Wednesday, January 2, 2013

ANTARA HABIBIE DAN ANWAR

HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

1. Antara isu yang paling menarik pada tahun 2012 yang berkaitan dengan perhubungan antara Malaysia dan Indonesia ialah perkara yang ditimbulkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin mantan Menteri Penerangan Malaysia dan Ketua Pengarang surat-khabar, atau koran (bagi rakyat Indonesia), Utusan Malaysia mengenai persamaan antara B. J. Habibie mantan Presiden Republik Indonesia dan Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
2. Sehingga hari ini blog ini dilayari oleh hanya 5977 penduduk di Indonesia samaada rakyat atau pekerja dan pelawat dari luar negeri yang ada di sana. Walau pun jumlahnya kecil tetapi banyak juga sms yang saya terima yang meminta saya membuat komentar mengenai perkara ini.
3. Secara kebetulan saya telah serempak bertemu dengan saudara Zam ( panggilan bagi Tan Sri Zainuddin Maidin ) di Bangsar Village 11 dan bertanya kenapa beliau menulis mengenai 'persamaan' antara dua tokoh itu sedangkan 'perbezaan' antara mereka lebih menarik.


4. Berikutan dengan karangan saudara Zam itu perdebatan hangat telah berlaku di dalam media mengenainya. Antaranya ialah komen mantan Wakil Presiden Republik Indonesia Bapak Jusuf Kala. Berikutan dengan komen mantan Wakil Presiden itu mantan Ketua Polis Negara Malaysia telah mengarang dengan panjang lebar mengenai isu yang sama dengan fakta-fakta yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.
5. Banyak kawan-kawan saya di Indonesia baik daripada PRIMA (Lembaga Persahabatan Indonesia dan Malaysia), ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia), HIPMI (Himpunan Pengusaha Muda Indonesia), Golkar (Golongan Karya), NU (Nachdatul Ulama), PAN (Partai Nasional Indonesia), PDI-Perjuangan (Partai Demokratik Indonesia - Perjuangan), HANURA (Partai Hati Nurani Rakyat), GERINDRA (Partai Gerakan Indonesia Raya), PKS (Partai Keadilan Sejahtera), Persatuan TIM (Persatuan Taman Iskandar Muda) dan Partai Aceh yang ingin mengetahui mengenai pandangan rakyat Malaysia mengenai isu ini. Saya jawab 'lebih ribut di Indonesia dari di Malaysia'.
6. Walau bagaimana pun ramai dari Indonesia yang ingin tahu mengenai apa yang telah ditulis oleh media di Malaysia mengenai perkara ini. Pembaca di Indonesia juga mungkin ingin memaklumkan apa pandangan mereka kerana rakyat di Malaysia tidak membaca surat-khabar (koran) di Indonesia atau mendengar komentar TV di sana.

7. Juru blog ini tidak ingin menurunkan apa-apa berita dari akhbar di Malaysia dan mengalu-ngalukan pandangan daripada mana-mana pihak, termasuk Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Rahim Nor, berkaitan dengan perkara di atas khasnya mengenai perbezaan atau/dan persamaan antara Pak B.J. Habibie dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

8. Juru komen dalam blog ini juga boleh mengenengahkan pandangan dan cadangan yang dapat mendekatkan lagi hubungan antara dua bangsa serumpun yang seugama di Nusantara. Semua ide yang baik akan dibawa ke dalam mesyuarat Persatuan Persahabatan Malaysia-Indonesia (PERMAI).
Sekian, silakan.

28 comments:

  1. Jangan sesiapa layan lagi Zam Maidin.

    Zam Maidin sudah tidak ada apa-apa dalam kerjaaan. Dibuang Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu, undur sebagai Menteri Penerangan akibat kalah dalam pilihanraya dan sekarang merupakan pesara sepenuh masa. Ada ketika diberi kerja sebagai Karyawan Tamu UUM untuk memenuhi masa lapang.
    Kategori personaliti seperti ini ada ketika gatal-gatal jari mengentel-gentel mencari huruf di papan kekunci laptopnya kerana mencari ilham ‘siapa mahu dihentam hari ini’. Akibatnya tidak tahu arah nak dihentamnya Anwar Ibrahim tetapi terhentam BJ Habibie.
    Kini perhubungan kedua negara jadi cempera dik tulisan Zam Maidin. Mereka yang di Indonesia tidak habis-habis merawit kenyataan Zam yang tak tentu punca seperti cacing kerawit. Di dalam blognya Zam nampak gelabah bewak, dipostnya setiap apa sahaja media siarkan sehingga dipostnya Youtube Anwar Ibrahim yang mengatakannya bodoh. Lawan Anwar, Zam pulak postkan visual-visual Anwar bersama China Doll. Blog Zam jadi macam pasar Chow Kit Road, Bukit Bintang campur Jalan Tunku Abdul Rahman. Konon tenang tapi gelabah. Konon OK tapi tak OK.
    Ramai juga yang komen di luar mengatakan Zam juga mengamalkan tapis bertingkat di mana ada komen yang beliau delete khasnya yang kena sebiji di bantang hidungnya. Konon kebebasan media bersuara tapi bila kena batang hidung Zam juga bakul sampahkan pandangan ikhlas pembacanya.
    Zam juga menari yak-yak-yeh konon mesejnya telah sampai sehingga ke Indonesia tapi Zam tidak sedar implikasi kepada datin-datin dan puan seri-puan seri kerana terpaksa basuh baju sendiri berpunca amah Indonesia sukar dilepaskan bekerja di Malaysia.
    Zam marah kepada orang Indonesia kerana rumah nya pernah dirompak dan tangannya pernah dikikat perompak Indonesia tetapi Zam lupa peranan pekerja Indonsia yang membina KLIA dan Menara Berkembar Petronas.
    Itulah Zam Maidin yang konon nasionalis tetapi pernah berniat untuk bermastautin di London kerana takut kesan ramalan teori domino Komunis akan memerintah negara ini akibat kekalahan Amerika di Vietnam.
    Hari ini semua orang susah kerana Zam. Harap Presiden Indonesia memaafkan Zam Maidin kerana kerap bertindak berasaskan ‘konon’, peribadi, syak wasangka dan emosional.

    ReplyDelete


  2. This is how the silly man and the love is sold and bought.

    Read the content and you should ask why man can marry two or even four but woman is only ONE or perhaps has to share with other women.

    Do you think the God is doing that for the followers ?

    I don't know because I don't believe in all the talking shit. If there is a God, show his followers with punishement immediately.

    Don't bullshit the weakers.

    ReplyDelete
  3. 3) Piety or Taqwa this means to fear Allah's punishment and to obey Him through the Quran and Sunnah.
    Allah says in the Quran (Hijr:45):
    "Truly the Pious will be amidst Gardens and Water springs"

    And prophet Muhammed (SAW) said:
    "Fear of Allah and good character most commonly brings people to Jannah, and the mouth and private parts most commonly brings people to the Hell fire.
    (Reported by Tirmidhi, Ibn Majah and Imam Ahmed)
    Tan Sri Sanusi. Mengikut hadith Rasuallah saw,You dan Anwar tak akan berbau shurga,melainkan bertaubat.Tan Sri tak tahu jaga mulut dan Anwar tak tahu jaga private part.
    4) Obedience To Allah And His Messenger (SAW) is a necessary factor to enter Jannah as Allah Says In The Quran (48:17) towards the end of the Ayah:
    "And whosoever obeys Allah and His messenger, He will admit him to Gardens beneath which rivers flow"

    ReplyDelete
  4. MANA ADA SAMA PAK ZAINUDDINJanuary 6, 2013 at 1:25 AM

    Pak Sanusi, isu ini menarik juga untuk dilihat dari berbagai sudut, cuma saya di sini hanya mau bertanya saja mengenai beberapa hal di bawah ini?

    1. Pertama – Apakah sama antara seorang Doktor dalam bidang teknologi pesawat terbang dari universitas di Aachen, Jerman, dengan seorang yang prestasi akademinya kurang, katanya gagal tahun pertama di Universitas Malaya?

    2. Kedua – Apakah sama antara seorang yang pernah menjadi Presiden sebuah Negara yang rakyatnya sekitar 250 juta dengan seorang yang hanya menjadi Wakil Perdana Menteri sebuah Negara yang rakyatnya hanya 25 juta orang?

    3. Ketiga – Apakah sama antara manusia yang dikatakan menjatuhkan ketuanya dengan seorang yang telah dijatuhkan oleh ketuanya?

    4. Keempat – Apakah sama antara seorang yang tidak suka berdemonstrasi dengan seorang yang ahli dalam bidang ini?

    5. Kelima – Apakah sama antara seorang yang anti terhadap Gay dan Lesbian, dan beliau tidak menunjuk lagi seorang menteri ke dalam kabinet kerana beliau itu gay dengan seorang yang sudah dua kali dibawa ke pengadilan kerana bersekongkol dengan sesama lelaki?

    6. Keenam – Apakah sama antara seorang yang sangat mencintai isterinya sehingga dibuat filem mengenai kisah percintaan mereka dan sering ke Pemakaman Kalibata menziarahi makamnya dengan seorang yang diketahui kejam terhadap isterinya?

    7. Ketujuh – Apakah sama antara seorang yang masa pernikahannya dirayakan oleh keluarganya dan keluarga isterinya dengan seseorang yang ceritanya seperti seorang pemuda Lombok yang melarikan anak orang untuk dijadikan isterinya?

    8. Kedelapan – Apakah sama antara seorang yang mendirikan organisasi Islam dengan seseorang yang hanya menumpang dan mengaku sebagai pendirinya?

    9. Kesembilan – Apakah sama antara seorang yang keturunan Bugis dengan seorang yang dikatakan keturunan India di Pulau Pinang?

    10. Kesepuluh – Apakah sama antara seorang yang anti Zionis Israel dengan seorang yang mendukung penuh keselamatan Israel?

    11. Kesebelas – Apakah sama antara seorang yang tidak pernah berkompromi dalam dasar keislamannya dengan seorang yang bersekongkol dengan oposisi yang anti Islam?

    12. Kedua belas – Apakah sama antara seorang yang pernah mencalonkan pakar ekonomi yang bergelar PhD yang menjadi Menteri Keuangan Indonesia, untuk jabatan Presiden Bank Dunia dengan seorang yang tidak ada ijazah ekonomi dan menang dengan dukungan Yahudi Zionis serta mengalahkan kandidat dari Indonesia?

    13. Ketiga belas – Apakah sama antara seorang yang disanjung dan dipuji oleh semua orang yang menyayanginya dengan seorang yang dipecat dari jabatannya oleh orang yang mengangkat dan menyayanginya dan dipukul sampai lembam matanya oleh Kepala Polisi yang dulu menjadi bawahannya?

    14. Keempat belas – pakah sama antara seorang yang ditipu oleh CIA untuk mengadakan referendum di Timor Timur dengan jaminan rakyat Timor Timur akan menolak kemerdekaan dengan seorang yang bersekongkol dengan Neo-Con di Amerika Serikat seperti Wolfowitz untuk menipu umat Islam di dunia?

    15. Kelima belas – Apakah sama antara seorang yang fanatik terhadap Islam dengan seorang yang menganut faham liberalisme dan pluralisme?

    16. Keenam belas – Apakah sama antara seorang yang sukses dalam menjalankan tugasnya untuk mewujudkan industri pesawat terbang di Indonesia dengan seorang yang gagal dalam semua jabatan yang dipegangnya sebagai Menteri?

    17. Ketujuh belas – Apakah sama antara seorang yang lebih pandai bekerja daripada berpidato dengan seorang yang lebih pandai berpidato daripada bekerja?

    18. Kedelapan belas – Apakah sama antara seorang yang imejnya diangkat oleh presetasinya dalam menjalankan tugas dengan seorang yang imejnya bergantung kepada PR dengan kawan-kawannya dalam media massa?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Simple Solutions To Life’s Biggest Problems
    A traveler once came to the mosque to see the Prophet Muhammed(PBUH). After greeting the prophet he was asked where he was from. The traveler replied that he came from very far just to get a few questions answered:
    Traveler : I do not want azaab (Bad deeds) to be written in my account.
    The Holy Prophet (PBUH): Behave well with your parents.
    Traveler : I want to be known amongst people as an intelligent person.
    The Holy Prophet (PBUH) : Fear Allah always and be Humble.
    Traveler : I want to be counted amongst Allah’s favorites.
    The Holy Prophet (PBUH): Recite Quran every morning and evening.
    Traveler : I want my heart to always be enlightened. ( Be emotionalwhen needed)
    The Holy Prophet (PBUH): Never forget that you will Die one day.
    Traveler : I never want to be away from Allah’s blessing.
    The Holy Prophet (PBUH): Always treat fellow creatures well.
    Traveler : I never want to be harmed by my enemies.
    The Holy Prophet (PBUH): Always have faith in only Allah.
    Traveler : I never want to be humiliated.
    The Holy Prophet (PBUH) : Be careful of your actions.
    Traveler : I wish to live long.
    The Holy Prophet (PBUH): Always do goodness towards blood relations.
    Traveler : I want my sustenance (wealth) to increase.
    The Holy Prophet (PBUH) : Always be in wudhoo.
    Traveler : I wish to stay free of adhaab (pain) in the grave.
    The Holy Prophet (PBUH): Always wear pure (paak) clothes.
    Traveler : I never want to burn in hell.
    The Holy Prophet (PBUH): Control your eyes and tongue.
    Traveler : How do I get my sins forgiven.
    The Holy Prophet (PBUH) : Always ask forgiveness from Allah with alot of humility.
    Traveler : I want people to respect me always.
    The Holy Prophet (PBUH): Never extend your hands of need at people.
    Traveler : I want to always be honored.
    The Holy Prophet (PBUH) : Never humiliate or put down anyone..
    Traveler : I don’t want to be squeezed by fishare qabr. (squeezing inthe grave)
    The Holy Prophet (PBUH): Recite Sura-e-Mulk often.
    Traveler : I want my wealth to increase.
    The Holy Prophet (PBUH): Recite Sura-e-Waqia every night.
    Traveler : I want to be safe and at peace on day of judgement.
    The Holy Prophet (PBUH): Do zikr of Allah from dusk to night.
    Traveler : I want to be in full attention and concentration during namaaz.
    The Holy Prophet (PBUH): Always do wudhoo with concentration and attention.

