Wednesday, October 7, 2015

SINAR HARIAN - 6/10/15 - FAKTOR NILAI


Terap nilai dalam sistem pendidikan

NOOR AZURA SAHRIL
6 Oktober 2015


Bekas menteri besar Kedah,Tan Sri Sanusi Junid ketika berucap pada program Bicara Minda & Sesi Dialog yang bertajuk Perpaduan:Mengapa Kita Masih Keliru? bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf,Shah Alam.- Foto Sinar Harian/AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - Kurangnya penerapan nilai dalam sistem pendidikan hari ini, melahirkan generasi yang tidak berkualiti.

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, pendidikan negara ini selepas kemerdekaan terlalu fokus kepada ilmu  tanpa memberi penekanan kepada aspek nilai.

Malah, katanya dalam Rukun Negara, fokus utama adalah untuk mewujudkan negara yang berlandaskan sains dan teknologi.

“Bila kita tiru sistem seperti ini sahaja tetapi lupa kepada agama, kita belajar untuk lulus periksa.

Tidak ada sebut untuk membangunkan bangsa dan mencintai sejarah mahupun  penekanan kepada nilai,” katanya.

Sanusi berkata, situasi itu menyebabkan ibu bapa hilang kawalan kerana anak-anak lebih cerdik daripada mereka.

“Sekarang ini anak-anak lebih berlagak kerana mereka lebih cerdik daripada ibu bapa. Namun situasi seperti ini seakan  biasa tetapi perlu diperbetulkan apa yang ada di dalam sistem ini,” katanya pada Bicara Minda dan Sesi Dialog Tan Sri Sanusi Junid, Perpaduan: Mengapa kita masih keliru?, di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Ujar beliau lagi, mereka yang cerdik pandai serta mempunyai nilai  bukan daripada sistem pendidikan sebaliknya daripada didikan daripada ibu bapa, keluarga dan persekitaran.

“Bukan kita tidak ada orang yang pandai. Ada yang  pandai tetapi tidak boleh diharap,” ujarnya.

Sanusi berkata, kerana terlalu bergantung kuat pada pendidikan semata-mata secara terpisah dengan ilmu sejarah dan nilai hidup yang murni, yang menjadikan kita hari ini.

“Itulah sebabnya kita sekarang ini. Kalau dulu  kita mencuri ayam, hari ini kita mencuri harta dan merompak negara kerana ilmu ada pada kita,  tetapi tidak ada ilmu itu nilai-nilai yang baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment