Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Friday, March 2, 2018

WARISAN KALAHKAN UMNO DI SABAH

KENAPAKAH UMNO PERLU DIKALAHKAN DI SABAH

Tajuk ini saya pilih berlandaskan faktor sejarah yang akan saya huraikan.

Tujuan Sabah dan Sarawak menyetujui untuk bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam sebuah negara Malaysia ialah untuk mencapai kemerdekaan. Ternyata pemimpin-pemimpin Sarawak sekarang ini, sekurang-kurangnya dalam kenyataan-kenyataan akhbar, lebih merdeka dari pemimpin-pemimpin di Sabah. Kemerdekaan ini wujud kerana UMNO tidak ada di Sarawak dan pemimpin UMNO tidak memimpin Sarawak.

Pemimpin-pemimpin Sarawak juga, walaupun berada dalam cabinet, tidak nampak mengabdikan diri kepada pemimpin kerajaan pusat sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Sabah, dari UMNO, yang ditugaskan untuk berbuat demikian.

Parti Bumiputra Bersatu di Sarawak ialah sebuah parti tempatan dan pemimpinnya, yang juga pemimpin kerajaan di Sarawak mewakili kepentingan dan memberi keutamaan kepada Sarawak kerana ianya bukan cawangan dari sebuah parti bersifat nasional seperti UMNO. Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanyalah seorang sahaja dari antara 12 orang pemimpin UMNO negeri, 11 darinya dari negeri dan wilayah di Semenanjung dan Labuan.

Friday, February 9, 2018

BILA DIKTATOR.MAHATHIR MINTA MA'AF

REAKSI KE ATAS
PERMINTAAN MAAF TUN DR. MAHATHIR.

Sejak Perhimpunan Agong pertama PPBM diadakan pada 30.12.2017 tidak putus-putus perbincangan mengenai Tun Dr. Mahathir meminta ma'af atas kesalahannya di masa lampau.

Permintaan ma'af Tun Dr. Mahathir ini menjadi lebih terserlah apabila beliau menulis di dalam blognya mengenai tuduhan yang disergah ke atas beliau sebagai seorang 'DIKTATOR' di zaman pemerintahannya dengan gelaran Mahazalim dan Mahafir'aun.

SEORANG DIKTATOR TIDAK AKAN MINTA MAAF

Apa yang diketahui umum ialah seseorang yang betul-betul bersikap 'diktator' tidak mungkin meminta ma'af.

Oleh kerana jasa yang telah ditaburi olehnya sepanjang lebih 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, sehingga Malaysia menjadi negara contoh di kalangan negara yang sedang membangun dan negara yang menjadi kemegahan bagi semua negara Islam, tuduhan diktaror oleh saingan politiknya tidak memberi kesan negarif, apatahlagi bila beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan pemergiannya diiringi air mata mereka yang menghormati dan mengaguminya. Tidak ada seorang 'diktaror' pun dalam sejarah dunia yang meletak jawatan tanpa dipaksa.


KENAPA TUN MINTA MAAF?
 
Oleh kerana Tun Dr. Mahathir tidak menjelaskan atas kesilapan apakah maka beliau telah meminta maaf maka masing-masing individu membuat tafsiran sendiri atas apakah kesalahan Tun Dr. Mahathir yang beliau merasakan perlu meminta maaf.

Dari sumber social media yang dapat saya layari dan tembusi jelas sekali ramai yang merasa puas hati bahawa Tun Dr. Mahathir telah meminta maaf padanya atas kesalahan yang telah Tun Dr Mahathir lakukan. 

Ada juga yang menjadi marah apabila Tun Dr. Mahathir meminta maaf, atas sebab-sebab peribadi masing-masing, kerana mereka tidak mahu rakyat memaafkan Tun Dr. Mahathir.

Monday, January 1, 2018

MENUJU PENJAJAHAN LEPAS 60 TAHUN MERDEKA?

MASUKAN BLOG PADA KALI INI
SEMPENA PERHIMPUNAN AGONG PERTAMA
PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA
YANG PERTAMA
PADA
30HB DISEMBER, 2017

Pada 31 Ogos, 2017 genaplah 60 tahun
Malaya MERDEKA.

Saya menunggu selama hampir 4 bulan untuk redanya keghairahan kerajaan menganjurkan pesta Merdeka sebelum mengajak para pembaca yang budiman untuk sama-sama merenung erti kemerdekaan yang sangat bermakna bagi kita.

EUPHORIA PESTA PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Saya juga tidak sanggup menunggu begitu lama untuk memberi komen mengenai pandangan saya terhadap euphoria Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlalu.

Oleh kerana sudah banyak komen mengenai bajet yang telah dibentang di dalam Parlimen, biarlah penulis lain yang membuat komentar mengenainya.

MATLAMAT DIADAKAN SAMBUTAN HARI MERDEKA

Saya pernah menjadi Menteri yang mempengerusikan Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dari tahun 1983 sampai tahun 1994 dan memimpin 12 kali perayaan Hari Kebangsaan.

Pada setiap tahun tumpuan diberi kepada 'Tema Sambutan Hari Kebangsaan' dengan harapan supaya rakyat Malaysia ditanam dengan nilai-nilai yang diketengahkan oleh tema Hari Ulangtahun Kemerdekaan.

Tema sambutan hari kebangsaan, dan sejarah kemerdekaan, adalah 2 aspek terpenting yang perlu diketengahkan melalui acara-acara sambutan.  