    ReplyDelete
  6. En Fahmi,

    Saya nak set appointment dengan pihak tuan untuk membincangkan mengenai koleksi Tan Sri Sanusi Junid.

    adnan
    03-8885 8940
    an9949@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Pak Sanusi, sebelum saya ngasih komentar tentang perbedaan antara Pak Habibie dan Pak Anwar, bisa ngak kalau Pak Sanusi atau siapa saja yang baca blog ini untuk memasukkan juga apa sih isi tulisan Pak Zainuddin ketika dia menulis persamaan antara Pak Habibie dan Pak Anwar.

    Saya perlu baca dengan seksama agar tidak salah dalam memberikan komentar nantinya. Cuma saya sebagai orang Indonesia merasa heran juga dengan sikap Pak Anwar yang dulunya petinggi di Malaysia. Masak sih tiap kali aja dia berpidato ataupun diwawancara di Indonesia, dia selalu menjelek-jelekkan Malaysia. Kami merasa heran karena tidak sepantasnya hal itu kita lakukan. Kami orang Indonesia meskipun kecewa dengan pemerintahan kami tapi kalau ke luar negara, kami tetap akan membela negara kami. Jelek-jelek kan negara kami juga.

    Jadi tolonglah Pak Sanusi, Pak Zainuddin atau siapa saja dapat menjelaskan kepada saya mengenai hal ini agar kami bisa lebih kenal lagi sama Pak Anwar. Kami tidak mau Pak Habibie yang sangat kami hormati disamakan dengan Pak Anwar tanpa ada dasar yang jelas.

    ReplyDelete
  8. Pak Wardoyo, ni dia tulisan mengenai persamaan Habibie dan Anwar.

    Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim — Zainudin Maidin
    December 10, 2012

    10 DIS — Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini.

    Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).

    Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1 tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1999.

    Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi presiden sejak 20 Oktober 1999.

    Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu dalam porak-peranda hingga kini.

    Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

    Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara kedua-dua negara.

    Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib yang sama kedua-dua bekas pemimpin besar itu.

    Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah “dipungut” daripada ABIM.

    Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.

    Apakah tujuan Anwar menjemput “pengkhinat” bangsa Indonesia ini ke Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.

    Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah membuat tetamu termasuk Dr Mahathir terpaksa menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi presiden).

    Barangkali Dr Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat peristiwa pahit ini.

    Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan “aku lebih besar” dan ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat memualkan hadirin, tetapi Dr Mahathir tetap menunggu dengan setia.

    Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali ini pun untuk tujuan menunjukkan “kami berdua masih besar.”

    Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.

    Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism”.

    ReplyDelete
  9. Pak Wardoyo, ini kena baca juga sebelum bagi pandangan.

    Yang tidak sama antara Habibie dengan Anwar - TAN SRI ZAINUDIN MAIDIN

    MALAYSIA digemparkan dengan berita akan jatuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mempunyai kuasa dua pertiga pada 16 September 2008 kerana wakil rakyatnya akan berpaling tadah.

    Bila hal itu tidak berlaku pada hari yang sama, mesej telah disebarkan menerusi media sosial; khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook, Twitter, e-mail dan sebagainya bahawa Anwar Ibrahim sedang menuju ke Istana Negara kononnya dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

    Bagaimanapun generasi baru tidak menyedari bahawa kegemparan yang sama juga pernah berlaku lebih 40 tahun lalu. Orang yang sama, Anwar, pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mencetuskan cerita penoreh mati kebuluran di Baling, Kedah sehingga membangkitkan tunjuk perasaan siswa-siswa dan juga penduduk Baling.

    Saya sebagai wartawan kanan Utusan Melayu/Malaysia telah ditugaskan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu, Tan Sri Mazlan Nordin (Allahyarham) untuk menyiasat peristiwa ini dan telah menemui pelbagai pihak di Baling.

    Antaranya ialah Penolong Pegawai Perubatan, Dr. Tan Ah Hock yang bertugas di Hospital Baling. Beliau menyatakan - "Di Malaysia hal ini tidak mungkin akan berlaku, orang kampung berjiran dan tahu jika jirannya kebuluran dan tidak akan membiarkannya. Untuk mati kebuluran akan mengambil masa berhari-hari..."

    Tetapi cerita ini turut dipercayai oleh sebahagian besar mahasiswa dan pensyarah universiti termasuk Profesor Zainol Abdul Wahid dari Universiti Malaya.

    Bagaimanapun apabila mengetahui keadaan yang sebenar setelah melakukan siasatan sendiri, beliau menulis kepada Utusan Malaysia bagi menjelaskan mengenai temu ramahnya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 1 Januari 1975 yang mungkin menimbulkan anggapan ramai bahawa beliau mempercayai kejadian itu.

    Antara lain katanya - "Saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang meneruskan balik kuliah dan tutorial mereka selepas tunjuk perasaan pada 3 Disember 1974 itu, tidak bermakna yang mereka telah mengkhianati perjuangan mereka atau pemimpin-pemimpin mereka yang telah ditangkap".

    Malahan telah dinyatakan bahawa jika pelajar-pelajar meneruskan pelajaran mereka seperti biasa kerana peperiksaan akhir telah hampir, tindakan itu akan menunjukkan sikap mereka yang lebih bertanggungjawab.

    Perdana Menteri pada masa itu Tun Abdul Razak yang baru sahaja berjaya memadamkan api 13 Mei, merasa bertanggungjawab menahan Anwar yang mengetuai tunjuk perasaan di Kuala Lumpur dan Baling kerana beliau mahu menjamin kestabilan negara bagi membolehkannya menguruskan kerja-kerja pembangunan untuk mengimbangi ekonomi rakyat.

    Setelah dibebaskan kira-kira dua tahun kemudian, Anwar mempunyai kekuatan baru sebagai bekas tahanan politik kerana memperjuangkan rakyat dan sebagai bekas pemimpin ABIM yang menjadikannya lebih berkredibiliti dan berpotensi dalam politik tanah air.

    Beliau menjadi rebutan antara Pas dan UMNO. Tetapi penyelewengan Anwar daripada prinsip ABIM bila menyertai UMNO menyebabkan beliau ditinggalkan oleh ramai rakan seperjuangannya terutama yang mengetahui stail hidup barunya kecuali beberapa orang kepercayaannya yang turut berseronok dengan cara hidup di awan biru.

    Apabila masalah moralnya terdedah setelah berada di puncak awan dan disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau begitu mudah diri dengan DAP dan Pas kerana sebenarnya dia tidak pernah menjiwai atau sebati dengan UMNO.

    Lakonannya telah memukau Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu menundukkan Pas dan juga pemimpin pemimpin UMNO yang mahu kedudukan.

    Apabila diburu oleh pasukan polis kerana tuduhan liwat kali kedua, beliau lari mencari perlindungan di Kedutaan Turki pada 29 Jun 2008 kerana mendakwa akan dibunuh oleh ejen-ejen BN yang mahu mematahkan perjuangan reformasinya.


    Bersambung...

    ReplyDelete
  10. Yang tidak sama antara Habibie dengan Anwar - TAN SRI ZAINUDIN MAIDIN

    Part 2...

    Pengikut-pengikut politiknya percaya penuh kepada dakwaan itu dan mengadakan tunjuk perasaan menyokongnya di hadapan Kedutaan Turki dan kemudian didramakan dengan melarikan diri ke sana sini daripada tangkapan polis. Tetapi mereka yang rasional sedar bahawa dakwaan Anwar itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia.

    Wartawan-wartawan dalam dan luar negara yang meliputi drama hebat ini tentulah ketawa sendiri sekarang kerana telah nampak sudut kelucuan dan kekarutannya.

    Rakan-rakan yang bersamanya menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda seperti Ismail Mina yang telah mengetahui kecenderungan maksiat Anwar dari sejak awal tidak lagi terkejut dengan tuduhan liwat terhadapnya.

    Inilah gempar yang paling menggemparkan dunia sebelum kegemparan yang menggegarkan Malaysia tentang kerajaan BN akan tumbang pada 16 September 2008.

    Orang ramai boleh menjangkakan bahawa beberapa kegemparan lagi akan dicetuskan oleh "Anwar and The Gang" menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau akan lebih dipercayai kerana Pas sebuah parti Islam yang akan menjadi pertahanannya dan bukan lagi dia sendiri.

    Kewibawaannya sekarang bergantung kepada Pas dan tidak lagi ada pada dirinya sendiri.

    Bagi saya yang mengenali Anwar Ibrahim lebih dahulu daripada Dr. Mahathir tidak akan terkejut lagi dengan "gempak-gempak" baharunya.
    Saya pernah memberitahu Dr. Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri supaya berhati-hati dengan Anwar tetapi katanya kepada saya; "Zam, you ni baik, Anwar tak adakah - semua jahat sahaja?"

    Tetapi apabila saya menemui Dr. Mahathir di pejabatnya pada hari Tun Daim Zainuddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan kali kedua, saya lebih dahulu meminta maaf kepadanya.

    Saya berkata, "Datuk Seri, dalam soal Anwar saya benar dan Datuk Seri salah." Saya lihat air mata mengalir ke pipinya dan beliau mengesat dengan sapu tangannya.

    Di Indonesia, bekas Presiden Indonesia B.J. Habibie masih mempunyai kredibiliti yang tinggi. Beliau bukan seorang street actor, maka itu rakyat Indonesia marah apabila saya menyamakannya dengan Anwar Ibrahim.

    B.J. Habibie adalah seorang pemimpin yang masih dihormati dan tidak bergelumang dengan lumpur seperti Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, kami telah pergi ke Perpustakaan Toeti Juairiah semalam jam 2.45 petang. Dapat bertemu dengan Tan Sri dan beliau berkongsi sedikit kisah lama yang buleh dijadikan sebagai perkongsian cherita bagi generasi muda.

    Terima kaseh.

    ReplyDelete
  12. "B.J. Habibie adalah seorang pemimpin yang masih dihormati dan tidak bergelumang dengan lumpur seperti Anwar Ibrahim"

    Lumpur itu sengaja dipalit oleh musuh-musuh politik beliau dengan menggunakan media dikuasai kerajaan.

    ReplyDelete
  13. Pak Wardoyo, baru-baru ini Anwar Ibrahim di Jakarta bagi tahu yang Malaysia ini anggota OPEC. Walhal Malaysia tak pernah masukpun dalam perkumpulan ini. Kalau mengikut pencacai Anwar tentulah perkara ini juga kerana dipalit oleh musuh-musuh dia. Anwar yang tak berapa cerdik, orang lain pula yang disalahkan ke ke ke.

    Pak Wardoyo kena baca juga wawancara Abdul Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara Malaysia (kalau kat tempat Pak Wardoyo disebut dengan Kapolri).

    Dalam satu pertemuan bersama wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurufoto, MOHD. NAIM AZIZ di kediamannya di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Abdul Rahim menyatakan pandangannya tentang hubungan Anwar dengan BJ Habibie dan beberapa tokoh politik lain di Indonesia serta kaitannya dengan agenda Islam liberal yang ingin disuburkan di negara ini.

    Abdul Rahim turut menjelaskan tentang usaha kumpulan neo-conservative yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengetengahkan individu-individu terpilih yang berpotensi dilantik sebagai pemimpin di negara-negara Islam bagi melunakkan bantahan keras dunia Islam terhadap kewujudan negara Israel dan gaya hidup Barat.

    MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri tentang ceramah yang disampaikan oleh BJ Habibie di Unisel pada 6 Disember lalu?


    ABDUL RAHIM: Secara jujur, saya tidak berada di Unisel semasa BJ Habibie menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Saya tidak melihat laporan atau artikel penuh tentang ceramah beliau dari mula hingga selesai serta soalan-soalan yang dibangkitkan oleh hadirin dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh BJ Habibie.

    Saya hanya mengetahui pandangan BJ Habibie tentang kehidupan dan nilai-nilai moral dalam masyarakat menerusi petikan-petikan ceramah beliau yang disiarkan oleh pihak media.

    Saya difahamkan, beliau ada menyentuh tentang topik yang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dalam laporan media, BJ Habibie ketika menyampaikan ceramah itu seolah-olah berkata, masyarakat Indonesia lebih maju pemikirannya dalam menangani soal-soal seperti LGBT.

