TIGA DARI SEPULUH ADALAH ANGKA DARURAT.
1. Mingguan Malaysia pada hari ini, 11hb Mac, 2012, berjaya mengenengahkan satu berita sensasi mengenai LGBT. Iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
2. Dengan keluarnya berita sensasi seperti ini maka surat khabar menjadi bertambah popular.
3. Encik Hushim Salleh juga pasti gembira mendapat publisiti yang begitu meluas kerana mendapat pendedahan di muka depan surat-khabar nasional.
4. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender juga tentu seronok kerana pendedahan ini menunjukkan jumlah mereka bertambah banyak sehingga 3 dari 10 lelaki dikatakan terjebak gejala seks songsang. Ini adalah satu kemajuan bagi golongan mereka.
5. Yang paling gembira sekali ialah tokoh-tokoh politik yang membela kebebasan kegiatan seks antara sejenis supaya dihalalkan di dalam negara Malaysia yang Islam menjadi ugama rasmi. Tokoh yang memomokkan Islam beginilah yang bertanggungjawab mempopularkan pelakon-pelakon adegan songsang begini.
6. Perlu diingat bahawa jika seseorang yang popular itu melakukan satu-satu jenis maksiat janganlah diharapkan dengan mendedahkan maksiat yang dilakukannya yang popular boleh menjadi kurang atau tidak popular lagi. Maksiat itulah yang akan menjadi popular. Kalau begitu untunglah yang melakukan maksiat jika proses pengadilan di mahkamah dilambat-lambatkan.
7. Apakah yang melakukan maksiat tidak boleh bertaubat dan media masa berhenti mempopularkan maksiat yang dilakukan? Apakah untuk tidak lama media membuat pendedahan maka akan selesai masalah jika yang dituduh tidak diadili. Seronoklah semua yang melakukan maksiat.
8. Sebaliknya, apakah jika tidak ada pendedahan ke atas maksiat yang dilakukan maka maksiat itu akan terhenti dengan sendirinya.
9. Kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender dari luar negara tentu membuat rancangan untuk melancong ke negara kita di mana amalan LGBT begitu popular dan mereka juga dapat bertukar selera apabila berada di sini.
7. Apakah yang melakukan maksiat tidak boleh bertaubat dan media masa berhenti mempopularkan maksiat yang dilakukan? Apakah untuk tidak lama media membuat pendedahan maka akan selesai masalah jika yang dituduh tidak diadili. Seronoklah semua yang melakukan maksiat.
8. Sebaliknya, apakah jika tidak ada pendedahan ke atas maksiat yang dilakukan maka maksiat itu akan terhenti dengan sendirinya.
9. Kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender dari luar negara tentu membuat rancangan untuk melancong ke negara kita di mana amalan LGBT begitu popular dan mereka juga dapat bertukar selera apabila berada di sini.
10. Kita mendengar ada negara di dunia yang pemimpinnya seorang lesbian.
11. Tiga dari sepuluh ( 3 dari 10 ) adalah satu angka yang mencemaskan. Ianya sudah sampai ke 'critical mass' dan jika tidak dibetulkan bahaya akan menimpa kita kerana angka sedemikian menunjukkan suasana darurat sudah tiba. Apakah kita sudah menghampiri peratus yang terlibat ke tahap masyarakat di zaman Nabi Luth a.s.. Wallaahu A'lam.
12. Kelompok LGBT ini, kecuali yang insaf, agak fanatik terhadap yang sejenis dengan mereka. Jika angka Encik Hushim betul maka kumpulan mereka lebih ramai dari ahli PERKASA.
13. Pasti mereka akan mengundi pemimpin yang ingin menghalalkan LGBT.
14. Pelancong dari luar negera, yang cemburukan Malaysia, tentu tertawa melihat kemerosotan moral dalam negara kita, lebih-lebih lagi pelancong dari kalangan bukan Islam.
15. Pelancong dari negara yang mengenakan hukuman pancung kepada mereka yang bergiat demikian tentu sesak nafas apabila membaca berita ini.
