Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Di bawah ini saya perturunkan karangan yang terbit dalam Mingguan Malaysia pada 14hb April, 2013 dan bersambung pada keesokan harinya dalam Utusan Malaysia 15hb April, 2013.
Karangan ini dipetik secara keseluruhan mengikut fahaman dan tafsiran penulis di dalam sebuah wawancara di Jeumpa D'Ramo, No. 102 & 104 Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur
Beberapa kesilapan, mungkin kerana salah cetak, telah dibetulkan dalam tulisan 'bold' di dalam artikel ini.
Di bawah ini saya perturunkan karangan yang terbit dalam Mingguan Malaysia pada 14hb April, 2013 dan bersambung pada keesokan harinya dalam Utusan Malaysia 15hb April, 2013.
Karangan ini dipetik secara keseluruhan mengikut fahaman dan tafsiran penulis di dalam sebuah wawancara di Jeumpa D'Ramo, No. 102 & 104 Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur
Beberapa kesilapan, mungkin kerana salah cetak, telah dibetulkan dalam tulisan 'bold' di dalam artikel ini.
MINGGUAN MALAYSIA - 14 April 2013
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130414/re_07/Melayu-kembali-pada-UMNO#ixzz2QS2KoZDZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mukadimah
PERTEMUAN dengan tokoh veteran UMNO, Tan Sri
Sanusi Junid yang berlangsung baru-baru ini ternyata begitu mengujakan. Terlalu
banyak kisah dan ‘rahsia’ yang dikongsi bersama.
Ternyata pengalaman tokoh berusia 70 tahun ini
begitu luas dengan segala ranjau dan sepak terajang politik yang pernah
dilaluinya.
Namun kini keadaan kesihatannya tidak begitu
mengizinkan akibat penyakit jantung yang menyebabkan beliau terpaksa berulang
alik ke hospital untuk rawatan.
Malah ada ketikanya doktor menasihatkan beliau
supaya tidak banyak berjalan, hanya sejauh 15 meter dan kemudian terpaksa
berehat.
Bagaimanapun kini keadaannya semakin baik dan
ternyata pertemuan bersama kami agak mengujakan kedua-dua belah pihak.
Sempat beliau berpesan sebelum wawancara
dimulakan agar soalan berkaitan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dikurangkan.
Bukan kerana takut menjawab segala kegiatan dan
tuduhan yang dilemparkan tetapi atas pesanan doktor yang bimbang keadaan
jantungnya akan lebih buruk jika Sanusi mula marah.
Ini kerana darahnya akan menggelegak mendengar
nama tersebut yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.
Bila bincang pasal subjek tu (Anwar) darah saya
meruap, tak berapa elok la untuk saya. Kesihatan saya tidak begitu mengizinkan
sebelum ini terpaksa duduk di hospital dekat sebulan," katanya.
Bekas Menteri Pertanian dan pernah menjadi
Menteri Besar Kedah ketujuh itu menyamakan Anwar seperti Tan Sri P. Ramlee yang
begitu bijak berlakon. Tetapi berbeza dengan tokoh perfileman itu, Anwar
terlibat dalam pertuduhan filem seks.
Sanusi yang juga anak Melayu pertama dilantik
pengurus cawangan Bank Standard Chartered turut berkongsi pelbagai kisah dari
UMNO, politik dan pilihan raya kepada Wartawan Mingguan Malaysia, Zin Mahmud,
Ku Seman Ku Hussain, Marhaini Kamaruddin, Hafizahril Hamid serta jurugambar
NOORADZRENE MOHD NOOR baru-baru ini.
MINGGUAN: Bagaimana
pandangan Tan Sri mengenai keghairahan orang Melayu berpolitik?