Wednesday, November 8, 2017

TIDAK TAKUT DAN MALU TAPI LUPA

BANGSA YANG TIDAK TAKUT TIDAK AKAN MAJU

Pagi tanggal 1 Hijrah, 1439 saya terdengar dalam satu dialog dalam TVONE di Jakarta Professor Salim Said dari Universiti Indonesia menjawab pertanyaan 'Kenapa Indonesia tidak menjadi sebuah negara yang maju?'
Jawapan kepada pertanyaan ini juga relevan bagi Malaysia.

Professor Salim dengan fasih, bersemangat dan meyakinkan mengajak para pendengar untuk melihat negara-negara yang maju di dunia ini seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Israel.

Katanya, Korea Selatan maju kerana mereka TAKUT kepada Korea Utara;  

Taiwan maju kerana TAKUT kepada China; 

Singapura maju kerana TAKUT berada di tengah lautan bangsa Melayu di nusantara; dan 

Israel maju kerana TAKUT kepada umat Islam Arab yang berada di sekeliling mereka.  

Indonesia, kata Professsor berkenaan TIDAK TAKUT WALAU KEPADA TUHAN sekalipun, makanya ianya tidak maju.
  
Pemimpin Melayu di Malaysia juga nampaknya tidak takut pada siapapun dalam mengerjakan kemungkaran.

Monday, September 18, 2017

ARTIKEL 117 M & A 1MDB

KUASA TANPA TANGGUNGJAWAB

Dari antara kes-kes yang dibawa ke mahkamah sekitar persoalan skandal berkaitan 1MDB saya dapati kes yang dibawa oleh Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan pada 21hb Ogos, 2017 ialah yang paling tepat sasarannya.

Seksyen 117 Memorandum & Article of Assosiation 1MDB memberi kuasa bertindak kepada semua kakitangan tanpa tanggungjawab bersyaratkan semua tindakan di bawah seksyen ini adalah atas persetujuan Perdana Menteri.

SEKSYEN YANG MENGHALALKAN JENAYAH

Seksyen 117 ini menghalalkan semua 'jenayah' kewangan yang dilakukan oleh pegawai dan kakitangan 1MDB kerana ianya mengembalikan semua tanggungjawab kepada Perdana Menteri yang sah dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, setelah parti yang dipimpinnya memenangi PRU ke 13.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai tinggi 1MDB sudah tentu telah dimaklumkan bahawa dengan adanya Seksyen 117 ini maka semua tindakan yang melibatkan kemasukan dan pengeluaran wang 1MDB adalah tanggungjawab Perdana Menteri. Oleh itu mereka tidak perlu bimbang ke mana wangnya mengalir.
Ahli Lembaga Pengarah, jika diketepikan oleh pegawai atau tidak dipedulikan oleh pegawai untuk menjawab sebarang pertanyaan berkaitan perbelanjaan yang dilakukan, juga tidak mempunyai kuasa untuk bertanya, atau berbuat sesuatu, jika pegawai berkenaan mempunyai hubungan langsung dengan Menteri Kewangan/Perdana Menteri.

Jika saham 1MDB dijual di pasaran saham antarabangsa sudah tentu tidak ada orang yang berakal yang akan membeli sahamnya kecuali jika mereka tidak terbaca Seksyen 117 yang ada di dalam M & A syarikat 1MDB.

Seksyen 117 ini juga menidakkan adanya kepakaran dan kebijaksanaan yang ada pada usahawan dan para profesyenal dalam membuat keputusan pelaburan dan perniagaan yang menguntungkan syarikat. Semuanya digantungkan kepada kemampuan Perdana Menteri dan Menteir Kewengan yang dilantik olehnya sendiri.

Monday, August 28, 2017

NOTHING2HIDE - ke 2 (MEMALI)

NOTHING2HIDE - 1

Kali pertama acara Nothing2Hide diadakan di PWTC pada hari Juma'at 5hb Jun, 2015 ialah untuk Perdana Menteri Najib berdepan dengan khalayak ramai untuk menjawab semua kemusykilan yang terpendam di hati rakyat.

Program ini sangatlah baik dan ianya disambut meriah oleh semua pihak kerana ianya memberi peluang kepada sesiapa saja yang ada kemusykilan untuk terus bertanya kepada Perdana Menteri bagi meleraikan kekusutan yang ada di fikiran dan di hati mereka.

Malangnya, apabila Perdana Menteri Najib mengetahui bahawa Tun Dr. Mahathir telah pun sampai ke PWTC untuk turut bertanya soalan-soalan beliau kepada Perdana Menteri Najib, pihak polis telah membatalkan program 'Nothing2Hide' itu atas alasan keselamatan.

Sebenarnya, mengikut laporan yang diterima 'NAJIB IN HIDING' kerana takut untuk bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir.
Walau bagaimana pun Tun Dr. Mahathir sempat diberi peluang oleh penganjur untuk berucap dalam majlis 'Nothing2Hide' yang pertama diadakan ini sehinggalah pihak polis menghentikannya.
 
Umum mengetahui bahawa pihak polis, yang mempunyai sejarah cemerlang dalam memelihara keamanan negara, malah mampu menghadapi ancaman pengganas komunis di hutan belantara sekalipun, juga mampu untuk mengawal keamanan di PWTC itu; tetapi mereka bertindak untuk menghentikan majlis kerana ada 'tangan yang tersembunyi yang tidak ingin acara dilanjutkan.' Begitulah yang kami difahamkan.