    Ringkasnya, perkara-perkara seperti itu tidak menjadi isu di Indonesia namun menurut BJ Habibie, rakyat Malaysia mempunyai pendirian berlainan. Perkara itu menjadi isu, bukan sahaja kepada umat Islam malah bagi penganut-penganut agama lain yang sebahagian besarnya tidak bersetuju dengan budaya dan nilai-nilai moral seperti ini.

    Pada pandangan saya, BJ Habibie seolah-olah berasa megah dengan gaya hidup sedemikian di Indonesia sedangkan beliau mungkin menganggap reaksi rakyat Malaysia terhadap nilai-nilai moral yang sama sebagai aneh. BJ Habibie turut memberi sebab-sebab yang tersendiri mengapa nilai-nilai moral seperti itu dibolehkan di Indonesia.

    Bersambung ....

    ReplyDelete
  14. Wawancara Rahim Noor - 2

    Tan Sri Zainuddin Maidin turut menyentuh hubungan antara BJ Habibie dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam artikelnya baru-baru ini. Apa pendapat Tan Sri?

    ABDUL RAHIM: Saya telah membaca artikel tulisan Zainuddin Maidin dan saya tertarik dengan keberanian beliau menyuarakan pandangan.

    Beliau sudah tentu banyak membaca dan mengikuti perkembangan masyarakat di Indonesia sejak negara itu merdeka.

    Zainuddin juga barangkali berkesempatan mengunjungi Indonesia semasa beliau bertugas sebagai wartawan dan bergaul dengan wartawan-wartawan di sana. Saya fikir beliau menulis artikel tersebut berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatiannya yang luas.

    BJ Habibie menyatakan nilai-nilai moral seperti itu secara umumnya tidak menjadi isu di Indonesia walaupun saya percaya terdapat bantahan-bantahan yang timbul di beberapa wilayah dalam negara itu. Mungkin nilai moral seperti itu biasa di Jakarta tetapi tidak di Aceh atau di Kalimantan misalnya.

    Namun, dalam populasi rakyat Indonesia yang melebihi 200 juta orang itu, bantahan-bantahan tersebut tenggelam.

    Sudah tentu ada penjelasan di sebalik penerimaan berbeza rakyat Malaysia dan Indonesia terhadap nilai-nilai moral berkenaan. Kita harus ingat bahawa nilai-nilai kehidupan rakyat Malaysia dan Indonesia adalah berlainan walaupun pada asalnya kita serumpun. Tidak dinafikan sebahagian orang Melayu di negara ini berasal dari pelbagai wilayah di Indonesia.

    Contohnya, susur galur saya berasal dari Sulawesi dan saya merupakan generasi keenam yang menetap di Malaysia. Negara kita juga mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan manakala Indonesia pula mengguna pakai sistem republik di bawah kepimpinan seorang Presiden.

    Perlembagaan Persekutuan secara jelas menghuraikan bentuk pemerintahan negara kita dan menyebut dengan jelas bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan.

    Maka, kerajaan yang memerintah perlu memastikan setiap dasar yang digubal tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kita dapat melihat fungsi Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa dalam bidang-bidang tertentu melibatkan umat Islam di negara ini.

    Berbeza dengan Indonesia, tidak terdapat sebarang catatan di dalam Undang-Undang Dasar 1945 yang menyatakan Islam adalah agama republik. Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna agama Islam tidak boleh berkembang di Indonesia.

    Tiada sekatan untuk mengamalkan ajaran Islam di negara itu. Bahkan perkembangan Islam di Indonesia dalam bidang-bidang tertentu lebih pesat berbanding Malaysia. Misalnya, sistem pendidikan agama Islam di pesantren-pesantren di Indonesia telah melahirkan ramai graduan yang berkepakaran dalam bidang agama.

    Kita juga seharusnya memahami falsafah di sebalik Pancasila yang bertapak kukuh dalam hati rakyat Indonesia sejak negara itu merdeka. Lima prinsip yang terkandung dalam Pancasila: Ketuhanan yang Maha Esa, Kemanusiaan yang Adil dan Beradab, Persatuan Indonesia, Kerakyatan yang Dipimpin oleh Hikmat Kebijaksanaan dalam Permusyawaratan/Perwakilan dan Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia.

    Rakyat Indonesia benar-benar menghayati Pancasila, berlainan dengan segelintir rakyat Malaysia yang hanya menghafal Rukun Negara semasa bersekolah tetapi selepas itu mereka lupa.

    Semasa era pemerintahan Sukarno dan Suharto, Pancasila sering dicanang sebagai mekanisme penyatuan bangsa Indonesia dan menanam semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyatnya. Tidak silap saya, Sukarno pernah mengungkapkan kata-kata yang bermaksud, setiap sesuatu aspek dalam kehidupan bangsa Indonesia mesti 'dipancasilakan' termasuk dalam bab beragama.

    Pada pemahaman saya, Pancasila sebagai ideologi negara mengajar rakyat Indonesia bersikap toleran dari segi agama. Berdasarkan kata-kata Sukarno itu, Pancasila juga mengatasi semangat kedaerahan dan ekstremisme keagamaan.

    Bersambung...

    ReplyDelete
  15. Wawancara Rahim Noor - 3

    Gaya hidup yang toleran adalah selaras dengan falsafah Pancasila. Maka, gaya hidup LGBT tidak menjadi isu di sana asalkan suka sama suka. Golongan ulama memang menentang tetapi dalam ruang lingkup Indonesia yang jauh lebih besar, tentangan itu tenggelam lebih-lebih lagi semasa era pemerintahan Sukarno dan Suharto.

    Kalau tidak silap saya, Suharto pernah menyatakan Indonesia tidak perlu menjadi sebuah negara Islam kerana bagi mereka, Pancasila sudah memadai.

    Adakah Anwar mempunyai ramai kenalan rapat di Indonesia selain BJ Habibie?

    ABDUL RAHIM: Mengikut pengetahuan saya, hubungan antara Anwar dan BJ Habibie sudah lama terjalin dan tidak pernah terputus.

    Kita juga tahu Anwar sering bertemu dengan BJ Habibie apabila beliau berkunjung ke Indonesia. Selain BJ Habibie, Anwar juga rapat dengan tiga tokoh politik lain iaitu Amien Rais, Allahyarham Abdurrahman Wahid dan Goenawan Mohamad. Amien Rais dikenali sebagai seorang 'jago' gerakan reformasi yang menggulingkan pemerintahan Suharto sekitar 1996 hingga 1998.

    Populariti beliau dalam bidang politik bangkit secara mendadak semasa keresahan rakyat Indonesia memuncak akibat krisis ekonomi yang melanda negara itu.