SANUSI: Saya melihat orang Melayu ni suka kepada perkara seasonal
(bermusim). Mereka tidak suka kalau diminta buka kedai dan jaga hari-hari
mereka tak suka tapi kalau meniaga pasar malam seminggu tiga empat kali mereka
suka. Contoh lain kalau kita tengok orang Melayu kita boleh kira berapa ramai
yang datang masjid sembahyang lima waktu. Tapi sembahyang Jumaat semakin ramai,
kalau sembahyang hari raya setahun sekali lagi penuh masjid. Orang Melayu juga
memilih untuk bersatu hanya pada musim-musim tertentu sahaja. Sejarah Malaysia
membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi bila hak mereka tergugat
semasa Malayan Union diperkenalkan. Mereka berasa terancam semasa orang lain
mengusik tentang keistimewaan mereka yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia. Itu yang berlaku sekarang apabila bangsa lain mencabar kedudukan
mereka seperti yang dilakukan DAP, maka mereka akan bangkit.
Pada keadaan biasa mereka lebih memilih untuk duduk secara
berpuak-puak. Tidak hairanlah walaupun satu bangsa, Melayu selalu saja iri hati
antara satu sama lain, selalu menuduh satu orang lebih Melayu dari yang lain
bahkan tergamak menunjuk siapa masuk syurga dan siapa tidak berdasarkan puak
mereka. Sifat seasonal ini juga tidak mengenal usia. Pada anak-anak muda Melayu,
mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran mereka tetapi memilih
bersatu bila ada orang mengaku ingin memansuhkan hutang mereka. Oleh itu dalam
memilih pemimpin yang tegas dan fokus berkerja di kalangan orang Melayu adalah
penting jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah-masalah yang ada. Pemimpin
terpilih mestilah pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat, tidak hanya modal
pandai bercakap dan popular tetapi mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan
masalah Melayu. Pemimpin ini juga mesti jujur dan bebas dari sifat seasonal
dalam memimpin, iaitu mampu memimpin dengan baik pada sepanjang masa, bukan
pada waktu ingin menyelesai masalah peribadi atau menjelang musim pilihan raya
mahupun mesyuarat pemilihan jawatan dalam organisasi mereka sahaja.
Pada pandangan Tan Sri
apa punca UMNO dan BN kalah di banyak tempat dalam Pilihan Raya 2008?
SANUSI: Saya rasa ia melibatkan dua pandangan mengenai kenapa kita
kalah teruk di banyak tempat pada Pilihan Raya 2008. Kalau melihat kepada
penulisan pembangkang kita kalah teruk kerana agenda yang dimainkan mereka
cukup hebat. Itu adalah pandangan mereka. Tetapi saya lihat ia tidak benar dan
mereka pun tahu. Ini kerana mereka pun tidak berharap dapat menang sebanyak
itu. Kita kalah berpunca kerana mempunyai kepimpinan yang teruk ketika itu dan
dalam banyak-banyak pemimpin tidak ada yang melatih anak menantu mereka untuk
menjadi pemimpin. Perkara itulah yang turut dilakukan oleh pembangkang sekarang
yang mana anak-anak mereka turut aktif berpolitik dan dilatih bakal
menggantikan mereka seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar dan ramai lagi.
Itu belum menjadi pemimpin negara lagi. Selain daripada isu kepimpinan UMNO
ketika itu dan tindakan orang India yang marah dan merusuh bersama Hindraf,
orang dalam UMNO pun turut marah. Kepimpinan ketika itu menolak ketua-ketua
bahagian dan banyak wakil rakyat diberhentikan. Ramai yang diberhentikan secara mengejut malah tidak diberitahu pun oleh kepimpinan. Pada masa Dr. Mahathir dan
pemimpin sebelumnya, memang wakil rakyat akan digantikan sedikit demi sedikit.
Malah pada keadaan sekarang ini pun kita beritahu mereka akan
terdapat pertukaran calon kerana realiti semasa, sekurang-kurang kepimpinan
sekarang beritahu dulu maka tidaklah ramai yang sakit hati seperti zaman sebelumnya.
Bagaimana Tan Sri melihat
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?
