Friday, March 2, 2018

WARISAN KALAHKAN UMNO DI SABAH

KENAPAKAH UMNO PERLU DIKALAHKAN DI SABAH

Tajuk ini saya pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan.

Tujuan Sabah dan Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar, lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak.

Pemimpin-pemimpin Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah, dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian.

Parti Bumiputra Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara 12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di Semenanjung dan Labuan.

Saturday, February 10, 2018

ADIC 6 - SIXTH ACEH DEVELOPMENT INTERNATIONAL CONFERENCE 24.03.2017

UCAPAN INI DISAMPAIKAN PADA 24.03.2017 TETAPI LUPA DIMASUKKAN DALAM BLOG INI. MAMANDANG KEPADA MASALAH NILAI DALAM MASYARAKAT MELAYU DI NUSANTARA SAYA MASUKKAN JUGA WALAUPUN SUDAH TERLAMBAT. SELAMAT MEMBACA.

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

The Chairman of the Sixth Aceh Development International Conference,
 
Members of the organizing committee,
 
Paper Presenters,
 
Fellow Participants,
 
Generous Sponsors,
 
Ladies and gentlemen.
 
I take this opportunity to thank the President of TARSA as Chairman of ADIC 6 and Members of the Organizing Committee for giving me the honor to officiate this morning's conference.
 
I am very glad that ADIC continues into its 6th turn and more papers will be presented which can be used by the authorities in Aceh after the excitement of overseeing the practice of democracy have subsided.

Many papers have been presented over six ADIC conferences held since 2010 covering the various topics and digressing on the various issues pertaining to the development of Aceh.

In other words, if Aceh still has all the problems which have been discussed in ADIC conferences, it is not due to the shortage of ideas but due to failure of leadership in so many problematic sectors.

This is a difficult speech for me to deliver as I noted the presence of such prominent and respectable scholars like Prof. Yusni Sabi and also the presence of the Deputy Rector of this University, during my time as the President of this University, Dato' Hamidon, who have attended similar conferences in the past, and in the case of Dato' Hamidon he can certainly vouch that he has listened to the same points that I have delivered in earlier speeches over a long period.

It is however my believe that if an idea is to be taken seriously it should be repeated many times even if, by doing so, a speaker is thought of as being in need of more educational exposures.

The contents of my speech today is a synthesis of some points highlighted in the following speeches which can be accessed from the entries in my blog sanusijunid.blogspot.com:

a) Faktor Nilai Dalam Kebangkitan Bangsa - a speech delivered in a gathering of Majlis Perundingan Melayu held on 13th February, 2014 at MARA Headquarters.

b)  WAR CRIMINAL CONFERENCE on "PEACE AND JUSTICE' - a speech delivered in an ANTI WAR International conference organized by the Perdana Global Peace Organization held on 27th October, 2009.

c) Speech at the Closing Ceremony of the Second Aceh Development International Conference held at Universiti Kebangsaan Malaysia at Bangi, Selangor Darul Ehsan on 27th March, 2011. 


FACTORS THAT INFLUENCE THE LEADERSHIP
IN THE WESTERN COMMISSION
Whether Christians or Jews, members of the Western Commission put reason above all religions and those who stand only for reasons are regarded as being mentally with, and supportive of, them.
SEX, WEALTH AND POWER

Friday, February 9, 2018

BILA DIKTATOR.MAHATHIR MINTA MA'AF

REAKSI KE ATAS
PERMINTAAN MAAF TUN DR. MAHATHIR.

Sejak Perhimpunan Agong pertama PPBM diadakan pada 30.12.2017 tidak putus-putus perbincangan mengenai Tun Dr. Mahathir meminta ma'af atas kesalahannya di masa lampau.

Permintaan ma'af Tun Dr. Mahathir ini menjadi lebih terserlah apabila beliau menulis di dalam blognya mengenai tuduhan yang disergah ke atas beliau sebagai seorang 'DIKTATOR' di zaman pemerintahannya dengan gelaran Mahazalim dan Mahafir'aun.

SEORANG DIKTATOR TIDAK AKAN MINTA MAAF

Apa yang diketahui umum ialah seseorang yang betul-betul bersikap 'diktator' tidak mungkin meminta ma'af.

Oleh kerana jasa yang telah ditaburi olehnya sepanjang lebih 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, sehingga Malaysia menjadi negara contoh di kalangan negara yang sedang membangun dan negara yang menjadi kemegahan bagi semua negara Islam, tuduhan diktaror oleh saingan politiknya tidak memberi kesan negarif, apatahlagi bila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan pemergiannya diiringi air mata mereka yang menghormati dan mengaguminya. Tidak ada seorang 'diktaror' pun dalam sejarah dunia yang meletak jawatan tanpa dipaksa.


KENAPA TUN MINTA MAAF?
 
Oleh kerana Tun Dr. Mahathir tidak menjelaskan atas kesilapan apakah maka beliau telah meminta maaf maka masing-masing individu membuat tafsiran sendiri atas apakah kesalahan Tun Dr. Mahathir yang beliau merasakan perlu meminta maaf.

Dari sumber social media yang dapat saya layari dan tembusi jelas sekali ramai yang merasa puas hati bahawa Tun Dr. Mahathir telah meminta maaf padanya atas kesalahan yang telah Tun Dr Mahathir lakukan. 

Ada juga yang menjadi marah apabila Tun Dr. Mahathir meminta maaf, atas sebab-sebab peribadi masing-masing, kerana mereka tidak mahu rakyat memaafkan Tun Dr. Mahathir.

Monday, January 1, 2018

MENUJU PENJAJAHAN LEPAS 60 TAHUN MERDEKA?

MASUKAN BLOG PADA KALI INI
SEMPENA PERHIMPUNAN AGONG PERTAMA
PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA
YANG PERTAMA
PADA
30HB DISEMBER, 2017

Pada 31 Ogos, 2017 genaplah 60 tahun
Malaya MERDEKA.

Saya menunggu selama hampir 4 bulan untuk redanya keghairahan kerajaan menganjurkan pesta Merdeka sebelum mengajak para pembaca yang budiman untuk sama-sama merenung erti kemerdekaan yang sangat bermakna bagi kita.

EUPHORIA PESTA PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Saya juga tidak sanggup menunggu begitu lama untuk memberi komen mengenai pandangan saya terhadap euphoria Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlalu.

Oleh kerana sudah banyak komen mengenai bajet yang telah dibentang di dalam Parlimen, biarlah penulis lain yang membuat komentar mengenainya.

MATLAMAT DIADAKAN SAMBUTAN HARI MERDEKA

Saya pernah menjadi Menteri yang mempengerusikan Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dari tahun 1983 sampai tahun 1994 dan memimpin 12 kali perayaan Hari Kebangsaan.

Pada setiap tahun tumpuan diberi kepada 'Tema Sambutan Hari Kebangsaan' dengan harapan supaya rakyat Malaysia ditanam dengan nilai-nilai yang diketengahkan oleh tema Hari Ulangtahun Kemerdekaan.

Tema sambutan hari kebangsaan, dan sejarah kemerdekaan, adalah 2 aspek terpenting yang perlu diketengahkan melalui acara-acara sambutan.  

Tuesday, December 26, 2017

ACEH, BANJAR, BETAWI, BOYAN, BUGIS, JAWA, LOMBOK, MADURA, MANDAILING, MINANG, PALEMBANG, RANAU, RAWA, RIAU, SIAK, SUNDA DAN LAIN-LAIN

SEMUANYA MELAYU BELAKA

Jika anda pernah terbaca karangan saya dalam blog ini bertajuk TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE pasti anda akan menemui satu soalan yang pernah saya tanya padanya, sebagai Menteri saya di Kementerian Dalam Negeri atas sebabnya bila beliau bertemu dengan orang Aceh, seperti Teungku Hasan Muhamad Di Tiro, Wali Gerakan Aceh Merdeka, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya orang Aceh; bila beliau bertemu dengan orang Jawa, seperti Kepala BAKIN Ali Martopo, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya berasal dari Jawa; bila beliau bertemu dengan tokoh Thailand, seperti General Sayud, beliau menyatakan neneknya berasal dari Pattani, dan bila beliau bertemu dengan orang Minangkabau beliau menyatakan neneknya berasal dari Minangkabau. Saya menyaksi sendiri kejadian ini. Jawabnya ringkas, ' Kerana mereka semuanya Melayu belaka.'

