Sunday, October 19, 2014

DARI NEGARA PERTANIAN KE NEGARA INDUSTRI

SEKITAR ISU SEKURITI MAKANAN

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

KEGEMARAN MENULIS


Banyak daripada mereka yang menjalankan tugas, di pelbagai peringkat di dalam kerajaan, tidak suka menulis. Ramai juga yang menulis yang tidak berpengalaman sebagai kakitangan kerajaan.

Ada yang gemar membaca, suka menulis dan sekaligus menjalankan tugas yang dijawat. Di peringkat tertinggi tokoh begini sukar didapati. Tun Dr. Mahathir ialah seorang daripadanya. Saya suka membaca dan bercakap dan lepas itu saya edit ucapan yang telah saya sampaikan secara spontan. Ada juga yang membaca ucapan yang ditulis oleh orang lain. Ada juga yang mengupah orang lain untuk menulis mengenainya atau pun menerbitkan buku atas namanya walaupun yang menulis itu orang lain.

Apabila seseorang pemimpin politik itu selesai menjalankan tanggungjawabnya maka hasil kerjanya akan dinilai oleh rakyat. Kesannya ialah di dalam pilihanraya. Walaupun yang bertanggungjawab menjalankan sesuatu tugas itu menempuhi berbagai masalah dan cabaran tetapi yang menulis mengenai hasilnya kadangkala sudah mempunyai matlamat penulisannya sendiri.

Kecuali seseorang yang digelar ahli politik dari parti pembangkang, yang biasanya mewarnakan bulan yang kuning di langit dengan warna hitam, penulisan untuk tesis universiti pula, dalam ilmu yang kurang pasti, kadangkala di dorong untuk memilih tajuk yang dicadang atau didapati selesa oleh penyelia yang mempunyai matlamatnya yang  tersendiri.



PENULISAN TESIS


Seorang pegawai saya dari MARDI pernah digalakkan oleh seorang Professor dari sebuah universiti terkenal di Amerika Syarikat supaya membuat kajian, untuk ijazah PhD-nya, mengenai perbandingan antara minyak kelapa sawit dan minyak kacang soya (A Comparative Study on Soya Bean Oil and Palm Oil). Apaabila siap tesisnya pegawai MARDI membuat kesimpulan bahawa 'Palm Oil is superior to Soya Bean Oil.' Oleh kerana penemuan Sdr. Adnan berbeza dengan kehendak fakulti berkenaan maka Professor beliau mengesahkan bahawa tesisnya cukup baik dan beliau layak mendapat PhD; tetapi pihak universiti tidak dapat menganugerahkannya kerana ianya bertentangan dengan kehendak dan kepentingan sponsor fakulti berkenaan - iaitu Persatuan Soya Bean America Syarikat.

Seorang pelajar pintar dari Indonesia telah digalakkan oleh seorang Professor di Universiti Chicago untuk menulis tesis bertajuk 'There Is No Such Thing As An Islamic State.' Tajuk ini jelas dipilih kerana pelajar tersebut didapati ada potensi untuk menjadi pemimpin politik ala ugama di Indonesia. Dalam mencari bahan untuk memperolehi ijazah PhD maka pelajar tadi dipengaruhi sehingga dia yang mulanya ingin mewujudkan negara Islam, akhirnya menapikan kewujudan negara sedemikian di dalam sejarah. Beliau sukses sehingga menjadi pemimpin sebuah partai politik di Indonesia, dan pernah datang ke Malaysia untuk membantu menjatuhkan Tun Dr. Mahathir yang mempertahankan 'fundamentals Islam' sebagai baik untuk dijadikan panduan. Setelah tumpas di gelanggang politik beliau kini mempengerusikan sebuah syarikat milik jutawan dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Indonesia. Di situlah berakhirnya perjuangan beliau untuk Islam.

Tengku Abdul Rahman ialah seorang tokoh besar politik di Malaysia. Beliau sempat menulis pendapat beliau setelah beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri.

Tun Dr. Mahathir, selain menulis sebelum dan di waktu menjadi Perdana Menteri, masih menulis atas berbagai perkara yang berkaitan dengan agama, bangsa dan Tanah air.


SEKURITI MAKANAN



Secara kebetulan, Sdr.  Zahrul Akhmal bin Damin telah memilih tajuk berkaitan dengan 'Sekuriti Makanan' dan 'Peralihan Dari Negara Pertanian Ke Negara Perindustrian' di Malaysia di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir.

Oleh kerana Sdr. Zahrul mengetahui bahawa saya pernah menjadi Menteri Pertanian di dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir maka di bawah ini saya perturunkan soalan-soalan yang beliau kemukakan diikuti dengan ulasan dan jawapan dari saya.


Bahan ini bolehlah beliau jadikan sebagai rujukan dalam menulis tesisnya. Sudah tentu kesimpulan dari kandungan tesisnya itu berbeza, sekurang-kurangnya dari segi cara penulisan. Oleh kerana tesisnya nanti, bila siap, tidak didapati di pasaran buku maka saya turunkan di bawah ini pandangan saya mengenainya. 


Selamat membaca.

SOALAN TEMUBUAL BERSAMA TAN SRI DATO’ SERI SANUSI JUNID


Soalan Pertama (S1)


Bagaimana Tan Sri menilai perubahan yang di bawa oleh Tun Dr. Mahathir dalam menggubah sektor asas ekonomi daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian pada awal tahun 1984?



Soalan Kedua (S2)


Tindakan Tun Dr. Mahathir dalam mempelbagaikan asas ekonomi Malaysia dengan memperkenalkan sektor perindustrian telah memberi impak kepada kedudukan sektor pertanian. Pada pandangan Tan Sri, apakah rasional yang mendorong Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan sedemikian?



Soalan Ketiga (S3)


Penyusutan peranan sektor pertanian telah menyebabkan subsektor pengeluaran makanan turut menerima kesan. Sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertanggungjawab dalam menjamin pengeluaran makanan agar berada dalam tahap yang selamat. Berdasarkan penilaian Tan Sri, bagaimana YBhg Tun Dr. Mahathir melaksanakan tanggungjawab ini?



Soalan Keempat (S4)


Tun Dr. Mahathir pernah memperkenalkan strategi untuk mengurangkan kawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) pada tahun 1986 hingga 1990 dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) pada tahun 1991 hingga 1995. Strategi ini dilaksanakan secara beransur-ansur dan digantikan dengan tanaman lain yang lebih menguntungkan. Pada penilaian Tan Sri, sejauhmana Tun Dr. Mahathir dapat mengimbangi strategi tersebut dalam memastikan pengeluaran makanan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas?



Soalan Kelima (S5)


Setiap tahun kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan untuk mengimport sejumlah makanan daripada negara luar. Bagaimana Tan Sri menilai isu sekuriti makanan berikutan pergantungan makanan oleh Malaysia terhadap negara luar ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri?



Soalan Keenam (S6)


Jika dibandingkan dengan negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia, mereka dilihat lebih berjaya dalam sekuriti makanan menerusi ukuran nilai eksport makanan yang lebih tinggi daripada nilai import dan nilai imbangan perdagangan makanan yang positif. Pada pandangan Tan Sri, adakah Malaysia mampu untuk mencontohi negara ini dalam sekuriti makanan seterusnya melepaskan pergantungan terhadap makanan daripada negara luar?



Soalan Ketujuh (S7)


Malaysia kerap menghadapi ketidaktentuan cuaca seperti pada tahun  1997, 2000 dan 2003 apabila menerima hujan yang berlebihan hingga menyebabkan banjir. Faktor perubahan cuaca ini mampu memberikan cabaran terhadap pengeluaran makanan negara. Jadi, bagaimana Tan Sri melihat Tun Dr. Mahathir menyusun strategi bagi mengatasi cabaran ini?



Soalan Kelapan (S8)


Selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997, dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir memperlihatkan bahawa pertanian untuk sekuriti makanan telah mendapat perhatian. Ini dibuktikan dengan pengenalan Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) pada tahun 1998 seterusnya penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) pada tahun 2001. Pada pandangan Tan Sri, mengapa Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan sedemikian?




Soalan Kesembilan (S9)


Negara luar dan Malaysia melihat bahawa YBhg Tun Dr. Mahathir telah berjaya memimpin negara dalam tempoh 22 tahun dengan cara tersendiri. Ia dibuktikan apabila asas ekonomi dapat dikukuhkan dengan mempelbagaikan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah. Sehubungan itu, sejauhmana Tan Sri menilai pencapaian dasar pertanian khususnya untuk sekuriti makanan sepanjang pemerintahan Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri?



Soalan Kesepuluh (S10)


Malaysia merupakan negara anggota kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan ini telah menggariskan tentang agenda sekuriti makanan pada tahun 1994. Pada pandangan Tan Sri, sejauhmana YBhg Tun Dr. Mahathir memberi reaksi kepada agenda PBB ini?



Soalan Kesebelas (S11)



Selepas era pemerintahan Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003, bagaimana Tan Sri melihat usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah dan Dato’ Sri Mohd. Najib dalam menjayakan sekuriti makanan dalam menampungi jumlah populasi yang meningkat?

3hb Mei, 2014­­­­

ULASAN DAN JAWAPAN

Soalan-soalan yang dikemukakan oleh saudara Zahrul Akmal bin Damin sebagai calon PhD di Universiti Utara Malaysia.

Saya mengambil perhatian inti-pati yang ditimbulkan dalam soalan-soalan, yang sedikit disusun semula seperti berikut:

1)      Tun Dr. Mahathir mengubah …. daripada negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian pada tahun 1984. (S1)



2)      Selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1997, … Dasar Pertanian Negara tahun 1998 (DPN3) … dan penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) …. memperlihatkan  ……. Pertanian untuk sekuriti makanan telah mendapat perhatian. (S8)



3)      Apakah rasional yang mendorong Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan  memajukan sektor perindustrian yang memberi impak kapada sektor pertanian. (S2)



4)      Dalam Rancangan Malaysia Kelima, dari tahun 1986 hingga tahun 1990, dan dalam Rancangan Malaysia Keenam, dari tahun 1991 hingga tahun 1995, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan strategi, yang dilaksanakan secara perlahan-lahan, untuk mengurangkan kawasan penanaman padi di luar kawasan jelapang padi – MADA dan KEDA. (S4)



5)      Bagaimanakah Tun Dr. Mahathir menyusun strategi bagi mengatasi ketidaktentuan cuaca, seperti dalam tahun 1997, 2000 dan 2003, sebagai cabaran terhadap pengeluaran makanan Negara.



