Monday, December 17, 2012

SANUSI BERSYARAH ATAS TONG IKAN


 Bersyarah atas tong ikan.

(Kolom Rencana - Personaliti - Berita Minggu 16-12-2012)
 
Empat pesanan bapa jadi panduan hidup Sanusi

Mona Ahmad

Pengalaman menyampaikan kisah Nabi-Nabi di atas tong ikan dan diperhatikan oleh orang ramai setiap kali mengikut bapanya menghantar bekalan ke Ipoh, menjadi medan latihan syarahan pertama bagi bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid.

Seawal usia tujuh tahun itu, Sanusi diberi pendedahan oleh bapanya, Junid Cut Li, yang sudah dapat meramal masa depan anak sulung kesayangannya itu.

Malah, empat pesanan Allahyarham bapanya masih diingati dan diamalkan ialah belajar trengkas, menaip, bermain tenis dan memasak.

“Menurut arwah bapa ketika beliau belajar di sekolah agama di Padang, satu masalah yang timbul ialah pelajar tidak dapat menyalin apa yang diajar ustaz. Justeru, jika kita pandai trengkas dapat menyalin dengan cepat.

“Dengan kecekapan menaip, kita bukan hanya boleh membuat nota disampaikan guru bahkan boleh menjualnya kepada rakan. Belajar memasak pula mesti sekurang-kurang tiga jenis masakan kerana jika pandai memasak tentu ramai yang mahu berkawan.

“Belajar bermain tenis, jika tidak pandai, ambil upah kutip bola tenis kerana masa itu ramai pegawai Belanda di Padang, Indonesia yang bermain tenis,” katanya.



Sunday, December 16, 2012

MELAYU MESTI DIPERKASA


Melayu mesti diperkasa
Pidato di UPSI bincang masa depan bangsa

(Berita Harian - Nasional - Ahad 16-12-2012)
 
Oleh: Ihsan Noorzali

Asal usul dan masa depan bangsa Melayu menjadi fokus bicara pada pidato anjuran Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sesi itu menampilkan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Pensyarah Fakulti Pengajian Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UNPM), Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan The sebagai pembicara, manakala Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid sebagai pengerusi.

Pidato itu sempena Seminar Gagasan Melayu Serumpun Dalam Peradaban Malaysia dan Pelancaran Buku IPM di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI di sini, kelmarin.

Sanusi menyentuh soal orang Melayu yang semakin hilang sifat positif hari ini ketika menyampaikan pidatonya bertajuk “Perpaduan Dalam Peradaban Melayu”.

Katanya, beliau mengagumi sastera Melayu kerana berupaya menyatupadukan bangsa selain idealisme  bangsa penting sebagai pengukuh perpaduan.

Beliau berkata, orang Melayu perlu sentiasa menambah pengetahuan melalui penguasaan bahasa lain selain Bahasa Melayu.

BILA SANUSI BUKA MULUT


Bila Sanusi buka mulu

(Kolom Rencana Berita Harian, Ahad 16-12-2012)

Mior Kamarul Shahid

Sudah lama tidak mendengar bekas Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tan Sri Sanusi Junid berpidato. Kelmarin, Sanusi melepaskan geramnya pada majlis Pidato Peradaban Melayu anjuran Institusi Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Sememangnya beliau mempunyai pandangan yang berbeza yang memerlukan penilaian.

