UCAPTAMA SEMINAR PERADABAN MELAYU KELANTAN FATONI
- MELESTARI PERADABAN BANGSA -
Tarikh: 28 September, 2014
Ahad
Tempat: Dewan Terbuka Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan
Masa: 09.00 pgi.
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Yang Dihormati Saudara Pengerusi Majlis.
Yang Berbahagia Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan dan Yang Berbahagia Dr. Ahmad Omar Chapakia, Timbalan Rektor Universiti Fatoni, selaku Penasihat
Yang Berhormat Mej. (B) Dato' Hj. Md. Anizam bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan.
Sahabat lama saya Yang Berbahagia Datuk Hj. A. Aziz Bin Deraman, Presiden Peradaban dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pengerusi Pusat Kajian Lestari, selaku Pengerusi dan Pengerusi Bersama.
Yang Berbahagia Dr. Ahmad Omar Chapakia, Timbalan Rektor, Universiti Fathoni, Thailand. Seorang kawan yang pernah saya temui di sebuah hotel di Jakarta beberapa tahun yang lalu tetapi telah putus hubungan sejak itu.
Yang Berusaha Penyelaras Program,
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program,
Saudara saudari SEBANGSA dan SEUGAMA yang dihormati sekalian.
TERIMA KASIH
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penghormatan yang diberi kepada saya untuk
THE LAST OF THE MOHICANS
Akhir-akhir ini, mungkin kerana ada yang memanggil saya sebagai sisa dari antara 'The Last of the Mohiccans' maka saya sering dijemput untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis atas tajuk-tajuk yang saya minati, walaupun biasanya saya kurang mendalami, termasuklah tajuk MELESTARI PERADABAN BANGSA iaitu satu tajuk yang sangat relevan sekarang ini, lebih-lebih lagi memandang kepada suhu krisis kuasa dan kepimpinan di rantau ini yang sangat mengancam peradaban kita.
![[photo%255B3%255D.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWEWODLMh309XDEWD5E0QoO74NzhLv-QLbNwVanx97JBtm4QrEjLcXsustvA0fAXeZYl6_UFhmMT1mNBhTttCrn0uvk85P7lWsww3tuIc2W9MMXjRB6LVXv9x9E5RDFCSjZJb35ED4CT8/s1600/photo%25255B3%25255D.jpg)
