Tuesday, July 19, 2011

PROFESOR RISET MENTERTAWAKAM DEMONSTRASI 'BERSIH'

PERTEMUAN DENGAN BAPAK PROF. DR. HERMAWAN SULISTYO DI RESTORAN HOTEL INTER-CONTINENTAL JAKARTA PADA 10 JULAI, 2011

1. Maaf, baru sekarang saya sempat tulis lagi mengenai demonstrasi 'Bersih'.
2. Pada pendapat saya malang sungguh nasib penganjur demonstrasi 'Bersih' pada 9hb Julai, 2011.

3. Ianya ditertawa orang.

4. Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.

5. Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.

6. Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.

7. Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.

8. Komennya, 'kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.'

9. Saya bertanya, 'Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV'.

Monday, July 18, 2011

DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN

MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

Wednesday, July 6, 2011

DEMO DI BUMI CE' SITI WAN KEMBANG

TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MENGADAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011


1. Terlalu banyak sms dan panggilan telefon yang saya terima menyatakan rasa dukacita dan kekesalan atau rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang membenarkan demonstrasi 'BERSIH' diadakan pada 9 Julai akan datang.

2. Setelah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menyampaikan titah ucapannya mengenai pandangan Ke Bawah Duli Tuanku dan nasihatnya atas rancangan mengadakan demonstrasi haram ( tanpa permit kerajaan ) kita dapati tindakan pihak polis bertambah rancak dan rapi sehingga bertemu berbagai risalah, baju, senjata dan lain-lain lagi persiapan untuk demonstrasi  jalanan yang hendak diadakan itu. Akaun bank Dato' Ambiga juga akan diselidiki kerana jangkaan ada wang yang diterima dari NGO luar negeri melalui bank yang banyak saham, katanya, dimiliki oleh seorang tokoh pembangkang.

3. Dato' Ambiga tentu berasa takut dengan perkembangan ini tetapi malu untuk membatalkan demonstrasi lantas berdegil untuk meneruskan juga mengadakan demonstrasi.

4. Saya difahamkan Ketua Pembangkang sudah keluar negeri dengan kawannya untuk ke London melalui tanah suci.

5. Saya juga diberitahu akan ada demonstrasi 'BERSIH" di London kerana kota itu sudah menganggap demonstrasi yang mengecam dan menentang negara luar adalah satu daya penarik pelancong. Ketua-ketua pembangkang yang takut ditangkap jika berlaku huru-hara di waktu demonstrasi boleh memilih untuk berdemonstrasi di negara lain seperti di Australia, Taiwan atau Amerika Syarikat kerana banyak pelajar yang belajar di sana dengan biasiswa Kerajaan Barisan Nasional boleh dicuba hasut supaya menentang kerajaan.

6. Apakah tindakan Dato' Ambiga seterusnya?

Friday, July 1, 2011

'BERSIH' YANG BOLEH MENGOTORKAN

RANCANGAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011

JENIS DEMONSTRASI

1. Demonstrasi 'Bersih' yang dicadangkan untuk 9 Julai, 2011 kononnya bermatlamat untuk memastikan tidak ada penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Biasanya demonstrasi kecil-kecilan diadakan oleh pihak yang menganggap diri mereka teraniaya apabila sesuatu yang dianggap tidak betul sudah berlaku dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membetulkannya.

3. Demonstrasi begini tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya mempunyai tujuan yang jelas dan boleh diselesaikan atau dijelaskan apa-apa kekeliruan atau salah faham yang ada dalam fikiran mereka yang berdemonstrasi.

4. Demonstrasi yang lebih besar juga telah diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat sebuah negara lain yang didapati dianiaya dan dizalimi seperti demonstrasi menentang kekejaman pihak Zionis Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat, ke atas rakyat Palestin.

5. Atau pun, di satu masa dulu, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berdemonstrasi mengecam kekejaman rejim tentera di Thailand ke atas Ummat Islam di selatan negara itu.

6. Demonstrasi begini juga tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya menyeru rakyat supaya bersatu menyatakan perasaan dan sokongan mereka untuk golongan yang tertindas di negara lain.

Friday, June 24, 2011

ISLAM - SIKAP UMMATNYA (2)

PENGALAMAN SAYA DI LAPANGAN TERBANG NARITA DI TOKYO

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam hormat.
1. Oleh kerana saya melihat respon yang menggalakkan atas karangan saya mengenai 'Sikap Umat Islam', khususnya dengan mesej yang saya terima melalui sms, saya rumuskan bahawa ramai yang berminat mengenai kisah-kisah begini, maka saya ambil kesempatan untuk memaparkan lagi satu kisah dengan harapan ianya bermunafa'at untuk pembaca.

2. Dalam perjalanan saya dari Seattle, Amerika Syarikat, kerana menghadiri satu mesyuarat di sana, saya telah singgah, transit di lapangan terbang Narita di Tokyo. Lama juga saya berada di di dalam restoran, bilik menunggu, apabila datang seorang lelaki bersama seorang perempuan. Yang lelaki berpakaian 'top' seperti yang dipakai oleh orang-orang Arab dan yang perempuan pula dengan purdahnya. Oleh kerana lelaki itu dengan janggut comel dan jacket yang sering dipakai oleh orang-orang Pakistan dan Afghanistan, dan berketayap pula, maka mereka menarik perhatian semua penumpang yang ada di bilik menunggu di lapangan terbang Narita itu.

3. Saya dan isteri terus berteka-teki mengenai negara asal sepasang merpati muda ini. Kami sepakat memikirkan mereka berasal dari India, Pakistan atau Afghanistan.