6)      Setiap tahun kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan untuk mengimpot sejumlah makanan daripada Negara luar. (S5)



7)      Bagaimana Tan Sri menilai isu sekuriti makanan berikutan pergantungan makanan oleh Malaysia terhadap Negara luar ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? (S5)



8)      Thailand dan Indonesia dilihat lebih berjaya dalam sekuriti makanan menerusi ekoran nilan ekspot makanan yang lebih tinggi daripada nilai impot. (S6)



9)      Bagaimanakah Tun Dr. Mahathir melaksanakan tanggungjawab, sebagai Perdana Menteri, kerana penyusunan peranan sektor pertanian menyebabkan subsektor pengeluaran makanan turut menerima kesan. (S3)



10)  Sejauh manakah Tan Sri menilai kedudukan sekuriti makanan sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir yang dianggap berjaya memimpin Negara dalam tempoh 22 tahun. (S9)



11)  Sejauh manakah Tun Dr. Mahathir memberi reaksi kepada agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan tentang agenda sekuriti makanan. (S10)



12)  Secara perbandingan dengan Tun Dr. Mahathir sejauh manakah usaha kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam menjayakan sekuriti makanan dalam menampungi jumlah populasi yang meningkat? (S11)


SASARAN PERSOALAN

Daripada inti-pati di atas saya dapati saudara Zahrul telah menyentuh perkara-perkara dan peranan Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Najib; institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); negara Indonesia dan Thailand dan Dasar Pertanian Negara dan kedudukan sekuriti makanan.

PERSOALAN YANG KETINGGALAN

Apa yang tidak disebutkan ialah persoalan mewujudkan pekerjaan kepada rakyat jelata, penyusunan semula masyarakat dan usaha membasmi kemiskinan sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dilanjutkan dalam Dasar Pembangunan Negara (DPN).

KESIMPULAN PERSOALAN

Bolehlah difahamkan bahawa saudara Zahrul berminat untuk meninjau asas perubahan dari menjadi sebuah negara pertanian kepada negara perindusterian. Berikutan perubahan itu, yang dibuat secara beransur-ansur di luar kawasan jelapang padi, maka dasar yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mewujudkan sekuriti makan, telah terjejas. Keadaan ini telah meletakkan Malaysia di belakang negara Thailand dan Indonesia dari segi pengeluaran makanan. Apakah Dasar Pertanian Negara yang diperkenalkan pada tahun 1998, ikuti dengan penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, menjadi satu batu tanda untuk membetulkan keadaan sekuriti makanan Negara akibat daripada agenda perindustrian yang terdahulunya disasarkan untuk mengganti status negara sebagai negara pertanian.

PERBANDINGAN ANTARA PEMIMPIN

Bagi menjawab perkara ke 12 di atas saya tidak berhasrat untuk membuat penilaian atas perbezaan dasar, strategi dan taktik yang dilaksanakan di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib kecuali nama Kementerian Pertanian telah diubah dan cara penyelarasan pembangunan telah diletakkan di bawah koridor-koridor di seluruh negara.

TAMAN PERTNIAN MALAYSIA

Taman Pertanian Malaysia yang pertama di dunia, adalah sebuah projek agri-tourism yang menjadi sekolah contoh untuk masyarakat petani, penternak dan nelayan mempelajari dan didedahkan kepada pertanian moden. Namanya, yang direstui oleh Almarhum Baginda KDYMM Tuanku Sultan Selangor, telah ditukar menjadi Taman Botanikel, tanpa mendapat restu dari anaknya Almarhum, yang kini mengganti KDYMM Tuanku menjadi Sultan Selangor. Sebagai Taman Botanikel ianya tidak lagi menjadi taman yang mempamirkan berbagai bidang pertanian, dan yang pertama di dunia, tetapi menjadi sebahagian dari ribuan taman botanikal yang ada di dunia. Peranannya juga sudah tidak lagi sebagai institusi ilmu yang bertaraf antarabangsa, dengan keluasan tanah sekitar 3,000 ekar tetapi tinggal hanya 1,000 ekar dan hanya wujud sebagai destinasi pelancungan untuk mesyarakat tempatan.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pada pendapat saya ada beberapa dasar yang digubalkan oleh PBB atau agensi-agensinya seperti Bank Dunia, UNESCO, WHO dan FAO yang tidak praktikal, kerana perbezaan kualiti bumi, cuaca alam, keluasan tanah dan juga ugama, jika dikehendaki pelaksanaannya dilakukan oleh semua negara anggota PBB.

BANK DUNIA

Program membasmi kemiskinan oleh Bank Dunia, walaupun berbilion ringgit telah dibelanjakan tidak memberi kesan yang memuaskan. Di waktu masyarakat tani, dan penduduk luar Bandar yang miskin, memerlukan wang dari institusi pinjaman Bank Dunia lebih mementingkan kadar faedah bank tidak melebihi 5% setahun, dan jika lebih dianggap mendera peminjam yang miskin. Bagi masyarakat tani yang meminjam wang, di masa itu, dengan kadar faedah sehingga 80% setahun, yang menjadi masalah bukan ‘the cost of funds’ tetapi ‘the availability of funds.'

Jika institusi peminjam wang dibenarkan memberi pinjaman pada kadar 20%, sebagai contoh, sudah pasti mereka akan menjimatkan 60% dari faedah yang dikenakan oleh institusi peminjam dan institusi peminjam juga ada insentif kerana dengan faedah 20% mereka mendapat keuntungan setelah membayar kos pengurusan yang bagitu tinggi bagi pinjaman-pinjaman yang kecil.

UNESCO

ILMU TANPA MORAL

UNESCO umpamanya hanya menekan kepada factor ilmu dalam pendidikan secara terpisah dari nilai-nilai murni yang tersangat penting untuk mendampingi mereka yang berkelulusan dan berpendidikan. Jika ada sentuhan mengenai nilai ianya tidak cukup untuk memberi kesan kepada masyarakat. Kewujudan generasi muda masa kini yang miskin nilai-nilai dalam hidup turut menjadi tanggung-jawab UNESCO.