    Sebelum itu, beliau tidak begitu dikenali sebagai seorang aktivis politik. Amien Rais yang juga bekas Ketua Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) memainkan peranan besar dalam gerakan massa di Indonesia yang dinamakan sebagai Reformasi.

    Gerakan itu aktif memanipulasi tohmahan politik serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam usaha mereka menumbangkan pemerintahan Suharto. Amien Rais juga aktif berpidato di serata tempat sambil menceritakan keburukan pemerintahan Suharto.

    Walaupun terlibat aktif dalam gerakan Reformasi, Amien Rais tidak dapat menjadi Presiden Indonesia. Beliau hanya kekal sebagai seorang king maker.

    Menerusi sokongan Amien Rais dan kumpulan-kumpulan di sebalik gerakan reformasi, BJ Habibie berjaya menjadi Presiden Indonesia yang ketiga selepas Suharto. Amien Rais sangat rapat dengan Anwar. Apabila Anwar dipecat dari Kabinet, hubungan itu semakin erat malah telah terbukti Anwar menggunakan taktik gerakan reformasi di Malaysia. Amien Rais mempunyai keperibadian yang menarik.

    Menurut sumber, beliau pernah melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat (AS) dan ada maklumat mengatakan beliau bergaul rapat dengan pihak-pihak yang mempunyai latar belakang meragukan semasa berada di negara berkenaan.

    Perkara ini tidak menghairankan malah dianggap lumrah apabila sesebuah negara kuasa besar seperti AS mengambil langkah-langkah bersifat futuristik. Salah satu langkah yang diambil adalah memilih individu-individu tertentu yang boleh ditonjolkan sebagai pemimpin di dunia Islam.

    Amien Rais yang dianggap sebagai tokoh Islam sederhana dan liberal di Indonesia menganggotai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) bersama bekas Presiden Indonesia yang keempat, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur.

    Gus Dur yang pernah mengetuai Nahdatul Ulama (NU) juga dikatakan seorang tokoh Islam di Indonesia yang cenderung kepada fahaman liberalisme. Fahaman Islam liberal berkembang di Indonesia semasa Gus Dur berkuasa. Beberapa NGO yang menyokong fahaman pluralisme semakin tangkas menonjolkan diri dalam kalangan masyarakat Indonesia.

    NGO yang paling menonjol adalah Komunitas Utan Kayu yang sangat aktif dalam kegiatan memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan agenda LGBT.

    Allahyarham juga pernah mengunjungi negara ini pada 2008 dengan diiringi beberapa pemimpin NU dan mereka bertemu pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau kenal secara rapat. Seorang lagi tokoh di Indonesia yang rapat dengan Gus Dur dan Anwar ialah pejuang liberalisme, Goenawan Moehamad. Pengasas majalah Tempo itu juga mengetuai sebuah pertubuhan Islam liberal yang dinamakan Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Bersuara (AKKB).

    Bersambung...

    ReplyDelete
  16. Wawancara Rahim Noor - 4

    Ramai orang di Malaysia tidak mengetahui tentang Goenawan. AKKB bergerak aktif seolah-olah sebagai sebuah badan induk yang menghimpunkan tokoh-tokoh Islam liberal di Indonesia termasuk Gus Dur. Anwar juga dikatakan sering berjumpa dengan Goenawan di Indonesia.

    Boleh Tan Sri jelaskan tentang kaitan antara hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh terbabit dengan agenda memperjuangkan fahaman liberalisme?

    ABDUL RAHIM: Semasa Gus Dur masih bergelar Presiden Indonesia, kalau tidak silap saya, beliau pernah menyatakan tiada salahnya Indonesia menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

    Kenyataan itu bukan sahaja dibantah pihak-pihak tertentu di Indonesia malah pemimpin negara-negara Islam yang lain. Ada juga maklumat mengatakan pada 2004, Gus Dur pernah membuat pengakuan bahawa beliau telah memainkan peranan dalam mempertemukan Anwar dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz di Munich, Jerman.

    Kononnya, pertemuan itu adalah untuk menjadikan Anwar sebagai orang tengah dalam usaha membendung generasi muda Islam daripada menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup mereka serta dalam usaha mereka mencapai cita-cita negara Islam. Secara ringkasnya, matlamat mereka adalah untuk menjadikan generasi muda Islam sebagai golongan yang berfikiran liberal.

    Perlu diingat, dalam majalah Time beberapa tahun lalu, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia pernah menulis sebuah artikel yang menggambarkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang berani dan akan memainkan peranan penting di pentas dunia.

    Berdasarkan buku bertajuk Plan of Attack tulisan Bob Woodward, Wolfowitz yang berketurunan Yahudi Amerika merupakan dalang yang kuat mendesak Presiden George W. Bush membuat keputusan untuk menyerang Iraq pada 2003.

    Wolfowitz juga tergolong dalam sebuah kumpulan yang saya anggap mirip pelobi Yahudi iaitu kelompok neo-conservative yang tujuannya adalah untuk memastikan dasar luar AS lebih mengutamakan kepentingan-kepentingan berkaitan kewujudan negara Israel selain daripada tujuan-tujuan lain.

    Misi kumpulan neo-conservative ini adalah untuk memastikan abad ke-21 kekal sebagai abad kebesaran pihak Barat khususnya AS yang berhadapan dengan dua pencabar yang dianggap kuat iaitu kebangkitan dunia Islam dan China.

    Pakar-pakar strategi Barat bimbang dengan kebangkitan dunia Islam selepas hancurnya ancaman komunisme yang dipelopori Kesatuan Soviet. Lambat-laun, kebangkitan gaya hidup Islam dikhuatiri akan mencabar gaya hidup masyarakat Barat. Fenomena Arab Spring yang melanda beberapa negara di rantau Asia Barat dan Afrika Utara merupakan sebahagian daripada agenda neo-conservative.

    Mereka memperalatkan rakyat tempatan untuk menggulingkan pemerintah. Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, matlamat neo-conservative adalah untuk memastikan negara-negara yang disasarkan melaksanakan pentadbiran mengikut cara yang dikehendaki kumpulan tersebut, bukannya menjadikan negara-negara itu sebagai koloni.

    Namun, kita lihat apa yang berlaku di Mesir selepas bekas Presidennya, Hosni Mubarak disingkirkan. Rakyat berdemonstrasi di sana sini. Keadaan di Libya masih tidak tenang dan beberapa negara Arab lain turut diserang kumpulan neo-conservative ini.

    Isu kewujudan negara Israel menjadi salah satu punca perbalahan antara dunia Islam dan Barat. Individu seperti Wolfowitz pasti berusaha mencari kenalan-kenalan yang dapat ditonjolkan sebagai pemimpin Islam yang berkebolehan menerajui pemerintahan negara mereka.