Thursday, June 2, 2011

ISLAM - SIKAP UMMATNYA

PENDEDAHAN PENGALAMAN MUFTI AGONG BOSNIA WAKTU DI MALAYSIA

Dr. Mustafa Ceric ialah Mufti Agong Bosnia (Grand Mufti of Bosnia) sejak tahun 1993. Beliau juga menjadi wakil Bosnia di Malaysia sejak 13 Mei, 1992.

Dilahirkan di Visoko, Bosnia-Herzegovina pada tahun 1952 beliau berkelulusan dari Madrasah di Sarajevo dan kemudiannya lulus sebagai Sarjana dalam bidang bahasa dan sastera Arab di Universiti Al Azhar di Cairo.

Pada tahun 1987 beliau menerima ijazah PhD dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Chicago, di mana beliau menuntut di bawah Professor Fazlur Rahman.

Beliau pernah menjadi Professor dalam Kulliyyah Sains Islam di Bosnia, dan berkhidmat sebagai Professor di ISTAC, IIUM dan mengajar di Kolej Islam Amerika di Chicago.

Inilah satu dari pengalamannya waktu mula sampai ke Malaysia:

1. Di waktu saya menjadi Presiden UIA dulu saya pernah ditemui oleh Dr. Mustafa Ceric, Mufti Agong  merangkap wakil khas Presiden Bosnia Encik Alija Izetbegovic, di Malaysia.

2. Beliau kemana-mana dengan jubah putihnya dan berserban merah sebagai tanda kelulusan Al Azhar.

3. Dalam lawatannya ke Malaysia untuk menghadiri satu seminar beliau telah menginap di Mandarin Hotel, Kuala Lumpur.

4. Dr. Mustafa bercerita kepada saya satu pengalaman yang beliau lalui di waktu beliau menaiki sebuah teksi di depan Menara KLCC. Sebaik beliau menjawab salam pemandu teksi itu, yang bernama Ali, beliau telah masuk dan duduk di samping pemandu. Lantas beliau ternampak sepotong ayat Al Qur'an yang tercetak atas plastik yang dilekatkan di cermin keretanya.

5. Dr. Mustafa telah membaca ayat itu dan bertanya pada Ali samada dia mengerti maksud ayat itu. Dalam bahasa Inggerisnya yang agak terbatas si pemandu telah menyatakan bahawa ayat itu menyeru Ummat Islam supaya berjihad.

6. Terus pemandu Ali bertanya pada Dr. Mustafa dari mana datangnya. Apabila saja Tuan Sheikh memberitahu beliau dari Bosnia maka Ali terus menyatakan betapa kesal beliau tidak dapat pergi ke Bosnia di waktu peperangan belum selesai.

7. Katanya, ' I want to go to Bosnia and fight the Jihad war, but the government did not help me to go?'

8. Dr. Mustafa menjawab betapa Ali bernasib baik kerana tidak mengambil risiko pergi ke Bosnia di masa berperang.

9. Pemandu Ali kelihatan kesal, kata Dr. Mustafa, dan bertanya sebabnya Sheikh Mufti Bosnia berkata demikian.

10. Dr. Mustafa menjawab, ' you would have died.'

11. Sheikh Dr. Mustafa Mufti Agong Bosnia jadi terkejut bila Ali menjelaskan, ' I want to die, I want to go to Jannah as a Syuhada.'

12. Si Ali menambah lagi, ' I also want to go to Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan.'

13. 'You would like to die in one of those countries?' tanya Mufti Agong Bosnia.

14. 'Yes' jawab si pemandu.

15. 'If you go there please do not tell them that you want to die,' nasihat Dr. Mustafa Ceric.

16. 'Why not? I want to tell them.' Kata si Ali.

17. Sheikh Mufti Agong Bosnia termenung sekejap dan sebelum keluar dari teksi, setelah sampai ke destinasinya yang tidak begitu jauh, beliau berkata kepada pemandu, ' it is good that you do not go to all these places because your message to them would be wrong. The people of Bosnia, Pattani, Mindanao, Palestin and Afghanistan do not fight because they would like to die .. ..  but they are fighting because they want to live a better life in their own country. If all of them would like to die, like you Brother, then you are making it very easy for the enemies of Islam. Assalaamu'alaikaum.'

18. Sheikh Dr. Mustafa Ceric Mufti Agong Bosnia menyatakan kepada saya rasa sedihnya kerana sikap Ummat Islam yang salah terhadap konsep 'JIHAD'. 

Wednesday, May 25, 2011

JAWAPAN KEPADA 'BANIADAM'

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam bahagia.

Para pembaca yang budiman.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tidak sepertinya ini.


Semua komen dan teguran yang diberi mendapat perhatian saya.


Walau pun saya biasanya hanya menjawab, secara tidak langsung, kepada komen-komen yang diberi di dalam blog ini di dalam karangan kemudiannya, atau saya simpan sesetengah jawapan untuk menjadi sebahagian dari karangan-karangan yang akan datang, tetapi saya dapati komen 'Baniadam' perlu mendapat perhatian segera kerana saya dapati beliau bukan membaca blog ini untuk menambah pendedahannya kepada isu-isu dari sudut pandangan saya tetapi sebaliknya beliau, secara konsisten, menunjuk sikap anti kepada saya, Tun Dr. Mahathir dan suku Aceh sehingga saya tidak boleh menyentuh mengenai Aceh tanpa beliau melenting.


Di bawah ini adalah jawapan saya kepada komen beliau: