pemimpin Jawa. Banyak yang boleh dilakukan jika seseorang itu berlembut dengan pemimpin atasan dari suku Jawa. Lantaran itu Pak Imad telah menulis sepucuk surat yang sopan kepada Presiden Soeharo meminta ma'af atas apa jua perkara yang menimbulkan masalah kepada Bapak Presiden.
DARI JURUTERA ELEKTRIK KE JURUTERA INDUSTRI
76. Ekoran daripada surat itu Pak Imad telah dibenarkan Pak Harto untuk belajar di Colombia Universiti, Amerika Syarikat dalam bidang Electrical Engineering dengan biasiswa negara Arab Saudi. Setiba di Colombia Universiti Pak Imad telah menukar bidang pengajian kepada S3 di bidang Industrial Engineering.
ROSIHAN ANUAR, IBNU SUTOWO DAN HABIBIE
77. Sekembali dari Amerika Syarikat Pak Imad telah bertemu dengan wartawan terkenal Rosihan Anuar. Dari Bapak Rosihan Anuarlah Pak Imad mengetahui mengenai Pak Habibie sebagai seorang intelektual Islam yang telah dipilih oleh Pak Harto untuk membangun industri di Indonesia. Bapak Habibie telah dicadangkan oleh Bapak Ibnu Sutowo, Presiden Direktur Pertamina.
78. Surat Pak Imad telah disampaikan oleh Bapak Habibie kepada Presiden Soeharo. Pak Harto telah mengembalikan surat ini kerana mengikut Pak Harto yang menanda-tangani surat itu hanya dua orang. Jika 20 orang yang menandatanganinya maka permintaan Pak Imad boleh dilayani.
PENUBUHAN IKATAN CENDIKIAWAN MUSLIM INDONESIA
79. Akhirnya, setelah Pak Imad memperolehi lebih dari 20 tanda-tangan (katanya sekitar 40 orang) Presiden Soeharto telah menyetujui dengan cadangan Pak Imad untuk menubuh Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan sekaligus pada hari pelancarannya Presiden Soeharto telah memberi izin supaya ICMI mengendalikan suratkhabar REPUBLIKA. Begitulah kira-kira cerita Pa' Imad. Wallahu'alam.
PAK IMAD BERTEMU USTAZ SHAARI
80. Di waktu Pak Imad bertemu saya beliau sudah pun bertemu dengan Ustaz Shaari Darul Arqam untuk meminta ma'af atas segala kritikannya dulu terhadap Darul Arqam dan Ustaz Shaari selaku pemimpinnya. Beliau tidak lagi percaya ke atas kritikan Mantan Wakil Perdana Menteri terhadap Ustaz Shaari setelah ahli-ahli Al Arqam dikeluarkan dari ABIM setelah lebih dulu dijemput masuk ke dalam ABIM oleh Mantan Wakil Perdana Menteri. Pak Imad kesal atas segala kritikan terhadap Ustaz Shaari, yang berketurunan Jawa, yang dipandang mulia oleh Nahdatul Ulama, khususnya Gus Dur, dan Pak Imad sendiri.
81. Saya tidak pernah bersetuju dengan ahli-ahli Darul Al Arqam memasuki ABIM di waktu saya menjadi salah seorang dari pemimpinnya. Tetapi saya kekal bersahabat dengan Ustaz Shaari hingga ke akhir hayatnya, walau pun saya tidak pernah berguru ugama padanya.
82. Saya dan Pak Imad percaya bahawa segala kesalahan ajaran Darul Arqam yang diharamkan oleh Majlis Fatwa ASEAN itu dapat dibetulkan kerana ianya berpunca dari isteri tercinta Ustaz Shaari. Sekarang pun isterinya masih menyeleweng dengan ajarannya walau pun Ustaz Shaari sudah tiada lagi. Jika kesalahannya telah kita betulkan maka bangsa Melayu tidaklah kerugian dengan pemusnahan sebuah institusi perdagangan dan perusahaan Bumiputra, tanpa bantuan kerajaan, yang bernilai lebih RM1 billion, yang kegiatannya bertaburan di seluruh dunia, di masa itu.
83. Saya mendapat tahu dari kawan-kawan bahawa Mantan Wakil Perdana Menteri telah turut berucap dalam majlis memperingati Pak Imad anjuran Alumni HMI. Beliau telah merayu supaya yang hadir mendo'akan supaya beliau dapat menjadi Perdana Menteri dalam PRU ke 13 yang akan datang.