    Sekiranya perkara itu berlaku, dasar-dasar anti Israel seperti yang diamalkan oleh Malaysia dapat dikendurkan. Sebab itu Anwar pernah menyatakan beliau menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel ketika diwawancara Wall Street Journal awal tahun ini.

    Banyak pihak menuduh Anwar sebagai ejen Israel dan mengaitkan beliau dengan dana-dana yang dibiayai penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros tetapi Anwar diam sahaja.


    Bersambung...

    ReplyDelete
  17. Wawancara Rahim Noor - 5

    Saya bimbang pihak pembangkang bukan sekadar mahu menimba pengalaman Indonesia dari segi perjuangan politik tetapi mereka mahu membawa idea perjuangan ala reformasi ke negara kita.

    Dari perspektif yang lebih luas, terdapat 'jari-jari halus' yang memainkan peranan mereka di sebalik tabir untuk memastikan pemimpin-pemimpin Islam liberal bersikap terbuka dan sesuai dengan strategi global mereka.

    Wajarkah kita menerima secara bulat-bulat nilai kehidupan masyarakat di Indonesia?

    ABDUL RAHIM: Tidak semua cara hidup di Indonesia boleh kita tiru. Saya tidak nafikan dalam bidang-bidang tertentu, mereka lebih maju daripada kita.

    Namun, kita hendaklah memastikan sama ada nilai-nilai kehidupan di Indonesia itu sesuai dengan norma-norma yang dipegang rakyat Malaysia. Pakar dalam semua agama di negara ini perlu menyelidiki sama ada nilai-nilai yang ingin diimport itu halal atau haram.

    Mungkin kita boleh mencontohi kejayaan Indonesia membentuk identitinya sebagai sebuah negara bangsa. Saya akui Indonesia lebih maju di hadapan berbanding kita dalam hal ini. Mereka bangga dengan gelaran bangsa Indonesia.

    Kalau kita hendak ikut cara mereka, kita mesti ada komitmen dan kemahuan politik yang kuat supaya dapat diterjemahkan dari segi pelaksanaan.

    Kita boleh timba pengalaman mereka mempraktikkan segala kata-kata yang dilafazkan dalam Sumpah Pemuda yang diikrarkan pada 1928.

    Rakyat Indonesia berpegang teguh kepada tiga tekad yang terkandung dalam Sumpah Pemuda iaitu kesetiaan kepada negara Indonesia, bersatu sebagai bangsa Indonesia dan menjunjung bahasa Indonesia.

    Segelintir pemimpin dalam pakatan pembangkang gemar memburuk-burukkan kerajaan semasa mereka di Indonesia. Komen Tan Sri?

    ABDUL RAHIM: Saya hairan apabila melihat keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang asyik memuji kelebihan Indonesia dan pada masa yang sama menunjukkan sikap bodoh mereka memperlekeh-lekehkan negara sendiri. Kononnya, negara kita jauh ketinggalan berbanding Indonesia.

    Ada pemimpin politik Malaysia yang gemar terpekik, terlolong mengatakan negara kita mundur semasa mereka berada di Indonesia. Saya tidak faham dengan sikap mereka ini. Sepatutnya mereka mempertahankan gaya hidup kita yang berbeza dengan Indonesia kerana sejarah kita berlainan.

    Saya pernah terbaca laporan akhbar tentang Mitt Romney semasa beliau melawat London beberapa hari sebelum temasya sukan Olimpik 2012 berlangsung.

    Pada masa itu, kempen pilihan raya Presiden AS sedang hangat dan Romney merupakan calon yang mencabar Barack Obama untuk jawatan itu. Ketika wartawan-wartawan di London menanyakan soalan-soalan tentang suasana politik di AS yang bersifat peribadi, Romney menjawab, apabila berada di luar negara, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan maruah, nama baik atau membawa keburukan terhadap negaranya dan musuh politiknya.

    Lain pula dengan pihak pembangkang di negara ini. Mereka lebih gemar memburuk-burukkan negara sendiri semata-mata untuk memuaskan hati hadirin yang mendengar ceramah mereka di Indonesia

    Bersambung ...

    ReplyDelete
  18. Wawancara Rahim Noor - 6

    Saya bimbang pihak pembangkang bukan sekadar mahu menimba pengalaman Indonesia dari segi perjuangan politik tetapi mereka mahu membawa idea perjuangan ala reformasi ke negara kita.

    Dari perspektif yang lebih luas, terdapat 'jari-jari halus' yang memainkan peranan mereka di sebalik tabir untuk memastikan pemimpin-pemimpin Islam liberal bersikap terbuka dan sesuai dengan strategi global mereka.

    Wajarkah kita menerima secara bulat-bulat nilai kehidupan masyarakat di Indonesia?

    ABDUL RAHIM: Tidak semua cara hidup di Indonesia boleh kita tiru. Saya tidak nafikan dalam bidang-bidang tertentu, mereka lebih maju daripada kita.

    Namun, kita hendaklah memastikan sama ada nilai-nilai kehidupan di Indonesia itu sesuai dengan norma-norma yang dipegang rakyat Malaysia. Pakar dalam semua agama di negara ini perlu menyelidiki sama ada nilai-nilai yang ingin diimport itu halal atau haram.

    Mungkin kita boleh mencontohi kejayaan Indonesia membentuk identitinya sebagai sebuah negara bangsa. Saya akui Indonesia lebih maju di hadapan berbanding kita dalam hal ini. Mereka bangga dengan gelaran bangsa Indonesia.

    Kalau kita hendak ikut cara mereka, kita mesti ada komitmen dan kemahuan politik yang kuat supaya dapat diterjemahkan dari segi pelaksanaan.

    Kita boleh timba pengalaman mereka mempraktikkan segala kata-kata yang dilafazkan dalam Sumpah Pemuda yang diikrarkan pada 1928.

    Rakyat Indonesia berpegang teguh kepada tiga tekad yang terkandung dalam Sumpah Pemuda iaitu kesetiaan kepada negara Indonesia, bersatu sebagai bangsa Indonesia dan menjunjung bahasa Indonesia.

    Segelintir pemimpin dalam pakatan pembangkang gemar memburuk-burukkan kerajaan semasa mereka di Indonesia. Komen Tan Sri?

    ABDUL RAHIM: Saya hairan apabila melihat keghairahan pihak-pihak tertentu di negara ini yang asyik memuji kelebihan Indonesia dan pada masa yang sama menunjukkan sikap bodoh mereka memperlekeh-lekehkan negara sendiri. Kononnya, negara kita jauh ketinggalan berbanding Indonesia.