RANCANGAN KELUARGA

Malaysia telah membuat satu dasar kependudukan yang berbeza dengan yang ditentukan oleh WHO. Sementara WHO memperkenal ‘Rancangan Keluarga’ Malaysia telah memperkenalkan ‘Rancangan Keluaraga Besar.’ Malaysia meletakkan 5 orang anak bagi sesuatu pasangan keluarga yang berbeza dengan ketentuan WHO yang mencadangkan 2 orang atau sepasang.

Bagi negara yang ingin maju berbagai jenis industri perlu diwujudkan. Bagi sesetengah industri seperti industri kereta, modal yang diperlukan, dengan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman, tidak mungkin dapat dibayar jika kereta yang dikeluarkan itu tidak ada pasaran yang mencukupi.

Oleh kerana industri berat, seperti industri kereta, diperlukan sebagai asas kepada industri pertahanan, negara yang terbatas jumlah penduduknya perlu bergantung kepada pasaran ekspot untuk menjayakan industrinya. Mengikut perhitungan Tun Dr. Mahathir sesebuah negara yang jumlah penduduknya sekitar 75 juta sahaja yang boleh betul-betul Merdeka dan dapat membangunkan industri apa jua tanpa bergantung kepada pasaran ekspot.

 FOOD AND AGRICULTURE ORGANIZATION (FAO)

SEKURITI MAKANAN

Perkara sekuriti makanan yang ditimbulkan di bawah inti-pati ke 2, 7, 11 dan 12 adalah dasar yang ditentukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ianya mendapat perhatian, dari segi pengurusan, daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (Food and Agriculture Organization – FAO).

KELUASAN TANAH

Adalah tidak mungkin bagi negara Singapura atau Hongkong (sebelum tercantum semula dengan China) menjadi sebuah negara yang mempunyai jaminan sekuriti makanan yang cukup, sebagaimana kehendak PBB, kerana tanahnya untuk ditanam padi hampir tiada.

KUALITI BUMI

PBB juga tidak boleh mengharapkan negara Greenland atau Kuwait, kerana cuacanya, yang tersangat dingin atau tersangat panas, untuk mengeluarkan gandum yang mencukupi untuk rakyatnya.

PEMBAZIRAN

Mengikut perangkaan FAO di waktu saya menjadi Menteri Pertanian, pengeluaran padi di dunia adalah melebihi dari permintaan, tetapi sistem atau kemampuan pembahagiannya tidak merata dan menyeluruh. PBB gagal dalam urusan pembahagian rezeki yang membazir ini.

PERBEZAAN UGAMA

PBB juga membatasi tafsiran jenis sekuriti makanan kepada tanaman ‘cereal’ dan tidak termasuk ikan dan ternakan. Jika ternakan dimasukkan sekalipun dalam definasi sekuriti makanan, ianya tidak dapat menyelesaikan masalah kebuluran di India walaupun di sana jumlah rakyat India lebih rendah dari jumlah lembu yang dipelihara oleh mereka. Ini disebabkan ugama Hindu menghalang penganutnya dari memakan daging lembu.

FAKTOR POLITIK

Tidak praktiknya konsep sekuriti makanan ternyata apabila wujud perubahan politik seperti menggabungkan negara-negara di Eropah ke dalam Kesatuan Ekonomi Eropah. Apakah dengan penyatuan ini negara-nagara yang tadinya tidak mencukupi makanan tetapi kini tidak perlu memikirkan perkara itu semata-mata kerana walaupun Negara tertentu tidak mencukupi makanan tetapi gabungan negara-negara dari Kesatuan Ekonomi Eropah sekuriti makanan dalam satu kelompok besar itu adalah mencukupi.

KESATUAN EKONOMI EROPAH

UNTUK NEGARA-NEGARA DI EROPAH

DAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

UNTUK SEMUA NEGARA ANGGOTA DI DUNIA


Jika Kesatuan Ekonomi Eropah dianggap sebagai sebuah kesatuan yang sekuriti makanannya mencukupi, sedangkan ada negeri di kalangan negara-negara anggota Kesatuan Ekonomi Eropah yang tidak mencukup sekuriti makanannya. Maka lojiknya Malaysia, sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak perlu menghiraukan masalah sekuriti makanan, kerana gabuangan semua Negara dalam PBB mempunyai pengeluaran makanan yang mencukupi seperti yang ditentukan oleh definasi sekuriti makanan.

Oleh itu dasar sekuriti makanan hanya boleh dijadikan dasar dengan harapan semua negara sedar mengenai bahaya tidak cukup makanan di dunia.

KENAPA NEGARA BERPINDAH DARI PERTANIAN KE PERINDUSTRIAN.

AHLI POLITIK DARI NEGERI JELAPANG PADI

Sebagai seorang ahli politik Tun Dr. Mahathir bertindak untuk memajukan negara tanpa mengenepikan rakyat. Kerana rakyatlah maka beliau, dan BN dipilih untuk memerintah negara.

MENANAM PADI ERTINYA KEMISKINAN

Sebagai seorang yang dilahirkan di negeri yang menjadi jelapang padi negara beliau dapat melihat dengan jelas betapa kemiskinan dan penanaman padi menjadi dua anggota kerabat yang setia.

Beliau juga menyedari penanam padi tidak bekerja sepanjang tahun kerana hanya di waktu menanam dan menuai sahaja mereka kesibukan untuk beberapa minggu sahaja.

PENGGUNAAN TANAH YANG LEBIH EKONOMIK

Sebagaimana yang selalu disebut dalam ucapannya bahawa satu ekar tanah yang digunakan untuk menanam padi hanya dapat memberi perkerjaan kepada hanya beberapa orang, mengikut musim, jika dibanding dengan ratusan pekerja yang bekerja sepanjang tahun di atas tanah yang sama jika didirikan satu industri atau perusahaan.

Tanah, sebagai sumber alam yang paling berharga hanya disiasiakan jika ditanam dengan padi.

SYARAT BANTUAN BANK DUNIA

Perbadanan Kemajuan Pertanian Muda (Muda Agricultural Development Authority – MADA) adalah satu projek penanaman padi yang paling berjaya dan menjadi projek contoh yang dibiayai oleh Bank Dunia.

Untuk mematuhi kepada syarat sumbangan Bank Dunia maka kawasan MADA tidak boleh ditukar penggunaan tanahnya kecuali untuk menanam padi.

Memanglah benar dengan adanya rancangan MADA, dan kemudahannya untuk membolehkan penanaman padi dua kali dalam setahun, maka pendapatan para petani berlibat ganda dua kali.

Malangnya ianya tidak merobah kemungkinan akan lebih ekonomik jika tanah dalam kawasan MADA itu ditukar dengan tanaman seperti kelapa sawit atau pun dijadikan sebahagian darinya sebagai tanah untuk industri.

Itulah sebabnya dikatakan oleh ahli ekonomi pertanian bahawa Kedah, sebagai negeri jelapang padi, berkorban untuk negara, yang bermaksud mengorbankan potensi untuk menjadi lebih mewah semata-mata untuk memastikan ada pengeluaran padi, walau pun tidak cukup, untuk negara.

Di perairan Seberang Perak sudah ada contoh bagaimana pemilik tanah menjadi berlipat ganda lebih mewah apabila sawah mereka dikeringkan dan ditanam dengan pokok kelapa sawit.

TANAM PADI ATAS BUMBONG

Dalam memikirkan masalah tanah di dalam kawasan MADA satu cadangan telah dibuat untuk mencuba tanam padi di atas bumbung rumah. Adalah difikirkan dengan cara itu projek perumahan dapat dibangunkan sementara kawasan untuk tanaman padi tidak menjadi kurang. Dari eksperimen di pusat MARDI di Kepala Batas dan di Kampung Paya Pahlawan ternyata projek ini viable. Dengan penggunakan air dan baja yang terbatas kawasan padi atas bumbung itu boleh memberi kemudahan menanam padi lebih dari 3 kali setahun. Cadangan ini, walaupun ditolak oleh media tempatan 25 tahun yang lalu sudah mula dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ketiadaan tanah yang mencukup berdekatan dengan tempat ramai penduduk; sementara kawasan tanaman terlalu jauh yang menyebabkan kos hasil meningkat lebih kerana kos pengangkutan.

TANAM PADI DI LUAR NEGARA

Bagi sesetengah negara yang taraf hidup rakyatnya lebih rendah dari Malaysia, seperti negaraa –negara di Afrika dan China, di masa lalu, usaha menanam padi dapat membantu ekonomi rakyat di sana.

Setelah diumumkan rancangan Malaysia untuk menanam padi di luar negara maka Malaysia  pernah ditawarkan untuk menanam pada di atas 100,000 ekar tanah di Hainan di selatan negara China. Ide ini tidak dapat dilaksanakan kerana implikasi politik disebabkan oleh tuntutan keluarga China di Sabak Bernam yang menyatakan tanah di Selatan China itu milik datuk nenek mereka.

Walaubagaimanapun rancangan menanam padi di luar negara telah dilaksanakan oleh Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) di salah sebuah negara di barat Afrika.

Berikutan dengan pengumuman mengenai rancangan menanam padi di luar Negara, oleh Malaysia, adalah difahamkan bahawa ide ini telah kemudiannya digunakan oleh Singapura yang telah menanam padi di Cambodia dan juga sayur-sayuran dan buah-buahan di India. Kerana inisiatif di bidang pertanian seperti inilah maka Singapura, yang tidak mempunyai tanah untuk pertanian, telah layak menjadi ahli FAO. 

DEB dan DPN

Di dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) sebagai kesinambungan kepada matlamat DEB yang penting ialah usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Untuk menjayakan usaha menyusun semula masyarakat pendekatannya ialah melalui pendidikan dengan pemberian biasiswa di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan.

KERJA dan PENDAPATAN

Yang terpenting dalam usaha membasmi kemiskinan ialah setiap rakyat mempunyai pekerjaan. Sudah tentu tidak banyak pekerjaan yang boleh diwujudkan jika tanah yang ada digunakan untuk usaha pertanian.

Oleh itu segala usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian hendaklah difahami sebagai usaha untuk mewujudkan pekerjaan untuk rakyat.

Dalam bidang pertanian pula kemiskinan boleh dikurangkan jika petani dapat menjual hasil tanaman mereka dengan harga yang baik di pasaran.

Oleh kerana petani di sawah padi tidak berkerja sepenuh masa, dan mengikut musim, maka tanaman lain hendaklah diusahakan yang boleh dijual dengan harga yang lumayan.

Pekebun kecil kelapa di satu masa dulu digolongkan sebagai golongan miskin kerana pokok kelapa dianggap oleh Bank Dunia sebagai ‘sunset-crop’ atau ‘tanaman Maghrib,’ dan Bank Dunia tidak lagi memberi subsidi untuk pekebun kecil kelapa dan pekebun kelapa dikehendaki menggantikan tanaman mereka dengan koko.

Tugas kerajaan ialah untuk menaikkan harga kelapa dengan mempopularkan minuman air kelapa muda. Dengan itu kelapa menjadi ‘sunrise crop’ atau ‘tanaman matahari naik’ dan tidak memerlukan subsidi lagi.

Selain dari menanam tanaman yang hasilnya ada pasaran dengan harga yang lumayan seseorang petani juga diajar untuk berusaha mengeluarkan hasil industri kampong dan industri kraftangan.

Dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan pekerjaan Kementerian Pertanian telah memberi perhatian bukan kepada hasil pertanian tetapi kepada taraf dan kualiti hidup masyarakat tani.

‘THE MAN BEHIND THE TREES’

Pendekatan kerajaan lebih kepada pendapatan dan mutu hidup petani, penternak dan nelayan dan bukan kepada pengeluaran padi, tangkapan ikan dan ternakan haiwan. Pendek kata, jika di bidang tanaman pokok getah kerajaan tidak melihat kepada pengeluaran susu getah tetapi kepada penoreh getah sebagai ‘manusia di belakang pokok’ atau ‘the man behind the trees.’

UNTUK MENAMBAH TANAMAN, IKAN DAN TERNAKAN

Adalah mudah jika matlamat kerajaan ialah untuk menambah pengeluaran padi, tangkapan ikan dan ternakan haiwan. Usaha ke arah ini boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat dengan penggunaan modal yang mencukupi.

Untuk menambah pengeluaran padi, umpamanya, kerajaan hanya perlu memberi kawasan tanah yang luas beribu ekar untuk ditanam dan dituai padi dengan menggunakan teknologi tinggi sebagaimana yang ada di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada. Atas puluhan ribu ekar tanah pengeluar sedemikian hanya perlu beberapa ratus pekerja sahaja.

Tetapi, cara ini, walaupun dikatakan di dalam perangkaan sebagai kemajuan di bidang pertanian tetapi ianya tidak membantu untuk meningkatkan pendapatan dan mutu hidup petani di Malaysia.

Begitu juga dalam bidang perikanan. Hanya dengan membenarkan penggunaan bot menangkap ikan yang besar jumlah tangkapan ikan boleh meningkat tanpa meningkatkan pendapatan dan mutu hidup nelayan.

Dalam usaha menambahkan hasil ternakan juga ianya adalah mudah jika kita membenarkan ribuan ekar tanah digunakan oleh pelabur besar sebagai ranch untuk ternakan sebagaimana yang berlaku di negara yang menggunakan ‘cowboys’ untuk mengawal haiwan ternakan dengan menggunakan kuda.

Tetapi pelaksanaan projek begini, sementara menambah hasil ternakan, atau makanan, tidak membantu untuk meningkatkan pendapatan dan mutu hidup para penternak yang berkurangan modal dan pengalaman.

‘PROSPER THY NEIGHBOUR’

Apabila kerajaan menjalankan program untuk menambah pekerjaan melalui perindustrian maka banyaklah hasil industri memerlukan pasaran. Antara pasaran bagi hasil industri di Malaysia, di masa lalu, ialah Burma, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Thailand dan Vietnam. Oleh kerana negara-negara ini mendapat pertukaran wang asing dari hasil ekspot beras maka pertukaran wang asing yang diperolehi inilah yang membiayai impot hasil industri kita ke negara mereka.

Dasar mengimpot dari negara jiran inilah antara yang termasuk dalam program ‘prosper thy neighbour.’   Adalah menjadi keyakinan kerajaan bahawa hubungan diplomatik yang baik dapat ditingkatkan dengan saling membantu jiran dengan mengimpot hasil mereka, yang turut membantu ekspot kita, selain dari berkongsi teknologi yang ada pada kita untuk membantu negara yang memerlukannya daripada kita. Kita tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan teknologi yang ada pada kita dengan negara-negara yang memerlukannya, kerana, jika kita tidak bantu sekalipun, melalui penyelidikan lambat laun mereka juga akan menemuinya sendiri. Malaysia membina persahabatan dengan membantu negara lain dengan memberi apa yang ada padanya. Sementara itu kita pesatkan usaha penyelidikan untuk menemui teknologi baru.

NEGARA YANG BERGANTUNG KEPADA MALAYSIA

MENJADI NEGARA YANG BERSAING DENGAN MALAYSIA



Oleh kerana negara-negara yang mengimpot hasil dari industri Malaysia turut membangun dalam bidang perindustrian yang sama dengan kita, juga untuk memberi pekerjaan kepada rakyat mereka, maka dari negara yang bergantung kepada pertukaran wang asing dengan dengan mengekspot beras kenegara kita, negara-negara pengimpot ini sudah menjadi saingan dengan kita untuk pasaran hasil industri.

Keadaan beginilah yang mendorongkan kita untuk turut membuat perubahan dengan wujudnya Dasar Pertanian Negara (DPN3) tahun 1998 dan penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK).


Tan Sri Dato’ Seri Sanusi Junid,

Mantan Menteri Pertanian Malaysia.


8hb Mei, 2014

















8 comments:

  1. DARI GOLONGAN PETANI KAPADA GOLONGAN PEMINTA SEDEKAH. ITU LAH KEJAYAAN UMNO DAN UMNO BARU YANG TUAN PERNAH TERLIBAT SEBAGAI PEMIMPIN DALAM MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU.MELAYU SEKARANG RATA2NYA MERAIH SEDEKAH- PROJEK BESAR UNTUK DIALIBABAKAN,AP UNTUK MENDAPAT KOMISEN, BRIM UNTUK SESUAP NASI.