KENAPA SEMUANYA DIPANGGIL MELAYU
 
Apa yang saya tidak tulis dalam blog di atas ialah penjelesan Tun Ghazali Shafie, yang juga disahkan oleh seorang lagi yang pernah menjadi Menteri saya iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof di waktu saya menjadi Timbalannya di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, selepas Pilihanraya Umum tahun 1978. Mereka berdua, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang terkenal kebijaksanaannya dan seorang lagi peguam yang handal yang pernah menjadi Peguam Negara yang integritinya tidak pernah dipersoalkan, menyatakan bahawa dalam kad pengenalan rakyat Malaya, berbeza dengan kad pengenalan rakyat Singapura tidak di sebut dari keturunan apa seseorang itu dilahirkan melainkan semuanya ditulis Melayu belaka.

Wednesday, December 13, 2017

OTOBIOGRAFI SANUSI - 8. PENGAKAP - BERSILAT - TAMIL- JERMAN

BERTEMU DENGAN MATRON KALI PERTAMA

Setelah dirotan Mr. Ryan telah menasihati saya untuk bertemu dengan Matron Ce' Embun di klinik yang terletak di hostel bangunan asrama Bangunan Utama di MCKK. Ce' Embun ialah isteri Cikgu Arrifin.
 
Saya agak malu bila berjumpa Matron kerana saya diminta membuka seluar untuk beliau melihat punggung saya yang sudah merah lebam kerana dirotan. Bila Matron melihat saya tersipu-sipu dia berkata, 'Anggap saya seperti ibu sendiri .. jangan malu-malu.' Setelah selesai disapunya minyak di punggung saya Matron pun berkata, 'Sanusi bernasib baik kerana Mr. Ryan pakai rotan yang tebal..... kalau rotan nipis lagi sakit rasanya... kenapa Sanusi dirotan?' Saya jelaskan apa yang berlaku dan saya gembira bila Matron berkata, 'You have done a good job.' Rupa-rupanya dia sudah tahu mengenai kempen mengekalkan Guru Besar dan tidak mahu Guru Besar dari kalangan rakyat Malaysia.

Selesai bertemu dengan Matron Ce' Embun di bangunan besar asrama utama MCKK saya berjalan balik melalui jalan berbumbung sehingga ke pintu pagar sebelum melintasi jalan ke bilik darjah di seberang jalan.

KEDAI DOBI AH CHENG

Kira-kira 10 ela dari pintu pagar saya berhenti di sebuah kedai kecil yang di dalamnya ada dua orang berbangsa China, satu darinya bernama Ah Cheng tukang dobi. Barulah saya teringat bahawa saya dikehendaki menghantar pakaian saya kepada dobi dan untuk itu saya perlukan wang untuk membayar upah kepada tukang dobi.

Ah Cheng seorang yang peramah orangnya. Melihat watak dan air muka Ah Cheng saya teringat kepada Ah Tat penjaga kantin di Sekolah Ibrahim Sungai Petani dulu. Saya juga teringat bagaimana Ah Tat telah mengajar beberapa perkataan bahasa Hokkien untuk membolehkan saya meminta nasi berkuah sayur tanpa difahami oleh pelajar yang lebih berupaya membeli makanan yang lebih enak di waktu itu.


Wednesday, November 15, 2017

OTOBIOGRAFI SANUSI - 7. MENGENALI MCKK

TIBA DI KUALA KANGSAR

Bila sampai di stesen keretapi Kuala Kangsar, abang angkat saya, Talib bin Abdullah telah membelanja saya untuk makan nasi lemak dan milo bersamanya di kedai makan mamak di stesen keretapi itu. Selepas itu abang Talib telah membawa sebuah beg yang berisi pakaian saya dan kami sama-sama berjalan kaki dari stesen keretapi ke MCKK.
Sampai di anjung pintu masuk ke bangunan baru sekolah saya telah ditinggal oleh abang Talib kerana beliau terpaksa naik keretapi yang akan segera tiba di stesen Kuala Kangsar untuk beliau kembali ke Prai dan seterusnya ke Alor Setar untuk pergi ke Kuala Kedah naik feri menuju ke pelabuhan Kuah di Langkawi. Bang Talib terpaksa segera pulang ke Langkawi kerana beliau telah lama meninggalkan tempat kerjanya. 
Saya telah menarik beg saya untuk masuk ke pejabat pengurusan MCKK dan berjumpa dengan kerani besar Encik Suffian. Saya juga mula berkenalan dengan pembantu pejabat atau office boy yang bernama Rahman yang turut membantu saya mengangkat beg. Bang Rahman kelihatan mesra orangnya.