84. Bagi yang memikirkan hubungan Indonesia dan Malaysia menjadi renggang dan mengharapkan seorang pemimpin baru bagi Malaysia untuk dapat menyelesaikannya, hendaklah membuat analisa yang teliti semoga individu yang diharapkan untuk menyelesaikan masalah bukan punca kepada masalah itu sendiri.
PLN (PERUSAHAAN LISTRIK NEGARA) INDONESIA
SAINGAN
TNB (TENAGA NASIONAL BERHAD) MALAYSIA
85. Pada muka 59-60 buku Bapak Dahlan Iskan, yang bertajuk 'Dua Tangis Seribu Tawa'. ada tertulis:
Kita perlu membangun kepuasan pelanggan secara terstruktur. Kata 'memuaskan pelanggan' kelihatannya seperti sebuah kerja pengorbanan untuk orang lain. Padahal tidak sepenuhnya seperti itu. 'Memuaskan pelanggan' pada dasarnya adalah untuk kepentingan kita sendiri juga: merebut kepercayaan itu dan menghindarkan dari tuduhan itu! Memuaskan pelanggan kelihatannya hanya untuk kepentingan pelanggan. Padahal udang yang ada di balik itu adalah batu kita sendiri.
Lebih jelasnya lagi: rakyat kita belum menuntut PLN sehebat Jepang, USA atau Inggris. Rakyat kita sudah akan puas kalau kita bisa sedikit lebih hebat dari Malaysia. Kalau PLN bisa mengalahkan Malaysia saja, rakyat di seluruh Indonesia sudah akan bertepuk tangan bersama-sama yang gemuruhnya mungkin sudah akan sampai nun di sekitar sidratul muntaha.
Mengalahkan Malaysia. Bukan Amerika atau Inggris.
Alangkah dekatnya. Alangkah mampunya. Alangkah realistisnya. Inilah yang harus terwujud di akhir bulan November 2010 nanti di Jawa dan akhir tahun depan di Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, dan beberapa wilayah lainnya.
Saya sudah keliling begitu banyak wilayah kita. Saya sudah lihat kualitas SDM PLN yang ada di dalamnya: sangat tidak meragukan kemampuannya. Saya sudah melihat fasilitas yang ada dan yang akan diadakan tahun ini dan tahun depan. Semua parameter menunjukkan bahwa kita bisa mengalahkan sekadar Malaysia secepatnya.
86. Syabas Pak Dahlan Iskan. Inilah yang dikatakan 'positive thinking.' Pak Dahlan telah menjadikan Malaysia sebagai sumber inspirasi yang menaikkan semangat petugas PLN untuk cemburu dan ingin kepada sukses.
87. Pak Dahlan Iskan tidak memperkecilkan pencapaian Malaysia. Sebagaimana Malaysia dulunya mempelajari dari Indonesia. Alangkah baiknya jika perlumbaan antara pasukan bola-sepak Malaysia dan Indonesia membuat kedua buah negara maju bola sepaknya sehingga menyaingi Manchester United dan Manchester City. Asal jangan seperti Daerah Aceh yang mengirim pasukan bolanya ke Paraguay dari kalangan keluarga yang berkepentingan tetapi tidak pandai main bola. Kita tidak perlu adakan angkatan bersenjata untuk menjaga keselamatan pasukan masing-masing. Ini memalukan bangsa serumpun.
88. Saya yakin ke atas masa depan ekonomi Indonesia dengan adanya tokoh-tokoh seperti Bapak Dahlan Iskan dan Bapak Djan Faridz yang mendirikan Pasar Tanah Abang yang begitu popular bagi rakyat Malaysia, Indonesia tidak memerlukan pemimpin Malaysia yang tidak bermaruah, pro-Israel, yang menganggap undang-undang yang mengharamkan kegiatan seks antara pasangan sejenis sebagai kolot, dan yang menghinakan negaranya sendiri, di negara luar, untuk mendapat petunjuk dan menjadi sumber inspirasi.
89. Pribumi Indonesia dan Bumiputera di Malaysia hendaklah bekerjasama menjayakan ekonomi masing-masing sehingga kita tidak dipandang rendah dan dianggap, hanya ramai, tidak berkemampuan.
90. Kita perlu tumpukan perhatian kepada usaha membahagiakan rakyat, dari semua kaum dan golongan, dalam mencari keredhaan Allah s.w.t..
89. Pribumi Indonesia dan Bumiputera di Malaysia hendaklah bekerjasama menjayakan ekonomi masing-masing sehingga kita tidak dipandang rendah dan dianggap, hanya ramai, tidak berkemampuan.