16. Di satu masa dulu saya pernah terbaca, entah di mana, berita yang menyatakan hanya 20 % sahaja dari ummat Islam di negara ini yang sembahyang lima kali dalam sehari semalam.
17. Tidak hairanlah jika 30% dari lelaki kita gay kerana hanya 20% dari umat Islam yang sembahyang lima kali dalam sehari.
18. Kalau sembahyang itu dikatakan menjadi penghalang kepada maksiat berertilah hanya 20% sahaja yang mempunyai perisai dari maksiat.
19. Waktu saya di Universiti Islam dulu saya menjadi tidak popular dengan kelompok ini kerana enggan menyampaikan ijazah di atas pentas kepada seorang pelajar Mak Nyah yang baru seminggu sebelumnya telah menjadi ratu Mak Nyah dalam satu pertandingan di Sunway Lagoon. Ada pemberita yang memberitahu saya bahawa satu akhbar tempatan ingin mengambil gambar Mak Nyah yang menerima ijazah dari saya untuk dimuatkan dalam akhbar itu di samping gambar lain yang menunjukkan Mak Nyah menerima hadiah ratu cantik.
20. Sementara LGBT bertambah ramai, yang sembahyang lima kali dalam sehari juga kecil, kita dapati pendakwah di kalangan ummat Islam bertambah ramai. Ramai juga yang minat dengan lagu dakwah dan bukan isi dakwah itu. Seniman dakwah bertambah popular sementara jenayah bertambah meningkat.
21. Banyak juga yang dulunya berdakwah bertukar menjadi ahli politik. Apabila semangat politik melebihi semangat dakwah maka bertukarlah matlamat perjuangan dari mendirikan negara Islam kepada mewujudkan negara kebajikan, yang usahanya memang sudah dan sedang diusahakan.
22. Apakah dengan itu kebajikan, dan bukan pengajaran, untuk LGBT, yang lebih dipentingkan dari dakwah Islamiah.
23. Apakah akan wujud negara Islam jika rakyat bertamah ramai menjadi mungkar? Apakah negara itu tidak dengan sendirinya menjadi negara Islam jika majoriti ummat Islam di kalangan rakyatnya patuh kepada Islam dalam batasan kemampuannya.
24. Apakah perlu kita memperolehi kuasa politik dahulu, dengan meredhai jalan mungkar dan menidakkan persaudaraan ummat Islam yang dituntut oleh ugama, seterusnya bersahabat dengan 'kafir kharbi' yang menolak Islam sama sekali. Kenapakah kita terlalu cepat berkawan dengan musuh dan terlalu cepat bermusuh dengan kawan.
25. Bukankah tercapainya satu-satu matlamat itu ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara perjalanan, atau usaha, yang kita lalui itulah yang menentukan pahala dan dosa untuk kita.
26. Saya kesal dengan berita begini. Berita begini menghinakan bangsa.
27. Kita do'akan semoga angka Encik Hushim Salleh tidak betul.
28. Kita juga mendo'akan semoga angka 20% sahaja ummat Islam yang sembahyang sehari semalam lima kali juga tidak betul; kalau angka tersebut betul kita do'akan semoga peratusan ummat Islam yang sembahyang sehari semalam lima kali dapat ditingkatkan dengan cepat.
29. Kalau semua Melayu sibuk dengan politik kenapakah keadaan politik Melayu menjadi bertambah lemah?
30. Kalau bertambah banyak Melayu menjadi pendakwah kenapakah maksiat di kalangan ummat semakin bertambah.
31. Malangnya nasib bangsa kita. Sementara kemajuan di bidang ekonomi masih belum berhasil, kuasa politik terus terhakis, maksiat dan jenayah terus meningkat.
32. Sudah tentu kelohan begini tidak popular.
Datuk,
ReplyDeleteYang bertanggung jawab mempopular kegiatan LGBT yang dilaknat ini adalah UMNO Baru sendiri.UMNO Baru dari tahun 1998 lagi telah memberi publisiti kapada kegiatan liwat.Kanak-kanak dan remaja dewasa dari seluruh Malaysia yang tidak menggerti apa itu liwat, saban hari mendapat pendidikan melalui media cetak, TV milek UMNO Baru dan Kerajaan tanpa penapisan atau batasan.Datuk sendiri perlu turut menanggung dosa menyebar dan mendidik anak bangsa yang sedang membesar dengan suasana politik untuk terus berkuasa diatas isu liwat.
Salam Tan Sri, memang cukup merunsingkan sekiranya apa yang disebutkan oleh Encik Hushim Salleh benar adanya. Tak tahulah apa nak jadi dengan masa hadapan Malaysia amnya dan Melayu khasnya. Lebih runsing lagi jika pandangan Anon 1:31 PM diambil kira dan jadi ikutan banyak pihak. Takkanlah orang lain yang kena menanggung dosa pelaku liwat dan maksiat lainnya? Pendedahan diberi bukan untuk menguar-uarkan orang ikut melakukan maksiat sama. Publisiti dimaksudkan untuk memberikan kesedaran tentang bahaya perilaku yang dilaknat oleh ugama.
ReplyDeleteKalaulah logik Anon 1:31 PM ini diambil kira bermaknalah kita tidak boleh memberi pendedahan mengenai perkara-perkara yang dilarang dalam ugam Sebagai contoh, kita tidak boleh bagi tahu anak-anak kita untuk tidak minum arak kerana dikhuatiri pendedahan ini akan membuat ramai orang minum arak. Saya rasa Tan Sri tak perlu ambil kira pandangan-pandangan keliru sebegini.
Saya setuju dengan anon 1:31 pm.Liputan tentang kes liwat sangat terperinci dan di ulang ulang sampai semua orang meluat dan malu.
ReplyDeleteSalam. Untuk Anon 10:51. Anda tulis
ReplyDelete"Saya setuju dengan anon 1:31 pm.Liputan tentang kes liwat sangat terperinci dan di ulang ulang sampai semua orang meluat dan malu."
Kalau betul orang meluat dan malu, kenapa pula LGBT berleluasa?
Lucunya respon anda.
Lucu betul response dari Anon. Di Malaysia ni, segala bentuk benda nak disorok atau perlu disorok bila ia melibatkan pembangkang. Dan segalanya perlu didedah bila ia melibatkan org UMNO atau BN.
ReplyDeleteSebenarnya apa yang kita tahu tentang Anwar selama ini belum cukup panas dengan apa yang akan didedahkan tidak lama lagi. Tunggu.......
Amboi, hebat sunggoh fikiran Anon 1:31 PM dan Anon 10:51 AM ini. Orang beri pendedahan liwat kata meluat, walhal korang patut meluat kat kaki liwat tak kisahlah kalau kaki liwat tu hero korang ke, saudara mara korang ke atau sape-sape yang sewaktu dengannya. Tapi kalau korang juga kaki liwat, logiklah bila korang tak suka ada orang buat pendedahan kerja-kerja keji dan laknat yang korang buat.
ReplyDeleteKorang semua kena ingat, masa depan Malaysia tak berapa cerahlah bila kaki liwat berleluasa. Banteras liwat jangan tak banteras.
Inilah yang patut didedah kapada orang Malaysia.Siapakah pemimpin kerajaaan yang menyimpan yang dikatakan oleh orang Israel kapada Diplomat dari Malaysia ini:
ReplyDelete''I recall in 2006 while serving with the UN in New York I was invited to deliver a talk at a conference in Jerusalem. Despite attempts to deny that I was a Malaysian official, they saw me as such, and not as a special UN adviser who I really was.
They were delighted that for the first time in history that they had a ranking “Malaysian official” addressing a public meeting in Israel. They were not particularly interested in what I had to say about good governance, and the vital importance of fighting corruption.
They wanted to know why Malaysia did not recognise Israel and, yet at the same time our government leaders saw nothing wrong in depositing huge sums of money in Israeli banks. I had to tell them I could not answer their questions as I was not a member of the government of Malaysia."
Bank of Israel ke yang dia kata pemimpin Malaysia simpan duit??? Heheheheh bongoknya kalu percaya
ReplyDelete