SANUSI: Saya mengagumi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berani
meminta maaf atas kesilapan yang lalu. Ini satu perkara yang perlu dipuji
kerana beliau berani meminggirkan ego dan meminta maaf atas kesilapan lalu yang
mana ia berlaku bukan pada zamannya menjadi pemimpin. Satu perkara lagi ialah
Najib adalah pemimpin dari generasi baru dan inilah kepimpinan baru yang
ditonjol dalam UMNO. Pada pandangan saya orang UMNO sudah mula kembali
menyokong parti dan orang Melayu sudah melihat perubahan yang dilakukan beliau
melalui pelbagai transformasi, selalu turun padang berjumpa rakyat dan pelbagai
lagi. Kita perlu lihat juga bahawa beliau adalah lulusan ekonomi dan inilah
kali pertama seorang Perdana Menteri berkelulusan ekonomi. Sebelum ini tiga
Perdana Menteri berkelulusan undang-undang dan Dr. Mahathir dari latar belakang
perubatan. Bagi Najib, beliau telah melalui pelbagai keadaan ketika kepimpinan
Dr. Mahathir apa yang baik dan sebaliknya. Maka beliau boleh mengkaji sebagai
seorang profesional. Pada pemerhatian saya keadaan negara sekarang berada pada
kedudukan yang baik dan saya tidak nampak ada orang yang lebih baik dalam
mengendalikan pilihan raya dan negara selain beliau.
Sebagai orang yang pernah
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di MCKK dan di dalam ABIM, bagaimana Tan Sri
melihat keadaan dirinya sekarang?
SANUSI: Saya melihat beliau ini seperti Tan Sri P. Ramlee. Anwar boleh
berlakon segala adegan tetapi P. Ramlee tidak berlakon dalam adegan seks. Anwar
tidak ubah seperti seorang seniman dan beliau seorang yang sangat
‘menghiburkan’ dan itu sebabnya apabila beliau bersyarah di mana pun orang akan
pergi. Anwar mempunyai pelbagai karakter, beliau boleh buat lawak, buat orang
marah, boleh menari dan macam-macam lagi. Tapi P. Ramlee, beliau popular
sebagai anak seni. Tetapi apabila cuba menceburi politik dan bertanding ahli
jawatankuasa Bukit Bintang dahulu, beliau kalah. Orang kata pada beliau buat
apa masuk politik jadilah anak seni seperti yang sepatutnya. Kalau saya nak
banding tentang kaliber Anwar, saya lihat lebih hebat kaliber Datuk Ibrahim
Ali. Saya kenal kedua-dua orang. Ibrahim adalah orang yang setia dan tidak
pernah mengkhianati sesiapa. Prinsip beliau jika tidak bersetuju dengan
seseorang, Ibrahim akan tinggalkan orang itu. Waktu beliau setuju dia akan
ikut. Beliau sebagai pengikut adakalanya tidak bersetuju dengan beberapa
kompromi dan itu sebabnya beliau sekejap masuk sana sekejap sini. Itu sebabnya
saya cakap pada orang Perkasa, jika Ibrahim berubah, mereka kena tinggalkan dia
seperti mana dia meninggalkan orang yang berubah, maksudnya Ibrahim pun jangan
kompromilah. Dari segi pendirian, saya tahu apa yang dia tak suka dan
sebaliknya namun Ibrahim lebih konsisten daripada Anwar. Ibrahim adalah seorang
yang lebih berprinsip daripada Anwar. Itulah gambaran sebenar bahawa Anwar
bukanlah seorang yang luar biasa hebatnya. Saya rasa kekuatan Anwar hanya pada
tiga perkara sahaja iaitu pertama pandai bersyarah, kedua isterinya dan ketiga
Karpal Singh. Isteri Anwar adalah aset kepada Anwar kerana ramai yang hormat
kepada Datin Seri Wan Azizah yang banyak berkorban untuk suaminya. Anwar
hanyalah seorang ahli politik biasa tetapi kerana peranan isterinya, Anwar
boleh berjaya. Mengenai Karpal pula, Anwar sebenarnya banyak bergantung
kepadanya. Karpal mungkin tidak boleh bekerjasama dengan Nik Aziz dan orang
yang membolehkan ia berlaku adalah Anwar. Beliau dekat dengan DAP pun kerana
Karpal dan kerana dia juga Anwar terlepas dari segala kes di mahkamah. Oleh itu
kita lihat ketiga-tiga orang ini saling bersama namun hubungan mereka sangat
rapuh. Begitu juga cara Anwar dalam memilih calon, bukan kerana dasar yang
dikemukakan tetapi beliau mempergunakan orang yang pernah kecewa dengan UMNO, kerajaan
dan sebagainya. Anwar berjaya menonjolkan dirinya adalah jaguh dalam membenci
UMNO dan BN, oleh itu beliau mengajak mereka ini untuk bersama dengannya.