90. Kita perlu tumpukan perhatian kepada usaha membahagiakan rakyat, dari semua kaum dan golongan, dalam mencari keredhaan Allah s.w.t..
ASS...,
ReplyDeleteWow!!!!!
Terima Kasih TS.
akulamatqedah.
Tan Sri Dato, sumber bacaan yang sangat berguna dan penting kepada sejarah alam nusantara. saya terfikir juga suatu ketika Tan Sri tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan, maka saya ada mengatur agar Tan Sri dapat teruskan usaha menyampaikan maklumat kepada beberapa pertemuan dengan pelajar dan staf Universiti putra Malaysia dan Universiti Malaya. Tetapi ucapan-ucapan itu tidak dibukukan atau dimuatkan ke dalam blog ini.
ReplyDeleteTan Sri,
ReplyDeleteTeringat saya tentang 'perkahwinan politik' yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan serata dunia pada satu masa dahulu (termasuklah di Nusantara) dalam usaha mengukuhkan sesuatu empayar itu.
Saya juga teringatkan usaha sama yang dijalankan oleh Rasullullah saw dalam mengeratkan hubungan Muhajirin dan Ansar.
Apabila melihat ada pihak yang cuba mengeruhkan hubungan Malaysia dan Indonesia, kita tidak perlu bersusah payah meneka siapakah dalang di belakangnya.
Apabila kita melakukan sesuatu itu dengan niat yang suci dan murni, sudah tentu Allah merestuinya dengan melimpahkan segala kebahagiaan kepada kita.
Semoga Tan sri dan Puan Sri terus dilimpahkan kebahagiaan.
Tan Sri,
ReplyDeleteKenyataan saperti Tan Sri ini juga tepat sekali untuk di alamatkan kapada pemimpin UMNO Baru yang berterusan bersifat pura2 dan hidup bermewah dengan harta rasuah dan salah guna kuasa yang dikumpul diatas keringat rakyat Malaysia yang di"lembu"kan:
".....88. Saya yakin ke atas masa depan ekonomi Indonesia dengan adanya tokoh-tokoh seperti Bapak Dahlan Iskan dan Bapak Djan Faridz yang mendirikan Pasar Tanah Abang yang begitu popular bagi rakyat Malaysia, Indonesia tidak memerlukan pemimpin Malaysia yang tidak bermaruah, pro-Israel, yang menganggap undang-undang yang mengharamkan kegiatan seks antara pasangan sejenis sebagai kolot, dan yang menghinakan negaranya sendiri, di negara luar, untuk mendapat petunjuk dan menjadi sumber inspirasi..."
Kalau berterusanlah UMNO Baru dipimpi olek puak2 berpura2 ini, dalam satu atau dua abad lagi sampailah giliran rakyat Melayu Malaysia menjadi PATI ka Tanah Seberang ..
Selamt ulang tahun 41 perkahwinan Tan Sri
Baiman
Tan Sri sanusi.
ReplyDeleteNampak nya kemaran Tan Sri dengan Anwar maseh belarutan sahingga Tan Sri bersara dari Politik.Ini bukan sifat saorang Islam yang baik.Kita dan Tua dan pada bila bila masa akan masok kubor,jika boleh kita tidak mahu tinggal musoh di belakang.
Jika betul Anwar itu suka main belakang,atau Pro Israel,atau tidak amanah dalam kerja ada lah lebeh baik Tan Sri panggil dia dan bebicara terus terang dengan nya dan beri pandangan yang betul.Bukan digalakkan oleh orang Islam untok memalukan orang Islam yang laiun di khalayak ramai.Lagi pun Tan Sri dengan Anwar masa muda dahulu kawan baik dan sama sama dalam ABIM.
Rekord Tan Sri sawaktu dalam UMNO pun bukan baik sangat.Orang yang rapat dengan Tab Sri tahu hal ini,tapi tidak usah lah kita keluarkan cerita2 yang tak elok itu.Backbitting itu dilarang sekali dalam Islam.
Tan Sri.
ReplyDeleteCukup lah.tak usah nak kelentong cerita lamalama.
Ingat tak samasa Saudara pergi ka University Malaya dalam satu majelis Forum tahun 1973,Saudara telah menyerang Dr mahathir dengan terbuka.Masa itu Saudara berkata yang Dr Mahathir dan Tengku Abdullah makan duit ayer burit kerana telah menggunakan bangunan MAYC di jalan Loonie sabagai sarang pelacor.Semua orang tahu termasok Dr mahathir sendiri.
Saudara juga bertanggong jawab menjatohhkan Dato Sri Syed Nahar dengan mendedahkan cerita Montoya yang memalukan Syed Nahar.Boleh kita tanya dengan Osman Arof,Ceh Gu Ya dan ramai lagi tokjoh UMNO.