Beliau memetik kenyataan Aristotle yang mengatakan adalah mustahil bangsa yang tidak mempunyai kuasa ekonomi mampu memiliki kuasa politik. Dengan kata lain, sebuah bangsa yang mahu menguasai kuasa politik mesti menguasai kuasa ekonomi. Begitu juga dengan keadaan sesuatu bangsa yang tidak mempunyai kuasa ekonomi, tidak boleh menguasai kuasa politik. Jika ini satu teori politik, bermakna ia perlu ditolak. Teori ini tidak terpakai di Malaysia. Apa-apa yang dikatakan oleh Aristotle itu tidak praktikal di Malaysia. Menurut Sanusi, inilah antara kehebatan orang Melayu, tanpa kuasa ekonomi pun mereka boleh mendapat kuasa politik, manakala orang Cina yang mempunyai kuasa ekonomi dibawa bersama menguasai kuasa politik dengan orang Melayu. Senario ini juga berlaku di Indonesia tetapi dengan cara yang berbeza meskipun kuasa ekonomi di republik itu juga dikuasai kaum Cina. Bercakap dengan tajuk Perpaduan Dalam Peradaban Melayu, Sanusi berkata bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat hebat. Beliau memberi contoh sikap, karakter, amalan, budaya hinggalah kepada soal bahasa bagi mengukuhkan hujah beliau untuk menunjukkan betapa hebatnya orang Melayu. Sanusi juga menjelaskan proses atau putaran peradaban orang Melayu daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain berikutan perubahan sikap dan suasana semasa. Beliau juga mengambil kira peradaban dan keagungan Kesultanan Melayu sebagai institusi terhebat di dunia hari ini. Walaupun ada juga sifat-sifat positif orang Melayu beliau juga sinis khasnya terhadap perpecahan orang Melayu.


Tuesday, October 30, 2012

KONGRES EKONOMI MELAYU 2012

MELAYU MERDEKA DI BIDANG EKONOMI

Sejak Merdeka 8 kongres telah diadakan, 5 darinya bernama Kongres Ekonomi Bumiputera dan 3 yang lain bernama Kongres Ekonomi Islam. Sekitar jumlah 4,000 orang peminat telah menyertai 8 kongres ini dan, selain dari menerima laporan kedudukan kita lebih 290 usul telah diluluskan.

Walau pun Kongres Ekonomi Bumiputera yang terakhir dinamakan Kongres Ekonomi Bumiputra Keempat tetapi jumlah kongres yang senama ialah 5 kali kerana atas nama Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga diadakan dua kali iaitu Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama, diadakan dalam tahun 1980, dan Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua yang diadakan dalam tahun 1992.
 
Kongres kali ini diberi nama Kongres Ekonomi Melayu 2012 dan ianya adalah kongres yang pertama yang membawa nama Melayu. Pilihan nama ini mungkin dibuat khusus walaupun ada pihak yang tidak suka kepada perkataan Melayu kerana takut dianggap 'racist' atau perkauman.
 
Yang lebih penting ialah tema kongres ini iaitu 'Merdeka Ekonomi Kita'. Nama ini dipilih mungkin kerana matlamat kongres ialah untuk mempersiapkan bangsa Melayu supaya Merdeka dalam bidang ekonomi dan tidak terus menjadi bangsa yang bergantung kepada kerajaan.
 
Apabila ekonomi Melayu sudah Merdeka mungkin keghairahan orang Melayu dalam bidang politik akan menjadi reda kerana bangsa Melayu, pada waktu ekonominya sudah Merdeka boleh hidup selesa walau pun kuasa politik sudah tiada.

Apakah ini misi kita. Wallaahu a'lam.

KONGRES EKONOMI MELAYU 2012

TEMPAT: DEWAN MERDEKA - PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
Tarikh: 23hb Oktober, 2012
Tema: Merdeka Ekonomi Kita
Tajuk: “ Orang Melayu; Ekonomi Melayu – Dulu, Sekarang dan Akan Datang.

Orang Melayu:

DULU

KELOHAN BANGSA

MAJLIS ANUGERAH GAPENA
 
Di bawah ini diperturunkan satu 'Kelohan'. Bukan kelohan kerana ditimpa Qada dan Qadar, kerananya kita tidak boleh mengeloh. 'Kelohan' ini ialah kelohan atas kekelamkabutan bangsa sendiri.
 
Dalam 'kelohan' kita tidak terikat kepada cara konvensyenal. Tulis ikut rasa.
 
Macam yang selalu ditulis oleh 'anonymous'. Tetapi 'anonymous' yang bernama.
 
