Wednesday, October 7, 2015

SINAR HARIAN -: 6/10/2015 - VIDEO PENUH BICARA MINDA

Bicara Minda & Sesi Dialog Bersama Tan Sri Sanusi Junid
"Perpaduan: Mengapa Kita Masih Keliru?"
Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
6hb Oktober 2015
Anjuran: Sinar Harian


Monday, October 5, 2015

BERBAGAI JENIS PENJARA

PENJARA BIASA

Konsep penjara yang sering kita ketahui ialah tempat tahanan yang dikelilingi oleh dinding dan pagar yang menghalang kebebasan banduan untuk keluar dari kawasannya.

Seseorang banduan itu berada di dalamnya setelah didapati bersalah kerana telah mengerjakan jenayah sivil atau kriminal dan telah dihukum oleh mahkamah.

Kecualilah tahanan di bawah ISA yang telah dihapuskan.

Ganti kepada ISA ialah SOSMA yang kelihatannya lebih membebankan daripada ISA.

Apabila seseorang itu berada di dalam penjara maka perhubungannya dengan masyarakat luar terputus kecualilah perhubungan dengan mereka yang melawatnya pada waktu yang diizinkan.

Yang paling menyiksakan seseorang yang berada di dalam penjara ialah perhubungan dengan pihak luaran tidak bebas dan sangat terbatas. Pendek kata keupayaan berkomunikasi terbatas jika tidak terputus.

Dengan adanya telefon bimbit di zaman ini adakalanya saya menerima laporan mengatakan banduan masakini, secara resmi atau tidak rasmi, boleh mengirim sms, whatsapp dan instagram kepada rakan-rakan di seluruh dunia. Saya kurang pasti peraturan di dalam penjara pada masa kini.

MALAYSIAN INSIDER - 3/10/15 - CHINA MENDERMA



Jangan marah jika China derma untuk lawan Umno, sindir Sanusi

OLEH MD IZWAN

Published: 3 October 2015 8:31 PM 



Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid (kanan) berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik. Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015.

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mengatakan Putrajaya tidak boleh marah kepada kerajaan China jika mereka menderma kepada parti Cina untuk melawan Umno.

Sanusi berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik, tetapi tidak menyebut secara spesifik nama pemimpin tersebut walaupun diketahui umum Datuk Seri Najib Razak menerima derma politik RM2.6 bilion yang dikatakan diberi seseorang dari Timur Tengah.

"Jangan nanti mereka pula masukkan derma dalam akaun pemimpin parti Cina untuk menentang Melayu Umno sedangkan kita yang ajar derma ini," kata Sanusi semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Sanusi hadir bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut berucap dalam majlis anjuran Umno itu.

Najib sebelum ini mengakui menerima sejumlah wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan mempertahankan wang tersebut digunakan untuk kegunaan parti.

Najib dikritik hebat susulan pendedahan tersebut yang menyaksikan beberapa pimpinan atasan Umno mempersoalkan mengenai kewujudan wang tersebut.

Sanusi berkata Duta China ke Malaysia tersinggung dengan pemimpin baju merah, Datuk Jamal Yunus yang mengeluarkan kenyataan menyuruh orang Cina di Malaysia balik ke tanah besar, China.

Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang, mengambil langkah kontroversi apabila melawat Jalan Petaling ketika di tengah-tengah kemelut kumpulan baju merah mahu mencetuskan kekecohan di kawasan peniaga Cina itu.

Ketika lawatan itu, beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum. – 3 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/janngan-marah-jika-china-derma-untuk-lawan-umno-sindir-sanusi#sthash.vvzZxquD.dpuf



MALAYSIA KINI - 3/10/15 - PENAPIAN HADITH


Sanusi: Ahli politik 'nafikan' hadis nabi

Shakira Buang     3 Oct 2015, 7:27 pm

 

Seorang veteran Umno berkata, ahli politik telah mengubah kepercayaan umat Islam bahawa rezeki manusia diperoleh daripada manusia dan bukannya Allah.

Kata Tan Sri Sanusi Junid (gambar), keadaan itu bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad yang menegaskan, sembilan daripada 10 punca rezeki diperoleh daripada aktiviti perniagaan.