Tidak mungkin boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal bahawa polis Malaysia tidak mampu mengawal keamanan yang hendak dirosakkan oleh seorang dua tenaga upahan sahaja.

NOTHING2HIDE - 2

Majlis 'Nothing2Hide' ke 2 pula dianjurkan oleh pemuda parti BERSATU atau Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (PPBM), yang diberi nama ARMADA, Acara diadakan dalam dewan tertutup di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 13 Ogos, 2017.

Pilihan dewan tertutup itu ialah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan memudahkan kawalan pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara. Dengan itu pihak polis tidak perlu bimbang dengan masalah keselamatan.

Saya dan isteri adalah antara jemputan yang paling awal tiba di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam untuk acara 'Nothing2Hide' ke 2 itu. Saya telah dibawa ke bilik menunggu untuk pemimpin-pemimpin BERSATU di mana saya dapati sudah tersedia hidangan ringan untuk para jemputan.

BARISAN PENGACAU DIKESAN

Sunday, March 26, 2017

MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Dengan sukacitanya saya terbitkan sekali lagi karangan di bawah ini yang pertama  kali saya masuki dalam blog ini pada 16hb Jun, 2016. Semoga kandungannya masih relevan hingga ke hari ini. Selamat membaca.

MELAYU ITU HEBAT BANGSANYA

1. Masukan dalam blog pada kali ini bertujuan untuk menghapuskan rasa TAKUT yang ada pada orang Melayu dalam hidup berpolitik. Yang perlu ditakuti oleh bangsa Melayu ialah perasaan takut itu sendiri.
 
2. Melihat kepada struktur masyarakat Malaysia, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam masukan blog ini bertajuk 'Melayu Itu Hebat Bangsanya' pada 13 November, 2014 dan diulangi masukannya pada 5 Mei, 2016, jelaslah betapa mustahil  untuk menghapuskan penguasaan Melayu dan Bumiputra dalam negara Malaysia.

TRAUMA BANGSA MELAYU

3. Walau bagaimana pun, kerana UMNO selalu mengingatkan mengenai peristiwa 13 Mei, 1969, 47 tahun yang lalu, generasi lama masih dalam trauma kerana merasakan kemungkinan adanya ancaman yang berterusan kepada kuasa politik Melayu.  Peristiwa ini telah selalu diingatkan kepada ahli-ahli Umno dan generasi muda orang Melayu setiap kali diadakan pilihanraya.

4. Takut kepada China yang hendak ambil kuasa politik Melayu sudah menjadi satu trauma yang tidak menguntungkan Melayu.

DONALD TRUMP - ISLAM AND COMMUNISM

Dear Readers. The following article was submitted into this blog on 19th June, 2016, i.e. before Donald Trump was elected President of the USA. I reproduced this article with a new title DONALD TRUMP - THE PRESIDENT ELECT. The original title was DONALD TRUMP - ISLAM AND COMMUNISM. A second article on Donald Trump will soon appear with an analysis of how he won. The title of the next article will be DONALD TRUMP - WHY HE WON? 

DONALD TRUMP FOR PRESIDENT

1. In his campaign for the United States presidency Donald Trump promoted the anti-Muslim and anti-Chinese stunts.

2. Donald Trump, in his effort at wooing the support of the American working class, the Jewish communities and institutions, might have forgotten that American capitalism is surviving with the support of the Arab Muslim leaders and the communist Chinese entrepreneurs.

3. The Muslims and the communists buy and accumulate the bonds and other derivatives in the United States of America.

4. When President Richard Nixon abandoned the Gold Standard, in 1971, due to the inability of the USA to pay for its excessive accumulated debts, for imports, with insufficient gold reserve, the US$'s value was linked and based on petroleum, in pursuant to the earlier USA agreement with Saudi Arabia that the Saudis will only accept payments for their oil and gas in US$ - thus the petro-dollar.

Friday, February 17, 2017

DATUK ZAID PILIH DAP

HARI BERSEJARAH

Pada hari Selasa 7 February, 2017 mulai pukul 9.30 pagi berduyun-duyun tetamu dari berbilang bangsa/kaum berpusu-pusu ke rumah kediaman Datuk Zaid Ibrahim di No. 10, Jalan TR8/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Acaranya ialah 'Sidang Media Bersama YABhgia Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Sdr. Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Diikuti dengan jamuan ringan.
 
DATUK ZAID IBRAHIM
 
Dalam ucapannya Datuk Zaid telah meminta maaf kerana majlis telah bertukar tempat dari Dewan Tan Sri Hamzah, Kelab Diraja Selangor, Jalan Bukit Kiara off Jalan Damansara 60000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ke rumahnya kerana pihak Kelab Diraja Selangor telah membatalkan di saat-saat terakhir persetujuan mereka untuk memberi izin pertemuan di situ.  

Lepas itu, dalam ucapan seterusnya,  Datuk Zaid memberi sebab kenapa beliau memilih untuk menjadi ahli DAP. Ucapannya ringkas dan padat. Sebab yang lebih menyeluruh kenapa Datuk Zaid memilih untuk menjadi ahli DAP telah dimasukkan dalam blognya www.zaid.my atas tajuk 'Why I choose the Democratic Action Party' atau 'Kenapa saya memilih DAP'.