Dalam siri ceramahnya
Anwar begitu menonjolkan dirinya sebagai orang yang warak dan mampu menjadi
Menteri Kewangan yang baik. Apa pandangan Tan Sri?
SANUSI: Beliau menjadi popular di mana-mana kerana ketika di dalam
UMNO beliau banyak memberi kemudahan dan bantuan kepada kroninya atas kapasiti
Menteri Kewangan. Jadi orang yang menerima kemudahan yang diberikan akan ingat
pemberian tersebut sedangkan mereka tidak ingat bahawa orang yang melantik
Anwar menjadi menteri adalah Dr. Mahathir. Ini yang orang banyak lupa. Ramai
tidak tahu bahawa Anwar dipecat oleh orang yang paling kasih kepada dirinya iaitu
Dr. Mahathir sehinggakan beliau mendapat laluan mudah dalam UMNO. Jadi kita
perlu tanya kepada Dr. Mahathir kenapa beliau memecat orang yang paling
dikasihinya. Ini tidak, orang yang kena pecat pula yang bercerita buruk dan
pelbagai kata-kata nista dilemparkan kepada Dr. Mahathir. Kenapa nak cerita
pelbagai keburukan Dr. Mahathir sedangkan beliau yang melantik dan memberi
laluan dalam UMNO.
Maksudnya Anwar bijak
memanipulasi sehinggakan Dr. Mahathir yang banyak membantu beliau akhirnya
terpaksa menerima pelbagai cemuhan?
SANUSI: Saya nak ceritakan bagaimana Anwar banyak mendapat kredit atas
usaha yang bukannya bermula dari ideanya sendiri. ABIM sejak awal lagi tidak
pernah bersetuju beliau masuk UMNO. Orang yang bersetuju Anwar masuk UMNO
adalah Ismail Mina, Kamaruddin Mohd Nor, Kamaruddin Jaafar dan ada seorang lagi
yang saya lupa namanya. Keputusan beliau memasuki UMNO hanya dipersetujui oleh
kawan-kawannya di dalam International Institute of Islamic Thought (IIIT) iaitu
Ismail Faruki, Hassan Thurabi, Sheikh Daud Islam dari Belgium dan seorang lagi
tokoh dari Syria. Mereka ini datang ke Kuala Lumpur dan Dr. Mahathir minta
mereka berjumpa dengan saya. Mereka ini berjumpa saya dan bertanya apa yang
akan diberikan oleh Dr. Mahathir jika Anwar masuk UMNO. Saya beritahu Anwar
perlu bermula pada bawah dan terpulang kepada Dr. Mahathir apa yang mahu
diberikan. Tetapi mereka ini berkeras bahawa Anwar perlu diberikan jawatan
menteri dan tidak boleh kurang dari itu dan saya jawab itu adalah bidang kuasa
Perdana Menteri. Malah mereka memberitahu bahawa Anwar perlu menjadi Perdana
Menteri dalam tempoh 10 tahun. Ketika itu tahun 1982 dan mereka melihat Anwar
menjadi Perdana Menteri pada 1992. Apabila Anwar dalam UMNO dan ketika itu
orang ABIM masih mencurigai dirinya, beliau telah meminta pada Dr. Mahathir
supaya semua projek-projek yang berkaitan Islam diberikan keredit kepadanya (seolah-oleh projek itu berpunca darinya). Ini
seolah-olah menunjukkan semua projek itu adalah ideanya. Makanya Bank Islam
yang sudah lama difikir diberi kepadanya. Begitu juga Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) yang Dr. Mahathir fikir lama sebelumnya apabila beliau
telafon oleh Prof. Ismail Faruqi setelah beliau bertemu-bual dengan Pope John Paul 11 di Rom. Malah Prof. Ismail Faruqi telah berfikir dan mencadangkan tentang itu
sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum Anwar masuk UMNO. Dr.
Mahathir memberitahu saya bahawa kita kena tolong Anwar jika tidak orang-orang
beliau tidak akan menyokongnya. Begitu juga dalam ABIM, jika kita lihat di
pejabat pendaftar pertubuhan, nama beliau tidak ada sebagai pengasas ABIM. Yang
ada nama adalah Ustaz Razali Nawawi dan saya sebagai timbalan presiden. Jika
kita tanya kepada orang ABIM semua kata Anwar yang tubuh, sebenarnya selepas
itu baru kita ambil dia menjadi setiausaha agung. Kemudian pada tahun 1973,
dalam pemilihan saya diminta berundur kerana ketika itu saya merupakan pengurus
bank dan mereka persoal bagaimana saya boleh duduk dalam ABIM kerana saya
terlibat dalam riba. Saya terpaksa memilih sama ada berhenti kerja atau terus
dengan ABIM. Maka kemudiannya saya terpaksa berhenti tetapi kami juga telah
membuat keputusan meminda perlembagaan supaya ABIM tidak terlibat dalam
politik. Maka kemudiannya barulah Anwar menjadi presiden.
Sejak pilihan raya 2008
orang Melayu semakin hilang kuasa mereka dan terpaksa berkompromi dalam banyak
hal. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini?
SANUSI: Masalah orang Melayu kita adalah mempunyai dua sifat yang
jarang ada pada orang lain. Pertama sifat mengamuk yang kita kongsi dengan
orang Korea dan kedua melatah yang dikongsi dengan orang Eskimo. Jadi ini yang
berlaku lepas 2008 kerana kita geram nak mengamuk kemudian kita melatah. Jadi
apabila mereka mengamuk mereka akan menyesal kemudian. Sepatutnya orang Melayu
kalau nak mengamuk pun hanya di dalam Persidangan Agung UMNO. Biarlah mereka
nak mengamuk, bercakap dan mengata macam mana pun tetapi kemudian kita akan
menjawab apa yang mereka amukkan itu. Itu lebih baik daripada mereka mengamuk
dalam pilihan raya. Pandangan saya selepas pilihan raya ini yang saya yakin
boleh menang, kita kena gerakkan UMNO supaya ahli-ahli dapat bersuara. Malah sekarang
ini pemilihan UMNO akan sampai ke bawah. Oleh itu kita tidak boleh lagi hanya
tertumpu kepada orang atas sahaja, segala yang dirancang termasuk polisi dan
sebagainya perlu sampai ke bawah. Saya ingat sistem sekarang ini cukup baik
untuk menghalang orang Melayu mengamuk, oleh itu jika nak mengamuk, buatlah
selepas pilihan raya. Jangan mengamuk ketika pilihan raya kerana ia boleh
membahayakan kedudukan orang Melayu.
Tan Sri ada menyatakan
yakin menang dalam pilihan raya ini, adakah kemenangan ini lebih baik atau
lebih kurang sama pada 2008?
SANUSI: Saya melihat jauh lebih baik kerana saya lihat usaha Najib
memperkenalkan projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) banyak membantu terutama
golongan yang kurang bernasib baik. Bagi orang tertentu mungkin mereka bersikap
sinis bahawa projek ini sekadar nak beli orang sahaja. Ini cakap orang yang ada
duit tetapi ada juga mereka yang ambil duit itu, kenapa tak bagi pada orang
yang lebih memerlukan. Kalau kita lihat pada orang kampung, memang banyak
pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan seperti jalan dan sebagainya. Tetapi
apakah mereka ini memerlukan jalan dan sebagainya, mungkin mereka lebih
memerlukan duit untuk persekolahan anak mereka. Tetapi kita buat jalan untuk
mereka sedangkan mereka tidak dapat merasakan bantuan itu secara terus. Oleh
itu bantuan melalui BR1M ini membantu secara terus kepada mereka yang
memerlukan. Ini yang rakyat mahukan sebenarnya selain jalan dan keperluan asas
mereka mahukan bantuan yang dapat mengurangkan beban mereka.