"Kini rakyat percaya bahawa ahli politik yang memberikan kekayaan dan mampu mengubah taraf kehidupan masing-masing.

"Hanya orang politik saja yang mampu 'menafikan hadis nabi'. Sepatutnya, sembilan daripada 10 (sumber) rezeki datangnya dari perniagaan, tetapi orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di majlis minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Ampang, Selangor hari ini.

Majlis Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa itu dianjurkan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Pandan.

Bangsa yang bangsat

Sanusi yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno berkata, jika kepercayaan begitu dibiarkan, orang Melayu menjadi "bangsa yang bangsat" dan tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Selagi kita tidak betulkan keadaan ini selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam pilihan raya umum nanti," ujarnya.



Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu turut mendakwa Malaysia sudah 'menjuarai pertandingan' negara yang banyak melakukan rasuah.

"Orang Indonesia menangis kerana kalah dengan kita. Bukan kalah badminton (tetapi) kita menang dari segi rasuah," ujarnya disambut tepukan kira-kira 400 hadirin yang hadir.

Sementara itu Ketua Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata sebagai "pemimpin kecil" beliau berharap ada cawangan lain bangkit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keadaan parti itu ketika ini.

Sedang sesak nak bernafas

Menafikan berniat jahat untuk menghancurkan Umno, Syed Saifuddin berkata tindakan Umno cawangan itu memanggil Dr Mahathir adalah untuk "membangunkan suara rakyat".

"Siapa kata kita nak hancurkan parti? Saya jemput Dr Mahathir, kita tiada konspirasi untuk jatuhkan kerajaan tapi bangunkan suara rakyat," ujarnya.

Menurut beliau (gambar) perubahan besar perlu dilakukan segera di peringkat pucuk pimpinan parti jika ahli tidak mahu melihat pertubuhan itu terkubur pada piihan raya umum ke-14 nanti.



Kali terakhir pilihan raya umum diadakan di negara ini ialah pada 2013. Mengikut perlembagaan sesebuah kerajaan mempunyai tempoh lima tahun sebelum perlu membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum baru.

Kata Syed Saifuddin, Umno peru mengakui parti itu kini dalam keadaan "sesak tak bernafas".

"Kalau Umno terus ego dakwa parti dan pemerintahan masih kuat, pada pilihan raya akan datang kita akan berkubur sebagai sebuah parti.

"Jangan biarkan Dr Mahathir keseorangan dalam perjuangan fisabilillah. (Ini) bukan soal kewangan tapi (kena lakukan kerana) semangat perjuangan.

"Kita kena usaha betulkan keadaan demi agama dan negara," katanya lagi.


SINAR HARIAN - 3/10/15 - REZEKI DARI ALLAH


Rezeki bukan di tangan pemimpin

NIZAM ZAIN
3 Oktober 2015 



AMPANG - Veteran Umno, Tan Sri Sanudi Junid mendakwa ahli politik telah mengubah persepsi rakyat bahawa rezeki itu datang dari "pintu politik" dan bukannya ALLAH SWT melalui perniagaan.

Sanusi berkata persepsi itu menyebabkan rakyat berasa takut untuk mendedahkan kebenaran terutamanya penjawat awam apabila khuatir "periuk nasi" mereka terjejas dan hilang pekerjaan.

"Rezeki di tangan ALLAH dan bukan di tangan pemimpin, hanya orang politik saja mampu menafikan hadis Nabi. Sepatutnya, sembilan dari sepuluh rezeki datangnya dari sumber perniagaan.

"Tetapi, orang politik kata, sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu adalah dari pintu politik," katanya sewaktu berucap di Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa di Hotel De Palma Hotel, di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, sekiranya persepsi itu terus dibiarkan, orang Melayu akan terus menjadi bangsa yang ketinggalan dan tidak mustahil akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Selagi kita tidak betulkan (persepsi) kecintaan sepatutnya kepada agama, bangsa dan negara,  itu perlu kepada agama, selagi itu kita jadi bangsa yang bangsat dan akan kalah dalam pilihan raya nanti," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan untuk mengembalikan maruah bangsa, orang Melayu sendiri khususnya Umno perlu menebusnya sendiri.