Antara kandungan karangannya yang menarik ialah para 6, 7 dan 8 seperti berikut:

Wednesday, February 1, 2017

TERKORBAN KERANA 1MDB

MEREKA YANG TERKORBAN

1. Antara tokoh yang telah terkorbanDIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhtiz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang di DIPENJARADIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor.  Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang di PECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT  dari jawatan Menteri Besar Trengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Trengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang perlantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Trengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  

5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan telah juga MELETAK JAWATAN kerana keciwa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan - 
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA.
MENTERI KEWANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik diperingkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Husni Nadzahlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN 2, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana - 
HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB.
8. Dengan sendirinya -
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA.

Sunday, November 20, 2016

BR1M UNTUK BURUNG DI DENMARK

JANGAN JADI BURUNG SUBSIDI.

Dalam Perhimpunan Agong UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 20hb September, 1985, iaitu 31 tahun yang lalu saya telah telah menyampaikan ucapan bertajuk 'Jangan Jadi Burung Subsidi'.
 
Apa yang saya bimbangkan akan akhirnya terjadi jika bangsa Melayu terus diajar dan diasuh untuk menjadi bangsa yang HOBInya menerima subsidi nampaknya sudah kelihatan teruk berlaku.
 
Bentuk subsidi yang saya maksudkan ialah BR1M dalam berbagai wajah.
 
SEDUTAN DARI UCAPAN
 
Beginilah sedutan dari ucapannya:
 
"Memanglah benar jika subsidi atau pelbagai insentif diberi, projek ini akan MAJU walaupun MAJUNYA ITU BELUM BOLEH DIKATAKAN BERJAYA. 
 
Saya teringat kisah burung gagak yang diriwayatkan oleh Soren Kierkergaard, seorang ahli fikir dari Denmark.

Tuesday, November 15, 2016

BR1M CHINA TANGKAP BERUK DI AFRIKA

PEMIMPIN YANG BERJAYA

1. Pemimpin sesebuah negara yang berjaya ialah yang menjadikan matlamat memberi pekerjaan kepada rakyatnya, dengan gaji yang lumayan, dan mengurangkan pengangguran jika tidak dapat dihapuskan sama sekalipun.

2. Bantuan kepada rakyat yang miskin dan termiskin diberi secara teratur, ikhlas dan berterusan dengan secukupnya dan bukan hanya dari masa ke masa sahaja.
 
RASUAH

3. Kalau pemberian dari pihak atasan untuk menagih sokongan itu SEDIKIT SAHAJA, sekadar ibarat menghilangkan dahaga sejenak, itu dinamakan BR1M, kalau jumlah pemberiannya lumayan banyaknya maka ianya dipanggil KOMISYEN, jika pemberian itu lebih banyak lagi seperti pemberian kepada Wakil Rakyat dan Ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri namanya ialah DEDAK, apabila pemberian itu ratusan atau ribuan juta, atau berbilion namanya DERMA.

4. Dengan KOMISYEN yang tidak mencukupi, ditambah dengan DEDAK yang lebih lumayan sudah cukup untuk mewujudkan GERILYA KOTA berbaju warna untuk menjadi BARISAN PEMBELA MELAYU yang gah seluruh dunia sebagai bakal barisan 'Teroris Melayu' yang membela ketua negara.
 
SAMSENG KENA PUKUL
 
5. Kewujudan GERILYA KOTA menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa dalam negara tidak yakin atas kemampuan Angkatan Polis dan Tentera untuk menjaga keamanan Negara.

Sunday, October 30, 2016

VISI 20-20 BERBEZA VISI 20-50

 
PANDANGAN YANG JELAS
 
VISI 20-20 (DAN BUKAN TAHUN DUA RIBU DUA PULUH) ADALAH BERBEZA DENGAN VISI 2050 (YANG BERERTI TAHUN DUA RIBU LIMA PULUH) kerana VISI (DARI PERKATAAN INGGERIS - VISION) 20-20 (WALAUPUN DITULIS 2020) memberi pengertian PANDANGAN YANG JELAS DAN TIDAK KABUR. IANYA BUKAN SATU TARIKH SASARAN UNTUK MENJAYAKAN SATU-SATU PROGRAM KERAJAAN.
 
JIKA SESEORANG ITU PAKAI CERMIN MATA MAKA APABILA MATANYA DIPERIKSA SUDAH TENTU BACAAN MATA KIRI DAN MATA KANAN TIDAK SERUPA. TETAPI, JIKA BACAAN MATA KIRI DAN KANAN SERUPA, IAITU 20, MAKA DIA MEMPUNYAI PENGLIHATAN YANG JELAS, TIDAK KABUR, YANG TIDAK MEMERLUKANNYA MEMAKAI CERMIN MATA.
 
WAWASAN 2050 (TN50) MENJADIKAN TAHUN 2050 SEBAGAI TARIKH ATAU TAHUN SASARAN BAGI MENJAYAKAN TRANSFORMASI NASIONAL. (TN). IANYA TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN WAWASAN 20-20 YANG MENENTUKAN KEADAAN MATA ATAU PANDANGAN SAMADA JELAS ATAU KABUR.
 
DENGAN ADANYA VISI ATAU WAWASAN 20 20 SESEBUAH NEGERI BOLEH MENENTUKAN SAMAADA IANYA BOLEH MENCAPAI TAHAP NEGERI YANG MAJU PADA TAHUN-TAHUN YANG BERLAINAN. NEGERI SELANGOR UMPAMANYA TELAH MENJADI NEGERI YANG MAJU PADA TAHUN 2005 BILA WAWASAN ATAU VISI PEMIMPIN MEREKA 20 20  YANG JELAS. KEDAH TELAH MENCADANGANKAN 2015 TANPA PANDANGAN KEPADA FAKTA YANG JELAS DENGAN PANDANGAN 20 20. IANYA TIDAK BERHASIL SEPERTI YANG DIHARAPKANADA NEGERI YANG PEMIMPINNYA BERWAWASAN 20 20 TETAPI KERANA KEADAAN POLITIK DI NEGERI ITU MAKA IANYA TIDAK AKAN MAJU SETELAH TAHUN 2030 ATAU 2040 DAN LAIN-LAIN TAHUN.

Wednesday, October 19, 2016

HIJRAH TO A NEW ERA > BERSATU

REINSTATING INTEGRITY

MALAYSIA, BEING LEAD BY MALAY LEADERS, WHO ARE MUSLIMS, SINCE INDEPENDENCE ON 31st AUGUST, 1957, HAVE ENJOYED PROGRESS AND DEVELOPMENT, IN PEACE AND HARMONY IN A DEMOCRATIC, MULTIRACIAL, MULTILINGUAL, MULTIRELIGIOUS AND MULTICULTURAL SOCIETY.

IT USED TO BE AN INSPIRATION TO MUSLIM COUNTRIES, A MODEL TO THE THIRD WORLD AND NON ALIGNED NATIONS. RESPECTED BY FRIENDS AND FOES FOR ITS VIGOROUS DEVELOPMENT AND STAND ON NUMEROUS GLOBAL ISSUES.

IT IS UNFORTUNATELY AN INFAMOUS NATION NOW FOR ITS CORRUPTION AND IRRESPONSIBLE LEADERSHIP, AT THE HIGHER LEVELS, IN POLITICS AND THE CIVIL SERVICE, WHICH HAS BROUGHT DISGRACE TO THE NATION.

SINCE 1st MUHARAM, THE MUSLIM NEW YEAR, THE PROPHET MUHAMMAD s.aw. LEFT MECCA TO MADINAH ON A 'MIGRATION' WHICH IS CALLED THE 'HIJRAH'.

IT IS ON THIS SAME OCCASION THAT WE CALL UPON ALL MALAYS, MUSLIMS, BUMIPUTRAS AND CITIZENS OF THE COUNTRY TO MIGRATE FROM THE DISGRACED LEADERSHIP OF UMNO AND BARISAN NATIONAL TO BERSATU AND THE NEW CITIZEN'S COALITION. 

TODAY, 13th OCTOBER, 2016 WOULD HAVE BEEN A HAPPY DAY FOR ME TO CELEBRATE MY 53rd ANNIVERSARY OF BEING INTRODUCED TO UMNO WHEN I REGISTERED AS A MEMBER ON 13th OCTOBER, 1963 AT THE UMNO SEREMBAN TIMUR DIVISION HQ AT JALAN LEMON, SEREMBAN. DESPITE BEING UNHAPPY AND DISILLUSIONED WITH THE STATE OF AFFAIRS IN UMNO I AM HAPPIER NOW OF MY MIGRATION TO 'BERSATU' AS IT PROMISES LIGHT AT THE END OF THE TUNNEL WITH THE HOPE FOR A BETTER FUTURE FOR MALAYSIA.

THIS ARTICLE IS IN RELATION TO THIS MIGRATION. A MIGRATION TO A NEW POLITICAL PARTY AND A NEW CITIZEN'S COALITION..

Thursday, September 8, 2016

BERSATU - PARTI POLITIK BARU

KE ARAH PENUBUHAN SEBUAH PARTI POLITIK BARU

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Beberapa orang sahabat saya telah bertanya atas sebabnya Tun Dr. Mahathir, dan rakan-rakan seperjuangannya, terfikir untuk menubuh sebuah parti politik baru.
 
Ada beberapa soalan yang perlu diketengahkan sebelum kita boleh memahami rancangan penubuhan sebuah lagi parti politik. Di bawah adalah beberapa soalan dan jawapan yang telah diketengahkan untuk mendapat jawapan dari saya.

Selain dari soalan yang berkaitan dengan penubuhan parti politik baru saya juga menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan dengan isu semasa.

Oleh kerana soalannya berbeza-beza dan mungkin tidak semua tajuk diminati oleh pembaca maka saya turunkan di sini soalan-soalan yang telah saya beri jawapannya, seperti berikut:

Soalan pertama: Mampukan Melayu perintah tanpa RASUAH?

Soalan kedua: Bolehkah kita menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara masakini dengan menyahut seruan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional supaya kita bersatu?

Soalan ketiga: Dari manakah datangnya kekuatan pada Perdana Menteri sehingga boleh mendakwa atau menghalang sesuatu dakwaan dari diambil atau dibuat oleh Peguam Negara?

Soalan keempat: Kenapa nama Sanusi disebut hanya sekali di dalam buku memoir Tun Dr. Mahathir jika hubungan antara keduanya nampaknya begitu rapat?

Soalan kelima: Kenapa Sanusi secara berterusan menyokong Tun Dr. Mahathir?

Soalan keenam: Bila agaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru?
a
Soalan ketujuh: Sejauh manakah Tun Dr. Mahathir sanggup berkorban untuk masa depan bangsa dan negara di usia senjanya?
a
Soalan kelapan: Apakah sebabnya Tun Dr. Mahathir berusaha menubuhkan parti politik baru?
a
Soalan kesembilan: Apa pandangan Tan Sri mengenai bantahan Setiausaha Agong UMNO mengenai penggunaan perkataan BERSATU sebagai nama singkat parti yang sedang menunggu kelulusan pihak Pendaftar Pertubuhan-Pertubuhan (RoS)?
a
Soalan kesepuluh: Bagaimana sambutan rakyat, khususnya ahli-ahli UMNO, di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia?
a
Soalan kesebelas: Nampaknya rakyat sangat keliru sekarang ini. Bagaimanakah kita boleh keluar dari belenggu kekeliruan ini?
Soalan keduabelas: Apa pandangan Tan Sri mengenai isu Bangsa Johor yang heboh sekarang ini?
a
Soalan ketigabelas: Apa komen Tan Sri ke atas dakwaan Dato' Seri Najib, waktu menghadiri mesyuarat di Jakarta, bahawa beliau tidak disukai oleh Tun Dr. Mahathir kerana dia tidak mahu jadi 'BONEKA TUN DR. MAHATHIR'
0
Soalan keempatbelas: Tan Sri pernah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah walaupun 22 orang ADUN telah menentang kerana mereka menyokong Menteri Besar sebelum Tan Sri. Kenapa pula Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh diganti dengan Menteri Besar baru apabila majoriti ADUN menentangnya? Azrul bertanya apakah di waktu Tan Sri dilantik ianya dibolehkan kerana Perdana Menteri di waktu itu ialah seorang 'diktator'?
a
Soalan kelimabelas: Apakah peranan raja-raja Melayu dalam menyelesaikan isu skandal 1MDB


Soalan keenambelas: Apa reaksi Tan Sri tentang pertemuan Tun Dr. Mahathir dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah pada hari Selasa 6hb September, 2016?

Soalan ketujuhbelas: Jangkamasa antara Aidilfitri dengan Aidilazhar dinamakan 'BULAN BERAPIT' dan banyak pernikahan berlaku melibatkan kerabat di raja, tokoh korporat dan tokoh politik. Apa komen Tan Sri?

Friday, September 2, 2016

SIAPA PERDANA MENTERI?

DULU DAN SEKARANG.

Masukan blog ini adalah satu ulangan kepada masukan pada 12hb Disember, 2012. Tujuannya ialah untuk pembaca membandingkan suasana sekitar empat tahun dahulu dengan keadaan sekarang.

DEWAN ULAMA PAS MAHU HADI

1. Dalam muktamar PAS yang baru lalu kita mendengar cadangan pihak ulama supaya Haji Hadi Awang, Presiden PAS, menjadi Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional kecundang dalam Pilihanraya Umum ke 13.
2. Sebenarnya, inilah masanya yang paling sesuai untuk sesiapa saja yang ingin menjadi Perdana Menteri berangan-angan atau menghayalkan diri untuk syok sendiri.

DAP DAN PKR MAHU ANWAR

3. Melentinglah DAP yang mahukan Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mereka merasakan belum sampai masanya untuk Karpal Singh atau Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

4. Karpal mungkin lebih berhasrat kerana melihat walaupun golongan Punjabi di India adalah dari kalangan minoriti tetapi yang menjadi Perdana Menteri di India ialah Manmohan Singh. Bezanya hanyalah serban.

5. Parti Pakatan Rakyat tentulah memilih penasihatnya. Si penasihat pula dikatakan tersenyum dan tidak mahu membuat komennya apabila ditanya oleh pemberita. Kawan-kawan penasihat di dalam barisan pimpinan PAS pula menyatakan Tuan Haji Hadi Awang tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Bukan Haji Hadi yang kata tetapi tokoh PAS yang tidak mahu ketuanya jadi Perdana Menteri.

DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT BAGAIMANA?

6. Sudah tentu apabila penasihat PR tersenyum dan tidak mahu membuat komen bukanlah bermakna dia tak mahukan jawatan Perdana Menteri. Sudah lama dia mimpikan jawatan itu. Kawan-kawan yang membuat komen dalam blog ini juga begitu ghairah supaya Pak Sheikh jadi Perdana Menteri. Budak Kolej lagi-lagi la. Tetapi, Haji Hadi Awang juga belum tentu menolak apabila beliau betul-betul ditawarkan. Bagaimana dengan Mursyidul Am PAS? Mungkin dia pun mahu juga jawatan itu, walaupun, mengikut  kata Mursyidul Am TIBAI, untuk sekejap masa sahaja.

DATO' ONN BIN JAAFAR

7. Orang yang pertama dalam sejarah Melayu yang ingin jadi Perdana Menteri ialah Dato' Onn Jaafar. Itulah sebabnya beliau menubuhkan UMNO, menentang Malayan Union dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi beliau tak jadi.

Monday, August 22, 2016

TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

A NEW FICTION - 'FRANKLY SPEAKING'

1. Dalam bukunya yang baru dilancar Tun Musa Hitam telah menuduh AIDS (Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid) sebagai 'conspirators' yang melagakan beliau dengan Tun Dr. Mahathir sehingga Tun Musa terpaksa meletak jawatan.

ANTARA TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI

DATUK IBRAHIM ALI

2. Ada dua buah autobiography atau memoir yang telah terbit dalam masa terdekat yang baru berlalu. Lebih awal terbit buku PERJUANGAN TANPA NOKTAH dengan versi dalam bahasa Inggerisnya THE MISUNDERSTOOD MAN. Buku ini dikarang oleh sahabat saya sejak tahun 1972 Datuk Ibrahim Ali. Jika anda baca buku Datuk Ibrahim setebal 829 halaman anda akan terasa bahawa Datuk Ibrahim, dengan segala kontroversi yang dikaitkan dengannya, adalah seorang yang ikhlas, jujur berani dan bukunya bolehlah diberi tajuk FRANKLY SPEAKING. Bukan buku Tun Musa.

3. Begitu FRANK Datuk Ibrahim Ali sehingga beliau tidak hiraukan imejnya setelah buku itu ditulis dan beliau juga tidak takut atau bimbang jika bukunya itu membuka luka-luka lama di kalangan tokoh-tokoh yang ingin melupakan kisah masing-masing.

4. Apa yang mengekalkan persahabatan saya dengan Datuk Ibrahim Ali ialah sifat keterbukaannya dan sepanjang pengenalan saya dengannya saya dapati beliau tidak rasuah, tidak hipokrit atau pandai berpura-puraan, beliau bermonogami dengan hanya seorang isteri yang sentiasa rapat dan setia antara sesama mereka, sebagaimana setianya hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, beliau tidak lupa kepada kawan dan orang yang pernah membantunya, beliau seorang yang handal berpidato dan yang utama sekali ialah beliau seorang yang berani.

5. Keberaniannya itulah yang membuat beliau dapat membina dan menjayakan sebuah organisasi PERKASA, atas inspirasi, bekalan wasiat dan dorongan Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail, mantan kepala terus angkatan tentera Malaysia.

6. PERKASA ialah sebuah pertubuhan MELAYU dan ISLAM yang terbesar dan terkuat dengan ahlinya, dari semua lapisan masyarakat, dari berbagai parti politik dan juga yang tidak berparti, yang turut disokong oleh, ahli bersekutu, yang bukan Melayu dan bukan Islam yang mencari pemimpin Melayu yang jujur, berani dan jelas sikapnya.

7. PERKASA mempunyai ratusan ribu ahli dengan pendaftaran yang jelas dan tidak bergantung kepada Ketua-ketua Bahagian sesetengah parti politik yang hanya menyampaikan senarai, dulunya dengan yuran, yang dibayar sendiri oleh ketuanya, hanya untuk menunjuk bahawa bahagiannya semakin membesar walaupun sebenarnya unit bahagian ini laksana 'kedai runcit' yang dikunjungi oleh pelanggan yang ingin berhutang padanya sahaja.

8. Banyak pihak ingin 'membeli' sokongan dan kesetiaan Datuk Ibrahim Ali tetapi mereka lupa, atau tidak mengetahui, bahawa Datuk Ibrahim Ali akan menerima semua bantuan dari semua pihak untuk membantu kegiatan PERKASA dan ahli-ahlinya dan BUKAN UNTUK DIRINYA. Datuk Ibrahim, walaupun dibantu, tidak akan berganjak dari prinsipnya untuk berjuang DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

TUN MUSA HITAM

9. Baru-baru ini buku Tun Musa Hitam bertajuk FRANKLY SPEAKING telah diterbitkan. Buku ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Perak, Raja Nazrin, Dengan penglibatan seorang sultan yang berpendidikan tinggi, dengan sendirinya buku Tun Musa bertaraf diraja dan sukar untuk rakyat biasa menegur isi kandungan titah di raja mengenai buku itu.  

Monday, June 20, 2016

THOMAS PAINE - THE AMERICAN CRISIS

1776 IS A HISTORIC YEAR FOR THE FOLLOWING REASONS:

1. IT WAS THE YEAR WHEN THE BOOK ENTITLED THE 'WEALTH OF NATIONS' WAS WRITTEN BY ADAM SMITH.

2. THE LUNAR SOCIETY WAS FORMED THIS YEAR AS A SOCIETY OF RENOWNED SCIENTISTS IN THE UNITED KINGDOM

3. THE UNITED STATES HAD ITS INDEPENDENCE THIS YEAR, and it was also

4. THE YEAR WHEN THOMAS PAINE WROTE 'THE AMERICAN CRISIS.

LET'S GET AWAY FOR A WHILE FROM OUR LOCAL POLITICS AND PONDER INTO HISTORY, THROUGH THE EYES OF THOMAS PAINE, OVER THE STRUGGLES THAT OTHERS HAVE GONE THROUGH IN ORDER TO OBTAIN THEIR INDEPENDENCE. IN COMPARISON, WE HAD OURS TOO EASILY. THIS WRITING BY THOMAS PAINE SHOULD BE READ SLOWLY AND BE FULLY UNDERSTOOD IN ORDER TO REALISE HOW LITTLE EACH OF US HAVE DONE FOR OUR NATION.

from THE AMERICAN CRISIS

NUMBER 1

Wednesday, May 25, 2016

DEKLARASI RAKYAT - 8 MEI, 2016 di KEPALA BATAS

Majlis Bersama Pemimpin & Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia 8 Mei 2016.