Apakah Tan Sri melihat
Najib sendiri adalah antara faktor kemenangan dalam pilihan raya kali ini?
SANUSI: Satu lagi faktor yang saya lihat adalah Najib sendiri. Rekod
bapanya begitu baik dan beliau mengikut jejak yang dilakukan oleh bapanya. Jika
dahulu pada masa bapanya FELDA berjaya dibangunkan dan kini menjadi sebuah
syarikat yang berjaya maka kita perlu melakukan sesuatu yang baru mengikut
kesesuaian zaman. Saya lihat orang UMNO sudah semakin sedar tentang apa yang
dilakukan oleh Najib dan jika mereka masih tidak sedar juga, maka kita perlu
menyedarkan mereka. Satu perkara yang saya yakin mampu meraih sokongan rakyat
adalah transformasi yang dilakukan Najib. Jika dahulu kita tidak ada persaingan
tetapi sekarang Indonesia sudah bangkit, begitu juga Vietnam, Laos dan
sebagainya. Maka transformasi yang dilakukan beliau adalah idea penting yang
mampu menukar negara ini kepada lebih baik berbanding sebelumnya.
UTUSAN MALAYSIA - 15 APRIL, 2013
SANUSI:
Saya melihat mereka ini tidak banyak berubah dan mereka memang mahu mengubah
negara ini tidak lagi berasaskan Perlembagaan. Masanya sudah tiba sekarang
untuk mereka melakukan sesuatu. Sekarang ini pula mereka sudah mempergunakan
Melayu sedangkan nak dapat calon untuk duduk kerusi CEC pun terlalu susah.
Apatah lagi dengan bantuan Anwar segala tuduhan yang dilakukan seolah-olah
membuatkan kita terpaksa bertindak defensif.
UTUSAN MALAYSIA - 15 APRIL, 2013
Bagaimana Tan Sri melihat
generasi muda sekarang apakah mereka terlalu terpengaruh dengan dakyah
pembangkang atau bagaimana?
SANUSI: Generasi muda sememangnya biasa berpendirian
agak kritikal terhadap kerajaan dan budaya itu adalah lumrah di mana-mana sahaja.
Waktu dahulu pun Universiti Malaya sering menjadi tumpuan kepada mereka yang
cenderung menentang kerajaan tetapi apabila semakin berusia mereka semakin
faham tentang kehidupan sebenar dan mampu membuat penilaian dan pemikiran
dengan lebih baik.
Saya melihat kita perlu memberi peluang kepada
generasi muda terutama pelajar di universiti untuk lebih terlibat dalam soal
pembangunan dan kesatuan bangsa dan negara. Yang menjadi masalah sekarang
adalah komunikasi yang wujud antara kita dengan golongan muda. Kita patut
memberi mereka lebih ruang supaya mereka faham dan tidak hanya berbangga
menjadi penyokong haluan kiri dan antiestablishment sedangkan mereka tidak
berapa faham tentang apa yang berlaku sebenarnya.
Mengenai Dasar Ekonomi Baru
(DEB), ada pihak menyatakan ia gagal. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini?
SANUSI: Kenapa mereka kata gagal. Apakah hanya kerana
nasihat beberapa orang Melayu yang tidak pandai cakap Melayu akhirnya kita
mengatakan dasar itu gagal? Saya melihat dalam banyak syarikat berkaitan
kerajaan yang paling berjaya dan banyak membantu adalah Majlis Amanah Rakyat
(Mara). Bukannya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah dan sebagainya. Ini
kerana melalui jasa Mara ramai orang Melayu berjaya sekarang ini. Kita
berbangga mereka menjadi profesional Melayu yang berjaya.