Kita tak mahu parti lain tebus maruah kita, tapi kita mahu Umno sendiri tebus maruah ini," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/rezeki-bukan-di-tangan-pemimpin-1.436395

UMNO TMN. CEMPAKA - 3/10/15 - VIDEO KEMBALIKAN MARUAH MELAYU

Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa
Ucaptama: Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pendamping: Tan Sri Sanusi Junid
Tarikh: 3hb Oktober 2015
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Ballroom, De Palma Hotel, Ampang, Selangor.



Ucapan Pengerusi - Syed Saifuddin Syed Harman



Sunday, October 4, 2015

UMNO TMN. CEMPAKA - 3/10/2015 - BERSAMA TUN M

ACARA: BICARA MINDA
Tarikh: 3hb Oktober, 2015
Tempat: Hotel De Palma, Ampang.
Anjuran: Cawangan UMNO Pusat Bandar Taman Cempaka, Ampang, Kuala Lumpur.

(Di bawah ini ialah deraf asal ucapan bertulis mengandungi bahan-bahan untuk disampaikan. Tetapi, oleh kerana masa yang diperuntukkan hanya 20 minit, maka tidak semua dari bahan-bahan ini telah diucapkan. Susunan penyampaian juga telah diubah, mengikut suasana tetamu yang hadir, dan penyampaian sebenarnya dapat didengar dan dilihat dalam video dan laporan-laporan media)

(Yang berwarna unggu telah tidak dibaca)

KATA-KATA SAMBUTAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Saudara Pengerusi Majlis.

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed,

Yang dihormati Tuan Syed Saifuddin, Ketua UMNO Cawangan,

Rakan-Rakan seperjuangan,

Para hadirin, yang BERANI dan yang dihormati sekalian.

Ketua UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, UMNO Bahagian Ampang, telah ditanya oleh media kenapakah majlis ini diadakan.

KENAPA TUN DR. MAHATHIR DIJEMPUT BERUCAP

Tuan Syed Saifuddin menjawab dengan nada tegas dan jelas 'keputusan untuk mengadakan program ini dibuat bersama ahli jawatankuasanya berikutan iklim politik semasa yang dilihat semakin membimbangkan.' Seterusnya Tuan Syed berkata 'Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun Mahathir untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.'

Jelas sekali sekarang ini MEDIA PERDANA tidak lagi bercerita yang baik mengenai Tun M.

Baru-baru ini Ramesh Rao, entah Pariah atau yang mengaku Brahmin, berkata 'SAYA RASA TUN DR. MAHATHIR SUDAH GILA'. Tentu orang UMNO nak tahu, betulkah cakap Ramesh ni?

Pendekar UMNO Datuk Jamal Md Yunos pula beri pilihan untuk kaum China balik ke China. Pemimpin MCA kini tidak berani tegur Jamal kerana Jamal pendekar UMNO. Yang tegur ialah mantan pemimpin MCA Dr. Chua Soi Lek. Dia kata 'Jamal stupid' dan seruan Jamal hanya merugikan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Jamal jadi popular bukan kerana jasa tetapi kerana menganjur 'Himpunan Merah' lebih-lebih bila pemimpin DAP Tan Kok Wai minta Jamal ditangkap kerana suruh China balik ke negara China.

Ada ura-ura Jamal nak adakan 'Himpunan Merah' di Kajang tetapi Setiausaha Agong, Tengku Adnan Mansor, yang turut serta dengan Jamal dalam 'Himpunan Merah' pada 16 September, tidak menyokongnya. 

Oleh itu rancangan batal.

Di Penang pun ada terdengar akan diadakan 'Himpunan Merah' kerana ada kebocoran berita mengenai rancangan pejabat Mufti untuk mengharamkan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di Penang kecuali untuk azan.

Kerajaan negeri menafikan adanya arahan mengenai rancangan ini.

Oleh kerana berita membataskan penggunaan pembesar suara itu dibocorkan oleh Persatuan Mukabuku maka sibuklah penyelidikan dibuat untuk mengetahui siapa yang membocorkannya.