MAJLIS ANUGERAH GAPENA 2012
Anjuran: GAPENA
Tempat: Dewan di Tingkat 1, Dewan Bahasa; Pustaka, Kuala Lumpur
Tarikh: Ahad 21hb Oktober, 2012
Masa: 8.30 malam
Acara: Anugerah Puisi Gapena
Tema: Kelohan Bangsa
Pengarang: TSSJ

KELOHAN
LAKSANA KELKATU MENGHAMBAT CAHAYA

NASIHAT JENERAL McARTHUR KEPADA BANGSAKU

Bangsaku adalah Melayu;

Yang tidak mahu dipanggil Melayu pun sebenarnya tinggal dalam apa yang dikenali dunia sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu;

Elok jugalah begitu;

Kini bangsaku dalam kelompok masing-masing bersatu;

Bukan bersatu kerana mengikut Allah berfirman;

Bukan bersatu kerana subur nasionalisma dan iman;

Bukan bersatu untuk mencapai kejayaan ekonomi sezaman;

Tetapi;

Bersatu untuk berkelahi sesama sendiri;

Bersatu untuk mencapai matlamat peribadi;

Bersatu mengikut perasaan hati yang benci;

Bersatu berkawan dengan musuh dan bermusuh dengan kawan;

Siapakah yang akan menolong bangsa ini?

Melayu sudah ketandusan panglima dan pahlawan;Melayu sudah kehilangan penulis, pujangga dan seniman;

Melayu tercari-cari di mana failosof dan pejuang;

Yang dapat mengembalikan semangat yang sudah hilang;

Setelah institusi Raja-Raja Melayu dipertikaikan

Sunday, October 7, 2012

ZIONISM AGAINST JUDAISM - EXPTRACTS OF WRITINGS AND SPEECHES ON WAR AND PROPAGANDA: ISSUES TO PONDER

INTRODUCTION:

Recently, we have been told of at least one ambitious Malaysian Muslim, who is said to be accepting the idea of religious pluralisme while at the same time championing the cause of Israel. Below are extracts of important statements by Jewish Rabbis on the State of Israel. It is important to remember that men, and women, can be blinded by ambition and propaganda as to forget the real mission of a Muslim's life which is the practice and preaching the teachings Islam in this temporary life. It should be an important revelation to all those who adhere to the religions of Abraham p.b.u.p.

April 25th 1939

In a Congressional speech in the United States Senate on April 25th 1939, recorded in the Congressional Record, 76th Congress, Vol. 84, No. 82, pages 6597-6604, Senator Gerald P. Nye, of North Dakota, stated:

"There has been published a series of works under the title 'The Next War.' One of the volumes in this series is entitled 'Propaganda in the Next War'. This particular volume was written by one Sidney Rogerson. I have been unable to obtain any trace of his background or of his connections; but the editor-in-chief of all these works, including the one entitled 'Propaganda in the Next War' is a man whose name is recognised the world over as an authority in Great Britain. He is non other than Capt. Liddell Hart, associated with the London Times, a writer and a military authority in Europe. The following are quotations from this authority'.
 
"To persuade her (the United States) to take our part the next time will be much more difficult, so difficult as to be unlikely to success It will need a definite threat to America, a threat, moreover, which will have to be brought home by propaganda to every citizen, before the republic will again take arms in an external quarrel... The position will naturally be considerably eased if Japan were involved, and this might and probably would bring America in without further ado. At any rate, it would be the natural and obvious object of our propagandists to achieve this, just as during the Great War they succeeded in embroiling  the United States with Germany.... For sometime the issue as to which side the United States would take hung in the balance, the final result was a credit to our propaganda.... There remain the Jews. It has been estimated that of the world Jew population of approximately 15,000,000, no fewer than 5,000,000 are in the United States; 25% of the inhabitants of New York are Jews. During the Great War we bought off this huge American Jewish Public by the promise of the Jewish national home in Palestine, held by (General) Ludendorf to be the master stroke of allied propaganda, as it enabled us not only to appeal to Jews in America but to Jews in Germany as well.'

November 25th 1941

Monday, October 1, 2012

EKONOMI UMMAT ISLAM:

TINJAUAN ATAS PERJALANAN DAN PENGALAMAN BERPANDUKAN PERPADUAN

DI MANAKAH SEBENARNYA KEKUATAN EKONOMI UMMAT ISLAM

Pada kali ini saya ingin merayau kesana-sini sekitar perkara yang ada, atau pernah ada, di dalam fikiran saya dan sekitar pengalaman pahit saya dalam usaha mencari jalan untuk memikirkan bersama masalah ekonomi sekitar 300 juta orang Melayu di Nusantara ini dan 1 ribu juta ummat Islam di dunia.