Tetapi ada dua golongan profesional iaitu profesional
Melayu dan Melayu profesional. Melayu profesional ini mereka sedar bahawa
segala kejayaan yang diperoleh adalah kerana mereka orang Melayu yang dibantu
sehingga berjaya dan mereka tidak lupa dengan segala bantuan yang diberi.
Masalahnya kita gagal nak mendidik sebahagian orang Melayu tentang bantuan yang
diberi dan mereka inilah yang dipanggil profesional Melayu. Bagi mereka menjadi
orang Melayu tidak penting dan mereka menjadi profesional kerana usaha mereka
sendiri. Mereka melihat diri sebagai orang yang bijak dan pandai dan tanpa
bantuan biasiswa mereka boleh berjaya.
Pihak ini jika kita bagi kedudukan dalam mana-mana
syarikat mereka hanya melihat kepada untung dan rugi sahaja. Mereka tidak
peduli tentang hak Melayu, membantu orang Melayu dan sebagainya. Yang mereka
nampak jika boleh jual dan buat keuntungan itu sahaja. Adalah menyedihkan
perkara sebegini berlaku dan orang muda tidak tahu perkara sebenar kenapa semua
bantuan ini diberikan.
Apa pandangan Tan Sri mengenai
kepemimpinan DAP yang begitu rakus mahu menidakkan hak orang Melayu dan Islam
tetapi malangnya orang Melayu sudah mula menyokong parti itu?
SANUSI: Mereka ini adalah cauvinis lama dan sudah
tidak relevan. Padahal saya berpendirian bahawa kumpulan Lim Kit Siang yang
menyebabkan peristiwa 13 Mei. Faktor sokongan itu adalah lebih kepada faktor
Anwar selain meluat dengan beberapa orang UMNO. Namun jika calon yang bakal
bertanding nanti bukan lagi orang yang mereka meluat saya rasa sokongan akan
lebih baik berbanding sebelum ini. Faktor orang Melayu menyokong DAP ini tidak
lebih kepada faktor ini.
Bagaimana Tan Sri melihat DAP
dahulu dan sekarang, apakah mereka sudah banyak berubah atau sama sahaja?
SEKIAN
Sudahlah sanusi a/l jonid cakap mcm keling, tak nak citer psl dsai tapi sempat juga mengutuk dsai panjang labar pulak. Ginilah sanusi nyawa ko tu dlm injury time bila2 je Allah stopkan jantung ko, jd rentikan citer fitnah psl dsai karang masuk kubur tak sempat tobat kamu jd papa di barzakh,nauzubillah.
ReplyDeleteRasanya baik kamu mati lagi baik drp hidup menyusahkan org, lagi byk dosa kamu kompol, dosa yg ada pun bukan kepalang nak tanggung. Kesian tgk kamu Allah beri kamu injury time sepatutnya bertobatlah, ni tak ikut perangai madey siang mlm tabur fitnah.
Untuk org yg memberi komen di atas.
ReplyDeleteRasanya lebih baik kalau kita fahamkan isi kandungan yg cuba disampaikan dari mengkritik dan terus menghina.
SUDAHLAH CUKUPLAH MEMFITNAH DSAI. SETAHU SAYA DSAI TIDAK PERNAH MENGUNJUNG SARANG PELACUR DIBRICKFILEDS , JALAN KLANG LAMA ATAU KAMPUNG JAWA KLANG.
ReplyDeletePORIUM JALAN BELANGKAS.
Anonymous said...
ReplyDeleteSANUSI CHUNIT INI AMAT CEMBURU DENGAN ANWAR. APABILA MAMAK KUTTY MEMUJUK ANUAR MENYERTAI UMNO TULIN BERMULALAH HASAD SNAUSI INI TERHADAP ANUAR.