Samasa Tan Sri menjadi MB Kedah,Tan Sri telah mengunakan kesempatan itu untok merosakkan pemimpin UMNO Kedah sabelum itu.Tabya Rahman Ibrahim,tanya Osman Raof tanya Dr Affifuddin.
Saya ingat tak payah lah Tan Sri hendak kelentong dengan cerita ini.Kami kenal sangat siapa itu Tan Sri Sanusi Junid.Cuba cerita apa telah terjadi dengan Shamelin.MAYC.UIA Taman Pertanian Selangor,
Bangsa ACEH dan ulamanya sangat takut dengan Allah tapi akhir2 ini ramai orang Aceh telah menyeleweng dari ugama Islam,aLLAH MARAH DAN DI DATANGKAN Tsunami.Nasib baik Tan Sri berada di Malaysia jika berada di Aceh sudah tentu di telan ombak Tsunami kerana dosa yang Tan Sri lakukan kapada anak bangsa.
Tan Sri,
ReplyDeleteSudah 41 tahun Tan Sri berumah tangga maseh lagi cemburu dengan Anuar Ibrahim nampaknya.Ini lah orang Islam diakhir zaman. Bermusuh sesama sendiri.Tak pelu nasara atau yahudi untuk menghancurkan umat Islam.Baru sahaja menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW.Sepatutnya menyabut ulang tahun 41 mendiri rumah tangga sunah Rasul SAW dimenafatkan. Kalau benarlah Anuar beliu sudah sesat, nasihatlah dia dengan baik.
Salam Tan Sri, menarik sungguh kisah-kisah yang terangkum dalam masukan kali ini. Banyak maklumat yang dapat dipetik dan dijadikan pengajaran. Satu perkara yang menarik bagi saya adalah di waktu Kerajaan Malaysia diburukkan di sana sini oleh orang Malaysia sendiri, ternyata ada juga yang dapat melihat dan mengakui keberhasilan yang telah dicapai oleh Kerajaan selama ini. Saya rasa Dahlan Iskan memuji Malaysia bukan kerana nak mengampu untuk menang pilihan raya. Oleh itu amatlah menduka citakan jika Jamaah Pengikut Pak Syaikh macam Megat Osman, Pak Feisol dan Anon 8:45 PM yang terus melompat kerana fakta mengenai hero mereka dihuraikan.
ReplyDeleteUntuk Anon 8:45 saya cadangkan saudara cuba nasihat hero saudara supaya tak payah lagi nak memburuk-burukkan negaranya sendiri, apatah lagi dia juga lama berkuasa dahulu tapi tak boleh buat apa juga. Untuk Megat Osman, saya sarankan saudara tak payah berselindung dengan agama, kerana agama bukan untuk diguna pakai sesuai kehendak kita. Kalau terkena hidung sendiri terus bercakap pasal agama, tetapi kalau hero kita yang buat perkara yang agama larang pun kita buat tak tahu je. Mendedahkan kebenaran tidak boleh dihentikan hanya kerana takut dengan kata cemburu. Takkan Tan Sri nak cemburu mengenai China Doll dan jambu-jambu kot? Tak logik langsung he he he. Tan Sri jangan dengar pandangan Megat Osman kerana beliau tidak ikhlas.
Bagi Pak Feisol pula, saya serukan jangan kuat kelentong dan ulang cerita lama. Anda kena ingat, Tun Mahathir memang hebat kerana orang yang tentang dia pada satu masa dulu, juga dia akui kehebatannya. Anwar lagi hebat kerana menentang Tun M yang banyak membantunya. Saya cadangkan saudara baca dahulu semua yang ditulis oleh Tan Sri dalam blog ini, banyak cerita mengenai Shamelin, MAYC dan perkara-perkara lain. Kalau sudah baca semua baru boleh komen, jangan tak tentu pasal sudah melompat. Mengenai tsunami, saudara kena tanya apa pandangan orang Aceh, jangan suka-suka hati nak kata perkara tu pasal amarah Allah, walhal bagi orang Aceh itu kerana Allah sayangkan mereka. Kalau tsunami tak ada, sampai sekarang masih ada peperangan kat Aceh dan tak wujud perdamaian.
Tsunami telah membuka pintu bagi perdamaian dan bangsa-bangsa luar datang ke Aceh untuk tolong rakyat Aceh yang selama ini menderita kerana perang dan ketidakadilan Kerajaan Indonesia.