SELAGI ADA MINYAK

1. Bila disebut saja mengenai negara-negara Islam yang kaya di dunia ini perhatian kita selalu tertumpu kepada minyak dan gas yang ada pada sesebuah negara itu. Negara Islam yang banyak sumber minyak dan gas digelar sebagai negara kaya walaupun rakyatnya tidak berilmu pengetahuan, tidak rajin berkerja dan tidak mempunyai akhlak dan iman yang kuat dan murni.

2. Jarang sekali kita mendengar kenyataan bahawa kekayaan ummat Islam itu terletak pada jumlahnya yang ramai jika mereka itu, atau kita ini, bersatu.

3. Mata rakyat dan lebih-lebih lagi mata pemimpin dikelabukan oleh limpahan minyak dan gas yang banyak di dalam negara Islam sedemikian.

4. Oleh yang demikian wujudlah anggapan yang mengatakan jika rakyat dalam sesebuah negara yang ada minyak dan gas itu malas sekalipun negara itu tetap kaya kerana kerja boleh dibuat oleh tenaga kerja asing yang rajin.
5. Jika tahap pendidikan rakyat dalam negara yang banyak minyak dan gas terlalu rendah sekalipun negara tetap boleh menjadi kaya dengan mengupah pakar dari negara lain.
6. Kalau pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua dalam negara yang banyak minyak dan gas bergelumang dengan maksiat dan rasuah sekalipun negara itu tetap boleh menjadi negara kaya.
7. Pendek kata jika negara itu ada minyak dan gas, rakyatnya tidak berpelajaran, malas dan tidak patuh pada ugama sekalipun, negara tetap boleh menjadi kaya, kerana orang dari negara yang memerlukan minyak akan mengisi semua keperluan negara yang ada minyak tanpa rakyat negara itu perlu berilmu, rajin dan beriman.

8. Adakah dengan kayanya negara maka rakyat juga kaya? Perkara ini tidak salah jika difikirkan.

9. Jarang sekali terfikir oleh yang kaya bahawa kekayaan itu perlu berkat.

PERPADUAN HANYA UNTUK POLITIK

10. Perpaduan sebagai formula untuk memajukan ummat sering diketepikan kerana perpaduan atau perpecahan itu sudah menjadi dua faktor yang dimonopolikan untuk menang atau mengalahkan lawan dalam dunia politik.

11. Kenyataan ini tidak bererti ummat Islam tidak boleh bersatu-padu untuk mencapai matlamat politik malahan, sejarah kejayaan ummat Islam, kerana bersatu dalam perjuangan politik, hendaklah menjadi inspirasi untuk memperjuangkan ekonomi melalui perpaduan.

12. Di Malaysia, perjuangan untuk menentang gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah berjaya kerana perpaduan orang-orang Melayu, dan bukan kerana kekayaan orang-orang Melayu. Perpaduan itulah kekayaan kita.

13. Salah satu masalah pokok yang dihadapi oleh ummat Islam bukanlah kerana negaranya tidak kaya, kerana ketiadaan minyak dan gas, tetapi perubahan yang berlaku ke atas sikap pemimpinnya apabila sudah berkuasa atau sudah kaya. Seseorang yang kelihatan baik sebelum berkuasa, dan sebelum berharta, belum tentu tidak berubah menjadi sebaliknya bila sudah berkuasa.

14. Banyak sekali contoh-contoh di dunia mengenai watak yang wara' dan kuat mengkritik, malahan boleh dikatakan penyerang hebat amalan rasuah, tetapi apabila sudah berkuasa berubah menjadi saorang perasuah rakus yang bergelumang dengan maksiat.


15. Pendidikan yang tinggi pada seseorang individu juga tidak menjamin kebaikannya akan berterusan di waktu beliau berkuasa dan berwang. Bertambah tinggi pendidikan seseorang penjenayah itu bertambah besarlah penyelewengan dan rasuahnya dan bertambah susah untuk ditangkap atau dihukum.

16. Kini terbukti bahawa pendidikan ugama yang tinggi juga tidak menjamin seseorang itu akan kekal sebagai orang yang baik. Wanita, kuasa, wang dan pujian adalah faktor godaan dan ancaman yang berterusan.

COBAAN ALLAH s.w.t.