Berikut ini adalah ucapan penuh dari semua pemimpin. Ucapan Tan Sri Sanusi Junid bermula pada masa 1:19:50, sedangkan ucapan YAB Tun Mahathir Mohamad bermula pada masa 2:03:36.



Friday, May 13, 2016

KEPIMPINAN MELAYU BARU – CABARAN DAN HARAPAN

Asssalamu'alaikum Warahtullaahi Wabarakaatuh.

Diturunkan di sini sebuah ucapan yang berumur hampir 37 tahun.

Bandingkanlah dengan keadaan masakini.


KEPIMPINAN MELAYU BARU – CABARAN DAN HARAPAN

Oleh

SANUSI JUNID
di
Simposium Anjuran Jabatan  Pengajian Melayu Universiti Malaya
dan
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya


Saudara Pengerusi majlis, Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Professor Ismail Hussein, Pengarah simposium, saudara Yazid Osman, Pensyarah-pensyarah, Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Def-def yang terhormat, saudara-saudara yang saya muliakan.

Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur simposium pengajian Melayu ini kerana penghormatan yang diberi kepada saya untuk menjalankan acara peresmian.

2. Ucapan peresmian saya kepada simposium ini adalah satu tugas yang berat, kerana ianya mungkin dijadikan sukatan ke atas kemampuan fikiran saya yang terbatas mengenai tajuk simposium ini iaitu ‘ Kepimpinan Melayu – Cabaran dan Harapan’.

3. Walau bagaimanapun, oleh kerana Jabatan Pengajian Melayu adalah satu Jabatan yang kegiatannya di Universiti ini saya kagumi, dan oleh kerana saya sendiri pernah terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pelajar, seperti turut serta dalam tunjuk-tunjuk perasaan, dan disebabkan pandangan tinggi saya terhadap pemimpin GAPENA yang turut memimpin Jabatan Pengajian Melayu, dan oleh kerana saya sendiri turut terlibat di dalam soal-soal memimpin, maka saya menerima baik penghormatan yang diberi ini dan sanggup dijadikan sasaran kritik oleh para intelektual sekalian.

4. Saya bersyukur kepada Allah kerana untuk beberapa kali simposium yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Melayu masih tertumpu kepada tajuk ‘Kepimpinan’ walaupun dengan pendekatan-pendekatan yang berlainan, kerana jarang sekali perhatian orang-orang Melayu dapat ditumpukan kepada sesuatu masalah secara berterusan sehingga bertemu dengan penyelesaian.

MINAT BERMUSIM

5. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menjadi nelayan di Pantai Timur yang ada musim tengkujuh dan tidak begitu gemar menjadi nelayan di Pantai Barat dengan cuaca yang hampir sama sepanjang masa;

6. Sebagai satu bangsa yang lebih suka menanam padi pada dua musim setahun yang tidak suka menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu;

7. Sebagai satu bangsa yang tahu ‘mengamuk’ apabila buntu menyelesaikan satu-satu sengketa dan tidak berpengalaman di dalam perang yang berlarutan;

8. Sebagai satu bangsa yang lebih minat kepada politik dengan pilihanraya yang datang bermusim-musim, 5 tahun sekali dan tidak suka kepada perniagaan yang harus diawasi pada setiap masa;

9. Maka bangsa yang ‘temperamental’ ini juga sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu masalah mengikut musimnya. Saya bersyukur dan gembira kerana Jabatan Pengajian Melayu telah tidak menghadapi masalah kepimpinan bangsa dengan cara bermusim-musim jua.

10. Walaupun pengkritik boleh mengatakan bahawa simposium ini juga datangnya bermusim-musim kerana diadakan sekali setahun, tetapi ini tidak mengapa, kerana tidak ada ‘alternative’ atau pilihan bagi kita kerana tidak mungkin simposium diadakan pada setiap hari. Yang penting ialah simposium ini dapat menghidupkan pemikiran masyarakat kepada persoalan kepimpinan secara berterusan kerana ianya menjadi syarat utama untuk dapat menjamin kejayaan di dalam usaha untuk

10.i.   Memupuk suasana politik yang harmonis,
10.ii.  Menegakkan keadilan di bidang ekonomi, dan
10.iii. Melahirkan masyarakat yang bahagia.

11. Saya ingin menyebut beberapa contoh tajuk-tajuk yang dibincang secara bermusim untuk menyelesaikan masalah-masalah yang pernah ditimbulkan di masa dahulu:

 11.i.   Masalah penglibatan Melayu di dalam bidang perniagaan;
 11.ii.  Masalah penekanan inflasi ke atas ekonomi rakyat dan negara;
 11.iii. Masalah ancaman komunis ke atas keselamatan negara;
 11.iv. Masalah rasuah yang boleh meruntuhkan pemerintahan;
 11.v.  Masalah persaudaraan ‘Freemason’ yang bertentangan dengan Islam;
 11.vi. Masalah menghadapi pilihan raya;
 11.vii. Masalah penubuhan Universiti Merdeka;
 11.iix. Masalah pendatang haram;
 11.ix.  Masalah subversif ekonomi;
 11.x.   Masalah persatuan sekerja yang bertindak tanpa memperhitungkan kepentingan negara;    
 11.xi.  Masalah MAS; dan
 11.xii. Masalah tanah tergadai.