    ReplyDelete
  2. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete
  3. Hari yang baik untuk semua warga negara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya yang sebenarnya di sini di platform ini sehingga semua warga negara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman peminjam di internet dari NIGERIA dan lainnya bagian dari AFRIKA,

    Setelah beberapa waktu mencoba mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18,7 juta, untuk seorang wanita di saudi arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan teman saya Ny Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudian memperkenalkan saya kepada Lady Esther, manajer Cabang Access Loan Firm, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari LADY ESTHER, jadi I Screams menuangkan dan menghubungi LADY ESTHER. via email: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya mengajukan pinjaman sebesar Rp200 juta dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya diperintahkan untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi untuk mentransfer kredit I dan dalam waktu kurang dari satu setengah jam uang pinjaman telah dimasukkan ke dalam rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya telah dikreditkan dengan jumlah Rp200 juta. Saya sangat senang bahwa akhirnya Tuhan telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman awal saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. LADY ESTHER dengan baik melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman Anda

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui email saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam

    ReplyDelete
  4. saudara-saudara

    Saya di sini untuk bersaksi tentang kebaikan Allah dalam hidup saya dan bagaimana saya diselamatkan dari tekanan finansial karena bisnis saya sedang menurun dan keluarga saya dalam keadaan asulit sehingga kami bahkan tidak dapat membayar uang sekolah untuk anak-anak, karena kepahitan mengambil alih hatiku
    Suami saya juga menggagalkan karena kami menjalankan bisnis keluarga di (Surabaya, Jawa Timur) dimana kami jadi bingung suami saya mencoba untuk mendapatkana pinjaman dari bank dia menolak pinjaman jadi dia online mencari pinjaman karenaa dia ditipu oleh sone imposters online yang menjanjikan kepadanya pinjaman dan mengatakan harus membayar biaya untuk mendapatkan pinjaman sehingga husbank saya meminjam uang dari teman-temannya untuk membayar biaya maka mereka meminta biaya lagi dengan beberapa alasan dia harus pergi dan meminjam dari saudaranya di (Bekasi) untuk memastikan dia mendapatkan pinjaman setidaknya untuk membi/aayai kebutuhan keluarga dan setelah dia membuat biaya, dia diminta untuk membayar lagi dengan alasan tertentu, hal ini membuat keluarga kelaparan meningkat sehingga kami harus mengumpulkan makanan dari tetangga dekat kami. dan selama berbulan-bulan kami menderita dan bisnis ditutup untuk sementara waktu
    Jadi satu sore yang setia sekitar pukul 14:00 tetangga dekat ini menelepon saya dan mengatakan bahwa dia akan mendapatkan pinjaman dari perusahaan pinjaman secara online sehingga jika dia mendapatkan pinjaman, dia akan mengenalkan saya ke perusahaan tersebut sehingga kami pergi ke ATM bersama-sama dan Memeriksa pinjaman itu tidak ada sehingga kami menunggu sekitar 30 menit kemudian kami mendapat peringatan di teleponnya dari banknya bahwa dia telah menerima monney di akunnya sehingga kami memeriksa saldo rekeningnya dan lihatlah 300 juta kepadanya sebagai pinjaman
    Segera saya berteriak di depan umum sambil menangis dan pada saat itu yang bisa saya pikirkan adalah jika saya dengan jumlah seperti itu, masalah saya berakhir, jadi kami pulang ke rumah saya tidak memberi tahu suami saya, dari 1 juta dia memberi saya saya membeli beberapa bahan makanan di rumah dan berlangganan dan tetangga saya dan saya meminta pinjaman kepada perusahaan karena dia memberi saya pedoman sehingga kami mengikuti prosesnya karena prosesnya sama sehingga setelah semua prosesnya, rekan-rekan saya diberi pinjaman oleh saya

    ONE BILLION RISING FUND (onebillionrisingfund@gmail.com)
    BBM: D8E814FC

    Anda juga bisa mendaftar sekarang dan menyelesaikan masalah keuangan Anda
    Saya berbagi cerita ini karena saya tahu bahwa begitu banyak orang di luar sana memerlukan bantuan keuangan dan perusahaan akan membantu Anda
    Gmail saya adalah

    Ratu Efendi Lisa
    efendiqueenlisa@gmail.com

    ReplyDelete
  5. saudara-saudara

    Saya di sini untuk bersaksi tentang kebaikan Allah dalam hidup saya dan bagaimana saya diselamatkan dari tekanan finansial karena bisnis saya sedang menurun dan keluarga saya dalam keadaan asulit sehingga kami bahkan tidak dapat membayar uang sekolah untuk anak-anak, karena kepahitan mengambil alih hatiku
    Suami saya juga menggagalkan karena kami menjalankan bisnis keluarga di (Surabaya, Jawa Timur) dimana kami jadi bingung suami saya mencoba untuk mendapatkana pinjaman dari bank dia menolak pinjaman jadi dia online mencari pinjaman karenaa dia ditipu oleh sone imposters online yang menjanjikan kepadanya pinjaman dan mengatakan harus membayar biaya untuk mendapatkan pinjaman sehingga husbank saya meminjam uang dari teman-temannya untuk membayar biaya maka mereka meminta biaya lagi dengan beberapa alasan dia harus pergi dan meminjam dari saudaranya di (Bekasi) untuk memastikan dia mendapatkan pinjaman setidaknya untuk membi/aayai kebutuhan keluarga dan setelah dia membuat biaya, dia diminta untuk membayar lagi dengan alasan tertentu, hal ini membuat keluarga kelaparan meningkat sehingga kami harus mengumpulkan makanan dari tetangga dekat kami. dan selama berbulan-bulan kami menderita dan bisnis ditutup untuk sementara waktu
    Jadi satu sore yang setia sekitar pukul 14:00 tetangga dekat ini menelepon saya dan mengatakan bahwa dia akan mendapatkan pinjaman dari perusahaan pinjaman secara online sehingga jika dia mendapatkan pinjaman, dia akan mengenalkan saya ke perusahaan tersebut sehingga kami pergi ke ATM bersama-sama dan Memeriksa pinjaman itu tidak ada sehingga kami menunggu sekitar 30 menit kemudian kami mendapat peringatan di teleponnya dari banknya bahwa dia telah menerima monney di akunnya sehingga kami memeriksa saldo rekeningnya dan lihatlah 300 juta kepadanya sebagai pinjaman
    Segera saya berteriak di depan umum sambil menangis dan pada saat itu yang bisa saya pikirkan adalah jika saya dengan jumlah seperti itu, masalah saya berakhir, jadi kami pulang ke rumah saya tidak memberi tahu suami saya, dari 1 juta dia memberi saya saya membeli beberapa bahan makanan di rumah dan berlangganan dan tetangga saya dan saya meminta pinjaman kepada perusahaan karena dia memberi saya pedoman sehingga kami mengikuti prosesnya karena prosesnya sama sehingga setelah semua prosesnya, rekan-rekan saya diberi pinjaman oleh saya