APAKAH SUMBANGAN PENINGGALAN NYA SELAMA INI? YANG KITA TAHU...KOPERASI SHAMELIN YANG DI SERAH KAPADA ADIKNYA BERLUMURAN DENGAN RASUAH SEKITAR PROJEK TAMAN SHALELIN CHERAS SAHIGGAKAN HAMPIR BANKRUPT, PROJEK TAMAN PERTANIAN YANG MENELAN BERJUTA WANG RAKYAT MENJADI HUTAN,PROJEK TANAMAN PADI ATAS BUMBUNG,MINUM AYER KELAPA, PROGRAM MENGURAT BINI, MENGUMPUL TAYAR BURUK,ETC..SEMUA INI PROJEK HASIL PEMIKIRAN BERTARAF PENUAL OBAT DI JALAN CHOW KIT.
DARI DULU LAGI KAKI TEMBERANG JALANAN INI BERASA DIA LEBIH HEBAT DARI ANUAR.TETAPI HAKIKAT NYA HINGGA KINI ANUAR MASIH MAMPU MERAIH PENYOKONG HINGGA KINI WALAUPUN DI ASAK DENGAN BERBAGAI TEKANAN OLEH SELURUH JENTERA PARTY UMNO BARU MAMAK KUTTY.
SAYA RASA KALAU ANAK ACHEH INI MENUBUH PARTY LAH - HANYA DIALAH SAORANG SAHAJA YANG MENJADI PENASIHAT, PENGERUSI, PRESIDEN, BENDAHARI, SETIAUSAHA, DAN AHLI. ITU LAH SEBAB DIA TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT SAHINGGA KA LIANG LAHAD.
DIA TIDAK SEDAR BAHAWA DIALAH DIANTARA DUA ORANG YANG MENGKHIANATI BANGSA MELAYU.KEMASUKAN SANUSI KEDALAM UMNO SATELAH MENJUAL SHAMELIN- BERMULALAH ERA KEHANCURAN KUASA MELAYU. DIALAH YANG MEMULAKAN BUDAYA MEMBURUK2KAN KAWAN DAN LAWAN DAN BUDAYA SAMSENG DIDALAM UMNO.
WAKTU MENJADI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DIA TELAH MENGGUNAKAN BAPA SAUDARANYA- YANG MERUPAKAN SAORANG BERPANGKAT BESAR DALAM SPECIAL BRANCH PDRM UNTUK MENGGUMPUL SEGALA RAHSIA KEBURUKAN PEMIMPIN UMNO -TERMASUK MAMAK KUTTY SENDIRI- UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN BLACKMAIL ATAU MENJATUH MANA2 PEMIMPIN UMNO.
. DIA TELAH MENYALAH GUNAKAN KUASA SEBAGI SETIAUSAHA AGUNG UMNO UNTUK MEMECAH BELAH KEPIMPINAN UMNO DAN UNTUK MENJATUHKAN TENGKU RAZALEIGH DAN MUSA HITAM. DIALAH YANG MENGHASUT MAMAK KUTTY AGAR MEMUSUHI ANUAR.SANUSI TELAH MERANCANG AGAR UMNO TULIN DIHARAMKAN- AGAR MAMAK KUTTY YANG TELAH BERJAYA DIBLACKMAILNYA TERUS BERKUASA.
SABENARNYA ANTARA YANG MENJADI PENGKHIANAT DAN MELEMAHKAN BANGSA MELAYU ADALAH ANAK KETURUNAN ACHEH INI YANG TELAH BERSEKONGKOL DENGAN SAORANG KETURUNAN KUTTY AKHIRNYA MEMUSNAHKAN UMNO TULIN .
aHLI umno tULIN 1974.
saya sebagai anak muda bersetuju dengan pandangan tan sri.orang melayu apabila ditekan daripada segenap pelusuk barulah akan bersatu.malayan union dulu membuat kita bersatu untuk menentangnya.kini,umno sekali lagi sebagai payung orang melayu utk lawan agenda dap.buktinya umno menang banyak kerusi pada pru 13 yang lalu.. umno menang 109 kerusi daripada 120 kerusi yang disertai
ReplyDelete