Sanusi sedia kalau dipanggil Jawatankuasa Disiplin
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
6 Oktober 2015
Bekas menteri besar Kedah,Tan Sri Sanusi Junid ketika berucap pada program
Bicara Minda & Sesi Dialog yang bertajuk Perpaduan:Mengapa Kita Masih
Keliru? bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf,Shah Alam. - Foto
Sinar Harian/AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau sanggup
memberi keterangan bila-bila masa sahaja kepada Jawatankuasa Disiplin Umno
sekiranya namanya dikaitkan dengan tujuh pemimpin Umno yang dipantau kerana
dikatakan melanggar parti.
Sanusi berkata namun begitu, beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Jawatankuasa Disiplin parti sehingga hari ini.
“Saya memang suka orang hendak bersyarah ini, saya boleh beri penerangan bila-bila masa sahaja, awak panggil saya datang, masalahnya Umno tidak mahu panggil,” katanya ketika sidang media selepas berakhirnya Program Bicara Minda dan sesi dialong bersamanya, di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Terdahulu spekulasi bertiup kencang apabila nama Sanusi dikatakan sebagai salah seorang daripada tujuh pemimpin Umno yang dipantau.
Pemerhati berpendapat kemunculan semula Sanusi yang ligat menghentam kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini turut mencetuskan persoalan antara pemimpin Umno yang berada dalam pemantauan ibu pejabat parti itu.
Kelmarin, Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.
Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya.

Mengenai laporan itu, Sanusi dalam nada sinis berkata, jika laporan itu
menyenaraikan namanya sebagai individu dipantau, beliau turut ada senarai nama
sendiri.
“Saya pun pantau dan saya ada buat senarai saya sendiri. Jika dia (Tengku
Adnan) tidak buat, apa yang dia nak buat,” jawabnya sinis.
Thanks ggreat blog
ReplyDelete