    Ada pemimpin politik Malaysia yang gemar terpekik, terlolong mengatakan negara kita mundur semasa mereka berada di Indonesia. Saya tidak faham dengan sikap mereka ini. Sepatutnya mereka mempertahankan gaya hidup kita yang berbeza dengan Indonesia kerana sejarah kita berlainan.

    Saya pernah terbaca laporan akhbar tentang Mitt Romney semasa beliau melawat London beberapa hari sebelum temasya sukan Olimpik 2012 berlangsung.

    Pada masa itu, kempen pilihan raya Presiden AS sedang hangat dan Romney merupakan calon yang mencabar Barack Obama untuk jawatan itu. Ketika wartawan-wartawan di London menanyakan soalan-soalan tentang suasana politik di AS yang bersifat peribadi, Romney menjawab, apabila berada di luar negara, beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan maruah, nama baik atau membawa keburukan terhadap negaranya dan musuh politiknya.

    Lain pula dengan pihak pembangkang di negara ini. Mereka lebih gemar memburuk-burukkan negara sendiri semata-mata untuk memuaskan hati hadirin yang mendengar ceramah mereka di Indonesia

    ReplyDelete
  19. Wawancara Rahim Noor - 6

    Setelah Tan Sri menerangkan secara panjang lebar, sebagai kesimpulan, mungkin Tan Sri ada nasihat yang ingin disampaikan kepada golongan yang taksub dengan nilai moral dari negara lain.

    ABDUL RAHIM: Saya berpendapat mana-mana pihak tidak seharusnya menonjolkan atau mempromosi gaya hidup dari negara-negara lain yang asing dengan budaya kita semata-mata untuk mendapatkan pengaruh dan kepentingan politik.

    Teman-teman saya dalam bidang risikan di Indonesia dahulu sering bertanya, bagaimana Malaysia yang rakyatnya berbilang agama, bangsa dan budaya ini boleh hidup dalam keadaan aman damai dan menempa kemajuan yang pesat tahun demi tahun.

    Soalan itu mengingatkan kita agar sentiasa insaf dengan segala kelebihan yang dimiliki. Setelah 55 tahun merdeka, negara kita sebenarnya sangat kaya dengan pengalaman-pengalaman yang positif.

    ReplyDelete
  20. Komen orang macam Rahim Noor yang hanya berani pukul orang bergari bertutup mata tu ada credibiliti ke?

    ReplyDelete
  21. Untuk infomasi kawan-kawan yang membaca blog ini terutama yang berada di Malaysia....

    Ada dua fenomena yang jarang terlihat di dunia, hanya ada di Indonesia:

    1. Biasanya Presiden ditakuti karena kekejamannya atau dihormati karena integritas akhlak atau keberanian & pengorbanannya terhadap rakyat dan bangsa. BARU KALI INI, DI ERA SBY, PRESIDENNYA DITERTAWAKAN DAN DIHINA. KEBIJAKANNYA JADI BAHAN GUYONAN.

    2. Biasanya rakyat, pemuda & mahasiswa bersatu melawan dan menggulingkan seorang Presiden yang korup dan mengkhianati bangsanya. BARU KALI INI, PENGKHIANATAN PEMIMPIN DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN GUYONAN. Berhentilah Menertawakan Masalah Bangsa. Bersatu Melawan!! (Harry Rusly, Petisi 28)

    ReplyDelete
  22. Bagi kawan-kawan yang ada waktu, berikut ada undangan dari Jaringan Aktivis Pro Demokrasi (ProDEM):

    Jaringan Aktivis Pro Demokrasi (ProDEM) mengundang kawan2 pejuang demokrasi menghadiri diskusi publik tema: "Konstalasi Politik dan Tantangan Demokrasi di Pemilu 2014", Bersama Hary Tanusudibjo (Perindo), Ikrar Nusa Bakti (LIPI), Gun Gun Heryanto (UIN), Yunarto Wijaya (Charta Politika)), dll, pada: Rabu, 13/2/2013, jam 12.00 s/d selesai, tempat Hotel Sahid Jaya, Ruang Sukun, Lantai 2, Jl. Jend. Sudirman, Jakpus. Hormat kami, Andrianto - Sekjend ProDEM.

    ReplyDelete
  23. Ralat sedikit ya, yang benar adalah Haris Rusly bukan Harry Rusly.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  24. TUNGGU APA LAGI? Konstitusi dan aturan hukum yang mereka buat sendiri dengan landasan pengkhianatan terhadap negara, tak lagi mereka taati dan jalankan. Tak ada lagi Pemimpin negara, SBY dan seluruh Pimpinan Parpol sibuk mengurus dirinya sendiri berebutan kekuasaan di 2014. WAHAI PEMUDA DAN MAHASISWA, APA LAGI YANG KITA TUNGGU? SAATNYA HARUS BERSATU UNTUK MENGGILAS SBY, BOEDIONO, PARLEMEN DAN SELURUH ELITE POLITIK KORUP PENGKHIANAT BANGSA MELALUI JALAN REVOLUSI. Bangkit dan bersatu pemuda-mahasiswa, "Bunga melati harum semerbak, lupakan bintang di langit yang hanya indah dipandang". (Haris Rusly, Petisi 28)

    ReplyDelete
  25. Bagi kami di Jakarta, kami lebih percaya pada kredibilitas Pak Rahim Noor dibandingkan Pak Anwar yang selalu memburuk-burukkan Malaysia setiap kali dia berbicara di Indonesia. Kami muak setiap kali Pak Anwar berbicara tentang kejelekan Malaysia, di mana sikap nasionalisme dan patriotik dia kepada bangsa dan negara dia? Kami bersyukur tidak ada tokoh Indonesia yang seperti itu. Kami lebih muak lagi setelah dikasih tahu dan diperlihatkan gambar-gampar dan video pak Anwar dengan perempuan Cina (China Doll, kata sahabat-sahabat di Malaysia). Tidak ada lagi kredibilitas Pak Anwar setelah kami lihat semua itu....

    ReplyDelete
  26. Yang diburuk-burukkan Anwar semasa di Indonesia itu bukan negaranya tetapi kepimpinan negaranya yang penuh korupsi.Pak Rahim Noor itu tidak ada kredibilitinya di Malaysia, apatah lagi sesudah dipenjarakan kerana pukul curi.Video Anwar itu tulin tetapi orang didalamnya itu bukan sebab itu dibuatnya dalam hitam putih supaya samar-samar, padahal teknologi sekarang amat canggih. Trio yang mendedahkan video itu pun tiada kredibiliti. Yang dibenci rakyat ialah pemimpin-pemimpin yang korupt dan mengaut hasil kekayaan negara untuk diri sendiri dan kroni.

    ReplyDelete



  27. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
  28. Wonderful post! We are linking to this particularly great article on our site.Keep up the good writing.Also visit my web page
    Sportsmatik

    ReplyDelete