    ONE BILLION RISING FUND (onebillionrisingfund@gmail.com)
    BBM: D8E814FC

    Anda juga bisa mendaftar sekarang dan menyelesaikan masalah keuangan Anda
    Saya berbagi cerita ini karena saya tahu bahwa begitu banyak orang di luar sana memerlukan bantuan keuangan dan perusahaan akan membantu Anda
    Gmail saya adalah

    Ratu Efendi Lisa
    efendiqueenlisa@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Are you in a financial crisis, looking for money to start your own business or to pay your bills?
    GET YOUR BLANK ATM CREDIT CARD AT AFFORDABLE PRICE*
    We sell this card to all our customers and interested buyers worldwide,Tho card has a daily withdrawal limit of $5000 and up to $50,000 spending limit in stores and unlimited on POS.
    **WHAT WE OFFER**
    *1)WESTERN UNION TRANSFERS/MONEY GRAM TRANSFER*
    *2)BANKS LOGINS*
    *3)BANKS TRANSFERS*
    *4)CRYPTO CURRENCY MINNING*.
    *5)BUYING OF GIFT CARDS*,
    *6)LOADING OF ACCOUNTS*
    *7)WALMART TRANSFERS*
    *8)BITCOIN INVESTMENTS*
    *9)REMOVING OF NAME FROM DEBIT RECORD AND CRIMINAL RECORD*
    *10)BANK HACKING*
    email blankatmmasterusa@gmail.com
    you can also call or whatsapp us Contact us today for more enlightenment

    +1(539) 888-2243
    WE ARE REAL AND LEGIT...........2019 FUNDS/FORGET ABOUT GETTING A LOAN..

    IT HAS BEEN TESTED AND TRUSTED

    whatsapp only ===>> +1(539) 888-2243

    ReplyDelete
  7. KESAKSIAN TENTANG BAGAIMANA SAYA MENDAPAT PINJAMAN DARI PERUSAHAAN KEUANGAN ASLI MINGGU LALU. Email untuk tanggapan segera: Whatsapp +19292227023 drbenjaminfinance@gmail.com

    Saya Nyonya, Leores Miguel Jazbel dengan nama, Saya tinggal di Amerika Serikat, yang telah menjadi korban penipuan begitu banyak pemberi pinjaman palsu secara online antara November tahun lalu hingga Juli tahun ini, tetapi saya sangat berterima kasih kepada pencipta saya sehingga dia akhirnya tersenyum pada saya dengan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman baru ini yang membuat saya tersenyum di tahun 2020 ini dan dia tidak menipu saya dan juga dengan tidak menipu atau membohongi saya dan teman-teman saya tetapi bagaimanapun perusahaan pemberi pinjaman ini adalah BENJAMIN PINJAMIN LOAN INVESTMENTS FINANCE (drbenjaminfinance@gmail.com) memberi saya pinjaman 2% yang jumlahnya $900.000,00 dolar Amerika Serikat setelah saya menyetujui syarat dan ketentuan perusahaan mereka dan satu hal penting yang saya sukai dari perusahaan pinjaman ini adalah mereka cepat dan unik. {Dr.Benjamin Scarlet Owen} juga dapat membantu Anda dengan penawaran pinjaman yang sah. Dia juga membantu beberapa rekan saya yang lain. Jika Anda membutuhkan pinjaman asli tanpa biaya / stres, dia adalah pemberi pinjaman yang tepat untuk menghapus masalah dan krisis keuangan Anda hari ini. BENJAMIN PINJAMIN LOAN INVESTMENTS FINANCE menyimpan semua informasi tentang cara mendapatkan uang dengan cepat dan mudah melalui Telepon / Teks: +1(415)630-7138 Email: drbenjaminfinance@gmail.com

    Ketika datang ke krisis keuangan dan pinjaman maka BENJAMIN PINJAMIN LOAN INVESTMENTS FINANCE adalah tempat yang harus dituju tolong katakan padanya Saya Ny. Leores Jazbel mengarahkan Anda Semoga Sukses
    Whatsapp +19292227023

    ReplyDelete
  8. PROGRAM PINJAMAN MUDAH

    Pada masa ekonomi yang tidak menentu ini, banyak orang mendapati diri mereka menghadapi situasi di mana mereka boleh menggunakan bantuan kewangan. Sama ada untuk kecemasan, pembaikan rumah, menggabungkan hutang atau percutian keluarga - pinjaman peribadi dengan faedah rendah adalah kaedah yang selamat dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Di Alta Finance LLC, kami pakar dalam program pembiayaan Pinjaman yang Boleh dipercayai dan cekap.

    Sila kunjungi laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami www.altafinance.org

    Hubungi saya melalui e-mel peribadi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pinjaman kami
    E-mel: robertraymond@altafinance.org
    Whatsapp: +17026022533

    Terima kasih.

    ReplyDelete