Bagi saya apa-apa jua peristiwa dan masalah selalu saja ada orang yang berbeza pandangan dalam melihatnya. Umpama gelas yang airnya tak penuh, ada yang kata gelas itu separuh kosong, ada yang kata gelas itu separuh penuh. Macam tu jugalah kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Tan Sri selama kerjayanya sebagai ahli politik, tentu berbeza-beza cara penilaian seseorang apatah lagi bila penilaian itu tidak telus.
Tan Sri perlu teruskan menyatakan kebenaran kerana sudah terlalu lama mendiamkan diri.
Assalaamualaikum Tan Sri,
ReplyDeleteTahniah atas ulangtahun rumahtangga ke-41. Semoga terus dicucuri rahmat hingga ke syurga. Insya Allah.
Suatu input yang menarik, Alhamdulillah, terima kasih atas pengongsian sejarah.
Wassalaam.
Pak Faisol & Anon 8:41,
ReplyDeleteTakdak sekali pun Tan Sri Sanusi menyebut nama Anwar Ibrahim dalam artikel ni. Awat nak melenting tak tentu pasal ... Tan Sri bagi nasihat secara general, siapa yang makan cili, dia la rasa pedasnya.
Megat Osman,
ReplyDeleteAdakah mungkin Tan Sri Sanusi sebagai 'abang' Anwar Ibrahim telah cuba memberi nasihat tetapi dia tidak mahu dengar?
Sejarah Tan Sri Sanusi bersama Anwar Ibrahim bermula dari zaman muda2 dulu. Bapak Anwar Ibrahim sendiri telah meminta Tan Sri Sanusi Junid menjaganya sebagai adik sendiri ketika di MCKK dulu .. bukankah perlakuan Anwar Ibrahim yang tidak mahu menerima nasihat Tan Sri Sanusi Junid boleh diandaikan seperti 'kacang melupakan kulit' ... fikir2kanlah.
Apa-apa pun .. sila fokus pada artikel ye.
Sudah agak lama juga Tan Sri meletakkan jawatan dalam politik tapi ternyata Anwar dan rakan-rakannya masih takutkan Tan sri. Terlalu capat nak melenting memang sikap pengikut Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteSiapalah yang akan berjaya menasihati Anwar secara baik? Manusia biasa mungkin tidak berjaya agaknya. Anwar mungkin rasa gembira kerana kini masyarakat Islam Malaysia telah menjadi masyarakat yang amat toleran. Mana tidaknya ramai di kalangan orang Islam yang ingin melihat seorang peliwat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Syabas rakyat Malaysia kerana kita telah menjadi sebuah negara yang maju tanpa mengira masalah moral seseorang.
Jika saya bertemu dengan Anwar Ibrahim, saya akan memohon maaf padanya kerana saya telah melakukan satu dosa yang amat besar terhadapnya iaitu menganggap seorang pelaku seks rambang dan peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Ternyata saya silap. masih ramai yang menyokongnya walaupun bukti rakaman seks dengan pelacur cina itu ternyata tulin.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada PAS kerana perjuangan mereka ialah meletakkan Peliwat ini sebagai Pemimpin Negara Islam mereka.(tahniah! bukan senang tau!). terutama bila filem seks kita disebarkan.
Bila PAS dan Pakatan memerintah negara ini nanti semua kes mesti ada 4 orang saksi kepada setiap kes.
hairan juga kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak menggunakan DNA sbg bukti.
Anwar Ibrahim mesti akan muncul dalam siaran National Gographic. Ramai yang suruh Tan sri nasihatkan Anwar secara baik. Yalah. Nanti saya jumpa Anwar saya akan cakap baik-baik padanya "jangan liwat orang lagi ya sayang. tak baik tau. Dan jangan main dengan pelacur cina tu tau, Tak baik, dosa. Kan nak jadi PM. tak bolehlah nak liwat orang".
Saya ingin menasihat Tan Sri, "Melayunologi" dan "Selalu Lewat" agar mengambil berat nasihat Megat Osman agar kelak tidak muflis."Selalu Lewat" (kalau dia saorang penganut Islam) disarankan segera bertaubat kerana mempersenda hukum ALLAH.
ReplyDeleteBaiman
Salam,
ReplyDeleteSaya beragama Islam. Namun saya tak nampak yang Melalyulogi atau Selalu Lewat sebut sesuatu yg bertentangan Islam. Ternyata Anon yang telah dimufliskan pemikirannya oleh ketaksuban terhadap pemimpinnya yang dilaknat oleh Allah seperti kaum Nabi Lut. Kalau Anon beragama Islam, segera bertaubatlah.